“RAZIQ!”suara Nadine Tasyrif yang maha lantang membuatkan sesusuk tubuh yang sedang enak berlingkar di bawah selimut tanpa pakaian sambil dipeluk oleh seorang wanita tersentak.Dia bangun mendadak.Sempat ditenyeh-tenyeh matanya sebelum berpaling memandang Nadine Tasyrif yang tercegat di depan pintu sambil merenung dirinya tajam.
“Nadine?”
Nadine
Tasyrif menghentak tangan ke arah pintu bilik melepas perasaan
sebelum berlari meninggalkan bilik itu.Raziq yang masih di atas katil
kelam kabut mendapatkan pakaian dan berusaha untuk mengejar Nadine
Tasyrif yang dah menghilang.Tapi baru nak melangkah,lengannya sempat
diselar dan dipaut manja sebelum wanita yang berada di atas katil itu
merengek.
“You
nak ke mana sayang?”rengeknya.Namun Raziq buat tidak
peduli.Ditinggalkan saja wanita itu dan bergegas keluar mengejar
Nadine Tasyrif yang sudah mahu meninggalkan kondo.
“Nadine!Nadine!”terkejar-kejar
lelaki itu mahu mendapatkan tunangnya.Habis semua perabot dan barang
yang berada di dalam kondo itu dilanggar dan dirempuh.Terdengar bunyi
kaca berderai.Raziq buat tak endah.Pedulilah kalau barang-barang
dalam kondonya sudah rosak yang penting dia mesti mendapatkan Nadine
Tasyrif yang dah jauh ke depan.
Raziq
berlari laju menuju ke pintu lif.Dia masih lihat Nadine Tasyrif
sedang berusaha menekan-nekan butang lif.
“Nadine!Wait!”jerit
Raziq lagi sambil cuba mendapatkan Nadine Tasyrif.Tapi dia tak sempat
nak mencapai lengan Nadine Tasyrif bila gadis itu dah memboloskan
diri ke dalam perut lif sebelum pintu tertutup rapat.
“Damn
it!”maki Raziq lalu
menghentak tangannya pada pintu lif.Dadanya naik turun menahan semput
setelah berlari tadi.Tanpa membuang masa,lelaki itu menekan-nekan
butang lif satu lagi.Nafasnya mula tak tentu arah menunggu pintu lif
itu terbuka.
Sesampai
saja dia di bawah,kelibat Nadine Tasyrif dicari.
Nadine
Tasyrif yang masih terkial-kial membuka pintu kereta diterkam sebelum
lengan gadis itu ditarik sehingga tubuh mereka berdua bertembung.
“Nadine...tolong
dengar dulu penjelasan I.”Rayunya bersungguh-sungguh.Dia tahu
tunangnya itu terkejut dengan apa yang dia telah lihat di dalam kondo
tadi tapi Raziq tak akan sesekali berputus asa untuk menjelaskan
segalanya kepada gadis itu.Lengan Nadine Tasyrif dicengkam semakin
kuat,seolah tak mahu dilepaskan lagi.Berkali-kali dada Razi diumbuk
dan ditolak sebelum meronta-ronta minta
dilepaskan.
“Sakitlah!Let
me go!”
“Sayang,dengar
dulu apa yang I nak cakap!”mata mereka berlaga,tepat tapi Nadine
Tasyrif tak mahu dengar.Ditolak saja tubuh Raziq ke belakang sekuat
hati sebelum cepat-cepat memboloskan diri ke dalam perut kereta.Dia
membatukan diri di dalam kereta membiarkan deru nafas berlagu tak
seirama.Sesak dadanya.Lengan yang dicengkam Raziq tadi
digosok-gosok.Masih terasa sakit tapi hatinya jauh lebih sakit
daripada itu.
Cermin
tingkap keretanya diketuk-ketuk rakus.Tersentak sekejap dengan suara
Raziq yang menggila di luar.
“Nadine,buka
tingkap ni.I nak cakap dengan you,please.”Raziq gelisah
seperti cacing kepanasan.
“Nadine,let
me explain to you.Apa yang you
nampak tadi bukan macam apa yang you fikir.Tolonglah
buka tingkap ni.”Raziq masih merayu-rayu.Kali ini urat-urat di
dahinya sudah mula timbul.Rahangnya diketap kuat menahan rasa apabila
permintaannya bagaikan tidak diendahkan oleh Nadine Tasyrif.
Nadine
Tasyrif yang membatukan diri dari tadi sudah mengalirkan air
matanya.Terhenjut-henjut bahunya menahan tangis.Dia kesal.Cukup kesal
dengan apa yang baru dilihatnya tadi.Sekarang ini,barulah dia
mengerti kenapa hatinya tidak enak sejak tadi.Rupanya itu adalah
petanda bahawa dia sedang dikhianati.Dikhianati oleh insan yang
paling dicintainya!
Dia
menangis semahu-mahunya.Biar Raziq lihat tangisannya.Dia mahu Raziq
tahu bahawa dia teramat kecewa dengan perbuatannya.Stereng kereta
diketuk dua tiga kali melepaskan geram sebelum kepalanya ditoleh
kepada Raziq yang seperti orang gila mengetuk-ngetuk tingkap
keretanya.Dia sudah tidak sanggup melihat wajah lelaki itu.Wajah
penuh kepalsuan.Wajah yang dulu dipujanya tetapi kini sudah bertukar
menjadi wajah yang dipandang dengan pandangan jijik.
Raziq
masih berusaha agar Nadine Tasyrif mendengar penjelasannya.Berulang
kali dia mengetuk tingkap kereta Nadine Tasyrif dan menjerit-jerit
mengatakan bahawa apa yang dilihat Nadine Tasyrif di dalam kondonya
sebentar tadi tidak benar.Dan berkali-kali juga Nadine Tasyrif
menggeleng sebagai tanda tidak mahu percaya.Raziq fikir dia budak
kecil yang boleh diperbodohkan sewenang-wenangnya?
Tanpa
membuang masa,Nadine Tasyrif terus menghidupkan enjin keretanya dan
berlalu pergi dari situ meninggalkan Raziq.Lelaki itu terlalu hampa
kerana Nadine Tasyrif tidak mengendahkannya.
“Damn!”hanya
itu yang terucap di bibir Raziq tatkala bayang kereta Nadine Tasyrif
berlalu dari pandangannya.Dia gosok kepalanya dengan kasar dan
menyepak tanah melepaskan geram.
Nadine
Tasyrif mengesat air matanya yang berlinangan tidak
henti-henti.Hatinya terlalu sedih.Jiwanya kacau bilau.Libang libu tak
tentu hala jadinya.Tangan yang diletakkan ke stereng pun dah
menggigil lain macam.Nafas dah mula sesak dan air mata tak juga surut
menyapu pipi.
Fikiran
dah tak stabil.Dah tak boleh fikir dengan rasional apa yang nak
dibuat sekarang.Tapi kaki terus menekan pedal minyak dengan agak laju
menuju ke haluan yang dia sendiri tak pasti.Nak tuju ke mana?
Nadine
Tasyrif urut dada yang sebu.Bergelora hati usah dikata.Hanya Tuhan
saja yang tahu betapa dia terlalu kecewa dan terkilan.
Kenapa
Raziq sanggup melakukan perkara sebegitu?Raziq yang dahulunya cukup
dihormati dan disanjung kini tidak ubah seperti sampah pada
matanya.Lelaki itu benar-benar tidak berguna.Saat ini,Nadine Tasyrif
merasakan dirinya seolah-olah tiada nilai dimata Raziq.Mungkin
dirinya cuma permainan semata-mata.Dan mungkin juga dirinya hanya
bahan gurauan.Kerana itulah dia sanggup meniduri perempuan lain dan
itupun menjelang hari perkahwinan mereka.Arghh!Kusut memikirkan
masalah yang sedang melanda.
“How
dare you,Raziq!How dare you!”hambur Nadine Tasyrif
mengetuk-ngetuk stereng kereta membuang rasa.
Dua
kali Nadine Tasyrif menghempaskan tangannya di stereng
kereta.Melepaskan rasa kecewa yang bersarang di hati.Dia tidak pasti
mampukah dia menghadapi semua kenyataan ini.Terasa seperti dia sedang
berada dalam sebuah drama yang dipentaskan dan dia adalah pelakon
utamanya.
Ah!Dia
bingung!Bingung dengan masalah yang baru timbul ini.Dia tidak tahu
apa yang perlu difikirkannya lagi tentang Raziq.Namun,hatinya mula
gelisah apabila teringat pada keluarganya.Dia tak tahu sama ada
hatinya cukup kuat dan kental untuk memberitahu apa yang terjadi tadi
kepada keluarganya?Patutkah dia beritakan segalanya kepada mereka
nanti?Atau dia rahsiakan saja semuanya?Tapi sampai bila?
Nadine
Tasyrif segera memberhentikan keretanya di tepi jalan di satu kawasan
lapang.Diri yang mula tak tentu arah cuba ditenangkan.Tak mahu hati
terus hanyut dengan gelora perasaan.Semerta kepala melayang teringat
pada wajah manis teman baiknya,Luthfia.Cepat-cepat telefon bimbit
dicapai dan menekan nombor Luthfia.
“Hello…”
suaranya sedikit serak akibat menangis tadi.
“Hello….Nadine?Kenapa
ni?Kenapa suara lain macam je?”tanya Luthfia dari dalam
talian.Nadine Tasyrif ketap bibirnya.Dia menarik nafas sebelum
berbicara dengan Luthfia.
“Fi,kau
kat mana sekarang?Aku nak jumpa kau kejap,boleh?”
“Aku
kat ofis.Half day.Sekejap
lagi aku baliklah.Kau demam ke?”Nadine Tasyrif menahan sebaknya
lagi.
“Kurang
sihat sikit.Nanti aku datang rumah kau ya?”
“Are
you okey,Nadine?”Luthfia seolah-olah
dapat menangkap sesuatu yang tidak baik telah menimpa teman baiknya
itu.Nadine Tasyrif menahan tangisnya namun air matanya gugur juga.
“Aku….”percakapannya
tersekat dan tidak mampu untuk bersuara lagi.Getaran di bibir cuba
ditahan agar tidak terlepas lalu membuatkannya lemah di pendengaran
Luthfia ketika ini.Dia tidak cukup kuat untuk hadapi semua ini dan
Luthfia tidak boleh mendengar suara sedihnya.Tapi,hati yang satu ini
cukup degil meronta-ronta minta diceritakan saja segalanya kepada
Luthfia.Biar jadi lega andai ada seseorang yang mampu berkongsi rasa
hatinya saat ini.
“Nadine,kenapa
ni?”tegur Luthfia lagi.
Nadine
Tasyrif menangis sambil badannya terhenjut-henjut.Kepalanya
dilentokkan di atas stereng kereta seketika sebelum kembali bersandar
di kerusi.Satu nafas diambil dengan bibirnya terketar-ketar mahu
memulakan semula bicara.
“Aku
tak tahu macam mana aku nak cakap pada kau Fi.Aku tak tahu nak
mulakan dari mana tapi….”tangisannya bergema kuat di dalam
kereta.Dahinya dilekap dengan tangan sebelum meramas-ramas rambut
panjangnya.
“Nadine?”seruan
Luthfia langsung tak berjawab sebaliknya dia hanya mengetapkan bibir
lama dan menahan air mata dari terus gugur.Tapi sampai ke
sudah,pipinya terus basah.
Hembusan
nafas Luthfia segera menampar cuping telinga Nadine Tasyrif.
“It’s
okey.Nanti kau datang rumah aku,kau
cerita.Tapi sekarang ni,I need to go
sebab ada beberapa kerja lagi aku perlu siapkan.Kejap lagi kita jumpa
okey.Take care.”Akhirnya
satu kata putus terus Luthfia berikan setelah tiada jawapan yang dia
peroleh dari temannya.
Nadine
Tasyrif hanya angguk lemah.Matanya terpejam-pejam erat.Tidak mampu
lagi dia keluarkan suara,talian terus dimatikan.Dia hanya mampu
bersandar pada kusyen kereta dengan jiwa yang semakin longlai dan
hati yang jatuh merudum menghempas ke tanah.Telefon bimbitnya terus
sahaja tercampak ke atas pahanya.Mata dipejam rapat.Dibiarkan sahaja
air mata lelah itu mengalir lagi melalui kelopak yang rapat.
‘Ya
Allah,bantulah aku hambaMu yang lemah ni Ya Allah.Bantulah
aku,berikan kekuatan padaku.’Doanya setelah tangisan tadi agak
reda.Saat ini tiada siapa yang mampu membantunya melainkan doa
ditadah memohon pada Yang Maha Esa.
Nadine
Tasyrif kelam kabut mencapai semula telefon bimbitnya apabila
terdengar deringan tetapi setelah dia pandang pada skrin,dia terus
membatalkan panggilan.
Raziq!
Dia
pasti lelaki itu mesti akan mencarinya.Fikirannya bercelaru dan
keliru.Dia tidak mahu mendengar suara lelaki itu saat ini.
Nadine
Tasyrif kesat lagi air matanya.Sebetulnya,dia tidak mahu menangis
sebegini rupa tapi dia tidak mampu membendung perasaan hampa dan
kecewanya.Dia membuat keputusan untuk segera ke rumah Luthfia bagi
meluahkan segala kekecewaannya.Dia yakin sebentar lagi pasi Luthfia
akan sampai ke rumahnya dari pejabat.
Telefon
bimbitnya masih tidak henti-henti berdering.Sudah dua kali dia
membatalkan panggilan dari Raziq.Kali ini dia nekad.Dia matikan terus
supaya tiada lagi gangguan.Telefon bimbit terus dicampak ke kerusi
sebelah.Puas hati.Buat masa ini dia tidak mahu menjawab sebarang
panggilan daripada Raziq kerana dia bimbang dia akan terus melenting
dan marah tak tentu hala.Biar segalanya stabil dulu.
Dia
bimbang andai nanti apa yang diperkatakan oleh Raziq akan membuatkan
dia membuat keputusan yang salah atau terburu-buru tanpa menimbang
baik buruk dan rasionalnya.
Tidak
menunggu lama,Nadine Tasyrif pantas menolak gear sebelum keluar dari
kawasan lapang tersebut tanpa menyedari ada sebuah kenderaan pacuan
empat roda sedang meluncur laju menghala ke arahnya.Sudah beberapa
kali kenderaan tersebut memberi lampu tinggi sebagai isyarat dan
membunyikan hon dengan kuat yang berpanjangan namun Nadine Tasyrif
masih belum sedar.Sedikit pun dia tidak memandang ke arah cermin
pandang belakang.Apa yang ada di jiwa dan hatinya kini benar-benar
telah membawanya jauh hanyut entah ke mana.
Baru
dua saat dia masuk ke lorong kiri jalan,hon yang paling kuat
menggegarkan telinganya.Sepantas kilat dia menjeling ke cermin
pandang belakang.
Jantung
Nadine Tasyrif bagaikan berhenti berdenyut,terasa tiada irama yang
mengiringinya saat itu selain dari ritma jantung sendiri.Dup dup dup!
Bummmmm!
Terasa
satu rempuhan kuat dari arah belakangnya,Nadine Tasyrif pantas
menjerit nyaring sambil menekan brek serta mengawal sterengnya dari
tersasar namun hantukan kuat di kepalanya ke atas stereng di hadapan
nyata membuatkan dunia serta merta kelam.Gelap!
p.s MSSCA sudah boleh didapati melalui penerbit Penulisan2u ;)
p.s MSSCA sudah boleh didapati melalui penerbit Penulisan2u ;)
BEST.
ReplyDelete