Sunday 8 February 2015

Mr Stalker...Saya Cintakan Awaklah! 2




RAZIQ!”suara Nadine Tasyrif yang maha lantang membuatkan sesusuk tubuh yang sedang enak berlingkar di bawah selimut tanpa pakaian sambil dipeluk oleh seorang wanita tersentak.Dia bangun mendadak.Sempat ditenyeh-tenyeh matanya sebelum berpaling memandang Nadine Tasyrif yang tercegat di depan pintu sambil merenung dirinya tajam.

“Nadine?”

Nadine Tasyrif menghentak tangan ke arah pintu bilik melepas perasaan sebelum berlari meninggalkan bilik itu.Raziq yang masih di atas katil kelam kabut mendapatkan pakaian dan berusaha untuk mengejar Nadine Tasyrif yang dah menghilang.Tapi baru nak melangkah,lengannya sempat diselar dan dipaut manja sebelum wanita yang berada di atas katil itu merengek.

“You nak ke mana sayang?”rengeknya.Namun Raziq buat tidak peduli.Ditinggalkan saja wanita itu dan bergegas keluar mengejar Nadine Tasyrif yang sudah mahu meninggalkan kondo.

“Nadine!Nadine!”terkejar-kejar lelaki itu mahu mendapatkan tunangnya.Habis semua perabot dan barang yang berada di dalam kondo itu dilanggar dan dirempuh.Terdengar bunyi kaca berderai.Raziq buat tak endah.Pedulilah kalau barang-barang dalam kondonya sudah rosak yang penting dia mesti mendapatkan Nadine Tasyrif yang dah jauh ke depan.

Raziq berlari laju menuju ke pintu lif.Dia masih lihat Nadine Tasyrif sedang berusaha menekan-nekan butang lif.

“Nadine!Wait!”jerit Raziq lagi sambil cuba mendapatkan Nadine Tasyrif.Tapi dia tak sempat nak mencapai lengan Nadine Tasyrif bila gadis itu dah memboloskan diri ke dalam perut lif sebelum pintu tertutup rapat.

Damn it!”maki Raziq lalu menghentak tangannya pada pintu lif.Dadanya naik turun menahan semput setelah berlari tadi.Tanpa membuang masa,lelaki itu menekan-nekan butang lif satu lagi.Nafasnya mula tak tentu arah menunggu pintu lif itu terbuka.

Sesampai saja dia di bawah,kelibat Nadine Tasyrif dicari.
Nadine Tasyrif yang masih terkial-kial membuka pintu kereta diterkam sebelum lengan gadis itu ditarik sehingga tubuh mereka berdua bertembung.

Nadine...tolong dengar dulu penjelasan I.”Rayunya bersungguh-sungguh.Dia tahu tunangnya itu terkejut dengan apa yang dia telah lihat di dalam kondo tadi tapi Raziq tak akan sesekali berputus asa untuk menjelaskan segalanya kepada gadis itu.Lengan Nadine Tasyrif dicengkam semakin kuat,seolah tak mahu dilepaskan lagi.Berkali-kali dada Razi diumbuk dan ditolak sebelum meronta-ronta minta dilepaskan.

“Sakitlah!Let me go!

“Sayang,dengar dulu apa yang I nak cakap!”mata mereka berlaga,tepat tapi Nadine Tasyrif tak mahu dengar.Ditolak saja tubuh Raziq ke belakang sekuat hati sebelum cepat-cepat memboloskan diri ke dalam perut kereta.Dia membatukan diri di dalam kereta membiarkan deru nafas berlagu tak seirama.Sesak dadanya.Lengan yang dicengkam Raziq tadi digosok-gosok.Masih terasa sakit tapi hatinya jauh lebih sakit daripada itu.

Cermin tingkap keretanya diketuk-ketuk rakus.Tersentak sekejap dengan suara Raziq yang menggila di luar.

“Nadine,buka tingkap ni.I nak cakap dengan you,please.”Raziq gelisah seperti cacing kepanasan.

“Nadine,let me explain to you.Apa yang you nampak tadi bukan macam apa yang you fikir.Tolonglah buka tingkap ni.”Raziq masih merayu-rayu.Kali ini urat-urat di dahinya sudah mula timbul.Rahangnya diketap kuat menahan rasa apabila permintaannya bagaikan tidak diendahkan oleh Nadine Tasyrif.

Nadine Tasyrif yang membatukan diri dari tadi sudah mengalirkan air matanya.Terhenjut-henjut bahunya menahan tangis.Dia kesal.Cukup kesal dengan apa yang baru dilihatnya tadi.Sekarang ini,barulah dia mengerti kenapa hatinya tidak enak sejak tadi.Rupanya itu adalah petanda bahawa dia sedang dikhianati.Dikhianati oleh insan yang paling dicintainya!

Dia menangis semahu-mahunya.Biar Raziq lihat tangisannya.Dia mahu Raziq tahu bahawa dia teramat kecewa dengan perbuatannya.Stereng kereta diketuk dua tiga kali melepaskan geram sebelum kepalanya ditoleh kepada Raziq yang seperti orang gila mengetuk-ngetuk tingkap keretanya.Dia sudah tidak sanggup melihat wajah lelaki itu.Wajah penuh kepalsuan.Wajah yang dulu dipujanya tetapi kini sudah bertukar menjadi wajah yang dipandang dengan pandangan jijik.

Raziq masih berusaha agar Nadine Tasyrif mendengar penjelasannya.Berulang kali dia mengetuk tingkap kereta Nadine Tasyrif dan menjerit-jerit mengatakan bahawa apa yang dilihat Nadine Tasyrif di dalam kondonya sebentar tadi tidak benar.Dan berkali-kali juga Nadine Tasyrif menggeleng sebagai tanda tidak mahu percaya.Raziq fikir dia budak kecil yang boleh diperbodohkan sewenang-wenangnya?

Tanpa membuang masa,Nadine Tasyrif terus menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi dari situ meninggalkan Raziq.Lelaki itu terlalu hampa kerana Nadine Tasyrif tidak mengendahkannya.

Damn!”hanya itu yang terucap di bibir Raziq tatkala bayang kereta Nadine Tasyrif berlalu dari pandangannya.Dia gosok kepalanya dengan kasar dan menyepak tanah melepaskan geram.

Nadine Tasyrif mengesat air matanya yang berlinangan tidak henti-henti.Hatinya terlalu sedih.Jiwanya kacau bilau.Libang libu tak tentu hala jadinya.Tangan yang diletakkan ke stereng pun dah menggigil lain macam.Nafas dah mula sesak dan air mata tak juga surut menyapu pipi.

Fikiran dah tak stabil.Dah tak boleh fikir dengan rasional apa yang nak dibuat sekarang.Tapi kaki terus menekan pedal minyak dengan agak laju menuju ke haluan yang dia sendiri tak pasti.Nak tuju ke mana?

Nadine Tasyrif urut dada yang sebu.Bergelora hati usah dikata.Hanya Tuhan saja yang tahu betapa dia terlalu kecewa dan terkilan.

Kenapa Raziq sanggup melakukan perkara sebegitu?Raziq yang dahulunya cukup dihormati dan disanjung kini tidak ubah seperti sampah pada matanya.Lelaki itu benar-benar tidak berguna.Saat ini,Nadine Tasyrif merasakan dirinya seolah-olah tiada nilai dimata Raziq.Mungkin dirinya cuma permainan semata-mata.Dan mungkin juga dirinya hanya bahan gurauan.Kerana itulah dia sanggup meniduri perempuan lain dan itupun menjelang hari perkahwinan mereka.Arghh!Kusut memikirkan masalah yang sedang melanda.

How dare you,Raziq!How dare you!”hambur Nadine Tasyrif mengetuk-ngetuk stereng kereta membuang rasa.

Dua kali Nadine Tasyrif menghempaskan tangannya di stereng kereta.Melepaskan rasa kecewa yang bersarang di hati.Dia tidak pasti mampukah dia menghadapi semua kenyataan ini.Terasa seperti dia sedang berada dalam sebuah drama yang dipentaskan dan dia adalah pelakon utamanya.

Ah!Dia bingung!Bingung dengan masalah yang baru timbul ini.Dia tidak tahu apa yang perlu difikirkannya lagi tentang Raziq.Namun,hatinya mula gelisah apabila teringat pada keluarganya.Dia tak tahu sama ada hatinya cukup kuat dan kental untuk memberitahu apa yang terjadi tadi kepada keluarganya?Patutkah dia beritakan segalanya kepada mereka nanti?Atau dia rahsiakan saja semuanya?Tapi sampai bila?

Nadine Tasyrif segera memberhentikan keretanya di tepi jalan di satu kawasan lapang.Diri yang mula tak tentu arah cuba ditenangkan.Tak mahu hati terus hanyut dengan gelora perasaan.Semerta kepala melayang teringat pada wajah manis teman baiknya,Luthfia.Cepat-cepat telefon bimbit dicapai dan menekan nombor Luthfia.

Hello…” suaranya sedikit serak akibat menangis tadi.

Hello….Nadine?Kenapa ni?Kenapa suara lain macam je?”tanya Luthfia dari dalam talian.Nadine Tasyrif ketap bibirnya.Dia menarik nafas sebelum berbicara dengan Luthfia.

“Fi,kau kat mana sekarang?Aku nak jumpa kau kejap,boleh?”

Aku kat ofis.Half day.Sekejap lagi aku baliklah.Kau demam ke?”Nadine Tasyrif menahan sebaknya lagi.

“Kurang sihat sikit.Nanti aku datang rumah kau ya?”

Are you okey,Nadine?”Luthfia seolah-olah dapat menangkap sesuatu yang tidak baik telah menimpa teman baiknya itu.Nadine Tasyrif menahan tangisnya namun air matanya gugur juga.

“Aku….”percakapannya tersekat dan tidak mampu untuk bersuara lagi.Getaran di bibir cuba ditahan agar tidak terlepas lalu membuatkannya lemah di pendengaran Luthfia ketika ini.Dia tidak cukup kuat untuk hadapi semua ini dan Luthfia tidak boleh mendengar suara sedihnya.Tapi,hati yang satu ini cukup degil meronta-ronta minta diceritakan saja segalanya kepada Luthfia.Biar jadi lega andai ada seseorang yang mampu berkongsi rasa hatinya saat ini.

“Nadine,kenapa ni?”tegur Luthfia lagi.

Nadine Tasyrif menangis sambil badannya terhenjut-henjut.Kepalanya dilentokkan di atas stereng kereta seketika sebelum kembali bersandar di kerusi.Satu nafas diambil dengan bibirnya terketar-ketar mahu memulakan semula bicara.

“Aku tak tahu macam mana aku nak cakap pada kau Fi.Aku tak tahu nak mulakan dari mana tapi….”tangisannya bergema kuat di dalam kereta.Dahinya dilekap dengan tangan sebelum meramas-ramas rambut panjangnya.

“Nadine?”seruan Luthfia langsung tak berjawab sebaliknya dia hanya mengetapkan bibir lama dan menahan air mata dari terus gugur.Tapi sampai ke sudah,pipinya terus basah.

Hembusan nafas Luthfia segera menampar cuping telinga Nadine Tasyrif.

It’s okey.Nanti kau datang rumah aku,kau cerita.Tapi sekarang ni,I need to go sebab ada beberapa kerja lagi aku perlu siapkan.Kejap lagi kita jumpa okey.Take care.”Akhirnya satu kata putus terus Luthfia berikan setelah tiada jawapan yang dia peroleh dari temannya.

Nadine Tasyrif hanya angguk lemah.Matanya terpejam-pejam erat.Tidak mampu lagi dia keluarkan suara,talian terus dimatikan.Dia hanya mampu bersandar pada kusyen kereta dengan jiwa yang semakin longlai dan hati yang jatuh merudum menghempas ke tanah.Telefon bimbitnya terus sahaja tercampak ke atas pahanya.Mata dipejam rapat.Dibiarkan sahaja air mata lelah itu mengalir lagi melalui kelopak yang rapat.

‘Ya Allah,bantulah aku hambaMu yang lemah ni Ya Allah.Bantulah aku,berikan kekuatan padaku.’Doanya setelah tangisan tadi agak reda.Saat ini tiada siapa yang mampu membantunya melainkan doa ditadah memohon pada Yang Maha Esa.

Nadine Tasyrif kelam kabut mencapai semula telefon bimbitnya apabila terdengar deringan tetapi setelah dia pandang pada skrin,dia terus membatalkan panggilan.
Raziq!

Dia pasti lelaki itu mesti akan mencarinya.Fikirannya bercelaru dan keliru.Dia tidak mahu mendengar suara lelaki itu saat ini.

Nadine Tasyrif kesat lagi air matanya.Sebetulnya,dia tidak mahu menangis sebegini rupa tapi dia tidak mampu membendung perasaan hampa dan kecewanya.Dia membuat keputusan untuk segera ke rumah Luthfia bagi meluahkan segala kekecewaannya.Dia yakin sebentar lagi pasi Luthfia akan sampai ke rumahnya dari pejabat.

Telefon bimbitnya masih tidak henti-henti berdering.Sudah dua kali dia membatalkan panggilan dari Raziq.Kali ini dia nekad.Dia matikan terus supaya tiada lagi gangguan.Telefon bimbit terus dicampak ke kerusi sebelah.Puas hati.Buat masa ini dia tidak mahu menjawab sebarang panggilan daripada Raziq kerana dia bimbang dia akan terus melenting dan marah tak tentu hala.Biar segalanya stabil dulu.

Dia bimbang andai nanti apa yang diperkatakan oleh Raziq akan membuatkan dia membuat keputusan yang salah atau terburu-buru tanpa menimbang baik buruk dan rasionalnya.

Tidak menunggu lama,Nadine Tasyrif pantas menolak gear sebelum keluar dari kawasan lapang tersebut tanpa menyedari ada sebuah kenderaan pacuan empat roda sedang meluncur laju menghala ke arahnya.Sudah beberapa kali kenderaan tersebut memberi lampu tinggi sebagai isyarat dan membunyikan hon dengan kuat yang berpanjangan namun Nadine Tasyrif masih belum sedar.Sedikit pun dia tidak memandang ke arah cermin pandang belakang.Apa yang ada di jiwa dan hatinya kini benar-benar telah membawanya jauh hanyut entah ke mana.

Baru dua saat dia masuk ke lorong kiri jalan,hon yang paling kuat menggegarkan telinganya.Sepantas kilat dia menjeling ke cermin pandang belakang.

Jantung Nadine Tasyrif bagaikan berhenti berdenyut,terasa tiada irama yang mengiringinya saat itu selain dari ritma jantung sendiri.Dup dup dup!

Bummmmm!



Terasa satu rempuhan kuat dari arah belakangnya,Nadine Tasyrif pantas menjerit nyaring sambil menekan brek serta mengawal sterengnya dari tersasar namun hantukan kuat di kepalanya ke atas stereng di hadapan nyata membuatkan dunia serta merta kelam.Gelap!




p.s MSSCA sudah boleh didapati melalui penerbit Penulisan2u ;)



1 comment:

BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...