Thursday, 12 February 2015

Mr Stalker...Saya Cintakan Awaklah! 4

YA ALLAH…Affan.Jangan tinggalkan mama Affan.Tolong jangan tinggalkan mama.Mama merayu pada Affan!”suara Datin Ainon memecah suasana sunyi di hospital.Semerta tubuhnya menerpa ke arah pintu bilik ICU dengan harapan yang dia akan memboloskan diri ke dalam sana namun tak lama kemudian lengannya sempat dicapai dan dibawa menjauh dari situ.

Mama,bawa bertenang.Kita tak boleh masuk ke dalam sana.”anak gadis Datin Ainon yang memakai baju kurung dan bertudung warna merah jambu memeluk erat bahunya namun kudrat Datin Ainon tidak berjaya dikendurkan bila tubuh gadis itu tertolak ke belakang selepas ibunya menepis rakus.

Kenapa pula tak boleh?!”

Abang Azrey dah cakap tadi,tak ada sesiapa dibenarkan melawat abang Affan buat masa sekarang.Sekejap lagi doktor nak bawa dia masuk ke dalam operation room.

Kenapa nak kena bawa dia masuk dalam operation room pula?Tadi kau cakap anak aku tu tak apa-apa.Kau nak tipu aku ke,Shira?”teriak Datin Ainon dengan mata terjegil memandang Inshirah.

Ya Allah,tak mama.Buat apa Shira nak bohong.Abang Azrey yang jumpa doktor tadi.”
Datin Ainon meliarkan mata sekeliling.Cuba mencari kelibat seseorang namun matanya berlaga semula dengan mata Inshirah.

Azrey mana?”

Abang Azrey ke surau.Solat sekejap.Kita duduk kat luar dan tunggu Abang Azrey datang ya?”pujukan Inshirah langsung tak diambil peduli sebaliknya dia merayap dan meliarkan mata sekeliling sebelum berhenti pada susuk tubuh seorang lelaki yang memakai jubah putih yang mendekati mereka.

Maaf,semua.Ini ahli keluarga Encik Affan Ariff ke?”

Ya,doktor.Kami ahli keluarganya.”ujar Inshirah perlahan.

Boleh saya jumpa dengan Encik Azrey Ariff?”

Tak payah jumpa Azrey,saya ni emak kepada Affan.Cakap saja apa yang doktor nak cakap!”tiba-tiba Datin Ainon menyerbu doktor tadi.Tak sabar nak mendengar berita terkini daripada mulut doktor.

Saya Doktor Rosmizan.”doktor mula memperkenalkan diri sambil tersenyum.

Saya tak pedulilah siapa pun nama doktor.Saya nak tahu macam mana keadaan anak saya?Kenapa kami tak dibenarkan melawat dia kat dalam?”

Bawa bertenang puan...buat masa ini memang tak ada sesiapa dibenarkan melawat pesakit.”

Itu saya tahu tapi keadaan anak saya macam mana?Dia tak apa-apa kan?”mata Doktor Rosmizan ditenung garang,menanti jawapan dengan penuh debaran.

Buat masa ni,dia masih belum sedarkan diri disebabkan kemalangan tadi dan keadaan dia kritikal.Kami akan bawa dia ke bilik pembedahan segera dan saya harap ahli keluarga dia dapat bersabar serta banyakkan berdoa untuknya.”jelas Doktor Rosmizan serius.Wajah Datin Ainon yang nyata tercengang dipandang lama sebelum meminta izin untuk pergi.
Datin Ainon tiba-tiba saja melurut jatuh ke lantai dengan linangan air mata.

Affan...jangan tinggalkan mama.Tolonglah bangun,Affan.”rintihnya.

Mama,bangun ma.Kita tunggu abang Affan kat sana.”Inshirah cuba tarik tubuh Datin Ainon yang kaku di lantai namun tubuhnya ditolak menjauh.

Kau diam,Shira!”

Ma,janganlah buat bising macam ni.Ini hospital.”

Peduli apa aku.Aku nak anak aku balik!”tengkingan Datin Ainon bergema selang beberapa saat sebelum dia mula meruang seakan tidak dapat menerima hakikat.Inshirah memandang sekeliling.Terasa tebal wajahnya bila perasan ada mata yang sedang memerhati mereka saat ini.Tak tahu dah nak buat apa selain cuba memujuk lagi ibunya.

Ma,dengar cakap Shira ni.Kita tunggu abang Affan kat kerusi sana dulu.Kan doktor kata tak ada sesiapa boleh melawat abang Affan.Kejap lagi dia orang nak bawa dia masuk operation room.Kita sabar ya?”

Aku tak peduli.Aku nak anak aku balik!Aku nak anak aku Affan!Affan!Keluarlah Affan!Mama tunggu diluar ni!”jeritnya.Inshirah dah buntu.Tak tahu nak guna bahasa apa dan cara yang bagaimana lagi mahu memujuk ibunya.

Tak semena-mena ada seorang jururawat datang menegur tetapi ditengking semula oleh Datin Ainon.

Puan…”
Kau diam!Aku nak anak aku!Aku cuma nak anak aku semula!”jari telunjuk terus ditudingkan ke muka jururawat.

Affan!Keluarlah!Affan,tolong keluar dari bilik tu!Mama tunggu kat luar ni!”jeritnya semula dengan penuh harapan.

Shira...mama...spontan Inshirah menarik nafas lega bila kelibat abang sulungnya Azrey datang beriringan dengan isterinya Effa.

Abang,tolong Shira.”rayu Inshirah mengisyaratkan supaya Azrey dapat membantunya membawa tubuh Datin Ainon ke kerusi berdekatan.Namun usai ditarik tubuhnya dan dibantu ke kerusi,tubuhnya menggelupur minta dilepaskan.

Ya Allah,mama.Bertenang mama.Mengucap,istighfar Mama.Ingat Allah.”ucap Inshirah.Dia memegang erat tubuh ibunya yang seakan-akan kerasukan.Wajah ibunya pantas dipegang dan memandang dalam-dalam mata tua itu dengan harapan kata-katanya akan didengari.

Mama…mengucap.Mengucap,ma.Ingat Allah…ingat Allah…”pujuknya lagi cuba meredakan ketegangan.Namun belum pun apa-apa,tubuh kecilnya terdorong ke belakang sebelum jatuh ditolak ibu sendiri.Inshirah terkesima,Effa ternganga dan Azrey terpana.

Inshirah mengaduh sakit.Kakinya terasa perit manakala belakang tubuhnya terasa sengal-sengal.Datin Ainon masih cuba meronta-ronta namun selang beberapa minit kemudian,tubuhnya tiba-tiba longlai.Rebah sebelum tak sedarkan diri.

Ya Allah,mama!
Semerta Azrey memapah tubuh Datin Ainon mendekati kaunter jururawat dan meminta bantuan kecemasan.

Inshirah menangis setelah dia sampai di depan pintu bilik rawatan diiringi Effa.Masing-masing masih terkejut dengan keadaan Datin Ainon yang tiba-tiba saja rebah.Tak tertahan dengan dugaan yang baru melanda keluarganya.Mujurlah dia masih ada sisa kekuatan untuk terus bertahan.Sesaat,tubuhnya tenggelam dalam pelukan erat Effa sekadar mencari sedikit lagi semangat yang seakan hilang dihembus angin malam.

Sabar Shira…sabar…insyallah mama tak apa-apa tu.Kita doakan baik-baik saja ya?”pujuk Effa sengaja mengukir senyuman.Inshirah angguk sekali.

Mama tak akan apa-apa kan,kak?Mama okey kan?”soalnya semula risau.Effa tersenyum kecil sambil menepuk-nepuk bahu Inshirah saat gadis itu tenggelam dalam pelukannya bersama esakan kecil.

Dah,Shira jangan risau.Kak Effa yakin mama tak apa-apa.Doktor tengah rawat dia kat dalam tu.sekadar cuba menenangkan hati gadis itu yang masih sebak dan tersedu sedan menahan tangis.

Abang Azrey,mama okey tak?Doktor cakap apa?tubuh Azrey yang baru melangkah keluar dari bilik rawatan diterpa oleh Inshirah.Risau bukan main lagi dia pada Datin Ainon.

Tak ada apa-apa,Shira.Doktor dah bagi rawatan pada mama.Mungkin dalam dua atau tiga jam nanti mama akan sedar.Insyallah,jangan risau ya?bahu Inshirah ditepuk-tepuk halus.
Dan Inshirah hanya mengangguk lemah membiarkan perasaannya berlalu pergi.

RAZIQ meluru menuju ke hospital setelah mendapat panggilan telefon.Lega hatinya apabila dia sudah tahu Nadine Tasyrif berada di mana.Sejak tengah hari tadi dirinya seperti orang gila mencari gadis itu.Sudah banyak tempat dia tuju semata-mata untuk menemui Nadine Tasyrif namun tidak ketemu.Berkali-kali dia mengucap syukur tetapi jauh dalam hatinya dia tetap risaukan Nadine Tasyrif.Nadine Tasyrif kemalangan!

Ya Allah,apa yang aku dah buat pada Nadine Ya Allah! Aku yang bersalah! Aku bersalah Ya Allah.Ampunkanlah aku! Akulah punca Nadine kemalangan!”rintih hati Raziq.Matanya sudah basah dek linangan air mata.Sebak rasa hati mengenangkan insan tersayang terlibat dalam kemalangan.

Insan tersayang?Manusia apa kau ni Raziq sampai kau sanggup menduakan tunang kau?Itu yang kau kata insan tersayang?Teguhkah kasih sayang kau pada Nadine sehingga kau sanggup mencuranginya?‘

Raziq pejam rapat matanya.Kepalanya dipicit bagaikan cuba menghalau resah dan gelisah yang sudah lama bercantum dalam hati.Dia tahu dia salah.Dia tahu dia tersilap langkah.Tapi dia berazam apabila dia dapat bertemu Nadine Tasyrif,dia berjanji akan memujuk gadis itu dan menebus semua kesilapannya.Dia berjanji.

Mata Raziq segera menoleh kepada kaunter jururawat yang terletak lima meter dari pintu lif setelah sampai di tingkat 2 bangunan hospital.Dia cepat-cepat mendapatkan jururawat yang berada di situ untuk bertanya di mana Nadine Tasyrif ditempatkan.

Assalamualaikum,nurse.Tumpang bertanya.Pesakit bernama Nadine Tasyrif Bt Irfan ada di wad mana?”jururawat bernama Shila segera melangut memandang wajah gelisahnya.

Waalaikummussalam.Sekejap ya saya periksa.

Kurang sepuluh saat,Raziq sudah sedia mendapatkan jawapan.Sepantas kilat dia berlari menuju ke arah yang ditunjukkan oleh jururawat tadi.

Terima kasih doktor.”ucap Nadine Tasyrif sejurus keluar dari bilik Doktor Nurain,doktor yang merawat dan memantau keadaannya.Nasibnya sangat baik selepas terlibat dengan kemalangan ngeri tengah hari tadi dan hanya disahkan sebagai pesakit luar.Namun dia masih dibawah pantauan doktor muda ini untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat dari kecederaan kecil di dahinya yang memaksa ia dijahit.Doktor Nurain senyum,mengangguk dan menghulurkan tangan kepada Nadine Tasyrif.

Sama-sama.Ingat ya Nadine dengan pesan saya tadi.Jaga kesihatan awak.Jangan lupa makan ubat yang saya bagi untuk elak jangkitan kuman.Lagi satu,ubat sapu tu perlu disapu setiap pagi.” Nadine Tasyrif mengangguk.Sejurus melangkah ke luar,dia mendapatkan keluarganya yang masih setia menunggunya di situ.

Apa kata doktor,Nadine?”aju Puan Suri kalut.Risau benar jika sesuatu menimpa Nadine Tasyrif.Dia memegang kejap lengan Nadine Tasyrif.

Mama,janganlah risau.Doktor cuma pesan suruh Nadine makan ubat yang dia bagi.”Puan Surina mengangguk tanda faham.Dia mengurut dada.Lega.Tuan Irfan sudah tersengih.Dia memanjat kesyukuran terhadap Ilahi atas keselamatan anaknya.

Nadine,you tak apa-apa,kan?”ucap Raziq termengah-mengah.Beria benar dia berlari mendapatkan Nadine Tasyrif.Darah Nadine Tasyrif berderau.Tiba-tiba saja Raziq boleh muncul setelah dia keluar dari bilik doktor.Apa yang dia buat di sini?

Uncle,auntie.Nadine tak apa-apakan?”tanya Raziq pada Tuan Irfan dan Puan Surina.Kedua-dua orang tua Nadine Tasyrif tersenyum lebar.Tuan Irfan mengangguk-angguk sambil menepuk-nepuk bahu Raziq.Cepat-cepat Raziq mengalihkan pandangan ke arah Nadine Tasyrif yang masih menyepi sejak tadi.

Nadine,you okey kan?”tak segan silu,tangan gadis itu dicapai dan digenggam kemas-kemas.

Tapi tak ada jawapan yang keluar daripada mulut gadis itu selain daripada cubaan untuk melepaskan pegangan tangannya yang digenggam.Rasa tak kuasa nak berlama-lama di hadapan lelaki curang ini.Sakit hatinya tak terkata.Ikutkan emosi gilanya,nak saja dia tempeleng muka Raziq laju-laju.Paling tidak pun dia bedal kepala si Raziq menggunakan kasut tumit tingginya.Biar hatinya puas tapi dia bukan jenis manusia yang suka melepaskan perasaan marah di hadapan keluarga.Banyak hati yang perlu dijaganya sehingga akhirnya dia membiarkan saja perlakuan Raziq.

'Macam manalah agaknya kalau mama,babah dengan Zelmi tahu yang lelaki di depan mereka ini adalah lelaki curang?Lelaki yang dah rosakkan rasa percayanya serta dah ranapkan seluruh perasaan cintanya pada lelaki itu akibat perbuatan terkutuk itu?'

Sayang….you okey kan?”tanya Raziq lalu memegang bahu Nadine Tasyrif.Gadis itu membisu.Tiada suara mampu keluar dari celah kerongkong.Seakan tersekat dengan batu besar.

Puan Surina dan Tuan Irfan memandang sesama sendiri apabila anak mereka tidak memberikan respons.Lantas satu isyarat mata diberikan sesama sendiri.

Bang,kita ke bawah dulu.Saya terasa nak minum pula.Jom...Kila.”ucap Puan Surina sambil memandang ke wajah Kila dan memberi alasan supaya mereka dapat meninggalkan Nadine Tasyrif dan Raziq berdua.Tuan Irfan angguk.

Mari,Zelmi.Nadine…Raziq,kami turun ke bawah dulu.”ujar Puan Surina lagi.Raziq angguk dan senyum meleret pada bakal bapa mertuanya itu.

Sesaat selepas keluarga Nadine Tasyrif menghilang bersama dengan Kila,Raziq berusaha untuk memujuk Nadine Tasyrif.Niatnya untuk membawa gadis itu menjauh dan duduk di sudut yang sedikit terpencil untuk berbincang tidak kesampaian apabila Nadine Tasyrif lebih cekap meloloskan diri daripadanya.

Sayang,I minta maaf!”bahu Nadine Tasyrif sempat dicapai sebelum berdiri betul-betul bertentangan dengannya.

Sayang,I’m sorry okay.I’m sorry!”tegas Raziq lagi.Tapi Nadine Tasyrif terus menayang muka kaku tak berperasaan.

Sayang,pandang muka I ni.Please…maafkan I.I’m sorry for hurting you.Please forgive me.” rayunya dengan nada suara yang gelisah.

Nadine Tasyrif terus menyepikan diri namun tiba-tiba saja dagunya dipagut oleh Raziq agar mata mereka berlaga dan saling menatap antara satu sama lain.

Lepaskan I!”tegas Nadine Tasyrif seraya menepis kasar tangan Raziq.Kemudian tubuh jejaka itu terus ditolak sebelum dia cepat-cepat memboloskan diri dari situ.

Lif segera didekati.Butang di tepi pintu lif ditekan-tekan rakus,berharap agar pintu lif segera terbuka dan membawanya jauh daripada Raziq.Sakit hati tak sudah bila mendengar rayuan Raziq yang tak berputus asa.Macam nak meletup saja dada menahan segala rasa yang bersesak-sesak.Tak tahu dah nak klasifikasikan bagaimana perasaannya.Semuanya sudah bercampur baur antara satu sama lain.Marah,bengang,sedih,kecewa,sakit hati,geram.
Air mata yang hampir menitik diseka dengan hujung jari.Kemudian,kepala didongak memandnag siling sambil bibir diketap rapat.

'Cepatlah terbuka pintu lif ni!'

Sayang!”jeritan Raziq tiba-tiba menampar cuping telinganya.
Ting!

Pintu lif terbuka.Pantas diatur kaki melangkah ke dalam,bagaikan berlari daripada dikejar Raziq.

Sayang,I’m sorry!”jeritan Raziq kali ini kedengaran sayup-sayup saat pintu lif mulai tertutup dan di saat akhirnya dia terlihat separuh wajah Raziq di hadapan pintu lif cuba menjengah.Dan dia…terus berpaling dari arah pintu lif sambil meraup wajah dengan sebelah tangan.


p.s MSSCA sudah boleh didapatkan dari penerbit Penulisan2u ;)

No comments:

Post a Comment

BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...