Saturday 28 February 2015

Mr Stalker...Saya Cintakan Awaklah! 20

Bab 20

NILLA menyanyi-nyanyi kecil sekadar membuang masa bosannya.Seorang diri melakukan kerja-kerja menukar pakaian beberapa model patung yang berada di hadapan butik benar-benar buat dia dihurung rasa mengantuk.Tak ada sesiapa mahu diajak berbual.Lulu sibuk di dalam pejabatnya menjahit labuci.Tia,seorang lagi pembantu butik dah hampir sebulan bercuti,balik kampung kerana emaknya sakit.Seorang pekerja yang Lulu upah dulu dah cabut lari pula.Jadi tak cukup kaki tangan sebenarnya nak buat kerja-kerja di butik.Lulu tak mahu tambah seorang pekerja lagi.Serik katanya!

Nilla kepitkan satu pin baju dibibirnya sambil menonggeng membetulkan bawah dress yang sedikit kedut yang baru dipakaikan ke tubuh Taylor Swift.Sesekali membebel panjang dia melihat rekaan dress yang sudah lengkap di depannya.Rekaan terbaru dari Lulu yang baginya agak over dan menyakitkan mata.Masa dress itu belum dijahit,sudah beberapa kali Nilla tegur Lulu supaya buat desain tidak terlalu berlebihan tapi dia sendiri kena sembur balik.Sudahnya,dia hadap sajalah rekaan si Lulu yang tak kena pada matanya itu.

Sebenarnya setiap minggu mereka akan menukarkan pakaian di patung-patung yang ada di sini mengikut tema mingguan dan kebetulan tema yang dipilih oleh Lulu untuk minggu ini adalah Flora.Memang sesuailah sangat dengan warna baju Taylor Swift.Hijau.Tapi tetap over!

“Hai.”sapaan seseorang dari arah belakang membuatkan Nilla yang mahu menunduk mengutip pakaian Demi Lovato yang baru meloros ke lantai terkedu.Cepat-cepat dibetulkan posisinya yang dah gaya macam nak masuk pertandingan wrestling itu sebelum berpaling.Mata pantas membulat bila senyuman si suara garau terlayar di ruang mata.Hampir ternganga dan tersedak!

What are you doing here?”Nilla dah mula cekak pinggang.Baju di pegangan terus dia lempar ke bawah dan mencerlung tajam pandang wajah Zein Asyraff yang sedang menayangkan muka manis terlebih gula.

Nothing.”jawab Zein Asyraff mula tertinjau-tinjau kawasan butik.Nilla tidak dipandang malah dibuat tak tahu saja sedangkan dia sedar yang gadis itu sedang tenungnya macam nak ajak gaduh.Dalam diam dia mengulum senyum.

“Kalau tak ada apa-apa urusan,baik awak keluar sebelum saya telefon polis!”gertak Nilla garang.Hati dah dup dap dup dap semacam bila melihat wajah tak bersalah Zein Asyraff yang masih menjengah ruang butik dan meninjau satu per satu rak dan baju yang bergantungan di sekitar butik.

Rare!”bisik Zein Asyraff sambil jungkit-jungkitkan keningnya.

“Hei,awak dengar tak Mr Stalker Paparazzi?”suka hati saja Nilla membahasakan Zein Asyraff begitu.Semalam pun selamba saja dia sebut macam tu pada Zein Asyraff.Bersesuaian dengan gaya dan tingkah laku Zein Asyraff yang agak mencurigakan.

“Mr Stalker Paparazzi eh?Sounds cool,huh?”usik Zein Asyraff senyum senget.Nilla dah rasa nak buat amukan drakula saja pada mamat seorang ini.Macam tak faham bahasa.Habis terbengkalai kerja-kerjanya.Si Justin Biber masih tak berbaju.Matilah kalau kejap lagi si Lulu mengamuk padanya.Dahlah kejap lagi dia nak kena keluar dan pergi ke rumah Datin Dolly untuk ambil ukuran tubuh mak datin itu.Entah apa-apa saja si stalker ni.Menyemak sajalah!

“Saya tak buat lawak okey.Saya cakap betul-betul ni.Kalau awak masih degil tak nak keluar dari sini,saya jerit.”ugut Nilla semakin menyinga.Tak betah rasanya nak biarkan lelaki asing ini di sini.

“Kalau you jerit,orang lain tanya nanti you nak jawab apa?”Zein Asyraff masih selamba hulur soalan.Bagai tak terkesan langsung dengan ugutan tahap budak sekolah tadika yang Nilla beri tadi.

“Urghh,apa yang awak nak sebenarnya?Jangan-jangan memang awak ni kaki skodeng?Awak nak buat benda tak baik pada saya,kan?”tuduh Nilla melulu tanpa fikir panjang.

“Motif?”

“Tu...tu...kamera kat leher awak tu.Awak ingat saya tak boleh fikir apa yang awak nak buat dengan kamera tu?Awak nak rakam gambar saya lepas tu sebar merata-rata dalam internet.Betul kan?”kamera yang tergantung di leher Zein Asyraff dituding.Nak saja dia terkam dan tarik kamera tu dari situ.Buang dan campak saja ke mana-mana.Baru puas hati!

“Awak ingat saya tak tahu apa yang ada dalam fikiran awak?Dari semalam lagi saya perhatikan perangai awak.Memang awak ada niat tak baik,kan?”tuduh Nilla lancang sambil menghalakan jari telunjuk sebelah kanannya ke muka Zein Asyraff dengan wajah ketat.

Sorry,I…” kata-kata Zein Asyraff nyata mati apabila mendengar satu suara lain sudah pun mencelah antara mereka.

“Nil,kau sembang dengan siapa?Ada customer ke?”suara nyaring Lulu buat pekikan agak kuat membuatkan Nilla dan Zein Asyraff berkalih.Kedua-duanya mati kata.

“Nil,kau...”suara Lulu langsung mati setelah dia berdiri betul-betul di hadapan Zein Asyraff.Dia sendiri terkejut dan hampir ternganga bila melihat lelaki yang datang semalam ke butiknya sudah berdiri terpacak depan Nilla di sini.

'OMG...OMG...habislah kau Nil.Kantoi!'Lulu menelan liur.Muka dah sedikit pucat pandang wajah Zein Asyraff silih berganti dengan Nilla.

“Err...”

“Hai,Encik Lulu.Nice meeting you,again.”

“Hai,Encik Zein...”jawab Lulu lambat-lambat dengan muka pasrah.

“You masih ingat tentang perempuan dalam gambar yang I tunjuk pada you semalam?”soal Zein Asyraff pandang tepat ke mata Lulu.Lambat-lambat Lulu mengangguk.Sempat dijeling sekilas pada Nilla di belakang Zein Asyraff.

“Kalau you nak tahu,I dah jumpa dia tau.”
“Yeke?”Lulu dah mula nak menggigil.Rasa bersalah bertimpa-timpa dalam hati.Adui,jatuh reputasi.Itulah siapa suruh menipu.Tapi ini bukan salahnya.Ini semua salah Nilla sebab minta dia berkomplot semalam.

“Yup.”
Melihat reaksi serius Zein Asyraff dia jadi cuak pula.Ah,tak pasal-pasal dirinya bakal dicop penipu oleh lelaki ini.Manalah agaknya nak letak muka.Sudahlah dia pemilik butik ni,entah apalah agaknya pandangan Zein Asyraff padanya nanti.Isyh,janganlah jatuh saham!Tak laku perniagaan aku oi!

“Tapi susah sikit.”cebik Zein Asyraff.

“Kenapa?”

“Dia...garang sangat!”Zein Asyraff mendekatkan bibirnya ke telinga Lulu dan berbisik sebelum ketawa kuat.Semerta hilang gemuruh Lulu melihatkan tawa Zein Asyraff.

So,pretty lady?Boleh berkenalan?”selamba Zein Asyraff hulur soalan.Tak ada pusing-pusing.Biar straight to the point saja.Kalau tidak malam nanti bakal jadi malam paling merana dalam hidupnya.Asyik teringat pada Nilla.

“I Zein.Zein Asyraff dan I bukan Mr Stalker Paparazzi.Kalau tak salah,nama you Nil?Am I right?

Nilla dah mengetap bibir rapat.Dalam hati dah sumpah seranah dah.Geram tak habis-habis.
Satu jelingan tajam dihadiahkan buat Zein Asyraff.Malas mahu berlama-lama di situ dia terus mendekati Demi Lovato lalu mula menukar pakaiannya tanpa mempedulikan lelaki stalker yang tak mahu mengaku stalker.Urff!

“Dah lama kerja kat sini?”sapaan Zein Asyraff yang masih tak mahu berlalu membuatkan Nilla ambil langkah untuk bolayan saja mamat ni.Sempat dia jeling Lulu yang masih tercegat.Isyh,tak boleh harap mamat ni.Bukannya nak backup aku!Lulu,you are hopeless!

Nil,I'm asking you.”suara macho ala-ala jejaka paling hot di dunia milik Zein Asyraff membuatkan Nilla nak radang.Sakit hati!

“Hei,Mr Stalker Paparazzi.I don't care awak ni siapa atau nak buat apa tapi boleh tak jangan menyibuk hal saya?Leave me alone dan jangan cuba-cuba kacau kerja saya.I'm not interested to know you!Lulu,can you do something to this guy?Irritating!”pekik Nilla buat suara tarzan.

“Errmm...Encik Zein sini kejap.”semerta lengan Zein Asyraff ditarik Lulu.

“Boleh tak you keluar aje dari sini?Takut ribut nanti.”

Sorrylah Encik Lulu,I betul-betul tak ada niat apa-apa.I datang sini semata-mata nak cari budak garang tu.”bahu Lulu ditepuk-tepuk halus sambil sembunyi senyum.

“Untuk apa?Ada urusan yang penting ke?”

“Nak berkenalan.”Zein Asyraff kenyit mata.
Lulu tarik nafas panjang sebelum buat gaya melentiknya macam biasa.

“You ni pun Encik Zein,kalau nak berkenalan buatlah cara elok-elok.Ini datang dengan gaya kaki skodeng mahunya si Nilla ni tak mengamuk.”

“Hah,Nilla ya nama dia?Beautiful name.”puji Zein Asyraff ikhlas.Mata direnung pada Nilla yang sedang melakukan kerja-kerjanya.

Setelah mendapatkan keizinan Lulu untuk 'bermesra alam' dengan Nilla,Lulu beredar ke belakang semula meninggalkan kedua-dua mereka.Demi memberi ruang dan privasi untuk Zein Asyraff masuk jarum.

“Nilla...what a beautiful name.Sama cantik macam orangnya.”celah Zein Asyraff bersahaja.Masih tayang muka selamba seperti tadi.

“Macam nama deejay radio pula.Nila Kurnia.”
Grr!
Nilla dah ketap-ketap bibir lagi sekali.

'Mamat ni memang nak kena.Dok sibuk menyebut nama aku apa hal?Aku hempuk dengan tangan Justin Bieber yang gagah perkasa ni karang baru tahu!’cebik Nilla dalam hati.

Zein Asyraff mendekati Taylor Swift selepas dirinya di bolayan oleh Nilla.Dress hijau bunga-bunga yang menutup tubuh patung bernama Taylor Swift itu dipegang dan dibelek tanpa berkedip mata.Atas bawah dia pandang patung tersebut dengan penuh teruja.

'Cantik juga patung ni pakai dress.Tapi kalau cik adik manis muka kerut seribu tu pakai dress ni mungkin lebih cantik!'

Jari-jemari Zein Asyraff sudah mula bersimpul pada dress Taylor Swift sebelum ditarik-tarik kain dress itu tanpa perasaan.

“Hello Mr Stalker Paparazzi,tolong jangan sentuh Taylor Swift!”marah Nilla.
Zein Asyraff terpempan.Dia berpaling melihat Nilla yang sibuk memperkemaskan pakaian Demi Lovato sambil menjeling pandang padanya.

“Apa you sebut tadi?Taylor Swift?”Nilla mendengus dan mendekati Taylor Swift.Dia membetulkan kedutan baju Taylor Swift yang sudah diusik oleh Zein Asyraff sebentar tadi sambil terkumat kamit sesuatu.Seolah-olah membebel dalam diam.

“Patung ni nama dia Taylor Swift.”spontan Zein Asyraff gelak mengekek-ngekek.

“Apa masalah awak ni?!”

Tak adalah cuma...rasa cool sangat bila you cakap nama patung ni Taylor Swift.I ingatkan Taylor Swift yang betul datang buat konsert kat sini ke apa.Tak sangka,patung pun boleh ada nama eh?“ujar Zein Asyraff sambil mencuit Taylor Swift.

Mata Nilla dah jatuh pada wajah Zein Asyraff yang sedang ketawa.Rasa-rasanya dah nak datang dah angin puting beliungnya.

“Aku tak tahulah apa dosa aku sampai ada mamat sewel datang kacau aku kat sini.“omel Nilla.

Boleh tak jangan nak semakkan mata saya dengan muka awak yang tak semenggah mana tu?Boleh blah tak?“

Okey...okey…I minta maaf.” Zein Asyraff menyusun kedua tapak tangannya lalu meminta maaf.Nilla masih buat tidak peduli.Dia menuju ke arah Demi Lovato dan kini Justin Bieber pula yang mahu ditukarkan bajunya.

Sorry,Nilla.Janganlah marah.I gurau-gurau saja.”

Nak gurau pergi surau!”lantang Nilla bersuara.Berbulu telinganya mendengar ketawa lelaki ini.Rimas dibuatnya.Entah apalah yang dimahukannya.Nak berkenalan tapi cara perkenalannya memang menyakitkan hati.Tak gentleman langsung!

“Hmm…kat mana ya surau di sini?Boleh tunjukkan tak?”
Nilla benar-benar berang.Dia mengetap bibir.Geram teramat sangat.Satu dia kata,beribu serangan balas Zein Asyraff hulur.Entah apa-apa!

Nilla bertekad untuk berdiam diri saja.Biar dia diam supaya lelaki ini tidak merepek yang bukan-bukan.Nanti dia juga yang sakit hati.

Apabila sedar gadis itu tidak melayannya,Zein Asyraff segera meninjau-ninjau sekitar butik lalu merakam beberapa gambar.

“Hei,awak ni tak reti baca ke?”marah Nilla.

“Reti.Eja pun I reti.Dulu masa kat sekolah I champion tau.Pernah menang word spelling peringkat negeri!”

“Eee...menyakitkan hati betullah dia ni!“mata Nilla dah kecil besar kecil besar aje tengok muka Zein Asyraff.

Malas nak cakap banyak,dia terus tudingkan jari menghala ke arah papan tanda kecil yang terlekat di dinding butik.Tanda kamera dengan palang.

Opss,sorry.Tak perasan!”

“Baik awak padam sebelum saya repot pada Lulu.”

“Okey,I minta maaf.I tak sengaja.Lagipun,I tak buat apa-apa dengan gambar-gambar yang I ambil melainkan nak buat koleksi peribadi.”

“Hei,awak ni melampau tahu tak?Sudah,lebih baik awak keluar dari sini kalau awak tak ada apa-apa urusan!”

Siapa kata I tak ada urusan kat sini?I takkan balik selagi urusan I belum selesai.”

“Apa yang awak nak lagi?”kali ini Nilla sudah hampir hilang sabar.Akal lelaki ini cukup panjang.Banyak sungguh putar belitnya.Nak aje dia layangkan penumbuk sulungnya pada muka kacak lelaki ini.Paling tidak pun dia akan angkat kaki dan buat cop mohor pada dahi mamat stalker ini.

“Okey,pertama sekali I minta maaf pada you kerana dah menyebabkan you fikir bukan-bukan pasal I sampai anggap yang I ni Mr Stalker Paparazzi.Yang keduanya I nak beritahu yang niat I ke sini mencari you sebab I nak berkenalan dengan you.That's all.Tak ada niat jahat untuk buat bukan-bukan pada you.Dan yang ketiganya...“Zein Asyraff berjeda.Skrin kameranya ditenung sebelum menyengih.

“Gambar-gambar you yang I dah rakam ni,I minta halal ya?Nak buat koleksi pelepas rindu bila balik nanti.“

Belum Nilla berpeluang nak sembur balik Zein Asyraff,lelaki itu dah sedia menjawab telefon bimbitnya yang berbunyi nyaring sebelum berlalu keluar begitu saja dari butik.

“Ya Allah,kau lindungilah aku dari mamat sewel ni.Janganlah dia pedajal aku guna gambar-gambar aku.Amin!“Nilla sapu muka lepas tadah doa dengan penuh harapan.Harapan agar dia tak lagi berjumpa dengan lelaki yang dah berjaya menghuru-harakan kehidupannya selama dua hari ini.




Mr Stalker...Saya Cintakan Awaklah! 19



LORONG pejalan kaki yang menghubungkan antara bangunan dengan kawasan stesen bas yang letaknya lebih kurang 100 meter dari situ diredah cermat.Berjalan seorang diri di kawasan ini adakalanya membuatkan dia sedikit seram tapi disebabkan dah terbiasa berdikari,semuanya dihadap saja.

Nilla tekur jam di tangan.Baru 5.15 petang.Sepatutnya petang ni dia menemani Lulu ke rumah seorang pelanggan butik mereka untuk mengambil tempahan tapi Lulu mencadangkan supaya dia balik saja ke rumah dan boleh selesaikan sendiri.Lagipun Lulu ada perjumpaan dengan beberapa orang rakannya waktu makan malam nanti.Tak mahu susahkan Nilla yang kurang gemar berjumpa orang sana sini.

Nilla meliarkan mata ke jalan raya yang mula sesak.Tak nampak langsung batang hidung bas rapid yang selalu dia naiki ketika pulang kerja.Stesen bas yang dah penuh dengan orang ramai dijejaki.Lambat-lambat dia berdiri berdekatan dengan palang besi tidak jauh dari situ memandangkan tak ada tempat duduk yang kosong.Sambil berkeluh kesah kerana penat menunggu bas yang tak muncul-muncul,dia betulkan tudungnya yang dah mula senget.
Kepala mula ligat fikir macam-macam.Cadangnya,lepas balik kerja ni nak singgah di mana-mana kompleks membeli belah untuk beli barang keperluan diri.Dah lama sebenarnya tak membeli belah.Asyik sibuk dengan kerja di butik.

Hai.”sapaan satu suara garau dari belakang membuatkan mata Nilla terbuntang.Darah mula menderu laju naik ke muka.Panas.Spontan dia berpaling dan ternampak wajah lelaki yang sama mengejarnya tengah hari tadi sedang tersenyum manis bagai kenalan lama yang dah bertahun-tahun terpisah dan baru berjumpa semula.

Tangan diangkat sebagai cara menyapa dengan bahasa isyarat sebelum menyengih.

Cik ni...”suara Zein Asyraff mati bila Nilla memotong kata.

Awak ni siapa?Stalker ke?Apa awak buat di sini?”merah matanya menahan amarah.Entah siapalah lelaki ini,tapi yang pasti hatinya kuat menyatakan bahawa lelaki ini ada niat yang tidak baik.Benarkah?Mungkin apa yang Lulu fikir ada betulnya.Stalker!

Bukan stalker,bukan juga penjenayah.”jawab Zein Asyraff bersahaja.Wajah si gadis di depan ditenung penuh minat.Ah,indahnya dunia dapat bercakap dengannya.Dengar suaranya saja pun sudah cukup membuatkan jiwa melayang-layang bagai terbang di awangan.

Sorry,mesti you ingat I ni bukan-bukan.Anyway,nama I Zein.”ucap Zein Asyraff seraya menghulur tangan kepada Nilla,memperkenalkan diri memandangkan dia nampak muka terkejut Nilla dah bercampur dengan muka cuak.Pasti dia fikir macam-macam.

Nilla diam,tidak berkutik.Huluran tangan Zein Asyraff sekadar ditenung sekali lalu dan tidak bersambut malah mata dilempar ke tengah jalan yang dah penuh dengan kenderaan.

Isy,mana bas rapid ni?Buat mogok ke apa?Dari tadi tak datang-datang!Mamat ni pula dah macam penjenayah bersiri.Tenung aku macam nak terkeluar biji mata.Paparazi ke apa?Dengan kamera kat leher.Klise sangat!'bebel Nilla berdetak detuk dalam hati.Diri dah rasa tak tenang.Menggila lain macam bila kena tenung macam ni.

I'm sorry.”ucap Zein Asyraff menarik tangannya.Kepala digosok dengan perasaan malu.

'Isyh,kau ni Zein.Dah lupa ke,haram hukumnya bersalam dengan yang bukan mahram?'tegur suara dalam kepala.

Nilla di sebelah pandang sekilas sebelum menjeling tanpa suara.Malas nak layan mamat yang entah siapa-siapa ni!

'Oh,hati!Sila jangan buat perangai.Tengok jelingan dia saja pun dah buat aku rasa macam nak tergolek-golek dah ni.Behave...behave!'bisik Zein Asyraff lagi.

Yang awak main tengok-tengok,tenung-tenung,renung-renung muka saya dah kenapa?Ada cop kat dahi ni dengan perkataan 'SILA TENUNG LAMA-LAMA'?”sindir Nilla buat-buat berani.Rimas sebenarnya bila diri ditenung bagai nak gila.Macam psiko mamat sebelahnya ni!

Zein Asyraf tersengih.Sempat lagi dia buat-buat cuci tekak.Berdehem-dehem beberapa kali sekadar mahu menarik perhatian Nilla.

'Hee,mamat ni.Gaya psiko tu jelas sangat.Menakutkan.Muka bolehlah tahan tapi perangai macam tak betul aje.Siapa dia ni?Nak apa?Jangan-jangan...'akal jahat Nilla mula terdetik sesuatu.

Awak nak apa?!”soal Nilla kasar.Suasana yang makin sesak dengan orang ramai di stesen bas itu membuatkan ruang semakin sempit sehingga memaksa dia berdiri betul-betul di sebelah Zein Asyraff.Sehingga berlaga bahu.

Zein Asyraff tak terkata apa.Sekadar tenung muka Nilla macam nak terkeluar biji mata sambil menahan senyum.

Hey,Mr Stalker Paparazzi!I'm asking you.What do you want from me,huh?Dah tak ada suara nak cakap ke?”cebik Nilla melepas kemarahan dengan nada suara yang tertahan-tahan.Bimbang orang lain mendengar amukan kecilnya.

Kat dahi you tak ada cop 'SILA TENUNG LAMA-LAMA' tapi ada cop 'SILA JATUH CINTA DENGAN SAYA'.”selamba Zein Asyraff mengusik sebelum ketawa kecil.Muka Nilla dah berona merah.Tak tahu nak cakap apa dah dengan mamat di sebelahnya.Direct habis!

Okey...okey...gurau aje.Jangan marah,nanti cepat kedut.”
Nilla rasa dah hampir hilang sabar.Macam nak cekik-cekik aje mamat stalker ni.

Anyway,nama I Zein.And you are...”

Bas saya dah sampai.Bye!”ucap Nilla,tergesa-gesa menuju ke pintu bas rapid yang baru saja berhenti di hadapan stesen bas tanpa lagi berpaling memandang wajah Zein Asyraff.Lelaki itu terkedu melihat tindakan spontan Nilla yang berlalu menyerbu ke arah bas rapid.Ternganga kerana belum sempat nama gadis itu diketahui.

Orang ramai yang dah berpusu-pusu ke arah bas membuatkan Zein Asyraff hilang arah.Tertinjau-tinjau ke dalam perut bas kerana kelibat Nilla menyusup dengan begitu cepat.Sama seperti tengah hari tadi.

Tiba-tiba matanya tertancap pada susuk tubuh Nilla yang baru saja duduk di salah satu bangku di tengah perut bas bersebelahan dengan tingkap.Sepantas kilat dia cuba melambai tapi hanya dibalas dengan jelingan maut dari Nilla.

Wow,main kasar huh?!“omel Zein Asyraff sendiri tapi mata masih tak lepas menekur ke wajah Nilla yang diam di kerusinya.

Bas rapid akhirnya bergerak meninggalkan kepul-kepul asap hitam di jalanan,sama seperti Nilla meninggalkannya dengan tanda tanya.

It’s okay….we’ll wait and see,beautiful nerdy! azamnya dalam hati.


HAH,berangan!Dah sampai ke kutub mana?”sergah Lulu selamba dengan suara garau lain macam bila ternampak Nilla sibuk merenung jauh entah ke mana.Ruang rehat di dalam butik yang menjadi pot lepak Nilla didekati sambil letakkan dua kotak bungkusan makanan yang baru dibeli.

Choi,kau ni Lulu!Sakit jantung aku macam ni.Silap-silap mati muda.”bebel Nilla sedikit geram bila disergah sebegitu rupa.Dada dipegang lama,membiarkan rentak jantung yang tak sekata kembali normal.Lulu yang baru duduk di sofa bertentangan dengannya dah gelak-gelak.

Kalau mati muda,apa susah...tanam aje cepat-cepat!Buat majlis tahlil tiga hari tiga malam jemput satu kampung!”

Jahat betullah mulut kau ni,Lulu.Kena sumpah jadi Badang baru kau tahu.Biar kau merana tak dapat pakai baju yang vogue the vass lagi.”cebik Nilla bergurau kasar dengan Lulu.

Eh,ada hati nak sumpah aku jadi Badang.Tak kelas hokay.Cuba kau sumpah aku jadi Marilyn Monroe ke,Angelina Jolie ke...dapat bibir seksi nok!”Lulu dah siap tayang gaya lentik dan menjuihkan bibirnya konon-konon seksi tapi Nilla dah siap-siap buat muka menyampah sambil putarkan bola mata ke atas.

Geli aku tengok.Lentik macam ayam serama!”

Heh,dah lah.Malas aku nak layan kau,Nil.Nah,breakfast kau.Maggi goreng letak telur mata dengan teh tarik kurang gula.”bibir Lulu dah terjuih menunjukkan bungkusan makanan Nilla.

Semerta muka geli gelemannya tadi hilang.Pantas bungkusan maggi di atas meja dicapai sebelum membuka laju-laju.Aroma yang meruap ke ruang udara benar-benar membangkitkan seleranya.

Thank you my pretty boss.Esok aku kirim lagi eh?”

Hei,tak kuasa aku nok!Bila masa aku bertukar kerjaya jadi orang suruhan kau ni?Tak kelas nyah!”Lulu dah mula bersilang kaki di depan Nilla dengan gaya lentik tak sudah sambil-sambil belai rambut pendeknya yang hanya separas bahu.

Nilla ketawa lepas.Geli hati tengok muka Lulu yang dah bengang.Tanpa membuang masa,Nilla makan dengan gelojoh.Lapar gila-gila kerana sejak malam tadi dia tak jamah apa-apa makanan walau sedikit.

Kau ni Nilla...kalau makan cuba buat macam anak dara makan.Jangan jadi macam sundal bolong makan boleh tak?Tak boleh bawa masuk majlis macam ni.Harap aje muka cun suci murni,berpakaian ala-ala muslimah sejati gitu tapi...huh!”bebel Lulu menegur Nilla.

Aku lapar gila.Dari semalam tak makan.Kau buat-buat pejam mata ajelah.Buat-buat tak nampak aku kat depan kau ni.Nanti aku dah habis makan aku hantar repot kat kau.”makanan di dalam mulut belum pun habis dikunyah sudah sibuk nak bercakap.

OMG...OMG...Ya Allah,tabahkanlah hati hambaMu yang lemah ini.Sabarkanlah hatiku menghadap kerenah pekerjaku yang tidak semenggah ini.”Lulu dah siap tadah tangan mohon doa dengan berniat mahu menyindir Nilla tapi nampak gayanya perbuatan Lulu seperti tak mendapat respon.Nilla sedap saja sumbat maggi goreng masuk dalam mulut dan buat tak endah pada Lulu yang masih terkepit-kepit di depan.

Nok,dah habis makan nanti kau tolong aku tukar baju si Taylor Swift kat depan tu,okey!Aku nak pergi belakang,nak sambung buat magik dengan jari jemariku yang runcing ini.Banyak labuci nak kena jahit nyah!”Lulu dah bangun dan mahu berlalu.Sempat lagi tayang jari jemarinya pada Nilla dengan lemah gemalai.

Heh,macamlah dia seorang yang boleh buat magik guna jari jemari dia.Aku ni sampai pukul 1 pagi setiap hari dok menggunakan jari jemari aku buat magik nak hasilkan aksesori yang bermutu tinggi lagi disukai ramai tapi tak adalah nak gebang satu dunia.Riak sangat bunyinya!”

Hei,mulut tak ada insuran.”
Nilla tergelak-gelak melihat reaksi Lulu selepas kena sindir dengannya.Rasa nak berguling-guling di atas lantai macam kucing selalu buat.

Weh,kau nak aku tukarkan baju Taylor Swift aje ke?Justin Bieber dengan Demi Lovato nak biar macam tu aje?”

Isyh,sekalilah.Takkan setiap kali nak tukar baju dia orang tu kena bagitau?Dahlah,malas layan kau.“Lulu berdecit halus sambil hentak-hentak kaki gaya biasa yang dia buat sehingga memaksa Nilla tergelak sendiri.

Eh,Nil.Sebelum aku terlupa,nanti kau tolong pergi jumpa Datin Dolly di rumah dia.”

Nak buat apa jumpa Datin Dolly?Dia nak tempah baju ke?”

A’ah,dia suruh datang ambil kain yang dia beli di Paris minggu lepas.Katanya nak buat peplum.Jangan lupa ambil ukuran dia sekali sebab ukuran lama dia dah tak boleh pakai.Katanya badan dia dah slim lepas buat liposuction kat London 2 bulan lepas.Kelasss kan?”

Huh,dia dah tak ada orang suruhan ke nak hantar sendiri ke sini?Aku juga nak kena menghadap dia?Kalau macam tu,gaji aku kau kasi up lah Lulu!”

Over kau nok!”cebik Lulu sedikit menjerit.

Hah,lagi satu aku nak tanya ni.Bila masa pula Datin Dolly tu pergi buat lipo sampai ke London nuuu?Pelik-pelik betullah perangai mak datin sorang ni.”bebel Nilla sendiri.

Hei kau ni,aku sumbat mulut tu dengan stokin busuk aku baru tau.Banyak bunyi.Cepatlah habiskan makanan tu,lepas tu pergi tukar baju Taylor Swift dengan geng-geng dia.Nanti customer tengok dia orang pakai baju yang sama,bosan pula.Tak pasal-pasal butik aku ni dapat rating tertinggi 'BAJU SAMA SEPANJANG ZAMAN'.Huh,tak kuasa aku!”Lulu dah mula menyeringai.Buat muka bengang tahap kuasa lapan.Tapi Nilla dah bantai gelak tengok reaksinya.

Kau ni kalau marah,muka kacak wo!Macam Remy Ishak dah aku tengok!”

Shut up,Nilla!Aku potong juga gaji minah ni karang!”jeling Lulu sebelum berlalu ke belakang dengan hati berdongkol geram.


Eleh,malulah tu aku cakap dia macam Remy Ishak.”

BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...