Wednesday, 18 February 2015

Mr Stalker...Saya Cintakan Awaklah! 6 & 7

Bab 6

BERITA yang baru disampaikan oleh doktor benar-benar menguji iman seorang ibu.Dia terduduk di lantai selepas mendapat panggilan telefon dari pihak hospital.Doktor Rosmizan yang menyampaikan berita itu kepadanya.

Wajah tua itu sebam.Air matanya tidak henti-henti mengalir menahan rasa.Pedih.Sakit.Kecewa.Putus harapan.Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis.Malah tangannya juga berkali-kali menutup mulut dan mengelap air mata yang sudah berjuraian.

“Affan! Kenapa tinggalkan mama,Affan?Kenapa Affan pergi dulu lebih awal dari mama?Kenapa nak?Kenapa Affan buat begini pada mama?Affan memang tak sayangkan mama ke?” lirih ucapan yang keluar dari wanita itu bersama raungan yang kian bergema memenuhi isi rumah.

“Affan….”ucapnya lagi beragu-lagu sambil menahan sebak.

Inshirah cepat-cepat memangku tubuh Datin Ainon.Dia berusaha menarik tubuh ibunya dari terjelepok di lantai.Tubuh itu akhirnya dipeluk erat bagai menyalurkan satu kekuatan agar wanita tua itu terus tabah dan redha dengan ujian Allah.

Namun tubuhnya kembali tertolak ke belakang apabila tangan Datin Ainon menepis hebat tangan dan tubuhnya sambil meraung.

Melihat keadaan ibunya dia jadi sebak.Dia tahu ibunya terkejut dan tidak dapat menerima kenyataan tentang kematian Affan.Dia juga begitu,sukar sungguh menerima berita kehilangan orang yang disayangi tetapi itu semua kehendak takdir.Siapalah dia hendak menolak ketentuan takdir yang Allah dah tentukan.Berat bagaimana pun untuk terima,dia harus tabahkan hati dan jiwanya demi meneruskan kehidupan yang hanya sementara ini.

“Mama,bawa mengucap mama.Bawa mengucap.Istighfar banyak-banyak.Abang Affan dah tak ada mama.Ingat Allah banyak-banyak.”

“Kau jangan kata begitu!Anak aku Affan masih hidup!Dia masih hidup!Affan mama masih hidup!”Datin Ainon meronta kuat menepis tangan Inshirah yang sedang memegang bahunya.Inshirah jatuh terduduk apabila badannya tidak dapat mengimbangi tolakan dan tepisan dari ibunya.Dia kesat airmata.Bahunya terhinjut-hinjut.

Dia juga sedih tentang kehilangan abangnya namun dia lebih sedih melihat Datin Ainon seperti orang tidak waras memanggil-manggil nama Affan.Hati kecilnya tersiat mendengar rintihan Datin Ainon menyeru nama arwah Affan bagaikan lelaki itu masih ada di sisi mereka.Terus tubuh Datin Ainon dipeluk erat untuk mententeramkannya.

“Mama,jangan begini ma.Abang Affan dah tak ada.Kita redha saja dengan kepergian dia,ya mama?”pujuknya lembut.

“Siapa kata Affan dah tak ada?Affan sedang tunggu aku di hospital!Dia tunggu aku untuk jemput dia keluar dari sana!Kau jangan buat cerita bukan-bukan pasal anak aku!”jerit Datin Ainon sambil merentap-rentap baju Inshirah.Gadis itu tidak berdaya.Sebak sungguh melihat keadaan ibunya.Tubuhnya kembali terdorong ke belakang tanpa sempat mengelak dengan tolakan kuat ibunya.Satu keluhan dilepaskan.Dia cuba mencari kekuatan semula untuk memujuk Datin Ainon agar tidak terus hanyut dengan perasaan sedih.

“Mama,tak elok macam ni.Jangan begini mama.Shira tahu mama sedih dengan kehilangan Abang Affan.Shira juga sedih ma,tapi mama kena terima semua qada dan qadar dari Allah.Abang Affan dah pergi!”tegas Inshirah lagi cuba menyedarkan akan hakikat sebenar.Dia mengesat pelupuk matanya yang sudah digenangi air mata.

Datin Ainon tersentak seketika.Belum pun apa-apa,mata Datin Ainon sudah pun membulat.Wajahnya berubah menjadi garang.Dia menampar pipi Inshirah malah beberapa kali tubuh gadis itu menjadi mangsa pelepas geramnya.

“Anak aku masih hidup!Kau dengar tak aku kata?Anak aku masih hidup!Dia sedang menunggu aku di hospital!Dia ada di hospital!”jerit Datin Ainon lagi sambil menggagahkan dirinya bangun.Dia mendekati Inshirah lalu memegang kepala Inshirah dengan kedua belah tangannya lalu menggoncangkannya ke depan dan belakang.Inshirah terpana.Bahunya terhenjut-henjut menahan sakit.Inshirah meraung-raung dan cuba mengelak dari ‘serangan’ Datin Ainon.Terjerit-jerit dibuatnya apabila rambutnya mula direnggut kasar.

“Mama,istighfar!Istighfar mama.Ini Shira anak mama!Ini Shira,mama!”jerit Inshirah cuba mengendurkan serangan dari ibunya.Datin Ainon masih tidak mahu melepaskan kepala Inshirah.

“Kau dengar sini baik-baik!Kau tak layak bercakap tentang Affan.Kau tak tahu apa-apa! Anak aku Affan masih hidup,faham tak?!”jerit Datin Ainon seperti kerasukan.

“Chik Nab!Tolong Shira Cik Nab!”akhirnya nama Chik Nab iaitu pembantu rumah mereka juga yang dipanggil.Tidak mampu lagi dia bertahan dengan serangan menggila dari ibu sendiri.Chik Nab yang baru keluar dari dapur terkocoh-kocoh mendekati kedua beranak itu bagi meleraikan pergelutan yang nampak seakan tidak mahu surut.Kecut perutnya melihat kemarahan Datin Ainon.

“Ya Allah,Datin…Shira…kenapa ni?Masyallah…”itu sahaja yang mampu terkeluar dari bibirnya.Chik Nab cuba membantu namun dia sendiri terdorong ke belakang saat tangan Datin Ainon menepis kasar tubuhnya.Dadanya diurut laju.Mencari ruang buat pelepas lelah seketika sebelum cuba meleraikan pergelutan itu.

“Ya Allah,Datin…bersabar Datin…kenapa ni?”

“Kau diam!Jangan masuk campur!”jerkah Datin Ainon kasar sambil mencerlung ke arah Chik Nab.Wanita itu menelan air liur.Sepanjang dia bekerja di sini tidak sekali pun Datin Ainon meninggikan suara padanya apatah lagi mahu menengking.Tetapi tidak hari ini.

Chik Nab garu kepala.Pening dan tak tahu nak buat apa dah.Kalut tangannya cuba menarik tubuh Inshirah supaya menjauh dari Datin Ainon tapi tetap tak berjaya.
Bunyi pintu kereta ditutup di luar rumah terus membuatkan Chik Nab berpaling ke arah pintu.Kalut dia mengatur langkah ke muka pintu,membukanya dan terlihat kelibat kereta Azrey di halaman.

“Azrey…tolong Chik Nab,Azrey.” kalut dia mendapatkan Azrey yang berwajah terkejut.Tangan Azrey ditarik masuk ke dalam rumah.
“Kenapa ni Chik Nab?”
“Azrey,tolong Chik Nab.Tolong leraikan Shira dengan Datin.Sejak tadi bergelut.”
“Hah?Kenapa boleh jadi macam tu pula?”suara Azrey jelas panik.Chik Nab menggeleng.Effa isteri Azrey mula mendapatkan Chik Nab.
“Kenapa ni Chik Nab?Panik semacam?”
“Ya Allah,Datin dengan Shira tengah bergaduh kat dalam tu.Chik Nab tak tahu nak buat apa dah.Tolonglah pergi leraikan…”pintanya bersungguh-sungguh dengan wajah gelisah.

“Jom…cepat!”akhirnya suara Azrey tenggelam saat dia mula berlari mendapatkan ibu dan adiknya.

“Shira!Mama!Kenapa ni?”ucap Azrey dengan mata terjegil apabila melihat aksi gusti masih lagi berlangsung seperti yang digambarkan oleh Chik Nab.

“Abang Azrey,tolong Shira Abang Azrey!”jerit Inshirah apabila ternampak kelibat abang sulungnya itu sudah pun berada dekat dengannya.

Azrey terkejut dengan tragedi yang berlaku di depannya.Cepat-cepat dia meleraikan Datin Ainon dan menjauhkan wanita itu dari Inshirah.Effa isteri Azrey yang sedang mendukung Ayman anak mereka segera meletakkan anaknya itu di bawah sebelum berlari mendapatkan Inshirah manakala Chik Nab yang masih panik hanya berdiri tidak jauh dari situ sambil memeluk tubuh kecil Ayman.

Mata kanak-kanak itu segera ditutup dengan sebelah tangannya kerana tidak mahu anak kecil itu melihat tragedi itu tetapi tangan Chik Nab terus ditarik oleh Ayman sambil kepalanya didongakkan memandang wanita itu dengan wajah pelik.

“Kenapa ni mama?Apa yang berlaku?”tanya Azrey memeluk Datin Ainon dengan kuat lantas cuba menjauhkannya dari Inshirah yang nampak sudah termengah-mengah.

“Kau tanya perempuan ni!Berani dia kata anak aku Affan dah mati!Dia tipu aku!Dia tipu aku!Dia berbohong!”jerit Datin Ainon lagi sambil mencuba melepaskan dirinya dari rangkulan Azrey tetapi lelaki itu lebih cekap membawanya lebih jauh.

“Apa yang berlaku Shira?”tanya Effa pula.Inshirah mengesat air matanya lalu dia bangun sambil dibantu oleh Effa.Ayman yang memandang tragedi itu hanya terkulat-kulat di sisi Chik Nab.

“Abang,kak…Abang Affan….”Kata-kata Inshirah terhenti setakat itu.Dia tahan air matanya dari gugur.Mulutnya ditutup,cuba menahan sebak.Tubuhnya terus tenggelam dalam pelukan Effa.Bahu wanita itu dia pinjam sekejap bagi melepaskan kesedihan.

“Kenapa Shira?Apa yang jadi ni?”soal Effa mahukan kepastian.
“Kenapa dengan Affan?Kenapa Shira?”Azrey mula bersuara keras.Sedikit cemas melihat wajah adiknya yang sembab dengan air mata.

“Shira!Abang tanya ni!Kenapa dengan Affan?”tekan Azrey dengan suara yang meninggi.Inshirah menggeleng-geleng laju sambil menahan tangis.Pelukan Effa dileraikan dan mula mendekati Azrey.

“Abang Affan dah meninggal.Doktor baru saja beritahu melalui telefon.”
“Innalillah…..”ucap Azrey.Dia terus meregangkan pelukannya dari Datin Ainon.Wajahnya terkejut dan terus bertukar pucat.Malah terus saja dia raup wajah terkejutnya itu dengan telapak tangannya.Dadanya melantun kuat,cuba menyusun detak jantung yang sememangnya sudah tidak seirama.

Effa pula memegang dadanya.Seolah-olah tidak percaya dengan perkhabaran yang keluar dari mulut Inshirah.

Pap!

Saat masing-masing sedang melayan perasaan,tak semena-mena saja satu tamparan singgah di pipi Azrey.Secara tiba-tiba juga Datin Ainon mendekati Inshirah dan melakukan perkara yang sama malah kali ini lebih kuat dan kasar.

“Kamu semua jangan melampau!Anak aku Affan masih hidup,tahu?!Jangan berani katakan yang dia dah mati!”marah Datin Ainon sambil mengangkat tinggi jari telunjuknya.Matanya terjegil dan bergaya seperti mahu menerkam lagi.

“Mama,bawa mengucap mama!Affan dah meninggal ma,dia dah meninggal.”
“Berapa kali aku nak ulang yang Affan masih hidup!Apa yang kau orang dengar tu semuanya tipu belaka.Faham tak?”kali ini Datin Ainon terus meluru ke arah Azrey dan menampar dada dan bahunya pula.Azrey tidak mampu menahan dan melawan.Hatinya sedih.Sedih melihat kelakuan ibu sendiri yang dia sendiri kurang mengerti.Tangan Datin Ainon akhirnya cuba dicapai walau ditepis hebat.

“Mari,kita ke hospital sekarang!”arah Azrey sambil mengheret tangan ibunya keluar dari rumah.Datin Ainon memukul-mukul badan Azrey sekali lagi tetapi lelaki itu tidak menghiraukannya.Effa turut mengikut dari belakang sambil menarik tangan Inshirah dan Ayman serentak.

“Lekas Chik Nab,kita ke hospital.”suara Effa kedengaran begitu perlahan sambil menahan air mata.

Sepanjang perjalanan,Datin Ainon yang duduk di sebelah pemandu menangis teresak-esak.Mengongoi saja bunyi tangisannya seperti anak kecil.Berkali-kali dia menyebut nama Affan.Dan berkali-kali juga dia mengucapkan kata ‘Affan masih hidup.’

Azrey menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali.Hatinya sedih melihat ibunya berkeadaan begitu tetapi dia perlu kuat.Benar dia juga turut bersedih mendengarkan berita kematian adiknya namun dia perlu kuat demi ibunya dan ahli keluarga yang lain.

Ya Allah,kau kuatkanlah hati hambaMu ini dalam menghadapi dugaan.Tabahkanlah hati kami menerima takdir yang telah kau aturkan.’ Doa Azrey jauh dalam hati sambil terus merenung ke hadapan.



Bab 7


NADINE TASYRIF mengesat matanya.Teruk benar rasanya keadaan diri.Dua hari dia mengurungkan diri di biliknya.Menghabiskan masa dengan menangis.Panggilan telefon daripada Kila ke rumah keluarganya juga dibuat tak endah.Pasti gadis itu bengang dengan tindakannya membatalkan semua kerjanya di saat akhir.Pedulilah.Dia tidak mahu diganggu sesiapa buat masa ini.Tiada deria rasa untuk buat apa-apa melainkan menangis dan menghambur rasa kecewa seorang diri.Sudah puas dia pujuk hati supaya terus tabah dan tidak membazirkan air mata untuk Raziq,tapi dia tetap kalah!Dia tidak mampu dan tidak cukup kuat untuk melawan.

Matanya yang sembab itu dibelek di cermin solek.Tidak berapa lama kemudian,dia terfikir untuk menghidupkan semula telefon bimbitnya yang dimatikan sejak dua hari lepas.Berdesup jantungnya apabila nama Raziq tertera di skrin telefon.

‘Huh,jantan tak guna!Tak habis-habis cari aku!’

Nadine Tasyrif membatalkan panggilan telefon.

“Jantan tak guna!Buat apa cari aku lagi!”marah Nadine Tasyrif menghempas telefon bimbitnya ke tilam.Namun beberapa saat selepas dia menghempas telefon bimbit itu ke tilam,ianya berbunyi sekali lagi.Nadine Tasyrif mendengus kasar.Dia bertekad kali ini apa nak jadi pun jadilah.Dia ambil semula telefon itu dan menekan punat ‘jawab’ tanpa menatap skrin terlebih dahulu.

“Hei Raziq!You tak faham lagi ke….”
Suara lembut yang menyapa dari dalam talian pantas mematikan suara Nadine Tasyrif.Telinga dipasang seluas-luas mungkin untuk mendengar butir bicara dalam talian.

“Ya,doktor.Ada apa ya?dahi berkerut-kerut menadah telinga.
Innalillahi wainnailai hirojiun .Terima kasih beritahu saya,doktor.Insyallah,nanti saya pergi melawat.“talian mati.Nadine Tasyrif pegang kuat dadanya.Melantun-lantun bagai baru lepas berlari beratus kilometer.Terkedu.Langsung tak sangka perkhabaran dari pihak hospital membuatkan perasaannya semakin kucar kacir.Tapi siapalah dia nak menidakkan takdir bila lelaki yang kemalangan dengannya tempoh hari sudah meninggal dunia.

“Innalillahi wainnailai hirojiun.Dari tuhan kita datang dan kepada tuhan jua kita kembali.”Air mata Nadine Tasyrif mula jatuh setitis demi setitis.Rasa kasihan bercampur sedih mula menguasai hatinya yang sememangnya sedang rapuh itu.

“Ya Allah,kau sabarkanlah hati keluarganya menerima takdir ini dan kau sabarkanlah juga hatiku yang rapuh ini supaya tidak terus kalah dengan dugaanMu.”
Nadine Tasyrif menggagahkan dirinya melangkah ke hospital sejurus saja mendapat perkhabaran daripada pihak hospital.Sempat dia telefon Luthfia dan meminta gadis itu menemani.Mujurlah Luthfia agak lapang.

Sesampai di hospital,bilik mayat mereka tuju.
Beberapa orang sedang berada berdekatan dengan bilik ayat dengan wajah sugul.Terdengar esak tangis beberapa orang.Mungkin ahli keluarga si mati agaknya.
Sepantas kilat Nadine Tasyrif dan Luthfia mendekati mereka lalu menegur perlahan.

“Assalamualaikum.Maaf,ini keluarga encik yang kemalangan tu ke?”tanya Nadine Tasyrif lambat-lambat.Azrey toleh apabila mendengar suara di belakangnya.Dia mengangguk-angguk.

“Saya ucapkan takziah pada encik sekeluarga atas pemergian arwah.”
“Terima kasih.Boleh saya tahu cik ni siapa?”pertanyaan Azrey itu benar-benar membuatkan Nadine Tasyrif serba salah.

‘Nak beritahu ke tidak?’ Dia pandang wajah Luthfia di sebelah bagaikan cuba mencari sedikit kekuatan.

“Err…saya…saya…yang terlibat dalam kemalangan dengan arwah.Saya minta maaf…” ucapan Nadine Tasyrif jujur walaupun tersekat-sekat.Bibirnya diketap kejap apabila matanya bertembung mata dengan lelaki bernama Azrey itu.Azrey mengangguk dan tersenyum tawar.

“Saya minta maaf atas apa yang dah berlaku.Saya benar-benar minta maaf encik…” ucapnya sedikit menyesal.Kalaulah dia mampu mengawal perasaannya pada hari tersebut,sudah pasti dia tidak akan terburu-buru memandu di jalanraya sehingga menyebabkan kemalangan itu berlaku.Dan kini,satu nyawa sudah melayang kerana sikapnya.

“Dah ajal dia cik…sudah sampai janjinya dengan Tuhan.Kita redha dan terima qada dan qadar ni dengan tenang.”Azrey membalas lembut.
“Tak encik,saya benar-benar nak minta maaf dengan keluarga encik.Saya tahu saya cuai…”

“Jadi kau nilah yang menyebabkan anak aku mati?Kau yang buat anak aku mati?”jerkah Datin Ainon tiba-tiba memotong percakapan Nadine Tasyrif.Nadine Tasyrif terkejut saat dirinya dijerkah,begitu juga dengan Luthfia dan Azrey.Wajah mula berubah pucat.

“Maaf puan…”

Pang!

Satu penampar singgah di pipi kanan Nadine Tasyrif tanpa sempat dia menyambung bicara.Dalam terkedu dia memandang wajah singa Datin Ainon.

“Kurang ajar!Kau dah bunuh anak aku!Berani kau datang tunjukkan muka kau depan aku,hah?”pekik Datin Ainon garang.Tidak mahu menunggu lama,tubuh Nadine Tasyrif terus dia tolak ke belakang dengan kasar sehingga terduduk.Biar puas sedikit hati yang sakit ini.

Luthfia tercengang,Azrey terlopong.Nadine Tasyrif pula hanya terkial-kial seakan cuba bangkit dari jatuh.Luthfia tidak membuang masa apabila menarik tubuh temannya dari duduk dan menghalang Datin Ainon dari terus menyerang Nadine Tasyrif.

“Mama,kenapa ni?!”marah Azrey sambil menarik lengan Datin Ainon.Datin Ainon menggelupur minta dilepaskan.Matanya tajam menikam tepat ke mata Azrey.Wajahnya garang.Terkejut semua ahli keluarganya yang lain namun tidak bagi Azrey.Dia tahu perasaan terkejut ibunya sejak tadi masih belum habis malah berganti pula dengan perasaan marah saat terdengar ada seseorang yang mengaku telah menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa adiknya Affan.

“Kau tanya aku,Azrey?Kau tak dengar ke perempuan ni kata dia terlibat dalam kemalangan bersama Affan?Dia yang menyebabkan Affan berada di hospital.Memang dialah pembunuh Affan!Dia pembunuh Affan,pembunuh anak aku!”

“Astargfirullahalazim,mama!Tak ada sesiapa yang bunuh Affan.Tak ada sesiapa pun mama.”

“Aku tak kira!Dia yang menyebabkan anak aku mati!Dia memang pembunuh anak aku! Dia bunuh Affan!”Nadine Tasyrif terkaku.Begitu juga dengan Luthfia.Tidak disangka,niatnya untuk ke hospital adalah untuk melawat jenazah Affan namun ini pula yang berlaku.Tidak pernah terlintas difikirannya bahawa ibu kepada lelaki yang kemalangan bersamanya sedang menyerangnya bertubi-tubi dan menuduhnya pembunuh lelaki itu.

Datin Ainon menolak kasar badan Azrey dan mendekati Nadine Tasyrif.Satu lagi tamparan hinggap di pipi gadis itu sehingga meninggalkan bekas tapi sedikit pun dia tidak melawan malah menekur lantai dan mendiamkan diri bersama juraian air mata.

“Aku takkan maafkan pembunuh macam kau!Faham?Dasar tak guna!”tuduh Datin Ainon lantang sambil terus menolak kasar kepala Nadine Tasyrif dengan tangan kanannya.Ikutkan hati mati dia kerjakan gadis itu.Perasaan malu sudah lama dia buang walau banyak mata yang memandang kelakuannya.Dia sudah tidak hiraukan pandangan orang sekeliling.Dia buat tidak peduli dengan mereka.Yang dia tahu hatinya puas menghamburkan kemarahan pada gadis di hadapannya.

Luthfia memeluk bahu Nadine Tasyrif sekadar cuba mententeramkan gadis itu.Bibirnya diketap rapat lantas satu jelingan maut singgah pada wajah Datin Ainon.Penumbuknya dikepal sebelum melangkah mendekati Datin Ainon.

“Maaf puan tapi tuduhan puan pada kawan saya tadi keterlaluan.Puan tak ada hak menggunakan kekerasan ke atasnya!
“Kau diam!Kau siapa nak menjawab kata-kata aku,hah?!”berapi mata Datin Ainon memandang Luthfia.

“Saya Luthfia Zahra.Saya nak ingatkan puan yang puan tak ada apa-apa hak untuk menggunakan kekerasan ke atas kawan saya.Saya cuma nak ingatkan yang anak puan meninggal sebab ajal dia dah tiba.Puan kena ingat tu dan kembali kepada qada dan qadar Allah.pembelaan yang Luthfia lakukan membuatkan Datin Ainon semakin menyinga.

“Kau diam!”tepis Datin Ainon di bahu Luthfia.

“Aku takkan maafkan seorang pembunuh!Kau bunuh anak aku!Kau takkan selamat dunia akhirat!”jerit Datin Ainon lalu menerkam tubuh Nadine Tasyrif dan menarik rambutnya.Malah pipi gadis itu ditampar-tampar sekuat hati tanpa perasaan bersalah.Kecoh jadinya depan bilik mayat.Azrey sudah tidak dapat menahan sabarnya lalu dia menarik kasar tubuh Datin Ainon dan membawanya ke tempat lain.Datin Ainon menjerit terlolong-lolong saat ditarik untuk berlalu dari situ.

Baju Nadine Tasyrif yang sudah senget benget itu dibetulkan oleh Luthfia.Rambutnya yang juga kusut masai dikemaskan sebelum dibawa menjauh daripada bilik mayat.

“Kau okey tak ni?soal Luthfia bimbang.Nadine Tasyrif yang hanya mengalirkan air mata mengangguk lemah.

“Dahlah Nadine,sabarlah.Aku yakin ini bukan salah kau.Kau sabar banyak-banyak.” pujuk Luthfia cuba mententeramkan hati gadis itu.Dia tahu,hati temannya itu begitu terluka dengan tuduhan yang cukup berat.

Dia tahu memang bukan salah Nadine Tasyrif sehingga terjadinya kemalangan yang mengorbankan satu nyawa kerana pihak polis baru sahaja memaklumkan yang Nadine Tasyrif tidak bersalah dalam hal ini kerana semasa hari kejadian,pacuan empat roda yang dipandu oleh Affan dipercayai dipandu melebihi had laju.

“Maafkan mama saya,kak.Maafkan dia.Fikirannya sedang kusut jadi dia tak tahu apa yang dikatakan.”tutur Inshirah mula mendekati Nadine Tasyrif.Dia memegang bahu Nadine Tasyrif dengan perasaan serba salah.

“Ibu cik tak sepatutnya bertindak melulu dan cuba mencederakan kawan saya.Kami boleh dakwa dia di mahkamah atas tindakannya.Luthfia melepas bara.Sakit hati bila teman baiknya kena serang begitu.Niat mereka untuk melawat jenazah tapi kalau beginilah keadaannya,tak datang pun tak apa.

“Maafkan saya.Saya tahu mama saya terlepas kata.Tapi percayalah dia tak berniat begitu.”Inshirah kelihatan benar-benar di dalam keadaan serba salah.Mahu saja dia melutut memohon maaf pada Nadine Tasyrif bagi pihak ibunya tetapi dia sendiri tidak pasti.Perlukah dia berbuat demikian bagi memohon maaf atas keterlanjuran perbuatan ibunya sebentar tadi?

“Tak apalah.Saya faham.”Ucap Nadine Tasyrif menggenggam tangan Inshirah.Nafas yang berat dilepaskan perlahan-lahan bersama air mata yang sudah semakin kering di pipi.

Nadine Tasyrif ukir senyuman tawar walau hatinya terasa sakit atas tuduhan wanita tua itu tetapi dia bukanlah seorang yang pendendam.Dia cuba memahami situasi Datin Ainon dan cuba meletakkan kedudukannya di tempat wanita itu.Apabila dia berasa sedikit tenang,dia menyentuh lembut bahu Inshirah.Gadis itu masih kelihatan serba salah.

“Saya ucapkan takziah atas pemergian arwah.”sambungnya lagi.
Mata Inshirah yang berkaca dikesat sedikit.Hatinya jadi lega dengan kata-kata yang terbit dari mulut gadis di hadapannya.Walau sudah berkali-kali dihina dan dituduh oleh ibunya,gadis itu tetap menghulurkan salam takziah padanya.

“Terima kasih,kak.Terima kasih.”
Nadine Tasyrif melangkah bersama Luthfia keluar dari hospital.Tidak mahu berlama-lama berada di situ memandangkan hatinya masih belum cukup kuat menerima apa-apa berita lagi selepas ini.

Fikirannya masih lagi terbayang-bayang tentang hal yang telah menimpanya tadi.Rasa kesal mula bertandang.Kalaulah kemalangan seperti itu tidak terjadi,dia pasti lelaki bernama Affan tidak mungkin pergi meninggalkan keluarganya dan sudah tentulah ibunya tidak akan bertindak di luar kewarasan akal meratapi nasib diri yang baru sahaja kehilangan orang tersayang.

Semasa sampai di hadapan pintu,Nadine Tasyrif hampir jatuh tersembam kerana dilanggar oleh seseorang.Luthfia cepat-cepat membantunya bangun,begitu juga dengan lelaki yang telah melanggarnya.

“Maaf cik.”Itu saja kata-kata ucapan lelaki bertubuh tinggi lampai,berjambang dan berpakaian agak selekeh itu sebelum berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tergesa-gesa.Luthfia menggeleng kepala.Nadine Tasyrif hanya membatu,menekur lantai putih hospital.

“Sudah Nadine,jom balik.”Ajak Luthfia sambil memegang lengan Nadine Tasyrif yang nampak sedikit lemah.

Elok mahu masuk ke dalam perut kereta,tiba-tiba saja nama Nadine Tasyrif dipanggil dari arah belakang.Semerta dia menoleh dan terlihat susuk tubuh Raziq yang sedang memakai kemeja merah dan bertali leher hitam sedang merenungnya.

“Sayang…sayang…tunggu sekejap.I wanna talk to you.”Raziq berlari-lari anak mendekati mereka dan Nadine Tasyrif terus kaku seolah-olah kakinya sedang terpaku ke tanah.

Raziq mendekati Nadine Tasyrif yang berdiri dekat dengan pintu kiri sebelah pemandu.Dia raih tangan gadis itu dan menunjukkan wajah penuh mengharap.Nadine Tasyrif mendengus lalu ditariknya tangan dari pegangan Raziq.

“Apa yang you buat di sini Raz?”
“I nak jumpa you,sayang.We need to talk!
“Tak ada apa-apa yang kita perlu bincang.I nak balik!”
Please,Nadine.Please dengar dulu apa yang I nak cakap.”Rayu Raziq.
No,I tak nak dengar apa-apa dari mulut you.Cukuplah Raziq!”
But Nadine …we need to talk.We need to discuss.”desak Raziq lagi.Wajah Luthfia yang berdiri di tepi pintu sebelah pemandu langsung tak dipandang.

Nak discuss apa lagi Raziq?”
“Nadine,I sayangkan you.Please let me explain everything.Bagi I peluang.”ujar Raziq sambil membelai rambut Nadine .

Gadis itu hanyut seketika dengan perbuatan tunangnya itu.Hatinya terawang-awang.Dia pejam mata namun apabila dia buka semula matanya dia lihat lelaki di depannya itu sedang bersama dengan perempuan lain.Dia masih terbayang-bayang saat itu.Nadine Tasyrif tepis tangan Raziq.

“Sudahlah Raz,you pergi balik.Tak ada apa-apa yang I nak bincang dengan you.I kusut.I tak boleh nak berfikir sekarang.Please Raz.Baliklah.”

But Nadine,I’m begging you.Kita perlu selesaikan masalah kita berdua.I tahu I dah buat you kecewa,I dah buat kesilapan tapi semua orang yang membuat silap perlu dimaafkan dan berhak diberi peluang kedua kan?I minta maaf pada you Nadine.I menyesal.I mahu kita buang yang keruh ambil yang jernih.I sayangkan you Nadine.”

“You memang gila Raziq!”jerit Nadine Tasyrif akhirnya.
“I memang gila,Nadine!I gilakan you!”
Nadine masuk ke perut kereta dan menutup pintu dengan kuat.Luthfia juga begitu.Sebelum itu sempat lagi Luthfia hantarkan satu jelingan pada Raziq.Jelingan meluat dan menyampah!

Melihat pintu kereta sudah rapat bertutup Raziq pantas mendekati dan mula mengetuk-ngetuk cermin tingkap memanggil-manggil nama Nadine Tasyrif dengan wajah penuh berharap.

“Sayang,tolong dengar dulu penjelasan I ni sayang.Tolong buka tingkap ni,I nak bercakap dengan you!”suara Raziq kedengaran bersungguh-sungguh.Merenung wajah Nadine Tasyrif di sebalik cermin tingkap membuatkan hatinya dipagut resah yang menggila.Selagi dia tidak selesaikan hal ini bersama gadis itu selagi itulah hatinya tidak tenang.Hidupnya jadi tunggang langgang.

“Cepat keluar dari sini Fi.Aku dah tak sanggup.”arah Nadine Tasyrif tanpa memandang ke luar tingkap.Luthfia cepat-cepat menekan pedal minyak keluar dari perkarangan hospital.

Suasana dalam kereta sunyi sepi.Yang kedengaran hanya hembusan nafas kedua-duanya.Luthfia tahu Nadine Tasyrif terluka.Dia tidak mahu berkata sesuatu berupa nasihat atau kata perangsang.Dia takut dia tersalah kata sehingga menambahkan luka di hati gadis itu.Dia segera menekan punat radio.Biarlah suara deejay radio yang menjadi peneman.Elok saja tangan Luthfia menekan butang radio,sebuah lagu sedih terus berkumandang sehingga membangkitkan rasa pedih dalam hati.

Nadine Tasyrif tersedu sedan.Dia segera mematikan radio.Nafasnya ditahan-tahan,sedunya masih kedengaran.Mendengar suara dari radio benar-benar membenam perasaan sedihnya hingga ke pangkal.

‘Kenapa Raziq?Kenapa kau hadir dan memberi pelangi dalam hidupku sedangkan kau tahu yang kau akan bawa pelangi tu menjauh dan berlalu dari aku lantas melemparkan hujan lebat dan ribut taufan di hati aku?’rintih hati kecil Nadine Tasyrif.

Luthfia di sebelah hanya memandang cuak wajah temannya.Tidak mampu dia ungkapkan apa-apa melainkan membiarkan Nadine Tasyrif melayan perasaannya bersama hati yang retak.




No comments:

Post a Comment

BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...