Saturday, 28 February 2015

Mr Stalker...Saya Cintakan Awaklah! 19



LORONG pejalan kaki yang menghubungkan antara bangunan dengan kawasan stesen bas yang letaknya lebih kurang 100 meter dari situ diredah cermat.Berjalan seorang diri di kawasan ini adakalanya membuatkan dia sedikit seram tapi disebabkan dah terbiasa berdikari,semuanya dihadap saja.

Nilla tekur jam di tangan.Baru 5.15 petang.Sepatutnya petang ni dia menemani Lulu ke rumah seorang pelanggan butik mereka untuk mengambil tempahan tapi Lulu mencadangkan supaya dia balik saja ke rumah dan boleh selesaikan sendiri.Lagipun Lulu ada perjumpaan dengan beberapa orang rakannya waktu makan malam nanti.Tak mahu susahkan Nilla yang kurang gemar berjumpa orang sana sini.

Nilla meliarkan mata ke jalan raya yang mula sesak.Tak nampak langsung batang hidung bas rapid yang selalu dia naiki ketika pulang kerja.Stesen bas yang dah penuh dengan orang ramai dijejaki.Lambat-lambat dia berdiri berdekatan dengan palang besi tidak jauh dari situ memandangkan tak ada tempat duduk yang kosong.Sambil berkeluh kesah kerana penat menunggu bas yang tak muncul-muncul,dia betulkan tudungnya yang dah mula senget.
Kepala mula ligat fikir macam-macam.Cadangnya,lepas balik kerja ni nak singgah di mana-mana kompleks membeli belah untuk beli barang keperluan diri.Dah lama sebenarnya tak membeli belah.Asyik sibuk dengan kerja di butik.

Hai.”sapaan satu suara garau dari belakang membuatkan mata Nilla terbuntang.Darah mula menderu laju naik ke muka.Panas.Spontan dia berpaling dan ternampak wajah lelaki yang sama mengejarnya tengah hari tadi sedang tersenyum manis bagai kenalan lama yang dah bertahun-tahun terpisah dan baru berjumpa semula.

Tangan diangkat sebagai cara menyapa dengan bahasa isyarat sebelum menyengih.

Cik ni...”suara Zein Asyraff mati bila Nilla memotong kata.

Awak ni siapa?Stalker ke?Apa awak buat di sini?”merah matanya menahan amarah.Entah siapalah lelaki ini,tapi yang pasti hatinya kuat menyatakan bahawa lelaki ini ada niat yang tidak baik.Benarkah?Mungkin apa yang Lulu fikir ada betulnya.Stalker!

Bukan stalker,bukan juga penjenayah.”jawab Zein Asyraff bersahaja.Wajah si gadis di depan ditenung penuh minat.Ah,indahnya dunia dapat bercakap dengannya.Dengar suaranya saja pun sudah cukup membuatkan jiwa melayang-layang bagai terbang di awangan.

Sorry,mesti you ingat I ni bukan-bukan.Anyway,nama I Zein.”ucap Zein Asyraff seraya menghulur tangan kepada Nilla,memperkenalkan diri memandangkan dia nampak muka terkejut Nilla dah bercampur dengan muka cuak.Pasti dia fikir macam-macam.

Nilla diam,tidak berkutik.Huluran tangan Zein Asyraff sekadar ditenung sekali lalu dan tidak bersambut malah mata dilempar ke tengah jalan yang dah penuh dengan kenderaan.

Isy,mana bas rapid ni?Buat mogok ke apa?Dari tadi tak datang-datang!Mamat ni pula dah macam penjenayah bersiri.Tenung aku macam nak terkeluar biji mata.Paparazi ke apa?Dengan kamera kat leher.Klise sangat!'bebel Nilla berdetak detuk dalam hati.Diri dah rasa tak tenang.Menggila lain macam bila kena tenung macam ni.

I'm sorry.”ucap Zein Asyraff menarik tangannya.Kepala digosok dengan perasaan malu.

'Isyh,kau ni Zein.Dah lupa ke,haram hukumnya bersalam dengan yang bukan mahram?'tegur suara dalam kepala.

Nilla di sebelah pandang sekilas sebelum menjeling tanpa suara.Malas nak layan mamat yang entah siapa-siapa ni!

'Oh,hati!Sila jangan buat perangai.Tengok jelingan dia saja pun dah buat aku rasa macam nak tergolek-golek dah ni.Behave...behave!'bisik Zein Asyraff lagi.

Yang awak main tengok-tengok,tenung-tenung,renung-renung muka saya dah kenapa?Ada cop kat dahi ni dengan perkataan 'SILA TENUNG LAMA-LAMA'?”sindir Nilla buat-buat berani.Rimas sebenarnya bila diri ditenung bagai nak gila.Macam psiko mamat sebelahnya ni!

Zein Asyraf tersengih.Sempat lagi dia buat-buat cuci tekak.Berdehem-dehem beberapa kali sekadar mahu menarik perhatian Nilla.

'Hee,mamat ni.Gaya psiko tu jelas sangat.Menakutkan.Muka bolehlah tahan tapi perangai macam tak betul aje.Siapa dia ni?Nak apa?Jangan-jangan...'akal jahat Nilla mula terdetik sesuatu.

Awak nak apa?!”soal Nilla kasar.Suasana yang makin sesak dengan orang ramai di stesen bas itu membuatkan ruang semakin sempit sehingga memaksa dia berdiri betul-betul di sebelah Zein Asyraff.Sehingga berlaga bahu.

Zein Asyraff tak terkata apa.Sekadar tenung muka Nilla macam nak terkeluar biji mata sambil menahan senyum.

Hey,Mr Stalker Paparazzi!I'm asking you.What do you want from me,huh?Dah tak ada suara nak cakap ke?”cebik Nilla melepas kemarahan dengan nada suara yang tertahan-tahan.Bimbang orang lain mendengar amukan kecilnya.

Kat dahi you tak ada cop 'SILA TENUNG LAMA-LAMA' tapi ada cop 'SILA JATUH CINTA DENGAN SAYA'.”selamba Zein Asyraff mengusik sebelum ketawa kecil.Muka Nilla dah berona merah.Tak tahu nak cakap apa dah dengan mamat di sebelahnya.Direct habis!

Okey...okey...gurau aje.Jangan marah,nanti cepat kedut.”
Nilla rasa dah hampir hilang sabar.Macam nak cekik-cekik aje mamat stalker ni.

Anyway,nama I Zein.And you are...”

Bas saya dah sampai.Bye!”ucap Nilla,tergesa-gesa menuju ke pintu bas rapid yang baru saja berhenti di hadapan stesen bas tanpa lagi berpaling memandang wajah Zein Asyraff.Lelaki itu terkedu melihat tindakan spontan Nilla yang berlalu menyerbu ke arah bas rapid.Ternganga kerana belum sempat nama gadis itu diketahui.

Orang ramai yang dah berpusu-pusu ke arah bas membuatkan Zein Asyraff hilang arah.Tertinjau-tinjau ke dalam perut bas kerana kelibat Nilla menyusup dengan begitu cepat.Sama seperti tengah hari tadi.

Tiba-tiba matanya tertancap pada susuk tubuh Nilla yang baru saja duduk di salah satu bangku di tengah perut bas bersebelahan dengan tingkap.Sepantas kilat dia cuba melambai tapi hanya dibalas dengan jelingan maut dari Nilla.

Wow,main kasar huh?!“omel Zein Asyraff sendiri tapi mata masih tak lepas menekur ke wajah Nilla yang diam di kerusinya.

Bas rapid akhirnya bergerak meninggalkan kepul-kepul asap hitam di jalanan,sama seperti Nilla meninggalkannya dengan tanda tanya.

It’s okay….we’ll wait and see,beautiful nerdy! azamnya dalam hati.


HAH,berangan!Dah sampai ke kutub mana?”sergah Lulu selamba dengan suara garau lain macam bila ternampak Nilla sibuk merenung jauh entah ke mana.Ruang rehat di dalam butik yang menjadi pot lepak Nilla didekati sambil letakkan dua kotak bungkusan makanan yang baru dibeli.

Choi,kau ni Lulu!Sakit jantung aku macam ni.Silap-silap mati muda.”bebel Nilla sedikit geram bila disergah sebegitu rupa.Dada dipegang lama,membiarkan rentak jantung yang tak sekata kembali normal.Lulu yang baru duduk di sofa bertentangan dengannya dah gelak-gelak.

Kalau mati muda,apa susah...tanam aje cepat-cepat!Buat majlis tahlil tiga hari tiga malam jemput satu kampung!”

Jahat betullah mulut kau ni,Lulu.Kena sumpah jadi Badang baru kau tahu.Biar kau merana tak dapat pakai baju yang vogue the vass lagi.”cebik Nilla bergurau kasar dengan Lulu.

Eh,ada hati nak sumpah aku jadi Badang.Tak kelas hokay.Cuba kau sumpah aku jadi Marilyn Monroe ke,Angelina Jolie ke...dapat bibir seksi nok!”Lulu dah siap tayang gaya lentik dan menjuihkan bibirnya konon-konon seksi tapi Nilla dah siap-siap buat muka menyampah sambil putarkan bola mata ke atas.

Geli aku tengok.Lentik macam ayam serama!”

Heh,dah lah.Malas aku nak layan kau,Nil.Nah,breakfast kau.Maggi goreng letak telur mata dengan teh tarik kurang gula.”bibir Lulu dah terjuih menunjukkan bungkusan makanan Nilla.

Semerta muka geli gelemannya tadi hilang.Pantas bungkusan maggi di atas meja dicapai sebelum membuka laju-laju.Aroma yang meruap ke ruang udara benar-benar membangkitkan seleranya.

Thank you my pretty boss.Esok aku kirim lagi eh?”

Hei,tak kuasa aku nok!Bila masa aku bertukar kerjaya jadi orang suruhan kau ni?Tak kelas nyah!”Lulu dah mula bersilang kaki di depan Nilla dengan gaya lentik tak sudah sambil-sambil belai rambut pendeknya yang hanya separas bahu.

Nilla ketawa lepas.Geli hati tengok muka Lulu yang dah bengang.Tanpa membuang masa,Nilla makan dengan gelojoh.Lapar gila-gila kerana sejak malam tadi dia tak jamah apa-apa makanan walau sedikit.

Kau ni Nilla...kalau makan cuba buat macam anak dara makan.Jangan jadi macam sundal bolong makan boleh tak?Tak boleh bawa masuk majlis macam ni.Harap aje muka cun suci murni,berpakaian ala-ala muslimah sejati gitu tapi...huh!”bebel Lulu menegur Nilla.

Aku lapar gila.Dari semalam tak makan.Kau buat-buat pejam mata ajelah.Buat-buat tak nampak aku kat depan kau ni.Nanti aku dah habis makan aku hantar repot kat kau.”makanan di dalam mulut belum pun habis dikunyah sudah sibuk nak bercakap.

OMG...OMG...Ya Allah,tabahkanlah hati hambaMu yang lemah ini.Sabarkanlah hatiku menghadap kerenah pekerjaku yang tidak semenggah ini.”Lulu dah siap tadah tangan mohon doa dengan berniat mahu menyindir Nilla tapi nampak gayanya perbuatan Lulu seperti tak mendapat respon.Nilla sedap saja sumbat maggi goreng masuk dalam mulut dan buat tak endah pada Lulu yang masih terkepit-kepit di depan.

Nok,dah habis makan nanti kau tolong aku tukar baju si Taylor Swift kat depan tu,okey!Aku nak pergi belakang,nak sambung buat magik dengan jari jemariku yang runcing ini.Banyak labuci nak kena jahit nyah!”Lulu dah bangun dan mahu berlalu.Sempat lagi tayang jari jemarinya pada Nilla dengan lemah gemalai.

Heh,macamlah dia seorang yang boleh buat magik guna jari jemari dia.Aku ni sampai pukul 1 pagi setiap hari dok menggunakan jari jemari aku buat magik nak hasilkan aksesori yang bermutu tinggi lagi disukai ramai tapi tak adalah nak gebang satu dunia.Riak sangat bunyinya!”

Hei,mulut tak ada insuran.”
Nilla tergelak-gelak melihat reaksi Lulu selepas kena sindir dengannya.Rasa nak berguling-guling di atas lantai macam kucing selalu buat.

Weh,kau nak aku tukarkan baju Taylor Swift aje ke?Justin Bieber dengan Demi Lovato nak biar macam tu aje?”

Isyh,sekalilah.Takkan setiap kali nak tukar baju dia orang tu kena bagitau?Dahlah,malas layan kau.“Lulu berdecit halus sambil hentak-hentak kaki gaya biasa yang dia buat sehingga memaksa Nilla tergelak sendiri.

Eh,Nil.Sebelum aku terlupa,nanti kau tolong pergi jumpa Datin Dolly di rumah dia.”

Nak buat apa jumpa Datin Dolly?Dia nak tempah baju ke?”

A’ah,dia suruh datang ambil kain yang dia beli di Paris minggu lepas.Katanya nak buat peplum.Jangan lupa ambil ukuran dia sekali sebab ukuran lama dia dah tak boleh pakai.Katanya badan dia dah slim lepas buat liposuction kat London 2 bulan lepas.Kelasss kan?”

Huh,dia dah tak ada orang suruhan ke nak hantar sendiri ke sini?Aku juga nak kena menghadap dia?Kalau macam tu,gaji aku kau kasi up lah Lulu!”

Over kau nok!”cebik Lulu sedikit menjerit.

Hah,lagi satu aku nak tanya ni.Bila masa pula Datin Dolly tu pergi buat lipo sampai ke London nuuu?Pelik-pelik betullah perangai mak datin sorang ni.”bebel Nilla sendiri.

Hei kau ni,aku sumbat mulut tu dengan stokin busuk aku baru tau.Banyak bunyi.Cepatlah habiskan makanan tu,lepas tu pergi tukar baju Taylor Swift dengan geng-geng dia.Nanti customer tengok dia orang pakai baju yang sama,bosan pula.Tak pasal-pasal butik aku ni dapat rating tertinggi 'BAJU SAMA SEPANJANG ZAMAN'.Huh,tak kuasa aku!”Lulu dah mula menyeringai.Buat muka bengang tahap kuasa lapan.Tapi Nilla dah bantai gelak tengok reaksinya.

Kau ni kalau marah,muka kacak wo!Macam Remy Ishak dah aku tengok!”

Shut up,Nilla!Aku potong juga gaji minah ni karang!”jeling Lulu sebelum berlalu ke belakang dengan hati berdongkol geram.


Eleh,malulah tu aku cakap dia macam Remy Ishak.”

No comments:

Post a Comment

BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...