SUDAH berkali-kali dia menghubungi Raziq,namun tetap gagal.Nadine Tasyrif memandang skrin telefon bimbitnya yang sudah hampir kehabisan bateri itu.Dia mendengus keras dengan kening yang bertaut rapat antara satu sama lain.
“Hei,jawablah
panggilan!Susah sangat ke nak jawab?”bebel Nadine Tasyrif sendirian
yang sedang duduk di satu sudut dalam studio dengan wajah
geram.Giginya juga diketap rapat dengan matanya masih menyorot ke
arah skrin telefon bimbit.
Waktu
rehat yang ada digunakan sebaiknya dengan menelefon tunangnya Raziq
namun dia sedikit bengang kerana lelaki itu masih belum menjawab
panggilannya sejak tadi.
Nadine
Tasyrif tenung jam di pergelangan tangannya.Sudah hampir tengah hari.
Sebetulnya,hari ini dia terlalu sibuk dengan kerja-kerja penggambaran
memandangkan jadualnya yang begitu padat sejak awal bulan
lalu.Kerjayanya sebagai seorang model yang cukup popular membuatkan
masanya sering terbatas namun itu bukan alasan yang akan dia
gunapakai bila melibatkan soal Raziq.
Hari
ini sepatutnya dia ke butik pengantin bersama sang tunangnya itu
untuk melihat contoh rekaan baju pengantin yang bakal mereka berdua
gayakan pada hari bersejarah yang tinggal tiga bulan saja lagi.Banyak
perbincangan yang mahu dilakukan di sana nanti.Biar hari bersejarah
mereka nanti akan jadi satu momen yang boleh dikenang sepanjang
hayat.
Ikutkan
janjinya dengan Raziq,selesai kerjanya sekejap lagi mereka terus akan
ke Butik Rafell yang dimiliki oleh salah seorang kenalan Raziq.Tak
sabar rasanya nak bersatu dengan Raziq,jejaka yang dia cinta sepenuh
hati.Syed Raziq Rafiqi,dengar saja namanya mampu buat jiwa bergetar
hebat.Lelaki yang sering diberi jolokan macho man di kalangan
teman-teman yang sudah menjadi tunangan Nadine Tasyrif lebih dari dua
tahun dulu.
Rindu
tiba-tiba membuak-buak di hati kecil Nadine Tasyrif.Sudah hampir
seminggu dia tak bertemu dengan jejaka itu memandangkan masing-masing
sibuk.Raziq baru saja pulang dari London petang semalam setelah
berurusan di sana sejak minggu lepas lagi.
“Kau
ni kenapa?Resah semacam aje?”tegur Kila teman yang merangkap
pembantu peribadi gadis itu.Nadine Tasyrif melangut memandang Kila
yang sedang mendekatinya sambil membawa dua botol air mineral
sejuk.Dia mendengus lagi sambil melepaskan geramnya pada skrin
telefon bimbit.
“Raziq
nilah…dari tadi aku call tak
jawab-jawab.Entah apa kena aku pun tak tahu.”
“Alah,tak
dengarlah agaknya!”
“Hisyh,tak
dengar apanya…dia tu bukannya pekak!”balas Nadine Tasyrif lagi
bersama dengan kerutan di wajah.Dia lihat lagi skrin telefon
bimbitnya dan menekan-nekan punat dengan kasar.Kerana rasa
rindu,habis dia nak naik angin.Geram bila panggilannya tak bersambut.
“Dah,kau
minum dulu air mineral ni kasi sejuk sikit.Nanti-nanti kau call
dia semula.Aku rasa mungkin dia tak
sedar telefon dia berbunyi.”nasihat Kila lagi lalu menghulurkan
botol mineral yang sudah dibuka kepada Nadine Tasyrif.Gadis itu hanya
menurut.Diteguk sekali dua air dari botol itu lalu menarik nafas,cuba
menghalau keresahan di hatinya.
“Nadine,ready
in two minutes.” ucap seorang wanita,salah seorang krew
produksi yang bertugas kepada Nadine Tasyrif dari arah hadapan.Nadine
Tasyrif angguk.Dia meletakkan telefon bimbitnya ke dalam tas
tangannya sebelum membetulkan baju yang dipakai manakala botol
mineral yang dipegang tadi diberikan saja kepada Kila.
“Jay,tolong
betulkan mekap I.”ucap
Nadine Tasyrif bersahaja.Tanpa membuang masa,lelaki yang bernama Jay
itu segera menghampiri Nadine Tasyrif untuk membetulkan solekan di
wajahnya yang sudah mula pudar.
Selesai
tugasnya di studio,Nadine Tasyrif cepat-cepat beredar.Langkah kakinya
begitu laju sekali mendekati Suzuki Swift putih miliknya yang
diletakkan berhampiran Wisma Cemerlang,bangunan yang terletak
bersebelahan dengan Studio ETV,Agensi Pesona.Kunci yang berada di
dalam tas tangan dicapai kalut sebelum menekan punat.Secepat kilat
Nadine Tasyrif memboloskan dirinya ke dalam perut kereta namun tangan
Kila yang tiba-tiba hadir menghalang pintu daripada bertutup rapat
membantutkan usahanya untuk segera berlalu dari situ.
“Apa
hal beb?Aku nak cepat ni!”
“Aku
cuma nak ingatkan tentang jadual kau.Jangan lupa esok kau ada
photoshoot di studio Prima Kota untuk cover majalah
Letop bulan depan.Tepat pukul 10 pagi kau mesti ada di sana.Aku dah
arrange semuanya dengan
dia orang tau.And one more thing,lepas sesi photoshoot
tu kau mesti gerak ke KLCC untuk raptai fashion show dengan
Flora Boutique pukul 2 petang.Kemudian,sebelah petang pula kau ada
sesi tandatangan perjanjian baru dengan Girl and Girl yang dah
nak habis kontrak tu pukul 5 petang.Malam pula kau ada dinner
dengan wakil agensi Lemon Tea di Hotel Regency tepat pukul 8
malam.Baju-baju kau aku akan uruskan dan…”
“Kila,stop!”potong
Nadine Tasyrif sedikit keras.Dia pegang wajahnya lalu ditepuk-tepuk
sedikit.Kepalanya mula terasa berat dengan tugas-tugas yang agak
banyak serta jadual yang padat seperti yang disebut oleh Kila satu
per satu tadi.Pening kepalanya mendengar apa yang Kila ucapkan
kepadanya.
“Kenapa?”soal
Kila memandang ke arah iPad di tangannya berselang seli dengan wajah
Nadine Tasyrif.
“Bilanya
aku boleh cuti?”soal Nadine Tasyrif dengan suara seperti hendak
menangis.Tapi Kila dah ketawa sakan melihat bosnya menayang muka
penuh mengharap.
“Kenapa
kau ketawa?”potong Nadine Tasyrif sedikit pelik dengan gelagat
pembantu peribadinya itu.
“Kau
buat lawak ke apa ni?”
“Lawak
apa?”
“Tak
adalah,sepanjang aku bekerja dengan kau,sekali pun aku tak pernah
dengar kau sebut pasal cuti.Siap minta aku susun jadual termasuk hari
minggu tapi sekarang dah ubah fikiran pula?Nak ubah status sebagai
seorang workaholic ke?”
Nadine
Tasyrif berdecit halus.
“Kau
tak akan faham perasaan aku,Kila!Wedding aku tinggal tiga
bulan saja lagi.Tapi kerja aku macam tak pernah surut sampai tahun
depan.Kau nak tengok aku bersanding sambil buat photoshoot atau
pertunjukan fesyen ke?”balas Nadine Tasyrif lemah.Terasa
tersindir dek kata-kata Kila tadi.
“Kalau
boleh aku nak ambil cuti panjang.Aku nak concentrate on my
wedding.Tak naklah nanti,pengantin perempuan ni muka macam zombi
duduk atas pelamin dengan encik tunang tu.Tak pasal-pasal masuk
magazine,masuk portal hiburan,masuk tv...dah jadi kontroversi
pula.Haru weh!”Nadine Tasyrif gosok kepala.
“Okey,faham.Aku
dah adjust kau punya jadual.Jangan risau,sebulan sebelum
wedding kau dah boleh cuti tapi sebelum tu kau settle
kan dulu semua kerja kau.Lepas ni kalau kau nak pergi honeymoon
dengan Raziq sampai ke hujung dunia pun tak ada siapa yang
peduli.”Kila tergelak-gelak,sengaja mengusik.
“Hah,aku
nak ingatkan kau sekali lagi tentang jadual untuk esok.Nanti aku
e-mel pada kau semua benda supaya kau tak lupa.Lepas tu jangan tak
check e-mel kau pula.Naya nanti!Asyik sibuk fikir
wedding,benda yang depan mata nanti terlepas pula.Lepas tu aku
juga nak disalahkan!”Kila dah mula membebel sampaikan Nadine
Tasyrif dah mula mengipas-ngipas wajah sendiri dengan tangan.
“Oh
God,please give me some space!”ucap
Nadine Tasyrif memandang ke arah wajah langit di atas sebelum
kedua-dua matanya terpejam-pejam bagai mencari kekuatan.
“Kau
dengar tak apa aku cakap tadi Nadine?”muka Kila berubah
garang.Seperti cikgu disiplin sedang membebel pada pelajar yang
berbuat salah.
“Dengar.”
“Hmm…periksa
e-mel tu nanti.Kalau tidak,sia-sia ajelah aku membebel pada kau
ni.”tekan Kila lagi sekadar mengingatkannya.Bukannya apa,dia
bimbang sekiranya Nadine Tasyrif terlupa kerana dia tahu benar dengan
perangai gadis itu.Kadang-kadang boleh leka dan cuai.
“Yelah-yelah…aku
tak lupa.Nanti aku check lah e-mel kau tu.Dahlah,aku gerak
dululah.Nak call Raziq dulu…chao!”ucap Nadine Tasyrif
memberikan senyuman sekilas dan mengangkat kening sebelah sebelum
menarik pintu keretanya.
Kila
mencebik dan mengetuk tingkap keretanya sekadar memberi
isyarat.Nadine Tasyrif dah tersengih memandang Kila sambil buat
isyarat semula.Ekor mata Nadine Tasyrif sempat menghantar kelibat
Kila menjauh sebelum menghilang lalu dia mencuba sekali lagi untuk
menghubungi Raziq.Sekarang bukannya masa untuk dia fikirkan hal
kerja.Sekarang dia hanya perlu fikir tentang Raziq yang masih menyepi
sejak tadi.Telefon bimbitnya ditenung.Cuma seminit saja telefonnya
sempat melekap ke telinga,tapi harapannya untuk mendengar suara Raziq
terus hancur berkecai bila tiada respon.
“Dia
ni membuta lagi ke?Dah tengah hari pun.Tak reti-reti nak jawab call
aku ke?”omel Nadine Tasyrif pada dirinya.Rasa bengang sejak
tadi masih belum beransur hilang.Pelik juga dengan Raziq.Apa yang tak
kenanya sehingga telefon berbunyi pun tidak diangkat.SMS yang
dihantar juga tidak dibalas.Payah betul!
“Ni
mesti tidur mati.Tahulah petang semalam sampai sini straight
dari London.Huh,tak boleh jadi ni.”sambungnya lagi sambil membuang
satu keluhan kecil.Stereng di hadapan diketuk sedikit melepas
rasa.Sepantas kilat,dia menghidupkan enjin kereta dan berlalu keluar
dari kawasan Wisma Cemerlang.
Jalan
raya yang sedikit sesak menambahkan geram di hati Nadine
Tasyrif.Hampir saja keretanya berlaga dengan kereta sebelah yang
kelihatan tidak sabar-sabar mahu memintas kereta di hadapan.Nadine
Tasyrif menggeleng kepala.Dalam melihatkan gelagat
pemandu-pemandu,tiba-tiba hatinya jadi tidak keruan.
Entah
mengapa hari ini,Nadine Tasyrif merasakan hatinya cukup
berdebar-debar.Tidak seperti biasa.Dia rasakan jantungnya seakan-akan
mahu melompat keluar dari badan.Dia sendiri kurang mengerti kenapa
dia berperasaan sedemikian.Hendak kata mahu berjumpa dengan
Raziq,hari-hari dia berjumpa dengan lelaki itu kecuali seminggu ini
dan tak pernah pula dia gelisah sebegini.Seingatnya,sejak pertama
kali jatuh cinta pada Raziq,hatinya tidak pernah berdebar-debar
sebegini hebat.Dia mula memegang dadanya dengan sebelah tangan demi
merasa denyutan yang mula tidak seirama.Tak keruan!
Haih,penangan
tak jumpa Raziq selama seminggu ke apa ni?Atau penangan bakal
pengantin?Macam ni ke rasanya nak naik pelamin?Berdebar tak tentu
hala.Rasa rindu,risau,runsing,bimbang,cemas semuanya silih
berganti.Ah,peninglah fikir!
Satu
hembusan nafas yang agak kuat pantas dibuang.
‘Ah,perasaan!Tolonglah
berkelakuan baik dengan aku hari ni!’
Kereta
yang dipandunya berhenti di lampu isyarat di sebuah persimpangan.Dia
mengambil kesempatan untuk menghubungi Raziq lagi.Mana tahu jika
nasibnya baik,pasti Raziq akan menjawab panggilannya.Setelah beberapa
saat menunggu,perasaan hampa menghimpit diri.
Dalam
hati,dia dapat mengagak bahawa tunang kesayangannya itu mungkin masih
tidur.Tidur mati.Dia baru terfikir semalam Raziq ada memberitahunya
sampai saja di sini dia terpaksa berjumpa dengan beberapa klien
syarikatnya untuk membuat pembentangan.
Sempat
dia SMS Raziq malam semalam dan lelaki itu balas dengan mengatakan
yang kerjanya masih belum selesai.Mungkin saja akan berlarutan sampai
ke subuh sebelum menghantar laporan penuh hari ini.Haih,kadang-kadang
dengar Raziq cerita tentang kerjanya yang terlalu sibuk risaulah
juga.Tapi lama-lama,baru dia cuba mengerti.Kadang-kadang kasihan
dengan Raziq,tak cukup rehat kerana sibuk dengan urusan pejabat.
Dia
tersenyum.Bila mereka dah kahwin nanti,dia akan pastikan Raziq akan
peroleh hidup yang lebih teratur.Dia akan jadi seorang isteri yang
terbaik untuk lelaki itu.Dia janji dengan diri sendiri yang dia akan
bahagiakan Raziq!
Telefon
bimbit ditenung lagi.
“Memang
sah dia tidur mati ni.Penat sangat buat kerja sampai subuhlah
tu!”Nadine Tasyrif mengomel seorang diri.Apabila lampu isyarat
bertukar hijau,dia memecutkan keretanya selaju yang boleh menuju ke
Valleria Condo.
Lif
dituju,butang lif ditekan-tekan dengan hati berdentum dentam tak
sudah.Usai pintu lif terbuka di tingkat 15,dia segera meloloskan diri
dan menuju ke unit kondominium Raziq.Loceng di luar pintu ditekan
berkali-kali.Tapi masih tiada respon.Diketuk-ketuk pula pintu kayu
dengan agak kuat bersama harapan yang Raziq akan muncul di sebalik
pintu tapi semuanya tak menjadi nyata.Nadine Tasyrif mengetap bibir
melepas sedikit geram.Tak semena-mena saja dia memulas tombol pintu
sebelum ia terbuka dan terkuak lebar.
“Aik,pintu
pun tak berkunci?Lupa ke?Atau...”suara Nadine Tasyrif dah terhenti
bila akal jahat mula merencana perkara yang tidak baik.
“Haih,apa
aku mengarut ni?Cuba jangan fikir negatif,Nadine!”bebelnya pada
diri sendiri.
Segera
langkah kaki diatur kemas menuju ke dalam.Ruang kondo milik Raziq
dijejaki.Mata dah mula meliar sekeliling dengan hati yang sungguh tak
enak.Berlawanan dengan akal waras yang memberi amaran supaya
berfikiran rasional.
Ruang
tamu kelihatan lengang.Kosong.Namun masih tersusun rapi seakan-akan
sudah dikemas beberapa minit sudah.Tak ada niat nak berlama-lama di
ruang tamu,dia menjengah pula ke ruang makan tapi mata dah siap
terbeliak bila melihat ada beberapa pinggan yang mengandungi
sisa-sisa makanan.Mulut dah herot sebelah.Kepala dah
menggeleng-geleng.
“Haisy,dia
ni.Pinggan tahun bila punya ni...dia biarkan tak
bercuci.Raziq...Raziq...”Nadine Tasyrif dah mula nak membebel.
Ini
yang dia rasa tak sabar sangat nak jadi isteri Raziq.Bila dah jadi
isteri lelaki itu,dia akan pastikan semua kelengkapan Raziq akan
terjaga.Tak adalah nak sakit mata tengok meja makan berselerak
begini.
“Raziq...Raziq...”seru
Nadine Tasyrif mula beransur keluar dari ruang makan setelah
mengangkat pinggan tadi dan letakkan ke dalam sinki.Tiada jawapan.
Nadine
Tasyrif cuba memberanikan diri menghampiri bilik tidur Raziq sambil
nama lelaki itu dipanggil lagi.Masih tiada jawapan.Akhirnya,dengan
tekad dia menolak pintu bilik Raziq perlahan-lahan.Dia
meninjau-ninjau sekitarnya.Kosong.Ke mana Raziq pergi? Jika dia tiada
di rumah,mengapa pintu utama tidak berkunci?Adakah Raziq terlupa
untuk menguncinya?Nadine Tasyrif kalut mencapai telefon bimbit dari
dalam tas tangan dan menelefon Raziq lagi.
Tak
semena-mena saja dia terdengar deringan telefon bimbit Raziq bergema
dari ruang tamu.Kakinya pantas mengatur langkah ke situ lalu mencapai
telefon bimbit Raziq.
Kepalanya
digaru.Hairan.Mengapa Raziq tinggalkan telefon bimbitnya di atas meja
dalam ruang tamu?Ke mana dia pergi?
Pelbagai
persoalan menerjah benaknya namun dengan tiba-tiba saja hati Nadine
Tasyrif berdetik menyuruhnya melihat bilik tetamu yang terletak
bersebelahan dengan bilik utama.Mungkin dia berada di situ menyiapkan
kerja pejabat barangkali atau mungkin saja dia sedang membuta.Manalah
tahu!
Langkahnya
diatur berhati-hati.Dalam kepalanya,ligat memikirkan pelbagai macam
perkara yang tidak elok pula.Mindanya mula berlegar tentang
cerita-cerita ngeri yang dia pernah baca dalam akhbar tentang
pembunuhan selepas rompakan di rumah.Ah,janganlah Raziq terlibat!
Nadine
Tasyrif mula mengetuk kepalanya sendiri setelah tersedar dari
angan-angan dan fikiran negatif tentang hal itu.Merepek sungguh!
Langkahnya
beku di hadapan bilik tetamu.Dia pandang atas sampai ke bawah pintu
sambil menelan liur.Berharap agar minda mengarutnya tadi tidak
menjadi kenyataan.Dia menelan liur sedikit sebelum mula memegang
tombol pintu.Tangannya terasa seram sejuk saat tombol pintu dipulas
dan ketika itu juga hatinya semakin berdebar-debar.
‘Hati,tolong
jangan takutkan aku!’ marahnya geram.
Matanya
dipejam sedikit saat pintu bilik yang nyata tidak berkunci itu dikuak
sedikit.Perlahan-lahan pintu itu ditolak sehingga melebar sampai
memperlihatkan keseluruhan bilik.Namun tak sampai tiga saat,wajahnya
berubah pucat dan nafas ikut tak menentu.Terkejut!
p.s MSSCA dah terbit dan boleh dapatkannya daripada penerbit ;) ;)
No comments:
Post a Comment