Saturday 25 May 2013

Babak Terakhir Bab 9&10


Bab 9

Fea bersenang lenang di depan kaca televisyen.Memang begitulah tabiatnya.Pantang saja ada masa lapang,mesti duduk melepak depan televisyen.

Kalau tak di depan televisyen,mesti dia sibuk tercongok depan PC lama-lama sampai naik juling mata menatapnya.

Sambil makan kacang yang turut dibeli bersama air kotak semasa berkunjung ke kedai Pak Cik Morad,Fea sibuk menekan-nekan punat di alat kawalan jauh.

Berkali-kali dia menukar siaran rancangan.Ada saja yang tak kena.Habis satu rancangan,yang lain pula menyusul sehingga dia tidak sedar bila Lia Sari melangkah masuk ke rumah.

“Fea,kau boleh biarkan pintu rumah terbuka?Buatnya pencuri ke perogol ke masuk,kan susah!” marah Lia Sari menanggalkan kaca mata hitamnya.Fea toleh pada wanita itu yang sudah duduk di sofa sambil melepaskan lelahnya.Fea yang lebih senang melepak di atas lantai sekadar sengih.

“Nak kacang mak?” bungkusan kacang Cap Tangan itu dihulurkan pada Lia Sari.



Lia Sari menggeleng.
“Tak naklah.Mak dah makan tadi.”
“Makan kacang jugak?” tanya Fea bodoh.
“Bukan kacang,mak makan nasilah.Mak dah kenyang.Auntie Arfa belanja makan kat Hotel Hilton.”
Fea mencebik.

“Patutlah eksyen! Satu hari tak nampak batang hidung mak.Mak pergi mana sebenarnya?”
“Mak temankan Auntie Arfa dan Uncle Mokhtar pergi tengok rumah.”
“Rumah?Untuk apa?”
“Untuk dibeli.Takkan diorang nak duduk selamanya dengan Tok Saif?”
Fea mengangguk.”Ya tak ya juga.”
“Pukul berapa kau balik rumah?Rizal dan Rania macam mana?Okey?”
Fea buat muka.

“Sebelum tengah hari lagi dah sampai.”
“Aik,awalnya?Ingatkan kau temankan Rania dan Rizal tu kat rumah Tok Saif sampai petang.”
“Sampai petang? Alamat ributlah banglo Tok Saif tu mak!” sinis saja bunyinya.Fea terus menyambung makan kacang.
“Kenapa pulak?”
“Mat saleh dua orang tu lah mak! Mengada-ngada betul.Itu tak kena,ini tak kena! Mengada-ngada! Malas nak layan!”

“Kau ada buat apa-apa tak kat diorang tu?Kau ni bukan boleh diharap sangat.Entah-entah…”sengaja Lia Sari mematikan ayatnya sambil pandang wajah Fea penuh curiga.
“Mak,suka tau menuduh orang bukan-bukan! Nak buat macam mana kalau orang tu dah memang mengada-ngada tahap dewa? Ingat Fea ni rajin sangat ke nak layan kerenah diorang tu?Baru je satu hari sampai ke sini dah buat hal! Sebab tu Fea tak suka nak tidur rumah Tok Saif bila budak berdua tu ada.Tapi mak yang paksa!”

“Eh,kau ni Fea.Cuba layan diorang tu baik-baik.Takkanlah diorang tu saja-saja nak buat hal kalau kau sendiri yang tak mulakan?”
“Mak ni,betullah Fea tak buat apa-apa pun! Eh…mak…mak..tadi kan Pak Cik Morad tanya pada Fea pasal mak!” Fea ubah topik.Sengaja dia mahu melarikan diri dari di ’serang’ oleh Lia Sari.

Mata Lia Sari bulat.Dia pandang Fea dengan tanda tanya.
“Kenapa dengan Pak Cik Morad tu?”
“Macam-macam dia tanya pasal mak.Itulah inilah.Tapi yang paling tak tahan tu,dia tanya mana mak,Fea pun jawablah mak tak ada pergi dating dengan Kalimuthu a/l Murugan.Terus berubah air muka dia.”galak Fea bercerita.

“Yang kau gatal pergi cakap macam tu kenapa?Tak pasal-pasal kena gosip dengan ane depan rumah ni!“ marah Lia Sari sambil mencuit bahu Fea sedikit kasar.Gadis itu hanya tersengih.

“Alah,Fea saja nak menyakat Pak Cik Morad tu.Nampak sangatlah dia cemburu kalau mak keluar dengan orang lain.Dia syok kat mak tau! Mak,susah-susah mak kahwin sajalah dengan Pak Cik Morad tu.Pak Cik Morad dah lama syok kat mak.Jangan nak jual mahal sangat mak,nanti tak laku!Kalau mak kahwin dengan dia,hari-hari dia boleh kasi barang dapur free.Dijamin tak payah bayar!“

“Banyaklah kau punya barang dapur free.Kau dah lupa ke Fea.Kalau mak kahwin dengan Pak Cik Morad tu,mana pulak mak nak letak abah kau?“
“Eh,abah pula yang mak sebut.Mak,abah tu dah lama lupakan kita.Mak asyik ingat abah tu kenapa?Ada hati kat abah lagi ke?“
“Kau ni,aku ketuk kepala baru tahu!Kau dah lupa ke atau sengaja buat-buat lupa?Abah kau tu kan masih laki mak!“

“Eh,yeke?Kira mak ni bukan ibu tunggal merangkap janda ke?“
“Ibu tunggal apanya,mak kau ni dah lama jadi ibu tunggul!“ menjuih bibir Lia Sari.
“Kenapa ibu tunggul?”tanya Fea sedikit hairan.

“Yelah,jadi ibu tunggul.Dah serupa macam tunggul kayu dalam rumah ni.Abah kau tu,entah bila agaknya nak jenguk kita kat rumah ni.Asyik sibuk dengan orang sebelah sana.Tak tunggul namanya tu?“Lia Sari menekan suaranya.

“Lah,ye tak ye.Isyh,melepaslah Pak Cik Morad tu mak oi!“ ucap Fea menepuk sebelah tangannya ke lantai sambil menayang wajah kecewa.
“Dah Fea kau jangan nak merepek yang bukan-bukan.Kalau mak kau ni janda sekali pun,tak terfikir mak nak berlakikan Pak Cik Morad kau tu.Hidup solo lagi bagus,tak ada laki lebih menyenangkan.Ada laki pun serupa tak ada laki.Esok kalau kau nak kahwin,biar calon menantu mak tu serupa orang.Jangan kau nak pilih calon yang serupa hantu.Nanti hari-hari kau gigit kuku.Faham?“

“Eh mak ni.Orang cerita pasal dia,tukar topik pula.Tak ada maknanya Fea nak kahwin mak.Calon pun tak ada.Nak kahwin macam mana?“
“Kau ni,bila mak tukar topik tak boleh tapi waktu kau tukar topik tak nak bising pula.Ada saja benda nak menjawab.“
“Dah mak tanya,Fea jawablah!” balas Fea tidak mahu mengalah.Dia kemudian mengesot cuba mendekatkan dirinya dengan emaknya sambil buat muka kepoh.
“Mak,bercakap pasal abah ni,mak tak telefon abah ke?Dah lama tak dengar khabar tentang abah.Entah hidup ke mati ke,tak ada siapa pun yang tahu.”
“Kau minta abah kau cepat mati ke? ‘’ marah Lia Sari.Matanya mencerlung memandang Fea.

‘’Bukan macam tu mak ! Maksud Fea,dah setahun lebih dah tak dengar khabar berita.Kalau iye pun sibuk dengan bini muda dia,takkan dah tak ingat anak bini kat sini ? Bukannya susah pun,setakat telefon tanya khabar,hantar duit barang seribu dua.Tak ada lah kita kat sini tertanya-tanya.Ini tahu-tahu saja dah lesap.Nafkah anak bini buat tak reti je ! Tu namanya lari dari tanggungjawab,mak !’’lantang Fea berkata-kata.Pandai pula dia membuka mukadimah hal rumahtangga ibubapanya.

‘’Ewah-ewah.Sedap mulut kau bercakap.Kalah profesor ! Tanggungjawab konon.Habis,kau punya tanggungjawab tu apa pula ?’’jegil Lia Sari pula.
‘’Mak ni,orang cakap pasal abah,mak cakap pasal Fea pula ! Suka ubah topik.Mak, mengikut firasat Fea abah tu entah-entah kena ikat kaki tangan dengan bini muda dia tak kasi jumpa kita.’’

‘’Memandai jelah kau ni !’’cebik Lia Sari.
‘’Betullah mak apa yang Fea cakap.Mak bukan tak tahu madu kesayangan mak tu.Kongkong abah bukan main lagi.Dia ingat dia seorang bini abah.Queen control betul.Dia buat abah tu hak milik sepenuhnya.Dia tu dahlah perampas,rampas abah dari mak.Lepas tu suka-suka hati saja nak buat abah macam hak milik mutlak dia.Memang dasar tak sedar diri betul !’’kutuk Fea tak puas hati pada isteri muda ayahnya.
‘’Fea,yang kau nak emosional ni kenapa ? Mak kau ni yang patut sakit hati.’’
‘’Mak,Fea cuma nak bela nasib mak.Geram dengan perbuatan abah dengan bini muda dia tu.Sibuk sangat ke abah tu sampaikan nak telefon mak pun tak ada masa ? Kalau tak nak telefon sekalipun,hantar SMS pun dah cukup.Bukannya mahal nak hantar SMS.Tak luak mana pun bil telefon tu !’’memuncung mulutnya mempersoalkan ‘kehilangan’ ayah sendiri.

‘’Entahlah Fea,mak dah malas nak fikirkan hal diorang.Buat sakit hati,sakit jiwa saja ! ‘’ucap Lia Sari sambil mengurut-urut kepalanya.Tiba-tiba saja kepalanya terasa berat apabila berbicara soal Suhaimi,suaminya.

‘’Itulah mak,abah buat macam ni pun mak boleh buat tak reti je.Kalau Fea,dah lama kena serang perempuan tu.Dialah punca abah tak balik sini.Kalau Fea jadi maklah,dah lama Fea heret abah tu balik ke sini.Rantai kaki tangan abah tak bagi keluar.Baru padan muka perempuan tu !’’

‘’Sudah-sudahlah tu Fea.Tak habis-habis nak menuduh orang.Kau nak rantai kaki abah kau,kau ingat dia lembu ?’’
‘’Fea tak menuduh tapi bercakap perkara yang betul.Lagipun,orang tak rantai kaki lembulah mak ! Lembu kena cucuk hidung saja !’’ ucap Fea buat lawak.Sengaja dia memperbetulkan ayat Lia Sari yang kedengaran agak kelakar.Menjuih mulutnya sambil menyumbat kacang ke situ.

‘’Betul apa kalau kau sendiri tak pasti kenapa abah kau tak balik rumah sampai sekarang.Tu memfitnah namanya.Sudah,malas mak nak layan kau ni.Membebel kalah mak nenek.Ada saja modalnya.’’

‘’Mak lah yang turunkan ilmu membebel ni kat Fea.’’ Bela Fea lagi apabila Lia Sari menyerangnya dengan kata-kata berapi.Dia sengaja memasang benteng.Dari awal lagi dia tahu,jika bercakap dengan Lia Sari,mesti sediakan modal yang banyak.Takut kalau-kalau diri karam di tengah lautan.





Bab 10

Suasana pagi yang nyaman itu benar-benar melenakannya.Tidak sedikit pun badannya beralih tempat walaupun berkali-kali kedengaran jeritan Lia Sari dari bawah menyuruhnya bangun.Kereta Honda City berwarna putih segera berhenti di hadapan rumah teres dua tingkat itu.Lia Sari yang sibuk membelek majalah Saji bangun mendekati tingkap rumah untuk melihat siapakah gerangan tuan punya kereta tersebut.
"Assalamualaikum! Assalamualaikum,Auntie Lia!" Lia Sari menjengah muka ke pintu akhirnya untuk melihat dengan lebih dekat siapa yang memberi salam.

"Waalaikummussalam...lah,Jai rupanya! Kejap Auntie bukakan pagar."jerit Lia Sari dari pintu rumah.Dia segera mengambil kunci pagar yang tergantung di tepi pintu lalu mendekati pagar rumah.Rizal sudah tersengih macam kerang tak ada gigi apabila Lia Sari menjemputnya masuk.

"Sorry ya Auntie,pagi-pagi lagi dah ganggu." ucap Rizal sambil mengekor Lia Sari masuk ke dalam."Lah,tak payahlah nak minta maaf.Tak ada apa pun.Tak adalah pagi mana pun.Dah dekat pukul 10.Dah nak masuk tengah hari dah." Rizal mengangguk.Dia cepat-cepat membuka kasut dan masuk ke dalam.Lia Sari segera menjemputnya duduk.”Eh,tahu pula jalan nak ke rumah auntie ni?Tak sesat ke?”Tanya Lia Sari.Rizal senyum.

”GPS kan ada auntie.Senang je nak cari rumah auntie bila adanya GPS.”Rizal sengih.Lia Sari mengangguk.Lupa pula dia dunia sekarang ada GPS yang diibaratkan macam peta mencari lokasi.

"Duduklah Jai.Minta maaflah Jai rumah Auntie ni berselerak sikit.Nak harapkan anak dara sorang tu,hmmm....sampai ke tua lah dok macam tu juga.Eh,Jai dah sarapan belum?Kalau belum jomlah sarapan kat sini.Auntie masak bihun goreng hari ni." Lia Sari beria ajak Rizal namun Rizal menolak dengan lembut.

"Tak apalah auntie,tak payah susah-susah.Jai dah makan dah tadi.Err..auntie,Sofea mana?Keluar ke?" Lia Sari sudah mencebik apabila Rizal bertanya tentang anak gadisnya yang pemalas itu."Keluar apanya,Jai?Ada kat atas tu hah,tengah berkubang.Dia tu selagi belum tengah hari jangan harap nak nampak batang hidung.Harapan kalau nak bangun awal-awal!" Sudah,Lia Sari sudah memulakan mukadimahnya.

Rizal tersengih lagi."Oh,yeke? Hari ini cadang nak ajak Sofea teman Jai jalan-jalan.Maklumlah auntie,Jai dah lama tak balik sini.Jalan-jalan pun dah banyak yang berubah.Takut sesat tak jumpa jalan balik nanti." seloroh Jai cuba meyakinkan Lia Sari.”Apa susahnya Jai,kan ada GPS?” Lia Sari memulang paku buah keras.Rizal garu kepala.Alamak,terkena balik!



“Hah,betul jugak! Ada GPS!” Rizal ketawa,sekadar menutup malu.Lia Sari juga turut ketawa.
‘‘Sekejap auntie kejutkan dia.Susah betul kalau ada anak dara macam dia tu.Bukan main liat nak bangun pagi,kalah budak kecil.Duduk dulu ye Jai.Kejap lagi auntie buatkan minuman.’’ ucap Lia Sari terus bangun menuju ke tingkat atas.Rizal angguk.Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan gadis itu.Dia sengih lagi.

Rizal segera mengambil alat kawalan jauh televisyen lantas mengalih siaran rancangan.Hmm…nampaknya tiada rancangan pun yang menarik minatnya.Tiba-tiba saja matanya lekas tertancap pada beberapa album gambar yang elok tersusun di celah meja kopi di hadapannya.Sepantas kilat dia menarik keluar album gambar itu.Album berwarna biru tua yang agak besar diselak satu per satu sehingga sampai kepada satu keping gambar yang membuatkannya benar-benar tertarik.Rizal pandang ke arah tangga untuk memastikan Lia Sari belum muncul di situ.Tiba-tiba timbul idea nakalnya untuk menarik keluar gambar itu dari album.Dia sengih lagi.

Lia Sari menolak perlahan-lahan pintu bilik Fea yang tidak berkunci.Dari pintu lagi dia sudah dapat mendengar dengan jelas dengkuran Fea yang seperti seladang bunting itu.Lia Sari menggeleng-geleng kepala sambil bercekak pinggang.Dia lantas masuk ke dalam bilik Fea dan menutup separuh pintu biliknya.Dia mendekati Fea yang sedang berselubung satu badan dengan selimut.

Mahu saja wanita itu menghamburkan amarahnya apabila melihat Fea begitu enak menikmati tidur di bawah kain tebal itu tetapi apabila mengingatkan Rizal berada di bawah dimatikan saja niatnya itu.Jika tidak,sahih bergegar satu rumah mendengar suaranya.Lia Sari segera memanggil nama Fea perlahan tetapi memandangkan tiada respon positif dari gadis itu,dia terus menarik selimut tebal dari tubuh Fea.Dia lihat Fea memeluk bantal kecil.Sekali pandang nampak macam beruang koala sedang tidur.Dia tidak membiar lama keadaan Fea sebegitu lalu dia menarik hidung kecil Fea.Gadis itu mendengus kasar dan menggaru-garu hidungnya.Mungkin rasa terganggu dengan tindakan Lia Sari.Lia Sari merengus kasar.

‘’Isyh,budak bertuah ni.Aku cuit pun dia buat bodoh.Ini kalau letak bom mesti tak sedar.Fea…Fea….Nak kena ni !’’
Lia Sari memanggil lagi anak gadisnya dengan suara lemah lembut.Kalau dipanggil kasar-kasar terbang pula semangat anaknya.Tak pasal-pasal roh dia tak kembali ke badan.

Fea merengus.Dia berkalih sedikit cuma namun dalam masa seminit dia tersedar kerana terasa badannya yang sudah tidak berselimut.Dia pandang bawah dan nampak selimutnya sudah berada di kaki.Dia menarik selimut tebal itu ke badannya dan menutupnya seluruh badan termasuk muka seperti tadi.Dia sedikit pun tidak perasan akan kehadiran Lia Sari di situ.

‘’Selamat pagi Tuan Puteri!" ucap Lia Sari dalam suara yang agak kuat.Fea terkejut namun masih dalam keadaan mamai dan dia masih tidak dapat mengecam suara Lia Sari.Dia menarik selimut tebalnya semula menjauhi muka.Tiba-tiba dia bangun dan menjerit.Mahunya tak menjerit,tiba-tiba saja dia nampak ada seorang wanita tua bertongkat yang masuk ke dalam biliknya.Dia cuba mencapai apa saja barangan yang berada berhampiran dengannya untuk dibaling ke arah wanita tersebut.Usahanya agak sia-sia apabila dia terpijak kain selimut yang sudah melorot ke bawah lalu jatuh tergolek di hadapan emaknya.

‘’Hah,dah habis dah mimpi putera katak ?’’ Fea terpisat-pisat.Matanya digosok-gosok.”Aduh,sakitnya punggung aku! Nasib baik tak ada baby dalam perut aku kalau tidak boleh keguguran ni!” Fea berceloteh sendiri.Kemudiannya dia pandang ke arah sosok tubuh Lia Sari yang menunjukkan muka seperti singa. ‘’Mak,buat apa kat sini ?’’

‘’Buat apa kau tanya ?Kejutkan tuan puteri ni bangunlah ! Tengok jam dah pukul berapa ? Punyalah payah nak kejut dia.Kalau meletup bom kat tepi telinga pun tak dengar ! Sudah,bangun !’’

Fea garu kepalanya sambil buat muka bengang.Isyh,baru je sedap-sedap dia bermimpi berjumpa dengan putera raja tiba-tiba saja wajah mak tiri Rapunzel muncul.Mahu tak terkejut beruk dibuatnya.Patutlah dia rasakan jalan cerita dalam mimpinya tadi tak berapa seronok.Rupanya mak tiri Rapunzel sudah terpacak di tepi katil dan bertukar menjadi Lia Sari.Fea sengih.

’’ Hah,sengih je kerja kau Fea.Ini mesti kes mimpi putera raja.Kali ini mimpi putera raja dari negeri mana pula?Zimbabwe ? ‘’perli Lia Sari.Fea mencebik lantas bangun dari duduknya.Dia segera melemparkan diri ke atas katil semula dalam gaya kuak lentang dan tidak mempedulikan Lia Sari.Wanita itu geram lalu ditariknya kaki Fea.

‘’Mak,janganlah kacau orang nak tidur ! Mengantuklah !’’
‘’ Sofea ! Bangun ! Tidur apanya kalau dah pukul 10 pagi.Bangun...bangun…bangun !!’’ jerit Lia Sari lantang.Memang itu kebiasaannya kalau mahu memanggil Fea yang degil ini.Serupa budak-budak saja perangainya.Sudah hilang kesabarannya melihat perilaku anak daranya yang seorang ini.Dia sudah tidak peduli jika Rizal terdengar jeritan kuatnya tadi.

Fea berdecit halus lalu pura-pura malas. ‘’Mak,awal lagi.Nak buat apa bangun pagi-pagi ni?”
‘’Jangan beri alasan,Fea.Bangun,Jai ada di bawah tu.Turun lekas !’’ arah Lia Sari lagi.

Apabila mendengarkan nama Rizal disebut,matanya terus terbuka besar.
‘’ Hah,Rizal ?Dia buat apa kat sini ?’’
“Kalau nak tahu,turun cepat.Kesian dia tunggu lama-lama di bawah.Cepat!Pergi mandi dulu!”

Fea mengeluh panjang.Emaknya ini kalau hal keluarga Arfa,laju saja.Tak pasal-pasal paksa aku turun ke bawah.Eee….bencilah!
Tak habis-habis hal si Rizal ni.Apa yang dia buat kat sini pagi-pagi ni?Kacau betul!

Fea melihat sekilas jam loceng yang berada di meja tepi katilnya.Baru 10.10 pagi.Huh,kacau daun saja! Belum sampai masanya untuk aku bangunlah,wahai mamat poyoku sayang!

"Hisyh,buat apa dia datang pagi-pagi ni?Dia nak apa?Fea mengantuklah,nanti-nantilah Fea turun bawah.Fea nak sambung tidur ni!" Fea sudah menggosok-gosok kepalanya.Rambutnya juga sudah berserabai.

‘’Hei,banyak betul soalannya.Sudah,mak tak kira.Lebih baik kau bangun sekarang sebelum mak simbah air kat muka kau.Cepat !’’ arah Lia Sari sambil berlalu ke pintu.Fea bangun mengikut emaknya ke situ sehingga kelibat Lia Sari menghilang.Isyh,buatnya Lia Sari mengotakan janjinya,naya saja ! Basah pula katil !
Fea mendengus geram sambil menutup pintu biliknya kasar.Arghh!!!!

Fea turun ke tingkat bawah setelah selesai mandi.Dia menjengah ke dapur dan lihat Rizal masih berada di rumahnya dan Lia Sari pula sibuk melayan Rizal dengan sebaik-baik mungkin.Fea buat muka kayu lantas mendekati peti sejuk yang terletak berhampiran meja tempat Lia Sari dan Rizal duduk.

Dia buka peti sejuk dan mengambil susu segar dalam kotak.Dia lantas menuangkan susu ke dalam gelas yang baru dicapai di rak cawan."Hah,anak dara ni baru nak bangun.Nasib baik Jai datang,kalau tak sampai tengah hari baru nak nampak muka." Bebel Lia Sari.Fea berasa rimas.Telinganya digosok beberapa kali dengan kasar,saja nak tunjuk protes.Awal-awal pagi lagi sudah mendengar bebelan emaknya.Hai,bilalah agaknya emaknya itu nak berhenti berleter.Tak penat ke mak oi?

"Biasalah mak,selalu buat full time.Hari ni je Fea buat part time.Terpaksa punch card awal." selamba jawapan yang keluar dari mulutnya sebelum meneguk susu dari gelasnya.Dia mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Lia Sari.Fea masih tayang muka kayu.Lia Sari sudah mencebik.

"Banyaklah kau punya part time.Kerja pun tak,nak buat part time pulak.Hei,sudah-sudahlah berangan Fea oi.Ni Jai kat depan mata pun boleh buat tak reti je." marah Lia Sari seolah-olah tidak memahami bahasa sindiran yang digunakan oleh Fea.Fea menjeling tanda protes.Hisyh,apsal entah maknya asyik sibuk dengan si Jaiho budak poyo ni."Oh,Sofea memang suka berangan ye auntie?" ucap Rizal sambil sengih.Nah,sekarang dah kantoi perangai Fea.Fea ketap gigi.Marah pula dia bila mendengar ucapan Rizal yang seolah-olah menyindirnya.

"Hah,kenapa datang pagi-pagi ni?Tiba-tiba saja muncul." tanya Fea kasar.Lia Sari di sebelah sudah buat muka."Tengok tu,ada ke patut cakap macam tu dengan tetamu?"
"Alah mak,memang patut pun cakap macam tu.Pagi-pagi lagi dah sibuk tayang muka kat sini.’’ Fea sudah tunjuk muka bengang.Mahunya tak geram,orang yang dia tak berkenan sejak dulu dengan selamba menjadi alasan dia perlu bangun awal.

“Isyh,mulut tu.Cili baru tau! Jai jangan dengar sangat cakap Fea ni.Sindrom mamai dia belum hilang lagilah tu.Ni,auntie nak tanya.Nia mana ? Kenapa tak datang sini sekali ?’’ Rizal yang baru saja meneguk air dalam gelas segera meletakkan semula gelasnya sebelum menjawab pertanyaan Lia Sari. ‘‘Kakak kurang sihat sikit auntie.Sebab tu dia tak ikut Jai datang sini.‘‘

‘‘Lah,tak sihat?Ni mesti sebab perubahan cuaca.Maklumlah duduk kat England tu,sejuk.Cuaca kat Malaysia ni kejap panas kejap hujan.Sebab tulah tak sihat agaknya.“
“Lebih kurang macam tu lah auntie.“

Fea di hadapan masih buat muka selamba.Dia segera menghabiskan sisa minuman dalam gelasnya sebelum bangun menuju ke singki lalu membasuh gelasnya.Dia kemudiannya terus menghilangkan diri dari dapur meninggalkan Lia Sari dan Rizal.Lia Sari menggeleng kepala beberapa kali.Hisyh! Bertuah punya budak! Boleh pulak dia buat tak reti pada Rizal.Kesian Rizal!

“Jai,jangan ambil hati sangat dengan Fea tu.Dia memang macam tu terutama kalau terpaksa bangun tidur awal.Dah Jai,jomlah kita ke depan tu.” Terang Lia Sari apabila perasan riak wajah Rizal yang sedikit berubah terhadap perbuatan Fea yang selamba meninggalkan mereka di dapur.

++++++++++++++++++++

Fea mendengus geram.Geram sangat! Memuncung saja bibirnya menahan marah.Mahunya tidak marah,disebabkan Rizal emaknya Lia Sari beria-ia mengarahkannya menemani Rizal berjalan-jalan di sekitar kota.Mahu tidak mahu terpaksa saja diturutkan kata Lia Sari untuk mengelak wanita itu membebel.

Selepas bersiap,Fea turun ke tingkat bawah.Rambutnya yang setia bertocang satu dibiarkan sebegitu.Dia lihat Rizal sedang menonton rancangan di televisyen tanpa Lia Sari.“Dah,jom keluar!“ Rizal toleh kepada Fea yang sudah tercegat di sebelahnya.Tubuh badan Fea dibelek dari atas ke bawah sehingga memaksa Fea berdehem kecil.

“Apa yang kau pandang-pandang?“ Rizal senyum lantas menggeleng.Namun matanya masih tidak mahu berganjak dari menatap Fea.“Kalau kau nak cakap sesuatu baik kau cakap sekarang!“ kasar suara Fea sambil mengangkat jari telunjuknya memberi amaran.Marah benar dengan sikap Rizal yang jengkel dan menyakitkan hati.‘Aku tahulah pakaian aku tak secantik bidadari mahupun minah-minah saleh di England tappiiiiii……ada aku kisahhh?‘ tutur hati Fea bengang.Dia hentak kaki.Wajahnya benar-benar berubah apabila Rizal masih lagi belum berganjak melihatnya.

“Kau ni apa hal?Ada yang tak puas hati ke?“
Rizal geleng.Dia senyum kemudiannya.‘Eh,si Jaiho ni! Tak faham aku!‘
Fea kemudian membelek tubuh badannya yang turut sama dilihat Rizal.Hmm,jeans lusuh warna kelabu,T-shirt merah jenama BUM,jam tangan juga jenama BUM.Ringkas.Kasual.
‘Selekeh sangat ke aku ni?Pakaian aku tak kena atau rambut aku yang serabai sangat?Ah,lantaklah! Kalau dia nak cakap aku tak layak keluar dengan dia,peduli apa aku.Lagipun bukan aku yang ajak dia keluar.‘

“Shall we?“ ucap Rizal sambil bangun.Fea berdecit halus.Matanya menjeling lalu mengatur langkah ke luar rumah.Rizal membontotinya.
Fea berjalan laju menuju ke bahagian tepi rumah.Rizal yang mengikut di belakang berasa hairan.Namun dia segera mematikan perasaannya itu apabila Lia Sari sudah berdiri di sebelahnya di hadapan pintu rumah.Rizal senyum sambil menyarungkan kasut.“Jai,baik-baik jalan tu.Jaga anak auntie tu elok-elok.Jangan nak melencong pulak.“ Usik Lia Sari sekadar bergurau.Rizal garu kepala sambil sengih.

“Baiklah auntie.Jai pinjam Sofea sampai petang.Nanti Jai hantar dia semula pada auntie sama macam Jai ambil dia sekarang.“ Lia Sari menepuk-nepuk bahu Rizal.“Mana Fea? Dah masuk dalam kereta ke?“ tanya Lia Sari apabila kelibat Fea hilang dari pandangannya.Rizal menunjukkan ke arah Fea apabila matanya sempat menangkap tubuh gadis itu sedang berusaha menolak skuter kuningnya keluar dari bahagian tepi rumah.Lia Sari mendengus.



“Bertuah punya budak! Kau nak naik skuter bawa Jai berjalan-jalan?“ Fea mengangkat keningnya beberapa kali sambil melompat naik ke atas skuternya.Kemudian gadis itu memakai helmet kura-kura berwarna sedondon dengan skuternya dan menepuk-nepuk tempat duduk belakang dengan tangan.Dia memberi isyarat supaya Rizal duduk di situ.
Wajah Rizal berubah corak.Dia telan liur.“Err….kita nak naik skuter ni?“ Fea angguk penuh yakin sambil sengih lebar.Rizal tolak anak rambutnya ke belakang sebelum memandang wajah Lia Sari yang masih tercegat bercekak pinggang di depan pintu rumah seolah-olah meminta pertolongan darinya.

“Hah,apa tunggu lagi?Cepatlah naik!“ ucap Fea lantang.
“Kita naik kereta sajalah! I tak biasa naik skuter.Lagipun,you yang bawa skuter ni….“ Ucap Rizal serba salah.Fea pantas memotong.“Tak boleh!Naik kereta leceh.Nanti terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.Naik skuter saja,lagipun boleh menjimatkan masa,tenaga dan wang ringgit.” Fea memberi alasan dengan penuh yakin.Dalam masa yang sama,dia cuba memaksa Rizal bersetuju naik skuter.Rizal jadi serba salah pula.

“Kenapa Jai? Tak sudi ke naik skuter Fea tu?Pergilah,kereta Jai tu biarkan di sini saja.Nanti petang waktu lepas jalan-jalan,boleh ambil semula.“ Ucap Lia Sari akhirnya.Pada mulanya dia memang kurang bersetuju apabila Fea mahu keluar membawa Rizal menaiki skuter tapi setelah Fea memberikan alasan terus dia berubah fikiran.Hmmm…ada betulnya apa yang Fea perkatakan.

Rizal tiada pilihan.“Bukan tak sudi,auntie…tapi…“ Rizal terhenti kata malah pandangannya silih berganti antara skuter milik Fea dan wajah Lia Sari.“Alah,aku tahulah skuter aku ni tak sama taraf dengan kereta kau yang berpuluh ribu tu!“juih Fea mula merendah diri pula.“Bukan macam tu….“

“Cepatlah,aku tunggu ni! Kalau tak nak,aku masuk dalam pergi sambung tidur!“ ugut Fea.
Penat betul menunggu,dia ingat aku ni suka jadi tiang pacak kat sini ke?Nak suruh naik skuter pun lembab! Bukannya suruh kau bawa pun!

Rizal angguk kepala laju-laju.Walaupun terasa diri dalam keadaan terpaksa.Menggigil kedua-dua kakinya menghampiri skuter milik Fea.Fea segera menghulurkan helmet berwarna ungu yang penuh dengan hiasan bunga di situ.Makin kalut wajah Rizal.Dia akhirnya akur,menurut saja.Fea senyum dalam hati.
‘Kelakarlah Jaiho ni!‘

Rizal memaksa dirinya memakai helmet yang diberikan Fea.Dalam hati hanya tuhan saja yang tahu bahawa dia malu memakainya.Helmet berwarna ungu berbunga-bunga?Dah macam bunga-bunga cinta! Hanya perempuan saja yang layak pakai helmet sebegitu! Matilah dia! Sudahlah dia takut naik motosikal,inikan pula naik skuter sambil pakai helmet ungu berbunga-bunga! Ceria betul! Sah-sah kena kutuk dengan pengguna jalanraya yang lain!


‘Ya Allah,dah macam …..‘ Rizal cepat-cepat menghalau fikiran ‘nakal‘ keluar dari mindanya.
“Jaiho,cepatlah naik! Lembab betullah kau ni! Tadi beria nak ajak keluar jalan-jalan! Suruh pakai helmet pun macam Perempuan Melayu Terakhir!“ marah Fea apabila Rizal mengambil masa agak lama untuk menyarungkan helmet dan membonceng di belakangnya.Dia sudah sedia menghidupkan enjin.Terketar-ketar Rizal memanjat di belakang Fea.

“Mak,pergi dulu! Assalamualaikum!“
Fea sengih lalu memulas tombol minyak sekuat hati.Prummm!!!
Berdesut laju skuter kuning itu membelah laluan menuju keluar dari kawasan rumah ke atas jalan raya.Rizal pegang erat bahu Fea.Matanya terpejam,menahan seriau di hati.
Fea terasa tangan Rizal mencengkam kejap di bahunya.Dia pantas menepis.
“Hoi,Jaiho! Tepilah sikit tangan kau tu! Ganggu saja!“

“Sofea,you janganlah bawa laju-laju! Nanti accident! Bahayalah!“ jerit Rizal.Dia terpaksa meninggikan suaranya melawan kebisingan kenderaan lain di kiri kanan jalan.Fea pandang cermin sisinya melihat wajah Rizal lalu ketawa kecil.
“Apa punya penakutlah kau ni! Harap muka aje macho tapi lembik,huh !!Mana ada lajulah ! Aku cuma bawa 100km per jam saja !’’balas Fea sambil menolak kasar tangan Rizal dari bahunya.

Selepas setengah jam berada di atas skuter,Fea memberhentikan skuter kuningnya di hadapan Plaza Low Yat. Dia menggesa Rizal mengikutnya masuk ke situ untuk meninjau-ninjau barangan komputer.Namun,setelah beberapa ketika mereka menuju ke Berjaya Times Square pula.

‘’Kau lapar tak ?’’ Rizal angguk apabila Fea mengajukan pertanyaan pada Rizal.’’Okey.’’ Fea atur langkah ke McDonald’s di tingkat 3 yang terletak tidak jauh dari pintu masuk menuju taman tema.Rizal sempat mengerling kepada rollercoaster yang menderum laju di atas rail tidak jauh darinya apabila mendengar jeritan para pelawat.Dia senyum.Dalam hati dia kagum.Banyak perkara yang sudah berubah. ‘’Jaiho,apa tunggu lagi ?Pergilah order ! Aku nak Bigmac large size satu set.Cepat sikit ye. ‘’ arah Fea tanpa perasaan bersalah.Dia terus mencari satu meja kosong berhampiran.Rizal terkedu.’Ceh,dia ni memang suka bagi arahan pada orang ke ?’ Mata Rizal setia menatap lenggok Fea yang sudah mendapatkan tempat duduknya.Apabila terpandangkan Rizal belum menuju ke kaunter pesanan,Fea segera memberikan isyarat mata agar lelaki itu beredar untuk memesan makanan.Rizal tiada pilihan.Hatinya sedikit sentap dengan perbuatan Fea.

Fea segera mengambil telefon bimbitnya lalu di access internet di situ.Dalam melayan perasaan,dia dikejutkan dengan suara Rizal yang sudah terpacak di hadapannya.Fea angkat muka.’’Kenapa ?’’
‘’Err….I rasa I tak nak makan lagi.’’

‘’Kenapa pula?Kalau tak nak makan pun,tolonglah order kan untuk aku!’’
Fea menekan suara.Rizal geleng.Buat muka tidak bersalah.
‘’Berkiralah kau ni! Kalau tak ada duit cakaplah dari awal,aku boleh bagi!’’ Fea cepat-cepat mengeluarkan not RM10 dari dalam dompetnya lalu dihulurkan kepada Rizal.Namun lelaki itu mengembalikan semula wang Fea.

‘’Apa masalah kau ni Jaiho? Aku hulur duit pun kau tak nak ? Habis kau nak apa ?’‘ Rizal tidak menjawab pertanyaan Fea tetapi jari telunjuknya pantas menunjuk ke arah taman tema.Fea alihkan pandangannya kepada taman tema.Dia mengeluh.‘‘Kau nak pergi ke sana?‘‘

‘‘Yes,I nak ajak you ke sana.Jom!‘’ ceria suara Rizal namun wajah Fea berubah ketat.’’Encik Rizal oi,tadi kan kau kata lapar.Aku pun tengah lapar.Lebih baik kita makan dulu,kejap lagi baru ke sana.Boleh?’‘ Rizal duduk berhadapan dengan Fea.‘‘Boleh tu boleh,tapi I tak nak kita berdua termuntah masa kat dalam sana nanti.Sebab tu I cadangkan kita berdua makan lepas masuk ke sana.Boleh?‘‘ ucap Rizal seolah meniru ayat Fea.Fea tepuk dahi.‘Aduh,kenapalah nasib aku malang sangat? Boleh pula mamat ni ajak nak masuk taman tema ?‘

‘‘Sofea,boleh ke tidak? Diam saja dari tadi.‘‘
‘‘Baiklah Jaiho.Jomlah,nanti kempunan pula kalau tak dapat masuk ke sana.‘‘ Rizal sengih senang hati.
Selepas membayar tiket,Rizal segera menarik Fea masuk.Fea tiada pilihan.‘Tak apalah.Kasi can pada budak oversea ni!‘

Kepala Fea berdenyut.Dia pegang kepalanya.Sedikit panas.Dia mengambil minyak cap kapak yang berada dalam beg sandangnya yang setia dibawa ke mana saja.‘Fuhh,nasib baik ada penyelamat.Kalau tak sah-sah jatuh tertiarap kat sini!‘

Selepas terasa sedikit lega,Fea menyimpan semula minyak cap kapak ke dalam beg sandangnya.Dia lihat Rizal sudah menghilang ke tandas.“Ni semua pasal Jaiho! Kalau dia tak ajak aku masuk ke taman tema,tak adalah aku nak pening sampai macam ni!“ marah Fea sendirian.Perasaan bengang masih menghantuinya.Mahunya tidak marah,disebabkan Rizal dia terpaksa menurut kehendak lelaki itu apabila mereka berdua menaiki rollercoaster sebanyak 5 kali.Bukan itu saja,permainan yang memeningkan kepala semuanya diulang naik beberapa kali.Itulah puncanya kenapa Fea boleh pening.Tak pernah dibuat orang! Orang lain naik sekali,dia naik berkali-kali tanpa jemu.Gila betul!

Fea segera mendapatkan kerusi panjang berdekatan dengan kiosk baju.Dia menunggu Rizal yang masih belum kunjung tiba.Namun,penantiannya berakhir dengan kelibat Rizal sambil membawa dua kon ais krim.Lelaki itu menghulurkan salah satu kon kepada Fea apabila sampai dihadapannya.Fea mendengus.

“Patutlah lambat! Beli ais krim rupanya!“
“Teringin.“ Fea kerut dahi.Pelik betul dengan Rizal ni.Selama duduk di England,tak pernah ke dia dapat makan ais krim?

Rizal duduk di sebelah Fea.Dia makan ais krim berperisa coklat itu dengan penuh kenikmatan.


Fea mencebik lalu pandang ais krim di pegangannya.Dia akhirnya makan tanpa banyak soal lagi.Setelah menghabiskan ais krim,Fea memaksa Rizal ke McDonalds semula untuk makan.Niatnya untuk makan yang sudah terbantut sejak tadi disambung semula tetapi Rizal membantah.“Jomlah kita pergi makan tempat lain.I tak nak pergi McDonalds.“

“Kau nak pergi makan kat mana?“
“Hmm…Johnny’s nak tak?“
“Johnny’s?“
Rizal angguk.“I ternampak Johnny’s tadi.Jomlah,tiba-tiba terasa nak makan steambot.I belanja.“ Tawar Rizal.‘Suka hati kaulah Rizal.‘ Fea sengaja memberi peluang.

Tekak Fea terasa kembang dengan makanan ala-ala steambot.Dia sedang berperang dengan perasaan sendiri yang inginkan McDonalds.Itulah makanan kegemarannya sejak dulu.Tapi disebabkan Rizal,terpaksa ditahankan niatnya.Fea tatap makanan dihadapannya.

Chopstik di tangan sekadar dipegang.Berselera sungguh lelaki yang duduk di hadapannya.Sampai Fea yang masih tidak makan langsung tidak dipandang.“You tahu tak Sofea.Dulu masa I di England,I suka sangat makan steambot.Kalau boleh hari-hari steambot.Sampaikan di rumah pun I suruh mama I masak steambot.I pun tak tahu kenapalah I suka sangat makan steambot ni.Mungkin sedap dan menyihatkan kot.“ Rizal galak membuka cerita.Fea masih tunjuk muka bodoh.

“Bukan orang putih celup macam kau suka makan chicken chop ke?Tak pun steak,spaghetti,pizza…“ sindir Fea.
“Itu pun I suka juga tapi hari-hari makan boleh jadi bosan.“Rizal terus menyuapkan saki baki marana ke dalam mulutnya.
“Eh,kenapa you tak makan lagi?Tadi you kata you lapar.“

“Tak apalah,tiba-tiba saja perut aku rasa kenyang.“ Dalih Fea.Dia meletakkan chopstik di tepi pinggan.“You makanlah sikit.Nanti masuk angin pula.Nah,ambil ni.“ Rizal pantas meletakkan udang dan fishball ke dalam pinggan Fea sebelum mencedokkan sup ke dalam mangkuk gadis itu.Fea tidak membantah namun dia masih kaku di tempatnya.

“Lah,kenapa?Makanlah sikit.Tak apa,I belanja.“ Ucap Rizal lagi.Arghh,kenapalah Jaiho ni paksa aku?
“Kan aku cakap aku tak lapar.Nanti aku lapar,aku makanlah.“
“Mana boleh macam tu.“

“Hisyh,kau ni! Aku cakap aku tak lapar maksudnya tak lapar.Tak faham ke?“ nyaring suara Fea.Pelanggan di meja sebelah sudah memandang.Rizal berhenti makan.Dia mengeluh.

“Okay,I’m sorry.I bukannya apa,Sofea.I just tak nak you pengsan pula nanti.You kan belum makan.Nanti kalau jadi apa-apa kat you,auntie Lia marahkan I pula.“ Ucapan Rizal itu benar-benar meloyakan tekak Fea.Kenapa prihatin sangat?Aku dah besarlah wahai encik pembuli!

Fea membatukan diri.Malas mahu membalas kata-kata Rizal.
‘’Okey,I tahu you marah sebab I tak nak pergi Mcdonald’s.Tak apa,lepas ni kita pergi McDonalds.I belanja.You order apa saja yang you nak makan.’’ Pujuk Rizal.Dia sudah dapat mengagak bahawa Fea sebenarnya bukan tidak lapar cuma dia mahu makan di McDonald’s seperti awal-awal tadi.Rizal segera menghabiskan makanan lalu membayarnya.Dia mengajak Fea ke McDonalds seperti yang dijanjikan.Muncung mulut Fea berkurangan apabila kaki mereka melangkah masuk ke McDonalds.



‘’Hai,selamat datang ke McDonalds.Makan sini atau bawa balik ?’’ ramah ucapan pelayan di kaunter McDonalds.Fea sengih.’’Makan sini.Saya nak order BigMac large satu set, apple pie dua dan sundae coklat satu.’’ Pantas tangan pelayan menekan butang-butang di skrin.Rizal di sebelah sudah terbeliak biji mata.Fea pandang sambil angkat kening. ‘’Aik,banyaknya order.Tadi kata tak lapar !’’
‘’Itu tadi,sekarang dah lapar ! Lagipun,kau belanja.’’ Fea angkat kening.Rizal menggeleng kepala.’Macam-macam !’

Makanan yang dipesan sudah siap.Segera Fea menghulurkan tangan meminta duit daripada Rizal.Rizal mengeluarkan dompetnya tetapi dia menggeleng kepala. ‘’Kenapa ?’’

‘’Alamak,sorry Sofea.I tak ada duit kecil.’’
‘’Bagi jelah duit yang kau ada. ‘’
‘’Duit yang I ada tak cukup.’’Fea mendengus. ‘’Tak cukup duit ke tak ada duit ?Tadi cakap tak ada duit kecil sekarang cakap tak cukup duit pulak.Mana satu ni?’’ Fea menyindir.’’I bukan tak ada duit ye tapi duit-duit I yang berkepuk tu semuanya dalam bank.Dalam dompet ni ada Pound Sterling.Ringgit Malaysia hanya ada beberapa ringgit je.’’ Ucap Rizal membela diri.Berlagak !

“Eleh,dalam bank konon.Tak ada kad kredit ke?” sindir Fea lagi mengetap gigi.“Excuse me…I tak ada kad kredit tapi kad debit adalah.Masalahnya,I tertinggal di rumah.Sorry honey!“ Rizal sengih.

‘Eeee…berlagak!!’
Fea tiada pilihan selain menghulurkan duitnya sendiri kepada pelayan.Dia terus membawa dulang makanannya ke meja kosong tanpa menghiraukan Rizal.
’Ceh,nak belanja konon ! Duit pun tak ada !’

Rizal duduk berhadapan dengan Fea.Fea mencebik lalu menyumbatkan sundae coklat ke dalam mulut dengan kasar.’’Lain kali,pergi ambil duit dulu baru offer nak belanja.’’ Perli Fea.Rizal terasa bersalah.’’Baiklah Cik Sofea.Sekejap lagi I pergi ATM ambil duit.Lepas ni I belanja you okey.’’ Tawar Rizal lagi.Fea mencebik sambil menjeling.’Poyo tak habis-habislah kau ni Jaiho !’

Selesai makan,Fea terus mengajak Rizal ke Plaza Low Yat semula untuk mengambil skuternya namun lelaki itu membantah.Dia tidak mahu menaiki skuter Fea malah mengajak Fea menaiki monorail. ‘’Jom kita pergi Pavillion.I dengar tempat tu best.’’

‘’Yelah-yelah.’’ Ucap Fea tidak bersemangat.’’Tapi I tak nak you bawa skuter you.’’ Mata Fea bulat.’’Kenapa pula ?’’
‘’Hmmm…Pavillion dekat dengan Bukit Bintang kan ?Jomlah kita naik monorail.Lagi selesa.’’

Fea tidak membantah malah hanya mengikut Rizal menuju ke stesen monorail di Berjaya Times Square.Suasana yang agak sesak menjelang tengah hari itu memaksa Fea dan Rizal berhimpit-himpit di dalam gerabak monorail yang kecil itu.Rizal senyum.Wajahnya sangat dekat dengan wajah Fea.’Mamat poyo ni kenapa tersenyum ? Ada bendalah tu yang nak menyakitkan hati aku !’

‘’Kau ni kenapa ?’’ Rizal geleng lalu membuang pandang ke luar monorail.Dia lantas tidak mengendahkan pertanyaan Fea.Dalam hati tuhan saja yang tahu bagaimana rasanya perasaan Fea apabila mamat poyo di depannya suka benar memberi tanda tanya.Apa-apa sajalah Jaiho !

Monorail sampai di stesen Bukit Bintang.Langkah Fea cepat-cepat diatur keluar dari gerabak sempit itu.Rizal hanya mengikut.Mereka berdua meredah kesesakan orang ramai yang berpusu-pusu ke Bukit Bintang.

Sesampai saja mereka berdua di Pavillion,Rizal segera mengajak Fea menuju ke Money Changer untuk menukar duit Pound Sterling nya sebelum pergi ke outlet jam tangan Tag Heuer yang terletak di tingkat 3.Agak lama Rizal membelek jam-jam tangan yang terdapat di situ sehingga membuatkan Fea berasa bosan.Dia sudah menguap menahan kantuk.

’Hmm,mesti ribu-ribu harga jam kat sini.’ Fikir Fea tanpa berminat mahu mengambil pusing harga sebenar jam di kedai Tag Heuer.’Agak-agak,kalau aku nak beli jam kat sini pasti kena ikat perut untuk kumpul duit.’ Fikir Fea lagi.

Dia duduk di kerusi bulat di situ.Rizal pula sudah mengelilingi meja kaca yang menempatkan jam.Matanya terpaku pada sebuah jam tangan berwarna hitam.Dia meminta pekerja di situ mengambil jam Grand Carerra dengan penuh teruja.Dia senyum sendirian sebelum mengalih pandang pada Fea.Rizal menggamit Fea supaya gadis itu datang kepadanya.Fea mengeluh berat namun tidak membantah.



‘’Cantik tak jam ni ? ‘’ Fea angguk. ‘’Okey kak.Saya nak jam ni.’’ Pekerja di hadapannya mengangguk lalu mengambil jam dari tangan Rizal sebelum berlalu untuk membungkusnya.Fea hantar pandangan ke arah luar.Dia diam.Malas mahu berbicara.Matanya benar-benar sudah mengantuk.Rizal berasa kasihan melihat keadaan Fea yang sudah beberapa kali menguap.’’Sofea,you pergilah basuh muka you.Bagi segar sikit.’’

‘’Kau tunggu sini.’’ Arah Fea.Rizal angguk.
Matanya yang letih kembali bercahaya.Hah,baru ada mood ! Fea mengatur langkah kakinya menuju ke kedai jam tangan tadi namun kelibat Rizal tiada.Dia tidak mengambil masa lama apabila dia berpusing-pusing di sekitar situ mencari Rizal tetapi tidak berjumpa.

’Hisyh,mana pula si Jaiho ni ? Aku dah suruh tunggu kat sini tapi dia pergi melencong tempat lain pula ! Urghhh,aku tinggal nanti baru padan muka !’ bentak Fea sendirian.Baru saja moodnya mahu pulih,Rizal pula hilang.

Fea mengeluh panjang.Penat betul mencari Rizal.Umpama mencari budak kecil saja lagaknya.Macam manalah mamat England ni boleh duduk kat England tu selama berbelas tahun ? Sedangkan kat Malaysia ni pun dia boleh hilang tiba-tiba ? Takkan aku nak pergi kaunter pertanyaan pulak kot ? Nak buat pengumuman tentang kehilangan encik pembuli ? Isyh,susahlah !

Fea berdiri macam orang bodoh memandang keliling.Harap-harap matanya dapat menangkap kelibat Rizal.Kalau masih tidak nampak,dia bertekad mahu pulang saja.Soal Rizal,biarkan.Pandai-pandailah nak balik.

‘’Sofea,you ke mana ?’’ ucap Rizal tiba-tiba sudah terpacak di sebelah Fea.Fea pandang wajah Rizal dengan penuh geram.’’Kau tu yang pergi mana?Puas aku cari macam orang bodoh.Kan aku suruh kau tunggu aku kat kedai jam tadi ?Menyusahkan betul !’’ marah Fea tidak berdalih.Rizal tersenyum.Macam suka saja kena marah dengan Fea.Fea pula sudah menjeling tajam lalu meninggalkan Rizal sendirian.

‘Mamat ni tak habis-habis nak menyusahkan aku ! Dari pagi sampai petang ada saja benda yang menyakitkan hati! Aku lepak dengan Era lagi bagus dari lepak dengan budak poyo ni!‘
‘‘Sofea,tunggulah sekejap.Laju betul you jalan.Tak penat ke?‘‘ Rizal cuba menyaingi langkah Fea.Fea tidak bersuara.‘‘Sofea,you dengar tak?‘‘ tutur Rizal lembut.‘‘Dengarlah!‘‘

‘‘Okay,I’m sorry.I tahu you marahkan I.Tapi I bukan sengaja.I pun pergi washroom lepas beli jam.‘‘ Rizal menayangkan beg yang mengandungi jam tangan yang baru dibelinya.

Fea berhenti berjalan.Dia menghadap wajah Rizal sambil mencekak pinggang.‘‘Lain kali,kalau aku kata tunggu maknanya tunggu.Jangan bagi aku cari kau! Menyusahkan orang saja!‘‘ Fea mahu berlalu namun lengannya pantas ditangkap oleh Rizal.Wajah Fea berubah garang.Rizal pula sudah mengangkat kedua-dua tangannya dan menjauhi Fea.‘‘Sofea,I minta maaf.‘‘ Fea mendengus.‘Kau ingat bila kau minta maaf,hati aku ni boleh cool down ke?‘ marah Fea dalam hati.

‘‘Sofea?‘‘ ucap Rizal sambil angkat kening.
‘‘Apa-apa sajalah!!‘‘
Fea mengeluh lagi.Penat betul bercakap dengan Rizal.Ada saja perkara yang dibuatnya sehingga Fea sakit hati namun lelaki itu memang pandai melembutkan hati Fea yang keras.Rizal memang bijak membuatkan Fea mengalah.

‘‘Sofea…‘‘
“Ada apa lagi?‘‘
‘‘Hmm…boleh I tumpang barang dalam beg you?‘‘ tunjuk Rizal pada beg Tag Heuer.Fea tiada pilihan lantas mengambil beg jam tangan itu dari Rizal dan memasukkannya ke dalam beg sandangnya.Rizal tersenyum lega biarpun kata-kata maaf belum terluncur keluar dari mulut Fea.

“Sofea…I nak ke surau kejap.“ Fea garu kepala.Eh,mamat ni??Nak ke surau pula?
“Kenapa ?You ingat I tak reti solat ke ?Sekarang kan dah masuk waktu Zohor….dah nak dekat pukul 2.30 dah pun.Jom kita pergi surau solat Zohor dulu eh?” Fea mencebik.Eleh…tunjuk baiklah pula !


Friday 24 May 2013

Babak Terakhir Bab 7&8


Bab 7

“Fea,kau pergi tunjukkan bilik Rizal dengan Rania kat tingkat atas.“arah Tok Saif kepada Fea apabila gadis itu sedang enak menonton televisyen di ruang tv di tingkat bawah yang terletak bersebelahan dengan bilik bacaan yang jaraknya cuma 5 meter dari tangga menuju ke tingkat atas.Fea membentak.

‘Aduh,Tok Saif ni! Baik punya dok layan drama kat Astro Prima,waktu ni juga nak suruh berkhidmat untuk angsa dua ekor ni! Tak adil betul! Mana perginya orang gaji Tok Saif ni??‘

“Yelah Tok Saif.Patik menurut perintah.“ Tok Saif mendengus melihat gelagat Fea.Ada-ada saja si Fea ni,fikirnya lagi.
Rizal dan Rania sudah terpacak di hadapan anak-anak tangga menunggu Fea menunjukkan arah ke bilik bersama dengan beberapa beg yang dibawa bersama.Fea sengih namun tidak ikhlas.

“Jomlah,korang mesti dah penat kan?“ Fea cuba berbasa basi.
Rizal dan Rania angguk.Mereka hanya menurut langkah Fea menuju ke tingkat atas.Ruang yang selesa dan cantik begitu membuatkan keduanya senang dilayan bagai anak raja.

Apabila sampai ke tingkat atas,mata mereka terpaku memandang pintu-pintu kayu berukir yang berwarna putih yang tersusun sederet di hadapan lorong yang terletak di hadapan tangga.Mulut Rania terlopong.Begitu juga dengan Rizal.
Luasnya banglo milik Tok Saif! Begitu banyak bilik yang terdapat di situ!Ini baru tingkat kedua,belum tingkat yang teratas sekali.

Fea melihat reaksi Rania dan Rizal malah timbul idea nakal untuk menyakat mereka.
“Pilih je mana-mana bilik yang korang suka.“
“Wow,best nya! Kalau tahu macam ni,dari dulu sis balik Malaysia!“ Rania melepaskan beg tangannya ke bawah dan berlari anak menuju ke bilik pertama.Rizal pula masih tercegat di tempatnya.

“Tapi dengan satu syarat.“tutur Fea lagi.
Rania berhenti berlari.Rizal pula sudah pandang wajah Fea.
“Apa dia?”
“Selepas korang decide nak bilik yang mana,seorang pun tak dibenarkan tukar bilik.”
“Kenapa?” tanya Rania.Rizal mengiyakan pertanyaan kakaknya.
“Kalau korang nak tahu,selepas pukul 12…tak ada sesiapa pun akan dibenarkan keluar dari bilik masing-masing.”

“Yeke? Hmm…nampaknya tak mungkin kita tukar bilik kan Jai? Okeylah,biar sis pilih bilik dulu.” Ujar Rania seakan tidak mempedulikan arahan Fea.Dia menarik beg berodanya menuju ke bilik nombor 3 sebelah kanan.Entah kenapa cepat saja dia memilih bilik tersebut sedangkan pintunya kelihatan sama saja dengan yang lain.
Rizal masih tercegat.Matanya saja yang menghantar kelibat Rania membolosi bilik pilihannya itu.”Kenapa selepas pukul 12 tak dibenarkan keluar dari bilik?” Rizal mendekati Fea.

“Sebab setiap bilik kat rumah Tok Saif ni……ada khadam.Sesiapa yang keluar dari bilik pukul 12,khadam akan ikut dia sampai subuh.” Bisik Fea.Rizal mencebik seolah tidak percaya.”Khadam?What is that?” tanya Rania tiba-tiba ingin tahu.Dia berhenti di hadapan pintu bilik sambil menoleh memandang Sofea.”Khadam.Penjaga.Jin or something lah sis.” Terang Rizal lalu Fea mengiyakan.

”Mengarut! Benda tahyul,mana boleh percaya!” bidas Rizal kemudiannya masih tidak berganjak dari tempatnya sambil bercekak pinggang.”Oh,please! Nonsense! Don’t be ridiculous!” ucap Rania lagi sambil buat muka.Dia benar-benar tidak percaya kata-kata Fea.Mungkin Fea hanya mahu menakut-nakutkannya.Dia mendekati Rizal dan Fea.”Please Sofea.You jangan nak takut-takutkan I.You fikir you cakap ada khatam…khazam….errr…I takut??”

“Khadam.” Potong Fea.
“Whatever.You think your joke is funny,huh?” ucap Rania dalam loghat Britishnya.
“Aku tak buat lawaklah.Aku cakap perkara betul.”tekan Fea sambil buat wajah bersungguh-sungguh.

“Please be matured Sofea.Mana ada orang pakai jin zaman sekarang.Lainlah if you said,ada vampire kat dalam bilik tu.Macam dalam cerita Twilight.Oh,so sweet and romantic!” Rania tergedik-gedik mengingati Robert Pattinson si pontinak kacak dalam cerita Twilight.Fea mendengus.

‘Boleh pula dia ingat kat Robert Pattinson ya?’
“Tak percayalah.Takkan rumah semewah ini boleh ada khadam.Tok Saif bela jin ke?”tanya Rizal pula.
Fea angkat bahu.

“Aku tak tahu tapi yang aku tahu bilik-bilik ni semua ada khadam.Lagi satu nak diingatkan,tinggal dalam bilik ni jangan sepahkan barang merata-rata kalau tak nak khadam tu mengamuk.Aku tak bertanggungjawab tau kalau esok pagi korang bangun tidur korang ada kat tempat lain.”

Rania sudah kecut perut mendengarkan penjelasan Fea walaupun dalam hatinya masih ada perasaan was-was.
‘Tidur dalam bilik tapi bila bangun kat tempat lain?’
“Hmm…one more thing.Kalau pertama kali tidur dalam bilik di rumah ni,sila elak daripada menggunakan katil walaupun hanya untuk meletakkan barang-barang.”
“Habis tu nak tidur kat mana?”tanya Rania masih belum berpuas hati.
‘’Mana-mana saja asalkan jangan atas katil.‘‘

“Isyh,you jangan nak merepeklah Sofea.” Ucap Rania lagi sedikit melenting.Entah undang-undang mana yang dipakainya?? Macam cerita kartun!
“Ini bukan kampung.Mana ada hantu dan jin!Lagipun tak masuk akal pula kalau hantu-hantu yang you cakapkan tu boleh ubah tempat tidur bila bangun esok pagi.” Tokok Rizal cuba mententeramkan hati.Baginya Fea sekadar mahu mengusik.

“Kau duduk kat luar negara apa tahu?! Ini Malaysia.Terpulanglah pada kau nak percaya ke tidak tapi kalau khadam bilik tu ikut kau sampai subuh,jangan cari aku okey.“ Ucap Fea keras.Mamat sorang ni,susah pulak nak percaya cakap aku! Sama macam kakak dia.

“Lagipun,bilik-bilik dalam rumah Tok Saif ni dah lama kosong tak berpenghuni.Kata orang-orang tua,bilik atau rumah yang dibiarkan kosong lebih dari 3 hari akan didiami oleh makhluk tertentu dan bila orang lain cuba tinggal di situ,mulalah makhluk tu naik angin.Sebab tulah dalam rumah ni ada khadam tolong jagakan untuk mengelakkan makhluk lain menumpang tanpa bayar sewa.Ada faham?“

Fea angkat kaki mahu turun ke tingkat bawah namun Rizal menepuk bahunya.“Sofea,betul ke apa yang you cakap tu?“ Fea lihat wajah Rizal mula runsing.Lelaki itu sudah mula menggosok-gosok tengkuknya.Mungkin bulu roma sudah meremang,fikir Fea.Takut kena alih tempat tidurlah tu! Dia ketawa dalam hati.Yes,jerat mengena!

“Kenapa?Muka aku ada macam orang menipu ke?“ Rizal angkat bahu.
“You ni,janganlah main-main.“
‘’Kau takut ke ? ‘’ usik Fea lagi.Hah,takutlah tu.Budak pembuli dah takut !
Rizal berdalih menjawab pertanyaan Fea. ‘’Okeylah,aku turun bawah.Pergilah pilih bilik yang mana kau suka.Tapi jangan lupa apa yang aku pesan tu ! Lagi satu masa nak masuk bilik tu,langkah dengan kaki kanan dan baca bismillah 3 kali,Al-Fatihah,3 Qul dan ayat Qursi.Aku harap korang berdua masih belum lupalah dengan bacaan ayat al-quran tu!’’
Fea segera beredar meninggalkan Rizal dan Rania yang terpinga-pinga bersama sebuah senyuman jahat!!

++++++++++++++++++++

Mata Rizal terpisat-pisat.Dia bangun dari pembaringannya.Sejak semalam dia tidak dapat melelapkan matanya.Ini semua gara-gara memikirkan tentang peringatan yang diberikan oleh Fea.

‘Jangan tidur atas katil untuk malam pertama?Ceh,dah macam kena hukuman dari isteri saja.’
Rizal segera bangun namun belakang badannya yang lenguh dan sakit membantutkan usahanya untuk berdiri.
“Aduh,sakitnya.” Rintih Rizal sambil memegang pinggangnya.Seluruh tubuhnya terasa bagai didera.Sudahlah penat menaiki penerbangan berbelas jam dari London belum hilang,ini ditambah pula dengan tak cukup tidur dan sakit badan gara-gara tidur di atas lantai beralaskan selimut nipis.Dia lihat katil empuk bersaiz king yang berada bersebelahan dengan tempat dia tidur.Menyesal pula dia mendengar cakap Fea.Entah betul entah kan tidak.Isyh,macam tak boleh diterima akal saja.Tapi bagaimana kalau apa yang dikatakan oleh Fea benar?

Arghh,malas mahu fikir! Sekarang ni aku perlu bangun dan mandi.
Rizal segera mengambil jam tangannya yang diletakkan di sebelah tempat tidurnya.“Dah pukul 8?Alamak,semua orang dah bangun agaknya.Kenapalah aku boleh terlepas solat subuh ni??“

Rizal cepat-cepat bangun dan masuk ke bilik air untuk mandi.Dia tidak mahu lambat turun ke bawah.Dia takut jika dilabel besar kepala sekiranya lambat ke bawah.Maklumlah,ini bukan rumahnya.

Fea berehat-rehat di meja makan sambil membaca surat khabar.Hatinya begitu senang.Tiada sesiapa di situ melainkan Tok Saif yang baru duduk untuk bersarapan.Emaknya Lia Sari dan kedua orang tua Rizal,Auntie Arfa dan Uncle Mokhtar sudah awal-awal menghilangkan diri.Ke mana mereka pergi tidak pula di ambil pusing.

“Hmm…Fea.Mana yang lain?Tak turun sarapan?“ Fea memandang sekilas pada Tok Saif.“Entah.Tak nampak batang hidung pun.“ Selamba ayatnya.Tok Saif mengangguk.“Tak apalah,biarkan mereka semua berehat.Penat lagi agaknya.“ Fea mengangguk setuju lalu menyambung menatap surat khabar.Sesekali,dia menyuapkan Koko Krunch yang sudah dicampur susu di dalam mangkuk menuju ke mulutnya.Enak sungguh Koko Krunch.Terasa kenikmatan asli dari ladang gandum!

“Selamat pagi.Tok Saif…Sofea...“ Sepantas ucapan itu,Fea tersedak.Cepat-cepat diambilnya air kosong di hadapan lalu meneguknya dengan laju.Terkejut dengan suara Rizal yang datang secara tiba-tiba.Baru saja dia mahu menelan sisa Koko Krunch yang berada dalam mulutnya apabila lelaki itu menegur.“Ya Allah,kenapa kau ni Fea?“ Tok Saif bersuara sambil mengerut wajah.Pelik dengan gelagat Fea.Macam mana boleh tersedak ni?

“Koko Krunch ni sedap sangat Tok Saif.“ Fea berloyar buruk sambil mengelap mulutnya yang comot dengan tisu.Tok Saif menggeleng.Ada-ada saja si Sofea ni.
Rizal sengih memandang Fea.Dia mendekati meja makan dalam keadaan lenguh badan.Rizal senyum pada Tok Saif sebelum dia mengambil tempat duduk bertentang dengan Fea.Gadis itu buat muka.

‘Hisy,pagi-pagi lagi dah tunjuk muka depan aku!‘
“Duduk Rizal.Sarapan dulu.“ Pelawa Tok Saif sambil menyuapkan pankek madu ke dalam mulut.Rizal angguk.Dia menuangkan teh ke dalam cawan yang sudah terhidang lalu minum.Namun tidak berapa lama kemudian,dia berasa lenguh di belakang badannya semakin menjadi-jadi.Dia memicit-micit pinggang dan tengkuknya.Sesekali dia beralih kedudukannya di kerusi supaya terasa lebih selesa.“Macam mana tidur semalam?Nyenyak?“ sapa Tok Saif ingin tahu.Rizal teragak-agak.

‘Nak jawab yang jujur ke tidak?‘
“Errr….“
“Mestilah nyenyak,kan Rizal?Dapat tidur dalam bilik yang selesa,luas,katil empuk.Betul tak?“ Fea memotong.Sengaja menyindir Rizal.Dia tahu,Rizal pasti mendengar kata-kata nistanya semalam berkenaan khadam.Jika tidak,tak mungkin Rizal turun dengan wajah yang sembab dan sakit belakang.Fea ketawa dalam hati.
‘Padan muka kau wahai encik pembuli!Sekarang ini giliran aku merasa diri membuli orang lain.‘

“Betul ke Rizal?“ tanya Tok Saif menginginkan kepastian.Rizal tiada pilihan lain selain mengangguk.Dia mencerun menatap wajah Fea yang masih selamba.
“Hmmm…baguslah macam tu.Senang hati Tok Saif ni mendengar.Risau juga kalau-kalau Rizal tak selesa dengan bilik.Kalau tak selesa,cakap saja pada Tok Saif.“

“Tak apa Tok Saif.Tak payah susah-susah.Bilik yang Jai duduk tu memang dah cukup selesa.Nyenyak sangat semalam sampaikan dah pagi pun tak sedar.Tahu-tahu saja dah pukul 8 pagi.“ Ucap Rizal lagi sambil matanya masih tak lepas-lepas menatap wajah Fea di hadapannya.Tok Saif pula tersenyum senang hati.

“Mana Rania?Belum bangun?“
“Aduh,sakitnya badan.“ Adu Rania tiba-tiba.Ketiga-tiga mata mereka menangkap susuk tubuh Rania yang sudah terpacak di penghujung meja makan yang saiznya muat untuk dua belas orang.Berkerut-kerut wajah gadis itu sambil mengurut tengkuknya.Dia lalu mendekati Rizal dan duduk bersebelahan dengan lelaki itu.Fea mencebik namun jauh dalam hatinya dia teramat gembira.Gembira dengan keadaan diri dua ekor angsa di hadapannya.

‘Bodoh betul angsa dua ekor ni! Percaya juga cakap aku! Ceh,kata updated,open minded tapi akhirnya termakan juga kata-kata penipuan aku? Kasihan!!‘
“Kenapa Rania?Sakit badan?“tanya Tok Saif.
“Tok Saif,ada tak spa yang bagus sekitar sini?Nia nak pergi merehatkan badan.Sakit sangat.Semalam kan Nia kena tidur di…”

“Ada!Aku tahu spa yang paling best kat area sini.Nanti aku bawa kau.” Potong Fea cepat-cepat.Dia tahu pasti Rania mahu membuka mulut memberitahu tentang keadaan dirinya yang terpaksa tidur di tempat lain melainkan katil.Fuhh…nasib baik sempat potong cakap!

Rania mengurut lengannya.Fea melihat Rania dengan perasaan yang menyampah.
“Hah,Fea.Nanti pergilah temankan Rania ke spa.Rehat-rehatkan badan dan minda.Kesian dia.Letih berjalan jauh masih belum hilang.Rizal,kalau nak pergi mana-mana ajaklah Fea.Biar dia temankan.” Cadang Tok Saif namun cadangan itu sebenarnya ditolak keras oleh Fea tetapi Fea tidak mampu suarakan.

‘Isyh,mengada-ngada betullah minah saleh ni.Baru tak dapat tidur atas katil satu malam dah sibuk nak mengurut.Nak pergi spa lah,eee…mengada-ngada betul.Tak pasal-pasal aku pula yang kena temankan dia.‘

‘Itulah Fea.Siapa suruh kau gatal pergi offer nak temankan dia.Kan sendiri yang susah??!’ marah kata hatinya.
“Pukul 10 kita pergi okey.I dah tak tahan.Sakit sangat-sangat badan I ni.” Ucap Rania dalam nada menggedik.

“Sudahlah Rania.Makan dulu,sekejap lagi Fea temankan kau pergi spa.” Ucap Tok Saif sambil bangun dari kerusi.
“Eh,Tok Saif dah habis makan?Nak ke mana?” tanya Rizal.Dia melihat dari atas ke bawah badan lelaki tua itu.Segak.Kemas.

“Aku nak ke pejabat.Hari ni kan Isnin.”
“Oh,lupa pula.Hati-hati Tok Saif,selamat bertugas.” Ucap Rizal senyum sebelum sambung minum.

Mata Fea segera menghantar kelibat Tok Saif keluar dari ruang makan.Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung bacaannya yang sedikit terganggu sejak tadi.
“Sampai hati you mempermainkan kami.” Lirih ucapan yang keluar dari mulut Rizal.Matanya tidak beralih dari menatap wajah Fea yang masih bereaksi selamba seperti orang tidak bersalah.Dia yakin Fea hanya mempermainkannya dan Rania.

“Sofea!”
“Hah?” soal Fea terpinga-pinga apabila namanya diucap lantang oleh Rizal.
“I cakap dengan you.Dengar tak?” Rizal membentak.Geram pula rasanya apabila bercakap seperti bercakap dengan tunggul kayu.

“Belum pekak lagilah.Kenapa?”
“Hello,Cik Sofea.My brother cakap dengan you lah.” Sampuk Rania tidak puas hati.
“Ada apa,Cik Rania?” balas Sofea.
‘Ewah-ewah.Berani tinggi suara nampak?Mentang-mentang Tok Saif dah ke pejabat.’
“You ni kan,memang suka menyakitkan hati orang ke?”
“Hati siapa yang aku sakitkan?”

“You ni Sofea….” Balas Rania sambil mengepal penumbuknya menahan geram kepada gadis itu.Entah kenapa kata-kata Fea itu membuatkan hatinya benar-benar sakit.Geram sungguh apabila dilayan sebegitu!

“Aku buat apa?” ucap Fea acuh tak acuh.Matanya masih tidak lekang membelek surat khabar.Malas mahu menghiraukan angsa-angsa di hadapannya.
“Buat apa lagi.Buat perkara yang you buat semalamlah!”
“Yang mana satu?” aju Fea,sengaja mahu berteka teki.

“Sofea,you dengar tak ni? I’m talking to you!“marah benar bunyi suara Rania.
Fea mendengus.Dia tutup surat khabar lalu melipatnya.Kemudian dia tatap mata Rania tajam-tajam.

“Okey,sekarang aku dah habis baca surat khabar.Kau boleh cakap apa yang kau nak.” Sedikit kasar bunyinya.
Rania menghentak tangannya ke meja sehingga berbunyi lagaan piring dan cawan di hadapan.Gadis itu tidak peduli.Dia mahu menghamburkan kemarahannya pada Fea kerana Fea yang menyebabkan seluruh badannya sakit-sakit.Rizal pula masih membisu walaupun sedari tadi matanya tidak lekang dari menatap wajah Fea.

“You bertanggungjawab atas segala kesulitan I di sini.Understand?”
“Maksud kau?Sulit yang macam mana?”
“Please Sofea,you jangan nak buat lawak bodoh dengan I.You fikir I tak tahu niat you semalam?You memang sengaja nak kenakan I dan Jai,kan?”

“Apa maksud kau?Aku tak faham?” Fea berpura-pura.Dia masih menunjukkan riak wajah yang selamba dan tenang.Sedikit pun tidak gentar dengan kata-kata Rania.
‘Kesulitan konon! Apalah yang sulit sangat?Setakat tak boleh tidur atas katil,itu pun nak heboh! Berlagak! Sejak dulu,perangai berlagak korang ni masih tak berubah-ubah.Meluat aku!’ ucap Fea dalam hati.Itulah sikap yang dia paling benci pada keluarga Arfa.

’Mengada-ngada! Nasib baik aku tak suruh korang tidur dalam bilik stor.’
“Eee……you ni!” bentak Rania lalu bangun dan pergi dari situ. Fea senyum sinis.
“I tahu you berbohong kan?” ucap Rizal setelah kelibat Rania benar-benar menghilang.Fea mencebik,masih malas mahu mengendahkan Rizal.

“Sofea,I tanya you ni.You berbohong,betul kan?”
“Bohong apa pula?Nak buat apa aku bohong kau.Tak ada faedah pun!”
“Tentang cerita tahyul you.Pasal khadam,jin dan segala perkara mengarut semua tu.Kenapa you berbohong?”

“Look,Mr Rizal.Aku tak berbohong apa-apa pun pada kau dan kakak kau.Jadi jangan nak tuduh yang bukan-bukan.” Balas Fea.Bengang pula rasanya apabila Rizal menuduhnya sebegitu.Walaupun apa yang Rizal perkatakan itu memang benar,dia tidak akan sesekali mengaku salah.Biar mereka rasakan.

‘Fea,tak baiklah kau layan diorang begitu.Kesian.Rania dan Rizal baru saja balik ke sini.Cubalah kau layan saudara kau tu baik-baik.’ Pujuk kata hati Fea.
‘Isyh,mana boleh.Memang layak pun angsa dua ekor tu dapat layanan macam tu.Sebenarnya diorang tu tak layak langsung dapat layanan yang istimewa.Diorang ingat diorang tu VVIP ke perlu dilayan baik-baik?’

“Sampai hati you,Sofea.” Nada ucapan Rizal seakan-akan kecewa dengan layanan yang diberikan oleh Fea.Malah gadis itu pula hanya membatu dan mula menghadamkan kata-kata Rizal tadi.

“Sampai hati? Kan semalam aku dah pesan pada kau,terpulang sama ada nak percaya atau tidak.Hmm…anggap saja itu adalah ucapan selamat kembali dari aku.” Fea kenyit mata dan cepat-cepat bangun dari duduknya bersama sebuah senyuman penuh makna sehingga membuatkan Rizal terpinga-pinga.Dia sedikit terkejut dengan tindakan Fea yang sukar dijangka.

Bab 8


Fea cepat-cepat memulas tombol pintu rumahnya.Lega hatinya apabila dapat pulang ke rumah selepas satu hari menghabiskan masa di rumah Tok Saif.Kalau emaknya tahu dia sudah pulang ke rumah,pasti wanita itu bising.

Pagi tadi,selepas ‘bertekak’ dengan Rania dan Rizal,Fea segera mengambil keputusan untuk balik ke rumah.Malas mahu berlama-lama di rumah Tok Saif.Menyampah mahu menghadap muka ‘musuh’ nya itu.Arahan Tok Saif untuk menemani Rania ke spa turut dipandang sepi.

‘Nak temankan angsa tu pergi spa?Tolonglah,aku bukannya orang gaji dia.Kalau nak,dia boleh pergi sendiri.Kalau takut sesat,ajak saja pembantu rumah Tok Saif.’
Fea terus menuju ke dapur untuk minum.Kering tekaknya begitu ketara akibat cuaca yang panas di luar.Dia buka peti ais untuk mengambil minuman sejuk namun perasaannya sedikit hampa apabila satu jenis minuman sejuk sama ada berupa soda,jus mahupun susu di dalamnya tiada.

”Alah,dah habis pulak! Nampaknya nak kena pergi kedailah jawabnya.Aduh,penat…penat…” bebel Fea sendirian.
Gadis itu tidak mengambil masa lama apabila langkah kakinya terus diatur menuju ke kedai runcit berdekatan milik Pak Cik Morad,salah seorang jiran yang tinggal di kawasan perumahan yang sama.

“Fea,seorang je?” ucap Pak Cik Morad sebaik Fea melangkah masuk ke kedai runcit lelaki separuh abad itu.Fea tersenyum memandang lelaki itu yang rambutnya sudah putih-putih.”Rasa-rasa macam seorang,Pak Cik Morad.Tapi tak tahulah kalau Pak Cik Morad nampak ada seorang lagi kat sebelah saya ni.” Sakat Fea.Dia sengih memandang lelaki itu yang terpinga-pinga.”Isyh kau ni.Ada-ada saja nak menyakat aku.”

“Siapa suruh Pak Cik Morad tanya soalan bodoh.Saya bagi jawapan bodohlah juga.” Usik Fea tanpa segan silu.Dia sudah terbiasa bergurau dengan Pak Cik Morad sebegitu memandangkan sudah lama lelaki itu dikenalinya.Pak Cik Morad juga tidak kisah dengan perangai ‘gila’ Fea yang kadang-kadang lebih sudu dari kuah.
“Mana mak kau?Tak datang sekali?”

Fea garu kepala.“Mak tak ada kat rumah.Mak pergi dating!“ Serta merta wajah Pak Cik Morad berubah.“Dating dengan siapa?“
Hampir terhambur ketawa Fea namun dia ketap bibirnya supaya tidak terlepas.Kesian Pak Cik Morad.

“Mak pergi dating dengan ane yang duduk depan rumah.Yang namanya Kalimuthu a/l Murugan.Pak Cik Morad kenal?Mesti Pak Cik Morad kenal dengan ane tu kan?Huisy,sejak-sejak keluar dating dengan mak,makin handsome pula saya tengok dia.Misai lebat,rambut belah tengah,minyak penuh satu kepala.Perghh!!Dah macam hero cerita tamil!“ giat Fea mengusik Pak Cik Morad.Memuncung saja mulut lelaki itu.
“Kau agak-agaklah.Takkan mak kau nak berdating dengan dia pula?“ tanya Pak Cik Morad was-was.Lama Fea membiarkan pertanyaan Pak Cik Morad tergantung malah dia sengaja meninjau-ninjau barang-barang dalam kedai runcit itu sebelum kembali ke kaunter tempat Pak Cik Morad berada.Dia sengih.

“Eh,tak adalah Pak Cik Morad.Saya bergurau je.Saya pun tak tau mak pergi mana.Sejak pagi tak nampak batang hidung.“ Jujur Fea berkata.Kesian pula tengok reaksi orang tua ni.Pak Cik Morad mengangguk.Dia pantas mengurut-urut dadanya.“Hah,kau nak beli apa Fea? Roti? Beras?“

“Saya cari air kotak.Tapi kalau boleh saya nak air kotak yang paling murah dan ada diskaun seratus peratus!“
“Seratus peratus?Bankraplah aku macam ni Fea oi.Orang lain meniaga jadi untung.Aku pula jadi rugi.“

“Alah Pak Cik Morad ni,itu pun nak berkira.Setakat air kotak free dua tiga kotak,takkan lah boleh rugi kot?“
“Business is business.Mana ada orang kasi free.“

“Aik,dah pandai speaking?” usik Fea lagi selepas mendengar ayat Pak Cik Morad.
“Mestilah.Kau ingat kau sorang saja yang pandai speaking?” Fea angkat kening.Dia menghulurkan dua air kotak besar berperisa oren dan laici kepada Pak Cik Morad untuk dimasukkan ke dalam plastik.

“Eh Fea.Lama tak nampak mak kau ke sini.Sibuk sangat ke dia tu sampai dah tak ada masa nak datang kedai aku?”
“Tak tahulah Pak Cik Morad.Mak ada je kat rumah tu tapi sejak dua tiga minggu ni dia kalut sikit dengan business dia tu.Maklumlah nak cari duit lebih.Harga barang semua melambung naik,kalau tak ada duit macam mana nak tampung hidup beli keperluan dapur.Betul tak?”

“Kenapa kau tak tolong mak kau cari duit?Tak nak kerja ke ?”
“Bukan tak nak kerja tapi belum sampai seru.”
“Macam-macam kau ni.Seru apa? Kalau mak kau jadi bini aku,dah tentu aku kasi barang-barang dapur free.“
“Amboi,ada hati kat mak saya pula?“ Tanya Fea memandang wajah Pak Cik Morad dengan penuh hairan.

“Macam kau tak tahu bagaimana perasaan aku pada mak kau Fea.Dah lama aku menduda,nak juga aku berbini semula sebelum aku tutup mata.Ada juga peneman masa tua aku nanti.Kau tolonglah promote aku ni pada mak kau.Mana tahu kalau dia pun berkenan dengan aku.Lebih senang kerja kalau mak kau pun bagi lampu hijau.” Pak Cik Morad ketawa besar.Fea telan liur.Gatal juga Pak Cik Morad ni!

++++++++++++++++++++

“Macam mana ni bang?” Tanya Marlina gusar.Dia duduk di sofa.Wajahnya berkerut menahan risau.Dia masih setia memandang suaminya yang masih bersikap selamba.Malah lelaki itu terus duduk berhampiran Marlina lalu mengeluarkan rokok dari kotak.Dia segera mencucuh api ke rokok,menyedut dan menghembus-hembus asap rokok tanpa menghiraukan Marlina.”Abang ni,dengar tak?Saya bercakap ni macam bercakap dengan dinding.Asyik nak merokok saja kerja dia!” wanita itu menjeling tajam dengan tingkah laku lelaki itu.Dia mendengus kasar.Hujung bajunya diputar-putar sehingga berkedut.Hatinya benar-benar risau.

“Apa yang awak nak risaukan?Nanti selesailah masalah kita.” Ucap Suhaimi tanpa ragu.Mata Marlina bulat.Dia cekak pinggang.”Senangnya abang bercakap!Selesai!Selesai!Selesai! Itu saja yang abang tahu.Tapi bila masanya nak selesai,bang oi kalau awak duduk merokok kat sini tak buat apa!” tegur Marlina lantang.Panas pula hatinya dengan Suhaimi.Mahunya dia tidak membentak,majlis perkahwinan anak perempuan sulungnya tinggal lebih kurang dua bulan saja tetapi duit perbelanjaan perkahwinannya belum cukup.Bukannya pihak lelaki sengkek sangat sehingga tidak langsung menghulur duit belanja kahwin tetapi dia telah menggunakan duit tersebut untuk perkara lain.Suhaimi mencebik.Sekilas matanya memandang isterinya yang sudah tunjuk angin.

“Itulah awak,dari awal lagi saya dah pesan.Dapat saja duit belanja kahwin dari Taufik,pergi simpan dalam bank dulu tapi awak degil.Awak pergi guna pula duit tu untuk benda lain.Sekarang baru nak bising-bising!”
“Eh,bang.Saya guna duit tu bukan buat bukan-bukan tau! Duit yang Taufik bagi tu saya buat tempah baju kahwin Shafiqah juga!”

“Baju kahwin apa kalau sampai beribu-ribu?Awak ingat murah ke kosnya?Anak awak tu budak lepasan SPM je Marlina! Bukannya artis popular sampai nak pakai baju mahal-mahal!”

“Jadi sekarang awak nak salahkan saya pula?Habis takkan nak biarkan Shafiqah pakai baju kahwin saya yang dok terperuk kat dalam almari tu pulak?”
“Apa salahnya.Bukannya awak buat apa pun dengan baju tu!”
“Eee…susahlah cakap dengan abang ni! Ada saja nak cari salah kita!” bentak Marlina lagi.

“Memang salah awak Marlina.Awak tu kalau dapat duit,bukannya reti nak berjimat-cermat.Kalau boleh semua barang awak nak beli.Sebab tu duit awak yang saya kasi tiap-tiap bulan cepat habis!”
“Amboi,sedapnya abang bercakap! Memanglah cepat habis duit saya tu.Abang cuba ingat balik,berapa sangatlah yang abang bagi saya setiap bulan tu? Nak belanja barang dapur pun tak lepas!”

Suhaimi mendengus.Malas benar mahu melayan kerenah isterinya.Ada saja perkara yang mahu digaduhkan.Kalau bercakap ada saja perkara yang tak puas hati.
“Macam mana sekarang ni?” ujar Marlina setelah lama mendiamkan diri.Dadanya yang turun naik menahan amarah sebentar tadi sudah kembali reda.
“Macam itulah.”

Marlina hentak tangan ke sofa.
“Abang ni,orang tengah risau dia boleh buat tak reti.Silap-silap tak kahwin si Shafiqah tu bang!”
“Awak doakan yang baik-baik saja boleh tak? “

“Saya tak kira,macam mana pun Shafiqah tetap kahwin dengan Taufik.”potong Marlina laju.Suhaimi menggeleng kepala sambil menyedut asap rokok.
“Itulah,dari dulu lagi saya cakap.Kalau Shafiqah nak kahwin,buat saja majlis kecil-kecil.Tak perlu nak membazir untuk perkara-perkara lain.Tapi awak tu degil,nak jugak ikutkan cakap orang lain untuk buat majlis besar-besar.Tengok sekarang apa dah jadi.Duit belanja kahwin entah ke mana.Nanti siapa yang nak bayar katering,khemah,mak andam semua tu?Semua tu perlukan duit,Marlina!”marah Suhaimi lagi.

“Abang,takkan nak bagi Shafiqah kahwin tanpa buat majlis? Malulah saya nanti!”gusar pula hatinya malah suaranya yang lantang bagaikan penyanyi soprano tadi kini telah bertukar menjadi kendur pula.

“Saya tak kata pun tak perlu buat majlis,tapi buat majlis kenduri tu biar berpada-pada.Cukup sekadar akad nikah dan jemput saudara mara terdekat saja untuk majlis kahwin.Awak tu,yang beria-ia sangat nak jemput satu kampung datang majlis kenduri anak awak!Kalau boleh,jemput satu KL ni.Baru puas hati!” Suhaimi menyindir isterinya.Marlina berdecit kasar.Dia berfikir-fikir sebentar apa tindakan yang perlu diambilnya.

“Hah,saya ada idea! Apa kata awak jumpa Lia Sari.Cuba bercakap dengan dia.Mana tahu kalau-kalau dia boleh tolong kita.Boleh ya bang?”
Suhaimi membesarkan matanya.Dia membetulkan duduknya serta menatap dalam-dalam wajah Marlina apabila nama Lia Sari disebut.“Awak gila? Nak suruh saya jumpa dia dan minta tolong dengan dia pulak?” Marlina angguk.Wajah wanita itu kembali bercahaya.Suhaimi meluaskan pandangannya memandang Marlina.

“Yelah,takkan tak boleh pulak?Dia kan isteri awak,apa salahnya minta tolong isteri sendiri?”
“Tak mahulah saya.Tentu dia ketawakan saya nanti.”
“Abang,tolonglah jangan tolak permintaan saya ni.Pergilah jumpa Lia Sari tu.Abang tak kesiankan Shafiqah ke?Tak pasal-pasal dia tak jadi kahwin pulak.Malu saya bang kalau Taufik tuntut semula duit dia.Mana saya nak letak muka ni!”

“Awak kira awak punya malu,saya ni macam mana pulak?Saya pun segan nak pergi berjumpa dengan Lia Sari tu.Nanti apa saja kata dia!Tak mahulah! Kalau awak nak awak saja yang pergi jumpa dia.”
Marlina hentak kaki.Susah betul ada laki macam ni!
“Abang nak saya jumpa dia? Gila! Tak pasal-pasal dia ludah muka saya ni! Macamlah abang tak tahu yang dia tu benci dengan saya sebab saya dah ambil laki dia.Dah lupa?”

“Hah,tahu pun takut.Lain kali jangan bagi cadangan merepek macam tu!”
“Tapi bang,demi Shafiqah.Saya tak sanggup tengok dia sedih.Takkan tiba-tiba saja nak batalkan perkahwinan sebab tak cukup duit?Silap-silap,mak Taufik rembat saya dengan penyapu sebab dah habiskan duit anak dia!”

“Tahu pun takut ye,Cik Marlina? Siapa suruh gatal pergi tempah baju mahal-mahal tu.” Ungkit Suhaimi lagi.
“Sudahlah tu bang,saya tahulah saya dah pakai duit tu untuk tempah baju.Tak payahlah nak mengungkit lagi.Tapi tolonglah dengar cakap saya ni bang.Pergilah jumpa Lia Sari,minta tolong dengan dia.Dia mesti banyak duit.Mesti dia boleh bagi pinjam.”

“Amboi,senangnya awak bercakap Lina!Dulu bukan main lagi awak larang saya balik ke sana.Sekarang apa dah jadi?Awak juga yang suruh saya balik ke sana pulak?”
“Hisyh,saya bukan suruh balik rumah bini pertama awak tu bang.Saya cuma minta awak pergi sana dan pinjam duit.Bukan susah pun!”

“Suka hati awak saja nak bercakap.Awak ingat bercakap sama ke dengan nak buat?Tak pasal-pasal dihalaunya saya.Pasal awak jugalah saya tak balik sana dekat setahun setengah ni,tahu?!” membuntang mata Suhaimi.Dia menenyeh-nenyeh sisa rokoknya yang sudah pendek ke dalam mangkuk abu rokok yang berada di atas meja di hadapannya dengan kasar.

“Abang jangan nak salahkan saya pulak! Abang sendiri yang tak nak balik.” Tuduh Marlina lagi.
“Apa-apa sajalah Lina.Saya malas nak bertekak dengan awak.Dari dulu sampai sekarang,ada saja nak cari gaduh dengan saya.Awak tak penat ke?”
“Saya tak cari gaduh!Abang tu yang tak nak dengar cakap saya!”

“Pasal saya dengar cakap awaklah,jadi macam ni.”
“Apa maksud awak?”
“Awak tu ikutkan sangat cakap Shafiqah.Budak tu elok-elok masuk belajar Tingkatan Enam,awak berhentikan dia dengan alasan nak bagi kahwin.Sepatutnya Shafiqah tu pergi sambung belajar,bukannya bagi kahwin.Umur dia muda lagi tapi awak dah galakkan dia pikul tanggungjawab berat untuk jadi isteri.”

“Biarlah bang,sekurang-kurangnya dapat mengelakkan maksiat.Kalau tak bagi budak berdua tu kahwin,tak pasal-pasal jadi hal lain pula.Nanti lepas kahwin,kalau Shafiqah nak sambung belajar atau nak kerja saya tak kisah.Taufik dah bagi lampu hijau.”

“Huh,memanglah sekarang macam-macam perkara dia bagi lampu hijau.Esok lusa bila dah kahwin lain pula ceritanya.”
“Abang ni,tak baiklah tuduh bakal menantu dan anak sendiri macam tu.”
“Habis,awak nak saya kata apa lagi?”

“Abang,dengarlah cakap saya ni.Pergilah berjumpa dengan Lia Sari.Dia saja menjadi harapan kita untuk dapatkan duit.”pujuk Marlina masih belum mahu mengalah.
“Awak yakin betul dia ada duit? Saya segan tahu?”
“Alah,takkan awak dah lupa bang? Lia Sari tu kan anak saudara kepada jutawan dan hartawan Malaysia.Mesti dia ada duit.Lagipun,bini awak tu kan ada business sendiri.Orang business ni mesti penuh poket dengan duit.Boleh ye bang?”
“Macam-macamlah awak ni.Tengoklah nanti.”

“Mana boleh tengok-tengok.Awak mesti pergi jumpa Lia Sari.Wajib!” macam arahan mandatori saja lagaknya mengerahkan Suhaimi berjumpa dengan Lia Sari.Suhaimi mengeluh berat bersama dengan beban masalah yang baru timbul.









Babak Terakhir Bab 6


Hatinya tidak berapa selesa apabila matanya dapat menangkap renungan dari si jejaka poyo Rizal a.k.a Jai yang duduk bertentangan dengannya.

Eleh,tak habis-habis dengan poyo! Macam hensem sangat.Ingat aku heranlah sangat dengan muka kontemporari dia tu.Mentang-mentang dah kurus,nak tunjuk macho pulak depan aku!

Si Rania pula macamlah aku tak nampak.Dari tadi mata tak lepas memandang aku kemudian mencebik.

Huh,ingat lawa sangat ke mulut kau tu asyik nak mencebik saja? Bibir kalau macam Angelina Jolie tu tak apalah jugak,ini macam Puteri Bunian saja! Eh,Puteri Bunian tu cun lah Fea oi.Hah,macam…macam… orang yang tersilap bedah! Gumam Fea dalam hati.

Aimin menyiku lengan Fea yang duduk bersebelahan dengannya.Waktu itu juga,Fea kembali ke alam nyata.Dia terpinga-pinga namun masih sempat menjeling kecil pada Rizal dan Rania.“Kau pergi mana tadi?“ ucap Aimin berbisik.“Dapur.“

“Buat apa?“
“Buatlah apa-apa yang patut.Kau tu pula,ke mana menghilang?Aku ingat kau ada kat porch masa sambut diorang ni datang.“
“Aku? Dalam tandas,memerut.“ Fea memuncungkan bibirnya sebelum memicit hidungnya tanda ‘busuk‘.Kemudian dia sengih.“Masih sempat nak memerut?Isy,tak senonoh!“
“Err…aku tak pergi memerut sebenarnya.Aku…pergi merokok!“ bulat mata Fea memandang Aimin.“Eh,sejak bila kau pandai merokok balik?Bukan kau dah berhenti ke?“

“Itu pun nak bagi tahu ke?“ baru saja Fea mahu membuka mulut menjawab kata-kata Aimin,kedengaran suara pengerusi majlis merangkap PA Tok Saif berkumandang dari hadapan.Belum pun sampai beberapa saat,lagu-lagu Inggeris diputarkan dan bergema ke seluruh pelusuk ruang ‘ballroom‘.Fea tayang muka bosan.Eh,mentang-mentang sambut orang putih ni balik,kena mainkan lagu Inggeris pulak.Menyampah!

Sepanjang 35 minit mereka sekeluarga menjamu selera,hanya Fea yang mendiamkan diri.Dia malas mahu berbual.Terasa kekok pula dengan saudaranya ini.Lagipun dia sebenarnya tidak ada topik yang mahu dibicarakan.Ikutkan kepalanya yang sedikit gila itu,boleh saja dia bercerita macam-macam.Daripada bab gosip,hiburan,sukan,jenayah sampailah ke dunia politik semuanya dia tahu.Tapi bila bersama dengan keluarga Arfa dan ditambah pula Rizal yang duduk bersetentang dengannya,hilang terus idea-idea untuk berbual.

Mata Fea berulang kali menatap jam dinding yang tergantung tidak jauh dari meja makan.Sesekali dia membelek jam tangannya sampai terasa mahu tembus saja jam jenama BUM yang tersarung di tangan kirinya.Terasa masa begitu lambat bergerak.Kalau difikirkan hari-hari biasanya,sudah tentu waktu itu dia akan bersama Era dan kawan-kawannya yang lain akan melepak di pot biasa mereka.Paling tidak pun dia pasti akan buat kacau di gerai burger Aman iaitu bekas teman sekolahnya.

Aimin yang sedar kegelisahan sepupunya itu lantas mencuit lengan Fea.Fea angkat kening memberi isyarat.“Kenapa?“Dia menggeleng kemudian terus saja disuapkan makanan ke mulutnya.

Fea mengeluh perlahan.Suapannya terhenti lalu dia meneguk air kosong dari gelas di hadapannya.Gulp! Alamak,macam mana aku boleh tak perasan dalam gelas ni dah tak ada air? Buat malu saja! Marah Fea dalam hati apabila perasan gelasnya sudah kosong.Dia berkira-kira mahu mengambil jag air berisi air kosong namun tangan Rizal pantas mencapainya.Fea terkaku sendiri namun matanya merenung Rizal.Rizal senyum lalu memberi isyarat.Fea angguk.Gentleman lah pulak mamat seorang ni nak tolong tuangkan air untuk aku!

”Terima kasih.” Ucap Fea perlahan.“You’re welcome.“ Ujar Rizal menghadiahkan senyumannya lagi.
Fea pantas saja meneguk air dari gelasnya.Tekaknya terasa sedikit lega setelah dibasahi.Gelas ditangan terus diletakkan di hadapan lalu dia merenung pula pinggan nasinya yang sudah kosong.Burp! Tiba-tiba saja dia sendawa.Ceh! Hilang sudah keayuannya di hadapan Rizal.Mahunya dia tidak sendawa,segala jenis lauk pauk dan makanan yang terhidang dibedalnya.Walaupun pada mulanya dia buat-buat jual mahal untuk duduk di situ,akhirnya laku jua makanan itu semua dilahap dek Fea.Fea sengih dalam hati.Mukanya sedikit memerah apabila terasa Rizal setia melihat perilakunya.

“So,siapa nama you?“ ucap Rania memandang Aimin yang sedang makan.Sengaja dia mahu memecah suasana sepi antara mereka berempat.Aimin mengangkat mukanya memandang Rania.Dia sengih.“Aimin.“ Rania angguk.“And you are?“ ucap Rania lagi.Matanya masih tidak lekang menghadap wajah Aimin.Aimin angkat kening tanda tidak faham.“ Maksud I,you ni siapa dengan we all? Saudara yang mana?“

“Oh,saya anak Azman.Sepupu your mom.“ Rania angguk.Sedikit pun dia tidak pandang Fea di sebelah Aimin.”Oh,I see.Dulu sebelum we all pindah ke England,kita pernah bertemu ke?” Tanya Rania lagi.

“Maybe.Saya pun tak ingat.Waktu tu kita semua kan masih kecil.” Ucap Aimin lagi.
“Hmm…I pun tak ingat you yang mana satu.Maybe kalau tengok gambar lama mungkin boleh ingat semula.” Aimin terangguk-angguk bersetuju dengan kata-kata Rania.
“Berapa lama awak tinggal di England?”
“About 15 years.”
“England di mana?”
“Birmingham.” Aimin angguk selepas Berjaya memecahkan tembok sunyi antara mereka.Fea mengeluh sedikit melihat ‘kemesraan’ yang mula wujud antara Aimin dan Rania.

“Aku pergi belakang dulu.”ucapnya pada Aimin seraya bangun dari kerusi.Fea mengangkat pinggan makannya dan berlalu ke dapur.Dia betul-betul malas mahu berlama-lama di meja makan bersama keluarga Arfa.Terasa dunianya pada malam itu begitu bosan berbanding selalu walaupun dengan kehadiran saudara maranya,jadi adalah lebih baik kiranya dia menghabiskan masanya di dapur dengan mencuci pinggan mangkuk.Sekiranya terdapat periuk belanga di situ,dia sanggup mencucinya asalkan dia tidak semeja dengan keluarga Arfa lama-lama.

Fea mendekati singki yang terletak di dapur kering berdekatan dengan peti sejuk.Lambat-lambat saja tangannya menggosok belakang pinggan.Fikirannya jauh melayang namun otaknya ligat mencari realiti apabila di sapa suara garau seseorang.Fea segera memandang sebelahnya.Rizal!

“Cepatnya you habis makan.Diet ke?” ujar Rizal seraya menayang satu sengihan.Fea tunjuk muka bosan saat matanya tertancap pada wajah lelaki itu.Namun tidak pula dia membalas kata-kata lelaki yang sudah menempek di sebelahnya.Fea ambil pinggan dari tangan Rizal lalu membasuhnya tanpa ada suara.”Hmm…pandai you cuci pinggan.Mesti you rajin buat kerja rumah,kan?” Fea tiba-tiba terasa geli hati dengan kenyataan yang baru keluar dari mulut jejaka di sebelahnya.Entah apa-apa aje.Takkanlah baru basuh pinggan dah di label sebagai rajin buat kerja rumah.Opss,bukan ke Fea?
Fea tetap mendiamkan diri walaupun perasaan geli hatinya menyerbu deras.Malas mahu melayan Rizal. “Anyway,thanks.” Tutur Rizal sambil menguntum senyum.Matanya masih tidak lekang menatap wajah Fea yang baginya kelihatan sangat ayu dengan rambut dibiarkan lepas begitu.Fea kerut kening.”Thanks?” Rizal angguk.”Untuk apa?”
“Sebab tolong cuci pinggan I.” Fea angguk.Tapi dalam hatinya,dia berasa Rizal tersangatlah poyo.Macam lelaki skema pun ada juga!

“Fea,tinggalkan saja pinggan kat situ.Biar Kak Nah cuci.” Fea senyum sambil menggeleng apabila pembantu rumah Tok Saif sudah terpacak di sebelahnya cuba melarang membasuh pinggan.”Tak apa,kak.Sikit je ni.”

“Isy,mana boleh.Awak tu tuan rumah.Mana boleh buat kerja-kerja dapur ni.Biar Kak Nah buat.” Tegas Kak Nah.Fea tiada pilihan lalu memberi laluan kepada Kak Nah.”Kenapa angkat pinggan sampai ke dapur?Fea…Fea…nanti Tuan marah Kak Nah kalau dia nampak Fea dengan tetamu kita bawa pinggan sampai masuk dapur.” Fea sengih setelah mendengar kata-kata Kak Nah.”Alah,tak apalah kak.Bukan selalu pun.”
“Dah Fea,bawa tetamu pergi depan.Tak elok berlama-lama di sini.Tempat ni hanya untuk pekerja Tuan saja.Bukan untuk tetamu.”

“Baiklah Kak Nah.Arahan diterima.Terima kasih ya sebab tolong basuhkan pinggan untuk Fea.” Kak Nah senyum apabila Fea sudah tayang tabik hormat seperti askar.
Fea segera ke kolam renang.Mahu menikmati pencuci mulut yang sudah disediakan di meja berhampiran kolam renang tanpa menyedari bahawa Rizal sedang setia mengikutnya ke situ.Elok sahaja mulutnya mula bernyanyi-nyanyi kecil,dia perasan Rizal sudah sangat hampir dengannya.

‘Kenapalah dia ni ikut aku? Tak ada tempat lain ke nak pergi?’ Terasa mahu disuarakan saja isi hatinya saat itu namun Fea terpaksa menahan hatinya apabila Rizal sudah memotong jalannya.Rizal betul-betul berada di hadapan Fea.
Fea mendengus.Rizal senyum.Senyum gatal!

“Kenapa dengan kau ni?“ kasar suara Fea.Bengang pula rasanya apabila Rizal menghalang jalannya.”Okay,I think something is not right between us isn’t it?” Fea buat muka apabila Rizal menuturkan ayat itu.

‘Sudah tahu cendana pula!’
Fea diam.Rizal menunggu reaksi Fea.Matanya dibesarkan di hadapan Fea.”Apa kata kita mulakan silaturrahim yang sudah terpisah bertahun-tahun ni semula,shall we?” ucap Rizal selamba.Fea pandang Rizal dalam tanda tanya.
‘Apa hal dengan dia ni? Mamai ke?’

“Nama I Emrizal Bin Mokhtar.Umur I 25 tahun.I anak kepada Mokhtar Bin Ismail dan Arfarina Bt Mohamad.” Rizal menghulur tangan.Fea terasa mahu ketawa dengan kata-kata Rizal.Ayat-ayat yang diucapkannya seperti budak-budak .Seperti orang baru belajar bercakap!

‘Ada ke patut kenalkan diri macam tu? Ingat aku ni peserta rancangan Tom Tom Bak kat Astro Ceria ke? Sekurang-kurangnya kenalkanlah diri dengan cara yang lebih gentleman.’Fea berfikir sendiri.Wajah dan tindak tanduk Fea yang kaku dihadapan Rizal membuatkan lelaki itu segera bersuara.
”And you?” panggil Rizal sekadar mahu sedarkan Fea dari lamunannya.
”Hah?”

Rizal menghulurkan tangannya sekali lagi tetapi dengan lebih tinggi.Fea sekadar menurut selepas melepaskan satu keluhan panjang.Huluran tangan Rizal disambutnya dalam keadaan terpaksa dengan harapan Rizal akan segera beredar dari situ meninggalkannya sendirian.”Sofea.Sofea Annissa Bt Suhaimi.Umur 24 tahun,anak kepada Lia Sari dan Suhaimi.” Balas Fea sengaja meniru semula tutur ayat yang diucapkan oleh Rizal sebentar tadi.Rizal senyum mesra sambil mengangguk kepala.

“Sofea,jadi you masih ingat pada I kan?”
Fea angguk sambil menarik tangannya dari genggaman tangan Rizal.
‘Mana boleh lupa,tempat jatuh lagikan dikenang.Ini pula pembuli durjana macam kau!’ ucap Fea dalam hati.Dia sekadar senyum sinis.Pandangannya segera di halakan menghadap ke kolam renang.

Rizal senyum.”Mestilah you tak boleh lupa.I kan hero macho!” Rizal berlawak sambil menolak rambut di bahagian tepi ke belakang sambil tayang wajah perasan.Dia ketawa sendiri.Fea pandang sekilas pada Rizal sebelum buat muka bosan.
‘Isyh,kenapalah kau bertukar menjadi lelaki paling poyo yang pernah aku jumpa wahai encik pembuli?’

“Sofea,jangan ambil hati.I bergurau je.Anyway,you buat apa sekarang?” ketika itu tangan Fea sudah mencapai piring kecil sebelum mengambil pencuci mulut berupa puding karamel dan kek masam manis.”Tak nampak ke?Kan aku tengah ambil pencuci mulut.” Fea masih selamba lalu mengambil tempat duduk berdekatan kolam renang.Rizal menolak anak rambutnya ke belakang sebelum mendekati Fea.

“Maksud I,belajar?Kerja?”

Fea pantas merengus.
‘Isyh,soalan macam ni lagi!!Bosannya!!’ Fea geleng kepala.”Penganggur terhormat.”

“Wow,pangkat besar tu!” balas Rizal ketawa kecil.Fea terasa disindir.Dia terus menyumbatkan puding karamel ke dalam mulutnya dengan kasar.Rizal pula sudah mengambil tempat duduk bertentang dengan Fea.Sisa ketawanya masih berbaki.

“Tapi okey juga,penganggur terhormat ada banyak masa.Macam-macam boleh buat.Betul tak? Contohnya pergi makan angin,main golf,snooker,shopping,jalan-jalan dengan boyfriend atau makan puding karamel?”


Celoteh Rizal tanpa henti.Fea benar-benar bosan.Perasaan menyampah sedikit-sedikit menerjah tangkai hatinya.

‘Ish dia ni,aku makan puding karamel nanti dia makan penampar pula!’ gerutu Fea dalam hati.Hatinya sekadar mampu menahan rasa bengang yang menerjah.
“Oi,Fea!” sapa Aimin dari arah belakang.Fea cepat-cepat menoleh malah dia bangun meninggalkan Rizal keseorangan sambil membawa piring berisi puding karamel dan kek masam manis.

“Fea,aku dah nak balik.Apa-apa nanti aku call kau.” Ucap Aimin termengah-mengah.Maklum sajalah,semasa di meja makan tadi bermacam-macam makanan yang disumbat ke dalam perut.Mahunya tidak termengah-mengah selepas berlari.

“Lah,nak balik dah?Ingatkan kau tidur sini.Baru nak ajak berborak.” Lirih saja suara Fea.Dia berharap sangat Aimin berada di sini malam ini untuk menemaninya berbual sepanjang malam.Dia tahu sekiranya Aimin ada,tidaklah janggal sangat.Sekurang-kurangnya Aimin dapat menghilangkan perasaan tidak selesanya.”Kau tidur sini?” Fea angguk.”Kau mesti nak ‘bermesra’ dengan saudara kita tu kan?” bisik Aimin agak perlahan.

“Huh,mengarut! Tengok muka pun rasa menyampah inikan pula nak bermesra alam.Tak kuasa aku!”
Aimin lantas ketawa melihat gelagat Fea.Kemudian dia menyambung bicara.
“Aku kena balik.Ada hal.”
“Alah,kenapa kau tak tidur sini satu malam?Esok pagi lepas subuh baliklah.Bukannya Pak Ngah dengan Mak Ngah nak larang pun.“

“Bukan pasal tu,tapi aku ada hal lain nak kena buat malam ni.Isyh,dahlah.Tak payahlah nak sedih sangat kena tinggal dengan aku.Rizal kan ada.“
“Kau ni tak sporting langsung.Dah lama tak jumpa kau,bila dah jumpa kau nak balik cepat.Kalau ada kau,boleh lepak kat tepi kolam ni sampai subuh.“
“Eh,banyaklah kau! Itulah,dari dulu aku suruh kau buka akaun facebook kau tak nak.Kalau ada facebook kan senang sikit kita nak berhubung.Nak bergosip pun boleh.“
“Malaslah nak buka akaun facebook.Bukannya ada faedah pun!“

“Eh,malas pula?Suka hati kaulah Fea.Hmm…kalau susah sangat kau ajaklah Rizal lepak.“
“Tak naklah! Kau ingat aku suka ke nak lepak dengan dia? Kau tak ingat apa dia dah buat kat aku dulu?“ Fea mengendurkan suaranya,takut jika Rizal terdengar perbualannya dengan Aimin.Aimin tergelak.Sepupunya itu masih menyimpan dendam terhadap Rizal rupanya.

“Apa salahnya.Lagipun Rizal dah lain sekarang.Macho.Dah kurus.Tak macam dulu.Apa yang kau nak takut sangat? Bukannya dia nak buli kau macam dulu-dulu.Kau dah besar pun.Berani ke dia nak buli anak dara Mak Long Sari yang laser ni?“ usik Aimin lagi sambil kenyit mata.

“Tapi aku tak suka.“bantah Fea lagi.
“Apa yang susahnya,kau masuk tidur lagi bagus dari dok melepak kat tepi kolam ni.Simpan sikit idea dan angan-angan kau tu.“
Fea mencubit lengan Aimin.

“Ouch,sakitlah mak beruang oi.Okeylah,aku balik dulu.Kau jangan lupa layan Rizal tu baik-baik.Saudara kita tu tau!“ Fea mendengus.
‘Tak boleh diharap punya sepupu!‘
“Rizal,balik dulu.Jumpa lagi.“ Tegur Aimin sambil mengangkat tangan kepada Rizal.Rizal membalas.Dia senyum melihat Aimin.

Babak Terakhir Bab 5


“Cepat!! Aku kira sampai 10.Kau mesti lari,kalau kau tak lari,aku humban kau dalam tali air tu!!” Jerit Rizal tidak langsung mahu bertolak ansur dengan gadis kecil molek itu.

Gadis itu memandang wajah Rizal dengan takut-takut.Badannya menggeletar,tangannya menggigil.Dia hanya mampu mengangguk namun bibirnya kelu tidak terkata apa.

“Apa tunggu lagi?Cepatlah!” herdik Rizal garang.Matanya mencerlung memandang gadis itu tanpa belas.
“Ce..cepatlah..kira.” ucap gadis itu takut-takut.Sungguh dia terasa kepala lututnya lemah longlai mendengar jerkahan dari budak lelaki berusia 10 tahun yang mempunyai saiz fizikal yang jauh berbeza darinya.Memandangnya sahaja sudah membuatkan gadis itu kecut perut apatah lagi mendengarkan suaranya yang bagaikan halilintar.Ah,dia tidak punya pilihan.

“Cepat!Aku kira,kau mesti lari! Kalau tak lari tahulah apa nasib kau!” ucap Rizal sekali lagi mengulang ayat yang sama terhadap si gadis.Memang tidak punya perasaan bersalah langsung malah dia berasa seronok mengawal dan mengarah-arah gadis itu.”Satu…dua…tiga…” Fea cepat-cepat mengatur langkah seribunya,berlari seperti yang diarahkan oleh Rizal.

Itulah yang terpaksa dia hadapi apabila Rizal sudah muncul di depan mukanya.Dia tahu,Rizal memang suka main sorok-sorok.Sebab itulah budak lelaki itu sengaja menyuruhnya melarikan diri dari situ dan menyorok di mana-mana tempat yang dirasakan selamat supaya Rizal dapat meneruskan misi memburu ‘mangsa’.

Fea benar-benar tidak tahu mahu berbuat apa apabila Rizal sering datang ke rumah neneknya terutama pada musim cuti sekolah bersama-sama keluarganya.Maka,ibu bapa mereka pasti menyuruh Fea mengajak Rizal bermain bersama-sama.Huh,kalaulah semua orang tahu bahawa Rizal selalu membulinya sudah pasti dia tidak dibenarkan bermain di luar.

Tercungap-cungap nafas gadis kecil itu.Dia segera mengambil tempat yang agak selamat di belakang satu pondok kecil berdekatan dengan perigi yang terletak di belakang rumah kayu milik neneknya yang sudah disewakan kepada orang kampung.Dia dapat merasakan bahawa tempat itu agak selamat dari dikesan oleh ‘si monster’ bernama Rizal.

“Warghhhh!!” jerkah Rizal sambil tunjuk senyum nakal.Fea menjerit nyaring lantas dadanya diurut.Terkejut!!
“Hahaha…yes!! Aku dapat jumpa kau!! Bangun cepat!” Arah Rizal lagi sambil menarik kasar lengan Fea.Fea menggeleng,takut benar dengan Rizal yang kuat membuli.Entah ilmu apa yang dipakainya sehingga mahu melawan pun dia tidak mampu.
Rizal…bukannya kuat mana pun.Mahu kata gergasi macam Big Foot tidak juga apatah lagi macam Godzilla.Oh,mungkin macam Doraemon saja cuma perangai nakal itu semakin menjadi-jadi dari hari ke hari.Mentang-mentanglah badannya kecil dan comel senang-senang saja si Doraemon ini mahu membulinya.Doraemon tembam!!

“Hoi! Bangun! Bangunlah…degil sangat kenapa?” marah Rizal.Mulutnya yang penuh dengan gula-gula sempat lagi mengherdik Fea.Fea pandang wajah Rizal sekali lalu namun dia gagahkan jua dirinya untuk berdiri.Kalau tak mengikut arahan nanti,sahih dirinya akan diikat di pohon rambutan macam minggu lepas akibat kalah dengan Rizal dalam permainan congkak.Kalau tidak pun sudah tentu mulutnya akan disumbat dengan pasir sungai yang diambil dari sungai berhampiran rumah nenek Fea.Ceh,bikin sakit hati saja!

“Awak nak suruh saya…bu..buat apa,Rizal?”
“Kau jangan banyak tanya! Jom ikut aku!” tanpa membuang masa Rizal segera mengheret tangan Fea mendekati perigi.Hati Fea sudah cuak melihat perigi sudah dekat dengan mereka.Dalam fikirannya,pelbagai perkara bakal berlaku hari ini.Sah,aku bakal kena tolak dalam perigi!!Oh,tidak!! Esok mesti cerita aku masuk berita muka surat depan!!

“Janganlah Rizal! Awak nak bawa saya pergi mana?” suara Fea kendur.Air matanya sudah merembes cuba meronta-ronta minta tangannya dilepaskan namun Rizal tidak menghiraukannya.Budak nakal itu masih setia menggenggam erat lengan Fea malah makin dieratkan pegangannya sambil menarik kasar menghampiri perigi itu.
“Rizal!!” jerit Fea lagi.Hampir meraung dibuatnya.

Rizal sengih.Gula-gula dalam mulutnya digigit sehingga hancur.
“Kau duduk sini!” arahnya lagi.Fea tiada pilihan.Dia terpaksa akur sekiranya tidak mahu diapa-apakan.

‘Hmmm…aku ikut cakap dia pun aku tetap kena!’
“Duduklah,kau pekak ke?Degil betul!” marah Rizal sambil menolak kepala Fea.
“Kalau kau tak nak sakit,kau duduk diam-diam di sini.Tunggu aku datang!” ucap Rizal.Fea sudah duduk mencangkung di tepi perigi sambil matanya tidak lekang menatap susuk tubuh Rizal yang tembam itu mengelilingi perigi.Dia hairan.Apa yang mahu Rizal buat?

Rizal sengih lagi sambil keningnya terangkat-angkat.Idea nakalnya muncul lagi.
Pantas tali timba yang sedia tergantung di palang kayu di tengah-tengah muka perigi itu ditarik lalu dihumbankan ke bawah.Pap! Air perigi terpercik ke dindingnya.Rizal terkial-kial menarik semula timba itu setelah pasti air perigi sudah penuh terisi.Bunyi kocakan air deras kedengaran.

Fea yang masih mencangkung hanya membatu.Tidak berani langsung mahu bergerak apatah lagi untuk bersuara.Dia hanya mampu berserah.Entah apalah nasibnya kelak.
Bunyi derapan tapak kaki ‘si monster’ a.k.a Doraemon sudah semakin jelas di pendengarannya.Dia pejam mata rapat-rapat lalu berdoa dalam hati.
“Ya Allah,kau selamatkanlah aku dari menjadi mangsa budak tembam ini.Lindungilah aku.Amin.”

Derap tapak kaki Rizal tidak berbunyi lagi.Fea hairan lalu dia membuka matanya perlahan-lahan untuk memastikan bahawa Rizal tidak berada berdekatan dengannya.
Prrrrr..Bunyi simbahan air serta merta membuatkan wajah Fea berubah.Dia terjerit-jerit lalu bangun dari cangkungannya.Tubuhnya dipeluk dan sesekali dia menggosok-gosok wajahnya yang sudah basah dek siraman air perigi.Rizal ketawa besar!
“Hahaha…padan muka!” Rizal jelir lidah.

“Kenapa awak buat saya macam ini?” tanya Fea lirih.Dia mahukan jawapan dari perbuatan Rizal yang tidak bertimbang rasa.Namun budak lelaki itu terus ketawa berdekah-dekah sambil menekan perutnya.Geli hati!
“Itu untuk hukuman kau!”

“Hukuman apa?”
“Hukuman sebab aku dapat jumpa kau!“
“Hah?
“Bodohlah kau ni! Lain kali kalau nak menyorok,pilihlah tempat yang aku tak dapat cari!Contohnya kau menyorok dalam tanah ke,atas pokok yang paling tinggi macam pokok durian ke atau pun kau menyorok je dalam perigi tu! Mesti aku tak dapat cari kau!“

Fea garu kepala.Menyorok dalam tanah?Kubur ke?Hmm…ada ke orang menyorok atas pokok durian?Tingginya!Mata Fea menoleh memandang ke arah perigi yang dimaksudkan oleh Rizal.Eee…ini lagi gila.Nak suruh aku mati bunuh diri semata-mata nak menyorok dalam perigi tu dari dikesan oleh ‘si monster‘ ini?Mesti mak marah dengan aku nanti!! Huwaaa….

Rizal ketawa lagi.Fea menjeling dengan gelagat tidak bertamadun dari Rizal.Bencinya dengan budak tembam ni!! Nasib baiklah badan aku ni kurus kering,kalau badan aku satu paten macam dia tahulah nasib dia! Gerutu Fea dalam hati.
Rizal segera mengeluarkan bungkusan lolipop dari dalam koceknya.Dia pantas mengulum lolipop itu sementara kertas balutannya di buang ke wajah Fea.Fea menunduk.
Rizal sengih lagi.“Kau nak?Kau nak tak?“ jerit Rizal apabila sedikit demi sedikit dia menghampiri Fea.Fea diam.“Hoi,pekak! Aku tanya kaulah! Kau nak tak lolipop ni?“
Fea angguk perlahan.Hatinya penuh dengan perasaan sebal tetapi demi rasa takutnya yang menjadi juara hati saat itu,dia hanya mampu berdiam diri.

“Kau nak?Nah!!“ ucap Rizal sambil membaling baki lolipop yang sudah dimakannya itu ke wajah Fea.Fea terkedu.Lolipop milik Rizal itu sudah jatuh bergolek di kaki Fea.
”Cepat ambil lolipop tu!“ arah Rizal menyinga.

”Pekak!Ambillah cepat! Kau cakap kau nak,sekarang aku dah bagi! Ambil cepat!”
Fea menggigil.Tubuhnya yang masih basah sudah menggeletar kesejukan dan ditambah dengan jerkahan Rizal yang mampu membuatkan bulu romanya meremang.Rizal memang benar-benar keterlaluan!!

“Eee…pantang betullah bila aku cakap orang buat tak tahu! Pekak! Bodoh!” herdik Rizal lagi.Dia mendegus.Marah benar apabila Fea masih membatukan diri tidak menurut arahannya.Dia geram lalu tubuh kecil itu ditolaknya sekuat hati.Terduduk Fea di atas lantai berdekatan perigi itu.Gadis itu segera meraung.Air matanya tak henti-henti mengalir.Rizal sengih lagi.Dia ketawa besar melihat gadis itu menangis.Ceh,lembik!!

“Padan muka kau!”
Fea menggosok matanya dan tidak berupaya untuk bangun dari jatuh.Dia terasa punggungnya begitu sakit malah kakinya terasa kebas.
“Fea!!Fea!!!” jerit satu suara.Rizal segera berhenti ketawa.Dia menoleh ke belakang dan dapat melihat kelibat seorang wanita kian menghampiri.Kalut saja langkahnya diatur ke arah Fea lalu pura-pura membantunya bangun dari jatuh.”Hei,diamlah! Berhenti menangis!”bisiknya keras.

“Fea…Ya Allah,Fea,Jai…kenapa ni?Apa dah berlaku?” separuh menjerit suara Lia Sari apabila terlihatkan keadaan dua orang kanak-kanak itu.”Err..Fea jatuh tadi.Jai cuba bantu dia bangun!” tipu Rizal.Fea masih tidak berhenti menangis.Dia pandang wajah Rizal dengan penuh perasaan dendam.

‘Kurang ajar kau! Pandai betul kau berlakon! Mak,si monster ini yang tolak Fea tadi!Mak karate dia mak!!‘ jerit hati Fea.Suaranya tidak mampu keluar.
“Macam mana kau boleh jatuh ni Fea?Cuai betul! Baju ni,macam mana boleh basah?”
“Tadi Fea…”

“Err….auntie, tadi Fea terjatuh masa nak ambil air dari perigi tu.Air perigi tu dah tersimbah atas badan Fea.Sebab tu basah!” Potong Rizal cepat-cepat.Lia Sari mendengus.Fea tidak mampu meneruskan kata-katanya.
“Itulah,kan mak dah pesan jangan main kat perigi ni! Bahaya! Tapi kau ni degil! Sudah,cepat bangun!” marah Lia Sari sambil menarik tangan Fea.Lia Sari segera menepis-nepis kotoran yang sudah melekat di belakang seluar Fea.Basah dan kotor! Lia Sari menggeleng-geleng lagi.

“Sudah,Fea,Jai.Jom kita balik!”
Rizal sengih sambil kenyit mata pada Fea.Fea menjeling tajam.Urghh,benci dengan kau encik pembuli!!!
"Eh,apa yang dok tercegat saja kat sini.Tahulah dah lama tak berjumpa.Sudah,jom masuk.Makanan dah lama terhidang." Ucapan Tok Saif itu benar-benar telah mematikan lamunan Fea.Fea mendengus.Dia mengerling sekilas pada wajah Rizal di hadapannya.Huh,menyampah ! Apabila dia mahu melangkah dia tersedar yang tangannya masih belum dilepaskan dari genggaman tangan Rizal.Fea cuba menarik dan memberikan isyarat mata sehingga memaksa Rizal melepaskannya jua.

‘’Nanti jangan lupa buka kasut ya ?’’ sinis sahaja sindiran Fea apabila dia sudah mendekatkan wajahnya dengan telinga Rizal pula.Sengaja menyindir mat saleh celup itu.Manalah tahu kalau-kalau budaya barat yang dibawanya masih belum boleh dibuang.Rizal sekadar mengangkat kening sambil tayang wajah blur.

Tok Saif segera mempelawa mereka semua masuk dan Fea pula adalah orang pertama yang masuk tetapi dia terus ke dapur.Dalam fikirannya masih terngiang-ngiang jerkahan dan kata-kata nakal Rizal terhadapnya.Melihat jejaka itu muncul di depan mata setelah 15 tahun benar-benar membuatkannya tidak senang duduk.

Arfa dan keluarganya melangkah masuk ke dalam banglo mewah milik Tok Saif.Matanya tidak lekang dari melihat sekeliling banglo tersebut.Ukiran-ukiran kayu yang menghiasi dinding laluan masuk menuju ke ruang tamu di banglo tersebut cukup mengasyikkan namun mata Arfa lebih tertumpu pada satu ruang khas yang agak terselindung semasa dia baru saja melepasi ruang tamu menuju ke tengah banglo.Dia sangat tertarik dengan dinding kaca yang dilapisi hiasan dan tulisan ayat-ayat Al-Quran seolah-olah mimbar seperti yang terdapat di masjid.

Sepanjang keberadaannya di luar negara,tidak satu pun hiasan dalam mana-mana rumah di sana yang menarik minatnya tetapi rumah bapa saudaranya itu sangat cantik dengan rekaan unik dan klasik.Dia terpesona.Tidak disangka,rumah Tok Saif sangat cantik dan mewah!

Mereka semua dipersilakan ke ruang makan yang serba mewah yang terletak berhampiran dengan kolam renang.Ruang makan yang seolah-olah ballroom kecil itu dihias indah dengan bunga-bunga segar berserta reben dan renda berwarna biru lembut dan putih.Terasa seperti dalam taman saja.Di dalam ruang makan itu sudah terletak enam meja bulat yang boleh memuatkan lapan orang dan ianya sudah dipenuhi oleh sanak saudara Fea yang sudah lama menantikan kehadiran keluarga Arfa.

Manakala dua meja bulat sedikit besar berkonsep ala-ala inggeris telah diletakkan di kawasan paling hadapan ruang makan dan mereka semua dipersilakan duduk di situ selepas bersalaman dengan sanak saudara yang hadir.Lia Sari,Arfa,Mokhtar,Tok Saif beserta Azman iaitu adik Lia Sari dan isterinya Zarina duduk semeja manakala Rania,Rizal dan Aimin duduk di meja sebelah.Baru saja Tok Saif mahu mengambil tempatnya,pengerusi majlis sudah memulakan acara.Selepas itu bacaan doa pula mengiringi suasana dan selesai saja bacaan doa,pembantu-pembantu rumah Tok Saif segera menghidangkan makanan di setiap meja ala-ala seperti di hotel.

Sedang sibuk pembantu rumah Tok Saif menghidangkan makanan kepada tetamu,Tok Saif perasan yang Fea tidak berada bersama di meja makan.Hairan rasanya.Ke mana pulak budak seorang ni menghilang."Berbual dululah ya.Aku nak pergi cari Fea sekejap." ujar Tok Saif sambil bangun.Lia Sari yang sibuk berbual dengan Arfa dan Mokhtar terhenti bicaranya apabila nama Fea disebut oleh Tok Saif."Cari Fea?Eh,tadi bukan ke Fea ada di sini Pak Lang?Mana pula dia pergi?" Lia Sari pandang keliling.Sungguh,rasanya dia baru terlihat kelibat Fea tapi tiba-tiba saja menghilang."Tak apa,biar aku yang pergi cari."

Lia Sari mengangguk lantas menyambung semula perbualannya yang sesekali diselang selikan dengan ketawa.Rania yang duduk berselang satu kerusi dengan Aimin terus menyiku lengan adiknya yang duduk di sebelah kirinya.Rizal angkat kening."Jai,did you notice?“ “Notice what?“ “The girl,Sofea." ucap Rania berbisik di telinga Rizal."Why?" Rizal hairan.Apa hal pulak kakaknya sibuk tanya pasal Fea.

"Semacam je.Macam tak suka kita datang." sinis sungguh bunyinya namun Rizal berdehem sebentar sebelum membalas pertanyaan Rania."Entah,tak tahulah sis.Maybe dia terkejut tengok kita.Well,kitakan bergaya.Tambah-tambah Jai yang handsome ni.Mesti dia tergoda kan? Sebab itulah dia menghilang tak nampak batang hidung.Malu agaknya." sengih Rizal sambil menguak anak rambutnya ke belakang dengan sebelah tangan.Rania tutup mulut dengan tangannya menahan ketawa.Tak habis-habis nak perasan saja adiknya yang seorang itu.Aimin yang duduk berhampiran Rania dan Rizal sekadar memerhati gelagat kedua beradik itu.Inilah rupanya budak tembam yang selalu bikin kacau masa kecik-kecik dulu.

Sementara di dapur,Tok Saif tercari-cari kelibat Fea."Munah kau ada nampak Fea?Entah ke mana dia pergi ni!" tanya Tok Saif pada salah seorang tukang masaknya yang baru saja mengemas kabinet dapur yang sedikit berselerak."Tu hah,Tuan.Dia ada di belakang tu.Dari tadi dia di situ." muncung saja bibir Munah yang berusia lewat 30-an.Tok Saif angguk.

Tok Saif lantas mendekati Fea yang sedang enak mengunyah mangga masam yang baru diambil dari peti sejuk.Elok saja dia mencangkung seperti orang nak buang air besar di belakang dapur berhampiran dengan pintu keluar.

"Lah,kau di sini Fea?Orang lain sibuk nak makan nasi kau pulak sibuk makan mangga?Isyh,sudah! Mari ikut aku pergi ke depan.Semua orang sedang menunggu."Fea melangut apabila Tok Saif datang menegur.Alamak,kantoi sudah apabila perangai tak senonohnya sambil mengunyah mangga macam pencuri buah lepak atas pokok telah diperhatikan oleh Tok Saif.Fea sekadar mampu tersengih.Dia menggeleng."Tak naklah Tok Saif.Tok Saif pergilah,Fea malas.Lepak sini lagi seronok.Dapat makan mangga masam!" Tok Saif mendengus.

"Sudah,kau jangan mengada-ngada!Arfa sekeluarga datang dari jauh-jauh tapi kau pula sibuk dengan mangga tu.Esok-esok pun kau boleh makan lagi.Dah,jom ikut Tok Saif.Lagipun kita kan dah lama tak jumpa mereka semua.Apa pula kata mereka nanti kalau kau duduk di sini." ajak Tok Saif.Namun Fea masih membatu sambil mengulum mangga masam yang tidak dipotong itu.Dengan biji-bijinya sekali disumbat ke mulut.Haisyh...Fea...Fea....

"Fea,dengar tak apa aku kata ni?" Fea terkapai-kapai apabila suara 'macho' Tok Saif menerjah gegendang telinganya."Hah,yelah-yelah.Tok Saif pergi dulu.Kejap lagi Fea datang.Nak basuh tangan sekejap." Tok Saif angguk lalu segera berlalu.
Kaki Fea perlahan-lahan mendekati meja bulat di dalam ballroom itu.Dari jauh lagi dia sudah terdengar suara riuh emaknya bergelak ketawa bersama Arfa sekeluarga.
Amboi! Mak aku ni,dah lupa dunialah tu.Tahulah lama tak berjumpa,tapi gelaknya mengalahkan orang kena geletek!

"Fea,kau pergi mana?Dah lama kami semua menunggu." ucap Lia Sari.Fea buat muka bodoh lalu menarik kerusi bersebelahan dengan emaknya.Di hadapannya sudah terhidang bermacam-macam lauk yang sedap-sedap.Terbuka pula seleranya apabila terpandang lauk-lauk tersebut yang sudah semestinya telah dimasak oleh orang gaji Tok Saif yang berduyun tu.

Fea sengih dalam hati.Dia toleh pandang wajah Aimin yang duduk di meja sebelah bersama dua ekor angsa.Aimin sekadar memandang kosong wajahnya.
“Fea,kau pergilah duduk sekali dengan Rizal dan Rania.Pergi berbual-bual dengan diorang.Sini tempat orang-orang dewasa bercerita.“ Ujar Lia Sari seolah-olah menghalau anak perempuannya dari situ.Fea buat muka tetapi menghormati kehendak emaknya yang ‘dewasa’ itu lalu dengan berat hatinya melangkah mendekati meja yang diduduki oleh ‘musuh’nya itu.

BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...