Bagasi besar berwarna
hitam itu sudah penuh dengan pakaian.Pelbagai barang dan pakaian yang disumbat
ke dalamnya sehinggakan mahu menutup zip pun susah.Hmmm…nasib baik muat!! Kalau
tidak parah juga dia mahu menyediakan satu lagi beg!
Rizal menguntum
senyuman lalu meletakkan bagasi besar itu di tepi pintu biliknya.Beratnya usah
dikata,mungkin mencapai tahap berkilo-kilo.Tersenget-senget badannya
mengalihkan beg itu ke tepi pintu bilik.Fuhh….selesai satu masalah!!
Kini ada
perkara yang perlu diperiksa lagi.Kalut saja dia menuju ke meja
komputernya.Laci di situ ditarik lalu dia mengeluarkan beberapa dokumen penting
termasuklah passport.Kesemua barang-barang penting itu sengaja diletakkan di
atas meja komputer supaya senang dilihat.Takut kalau-kalau tertinggal.
Badannya cepat-cepat
dilemparkan ke katil empuknya lalu kedua-dua tangannya di letakkan di bawah
kepala.Dia senyum lagi sambil memerhati ke siling.
Ah,tidak sangka
akhirnya bumi asing ini bakal ditinggalkan tidak berapa lama lagi.Hanya tinggal
10 jam saja dia bakal kembali ke Malaysia.Dia bakal meninggalkan segala-galanya
yang pernah dia miliki dan kecapi selama tinggal di sini.Tidak sangka,selepas
15 tahun menghuni negara asing,dia bakal menjejakkan semula kakinya ke tanah
air tercinta.Tercinta?Rizal senyum lagi.
Hatinya berasa sedikit
sedih untuk meninggalkan bumi Birmingham.Dia juga akan tinggalkan
kawan-kawannya,keluarga angkatnya,jiran-jiran yang peramah dan baik hati iaitu Aunt
Marie,Aunt Janet,Uncle Tommy,Brenda,Victor,Kenny,Simon dan beberapa lagi nama
yang sudah melekat dalam hatinya.Biar pun ada kesedihan di hati,dia masih punya
keterujaan.
Ya,keterujaan untuk berjumpa dengan sanak saudara yang sudah lama
tidak bertemu.Dia rindu pada mereka.Dia tersangat ingin bertemu dengan seluruh
keluarga yang berada di Malaysia.Entah apalah yang mereka buat sekarang
ini.Rizal sengih memikirkan semua orang-orang yang pernah hadir dalam hidupnya
yang telah lama ditinggalkan.
Tiba-tiba saja
fikirannya menerawang kepada peristiwa 15 tahun dulu….
+++++++
“Cepat!! Aku kira
sampai 10.Kau mesti lari,kalau kau tak lari,aku humban kau dalam tali air tu!!”
Jerit Rizal tidak langsung mahu bertolak ansur dengan gadis kecil molek
itu.Gadis itu memandang wajah Rizal dengan takut-takut.Badannya
menggeletar,tangannya menggigil.Dia hanya mampu mengangguk namun bibirnya kelu
tidak terkata apa.
“Apa tunggu
lagi?Cepatlah!” herdik Rizal garang.Matanya mencerlung memandang gadis itu
tanpa belas.
“Ce..cepatlah..kira.”
ucap gadis itu takut-takut.Sungguh dia terasa kepala lututnya lemah longlai
mendengar jerkahan dari budak lelaki berusia 10 tahun yang mempunyai saiz
fizikal yang jauh berbeza darinya.Memandangnya sahaja sudah membuatkan gadis
itu kecut perut apatah lagi mendengarkan suaranya yang bagaikan
halilintar.Ah,dia tidak punya pilihan.
“Cepat!Aku kira,kau
mesti lari! Kalau tak lari tahulah apa nasib kau!” ucap Rizal sekali lagi
mengulang ayat yang sama terhadap si gadis.Memang tidak punya perasaan bersalah
langsung malah dia berasa seronok mengawal dan mengarah-arah gadis
itu.”Satu…dua…tiga…” Sofea cepat-cepat mengatur langkah seribunya,berlari
seperti yang diarahkan oleh Rizal.
Itulah yang terpaksa
dia hadapi apabila Rizal sudah muncul di depan mukanya.Dia tahu,Rizal memang
suka main sorok-sorok.Sebab itulah budak lelaki itu sengaja menyuruhnya
melarikan diri dari situ dan menyorok di mana-mana tempat yang dirasakan
selamat supaya Rizal dapat meneruskan misi memburu ‘mangsa’.
Sofea benar-benar tidak
tahu mahu berbuat apa apabila Rizal sering datang ke rumah neneknya terutama
pada musim cuti sekolah bersama-sama keluarganya.Maka,ibu bapa mereka pasti
menyuruh Sofea mengajak Rizal bermain bersama-sama.Huh,kalaulah semua orang
tahu bahawa Rizal selalu membulinya sudah pasti dia tidak dibenarkan bermain di
luar.
Tercungap-cungap nafas
gadis kecil itu.Dia segera mengambil tempat yang agak selamat di belakang satu
pondok kecil berdekatan dengan perigi yang terletak di belakang rumah kayu
milik neneknya yang sudah disewakan untuk orang kampung.Dia dapat merasakan
bahawa tempat itu agak selamat dari dikesan oleh ‘si monster’ bernama Rizal.
“Warghhhh!!” jerkah
Rizal sambil tunjuk senyum nakal.Sofea menjerit nyaring lantas dadanya
diurut.Terkejut!!
“Hahaha…yes!! Aku dapat
jumpa kau!! Bangun cepat!” Arah Rizal lagi sambil menarik kasar lengan Sofea.Sofea
menggeleng,takut benar dengan Rizal yang kuat membuli.Entah ilmu apa yang dipakainya
sehingga mahu melawan pun dia tidak mampu.
Rizal…bukannya kuat
mana pun.Mahu kata gergasi macam Big Foot tak juga apatah lagi macam
Godzilla.Oh,mungkin macam Doraemon saja cuma
perangai nakal itu semakin menjadi-jadi dari hari ke hari.Mentang-mentanglah
badannya kecil dan comel senang-senang saja si Doraemon ini mahu membulinya.Doraemon
tembam!!
“Hoi! Bangun!
Bangunlah…degil sangat kenapa?” marah Rizal.Mulutnya yang penuh dengan gula-gula
sempat lagi mengherdik Sofea.Sofea pandang wajah Rizal sekali lalu namun dia gagahkan
jua dirinya untuk berdiri.Kalau tak mengikut arahan nanti,sahih dirinya akan
diikat di pohon rambutan macam minggu lepas akibat kalah dengan Rizal dalam
permainan congkak.Kalau tak pun sudah tentu mulutnya akan disumbat dengan pasir
sungai.Ceh,bikin sakit hati saja!
“Awak nak suruh
saya…bu..buat apa,Rizal?”
“Kau jangan banyak tanya!
Jom ikut aku!” tanpa membuang masa Rizal segera mengheret tangan Sofea
mendekati perigi.Hati Sofea sudah cuak melihat perigi sudah dekat dengan
mereka.Dalam fikirannya,pelbagai perkara bakal berlaku hari ini.Sah,aku bakal kena
tolak dalam perigi!!Oh,tidak!! Esok mesti cerita aku masuk berita muka surat
depan!!
“Janganlah Rizal! Awak
nak bawa saya pergi mana?” suara Sofea kendur.Air matanya sudah merembes cuba
meronta-ronta minta tangannya dilepaskan namun Rizal tidak
menghiraukannya.Budak nakal itu masih setia menggenggam erat lengan Sofea malah
makin dieratkan pegangannya sambil menarik kasar menghampiri perigi itu.
“Rizal!!” jerit Sofea
lagi.Hampir meraung dibuatnya.
Rizal sengih.Gula-gula
dalam mulutnya digigit sehingga hancur.
“Kau duduk sini!”
arahnya lagi.Sofea tiada pilihan.Dia terpaksa akur sekiranya tidak mahu
diapa-apakan.
‘Hmmm…aku ikut cakap dia
pun aku tetap kena!’
“Duduklah,kau pekak
ke?Degil betul!” marah Rizal sambil menolak kepala Sofea.
“Kalau kau tak nak
sakit,kau duduk diam-diam di sini.Tunggu aku datang!” ucap Rizal.Sofea sudah
duduk mencangkung di tepi perigi sambil matanya tidak lekang menatap susuk
tubuh Rizal yang tembam itu mengelilingi perigi.Dia hairan.Apa yang mahu Rizal
buat?
Rizal sengih lagi
sambil keningnya terangkat-angkat.Idea nakalnya muncul lagi.
Pantas tali timba yang
sedia tergantung di palang kayu di tengah-tengah muka perigi itu ditarik lalu
dihumbankan ke bawah.Pap! Air perigi terpercik ke dindingnya.Rizal terkial-kial
menarik semula timba itu setelah pasti air perigi sudah penuh terisi.Bunyi
kocakan air deras kedengaran.
Sofea yang masih
mencangkung hanya membatu.Tidak berani langsung mahu bergerak apatah lagi untuk
bersuara.Dia hanya mampu berserah.Entah apalah nasibnya kelak.
Bunyi derapan tapak
kaki ‘si monster’ a.k.a Doraemon sudah semakin jelas di pendengarannya.Dia
pejam mata rapat-rapat lalu berdoa dalam hati.
“Ya Allah,kau
selamatkanlah aku dari menjadi mangsa budak tembam ini.Lindungilah aku.Amin.”
Derap tapak kaki Rizal
tidak berbunyi lagi.Sofea hairan lalu dia membuka matanya perlahan-lahan untuk
memastikan bahawa Rizal tidak berada berdekatan dengannya.
Prrrrr..Bunyi simbahan
air serta merta membuatkan wajah Sofea berubah.Dia terjerit-jerit lalu bangun
dari cangkungannya.Tubuhnya dipeluk dan sesekali dia menggosok-gosok wajahnya
yang sudah basah dek siraman air perigi.Rizal ketawa besar!
“Hahaha…padan muka!”
Rizal jelir lidah.
“Kenapa awak buat saya
macam ini?” tanya Sofea lirih.Dia mahukan jawapan dari perbuatan Rizal yang
tidak bertimbang rasa.Namun budak lelaki itu terus ketawa berdekah-dekah sambil
menekan perutnya.Geli hati!
“Itu untuk hukuman kau!”
“Hukuman apa?”
“Hukuman sebab aku dapat jumpa kau!“
“Hah?
“Bodohlah kau ni! Lain kali kalau nak menyorok,pilihlah tempat yang aku tak
dapat cari!Contohnya kau menyorok dalam tanah ke,atas pokok yang paling tinggi
macam pokok durian ke atau pun kau menyorok je dalam perigi tu! Mesti aku tak
dapat cari kau!“
Sofea garu kepala.Menyorok dalam tanah?Kubur ke?Hmm…ada ke orang menyorok
atas pokok durian?Tingginya!Mata Sofea menoleh memandang ke arah perigi yang
dimaksudkan oleh Rizal.Eee…ini lagi gila.Nak suruh aku mati bunuh diri
semata-mata nak menyorok dalam perigi tu dari dikesan oleh ‘si monster‘
ini?Mesti mak marah dengan aku nanti!! Huwaaa….
Rizal ketawa lagi.Sofea menjeling dengan gelagat tidak bertamadun dari
Rizal.Bencinya dengan budak tembam ni!! Nasib baiklah badan aku ni kurus
kering,kalau badan aku satu paten macam dia tahulah nasib dia! Gerutu Sofea
dalam hati.
Rizal segera mengeluarkan bungkusan lolipop dari dalam koceknya.Dia pantas mengulum
lolipop itu sementara kertas balutannya di buang ke wajah Sofea.Sofea menunduk.
Rizal sengih lagi.“Kau nak?Kau nak tak?“ jerit Rizal apabila sedikit demi
sedikit dia menghampiri Sofea.Sofea diam.“Hoi,pekak! Aku tanya kaulah! Kau nak
tak lolipop ni?“
Sofea angguk perlahan.Hatinya penuh dengan perasaan sebal tetapi demi rasa
takutnya yang menjadi juara hati saat itu,dia hanya mampu berdiam diri.
“Kau nak?Nah!!“ ucap Rizal sambil membaling baki lolipop yang sudah
dimakannya itu ke wajah Sofea.Sofea terkedu.Lolipop milik Rizal itu sudah jatuh
bergolek di kaki Sofea.
”Cepat ambil lolipop tu!“ arah Rizal menyinga.
”Pekak!Ambillah cepat! Kau cakap kau nak,sekarang aku dah bagi! Ambil
cepat!”
Sofea menggigil.Tubuhnya yang masih basah sudah menggeletar kesejukan dan
ditambah dengan jerkahan Rizal yang mampu membuatkan bulu romanya
meremang.Rizal memang benar-benar keterlaluan!!
“Eee…pantang betullah bila aku cakap orang buat tak tahu! Pekak! Bodoh!” herdik
Rizal lagi.Dia mendegus.Marah benar apabila Sofea masih membatukan diri tidak
menurut arahannya.Dia geram lalu tubuh kecil itu ditolaknya sekuat
hati.Terduduk Sofea di atas lantai berdekatan perigi itu.Gadis itu segera
meraung.Air matanya tak henti-henti mengalir.Rizal sengih lagi.Dia ketawa besar
melihat gadis itu menangis.Ceh,lembik!!
“Padan muka kau!”
Sofea menggosok matanya dan tidak berupaya untuk bangun dari jatuh.Dia
terasa punggungnya begitu sakit malah kakinya terasa kebas.
“Sofea!!Sofea!!!” jerit satu suara.Rizal segera berhenti ketawa.Dia menoleh
ke belakang dan dapat melihat kelibat seorang wanita kian menghampiri.Kalut saja
langkahnya diatur ke arah Sofea lalu pura-pura membantunya bangun dari
jatuh.”Hei,diamlah! Berhenti menangis!”bisiknya keras.
“Sofea…Ya Allah,Sofea,Jai…kenapa ni?Apa dah berlaku?” separuh menjerit
suara Lia Sari apabila terlihatkan keadaan dua orang kanak-kanak itu.”Err..Sofea
jatuh tadi.Jai cuba bantu dia bangun!” tipu Rizal.Sofea masih tidak berhenti
menangis.Dia pandang wajah Rizal dengan penuh perasaan dendam.
‘Kurang ajar kau! Pandai betul kau berlakon! Mak,si monster ini yang tolak Sofea tadi!Mak karate dia
mak!!‘ jerit hati Sofea.Suaranya tidak mampu keluar.
“Macam mana kau boleh jatuh ni Sofea?Cuai betul! Baju ni,macam mana boleh
basah?”
“Tadi Sofea…”
“Err….Auntie tadi Sofea terjatuh masa nak ambil air dari perigi tu.Air perigi
tu dah terjatuh atas badan Sofea.Sebab tu basah!” Potong Rizal cepat-cepat.Lia
Sari mendengus.Sofea tidak mampu meneruskan kata-katanya.
“Itulah,kan mak dah pesan jangan main kat perigi ni! Bahaya! Tapi kau ni degil! Sudah,cepat bangun!” marah Lia
Sari sambil menarik tangan Sofea.Lia Sari segera menepis-nepis kotoran yang
sudah melekat di belakang seluar Sofea.Basah dan kotor! Lia Sari
menggeleng-geleng lagi.
“Sudah,Sofea,Jai.Jom kita balik!”
Rizal sengih sambil kenyit mata pada Sofea.Sofea menjeling
tajam.Urghh,benci dengan kau encik pembuli!!!
++++++++++++++
Ketukan di pintu biliknya membuatkan dia cepat-cepat tersedar dari tidur
lenanya.Rizal menguap besar lalu menggeliat.Kalut saja tangannya memulas tombol
pintu yang diketuk bertalu-talu dari arah luar.“Jai,siap cepat.Sekejap lagi
kita dah nak bertolak.“ Rizal mengangguk apabila Arfa emaknya mengarahkannya
bersiap.Jarum jam di dinding dikerling sekilas.Huh,patutlah.Dah pukul 4 pagi
waktu UK.Dia sengih lalu kakinya segera diatur ke bilik mandi.
Rumah Inggeris itu ditinggalkan jauh ke belakang.Sayu pula rasa hatinya
mahu meninggalkan dunia yang sudah sebahagian menjadi dirinya.‘Tak apalah,nanti
ada masa aku boleh kembali ke sini!‘ tekadnya dalam hati.
Rizal lihat Rania di sebelah.Gadis itu masih terliuk lentok kepalanya
melayan kantuk.“Mama,pukul berapa kita sampai di Malaysia?“ ucapnya memandang
kepada Arfa yang berada di bahagian belakang pemandu teksi.“Lebih kurang pukul
8 malam waktu Malaysia.Kenapa?“
“Kita nak balik ke mana?“
Arfa senyum.
“Jai takkan dah lupa?Kan kita terus ke rumah Tok Saif.Tok Saif ada buat
majlis sambutan untuk kita sekeluarga.“
Mata Rizal terlopong.Hah,biar betul?Ada majlis sambutan?Wow,dah macam orang
penting je! Ini yang tak sabar rasanya nak sampai ke Malaysia!!
++++++++++++
Boeing 747 sudah lama mendarat di landasannya.Mereka sekeluarga segera
mengatur langkah menuju ke balai ketibaan KLIA sambil masing-masing menolak
troli berisi bagasi.Suasana yang sibuk membuatkan Rizal memerhati sekeliling.Hatinya
begitu kagum.Sungguh dia tidak menyangka terlalu ketara perubahan yang berlaku
sepanjang ketiadaannya di Malaysia.Kekagumannya makin menjadi-jadi apabila
ternampak kelibat seorang lelaki yang sedang memegang poster besar berwarna
putih tertera nama ARFARINA & MOKHTAR.
“Assalamualaikum.“ Sapa Arfa mendekati lelaki berusia 40-an yang memegang
poster tersebut.“Waalaikummussalam.Puan Arfarina?“ Arfa mengangguk.
“Saya Ramli,pemandu Tuan Saifuddin.Jemput naik Puan,Encik.“ Ramah Ramli
mempelawa mereka menaiki BMW berwarna hitam itu lalu segera mengambil
bagasi-bagasi untuk diletakkan di bonet belakang.
Perjalanan dari KLIA ke rumah Tok Saif hanya memakan masa selama setengah
jam.Rania sudah mula mengipas-ngipas wajahnya dengan topi besar miliknya yang
diselitkan di dalam beg nya.
“Mama,Papa…kenapa panas sangat?Malam-malam pun panas !“ rungutnya
tidak bertapis.Mokhtar jeling anak daranya di kerusi belakang.
“ Mana ada panas,Nia.Sejuk je papa rasa.“
“Eee..tengok ni Nia dah berpeluh dah.Errr…uncle,Malaysia memang selalu
panas ke?” tanya Rania kepada Ramli yang masih fokus memandu.Ramli sengih
sambil pandang cermin pandang belakang.”Tak adalah selalu.Kadang-kadang tu
hujan jugak.Rasa-rasanya mungkin malam nanti hujan,sebab tu sekarang terasa
bahangnya.”
Rania sudah tergaru-garu lehernya.Topi besar ala-ala Paris Hilton itu
digunakan lagi untuk mengipas wajahnya.
“Uncle,boleh tak kuatkan
sikit aircond tu.Seriously,I’m sweating!!” arahnya lagi.Rizal tergeleng-geleng
melihat tingkah laku kakaknya.Huh,sikit-sikit panas! Bilanya yang tak panas?
“Sis,ini Malaysia
okey.Kenalah ajar sistem perpeluhan tu untuk mengawal peluh-peluh sis dari
keluar berlebihan!” Rizal berlawak.Dia sengih tayang gigi apabila Rania sudah
berkerut dahi memandangnya.
“Yeah
right!! Not funny,okay!!” balas Rania lagi sambil mencebir.
Mata Rania sedikit
terbuntang apabila kereta mereka tiba di pintu masuk banglo mewah milik Tok
Saif merangkap bapa saudara ibu mereka Arfa.Dia benar-benar tidak sangka datuk
saudaranya yang sudah lama tidak ketemu itu seorang orang berada.Dia masih
ingat,mamanya pernah bercerita tentang lelaki tua warga emas itu yang sudah
bergelar hartawan yang terkenal di Malaysia.Sungguh dia memang tidak sangka
bahawa lelaki itu kaya sebegini rupa.Ini baru saja rumahnya,belum masuk lagi
aset-asetnya yang entah bernilai berapa juta dia sendiri tidak pasti.Setahunya,sewaktu
meninggalkan tanah air 15 tahun dulu,lelaki itu hanyalah usahawan
kecil-kecilan.
“Wow,this
is amazing!” ucap Rania apabila kereta melalui taman
mini buatan berserta air pancut dan kolam kecil yang mempunyai lanskap
menarik.Ada cahaya lampu bersinar-sinar menghiasi taman mini tersebut malah ada
juga beberapa ekor angsa putih sedang berenang-renang di dalam kolam itu.
“Sis,sudah-sudahlah tu!
Kejap lagi boleh sambung melopong tu.Jom,kita dah sampai.Turun.” siku Rizal di
sebelahnya.
Rizal turun dari BMW
dengan penuh gaya ala-ala lelaki urban.Jaket kulit hitamnya jenama Calvin Klein
di tanggalkan lalu diletakkan di atas bahu.Kaca matanya yang masih dipakai
tidak sedikit pun disentuh.Dia segera mendekati Arfa.
Dalam hatinya,dia
berdoa semoga dia dapat berjumpa dengan gadis comel itu.Dia terlalu lama
memendam rasa dan menjelang hari-hari keberangkatanya pulang ke Malaysia,dia
sentiasa berdoa semoga dia dapat bertemu dengan gadis comel yang pernah menjadi
mangsa bulinya sejak dulu.Dia tahu,mungkin gadis itu masih marahkannya dan
membenci dirinya namun dia kuatkan hati agar apabila dia bertemu gadis itu,dia
mahu meminta maaf.Biarpun peristiwa itu sudah lama berlalu,dia mahu menebus
kesalahannya biarpun dirinya bakal dibenci.
"Lupa pula nak kenalkan
anak auntie.Ni Rania dan ini pula
Rizal.Ingat tak lagi pada Nia dan Jai?" Kata-kata Arfa
benar-benar mematikan lamunannya.Dia senyum nipis lalu menanggalkan kaca mata
hitamnya.
Huluran tangan Sofea
terus disambutnya lalu dia sengaja mendekatkan bibirnya ke telinga Sofea.”Hai
honey.Masih ingat I lagi?” Rizal sengih,sengaja menunggu reaksi gadis
itu.Tangannya yang masih dalam genggaman Sofea segera dilepaskan oleh gadis itu
setelah beberapa kali berdehem halus.Rizal kemudian sengaja mengenyit mata
nakal.Alahai,comelnya dia!! Tetap comel sewaktu aku tinggalkan bumi
Malaysia.Dan dia tetap comel seperti masa aku menjadikannya mangsa buli aku
dulu!!
Rizal dan Rania
berjalan lambat-lambat masuk ke dalam banglo mewah.Mata Rizal masih sempat
menangkap gelagat kakaknya yang masih setia mengipas-ngipas wajahnya dengan
topi Paris Hilton.
Sepanjang perjalanan
majlis menyambut ketibaan mereka sekeluarga,mata Rizal tercari-cari kelibat Sofea
yang sudah menghilangkan diri namun apabila gadis itu duduk berhadapan
dengannya,dia jadi lega.Senyumnya bertambah lebar malah matanya merenung dalam
wajah gadis itu.Ah,kenapa perasaan aku jadi begini?Adakah aku sudah jatuh
cinta?
++++++++
Dia beria-ia meminta
alamat rumah Lia Sari daripada Tok Saif.Tidak tahan rasanya menahan perasaan
andai tidak melihat wajah Sofea.Perasaannya semakin hari semakin besar untuk
gadis itu.Dia benar-benar sudah jatuh cinta pandang pertama.Bunyinya macam
kelakar apabila jatuh cinta pada saudara sendiri namun itulah hakikat yang
Rizal terpaksa terima saat ini apabila hatinya penuh dengan lagu-lagu irama serta
bunga-bunga cinta.
Dia tidak betah duduk
diam tidak berbuat apa-apa.Dia menanam tekad untuk menawan hati gadis itu
walaupun dia sedar Sofea sudah jauh berubah.Dia masih ingat bagaimana layanan
yang diterima dari gadis itu sewaktu di rumah Tok Saif.Urghh…dingin!! Tak apa…ini
Rizal! Aku pasti akan dapatkan apa yang aku nak walaupun terpaksa meredah
lautan api,mendaki gunung tinggi atau menyusur hutan belantara.
Setelah memastikan
alamat yang tertera di atas kertas putih dalam tangannya sama dengan alamat di
dinding tepi pagar sebuah rumah teres,dia segera memakirkan keretanya.Setelah
salam diberi,dia disambut oleh Lia Sari.
"Sorry ya Auntie,pagi-pagi lagi dah
ganggu." ucap Rizal sambil mengekor Lia Sari masuk ke dalam."Lah,tak
payahlah nak minta maaf.Tak ada apa pun.Tak adalah pagi mana pun.Dah dekat
pukul 10.Dah nak masuk tengah hari dah." Rizal mengangguk.Dia cepat-cepat
membuka kasut dan masuk ke dalam.Lia Sari segera menjemputnya duduk.”Eh,tahu
pula jalan nak ke rumah auntie ni?Tak sesat ke?”Tanya Lia Sari.Rizal senyum.
”GPS kan ada
auntie.Senang je nak cari rumah auntie bila adanya GPS.”Rizal sengih.Lia Sari
mengangguk.Lupa pula dia dunia sekarang ada GPS yang diibaratkan macam peta
mencari lokasi.
"Duduklah Jai.Minta
maaflah Jai rumah Auntie ni berselerak sikit.Nak harapkan anak dara sorang
tu,hmmm....sampai ke tua lah dok macam tu juga.Eh,Jai dah sarapan belum?Kalau
belum jomlah sarapan kat sini.Auntie
masak bihun goreng hari ni." Lia Sari beria ajak Rizal namun Rizal menolak
dengan lembut."Tak apalah auntie,tak
payah susah-susah.Jai dah makan dah tadi.Err..auntie,Sofea mana?Keluar ke?" Lia Sari sudah mencebik apabila
Rizal bertanya tentang anak gadisnya yang pemalas itu.
"Keluar
apanya,Jai?Ada kat atas tu hah,tengah berkubang.Dia tu selagi belum tengah hari
jangan harap nak nampak batang hidung.Harapan kalau nak bangun awal-awal!"
Sudah,Lia Sari sudah memulakan mukadimahnya.
Rizal tersengih
lagi."Oh,yeke? Hari ini cadang nak ajak Sofea teman Jai jalan-jalan.Maklumlah
auntie,Jai dah lama tak balik
sini.Jalan-jalan pun dah banyak yang berubah.Takut sesat tak jumpa jalan balik
nanti." seloroh Jai cuba meyakinkan Lia Sari.”Apa susahnya Jai,kan ada
GPS?” Lia Sari memulang paku buah keras.Rizal garu kepala.Alamak,terkena balik!
“Hah,betul jugak! Ada
GPS!” Rizal ketawa,sekadar menutup malu.Lia Sari juga turut ketawa.
‘‘Sekejap auntie kejutkan dia.Susah betul
kalau ada anak dara macam dia tu.Bukan main liat nak bangun pagi,kalah budak
kecil.Duduk dulu ye Jai.Kejap lagi auntie buatkan minuman.’’ ucap Lia Sari
terus bangun menuju ke tingkat atas.Rizal angguk.Tidak sabar rasanya mahu
berjumpa dengan gadis itu.Dia sengih lagi.
Rizal segera mengambil
alat kawalan jauh televisyen lantas mengalih siaran rancangan.Hmm…nampaknya tiada
rancangan pun yang menarik minatnya.Tiba-tiba saja matanya lekas tertancap pada
beberapa album gambar yang elok tersusun di celah meja kopi di
hadapannya.Sepantas kilat dia menarik keluar album gambar itu.Album berwarna
biru tua yang agak besar diselak satu per satu sehingga sampai kepada satu
keping gambar yang membuatkannya benar-benar tertarik.Rizal pandang ke arah
tangga untuk memastikan Lia Sari belum muncul di situ.Tiba-tiba timbul idea
nakalnya untuk menarik keluar gambar itu dari album.Dia sengih lagi.
+++++++++++++++
Lia Sari menolak
perlahan-lahan pintu bilik Sofea yang tidak berkunci.Dari pintu lagi dia sudah
dapat mendengar dengan jelas dengkuran Sofea yang seperti seladang bunting
itu.Lia Sari menggeleng-geleng kepala sambil bercekak pinggang.Dia lantas masuk
ke dalam bilik Sofea dan menutup separuh pintu biliknya.Dia mendekati Sofea
yang sedang berselubung satu badan dengan selimut.Mahu saja wanita itu menghamburkan amarahnya apabila melihat Sofea
begitu enak menikmati tidur di bawah kain tebal itu tetapi apabila mengingatkan
Rizal berada di bawah dimatikan saja niatnya itu.Jika tidak,sahih bergegar satu
rumah mendengar suaranya.Lia Sari segera
memanggil nama Sofea perlahan tetapi memandangkan tiada respon positif dari
gadis itu,dia terus menarik selimut
tebal dari tubuh Sofea.Dia lihat Sofea memeluk bantal kecil.Sekali pandang
nampak macam beruang koala sedang tidur.Dia tidak membiar lama keadaan Sofea
sebegitu lalu dia menarik hidung kecil Sofea.Gadis itu mendengus kasar dan
menggaru-garu hidungnya.Mungkin rasa terganggu dengan tindakan Lia Sari.Lia
Sari merengus kasar. ‘’Isyh,budak bertuah ni.Aku cuit pun dia buat
bodoh.Ini kalau letak bom mesti tak sedar.Sofea…Sofea….Nak kena ni !’’
Lia Sari memanggil lagi
anak gadisnya dengan suara lemah lembut.Kalau dipanggil kasar-kasar terbang
pula semangat anaknya.Tak pasal-pasal roh dia tak kembali ke badan.
Sofea merengus.Dia
berkalih sedikit cuma namun dalam masa seminit dia tersedar kerana terasa
badannya yang sudah tidak berselimut.Dia pandang bawah dan nampak selimutnya
sudah berada di kaki.Dia menarik selimut tebal itu ke badannya dan menutupnya
seluruh badan termasuk muka seperti tadi.Dia sedikit pun tidak perasan akan
kehadiran Lia Sari di situ.
‘’Selamat pagi Tuan Puteri!" ucap Lia
Sari dalam suara yang agak kuat.Sofea terkejut namun masih dalam keadaan mamai
dan dia masih tidak dapat mengecam suara Lia Sari.Dia menarik selimut tebalnya
semula menjauhi muka.Tiba-tiba dia bangun dan menjerit.Mahunya tak
menjerit,tiba-tiba saja dia nampak ada seorang wanita tua bertongkat yang masuk
ke dalam biliknya.Dia cuba mencapai apa saja barangan yang berada berhampiran
dengannya untuk dibaling ke arah wanita tersebut.Usahanya agak sia-sia apabila
dia terpijak kain selimut yang sudah melorot ke bawah lalu jatuh tergolek di
hadapan emaknya.
‘’Hah,dah habis dah mimpi putera katak ?’’ Sofea
terpisat-pisat.Matanya digosok-gosok.”Aduh,sakitnya punggung aku! Nasib baik tak
ada baby dalam perut aku kalau tidak
boleh keguguran ni!” Sofea berceloteh sendiri.Kemudiannya dia pandang ke arah
sosok tubuh Lia Sari yang menunjukkan muka seperti singa. ‘’Mak,buat apa
kat sini ?’’ ‘’Buat apa kau tanya ?Kejutkan tuan puteri ni bangunlah !
Tengok jam dah pukul berapa ? Punyalah payah nak kejut dia.Kalau meletup
bom kat tepi telinga pun tak dengar ! Sudah,bangun !’’
Sofea garu kepalanya
sambil buat muka bengang.Isyh,baru je sedap-sedap dia bermimpi berjumpa dengan
putera raja tiba-tiba saja wajah mak tiri Rapunzel muncul.Mahu tak terkejut
beruk dibuatnya.Patutlah dia rasakan jalan cerita dalam mimpinya tadi tak
berapa seronok rupanya mak tiri Rapunzel sudah terpacak di tepi katil dan
bertukar menjadi Lia Sari.Sofea sengih.
’’ Hah,sengih je
kerja kau Sofea.Ini mesti kes mimpi putera raja.Kali ini mimpi putera raja dari
negeri mana pula?Zimbabwe ? ‘’perli Lia Sari.Sofea mencebik lantas
bangun dari duduknya.Dia segera melemparkan diri ke atas katil semula dalam
gaya kuak lentang dan tidak mempedulikan Lia Sari.Wanita itu geram lalu
ditariknya kaki Sofea.
‘’Mak,janganlah kacau
orang nak tidur ! Mengantuklah !’’
‘’ Sofea !
Bangun ! Tidur apanya kalau dah pukul 10
pagi.Bangun...bangun…bangun !!’’ jerit Lia Sari lantang.Memang itu
kebiasaannya kalau mahu memanggil Sofea yang degil ini.Serupa budak-budak saja
perangainya.Sudah hilang kesabarannya melihat perilaku anak daranya yang
seorang ini.Nasiblah jika Rizal di bawah sudah mendengar jeritan halilintarnya.
Sofea berdecit halus lalu pura-pura malas. ‘’Mak,awal lagi.Nak buat
apa bangun pagi-pagi ni?”
‘’Jangan nak bagi alasan,Sofea.Bangun,Jai ada di bawah tu.Turun
lekas !’’ arah Lia Sari lagi.
Apabila mendengarkan nama Rizal disebut,matanya terus terbuka besar.
‘’ Hah,Rizal ?Dia buat apa kat sini ?’’
“Kalau nak tahu,turun cepat.Kesian dia tunggu lama-lama di
bawah.Cepat!Pergi mandi dulu!”
Sofea mengeluh panjang.Emaknya ini kalau hal keluarga Arfa,laju saja.Tak
pasal-pasal paksa aku turun ke
bawah.Eee….bencilah!
Tak habis-habis hal si Rizal ni.Apa yang dia buat kat sini pagi-pagi
ni?Kacau betul!
Sofea melihat sekilas jam loceng yang berada di meja tepi katilnya.Baru
10.10 pagi.Huh,kacau daun saja! Belum sampai masanya untuk aku bangunlah,wahai
mamat poyoku sayang!
"Hisyh,buat apa dia datang pagi-pagi ni?Dia nak apa?Sofea
mengantuklah,nanti-nantilah Sofea turun bawah.Sofea nak sambung tidur ni!"
Sofea sudah menggosok-gosok kepalanya.Rambutnya juga sudah berserabai.
‘’Hei,banyak betul soalannya.Sudah,mak tak kira.Lebih baik kau bangun
sekarang sebelum mak simbah air kat muka kau.Cepat !’’ arah Lia Sari
sambil berlalu ke pintu.Sofea bangun mengikut emaknya ke situ sehingga kelibat
Lia Sari menghilang.Isyh,buatnya Lia Sari mengotakan janjinya,naya saja !
Basah pula katil !
Sofea mendengus geram sambil menutup
pintu biliknya kasar.Arghh!!!!
Sofea turun ke tingkat bawah setelah selesai mandi.Dia menjengah ke dapur
dan lihat mamat poyo itu masih berada di rumahnya dan Lia Sari pula sibuk
melayan Rizal dengan sebaik-baik mungkin.Sofea buat muka kayu lantas mendekati
peti sejuk yang terletak berhampiran meja tempat Lia Sari dan Rizal duduk.
Dia buka peti sejuk dan mengambil susu segar dalam kotak.Dia lantas
menuangkan susu ke dalam gelas yang baru dicapai di rak cawan."Hah,anak
dara ni baru nak bangun.Nasib baik Jai datang,kalau tak sampai tengah hari baru
nak nampak muka." Bebel Lia Sari.Sofea berasa rimas.Telinganya digosok
beberapa kali dengan kasar,saja nak tunjuk protes.Awal-awal pagi lagi sudah
mendengar bebelan emaknya.Hai,bilalah agaknya emaknya itu nak berhenti
berleter.Tak penat ke mak oi?
"Biasalah mak,selalu buat full
time.Hari ni je Sofea buat part time.Terpaksa
punch card awal." selamba
jawapan yang keluar dari mulutnya sebelum meneguk susu dari gelasnya.Dia
mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Lia Sari.Sofea masih tayang muka
kayu.Lia Sari sudah mencebik."Banyaklah kau punya part time.Kerja pun tak,nak buat part time pulak.Hei,sudah-sudahlah berangan Sofea oi.Ni Jai kat
depan mata pun boleh buat tak reti je." marah Lia Sari seolah-olah tidak memahami
bahasa sindiran yang digunakan oleh Sofea.Sofea menjeling tanda
protes.Hisyh,apsal entah maknya asyik sibuk dengan si Jaiho budak poyo
ni."Oh,Sofea memang suka berangan ye auntie?"
ucap Rizal sambil sengih.Nah,sekarang dah kantoi perangai Sofea.Sofea ketap
gigi.Marah pula dia bila mendengar ucapan Rizal yang seolah-olah menyindirnya.
"Hah,Jaiho !Kenapa datang pagi-pagi ni?Tiba-tiba saja
muncul." tanya Sofea kasar.Lia Sari di sebelah sudah buat
muka."Tengok tu,ada ke patut cakap macam tu dengan tetamu?"
"Alah mak,memang patut pun cakap macam tu.Pagi-pagi lagi dah sibuk
tayang muka kat sini.’’ Sofea sudah tunjuk muka bengang.Mahunya tak geram,orang
yang dia tak berkenan sejak dulu dengan selamba menjadi alasan dia perlu bangun
awal.
“Isyh,mulut tu.Cili baru tau! Jai jangan dengar sangat cakap Sofea
ni.Sindrom mamai dia belum hilang lagilah tu.Ni,auntie nak tanya.Nia mana ? Kenapa tak datang sini
sekali ?’’ Rizal yang baru saja meneguk air dalam gelas segera meletakkan
semula gelasnya sebelum menjawab pertanyaan Lia Sari. ‘‘Kakak kurang sihat
sikit auntie.Sebab tu dia tak ikut
Jai datang sini.‘‘
‘‘Lah,tak sihat?Ni mesti sebab perubahan cuaca.Maklumlah duduk kat England
tu,sejuk.Cuaca kat Malaysia ni kejap panas kejap hujan.Sebab tulah tak sihat
agaknya.“
“Lebih kurang macam tu lah auntie.“
Sofea di hadapan masih buat muka selamba.Dia segera menghabiskan sisa
minuman dalam gelasnya sebelum bangun menuju ke singki lalu membasuh
gelasnya.Dia kemudiannya terus menghilangkan diri dari dapur meninggalkan Lia
Sari dan Rizal.Lia Sari menggeleng kepala beberapa kali.Hisyh! Bertuah punya
budak! Boleh pulak dia buat tak reti pada Rizal.Kesian Rizal!
“Jai,jangan ambil hati sangat dengan Sofea tu.Dia memang macam tu terutama
kalau terpaksa bangun tidur awal.Dah Jai,jomlah kita ke depan tu.” Terang Lia
Sari apabila perasan riak wajah Rizal yang sedikit berubah terhadap perbuatan Sofea
yang selamba meninggalkan mereka di dapur.
‘Jaiho?’ Dah macam nama lagu.Sampai
hati dia bahasakan nama aku dengan panggilan Jaiho! Isyh,tak boleh jadi
ni.Ganas sungguh dia.Tak apa…masa masih panjang.Aku pasti akan dapatkan kau Sofea!
Tekad Rizal dalam hati.Ternyata,perasaannya terhadap gadis itu seratus peratus
sudah berubah.
+++++++++
Rizal menyumpah-nyumpah dalam hati apabila Sofea dengan sewenang-wenangnya
mengajaknya menaiki skuter kecil milik gadis itu setelah ajakannya untuk keluar
bersiar-siar telah disokong oleh Lia Sari.Oh
no!! Matilah aku!! Sudahlah aku fobia dengan kenderaan ni,lagi nak suruh
aku membonceng pula?Aduh,mana aku nak letak muka aku yang kacak dan macho ni
kalau pengguna-pengguna jalan raya lain nampak aku membonceng skuter sambil
ditunggang oleh seorang gadis?Jatuh saham!!
‘Itulah Jai,siapa suruh kau buat helah semata-mata nak ajak Sofea
keluar??Kan dah terkena batang hidung sendiri! Padan muka kau!!’
Rizal terpaksa tahan
fobianya semasa berada di atas skuter comel itu.Sofea pula sengaja memulas
minyak dan membiarkan skuter miliknya itu menderu laju di jalanan.Jantung Rizal
bagai mahu pecah.Sungguh,dia tidak sanggup membuka matanya melihat
sekeliling.Tangannya erat-erat diletakkan atas bahu Sofea sambil berdoa semoga
mereka berdua selamat sampai ke destinasi.
Sofea terasa tangan Rizal
mencengkam kejap di bahunya.Dia pantas menepis.
“Hoi,Jaiho! Tepilah sikit
tangan kau tu! Ganggu saja!“
“Sofea,you janganlah bawa
laju-laju! Nanti accident!
Bahayalah!“ jerit Rizal.Dia terpaksa meninggikan suaranya melawan kebisingan
kenderaan lain di kiri kanan jalan.Sofea pandang cermin sisinya melihat wajah
Rizal.Dia ketawa kecil.“Apa punya penakutlah kau ni! Mana ada laju ! 80km
per jam saja !’’balas Sofea sambil menolak kasar tangan Rizal dari
bahunya.
Selepas
setengah jam berada di atas skuter,Sofea memberhentikan skuter kuningnya di
hadapan Plaza Low Yat. Dia menggesa Rizal mengikutnya masuk ke situ untuk
meninjau-ninjau barangan komputer.Namun,setelah beberapa ketika mereka menuju
ke Berjaya Times Square pula.Setelah penat berpusing-pusing dalam bangunan
itu,Rizal segera mengajak Sofea ke Pavillion.Teringin benar mahu ke sana.Sudah
banyak cerita yang dia tahu mengenai Pavillion semenjak dia di UK lagi.Kata
orang,kalau ke Kuala Lumpur tidak sah jika tidak singgah di Pavillon.
Dia
berusaha mengelak menaiki skuter milik Sofea maka dia memberi alasan supaya
mereka dapat menaiki monorail.Sumpah tak sanggup nak hadapi skuter comel itu!!
Sofea
tidak membantah malah hanya mengikut Rizal menuju ke stesen monorail di Berjaya
Times Square.Suasana yang agak sesak menjelang tengah hari itu memaksa Sofea
dan Rizal berhimpit-himpit di dalam gerabak monorail yang kecil itu.Rizal
senyum.Wajahnya sangat dekat dengan wajah Sofea.’Mamat poyo ni kenapa
tersenyum ? Ada bendalah tu yang nak menyakitkan hati aku !’
Rizal
sengih lagi apabila dia menangkap garis-garis kecil mula terbentuk di dahi Sofea.
‘’Kau ni kenapa ?’’
Rizal geleng lalu membuang pandang ke luar monorail.Dia lantas tidak
mengendahkan pertanyaan Sofea.Sofea kerut kening.Dalam hati tuhan saja yang tahu
bagaimana rasanya perasaan Sofea apabila mamat poyo di depannya suka benar
memberi tanda tanya.Apa-apa sajalah Jaiho !
Monorail
sampai di stesen Bukit Bintang.Langkah Sofea cepat-cepat diatur keluar dari
gerabak sempit itu.Rizal hanya mengikut.Mereka berdua meredah kesesakan orang
ramai yang berpusu-pusu ke Bukit Bintang.Sesampai saja mereka berdua di
Pavillion,Rizal segera mengajak Sofea menuju ke outlet jam tangan Tag Heuer
yang terletak di tingkat 3.Agak lama Rizal membelek jam-jam tangan yang
terdapat di situ sehingga membuatkan Sofea berasa bosan.Dia sudah menguap
menahan kantuk.’Hmm,mesti ribu-ribu harga jam kat sini.’ Fikir Sofea tanpa
berminat mahu mengambil pusing harga sebenar jam di kedai Tag
Heuer.’Agak-agak,kalau aku nak beli jam kat sini pasti kena ikat perut untuk
kumpul duit.’ Fikir Sofea lagi.
Dia
duduk di kerusi bulat di situ.Rizal pula sudah mengelilingi meja kaca yang
menempatkan jam.Matanya terpaku pada sebuah jam tangan berwarna hitam.Dia
meminta pekerja di situ mengambil jam Grand Carerra dengan penuh teruja.Dia
senyum sendirian sebelum mengalih pandang pada Sofea.Rizal menggamit Sofea
supaya gadis itu datang kepadanya.Sofea mengeluh berat namun tidak membantah.
‘’Cantik
tak jam ni ? ‘’ Sofea angguk. ‘’Okey kak.Saya nak jam ni.’’
Pekerja di hadapannya mengangguk lalu mengambil jam dari tangan Rizal sebelum
berlalu untuk membungkusnya.Sofea hantar pandangan ke arah luar.Dia diam.Malas
mahu berbicara.Matanya benar-benar sudah mengantuk.Rizal berasa kasihan melihat
keadaan Sofea yang sudah beberapa kali menguap.’’Sofea,you pergilah basuh muka you.Bagi
segar sikit.’’
‘’Kau tunggu sini.’’ Arah Sofea.Rizal angguk.
Matanya yang letih kembali
bercahaya.Hah,baru ada mood ! Sofea
mengatur langkah kakinya menuju ke kedai jam tangan tadi namun kelibat Rizal
tiada.Dia tidak mengambil masa lama apabila dia berpusing-pusing di sekitar
situ mencari Rizal tetapi tidak berjumpa.’Hisyh,mana pula si Jaiho ni ?
Aku dah suruh tunggu kat sini tapi dia pergi melencong tempat lain pula !
Urghhh,aku tinggal nanti baru padan muka !’ bentak Sofea sendirian.Baru
saja moodnya mahu pulih,Rizal pula hilang.
Sofea
mengeluh panjang.Penat betul mencari Rizal.Umpama mencari budak kecil saja
lagaknya.Macam manalah mamat England ni boleh duduk kat England tu selama
berbelas tahun ? Sedangkan kat Malaysia ni pun dia boleh hilang
tiba-tiba ? Takkan aku nak pergi kaunter pertanyaan pulak kot ? Nak
buat pengumuman tentang kehilangan encik pembuli ? Isyh,susahlah !
Sofea berdiri macam orang
bodoh memandang keliling.Harap-harap matanya dapat menangkap kelibat
Rizal.Kalau masih tidak nampak,dia bertekad mahu pulang saja.Soal
Rizal,biarkan.Pandai-pandailah nak balik.
‘’Sofea,you ke mana ?’’ ucap Rizal tiba-tiba sudah terpacak di sebelah
Sofea.Sofea pandang wajah Rizal dengan penuh geram.’’Kau tu yang pergi
mana?Puas aku cari macam orang bodoh.Kan aku suruh kau tunggu aku kat kedai jam
tadi ?Menyusahkan betul !’’ marah Sofea tidak berdalih.Rizal
tersenyum.Macam suka saja kena marah dengan Sofea.Sofea pula sudah menjeling
tajam lalu meninggalkan Rizal sendirian.
‘Mamat
ni tak habis-habis nak menyusahkan aku ! Dari pagi sampai petang ada saja
benda yang menyakitkan hati! Aku lepak dengan Era lagi bagus dari lepak dengan
budak poyo ni!‘
‘‘Sofea,tunggulah
sekejap.Laju betul you jalan.Tak
penat ke?‘‘ Rizal cuba menyaingi langkah Sofea.Sofea tidak bersuara.‘‘Sofea,you dengar tak?‘‘ tutur Rizal
lembut.‘‘Dengarlah!‘‘
‘‘Okay,I’m sorry.I tahu you marahkan I.Tapi I bukan sengaja.I pun pergi washroom lepas beli jam.‘‘ Rizal menayangkan beg yang mengandungi
jam tangan yang baru dibelinya.
Sofea
berhenti berjalan.Dia menghadap wajah Rizal sambil mencekak pinggang.‘‘Lain
kali,kalau aku kata tunggu maknanya tunggu.Jangan bagi aku cari kau!
Menyusahkan orang saja!‘‘ Sofea mahu berlalu namun lengannya pantas ditangkap
oleh Rizal.Wajah Sofea berubah garang.Rizal pula sudah mengangkat kedua-dua
tangannya dan menjauhi Sofea.‘‘Sofea,I
minta maaf.‘‘ Sofea mendengus.‘Kau ingat bila kau minta maaf,hati aku ni boleh cool down ke?‘ marah Sofea dalam hati.
‘‘Sofea?‘‘
ucap Rizal sambil angkat kening.
‘‘Yelah-yelah!
Maaf diterima.Lain kali jangan buat lagi!‘‘
‘‘Promise!‘‘
Sofea
mengeluh lagi.Penat betul bercakap dengan Rizal.Ada saja perkara yang dibuatnya
sehingga Sofea sakit hati namun lelaki itu memang pandai melembutkan hati Sofea
yang keras.Rizal memang bijak membuatkan Sofea mengalah.
‘‘Sofea…‘‘
“Ada apa
lagi?‘‘
‘‘Hmm…boleh
I tumpang barang dalam beg you?‘‘ tunjuk Rizal pada beg Tag Heuer.Sofea
tiada pilihan lantas mengambil beg jam tangan itu dari Rizal dan memasukkannya
ke dalam beg sandangnya.Rizal tersenyum lega.
++++++++++++
Alarm clock di telefon
bimbitnya berbunyi nyaring.Sofea yang berselubung dengan selimut satu badan
menyelak selimut di wajahnya lalu dicapai telefon bimbit di meja sebelah
katil.Dia pantas menutup alarm clock,namun
apabila terpandangkan ada SMS yang masuk,dia terus membuka mata.Satu per satu
SMS di telefon bimbitnya itu dibaca.Sofea bangun dan duduk atas katil itu
sambil buat muka mamai.
‘’Hello,Era ! Kau nak jumpa aku pukul
berapa ?’’ aju Sofea setelah teman baiknya Era menjawab panggilan
telefonnya.Sofea angguk.Talian telefon itu dimatikan.Pantas saja kakinya
mengatur langkah ke bilik mandi yang terletak bersebelahan dengan bilik
tidurnya.Selepas bersiap-siap,dia mencapai beg sandangnya yang disangkut pada
almari baju tidak jauh dari katil.
‘Aik,kenapa
lain macam je beg aku ni ?Berat je ?’
Sofea
hairan.Seingatnya,dia tidak mengisi apa-apa barang yang berat-berat di dalam
beg sandangnya melainkan…
‘Alamak !
Jam tangan Rizal tertinggal !’
Sofea
tepuk dahi.Dia cepat-cepat mengeluarkan beg jam tangan Grand Carrera itu.Dia
membeleknya namun hati kecilnya yang nakal itu segera menyuruh untuk membuka
kotak jam tersebut.Sofea senyum nakal !
“Hmmm…berapa
ribulah agaknya jam si Jaiho ni ?Banyak duit betul ! Eh,tak
mustahillah kan sebab dia anak orang kaya.Apa yang nak dikira sangat setakat
jam harga beribu macam ni !“
Tangan Sofea
lekas-lekas membuka kotak jam.Apabila kotak jam dibuka,matanya terbeliak.’’Cantiknya !’’
ucap Sofea singkat.
‘’ Tapi
kenapa tak sama dengan jam yang aku tengok semalam ? Jam yang si Jaiho
tunjukkan pada aku,lain.Ini lain.Kenapa jam ni halus,macam jam tangan
perempuan ? Tapi nampak sporty !’’
Sofea tertanya-tanya sendiri.Dia sengih !
‘’Aduh,lawak
betullah kau ni Jaiho ! Kau beli jam tangan perempuan rupanya !
Memang berjiwa perempuanlah kau Jaiho ! Tak mungkin kau salah
beli,kan ? Hah,dah memang sah kau memang nak beli jam untuk diri
sendiri.Takkan kau nak beli untuk mak kau pula ? Tak kena langsung.Jam ni
kan untuk perempuan muda.Tak mungkin juga untuk Rania sebab minah tu kan minah
pink ! Ah,lantaklah untuk sesiapa pun ! Aku peduli apa !’’ Sofea
gelak besar.Dia menyarungkan jam tangan itu ke tangannya lalu digayakan di
hadapan mata sendiri.Dia sengih.’’Hmm..cantiknya bila aku yang pakai !’’
dia syok sendiri.Tiba-tiba saja melintas satu idea dibenaknya.Dia mengambil
telefon bimbitnya lalu ditujukan ke arah jam yang masih ditangan.
Klik !
Klik ! Klik !
Sofea
mengambil gambar-gambar jam tangan milik Rizal.Dia seronok.Nak juga merasa
pakai jam tangan beribu-ribu.Boleh buat kenang-kenangan kalau ambil gambar
banyak-banyak !
Sofea
segera meletakkan semula jam tangan itu di dalam kotaknya.’’Nantilah aku
pulangkan.Hmm…mesti si Jaiho tengah tercari-cari di mana jam yang dia beli
semalam !’’
Tuk !
Tuk ! Tuk !
Sofea
pandang pintu biliknya yang bertutup rapat.’’Ye mak,kenapa ?’’ tanya Sofea
sambil mendekati pintu biliknya.Dia membuka pintu bilik.Lia Sari sudah
terjengul di muka pintu.
‘’Hah,kau
dah bangun Sofea ?Ingatkan kau masih buat tahi mata.‘’
‘’Mak ni,cubalah fikir
baik-baik pasal Sofea.’’
‘’Hmmm…turun ke bawah
cepat.Jai ada kat bawah tu.’’
‘’Hah,dia
ada di bawah?Apa lagi yang dia buat di sini?’’ terjegil mata Sofea.
‘Dia
datang nak jumpa kau.Cepat turun.’’
‘’Mak…biarlah
dia kat bawah.Mak cakap je Sofea masih tidur.Boleh ye mak?’’
Sofea
cuba pujuk Lia Sari supaya dia dapat mengelak berjumpa dengan Rizal.
‘’Tak
habis-habis nak mengelak.Apa nak jadi kau ni Sofea?’’
‘’Err…sebelum
tu,boleh tak mak tolong kasi barang ni pada Jai?Dia tertinggal dalam beg Sofea
semalam.’’ Sofea menghulurkan kotak jam yang berada dalam beg Tag Heuer.Lia
Sari kerut kening.”Barang apa?Eh,kau bagilah sendiri pada dia! ‘’
‘’Alah,mak.Tolonglah!”
“Kau
ingat mak ni posmen ke?Sudah,jangan nak buat muka kesian.Pergi bagi
sendiri.Jangan malas.” Sembur Lia Sari dengan wajah garang.
“Mak….”
“Sudah Sofea.Cepat
turun bawah!” arah Lia Sari lagi dan berlalu dari situ.Sofea gosok
kepala.’Isyh,sedaya upaya aku mengelak nak bertemu muka dengan encik
pembuli,mak pula paksa turun jumpa dia!Huh,sia-sia saja usaha aku!’
Rizal
tersenyum senang hati apabila kelibat Sofea sudah muncul di hadapan mata.Dia
sengih.”Selamat tengah hari tuan puteri!’’
Sofea
mencebik.Dia duduk di sofa tidak jauh dari Rizal.”Nah,barang kau tertinggal
dalam beg aku semalam!’’ Sofea meletakkan beg Tag Heuer itu di atas meja hadapannya.Rizal
pandang Sofea.Masih lagi sengih.Sofea buat muka bengang.
“Apa hal
kau ni? Tersengih-sengih macam kerang busuk!”
“Saja.“
“Ambillah
barang kau balik.Nanti tertinggal lagi.“
“Mesti you tak perasan,kan?“
“Perasan
apa?”
Sofea
hairan.Apa maksud Rizal?
“Cuba you tengok belakang kotak jam tu.” Sofea
segera mendapatkan semula kotak jam dan melihat di belakangnya seperti yang
disuruh.Matanya dikecilkan.Keningnya bertaut.
UNTUK SOFEA KU SAYANG SEBAGAI TANDA MINTA MAAF
Ikhlas,
Rizal Macho
Tiba-tiba perut Sofea terasa
sebu.Tekaknya meloya selepas membaca ayat tulisan Rizal.“Apa maksud kau?”
“Maksudnya,I hadiahkan you jam tangan ni sebagai tanda minta maaf.”
“Hah,biar betul kau ni!”
tanya Sofea seolah tidak percaya.Boleh percaya ke Rizal ni?Takkan jam
beribu-ribu nak bagi pada aku? Tak sayang duit ke?
“Apa tunggu lagi?Pakailah.I memang benar-benar ikhlas nak bagi
pada you.I harap you sudi terima jam tangan yang tak seberapa ni.” Ucap Rizal merendah
diri.
“Lain macam saja bunyinya!” Sofea
masih tidak percaya.”Kenapa?”
“Siap sayang-sayang ni
kenapa?Geli tahu!!” Rizal senyum lagi.Matanya masih tidak lepas memandang wajah
Sofea.
“Sofea,I betul-betul bagi pada you.”
“Kalau betul kau nak bagi jam
ni kat aku,kenapa kau cakap nak tumpangkan jam ni dalam beg aku semalam?Kenapa
kau tak bagi terus je pada aku?Kan senang?” tanya Sofea masih mahukan
kepastian.Dia terasa dirinya dipermainkan.Mentang-mentanglah dia asyik mengutuk
Rizal secara terang-terang sebelum ini.
Rizal senyum.”Saja nak surprise kan you.Kalau I bagi terus
pada you,tak surprise
lah.Entah-entah you campak jam ni
ke muka I.’’ seloroh Rizal.Dia ketawa kecil.
“Gila nak campak jam semahal
ini kat muka kau! Jam mahal-mahal,cantik-cantik macam ni takkan nak baling
pulak,kan?” Sofea sengih.Matanya dialihkan kepada jam yang berada dalam
genggamannya.
“Hmm…kau
kata kau ikhlas bagi jam ni pada aku kan?” Rizal angguk.
“Kau tak
ambil balik jam ni kan?“
“Buruk
sikulah kalau I ambil semula jam yang
I dah bagi pada orang.“
“Hmm…merasalah
juga aku pakai jam tangan mahal!” riang Sofea berbicara.Matanya masih tidak
lekang membelek jam jenama Tag Heuer itu.
“Eh,bila
masa kau beli jam ni?Semalam kan kau nak beli jam yang lagi satu?”
“Memanglah,tapi
tak jadi.Tiba-tiba rasa tak berkenan pula.”
Sofea
angkat kening.Huh,orang kaya! Macam inilah gayanya.Senang-senang boleh
keluarkan duit beribu-ribu bila-bila masa yang dia nak!
“Jadi,jam
ni sebagai tanda minta maaf?” Rizal angguk dan senyum.
“You dah terima kata maaf I tak?” lama soalan Rizal itu dibiarkan.Sofea
sibuk membelek jam yang dihadiahkan untuknya.
Sofea
mencebik lalu meletakkan semula jam ke dalam kotaknya.”Kau rasuah aku ke?”
tuduh Sofea.Mata Rizal buntang!
‘Kenapalah
dia masih tak faham-faham?Susah sangat ke nak maafkan aku? Banyak tuduhan pula
tu!’
“Tak
baik tau you tuduh I rasuah you.Rasuah kan satu perkara yang haram.Takkan I nak buat macam tu pulak.I
betul-betul ikhlas bagi pada you.Tapi
tak apalah,kalau you tak sudi nak
maafkan I.” Rizal pura-pura
sedih.Hmm…kalau dengan Sofea mesti pandai bermain kata dan emosi.Kalau tersalah
cakap,kata-kata setajam pedang yang akan menampar muka!
“Tengoklah
macam mana!” ucap Sofea lalu bangun menghilangkan diri dari ruang tamu.Rizal
terpinga-pinga.
++++++++++++++++++++++++++++
Rizal
sudah bersiap sedia dengan segala kemungkinan.Hatinya sudah terlalu parah
menanggung rindu.Sarat! Hari-hari dia seperti orang sasau menatap gambar milik
Sofea yang dicuri dari album gambar di rumah Lia Sari tempoh hari.Jika
dibiarkan makin melarat pula jadinya.Dia menarik nafas sedalam yang boleh
sebelum kakinya melangkah ke taman mini yang indah itu.Awal-awal lagi dia sudah
menempah meja semata-mata untuk candle
light dinner bersama Sofea.Dia sudah merancang agenda ini awal-awal bersama
Lia Sari.Puas sudah dia menerangkan hal sebenar kepada wanita itu berkenaan isi
hatinya.Sungguh dia sudah tidak mampu menanggungnya seorang diri.Hari ini dia
perlu luahkan semuanya kepada gadis kepala batu itu.Gadis yang pernah menjadi
mangsa bulinya.
Lia Sari
cepat-cepat menarik tangan Sofea dan memaksanya masuk ke dalam taman mini di
Sendayu Cafe.Sofea masih lagi meminta pengertian kenapa dia diperlakukan
seperti itu.Dia sendiri tidak tahu hujung pangkal kenapa emaknya beria-ia
menyuruhnya memakai cantik-cantik,bermekap tebal-tebal dan membawanya ke
situ.Dia bingung!
Namun
persoalannya terurai juga setelah dia ternampak susuk tubuh Rizal segak
mengenakan kemeja ungu,berjaket kulit dan berseluar jeans.Walaupun sedikit kasual,dia
tetap nampak segak.Hati Sofea tiba-tiba berdebar-debar.Bahang panas menyerbu
wajahnya.
“Sudah,pergilah
sana!” arah Lia Sari menolak sedikit tubuh Sofea mendekati meja yang disediakan
oleh Rizal.Belum sempat Sofea memanggil Lia Sari semula,wanita itu sudah
menghilangkan diri dengan seribu senyuman.
“Hai…” ucap Rizal pendek.Dia menghadiahkan senyuman
paling menawan untuk gadis pujaannya.Dia mendekati Sofea lalu menarik tangannya
untuk duduk.Sofea kaku malah dia turut mengikut Rizal.Hilang sudah ‘keganasan’
dan ‘kebrutalan’ dalam melayan kerenah Rizal.Lidahnya menjadi kelu.
Rizal
segera berlutut di hadapan Sofea lalu mengeluarkan sekuntum bunga mawar ungu
dan dihulurkan kepada Sofea.
Sofea
kaku.Dia tidak menyambut mawar dari Rizal malah matanya memandang anak mata
Rizal meminta penjelasan.
“Oh,sorry.Mesti
you tertanya-tanya kenapa I beri mawar ungu.Mawar ungu ni maknanya,I terpesona
dengan kecantikan yang you miliki.” Sofea kelu lagi.Lantas Rizal mengeluarkan
pula sekuntum mawar berwarna merah.Ah,ini pasti dia tahu apa maknanya!
“Ini maknanya…”
“Stop it Rizal! Aku rasa ada
salah faham!” tinggi suara Sofea.Dia bangun dari duduknya malah segera menjauhi
lelaki itu.Rizal terpana.”Sofea…”
“Cukup! Aku tak nak
dengar!Kau jangan merepek malam-malam ni dengan bagi aku bunga.Mawar ungu
lah,merahlah! Hah,candle light dinner lagi! Apa semua ni Rizal?Apa yang kau
rancangkan sebenarnya?”
“Sofea…I sebenarnya…”
“Cukuplah Rizal! Aku dah muak dengan kerenah kau! Tak habis-habis nak
menyusahkan hidup aku! Kau memang sengaja menyusahkan aku sejak dulu lagi! Tak
puas lagi ke kau main-mainkan aku?“ marah Sofea.Hatinya menjadi panas.Dia tahu
encik pembuli masih mahu membulinya dan bikin bukan-bukan.Jika tidak,takkan
munculnya candle light dinner semua ni.Entah apa-apa!!
“Wait,Sofea!
I tak habis cakap lagi!“ potong Rizal.Wajahnya berkerut seribu.Kalut!
“Ah,tak
ada apa yang kau perlu cakap lagi.Semuanya sudah terang dan nyata.Kau memang
sengaja nak buli aku lagi! Sejak dulu perangai kaki buli kau ni tak pernah
berubah!! Kau memang dengki dengan aku,kan? Kau sengaja tunjukkan keprihatinan
kau depan mak aku,depan keluarga aku sedangkan hakikatnya kau tetap Rizal yang
dulu! Kaki buli!! Monster hijau yang tak pernah puas nak menyusahkan hidup aku
siang malam! Memang aku akui dulu aku bodoh,tak kuat dan tak pandai
melawan.Tapi tidak sekarang.Jangan harap kau nak buli aku macam dulu-dulu sebab
aku bukan Sofea gadis lembik yang naif!! Aku Sofea yang tahu mempertahankan
diri dan sekarang aku mempertahankan diri aku dari lelaki hipokrit macam
kau,Jaiho!!“
Luah Sofea
puas.Lega hatinya selepas menghamburkan kemarahan yang ditahan sejak sekian
lama terhadap encik pembuli.Rizal raup wajahnya.Tidak dia sangka Sofea
mempunyai hati sekeras ini.Sangkanya,gadis itu sudah lupakan kisah ‘kejam‘ yang
dilaluinya dulu setelah mereka keluar bersama-sama tempoh hari namun peristiwa
itu masih menebal dalam dirinya.
“You
masih berdendam?“
“Ya,aku
masih berdendam dengan kau malah kalau kau nak tahu aku benci dengan kau! Kau
lelaki hipokrit!! Depan keluarga aku kau tunjuk baik tapi hakikatnya kau ni
lebih teruk dari Godzilla!!Err…Godzilla yang dah kurus!!“ Rizal ketawa berdekah-dekah
setelah mendengar tutur bicara Sofea.Dia malah mendekati Sofea namun gadis itu
segera berundur ke belakang.
“Kau
jangan datang dekat dengan aku!!“ marah Sofea.
“Sofea…cakaplah
apa saja.Tapi dengar dulu penjelasan I.“pinta Rizal berhati-hati.Dia tidak mahu
rancangannya gagal gara-gara amukan Sofea yang tiba-tiba itu.Dia tahu,mungkin
dia tersalah perhitungan dan menganggap Sofea sudah melupakan semuanya namun hatinya
yang meronta-ronta itu perlu dipujuk.Dan untuk memujuknya dia perlu berterus
terang dengan Sofea tentang perasaan sebenarnya.
“Aku tak
nak dengar penjelasan kaki buli macam kau!Kau jangan fikir kau dah kurus kau
nak berlagak dengan aku yang kau takkan membuli aku lagi!“
“Sofea,I
love you!“
“Ah,boleh
blah dengan perkataan cinta kau tu! Aku tak perlukannya.Selagi dalam fikiran
aku ni masih terbayang-bayang perbuatan kau pada aku dulu,selagi itu aku takkan
terima kau dalam hidup aku!“
“Sofea,I
tahu I banyak salah dengan you.Tapi itu dulu.Sewaktu kita sama-sama masih
kecil.Dan waktu itu,fikiran kita masing-masing belum matang.Takkan you masih
menyimpan dendam terhadap I? Okey,I tahu I salah.I kejam sebab buli you
teruk-teruk tapi I tak berniat macam tu.I minta maaf pada you.I benar-benar
maksudkannya!“
“Sudah,simpan
saja kata-kata bodoh kau tu sebab aku tak mungkin percaya!!“ Belum sempat Rizal
membalas kata-kata Sofea gadis itu segera berlari meninggalkan taman mini.Hati
Rizal sangat kecewa dengan respon Sofea.Sungguh,dia benar-benar kecewa.
“Oh
ya,aku lupa satu perkara!“ jerit Sofea tiba-tiba.Dia kembali semula ke meja dan
menghampiri Rizal yang sudah berteleku di situ.Rizal angkat muka.Wajahnya
sedikit ceria.
“Apa?“
“Nah,jam
kau! Ambil balik! Aku tak perlukannya!“ Sofea menarik kasar tangan Rizal lalu
diletakkan jam hadiah dari lelaki itu di situ.Dia cepat-cepat atur langkah
keluar dari situ tanpa mahu menoleh ke belakang lagi.
Rizal
mengeluh panjang…..
+++++++++++++
Hatinya
betul-betul sakit.Entah untuk kali yang keberapa dia menangis teresak-esak
menahan sebal.Sebal sangat! Geram,marah,benci semuanya menjadi satu.Dia sendiri
tidak tahu mengapa sejak dulu lagi Rizal sering menyusahkan hidupnya malah
lelaki itu terlalu suka mempermainkan perasaannya.Dia akui dia cuba memujuk
hati degilnya supaya menerima Rizal dalam hidup.Sekurang-kurangnya menerimanya
sebagai saudara namun puas dicuba dan dia tetap gagal.
Dia buntu mengenangkan
hubungannya dengan Rizal seolah-olah tidak mampu menjadi jernih.Malah pengakuan
Rizal sebentar tadi bagaikan terkena tamparan hebat di wajah.Rizal benar-benar
melampau! Rizal melampau atau akukah yang terlampau??
Dia
berusaha melarikan diri dari Cafe Cendana itu semampu yang boleh.Dress labuh
yang dipakainya sudah diselak ke paras lutut.Wah,dah ala-ala macam cinderella
melarikan diri saja lagaknya! Eh,ini
bukan cinderella lagi.Tapi cinta tak rela kot!!
Mata-mata
orang yang berkunjung di Cafe Cendana mula meligat memandang kepadanya namun
dia terpaksa tebalkan muka meloloskan diri keluar dari situ.Apabila sampai di
hadapan pintu utama,Sofea segera mengatur langkahnya cepat-cepat ke stesen bas
berhampiran.Dia tidak kira,apa nak jadi pun jadilah yang penting dia perlu
segera balik.Dia baru teringat bahawa semasa ke Cafe Cendana tadi,dia menaiki
kereta bersama Lia Sari.
Nasiblah! Orang nak gelakkan aku ke,atau nak pandang
aku banyak kali disebabkan oleh dress ini aku sudah tidak peduli asalkan aku
cepat sampai ke rumah!
Rizal
melihat jam tangan di tangannya.Retak hatinya apabila Sofea memulangkan semula
jam tangan hadiahnya kepada gadis itu.Nampaknya hati Sofea benar-benar
keras.Gadis itu masih tidak mampu menerimanya dalam hidup apatah lagi
cintanya.Isyh,kenapalah aku meluahkan perasaan aku terlalu cepat
sebegini?Sepatutnya aku berikan ruang dan masa supaya Sofea tidak terkejut.Ini
tidak sampai sebulan aku kembali ke Malaysia semuanya sudah diluahkan.Rizal
tepuk dahi.Dia segera berlari keluar dan berharap sempat mengejar Sofea.Dia
tahu Sofea pasti tidak pergi jauh dari sini.
Berderau
darah Sofea apabila namanya dilaung kuat.Dia berpaling ke belakang dan melihat
Rizal sudah tersenyum-senyum mendekatinya.Dia menjeling tajam.Stesen bas itu
kelihatan agak lengang waktu ini.Aduh,kenapalah tak ada orang?Jika tidak,sudah
pasti aku akan katakan bahawa Rizal itu orang gila yang cuba kacau aku!!
“Sofea!”
“Kau nak
apa lagi?”
“I minta
maaf…”
“Kau tak
penat ke asyik minta maaf dari aku,hah?”
“Tak…err..bukan
itu maksud I.Sebenarnya,I betul-betul rasa bersalah dengan apa yang berlaku
tadi.“
“Sudahlah
Rizal.Pergi balik dan tinggalkan aku sendirian.Aku tak nak tengok muka kau
lagi! Pergi balik!“
“Mari I
hantarkan you balik!“ajak Rizal sambil menarik hujung lengan baju Sofea.Dia
menepis kasar lantas menjauhi lelaki itu.
“Sofea,please!!“
“Kau
masih tak faham bahasa ke?Aku cakap tak nak! Aku ada kaki ada tangan!Aku boleh
balik sendiri! Tak ingin aku nak balik dengan orang macam kau!”
“You nak
balik dengan apa?Kan dah malam ni?“
“Hei,aku
tahulah nak balik macam mana! Bas dan teksi berlambak di sini.Kau ingat aku tak
pandai nak cari jalan untuk balik ke rumah ke?“ marah Sofea lagi.Berombak
dadanya.Dia hairan dengan dirinya sendiri.Beria benar dia memarahi
Rizal.Perasaan menyampah telah menyelirat dalam hatinya yang keras itu.Kakinya
terus menjauhi Rizal sekali lagi dan kali ini dia sudah berdiri di hujung
stesen bas berdekatan dengan pondok telefon yang telah robek akibat vandalisme.
Rizal
menggeleng-geleng kepala melihat sikap degil Sofea.Tidak disangka hati gadis
ini benar-benar keras umpama kerikil.Sungguh,sedikit pun dia tidak menduga Sofea
akan memberikan tindak balas sebegitu rupa.Adakah ini kerana kisah lampau yang
menghantui gadis ini??
“Sofea,jom
balik! I hantar you balik ke rumah.Nanti auntie Lia risau you balik seorang
diri.I dah janji dengan auntie untuk hantar you balik.“
“Oh,jadi
kau dah berpakat dengan mak akulah ni?!“ nyaring suara Sofea.Matanya merah
menahan bara malah perasaan geram sudah bermaharajalela.
Rizal
geleng kepalanya lalu dia menapak mendekati Sofea.
”You nak cakap apa you
cakaplah Sofea tapi sekarang ni jom I hantar you balik!“ Rizal memegang erat
lengan Sofea namun gadis itu meronta-ronta minta dilepaskan.Dia berusaha keras
melepaskan dirinya dari Rizal.
Tangannya pantas menarik dari
genggaman tetapi dia tersilap perhitungan apabila Rizal melepaskan tangannya.Dia
terdorong ke belakang lalu jatuh terjelepuk ke tanah.
“Aduh,sakitnya!!”
“Sofea…you..you tak apa-apa?”
risau wajah Rizal memegang kaki Sofea.Sofea pantas menepis tangan Rizal sambil
menjeling.
“Kau
pergi dari sini!! Aku benci kau encik pembuli!!”
Rizal
tidak membalas ucapan Sofea tetapi dia segera mencempung tubuh Sofea dari situ.Sofea
terpana.Urghhh!!! Beraninya dia!!
++++++++++
“Kaki
kau tu terseliuh.Doktor dah periksa,tak cedera mana pun tapi kau tak boleh
berjalan macam biasa selagi kaki tu berbalut.” Ucap Lia Sari apabila masuk ke bilik Sofea.
“Berapa
lama?”
“Sampai
sembuh.Lepas ni jangan berangan nak keluar ke mana-mana.Itulah,degil.Rizal
layan kau baik-baik tapi tuba yang kau beri.Inilah balasannya untuk orang degil
macam kau ni Sofea!” marah Lia Sari sambil meletakkan dulang makanan di atas
meja sebelah katil Sofea.Dia diam membatu.Menyesal pula rasanya bertelingkah
dengan Rizal malam tadi.Selepas saja Rizal mencempung tubuhnya masuk ke perut
kereta,lelaki itu bersusah payah membawanya ke klinik kerana kakinya yang
cedera itu agak serius.Dia langsung tak boleh berjalan macam biasa.
“Sofea
minta maaf.“
Lia Sari
mendengus.“Kau tak perlu minta maaf dengan mak.Kau wajib minta maaf dengan
Jai.Dia yang lebih berhak memberikan kata-kata kemaafan pada kau! Puaslah hati
kau sekarang ni kan?“
“Apa
maksud mak?“
“Kau dah
buat dia macam tu.Kau hancurkan hati dia,kau kutuk dia,kau marah dia pada hal
dia beria-ia buat macam-macam semata-mata untuk meraih perhatian dan cinta kau!
Kau saja yang buta,tak dapat menilai.“ Sofea mengalirkan air mata.Dia kesal!!
Dia kesal dengan perbuatannya selama ini.Tidak patut dia melayan Rizal dengan
sebegitu rupa pada hal lelaki itu terlalu baik padanya.Mungkin rasa dendam dan
bencinya yang telah menjadi mangsa buli dulu membuatkannya bersifat protektif
terhadap diri sendiri sampaikan perbuatan baik Rizal langsung dia tidak nampak.
“Kau
menyesal pun dah tak guna sekarang Sofea.Kau takkan dapat jumpa Rizal lagi
lepas ni.Kalau kau nak minta maaf sekali pun,kau minta maaf melalui telefon
saja.“ Ucap Lia Sari serius.Sofea angkat wajah.Terkejut dia dengan berita yang
baru disampaikan.
”Rizal
nak pergi mana mak?“ Lia Sari diam.
“Mak,cakaplah
Rizal nak pergi mana?Sofea nak jumpa dia.Sofea nak minta maaf.Sofea tahu Sofea
dah banyak buat salah,Sofea juga dah banyak buat hati dia sakit.Sofea memang
kejam! Mak,tolonglah beritahu Sofea ke mana Rizal pergi.Selagi Sofea tak
berjumpa Rizal selagi itulah hati Sofea tetap akan rasa bersalah.” Rayunya
sambil menggoncangkan bahu Lia Sari.Matanya berkaca.Dia menyesal!! Memang
benar-benar menyesal.Ya Allah,ampunkanlah aku! Aku hambamu yang kerdil ini
benar-benar berdosa dengan perbuatan ku.Atas sifat dendamku,Rizal menjadi
mangsa.
Dalam
diam Lia Sari menguntum senyum.
“Betul
kau nak tahu dia mahu ke mana?” Sofea angguk laju.
“Dia
mahu kembali ke UK.“
“Kenapa?“
“Tak ada
apa yang tinggal untuknya lagi di sini.Yang ada cuma harapan kosong.Itu kata
dialah! Bukan kata mak!“ Lia Sari masih sempat berlawak.
“Bila
dia nak pergi?Sofea mahu jumpa Rizal mak.Tolong Sofea mak! Sofea mahu jumpa dia
sebelum dia berangkat!”
“Pagi
esok.Sepatutnya semalam dia dah cakap pada kau tentang hal ini.Tapi nak buat
macam mana,belum apa-apa lagi kau dah cabut lari!” perli Lia Sari berapi.Sofea
menunduk.Terasa terkena sekali lagi penampar di mukanya.
“Mak,tolong bawa Sofea jumpa
dia mak! Please!”
“Kaki kau kan sakit,macam
mana nak keluar?Mahu turun ke bawah pun susah,inikan nak keluar!”
“Sofea
tak kira,Sofea nak pergi jumpa dia malam ini juga! “bentaknya sambil bangun
dari katil.Hisyh,degil betul budak Sofea ni!!
Lia Sari
kelam kabut membantu Sofea bangun apabila gadis itu telah jatuh di tepi
katil.Kakinya yang sakit terasa berdenyut-denyut.Berkerut dahinya menahan
sakit.
“Isyh,degil
betullah!Tengok apa dah jadi!”
“Mak,tolonglah
Sofea.Sofea mengaku Sofea memang degil dan disebabkan oleh kedegilan Sofea
inilah Sofea terpaksa menanggung kesakitan ni tapi yang lebih membuatkan Sofea
bertambah parah adalah apabila Sofea gagal berjumpa Rizal dan mendapatkan
kemaafan darinya.Sofea mohon pada mak,bantulah Sofea berjumpa dengan Rizal
walaupun sekejap.Tolonglah mak,Sofea merayu…” tersedu sedan dia bersuara.Air
mata usah dicakap,bagai empangan pecah!
Lia Sari
terasa bersalah saat ini.
“Tunggu
sekejap.” Ucapnya selepas membantu Sofea duduk di birai katil.Dia atur langkah
kakinya keluar dari bilik Sofea.Hati Sofea bagai dihiris-hiris.
Dalam
hati dia berdoa semoga dia sempat bertemu dengan Rizal.
“Sofea….”
Suara lelaki itu jelas kedengaran di pelupuk telinganya.Dia angkat
wajahnya.Segaris senyuman sudah terukir.”Rizal….”
Rizal
angguk.
“Rizal,saya
betul-betul menyesal.Saya minta maaf atas perbuatan saya pada awak!! Saya minta
maaf!!” rayunya.Hilang sudah panggilan kasar terhadap Rizal.’Aku’ dan ‘kau’
sudah digantikan dengan ‘saya’ dan ‘awak’.
“Syhhh…jangan
cakap apa lagi.I tahu apa yang you mahu ucapkan.I maafkan you,dari hujung
rambut sampai hujung kaki.I dah lupakan semuanya.”
“Betul?”
Rizal anguk.
“Terima
kasih.”
“I juga
mahu minta maaf pada you.”
“Kenapa?”
“Atas
keterlanjuran I membuli you masa kita masih kecil.I tahu disebabkan sikap nakal
I pada you dulu telah mendorong you berlaku kasar.Selama hari ini I akui,I juga
menyesal dengan perbuatan dulu tapi percayalah I benar-benar tidak
maksudkannya.Sedikit pun.I tahu perbuatan I sewaktu dulu memang melampau.Memang
selayaknya I terima hukuman dari you.I sedar tak semuanya yang kita ingin di
dunia ini akan menjadi milik kita.Tak semua yang kita impikan akan kita
perolehi sebegitu mudah tanpa ada usaha keras.I akui memang I tersilap.I
menjadi kejam pada you sejak dulu dan rasa bersalah itu tetap ada.Sejak pulang
ke sini,I sentiasa ingin memohon kata-kata maaf dari you tapi I tak
berpeluang.Memang tepat jangkaan I,you memang bencikan diri I atas sikap I
dulu.I redha sekiranya you masih tak dapat terima I.I faham dan you jangan
salahkan diri you andai hati you belum mampu menerima I,Sofea.” Panjang lebar
Rizal berkata.Dia duduk menghadap Sofea.Lega hatinya apabila semua isi hatinya
diluahkan di hadapan gadis itu.
Sofea
menggeleng.Air matanya dikesat.
“Boleh
tak kalau kita lupakan semuanya?Kita buka buku baru dan jadi orang baru.”pintanya
lagi.
Rizal
senyum nipis lalu menggeleng kepala.
“Rasanya
encik pembuli ni tetap akan kekal sebagai encik pembuli dalam hidup
you.Dan…esok encik pembuli akan berangkat kembali ke UK.“
Hati Sofea
terasa sebak.Ah,kenapa perasaan ini bersarang di hati sebegini pantas??
Bukankah sepatutnya aku berasa lega apabila mendapat kemaafan dan memberi
kemaafan?Kenapa rasa sedih ini bertaut dalam jiwa aku?
“Rizal,tolong
jangan pergi…” Sofea memegang tangan Rizal merayu supaya lelaki itu tidak pergi
dari hidupnya.
“Rizal
saya tahu disebabkan perbuatan dan kata-kata saya,membuatkan hati awak terluka
tapi tolonglah jangan hukum diri sendiri sebegini.Saya dah minta maaf dari
awak!!Dan awak juga dah minta maaf dari saya.Kita sama-sama memaafi dan
dimaafi.Kenapa perlu pergi?”
Rizal
senyum lagi.
“Wah,nampaknya
you betul-betul tak kasi I pulang ke UK?” Sofea angguk.Matanya menatap tajam ke
anak mata Rizal.
“Awak
baru saja kembali ke sini.Kenapa awak dah nak pergi semula ke sana?Kenapa awak
nak tinggalkan keluarga awak?”
“Sebenarnya….I
tak pulang ke UK,tapi mahu pergi ke UK.”
Sofea
hairan.Ayat apa yang sedang dituturkan oleh encik pembuli ini lagi?Matanya
terpisat-pisat.Dia garu kepala yang tidak gatal.
“Apa
maksud awak?”
Rizal
ketawa sakan.
“Maksudnya
cik Sofea sayang….I tak kembali ke UK sebab I memang akan stay sini.Tapi I akan
pergi ke UK which mean….’Ulu Kelang’!” Rizal giat ketawa.Sofea membuntangkan
matanya lalu menampar bahu Rizal.Lelaki itu mengelakkan diri dengan bangun.Ketawanya
pecah berderai.
“Eee….awak
ni!! Tak habis-habis nak buli saya!!”
“Okey,I
minta maaf! I main-main je.Kalau you nak tahu,ini semua rancangan auntie Lia.I
Cuma jadi pelakonnya saja!”
Sofea
menggeleng kepala senang hati.Walaupun rasa tertipu,dia akur akhirnya
kebahagiaan yang dia miliki kini.Ah,senangnya hati.
“Rizal…”ucapnya
lembut.
“Ada
apa?”
“Selamat
kembali encik pembuliku!!Terima kasih atas semuanya.Sekarang ni saya nak semula
jam tangan hadiah dari awak tu!”
“Aik,nak
jam tangan semula?Bukan ke you kata tak perlukannya?”
“Itu
cerita semalam tapi hari ini saya perlukannya.Mahal tu!! Bukan senang saya nak
dapat jam semahal jam tangan yang awak bagi.Cepatlah,saya nak semula!!” Sofea
menyuakan tangannya di hadapan Rizal.Rizal ketawa geli hati.
Cik
mangsa buliku kini sudah boleh tersenyum girang di hadapanku.Syukur,alhamdulillah!!
Tak sia-sia aku menunggu saat ini!!
p/s dear readers and followers...thanks sudi membaca dan melawati blog HE...kalau mahu kesinambungan kisah Fea dan Rizal dalam versi novel...jemput baca Babak Terakhir...semoga anda semua terhibur...peace..:)
No comments:
Post a Comment