Followers

Tuesday, 24 February 2015

Mr Stalker...Saya Cintakan Awaklah! 12



CINCIN di jari manisnya ditenung lama.Kemudian,dimain-mainkan sebelum menarik keluar dari jari.Terasa sekejap masa berlalu dan seakan semuanya bagai baru semalam bermula.Semerta ingatan tentang kisah dua tahun lalu yang sudah pasti menjadi sejarah terlayar kembali di kotak memori.

“I nak you jadi suri hidup I.Temani I sepanjang hayat I.Jadi pendamping I sehingga nafas terakhir?”suara macho Raziq bergema ketika mereka berdua sedang makan malam bersama.Makan malam yang agak istimewa yang diiringi muzik khas yang dimainkan oleh seorang penggesek biola yang ditempah khas.

Sebentuk cincin bertatahkan berlian dihulur kepada Nadine Tasyrif dengan seribu satu harapan.Harapan agar gadis itu tidak menolak lamarannya.Nadine Tasyrif terkedu.Hampir berair matanya melihat cincin dalam pegangan Raziq.

Please say yes,sayang.”ucap Raziq berharap.
Lambat-lambat Nadine Tasyrif capai cincin dari tangan Raziq sebelum mengungkapkan perkataan keramat itu.

I know it!Yes!Yes!Yes!”sorak Raziq setelah cincin tadi tersarung elok ke jari manis Nadine Tasyrif.Bermula dari malam itu,mereka berdua mengikat janji untuk saling setia dan menyayangi hingga ke akhir hayat.Sehinggalah kepada detik ikatan pertunangan termeterai.Kemudian,momen di mana dia melihat perbuatan curang Raziq dengan perempuan lain yang sedang enak berlingkar di atas katil dalam kondo Raziq dalam keadaan yang memalukan berlegar di minda.

Ting!

Nadine Tasyrif membaling cincin tadi ke lantai.Air mata dah merembes keluar.Benci bila mengingati semula semua kenangan yang pernah dia lalui bersama Raziq.Cadar tilam ditarik rakus sebelum ditolak melorot ke bawah.Kemudian,tubuh dihumban ke atas katil sambil memeluk lutut dan mengiring menghadap tingkap.

Suasana di luar nampak cerah.Tenang-tenang saja tapi cuaca dan hatinya takkan pernah sama.Tak seiring menjalani hari.Sakit hati tak terkata.

I hate you,Raziq!”gumamnya dengan linangan air mata yang tak mahu berhenti.

I hate you!I hate you!I hate you!”jerit Nadine Tasyrif sambil meraung hebat.Jelas urat-urat dilehernya terpamer menandakan yang dia sedang menahan marah yang mula menggila.

I swear I'll kill you,Raziq!I'll kill you!

'Nadine,be strong!' bisik satu suara yang tiba-tiba mencelah.Dalam tak sedar,dia berhenti menangis sebelum bangkit dan duduk bersila di atas tilam.Esak tangisnya juga dah tak ada.Berhenti.

'You have to be strong,my dear.Ini ujian Allah.Tabahkan hati.'suara yang sama bergema.

Nadine Tasyrif memegang dada yang tadinya berombak kencang.

“Astaghfirullahalazim.”bisiknya berulang-ulang kali.

Bibir mula mengucapkan beberapa zikir penenang hati dan jiwa.Cuba mencari sedikit kekuatan dan semangat yang hilang sebentar tadi.Lama dia memujuk diri untuk tidak terlalu mengikut emosi.Pantas diraup wajah sebelum menuju ke bilik air dan membasahkan wajah dengan wuduk.Usai berwuduk dengan sempurna,dia menarik tikar sejadah dan mula memakai telekung.Biar dia bersolat dulu dan meminta ampun serta petunjuk dari Allah.Hanya pada Allah harapan disandarkan.Hanya pada Allah pertolongan dipohon.Biar jiwa galaunya diusir pergi agar dia dapat berfikir dengan wajar dan tenang.

“Nadine.”seru Puan Surina ketika Nadine Tasyrif baru saja selesai melipat telekung.Wajah serius Puan Surina yang sedang mendekatinya dipandang dan melempar segaris senyuman tawar.

“Ada apa,ma?”
Tangan Nadine Tasyrif dicapai lalu ditepuk lembut.Mata gadis itu ditentang lama sebelum berani membuka bicara.

“Keluarga Raziq dah sampai.”
Air liur tertelan payah.Kesat.Seperti kerongkongnya mula mengecil dan menyempit.Tapi,cepat-cepat Nadine Tasyrif membalas pegangan ibunya seraya tersenyum kecil.

“Kejap lagi Nadine turun.Nak siap sekejap.”

“Nadine okey ke?”

I'm good.

Are you sure?

“Hmm...”

“Nadine dah ada keputusan?”

“Insyallah,dah.Nadine yakin dengan hati Nadine,ma.”

Puan Surina mengangguk.Tak mahu bertanya macam-macam lagi.Bimbang hati anaknya carik lagi sebelum berjumpa dengan keluarga Raziq.Pipi Nadine Tasyrif disentuh lembut sebelum tersenyum tawar pada anaknya.

“Mama harap keputusan yang Nadine akan buat ni adalah yang terbaik untuk Nadine.Mama sentiasa doakan yang terbaik buat anak mama.”

“Terima kasih,ma.”

“Okeylah,mama turun dulu.Nadine jangan lama sangat kat dalam bilik ni.Kita selesaikan cepat apa yang patut.”pesan Puan Surina semasa dia mahu melangkah keluar dari bilik.

Nadine Tasyrif sekadar angguk dan tidak lagi bersuara.Dua saat selepas pintu biliknya ditutup dari luar,Nadine Tasyrif mencapai cincin pertunangan yang dibalingnya ke lantai tadi lalu menyarungkan kembali ke jari.Kemudian,dia berlalu mendekati almari dan mencapai baju yang mahu dipakainya.

Kaki diatur kemas meniti satu per satu anak-anak tangga.Dari tangga lagi dia sudah dapat mendengar suara beberapa orang yang sedang duduk di ruang tamu.Suara Puan Surina berselang seli dengan suara seorang wanita.Bila diamati dia yakin yang Puan Surina sedang duduk berbincang dengan ibu Raziq,Puan Khadijah.Tapi tak jelas butir perbualannya.Bimbang keadaan menjadi kritikal,dia segera menjengah ke ruang tamu.Satu per satu wajah yang ada di situ ditenung dengan tenang.Tak ada bicara yang terkeluar dari celah bibirnya sebaliknya hanya secebis senyuman tawar dihulur buat yang memandangnya.

“Nadine...”tegur Raziq lantas bangkit dari duduknya.Wajah Puan Surina mula kelat.Duduknya tak tentu arah bila melihat Raziq mendekati Nadine Tasyrif tapi Tuan Irfan dah mencuitnya terlebih dahulu.

“Apa khabar,uncle...auntie?”sapa Nadine Tasyrif sambil menghulurkan tangan kepada kedua-dua ibu bapa Raziq.Semerta tubuhnya tenggelam dalam pelukan Puan Khadijah yang sudah dianggap seperti ibu sendiri.

“Sihat.Nadine sihat?”
Nadine Tasyrif lorekkan satu senyuman singkat lalu mengangguk.

“Nadine pun dah turun.Kita percepatkan ajelah perbincangan kita.”tegur Puan Surina.

“Mama,babah,uncle,auntie...bagi Nadine ruang dan masa untuk bincang berdua dengan Raziq dulu.”pintanya tanpa bertangguh tapi tak sekali pun wajah Raziq yang berdiri bertentangan dengannya dipandang.

“Pergilah.Bincanglah elok-elok dan cari penyelesaian bersama.”celah Tuan Irfan menenangkan suasana.Puan Surina di sebelah dah panas hati pandang suaminya yang langsung tenang dan relaks.Seperti selalu.

Nadine Tasyrif mengangguk dan menonong berlalu menuju ke luar.Mendekati taman dan kolam ikan milik ibunya.Sekadar mencari ruang buat dia dan Raziq untuk berbincang dari hati ke hati.Dah lama sebenarnya dia tak bercakap dengan Raziq.Sejak hari dia menyaksikan kejadian yang memalukan itu di kondo Raziq.

Raziq kalut mengekori.Mahu saja dia mencapai tangan Nadine Tasyrif tapi dia tak mahu perbuatannya itu akan mengundang satu lagi masalah dan kemarahan Nadine Tasyrif.

Nadine Tasyrif berdiri memeluk tubuh menghadap kolam ikan.Jauh jiwanya melayang dan membiar Raziq mengulum resah sendiri di sebelahnya.

“Nadine...”seru Raziq menarik sedikit lengan Nadine Tasyrif.Nafas Raziq sedikit keras,membuang keluh kesah.Berat rasa dada nak hadapi keadaan begini.Rasa canggung dan kekok bila berdua dengan Nadine Tasyrif selepas apa yang sudah berlaku.

“Cincin yang ada kat jari I ni...lambang cinta kita.Tanda yang I terima you dalam hidup I.Sampai sekarang I masih ingat lafaz janji setia kita dua tahun dulu tapi tak sangka yang you sendiri dah khianati janji tu.”tutur Nadine Tasyrif tegas seraya menayang jarinya yang masih melekat dengan cincin pertunangan mereka.Wajah Raziq dipandang lama,menantikan jawapan dari mulut lelaki itu.

I'm sorry Nadine.I'm sorry.I really mean it!”tangan Nadine Tasyrif sikit saja lagi mahu dicapai oleh Raziq tapi tak semena-mena Nadine Tasyrif tepis tangannya sambil menggeleng-geleng kepala.

“Tak semudah tu,Raz.You fikir,lepas I nampak apa yang you buat dengan perempuan lain di belakang I...I boleh terima semua ni?”jeda.

“Apa salah I?Apa yang I dah buat pada you sampai you sanggup mencurangi I dengan tidur dengan perempuan lain?Mana pergi maruah you sebagai seorang lelaki yang terpelajar dan ada status?”mencerlung mata Nadine Tasyrif memandang wajah sugul Raziq.Terasa terhina dengan perbuatan jijik Raziq.

“Sayang,I tahu I salah.I silap tapi I datang sini I nak perbetulkan balik apa yang dah jadi.I nak kita balik macam dulu.Jangan buat I macam ni sayang.Jangan biar I sendiri tanpa you.I tak mampu nak hidup tanpa you.”rayuan Raziq seolah-olah satu melodi pincang yang singgah di telinganya.

Sorry,Raz.I dah buat keputusan dan keputusan tu adalah yang muktamad.I nak kita putuskan saja pertunangan kita sebab I tahu I bukan siapa-siapa dalam hati you.”

No,Nadine.Please jangan minta pertunangan ni diputuskan.I sayang you.I love you Nadine.I love you cuma berikan I peluang sekali lagi.Please....”

“Peluang apa?Peluang untuk sakiti hati I lagi?Peluang untuk mencurangi I lagi?You dah jadi penjenayah Raziq!Penjenayah pada cinta kita!”kali ini mata Nadine Tasyrif benar-benar sudah merah.Sakit hati yang amat sangat tapi dia tahu walau marah macam mana sekali pun semuanya tak akan hilang dan padam.Jiwa yang terluka biar dah sembuh sekali pun tetap akan tinggalkan parutnya.

I'm sorry,honey.”Raziq cuba mencapai tangan Nadine Tasyrif dan mahu menarik gadis itu ke dalam pelukannya tapi tak kesampaian apabila Nadine Tasyrif mula menjauh dan berpaling membelakanginya.

“Allah itu maha adil.Kalau I tak pergi ke kondo you hari tu,mungkin sampai sekarang I akan terus diperbodohkan oleh tunang sendiri.Mungkin sampai bila-bila I akan anggap you ni macam malaikat dalam hidup I.Lelaki yang paling sempurna yang punya segala-galanya.”

Jurang mata Raziq dah basah.Terlalu banyak penyesalan yang menghurung dada bila mendengar ucapan yang terlontar keluar dari celah bibir Nadine Tasyrif.

“Nadine,sumpah hanya you seorang yang I cinta tapi percayalah apa yang terjadi tu cuma kesilapan I.I yang lalai,biarkan diri I tergoda dengan perempuan tu.”masih cuba nak tegakkan benang yang basah,Raziq masih belum mahu mengalah begitu saja.Dia tahu bagaimana caranya nak mengubah keputusan Nadine Tasyrif.Gadis itu hanya akan termakan dengan pujuk rayunya.Dia tahu kerana Nadine Tasyrif seorang yang lembut hati.

“I sumpah yang I tak akan ulangi kesilapan tu but please give me a second chance.Kalau you tak boleh berikan pada I peluang kedua pun tak apa tapi you cuba fikirkan tentang majlis kahwin kita yang kurang tiga bulan saja lagi.You tak fikir apa natijahnya bila kita batalkan semuanya?Pihak media mesti akan dapat hidu dan reputasi kerjaya you akan jatuh.Please,fikirkannya Nadine.”

“You memang gila,Raziq!”mata Nadine Tasyrif tajam merenung mata Raziq.Bagai mata sang helang mencari mangsanya.

“Okey,kalau you tak pedulikan reputasi kerjaya you...tolong fikir tentang perasaan keluarga kita.Macam mana dengan mereka yang dah bersusah payah buat persiapan majlis kita tu?”suara pujukan Raziq benar-benar membuatkan hati Nadine Tasyrif menyirap.Kepala rasa nak pecah saja.

“You yang sepatutnya fikirkan tentang keluarga kita semasa you buat perkara tak senonoh tu.Now,you tell me Raz!Apa lagi yang I patut buat?!” Raziq gigit bibir mendengar tengkingan Nadine Tasyrif.Tadi dah elok-elok gadis itu berbicara dengan bahasa yang molek tapi dek kerana dia yang cuba memutar belitkan cerita,gadis itu terus semburnya tak bertapis.

“Nadine,I’m begging you.Jangan buat macam ni.I sayangkan you,I nak hidup bersama you.I sumpah yang I akan terus setia pada you sampai akhir hayat I.”Raziq kemudiannya memperlahankan nada suaranya supaya dapat melembutkan sedikit hati Nadine Tasyrif yang sememangnya sedang panas.

You are sick Raz!Tak guna I bercakap panjang lebar dengan you.Now,you better leave.Go!”jerit Nadine Tasyrif kepada Raziq namun lelaki itu masih tidak mahu berganjak dari tempatnya malah tangan Nadine Tasyrif pula yang cuba diraih.

Gadis itu tiada pilihan lain selain menepis tangan Raziq lantas menolak tubuh itu ke belakang sebelum berlari ke dalam rumah.Tak tertahan rasanya nak menghadap putar belit Raziq lama-lama.Dia dah sebulat hati untuk berbicara baik-baik dengan Raziq tetapi lelaki itu sengaja nak menaikkan darjah kepanasan sehingga dia tak mampu nak kawal rasa marahnya.Mujurlah lelaki itu tidak ditampar atau ditempeleng dengan tangannya.

Selepas lama ditikar sejadah tadi,hatinya dah sedia lapang untuk berhadapan dengan Raziq tapi dia manusia biasa yang tak lepas dari rasa kecewa.Jelak dengan sikap Raziq.Meluat dengan sifat tidak putus asanya sehingga menjebakkan nama keluarga mereka ke dalam masalah yang dia sendiri cipta.Kini,paras kepercayaan Nadine Tasyrif pada Raziq dah hancur lebur.Kosong.

“Sayang…”Raziq panggil namanya sejurus langkah Nadine Tasyrif dapat disaingi.Tangan Nadine Tasyrif cuba diraih namun cepat-cepat ditepis.

Don’t call me sayang!”marah Nadine Tasyrif.
Mata Nadine Tasyrif terus dihalakan satu per satu ke wajah-wajah yang berada di ruang tamu itu lalu satu nafas panjang diambil.Cincin pertunangan yang terletak elok di jari manisnya terus ditanggalkan tanpa ragu-ragu.

“Maaf kalau apa yang Nadine nak perkatakan ni bakal buat emosi semua orang terganggu tapi Nadine dah sebulat hati untuk tamatkan segala-galanya.Tak ada apa-apa lagi yang boleh dipulihkan.”tekan Nadine Tasyrif selepas satu per satu wajah yang berada di ruang tamu itu dipandang.Raziq yang berada di belakang tercengang.

“Auntie...uncle...Nadine minta maaf.Nadine tak dapat nak teruskan pertunangan dengan Raziq.Nadine nak batalkan perkahwinan.”Cincin di jari ditanggalkan lalu diletakkan ke atas meja kopi di depan dengan isyarat jelas yang dia tak mahu ada apa-apa lagi dengan Raziq.

Raziq,I'm sorry.I tak dapat nak teruskan hubungan ni.”ucapnya penuh yakin seraya berpaling memandang wajah Raziq.

“Nadine,jangan buat I macam ni.”

Sorry,this is my final decision.Our relationship is over.Tolong lupakan semua ni.”

“Tapi,wedding kita...”

Our wedding is called off!

“Nadine,takkan sampai nak putuskan pertunangan?Banyak persiapan kahwin dah dibuat.Tak ada cara lain untuk selesaikan masalah?”celah Puan Khadijah yang sejak tadi memakukan diri di sofa.Rasa terkejutnya masih belum hilang dan kini keputusan Nadine Tasyrif yang mendadak begini mampu membuatkan hatinya rebah tak bangkit-bangkit lagi.

“Maaf auntie.Ini keputusan saya.Tak ada cara lain yang boleh selesaikan masalah.Esok saya akan pulangkan semua barang hantaran pertunangan ke rumah keluarga uncle dan auntie.”

“Sampai hati Nadine buat macam ni pada Raziq!”Puan Khadijah mula beremosi.Cuba nak salahkan Nadine Tasyrif bila pertunangan dan majlis kahwin mahu dibatalkan.
Puan Surina terus bangun dari duduknya dan mendekati Nadine Tasyrif lalu memegang bahunya.

“Tapi,Raziq lebih sampai hati mencurangi Nadine dengan tidur bersama perempuan lain!”lantang sungguh suara Puan Surina memandang tajam kepada Puan Khadijah.Biar keluarga Raziq tahu siapa yang bersalah dalam hal ini dan memang patut pun pertunangan ini diputuskan.

“Tapi takkan sampai nak putuskan pertunangan?”ujar Encik Syed Fuad ayah Raziq pula mendekati mereka yang sedang berdiri.

“Encik Syed,saya rasa kita semua perlu menghormati keputusan Nadine tentang hal ini.Saya harap Encik Syed sekeluarga memahaminya.”sampuk Tuan Irfan pula cuba meredakan ketegangan yang mula terasa nak berbahang.

Sejak awal lagi dia sudah jangka perkara seperti ini akan berlaku.Dia yakin yang anaknya akan ambil keputusan begini tapi memandang wajah mengharap milik Raziq serta keluarganya buat dia perlu masuk campur.Dia yakin yang Raziq mahu cuba ubah keputusan Nadine Tasyrif tapi sebagai seorang bapa,tipulah kalau dia tak rasa sakit hati bila anaknya diperlakukan seperti ini.

Ibu bapa Raziq saling berpandangan.Wajah kesal dah terlukis jelas di muka masing-masing.Raziq pula sudah berkali-kali meraup wajah.Menyesal.Buntu.Terdesak.

“Uncle,tolonglah saya uncle.Saya tahu saya bersalah dalam hal ni tapi dalam hati saya masih ada Nadine.Saya tak nak pertunangan kami diputuskan macam ni saja.Saya janji yang saya akan jaga anak uncle baik-baik dan saya juga janji yang saya tak akan lukakan hati dia lagi.” Rayu Raziq mula mendekati Tuan Irfan.Ingin saja dia berlutut dan memohon simpati tapi suara Tuan Irfan buatkan dia terus terpaku.

“Uncle minta maaf Raziq.Dah itu pilihan yang Nadine buat,uncle tak ada daya lagi nak menghalang.Maafkan saya Encik Syed,Puan Khadijah.Saya minta maaf bagi pihak keluarga saya atas apa yang berlaku.Saya mohon pada keluarga Encik Syed dan Puan Khadijah agar pertunangan ni diputuskan dengan rasmi.Kita selesaikan cara baik dan tak perlu ada sengketa.”

“Tak ada jalan penyelesaian lagi ke Tuan Irfan?Dia orang berdua ni dah lama bercinta,dah nak kahwin pun.Malu kita nanti tiba-tiba putus tunang macam ni.”soal Encik Syed Fuad memandang penuh harap pada Tuan Irfan.

“Macam inilah Encik Syed.Sebagai bapa,saya turut kesal atas apa yang berlaku tapi ini soal masa depan anak saya.Soal hati dan perasaan memang tak boleh dipaksa.Saya tahu lambat laun pasti semua orang akan tahu tentang hal ni tapi saya mohon satu pada keluarga Encik Syed.Kita hormatilah keputusan Nadine.”Wajah kusut Raziq kemudiannya dipandang Tuan Irfan.

“Raziq,uncle tahu kamu masih cintakan Nadine tapi nasi dah menjadi bubur.Nadine pun dah buat keputusan.Uncle harap sangat yang kamu dapat hormati keputusan dia dan terima semua ini sebagai qada dan qadar Allah.Memang kita manusia mampu merancang,Allah juga merancang tapi yang pasti rancangan Allah adalah yang terbaik.Terima keputusan Nadine dengan lapang dada dan uncle yakin satu hari nanti kamu akan bertemu dengan jodoh yang lebih baik dari anak uncle.”bahu lelaki itu ditepuk-tepuk lembut.Dia yakin sebesar mana pun kesalahan yang dah Raziq buat pada anak gadisnya,dia tidak layak menghukum.Biarlah hal ini berakhir di sini dan tidak dipanjang-panjangkan.

“Tak ada ke peluang kedua buat saya uncle?Saya tahu saya dah banyak lukakan hati Nadine tapi…”

“Sudahlah Raziq!Nadine dah buat keputusan.Kenapa nak nafikan lagi?”celah Puan Surina sinis.

Raziq sudah menunduk.Menahan air mata jantan agar tidak jatuh kalah dengan ego sendiri.Sebal rasanya.Terpaksa menanggung malu yang maha hebat di depan Nadine Tasyrif dan keluarganya.Lelaki yang sering diberi jolokan 'macho man' kini dah hilang macho bila kena tolak mentah-mentah begini.Usai berjaya memujuk rasa yang menyerang jiwa,Raziq angkat muka dan merenung wajah Nadine Tasyrif yang diam seribu kata sejak tadi.Dia lihat gadis itu tidak langsung mahu memandang wajahnya.Perlahan-lahan gadis itu didekati.

“I minta maaf atas segalanya.Kalau dah itu yang you minta,I terima.Tapi ingat Nadine I tetap sayangkan you dan akan tetap mencintai you sampai bila-bila.”Ujar Raziq kemudiannya sambil bermain-main dengan cincin yang telah dipulangkan oleh Nadine Tasyrif.Puan Surina sudah tersenyum senget.Tidak mampu memandang wajah Nadine Tasyrif,Raziq terus menapak keluar dari Villa Four dengan hati yang bengkak tanpa lagi mampu memandang ke belakang.

“Saya faham hati Nadine terluka dengan perbuatan Raziq tapi walau apa pun yang terjadi saya tetap menganggap bahawa Nadine seperti anak saya sendiri.Saya minta maaf banyak-banyak bagi pihak Raziq.” Ucap Puan Khadijah lambat-lambat,pasrah dengan keadaan.Encik Syed pula sudah menepuk-nepuk bahu isterinya sebelum berpaling semula memandang Tuan Irfan dan Puan Surina.

“Kami akan pulangkan semula barang hantaran pertunangan.Sekali lagi saya minta maaf bagi pihak anak saya,Tuan Irfan,Puan Surina.Saya harap silaturrahim kita tak akan berakhir di sini.Walaupun anak-anak kita tak berjodoh,saya masih anggap keluarga Tuan Irfan seperti keluarga sendiri.” ucap Encik Syed Fuad dengan wajah tenang.
Usai bersalaman dengan Tuan Irfan,Encik Syed Fuad segera menarik tangan isterinya keluar dari Villa Four.

Nadine Tasyrif menghantar pandangan kepada kedua ibu bapa Raziq dengan ekor matanya.Mata yang sudah semakin bengkak tidak mampu dia tahan lagi.Tiba-tiba saja dia menerpa ke arah ibunya seraya memeluk tubuh tua itu erat-erat.Tangisannya terus pecah.

“Mama….” tangisannya berbunyi kuat.

“Sudahlah Nadine…semuanya sudah berakhir.” Pujuk Tuan Irfan.
“Jangan menangis begini,sayang.Dah tak ada apa-apa yang perlu ditangisi lagi.Mulai hari ini,kita mulakan hidup baru ya?”bisik Puan Surina lembut ke telinga Nadine Tasyrif.Pelukan dieratkan.Seperti ada satu tenaga yang luar biasa mengalir ke dalam tubuhnya melalui tubuh Puan Surina.

Perlahan-lahan dia diiring pergi meninggalkan ruang tamu menuju ke kamar peraduannya dengan sebuah harapan baru.





No comments:

Post a Comment