Saturday 7 March 2015

Mr Stalker...Saya Cintakan Awaklah! 25



RANCANGAN televisyen yang tidak begitu menarik perhatiannya membuatkan Nilla berlalu saja ke tingkat atas.Niat nak lepaskan lelah di depan tv tapi satu apa pun tak mampu dia hadam.Teringat lagi pada kejadian siang tadi.Zein Asyraff heret tangannya konon-konon nak pulangkan balik rantai dia yang tercicir masa di butik jika dia ikut lelaki itu ke sebuah restoran.Dalam masa sejam lebih melepak di sana tenung muka selamba Zein Asyraff,lelaki itu hantarnya pulang ke butik tanpa pulangkan rantai.Tak sempat dia nak cakap apa-apa,lelaki itu terus berlalu begitu saja.

Siapa yang tidak angin bila kena tipu hidup-hidup macam tu?

Spontan Nilla humbankan dirinya ke atas katil dan menarik bantal lalu menumbuk-numbuk padu beberapa kali ke situ sambil membayangkan muka Zein Asyraff.Kalaulah benar yang Zein Asyraff sedang berada di depannya,habis mamat tu dia kerjakan.

Dia tak tahulah apa salah yang dia buat pada lelaki itu sampai hari-hari datang kacaunya di butik.Nak buat kerja pun tak senang.Balik-balik tayang muka yang perasan macho tu depan dia.

Nilla melepas lelah yang tiada kesudahan.Penat.Makan malam tadi pun dia tak berapa nak berselera.Tak dapat perutnya nak hadam makanan lepas fikir pasal rantai tangan kesayangannya yang diberi seseorang.Seseorang yang dia rindu dan sayang sangat-sangat!
Setelah penat berfikir akan kesudahan Sinetron antara dirinya dan Zein Asyraff yang masih tak tahu hujung pangkal,Nilla baringkan tubuh ke tilam tapi mata masih terkebil-kebil pandang siling.Lima minit merenung nasib sendiri,telefon bimbitnya yang sedang dicaj berbunyi nyaring.

Dicapai setelah mencabut plug lalu dilekapkan ke telinga malas-malas.Malas nak tengok skrin,dah tahu siapa yang telefon malam-malam macam ni.Tak lain tak bukan majikan kesayangan.Mesti ada apa-apa yang nak dipesannya.

Hello.”

Hai,pretty lady!Belum tidur?”
Nilla bingkas bangkit dari tilam dengan muka tercengang.

Macam mana...”

Surprise!”pertanyaan Nilla yang mahu menyoal bagaimana jejaka di talian boleh mendapatkan nombor telefonnya pantas dipintas sebelum bersorak ceria.

Surprise kepala hotak awak!Dah tak reti tengok jam pukul berapa dah?”tengking Nilla mendadak.Sakit hati tak habis sekarang bersambung dengan sakit telinga dengar suara Zein Asyraff di talian.

Whoaaa...malam-malam pun masih garang ya?”

Suka hatilah.Awak call saya malam-malam ni ada apa?Dah tak boleh tunggu siang?”

Oh,kiranya I boleh call you waktu siang ajelah ya?Anytime?

Hisyh,cakaplah nak apa?Sebelum saya putuskan talian.Atau awak nak saya putuskan kepala awak yang tak betul tu?”
Zein Asyraff ketawa besar.
Nilla raup muka.Berbulu pula telinga dengar mamat ni gelak.

Kalau I cakap I nak you?”
Nilla dah siap telan liur.Muka berubah pucat.Bercakap dengan Zein Asyraff,dia sendiri boleh hilang modal tapi dia tak tahu kenapa setiap kali bertekak dan bertelagah dengan lelaki itu,dia tak boleh berhenti sedangkan dia boleh matikan talian dan buat tak tahu pada lelaki itu.Hati memberontak nak berbalas kata dan bertikam lidah dengan Zein Asyraff hanya kerana dengan cara itu dia rasa puas hati walaupun hatinya selalu saja sakit.

Tak payah nak jadi romeo sangatlah!Straight to the point lah awak nak apa?”suara Nilla bertukar mendatar.Kali ini dia melompat turun dari katil dan duduk bertenggek di tepi tingkap bilik.Langsir nipis warna ungu diselak.Kepala dilangut menatap wajah langit.Ada bulan terang di atas sana.Bercahaya galak seolah-olah sebuah mentol besar yang menyala.

Yang tadi tu,kira straight to the point lah.I cakap I nak you!”

Hee...jangan nak mengadalah!Awak tak payah nak buat lawak basi.Kes siang tadi pun saya tak lupa lagi,awak jangan nak tambah rasa bengang saya kat awak.Baik awak datang butik esok dan pulangkan rantai saya yang awak dah paw.

Kalau I tak nak?”

Awak tahulah nasib awak macam mana nanti!”ugut Nilla lantang.

You tengah buat apa tu?”tiba-tiba saja Zein Asyraff menukar topik.

Tengah bercakap dengan serigala jadian!”

Whoaaa...patutlah!Bulan tengah penuh kat luar tu.”
Nilla menarik telefon dari telinga dan merenung skrin sekejap dengan muka berkerut.

Nilla,are you there?

Ada ni.Hidup lagi.”

Ingatkan dah kena baham dengan serigala jadian.”

Pleaselah,serigala jadian tu dah nak putus leher kena libas dengan saya.”

Ganas eh?”Zein Asyraff ketawa singkat sebelum menyambung bicara.

You tengah buat apa?Tengah renung bulan penuh kat luar sana ke?”
Tebakan Zein Asyraff itu membuatkan Nilla mencebik.Macam tahu-tahu saja dia sedang bertenggek di tepi tingkap sambil pandang bulan kat langit.

Kenapa?Salah?Ada masalah ke?”

You nampak tak?Bulan tu tengah senyum kat you?”

Pffttt...jangan nak merepeklah!”

Tak...cuba you tengok.Cantik,kan?”

Tak pasal-pasal mata Nilla dihala ke luar dan tenung bulan yang jelas bergayut di langit melalui tingkap bilik.Terhanyut sebentar dengan alam ciptaan tuhan.

You nampak tak cahaya yang berkelip-kelip tu?”soal Zein Asyraff lagi.
Hah?”
Tu...yang dekat dengan bulan tu?”
Nilla melingas melihat ke atas.Tapi baru perasan yang dia sebenarnya sedang dipermainkan.

You such a...”

What?You nak cakap I apa?”

Urghh!”Nilla hentak kaki.Tak tahulah apa masalah mamat ni.Asyik nak kenakannya.Tapi dia pula boleh melayan mamat stalker ni malam-malam begini.Macam dah tak ada benda nak buat dah agaknya Nilla oi!

Dahlah,awak pergi tengok bulan tu sorang-sorang.But I'm warning you Mr Stalker Paparazzi!Jangan pandai-pandai nak telefon saya lagi.Awak buat juga,saya mandrem awak melalui bomoh siam.Ingat tu!”

Belum sempat Zein Asyraff balas apa-apa,Nilla dah siap-siap matikan talian.Puas.Semerta tersungging satu senyuman di bibir sebelum kembali melemparkan tubuhnya ke katil.Lega.

Padan muka kau!”cebiknya.Telefon diletak kembali ke atas meja.Selimut dia tarik sampai ke dada.Lampu kecil di tepi katil ditutup membuatkan kawasan biliknya gelap.

Tit! Tit! Tit!

Nilla buka mata.Rasa nak buat amukan balik ni.Tadi dah bagi amaran jangan telefon,ini dia main hantar SMS pula dah!

Esok pukul 1 tengah hari I jemput you di butik.Kita lunch sama-sama.You wajib ikut I…itu pun kalau you nakkan rantai tangan you semula.

Mencerlung anak mata Nilla menatap skrin telefonnya.Bibirnya mengetap sekali lagi.Isyh,tak guna! Berani betul mamat stalker ni ugut aku?!

Fine!

Nilla hantar satu SMS semula pada Zein Asyraff seakan cuba mengangkat bendera putih.

Good.See you tomorrow beautiful!Sweet dream.Jangan lupa mimpikan I :)

Balasan SMS Zein Asyraff nyata membuatkan Nilla campak terus telefon bimbitnya ke atas katil sebelum menyembamkan wajah ke bantal dengan perasaan yang berdongkol geram.Dadanya berdetak hebat.Ingatannya mula singgah semula pada kejadian tengah hari tadi.

Arghhh!Stress nya!’pekik Nilla dalam hati sambil mencapai bantal lalu menekup telinganya rapat-rapat.

I'M warning you Mr Stalker Paparazzi!Jangan pandai-pandai nak telefon saya lagi.Awak buat juga,saya mandrem awak melalui bomoh siam.” Ingatan pada amaran yang Nilla berikan padanya sekejap tadi buat dia tersengih-sengih.

Comel dan manis tapi garang dan susah nak dapat!”bisiknya sendiri.
Wajah bulan yang boleh dilihat di luar balkoni biliknya ditinggal sendiri.Bilik dimasuki semula lalu menghempas tubuh ke katil.Siap buat golekan ke kiri kanan dengan bahagia lagi.Suara Nilla tadi masih kuat bergendang ke telinga sampai terasa nak bawa masuk ke alam mimpi.Mata masih terkebil-kebil.Tak boleh nak lelap.Serentak dia capai rantai tangan Nilla yang terselit di dalam laci berdekatan dan tenung sampai puas hati.

Thanks sebab dah jadi penyebab untuk aku lemparkan pancing sekali lagi.”tak pasal-pasal rantai milik Nilla dicium bertalu-talu.

Satu hari nanti you akan makan juga umpan yang I lempar,Nilla.”tekan Zein Asyraff sungguh-sungguh sebelum bangun mendapatkan kameranya.Gambar-gambar Nilla yang masih tersimpan kemas dalam kameranya dibelek satu per satu bagai nak terkeluar biji mata.Tak membuang masa,dia pindahkan saja gambar-gambar Nilla ke dalam laptop dan tenung lagi sehingga tak sedar yang waktu dah terlalu lama berlalu.

Wajah manis itu menghiasi ruang mata,ruang jiwa dan kini dah menyerap masuk ke dalam hatinya.Ah,adakah ini yang dikatakan cinta?Atau perasaan angau?

Zein Asyraff tersenyum sendiri.

Pandang wajah manis Nilla yang berselendang dengan pelbagai fesyen dan corak di dalam gambar,buat dia yakin yang hatinya memang dah cair dan jatuh cinta dengan gadis itu.Baginya,Nilla adalah satu-satunya perempuan yang dah berjaya mengetuk pintu hatinya yang dah lama beku.Berilah berapa banyak model cantik serta selebriti jelita di luar sana,Nilla tetap menjadi pilihan.Nilla tetap yang indah di matanya.Nilla tetap yang paling sempurna di hatinya biarpun gadis itu garang macam singa.

Sikap you yang jual mahal ni yang buat you nampak mahal di mata I,Nilla!”wajah Nilla yang dah jadi wallpaper dalam laptop diusap penuh kasih sayang.Cuba membayangkan yang dia dan Nilla duduk bersanding berdua di singgahsana cinta.Di atas pelamin nan indah dengan memakai pakaian bak putera dan puteri raja.Indahnya dunia!

You tak mandrem I pun tak apa Nilla sebab you dah berjaya buat I 'gila' pada you.Gila sangat-sangat!”bisik Zein Asyraff dengan sepenuh hati dan tangan masih lagi tak lepas usap skrin laptop.


PINTU kaca butik diketuk agak kuat sebelum membuat lambaian dengan wajah ceria macam badut yang selalu buat persembahan di depan kanak-kanak bawah umur.Muka ceria terlebih gula!

Ah,dia datang dah!”Nilla ketap bibir sambil menjeling halus bila wajah ceria Zein Asyraff menerpa ruang mata.Dia yang sedang sibuk membetulkan baju-baju yang bergantungan di bahagian hadapan butik menjeling tajam.

Hai.”

Bosanlah!”balas Nilla lalu berjalan kalut mendekati Taylor Swift dan geng seangkatan dengannya yang dah bertukar baju.

Tangan patung Demi Lovato yang belum dipasang semula selepas tertanggal akibat aksi ganasnya semalam dicapai tanpa menghiraukan kehadiran Zein Asyraff.

Demi...Demi...apsal kau ni degil sangat?Kan dah putus tangan kau!”cebik Nilla memandang wajah Demi Lovato.Kepala patung itu ditepuk perlahan sebelum berusaha memasang tangannya yang agak ketat.Tapi kehadiran Zein Asyraff tanpa suara di sisinya membantutkan segala kerjanya.Terasa terganggu.

Demi,please be nice to me.Aku tak ada mood nak entertain kau ni.Boleh tak bagi kerjasama?”Nilla membebel seorang diri.Menyindir Zein Asyraff dalam diam.

Okey,suka hati kaulah!”bentak Nilla melepaskan tangan Demi Lovato.Semerta bunyi tangan itu bergolek menggamit rasa lucu di hati Zein Asyraff.

Nilla dah siap hentak kaki dan mahu berlalu.

Eh,ada orang hilang tanganlah.Err...ada siapa-siapa kat sini yang hilang tangan tak?I found one!”jerit Zein Asyraff pura-pura meliarkan mata ke sekeliling sambil kutip tangan yang tergolek tadi.Kemudian dia letakkan tangan Demi Lovato ke atas bahu dan berlalu mendekati Nilla yang dah berjaya melarikan diri ke kaunter.

Nilla,ni tangan you ni tertanggal.Tak nak pasang balik ke?Atau nak I bawa balik?”tangan tadi Zein Asyraff letakkan ke hadapan Nilla di atas meja kaunter sambil tersengih-sengih.
Nilla pandang wajah Zein Asyraff macam nak terkam.Tangan Demi Lovato di depan mata dia tarik sebelum menghempas-hempas kasar tanda protes dengan wajah mencuka.

Isyh,masamnya muka!Cuba senyum sikit!”

Nilla jeling tajam.

Okey...okey...I gurau aje.Sorry ya?”

Berapa kali saya nak beritahu awak?Kalau nak gurau pergilah surau!”

Kenapa surau?Masjid tak boleh ke?”pertanyaan ala-ala bodoh selamba yang dituturkan oleh Zein Asyraff memang keterlaluan bagi Nilla.Berdesup dia meninggalkan Zein Asyraff dan kembali mendekati Demi Lovato lalu memasangkan tangan yang tertanggal.Puas bertungkus lumus,akhirnya lengkap juga patung Demi Lovato.

Muka kau ni,aku dah muak tengok Demi!Menyampah!Tapi nak buat macam mana,dah si Lulu suka sangat dengan kau.Aku pasrah ajelah!”kepala Demi Lovato dicuit dua tiga kali.

Kalau ya pun bengang dan marah dengan I,janganlah sampai jadikan patung ni bahan melepaskan perasaan.”celah Zein Asyraff.

Okey,I minta maaf.”akhirnya Zein Asyraff mengalah.Tak sampai hati nak biar perasan Nilla kacau bilau kerana dia.Tak senang hati melihat wajah mencuka gadis kesayangannya itu.

Dah tak ada perkataan lain nak cakap?”sinis Nilla.

I love you,okey tak?”

Ni I love you awak!”penumbuk kanan disua ke depan muka Zein Asyraff.

Okey...okey...I gurau ajelah.Garang sangat ni kenapa?Makan apa?Tebuan?”
Zein Asyraff tergelak.

You belum lupakan janji kita hari ni?Our second date?

Bila masa saya buat janji?Jangan mengarut boleh tak?”

Oh,tak eh?Maksudnya you tak naklah barang you tu?Kiranya I bolehlah simpan sebagai koleksi peribadi.”

Kata-kata Zein Asyraff benar-benar membuatkan Nilla terjerat.Tak boleh nak lari lagi dah.Balik-balik dia juga yang terkena.Muka mula nak merah.Kepala rasa panas.Ikut hati nak saja dia cabut semula tangan Demi Lovato dan baling ke muka Zein Asyraff.Biar puas hati!

Awak ni memang nak mencari nahaslah!Saja nak buat saya marah!Suka sangat tengok saya mengamuk!Awak nak saya pancung kepala awak ke,hah?”teriak Nilla seakan mahu menerkam.

Amboi,dari luar sana lagi dah dengar bising-bising.Ni apa kes?Ribut taufan dah menyerang ke apa?”tiba-tiba Lulu mencelah dari arah pintu hadapan.Di tangannya ada sebungkus plastik berisi kotak nasi dan sebungkus air sirap.Zein Asyraff senyum.Dihulurkan tangan kepada Lulu lalu tangannya bersambut erat dalam genggaman tangan Lulu.

Hai,Lulu.Err...tak ada apa-apa.Hari ni I datang ni nak minta izin dengan penuh hormat pada you nak pinjam Nilla sekejap.Sekejap aje.Tak lama...dalam masa sejam.Boleh?”

Nak ke mana?You jangan nak melencong,Zein!”Lulu dah bagi amaran.Zein Asyraff ditenungnya atas bawah mencari sedikit kepercayaan.

You can trust me.Nanti dah selesai urusan,I hantar Nilla balik ke sini.”

Urff,yelah...yelah...payah kalau dah angau macam ni.”Lulu cebik dan berlalu ke sofa.Bungkusan nasi dibuka sebelum melahap tanpa mempelawa manusia berdua yang sedang merenungnya.

Dahlah Nilla,kau ikut ajelah boyfriend kau ni.Malas aku nak tengok sinetron tengah hari buta ni dalam butik aku yang vogue.Dah pergi...pergi...”

Aku ada banyak kerja.Tu baju kat...”

Dah,bos kau ni baik hati bagi pelepasan awal.Pergi ajelah.Kerja tu nanti aku boleh selesaikan.”

Tapi...”

Aku cakap pergi tu pergi ajelah.Nak aku sumbat mulut kau dengan ayam goreng ni ke?”Lulu angkat paha ayam yang sedang dimakannya.

Okay,fine!

Nilla tiada kudrat mahu membantah.Ditenung muka Lulu tak puas hati.
Boyfriend katanya?Dah hilang akal ke apa si Lulu ni?Sejak bila aku dengan mamat stalker ni isytihar jadi kekasih?

Shall we?”soal Zein Asyraff mengulum senyum.





Cukup sejam saya balik butik!”putus Nilla dan berlalu keluar dari butik setelah mencapai beg tangannya.

Tuesday 3 March 2015

Mr Stalker...Saya Cintakan Awaklah! 24



PAPAN tanda Butik Kencana ditenung dengan pandangan teruja.Leher masih seperti biasa,tergantung kamera kesayangan di situ.Gaya dah macam paparazzi sangat!
Dah puas tatap kawasan hadapan pintu masuk ke Butik Kencana,Zein Asyraff meredah masuk ke situ dengan hati berbunga-bunga ceria.

Sekeliling butik yang agak lengang itu dipandang mencari kelibat seseorang yang dia rindu separuh mati.Macam nak gila bila sehari tak menatap wajah manis itu.Bagai hidup serba tak lengkap dan tak sempurna.Hati dah terpaut suka,apa boleh buat?Mujurlah Nilla itu masih bukan milik sesiapa,ada can dia nak pancing.Itu yang beria-ia dia menayang muka tak bersalahnya hari-hari di sini semata-mata mahu lemparkan umpan.Kadang-kadang dia guna umpan kecil dan kadang kala dia guna umpan besar tapi sampai hari ini semua umpannya tak mengena.Tapi tak apa,dia bukan jenis manusia putus asa.Hari-hari lempar umpan,satu hari nanti dia yakin umpan itu akan dimakan juga.

Hai.”sepatah sapaan Zein Asyraff sudah mampu membuatkan Nilla yang sedang menyusun beberapa stok baju ke dalam kotak yang mahu dipos kepada pelanggan butik yang berada di Sabah terkejut beruk.Jelas dadanya diurut-urut laju sambil membetulkan cermin mata yang dah senget sebelah.

Dah tak ada muka lain agaknya nak tunjuk kat sini?Nak apa?”cebik Nilla menjeling tajam pada Zein Asyraff.Malas nak melayan mamat ni,lebih baik dia sambung buat kerja.Kotak-kotak yang dah penuh dengan stok baju ditutup kemas sebelum membalutnya dengan kertas minyak tanpa lagi menghiraukan Zein Asyraff yang tak sudah-sudah tenungnya macam nak makan orang.

Awak nak apa datang sini?”akhirnya Nilla menyoal sebaris ayat.Dibiar saja Zein Asyraff merenungnya begitu boleh buat sakit jiwa.Sekurang-kurangnya tak adalah dirinya jadi bahan tontonan bisu oleh lelaki itu.

Tak ada apa.Saja.”macam biasa,Zein Asyraff pulangkan jawapan yang langsung tak menepati piawaian.Menyampah betul dengan mamat stalker yang masih tak diketahui asal usul ni!

Senangkan jadi awak ni?”Nilla mula mencebik dan mengangkat kotak besar yang dah siap dibalut menuju ke kaunter.

Kenapa?”Zein Asyraff mengekor dari belakang.

Yelah.Ke hulu ke hilir dengan kamera.Lepas tu kacau orang.Seronok hidup macam tu!”
Tak pasal-pasal Zein Asyraff ketawa.Nilla di depan dah buat jelingan nipis padanya sambil tangan ligat membuat kerja.

Kenapa ketawa?Lawak sangat eh?”

Tak adalah cuma rasa terharu dan gembira sebab ada orang peduli pada I.”Zein Asyraff tayang senyuman nipis yang mampu menggetarkan sanubari perempuan-perempuan yang mudah cair di luar sana tapi bukan pada Nilla.Lagi dihantar jelingan maut adalah!

Hee...annoying gila!”

Terima kasih.You nak I tolong ke?Tolong buat kerja ni atau tolong tengok...you pilihlah.”
Nilla capai gunting di atas meja kaunter dan tujah-tujahkan ke salotep sebagai tanda yang dia sedang menahan marah.Kalau tak ada salotep tu mungkin dia akan menerkam ke arah Zein Asyraff dan benamkan saja mata gunting ke leher mamat stalker ni.Menyampah gila!

Salah cara you potong salotep tu.Biar I tunjukkan caranya.”Zein Asyraff buat-buat nak menarik gunting dari tangan Nilla tapi cepat-cepat Nilla halakan muncung gunting ke depan muka lelaki itu dengan wajah menyeringai.

Awak jangan macam-macam.Awak datang sini nak tempah baju atau nak tempah kemarahan saya?Kalau tak ada apa-apa urusan,baik awak keluar sebelum saya bertukar jadi manusia mutan dan siat kulit awak guna gunting ni!Awak pilih!”akhirnya Nilla menggertak garang sehingga memaksa Zein Asyaff mengundur setapak ke belakang dengan muka terkejut.

Whoaaa...relaks!”spontan Zein Asyraff tarik kamera dan mula menghalakan lensanya ke arah Nilla sehingga membuatkan gadis itu tak mampu lagi nak bertahan.Gunting di tangan dia hentak ke atas meja sebelum berlari ke arah Zein Asyraff dan merampas kamera lelaki itu dari tangan.

Tak sempat nak buat apa-apa pada kamera Zein Asyraff,lelaki itu dah siap merampasnya semula dan melonjaknya tinggi ke atas sehingga Nilla terlompat-lompat nak capai semula kamera itu.

Awak ni memang menyakitkan hati ajelah!”tengking Nilla berang lalu memijak kaki Zein Asyraff kuat-kuat sebagai balasan.Biar puas hatinya yang satu itu.Kemudian dia berlari meninggalkan lelaki itu mengaduh kesakitan sendiri.Padan muka!

Amboi,main kasar lagi?Nasib kaulah Zein sangkut dengan perempuan brutal macam ni.Tapi...I like!”sengih Zein Asyraff sendiri.

What a beautiful day,huh?”Lulu tiba-tiba menyapa dari arah belakang sebelum berjalan dengan gaya penari belet menari dan mula meliuk lentokkan tubuh sebelum bertenggek di meja kaunter.Direnung saja wajah menahan sakit milik Zein Asyraff dengan senyuman lebar.

Hai,Lulu.”jawab Zein Asyraff dengan muka merah.Mula menayang sengihan sebagai menutup perasaan malu.Sahihlah Lulu tahu apa yang jadi tadi,kalau tidak tak adanya nak sindirnya sambil menari-nari macam penari belet tadi.

Okey tak kaki tu?”

Zein Asyraff dah rasa macam kena hempuk dengan lesung batu.Soalan Lulu memang direct.Tak ada nak belok-belok.

Okeylah...”jawabnya pasrah.

Alah,kesiannya.Meh sini,biar I tengok.Meh duduk kat sofa dulu.”ajak Lulu menarik lengan Zein Asyraff.

Kat mana yang sakit?Biar I picit.”tawar Lulu tapi Zein Asyraff cepat saja menolak dan menggeleng-geleng kepala.Tak kuasa nak membiarkan si Lulu buat urutan pada kakinya yang sakit kena pijak.Tak pasal-pasal jadi gosip,naya!

You ni pun Zein,kalau nak mengurat pun buatlah cara gentleman.Ini tak agak-agak.Kan dah kena sedas!“sindiran Lulu tepat mengena batang hidungnya.

Dah,tak payah nak tayang muka innocent campur blur depan I.Straight to the point ajelah.You sebenarnya memang sukakan Nilla kan?”Lulu dah siap silang kaki dan lentikkan tubuhnya di atas sofa bertentangan dengan Zein Asyraff.

Habis tu,takkan I sukakan you pula?Tak pasal-pasal kena maki percuma dengan mak I.”Zein Asyraff mencebik halus sebelum ketawa kecil.Lulu di depan dah buat muka bengang.

Hisyh,jahat juga mulut you ni kan?Patutlah Nilla malas nak layan you.”

Nilla ada cakap apa-apa ke?”mata Zein Asyraff laju saja mencari kelibat Nilla tapi tak nampak batang hidungnya.Tahu dah dia ke mana.Tak lain tak bukan mesti bertapa di dalam ofis Lulu yang terletak di bahagian belakang butik.

Selain dari Mr Stalker Paparazzi,tak ada lagi benda paling teruk pasal you yang keluar dari mulut dia.Anyway,you tak ada kerja ke?Datang sini tak nak tempah baju?”

I akan tempah baju kalau you hidangkan I air.”

Yeah,right.Pandai bodek.Dahlah,you tunggu sini kejap.I pergi belakang bancuh air.Maklumlah bibik I semuanya dah lari balik kampung!”Lulu bangkit meninggalkan Zein Asyraff seorang diri.

Zein,nah air yang paling special yang pernah I buat untuk tetamu I.”sorak Lulu ketika dia sedang mendekati Zein Asyraff.Gaya jalan masih lagi sama,macam ayam serama.Gelas di tangan ditenung Zein Asyraff sebelum lambat-lambat dia menyambut.

Sky juice?

Hmm.”Lulu menyengih.

Okey.”Zein Asyraff belasah saja air dalam gelas.Sky juice pun sky juicelah.Rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari!

Lulu,Nilla mana?”

Ada kat dalam ofis.”

Buat apa?”

Buat kerjalah!”
Zein Asyraff berdiam diri tapi mata meliar ke sekitar butik sehingga memaksa Lulu membuka mulut dulu.

You pandang apa?”

I tengok butik you ni.Dah lama ke you buka butik?”

Lulu kerut kening.Tiba-tiba saja lelaki ini bertanyakan tentang butiknya.Sedari tadi fikirannya hanya bertitik pada Nilla tapi bukan untuk kali ini.

Lain macam aje soalan tu.Hah,jangan-jangan you ni nak skodeng butik I ni tak?”Lulu serkap jarang.

Tak baiklah cakap I macam tu Lulu.Kalau I nak spy you,tak adalah I datang sini dengan cara paling berhemah.Anyway,I nak tahu juga serba sedikit tentang background butik you.Bukan apa,I tengok butik you ni cantik sangat.Suasananya tenang,baju-baju yang ada di sini pun lawa-lawa.Dan…orang-orang yang bekerja dalam butik ni pun cantik jelita.Tak gitu?”

Lulu menguntum senyuman mengada.Terperasan pula dia dengan pujian Zein Asyraff.

Butik ni dah beroperasi sejak 3 tahun lepas.Itu pun lepas I ambilalih dari cousin I yang dah berhijrah ke Amerika.Sejak dari tu,I yang jaga butik ni sampai sekarang.”

Zein Asyraff mengangguk-angguk mendengar dengan teliti.

Hmm…baju-baju kat sini memang cantik-cantik.Tak ada sesiapa ke yang datang untuk sewa?Contohnya macam untuk buat kostum parti ke,majlis-majlis korporat ke atau paling tidak pun krew produksi datang sewa untuk penggambaran drama dan filem?”

Ada tu adalah tapi I tak berapa suka sewakan pada orang.Baju yang ada di sini kebanyakannya untuk dijual.Lecehlah kalau sewakan,bila pulangkan balik mesti cacat sana sini baju-baju I tu.Tak suka tau!”

Oh,gitu rupanya.”

Kenapa?You berminat nak sewa ke apa? ”

Lulu,minta Nilla keluar sekejap.I nak pinjam dia untuk beberapa minit.Nak sembang-sembang.Please!

Hisyh,you ni…asyik Nilla aje yang you ingat.Asal datang sini aje nak jumpa Nilla.”Jeling Lulu berpura-pura.

Please,Lulu yang cantik jelita.Tolong I?”

Lulu bila dah dengar Zein Asyraff pujinya jelita langsung hati kembang setaman.

Okey...okey...tapi lepas ni kalau kaki you yang sebelah lagi kena pijak dengan Nilla,jangan salahkan I okey.I tak nak campur.”

Zein Asyraff tergelak-gelak tengok gelagat lentik Lulu sehingga lelaki itu menghilang.Selang lima minit,Nilla muncul di depan Zein Asyraff dengan wajah mencuka.

Hidup lagi rupanya.Ingatkan dah jadi zombi!”cebik Nilla melepas bara.Dia henyakkan punggung ke sofa di depan Zein Asyraff sambil silangkan tangan ke dada dan merenung tajam wajah lelaki itu.Tadi,puas juga Lulu pujuk dia dan guna ayat psiko untuk buat dia bersetuju keluar dan berjumpa dengan Zein Asyraff.Siap tawarkan kenaikan gaji tiga puluh peratus padanya.Dengan muka pasrah dan separa rela,dia terpaksalah juga mengikut kehendak Lulu.Kalau tidak,makin berbulu telinga mendengar lelaki itu memujuknya dan berulang-ulang menyebut nama lelaki stalker yang dah buat hidupnya huru hara selama ini.

Muka hensem-hensem mana layak jadi zombi.”

Hei,awak jangan nak buat loyar buruk yang dah basi tu depan saya boleh tak?Cakaplah cepat apa benda yang penting sangat nak cakap!You have two minutes!
Masa yang diberikan Nilla selama dua minit itu hanya digunakan dengan merenung wajah manis Nilla yang mengenakan selendang bunga-bunga yang membuatkan dia nampak lebih remaja.

Times up!”Nilla bertegas dan bangkit dari sofa tapi belum apa-apa lagi tangannya dah siap dicapai oleh Zein Asyraff sehingga memaksa dia meronta-ronta minta dilepaskan.
You are too much,Mr Stalker Paparazzi!”tubuh Zein Asyraff ditolak ganas ke belakang.Kali ini Nilla dah siap pasang kekuda lagi,nak melindungi dirinya dari lelaki di depannya ini.

Okay,I'm sorry Nilla.I tak bermaksud nak buat apa-apa yang tak baik pada you.”kedua-dua tangan dah siap bercantum rapat satu sama lain dengan muka penuh harapan agar kata-katanya dipercayai.

Awak ni memang menyakitkan hatilah.Psycho!”cemuh Nilla.

Awak keluar dari sini sebelum saya telefon polis.Keluar!”jarinya dah dituding ke arah luar tapi dia lihat kaki Zein Asyraff masih terpaku di tempat dia berdiri.

Fine.I keluar tapi lepas ni jangan terkejar-kejarkan I pula.Bye!”spontan Zein Asyraff menyengih dan mengenyit mata nakal lalu menunduk mengutip sesuatu.Ditayang saja ke arah Nilla dan berlalu keluar dengan selamba dan penuh gaya.Nilla melopong!Ternganga!Macam nak pitam dah ni!

Awak bagi balik barang saya yang awak dah ambil tu.I'm warning you Mr Stalker Paparazzi.I want it back!”suara mengah Nilla yang baru selesai berlari mengusik gegendang telinga Zein Asyraff.Dia berpaling dan memandnag wajah kemengahan Nilla yang sedang mengesat peluh di dahi.

Pantas satu senyuman kecil tersungging di bibir.

See?Kan I cakap jangan terkejar-kejarkan I.”

Jangan nak buat lawaklah,stalker.Saya nak awak bagi balik barang saya yang awak ambil tadi.”

Barang apa?Rantai ni?”rantai yang diselitkan di dalam poket seluar ditarik lalu diangkat ke depan Nilla.

Yelah,bagi balik!”tangan dah disua ke depan dan berusaha nak capai tapi Zein Asyraff dah siap angkat tinggi.

Boleh.I boleh bagi balik,tapi dengan satu syarat.”

Apa?”Nilla dah hilang sabar.Benar-benar dah hilang sabar dengan kerenah lelaki ini tapi demi kerana rantai tangan kesayangannya yang dah jatuh ke tangan Zein Asyraff masih belum diperoleh,terpaksalah dia mengalah.Just for this time!Ever!

Ikut I.”tak semena-mena Zein Asyraff tarik tangan Nilla dan heretnya keluar dari kawasan bangunan.Ke mana,Nilla sendiri tak pasti.



BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...