Saturday 31 January 2015

Mesej Cinta Terakhir : I Love You 5


Pemanduan Muhsin agak perlahan semasa dia pulang dari pejabat.Fikirannya masih melayang-layang seperti tadi cuma perkara yang sedang bermain-main di benaknya kini tidak lagi tertumpu pada hubungannya bersama Farhah tetapi lebih kepada soal kerja.

Semasa dia melangkah masuk ke bilik Tuan Junad tadi,barulah dia dapat tahu bahawa dia perlu outstation beberapa hari di cawangan syarikat yang baru di buka di Langkawi menjelang hujung minggu ini.Tuan Junad mengarahkannya untuk meninjau operasi di cawangan baru di sana.

Mahu tidak mahu,dia terpaksa akur dengan tuntutan tugasnya sebagai pegawai yang mengendalikan operasi syarikat.Bumi Hijau iaiatu sebuah syarikat yang menjalankan pembangunan dan pembinaan padang dan taman rekreasi di sekitar Pulau Pinang dan bahagian utara terus maju mengorak langkah membina empayar sehingga ke serata Malaysia dan sekarang syarikat sedang menjalinkan kerjasama dengan beberapa badan korporat yang mahu membina beberapa taman rekreasi dan memelihara hutan simpan di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.


Disebabkan itulah Muhsin terpaksa menyimpan saja hasrat suci murninya untuk bercuti panjang.Dah dapat ditebak yang Tuan Junad mahu dia yang berurusan di sana ketika dia berjumpa dengan ketuanya itu tadi.Cadangnya baru nak ambil cuti lagi.Baki cuti tahunannya masih berbaki.Sayang kalau tak gunakan sebaiknya tapi nak buat bagaimana kalau belum ada rezekinya untuk bercuti lagi.

Keadaan lalu lintas ketika selepas waktu pejabat yang sesak nyata membuatkan Muhsin menayang muka bosan.Sudah berkali-kali dia menguap.Ikut hati nak saja dia tidur di sini.Stereng di depan diketuk beberapa kali mengisi masa bosannya sebelum punat di dashboard ditekan laju,cuba mencari siaran radio.Biar dia layan lagu dan suara deejay radio bertugas,dapat juga menghilangkan mengantuk dan membunuh masanya.

Perlahan-lahan Muhsin bersandar ke kerusi dan melentokkan kepalanya ke belakang sambil memejam mata.Seketika,wajah dan suara Farhah menerjah ruang minda.

“Abang penat?Nak Far urutkan badan abang?”

“Hmm...”

Muhsin senyum dalam pejam bila terasa betapa hangatnya sentuhan Farhah di bahu dan belakang tubuhnya sebelum perlahan-lahan tangan itu beralih naik ke kepalanya.Lembut dan mengasyikkan.Terasa selesa sekali.Hilang segala lelah yang bermukim di hati.Lambat-lambat Muhsin sentuh tangan Farhah yang sedang ralit memicit kepalanya sebelum tangan itu dibawa mendekat dengan bibirnya dan mengucup lama.

“Abang rindukan Far.”bisiknya lembut sebelum perlahan-lahan dia terdengar bisikan di cuping telinga.

“Far pun rindukan abang.”

Muhsin senyum.Ingin saja dia tarik Farhah ke dalam pelukannya dan memberikan kucupan ke wajah isterinya.Biar dia lepaskan rindu dendamnya serta perasaan cinta yang menyala-nyala dalam hati.

I love you,sayang.

Pin!Pin!

Tersentak Muhsin dalam lamunan dan angan-angan indahnya.Dia agak terkapai-kapai memandang kiri kanannya.Baru tersedar yang dia bukan sedang berada dalam dakapan dan belaian Farhah tetapi sedang berada di jalanan sejak tadi.Dia terlupa yang dia masih terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sejak satu jam yang lalu.Cermin pandang belakang dipandang sebelum dia menoleh ke kiri kanan.Dia lihat beberapa kereta di belakangnya sedang memberikan lampu tinggi berselang seli dengan bunyi hon yang berpanjangan.Baru teragak nak memandang ke depan.Dah kosong.Kelam kabut Muhsin tekan pedal minyak dan menghalakan keretanya keluar dari jalan raya tersebut.
Wajah diraup sekali dua sambil beristighfar.

“Ya Allah,macam mana aku boleh tertidur tadi?Siap mimpi apa kes?”terasa muka kebas.Pasti pengguna jalan raya yang lain dah melihat dia sedang sedap tidur dalam kereta.Patutlah bukan main lagi hon kuat mereka hadiahkan padanya.
Tapi fikiran tetap menerawang ingatkan mimpi indahnya sebentar tadi.Perlahan-lahan dia tersenyum nipis.Disentuh pula dada sendiri.Terasa ada degupan tak sekata di situ.

***

“Sein tak boleh balik rumah ibu hujung minggu ni.Sein ada urusan kerja.”suara Muhsin bersungguh-sungguh menerangkan kepada Puan Adibah kenapa dia tidak boleh pulang ke rumah ibu bapanya.Sepatutnya,hujung minggu ini dia perlu menghadirkan diri ke majlis kahwin sepupunya yang diadakan berdekatan dengan rumah keluarganya.Tapi nak buat bagaimana,tuntutan tugas serta tanggungjawabnya terhadap kerja memang tak boleh diabaikan.Jenuh pula dia perlu menadah telinga mendengar Puan Adibah membebel.

Ya,ibu.Sein tak boleh nak pergi kenduri Jeff.Sein minta maaf sangat-sangat.Sein memang tak boleh nak elak.Urgent.Sein harap ibu faham.”ujarnya lagi sambil memanjat anak-anak tangga di rumah menuju ke tingkat atas.Beg bimbitnya turut digalas di bahu sambil tangan masih kukuh melekapkan telefonnya ke telinga.Berkerut-kerut mukanya mendengar perkataan yang keluar dari ibunya dari corong telefon sebelum dia ketawa kecil.

“Sein ada kerja kat Langkawi.Lima hari nak ke sana.”jeda.

“Ya,ibu.Jangan risau.Minggu depan kalau tak ada apa-apa urusan,insyallah Sein balik rumah ibu dan Sein berkepit di bawah ketiak ibu dua puluh empat jam.”
Muhsin dengar yang ibunya mendengus geram.

“Ibu janganlah marah.Nanti sampaikan salam Sein pada keluarga Jeff ya.”

Sein,kamu outstation seorang diri atau bawa Farhah?!”entah bagaimana pula Puan Adibah boleh menyebut perihal Farhah.Spontan mata Muhsin terpandangkan susuk tubuh isterinya yang sedang enak duduk bersila di atas sofa di ruang santai di tingkat atas sambil menekan-nekan skrin iPadnya.

“Farhah?”ujarnya perlahan.

“Yelah,kamu bawa Farhah sekali ke kali ni?”

“Err...Sein pergi seorang diri,ibu.Kerja,kan?”

“Hmm...kalau macam tu nanti suruh Farhah datang kenduri Jeff.Malam Sabtu nanti suruh dia balik rumah ibu dulu.”

“Err...Sein tak tahu lagilah ibu dia boleh pergi ke tidak.”Muhsin jawab lambat-lambat sambil garu kepala yang tidak gatal.

“Kamu kat mana ni?”

“Sein ada kat rumah ni.Baru sampai.”

“Farhah ada?”

Muhsin jeling sekejap Farhah di sofa yang masih belum perasan kelibatnya.

“Ada.”

“Bagi telefon pada dia.Ibu nak cakap sekejap dengan dia.”suara Puan Adibah keras semacam sampaikan Muhsin dah tak mampu nak mengelak.

“Nak cakap apa?”sempat lagi dia soal tapi Puan Adibah bertegas meminta telefon diberikan kepada Farhah.

“Okey,sekejap ibu.”

Muhsin gigit bibir.Rasa serba salah nak mendekati isterinya.Tahu dah pasti Farhah masih bengang dengan dia pasal kes semalam tapi dia gagahkan juga langkah kaki menghampiri Farhah dan menghulurkan telefon kepadanya.Farhah yang sedang leka terpinga-pinga bila muhsin menegur dan hulur telefon kepadanya.Kening sebelah terangkat sambil membesarkan mata.

“Kenapa?”

“Ibu nak cakap.”

“Nak cakap apa?”Farhah separuh berbisik dan cuba mengelak.Tangan diangkat memberi isyarat tapi Muhsin tetap menghulur telefon ke depan sambil besarkan matanya seperti Farhah.

Lambat-lambat Farhah capai dan lekapkan ke telinga.Muhsin pula cepat-cepat duduk di sebelah Farhah dan cuba memasang telinga mencuri dengar apa yang Puan Adibah bualkan dengan Farhah.

“Nah.”telefon Muhsin dihulurkan semula kepadanya setelah Farhah selesai bercakap dengan Puan Adibah.

“Ibu cakap apa dengan awak?”

“Tak ada apa-apa.”dalih Farhah.Tangan terus capai semula iPadnya dan meneruskan aktiviti seperti tadi.

“Tipulah.Ibu cakap apa dengan awak?”tekan Muhsin masih tak mahu mengalah.
Farhah toleh pandang ke arah Muhsin denagn muka sedikit tegang.

“Penting ke untuk awak tahu apa yang ibu awak cakap tadi?”

Mestilah penting.Saya nak tahu apa yang dia cakap.Beria-ia nak saya pass telefon kepada awak.”

Farhah buat muka sebelum mencebik.Tapi tetap tak mahu menjawab pertanyaan Muhsin.Rasa-rasanya tak perlu kut dia ceritakan apa yang Puan Adibah bualkan dengannya tadi.Lagipun,rasa bengangnya pada Muhsin masih belum surut.Malas betul nak melayan suaminya ini.

Busy body betul!”ejek Farhah dalam nada perlahan,tanpa memandang wajah Muhsin.Nampaknya wajah iPad di tangannya lebih menarik perhatian dari wajah suami sendiri yang baru pulang dari pejabat.

Mestilah kena busy body.Bukan macam awak,suami balik pun awak buat derk aje.Tak habis-habis duk belek iPad tu.Entah apa yang best sangat.Sekurang-kurangnya bila nampak saya balik,tegurlah saya.Tanyalah dah makan ke belum.Nak minum ke tidak.Nak picit-picitkan badan ke tidak.”Muhsin sengaja menekan perkataan picit.Masih teringat dengan mimpinya di tengah jalan raya tadi.Kalaulah Farhah betul-betul memicit tubuh badannya,alangkah indahnya hidup.

“Eh,jangan nak beranganlah.”

“Mana ada saya berangan.Awak tu yang sejak tadi asyik berangan depan iPad.”

Farhah mengetap-ngetap bibir sambil menentang pandangan mata Muhsin di sebelah.Tiba-tiba pula rasa angin satu badan.Tadi elok saja dia rasa hati dan perasaannya aman setelah dia pulang dari pejabat tapi bila Muhsin sampai saja ke rumah,hatinya mula menggelegak hebat.Sajalah tu nak cari pasal.

“Awak jangan nak mulakan lagi,ya!”suara Farhah mula meninggi.

“Saya mulakan apa?”Muhsin buat-buat tak tahu.

“Eee...menyakitkan hati betullah cakap dengan awak ni.”spontan dada Muhsin kena ketuk dengan iPad Farhah lantas dia bangkit dari sofa mahu berlalu masuk ke bilik.Pandang wajah Muhsin lama-lama makin buat dia rasa nak naik angin saja.

Muhsin tergelak.Tubuhnya dibaringkan ke sofa sambil memerhati kelibat Farhah menjauh.

“Farhah,ibu cakap apa?!”sengaja dinaikkan suaranya sedikit menjerit kepada Farhah yang dah menghilang ke dalam biliknya.

***

Bunyi sudu dan garfu berlaga-laga dengan pinggan memenuhi ruang makan.Tak ada bunyi-bunyian lain selain itu.Sunyi sepi seperti rumah itu tidak berpenghuni sedangkan penghuninya sedang duduk bertentangan di meja makan menikmati makan malam berdua.Tapi keadaan mereka seperti masing-masing tak wujud antara satu sama lain.

“Sedap awak masak.”ujar Muhsin sekadar mahu memecahkan kesunyian.Farhah di depan tak cakap apa sebaliknya menarik gelasnya dan meneguk sekali dua air anggur dari situ.

“Awak letak apa dalam kari ni?Lain macam tapi sedap.Kalah ibu masak!”Muhsin menyengih tapi Farhah tetap tayang wajah kaku.

“Oh,saya cakap dengan dinding rupanya.”sindir Muhsin mula bengang dengan sikap isterinya yang melayannya macam bayang-bayang.

“Letak minyak senyonyong.”balas Farhah semula melepas baranya.

“Minyak senyonyong?Huh,nasib baik saya yang makan.Bukannya lelaki lain.Kalau tidak,habislah saya.Kena bermadu lepas ni.”Muhsin tergelak-gelak tapi Farhah dah siap mengecil besarkan matanya.Hari ini bila berdua dengan Muhsin,asyik itu sajalah yang dia suka buat.Kecil besarkan mata berulang kali.

“Awak ni memang suka cari pasal dengan saya,kan?”

“Mana ada.”Muhsin jawab selamba.

“Awak tak puas hati apa dengan saya?”sembur Farhah.

“Mana ada.”

“Habis tu,sejak semalam asyik cari pasal dengan saya.Kalau awak tak puas hati,awak cakap terus terang dengan saya.Saya tak suka macam ni.”mencerlung mata Farhah pandang wajah Muhsin.ikutkan panas hatinya memang dia simbah saja air dalam gelas ke muka suaminya itu.Suka benar buat dia sentap.

Okay,I’m sorry.”Muhsin terdiam sejenak.Cuba menjamah roman muka Farhah yang kelihatan sangat tegang.Tiba-tiba dia rasa nak ketuk kepala sendiri.Heh,pergi cari pasal dengan Farhah waktu begini memang mengundang nahas.Isterinya itu uzur,pasti mood tak menentu.Cepat marah,cepat melenting dan sentiasa tak senang duduk.Okey...okey...dia faham.

Sorry naik lori.”

“Amboi,nak suruh saya naik lori.Mentang-mentanglah ayah dia tauke sewa lori kargo.”Muhsin ketap bibir.Isy,kenapa bibir ni laju saja nak membalas dan mengenakan isterinya?

Farhah pandang muka Muhsin tak puas hati.Sentap lagi mendengar perkataan sinis yang keluar dari bibir lelaki itu.Arghh,stress!

Sudu dan garfu dalam pegangan dihempas ke atas pinggan.Dada dah mula berombak kencang.Tak menunggu lama,dia bawa saja pinggannya yang masi berbaki dengan makanan ke dapur tapi baru separuh jalan lengannya dah kena selar dek Muhsin.

“Farhah,saya minta maaf.Saya tak ada niat nak singgung perasaan awak.”

Let me go.”hanya ayat itu yang terlepas keluar dari mulut Farhah.Wajah Muhsin disebelah dan semakin dekat dengannya dibuat tak endah.Wajah sengaja dikalih ke tepi,cuba mengelak dari suaminya.Rasa-rasanya,air matanya dah hampir gugur ke pipi tapi dia cuba tepis serangan perasaan yang sangat sensitif waktu ini.

“Saya minta maaf.Saya tak niat...”

Let me go!”pinta Farhah sambil cuba melepaskan lengannya dari genggaman Muhsin.Muhsin terus angkat tangan,mengalah tapi kaki tetap mengekori langkah Farhah yang berlalu ke dapur.

“Saya minta maaf.”ucap Muhsin serba salah bila air paip di singki mengalir keluar.

“Berapa kali awak nak minta maaf?”

“Sampai awak maafkan saya.”

Dahlah,Muhsin.Saya penatlah dengan awak ni.Saya betul-betul tak ada mood dan saya harap awak tak kacau saya.Saya nak masuk bilik,nak berehat.Kepala saya dah pening.”Farhah balas sambil meletakkan pinggan yang dicuci tadi ke atas rak.Sedikit pun dia tak memandang wajah Muhsin.

“Awak okey ke tidak ni?”Muhsin sedikit risau melihat wajah Farhah yang tiba-tiba pucat.Bahunya disentuh lembut tapi cepat saja Farhah menepis halus tangan Muhsin dari bahunya.

“Saya nak masuk tidur.”

Muhsin kalut sendiri bila melihat Farhah berlalu begitu saja meninggalkannya di dapur.Hatinya serba tak kena.Melihat wajah Farhah sebegitu,dia rasa cuak.Teringat yang isterinya sentiasa memerlukan perhatian dan peneman ketika sakit datang bulan.Dia pasti malam nanti mesti Farhah tak lena tidur.Sakit satu badan.Silap-silap boleh demam.

Muhsin cepat-cepat mengemaskan meja makan.Kurang dari lima minit,semuanya sudah selesai.Kalut dia ke tingkat atas dan mengetuk pintu bilik Farhah.Cuba memujuk supaya Farhah membenarkannya masuk ke sana.Malam ini dia tidak kira,dia perlu menemani tidur Farhah.Sekurang-kurangnya bila isterinya itu sakit pinggang,bolehlah dia tolong picit-picitnya pinggangnya supaya rasa sakit itu berkurang.

“Awak nak apa?”terdengar suara Farhah dari dalam bilik bila Muhsin sibuk mengetuk-ngetuk pintu.

“Bagi saya masuk.”

Awak nak apa?Kan terang-terang ada sign kat depan pintu tu,no entry?

Ya,saya tahu.Tapi bagi saya masuk.Malam ni aje.Saya nak temankan awak tidur.Saya takut kalau malam nanti awak sakit.Awak period kan?Bagi saya masuk,untuk malam ni aje.I promise,Farhah.Malam ni aje dan saya takkan kacau awak.Please...”rayuan Muhsin yang ala-ala suami mithali benar-benar melembutkan hati Farhah.Seminit kemudian,pintu bilik terkuak.Terjengul kepala Farhah dari belakang pintu dengan wajah pucat.

“Awak okey tidak?”pipi Farhah disentuh,penuh kerisauan.

“Okey.”balas Farhah lemah.Farhah sudah pun menukar memakai pijamanya.Dibiarkan saja Muhsin mengekornya dari belakang.Tak kuasa rasanya nak berkelahi dan bertekak seperti sebelum ini.Dia benar-benar tak larat.Rasa nak bawa saja diri cepat-cepat ke alam mimpi.Esok pun dia cadang nak ambil cuti saja.

“Awak nak pergi mana ni?”suara Farhah sedikit bertegas bila dia perasan yang Muhsin selamba menarik selimut dan cuba memboloskan diri di situ.

“Nak temankan awaklah.”

“Saya benarkan awak masuk bilik ni tapi bukan benarkan awak tidur sekatil dengan saya.Awak tidur saja kat bawah.”

“Amboi,kejamnya.”

Please,Muhsin.Saya dah tak larat ni.Jangan nak macam-macam boleh tak?”Farhah tayang muka ketat.

“Okey...okey...”Muhsin mula mengalah dengan pasrah.

Tapi takkan awak tak kesiankan saya?Takkan nak biarkan saya tidur atas lantai?Bolehlah,Farhah.Izinkan saya tidur sekatil.Saya janji saya tak buat apa-apa.Saya cuma nak temankan awak sebab saya tahu yang awak tak sihat.Please.”Muhsin sengaja tayang wajah comel sambil kebil-kebilkan mata sehingga akhirnya Farhah juga mengalah.

Fine tapi janji jangan kacau saya.”Farhah tayang jari telunjuknya.

Okay,promise!”Muhsin angkat tangan tanda berjanji.

Farhah terus selak selimut dan humbankan dirinya ke katil sebelum melelapkan mata.Tak ada kudrat lagi nak bercakap dan berbalah dengan Muhsin.Dia tahu kalau Muhsin mengucapkan janji,dia pasti akan tunaikan.Tak perlulah dia nak risau lebih-lebih.Kalau pun Muhsin nak buat sesuatu padanya,lelaki itu memang berhak.Dia masih suami Farhah.

Muhsin menarik nafas lega sehingga rasa nak buat tarian poco-poco saja dalam bilik ini.Lega bila Farhah tak menghalangnya untuk tidur di atas katil bersebelahan dengan isterinya itu.Tubuh Farhah yang dah berbalut dengan selimut dipandang sebelum perlahan-lahan beralih ke wajah pucatnya.Farhah sudah terhanyut dalam mimpi lenanya.Kepala Farhah sempat Muhsin belai sekejap sambil tersenyum nipis.Nampak polos saja wajah isterinya bila sedang tidur.Lambat-lambat dia menunduk dan menghadiahkan sebuah kucupan selamat malam di dahi Farhah.

“Awak buat apa ni?”tiba-tiba Farhah menyoal keras.Nak terlompat tubuh Muhsin dari katil.Pergh,kantoi!Dia tak tidur lagi rupanya!

“Err...tak ada apa-apa.”

“Jangan macam-macam,Muhsin.”Farhah pandang tajam mata Muhsin,sekadar memberi amaran.

“Tolong tutup lampu.”arah Farhah dan cepat-cepat dia beralih membelakangkan Muhsin.

“Okey.”

Tap!

Bilik gelap serta merta.Muhsin segera berbaring di sebelah Farhah.

Good night,sayang.”bisik Muhsin lembut tanpa Farhah dengari.Biarkan saja malam itu berlalu dan membenarkan dia terhumban lagi ke dalam angan-angan dan mimpi indahnya seperti siang tadi.


BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...