PUAN
SURINA sibuk menghidangkan minuman petang.Dia pasti sekejap lagi
suaminya akan pulang dari pejabat.Sementara menunggu Tuan Irfan
pulang,Puan Surina mengisi masa di taman mini berdekatan dengan kolam
melihat orkid-orkidnya.Sudah jemu menatap orkid,dia memberi ikan
makan pula.
Tersenyum-senyum
Puan Surina melihat ikan-ikan dalam kolam berenang-renang ke sana ke
mari apabila makanan di baling ke dalam kolam.Sememangnya itulah
rutin hariannya serta kegemaran masa lapangnya.Terasa tenang,sejuk
dan mendamaikan apabila dapat menatap keindahan flora dan fauna yang
terdapat di sekitar rumah.
“Assalamualaikum.”sapa
satu suara.Puan Surina menjawab salam sambil menutup kembali bekas
makanan ikan.Dia menoleh ke belakang dan melihat Tuan Irfan sudah
tercegat di belakangnya.
“Awal
abang balik hari ni?”Puan Surina terus mengambil briefcase
dari pegangan Tuan Irfan lalu menghadiahkan seulas senyuman
manis.Tuan Irfan angguk sambil menanggalkan kot hitamnya.
“Mesyuarat
habis cepat.Sebab tu awal sikit abang balik hari ni.Mana
budak-budak?” Tuan Irfan meninjau-ninjau sekeliling.Puan Surina
senyum.
“Nadine
kat atas.Zelmi pula belum balik lagi.Ada kelas petang katanya.”Puan
Surina menarik tangan suaminya menuju ke meja makan.
Sambil
makan-makan,suami isteri itu berbual-bual diselang-selikan dengan
gelak tawa.Namun,perbualan mereka terhenti seketika apabila Puan
Surina ternampak kelibat Nadine Tasyrif.
“Nadine,makan
sekali?”Nadine Tasyrif geleng lantas terus berlalu begitu saja.Puan
Surina dan Tuan Irfan berpandangan sesama sendiri.
“Abang,saya
risaulah melihat keadaan Nadine .”Puan Surina tunjuk riak
bimbang.Tuan Irfan menepuk-nepuk tangan isterinya sambil
mengangguk-angguk.
“Kenapa
dengan dia?”
“Sejak
dia balik tengah hari tadi,langsung tak mahu bercakap.Makan
tidak,minum tidak.Dua hari berkurung aje dalam bilik.Si Kila telefon
pun dia tak nak jawab.Tak tahulah apa masalahnya,bang.Risau saya
ni.”Tuan Irfan segera meletakkan cawan di hadapannya setelah
meneguk air teh.
“Dia
keluar?”Puan Surina mengangguk lemah.
“Ke
mana?”
“Entah,saya
tak sempat bertanya.Tapi saya nampak Luthfia yang datang ambil Nadine
tadi.Mungkin keluar ke mana-mana.”
“Awak
dah tanya dia apa yang tak kena?”Puan Surina menggeleng.
“Belum.”
“Bergaduh
dengan Raziqlah tu.Jangan risaulah.Esok lusa eloklah tu.Biasalah
orang tengah bercinta.Tak lama lagi dah nak kahwin,setakat bergaduh
tu,perkara biasa.Kita pun bergaduh juga,macam awak tak biasa.”Puan
Surina mencebik setelah dia melihat suaminya tersengih kecil.
“Ke
situ pula abang ni.”juihnya kemudian sebelum menyambung bicara.
“Saya
bukan apa,bang.Kalau betul pun gaduh,takkan sampai tak nak makan tak
nak minum.Monyok aje.Mata pun sembab aje saya tengok.Macam orang
menangis.Satu ditanya sepatah yang nak dijawab.”
“Bukannya
awak tak tahu perangai anak awak yang seorang tu.Kuat berahsia.Macam
tak kenal dengan dia pula.Kalau ada masalah besar macam mana pun
mesti dia kunci mulut.Paling tidak pun dia kena cerita bila awak
sibuk bertanya macam-macam.”
“Isyh,saya
risaulah bang!”
“Tak
apa,malam nanti awak pergi korek cerita daripada dia.Saya tahu awak
terror bab-bab nak mengorek cerita.Pergi tanya dia elok-elok
dan jangan terlalu desak dia.Bukannya saya tak tahu macam mana
perangai awak.”
“Abang
tak nak cuba tanya dia ke?Manalah tahu kalau-kalau dia nak
cerita.”Puan Surina memandang Tuan Irfan dengan sebelah kening
terjungkit.
“Saya
ni ayah dia,Suri.Kalau dengan awak pun dia tak nak cakap apa-apa,what
do you expect?Tak apa,malam nanti awak pergi sembang dengan
dia.Apa-apa pun jangan terlalu mendesak.Dia masih tak sihat
tu.Bimbang kalau kesihatan dia makin teruk,semua orang susah.”
Tuan
Irfan menyisip cawan teh ke bibir.Membiarkan Puan Surina memikirkan
tentang cadangannya.Lambat-lambat Puan Surina mengangguk dan membuang
satu keluhan panjang.
SUARA
kalut pembantu rumah yang bernama Fatehah itu membuatkan Puan Surina
yang baru menarik kerusi di depan meja makan tersentak.
“Kenapa
ni,Tehah?”
“Puan...Nadine.Nadine,puan...”suara
dah serak.Wajah Tehah juga nampak pucat.
“Kenapa
dengan Nadine?”
“Nadine
pengsan.Saya jumpa dia terbaring atas lantai tak sedarkan diri masa
nak panggil dia turun makan malam.”Tehah menggelabah.Lengan Puan
Surina dipegang.
“Ya
Allah,anak aku!”spontan Puan Surina terjerit-jerit memanggil nama
suaminya serta Zelmi yang masih berada di dalam bilik sebelum
menyerbu ke dalam bilik Nadine Tasyrif.Matanya terpaku pada susuk
tubuh anaknya yang sudah terbaring lemah dalam keadaan yang tak
terurus.Menggigil tangannya mahu menyentuh wajah lemah itu.
“Nadine,kenapa
ni sayang?”tubuh Nadine Tasyrif dipangku di atas ribaannya.
“Tehah,panggil
Tuan cepat!”jeritnya memandang ke arah Tehah yang tercegat di depan
pintu.Beberapa saat kemudian,Tuan Irfan muncul bersama dengan Zelmi.
“Kenapa
ni,Suri?Kenapa dengan Nadine?”tubuh Nadine Tasyrfi didekati lalu
memeriksa pernafasan dan nadinya.
“Tak
tahu,bang.”tangis Puan Surina berlagu-lagu.
“Cepat
Suri,kita perlu segera bawa Nadine ke hospital.Dia tak sedarkan diri!
Zelmi,tolong ambilkan wallet babah
kat dalam bilik dan hidupkan enjin kereta sekarang!”tegas Tuan
Irfan bersama riak wajah yang cemas.Zelmi cuma angguk dan menurut
arahan Tuan Irfan tanpa banyak soal.Puan Surina pula sudah
mengusap-usap wajah Nadine Tasyrif yang lesu sambil menangis.
“Abang,kenapa
dengan Nadine?Kenapa,bang?”
“Suri,awak
pergi ambil barang apa yang patut.Kita pergi ke hospital
sekarang!”Tuan Irfan tidak menunggu lama untuk mengangkat tubuh
Nadine Tasyrif keluar dari situ.Dia mahu segera membawa Nadine
Tasyrif ke hospital.Dia bimbang jika terjadi apa-apa
padanya.Melihatkan wajah Nadine Tasyrif yang lesu dan pucat hatinya
dipagut bimbang yang tak sudah-sudah.
Kereta
yang dipandu oleh Tuan Irfan sememangnya sudah melepasi had laju yang
sepatutnya.Beberapa kali dia terpaksa memintas beberapa biji kereta
di hadapan sehingga diberi amaran dengan bunyi hon yang agak
panjang.Peluh di dahi yang mulai tumbuh disapu sekilas dengan tangan.
Sesekali
mata Tuan Irfan menjeling Zelmi di sebelahnya dan memandang Puan
Surina yang sedang duduk di belakang melalui cermin pandang
belakang.Puan Surina yang memangku kepala Nadine Tasyrif di kerusi
belakang masih belum mahu berhenti mengalirkan air mata.Teresak-esak
dibuatnya melihat keadaan anak gadis sendiri terbaring kaku dan lemah
tak bermaya.
“Nadine,tolong
jangan tinggalkan mama,sayang.Bangunlah Nadine,bangun.Jangan buat
mama macam ni.”Puan Surina mengucup wajah Nadine Tasyrif
berkali-kali dengan doa yang tak putus-putus supaya Nadine Tasyrif
tidak apa-apa.
Sesampai
saja mereka di hospital,Nadine Tasyrif segera dikejarkan ke wad
kecemasan.Kegelisahan Puan Surina,Tuan Irfan dan Zelmi sudah
berkurangan apabila doktor yang merawat Nadine Tasyrif keluar dari
wad kecemasan.
“Doktor,bagaimana
dengan anak saya?Apa yang terjadi padanya doktor?”Tuan Irfan terus
bertanya.Dengan riak keresahan,dia pandang wajah Puan Surina di
sebelah yang masih teresak-esak.
“Bertenang
semua.Anak Encik tak apa-apa.Dia cuma kekurangan air dalam badan dan
sudah diberikan rawatan.Tapi kami terpaksa tahan dia di wad.Insyallah
jika keadaan dia pulih,esok atau lusa dia akan dibenarkan
pulang.”Tuan Irfan sudah mengurut dada dan Puan Surina pula terus
memeluk Tuan Irfan bagaikan melepas lelah yang bersarang sejak tadi
lagi.Matanya terpejam-pejam seketika mengucap syukur yang tak
terhingga.
“Terima
kasih doktor.”
“Syukur
alhamdulillah,Nadine selamat.”Puan Surina memeluk Tuan Irfan semula
sambil tersenyum.Zelmi juga tersenyum gembira dan dapat menarik nafas
lega.
Pintu
wad yang menempatkan Nadine Tasyrif ditolak perlahan.Terlihat gadis
itu yang sudah tersedar dan sedang bersandar lemah di kepala
katil.Namun hati mereka tersentak bila melihat ada air mata yang
sedang mengalir laju di pipi anak gadis mereka.
“Nadine,kenapa
ni?”teguran Puan Surina yang sudah
menerjah di tepi katil Nadine Tasyrif dibuat tak endah.Gadis itu
mengongoi tanpa suara.
“Nadine,mama
dengan babah dah ada kat sini.Ada apa ni?Sakit ke?”tegur
Tuan Irfan memegang kepala anaknya tapi tangan Tuan Irfan ditepis
halus sebelum Nadine Tasyrif bangkit dari katil dan mencerlung
pandang wajah kedua-dua ibu bapanya.
“Kenapa
mama dengan babah
bawa Nadine ke hospital?Kenapa tak biarkan saja Nadine mati?”
“Astarghfirullahalazim,Nadine!Kenapa
cakap macam ni?Apa yang dah jadi?”Tuan Irfan baru saja nak memegang
bahu Nadine Tasyrif tapi tangannya dah siap kena tepis kuat sebelum
Nadine Tasyrif bertindak mencabut tiub yang terbenam pada tangan
kirinya sebelum meredah mereka berdua menuju keluar dari
hospital.Tubuh Zelmi yang berada berdekatan dengan pintu juga ditolak
kuat sehingga lelaki itu tersandar ke dinding.
Namun
kudrat yang dia ada tak membantu untuk dia berlari jauh meninggalkan
wad sebaliknya Zelmi sempat mencapai tangannya dan menarik tubuhnya
ke dinding.
“Lepaskan
aku,Zelmi!”
“Kak
Nadine,bawa mengucap!”
“Lepaskanlah!”jeritan
Nadine Tasyrif yang terlolong-lolong dan berusaha memboloskan diri
dari pegangan Zelmi membuatkan beberapa orang jururawat terkedu.
“Patutnya
kau orang biarkan aku mati.Aku nak mati!Aku nak mati!Aku tak nak
hadap lagi muka Raziq yang tak guna tu!”tubuh Zelmi ditolak menjauh
sebelum dia menghantukkan kepala sendiri ke dinding berdekatan
sehingga berdarah.Tak semena-mena saja dia melurut ke bawah dan
kembali tak sedarkan diri.
“Ya
Allah,nurse!Tolong saya!”Zelmi menjerit.Tuan Irfan dan Puan Surina
juga dah panik lantas tubuh Nadine Tasyrif yang dah longlai diterpa.
Bab
9
CUACA
di luar agak terik.Tak ada awan yang berombak di langit.Wajah mentari
pun jelas garang di atas sana sehingga memaksa beberapa orang petugas
media yang sejak tadi berkumpul di perkarangan hospital
berpeluh-peluh.Lebih kurang lima minit kemudian,mereka bergegas
menuju ke arah pintu hadapan bangunan hospital setelah ternampak
kelibat seseorang.
Nadine
Tasyrif yang disorong menggunakan kerusi roda terkedu sendiri bila
namanya dilaung dari hadapan.Dipandang wajah ibu bapanya,Zelmi,Kila
serta Luthfia yang turut menemaninya.Sejak dua hari lepas dia ditahan
di wad dan tak ada sesiapa pun petugas media,para wartawan dan
orang-orang produksi yang dibenarkan melawatnya.Tak sangka,berita dia
dibenarkan keluar dari wad cepat sungguh tersebar.Dia langsung tak
jangka yang dia akan diserbu begini oleh mereka.
“Maaf,Nadine.Kami
ingin bertanyakan beberapa soalan pada Nadine.”tegur seorang
wartawan sambil menyuakan mikrofon sambil memberi isyarat pada
seorang jurukamera menghalakan lensa ke arah Nadine Tasyrif.
“Maaf,Nadine
tak mahu ditemuramah.Saya harap awak semua jangan mengganggu Nadine
buat masa sekarang.”Ucap Kila bagi pihak Nadine Tasyrif.Nadine
Tasyrif yang berada di kerusi roda tidak langsung bersuara.Tiada
kudrat mahu menjawab soalan dari wartawan.Keinginannya hanya satu
iaitu pulang ke rumah dan lupakan semua ini.
“Nadine,can
you give any comment regarding your wedding?Dengar kata tak
jadi?Betul atau tidak?Sila komen sikit.”soal seorang lagi wartawan
dari sebuah stesen televisyen.Jelas pakaiannya mempunyai logo sebuah
stesen TV yang terkenal.
“Sorry,no
comment.”jawab Kila sekali lagi,sedikit bertegas.Dia mula
menolak tubuh beberapa orang petugas media yang mula berasak-asak
mahu mendekati Nadine Tasyrif.Semerta dia beri isyarat pada keluarga
Nadine Tasyrif agar segera berlalu dan tidak melengah-lengahkan masa
dengan membiarkan Nadine Tasyrif disoal macam-macam.Bimbang tahap
emosinya bakal terganggu lagi.
“Maaf
semua tapi buat masa ini,tak ada apa-apa komen dari pihak Nadine
Tasyrif untuk media.”
“Janganlah
macam ni,give an explaination sikit.Semua orang nak tahu apa
perkembangan tentang status Nadine dengan tunang.Dengar kata dia
tangkap tunang dia bersekedudukan dengan perempuan lain sehingga
menyebabkan majlis kahwin terpaksa dibatalkan.”wartawan wanita yang
bertocang satu yang memakai vest berwarna hitam bersuara dengan muka
bersungguh-sungguh.
“Tolong
jangan ganggu anak saya buat masa sekarang.Dia perlukan rehat dan tak
boleh diganggu.Tolong bagi kerjasama.”ucap Puan Surina pula sambil
menunjukkan isyarat supaya mereka menjauh.Dia tidak suka apabila
wartawan-wartawan itu cuba menemubual anaknya terutama dalam
waktu-waktu genting seperti ini.Dia berasa tidak selesa dan rasa
terganggu tambah-tambah bila menekur roman wajah Nadine Tasyrif yang
sugul.Gadis itu sejak tadi hanya menundukkan kepala tanpa mahu
melayan petugas media.
“Puan,kami
tidak berniat nak mengganggu Nadine.Cuma kami mahu Nadine menjawab
beberapa soalan ini.Menurut beberapa sumber yang boleh
dipercayai,hubungan cinta Nadine dan tunangnya berantakan gara-gara
orang ketiga?Betul atau tidak?Dan benarkah Nadine cuba membunuh diri
disebabkan kecurangan tunangnya Raziq,iaitu seorang businessman
yang berjaya?Mungkin sebab itu Nadine dimasukkan ke hospital ini?”
Luthfia
sudah menggeleng-geleng kepalanya sambil mengerling sekilas pada
Kila.Puan Surina pula hampir nak naik angin dengan soalan-soalan
panas lagi sensasi yang benar-benar mengganggu perasaannya.
“Hei,awak
semua ni tak faham bahasa ke?Saya cakap jangan ganggu anak saya.Dia
perlukan privasi.Lagi satu,jangan pandai-pandai buat spekulasi
bukan-bukan tentang hubungan mereka.Mereka berdua baik-baik saja.”
“Jadi,betullah
Nadine memang cuba membunuh diri disebabkan kecurangan tunangnya?”
ujar seorang wartawan lelaki.Mereka masih tidak mahu mengalah apabila
seorang jurugambar merakam wajah Nadine Tasyrif yang sedang
menundukkan wajah.
“Please
off record.Nadine tidak sihat dan
tidak bersedia untuk disoal dengan soalan-soalan kontroversi awak
semua.Saya harap awak semua faham keadaan Nadine.”Kila pula menekan
suaranya menghalang agar wajah Nadine tidak dirakam.
“Kami
mendapat maklumat dari seseorang yang mengatakan ternampak kelibat
tunang Nadine dengan seorang perempuan lain di kondo miliknya.Adakah
Nadine kenal perempuan tersebut atau memang benar tunang Nadine ada
perempuan lain?Mungkin Nadine boleh menjawab persoalan yang
tergantung ni.”Ucap wartawan perempuan berbaju biru sambil memegang
mikrofon.
“Saya
dah cakap sila jangan ganggu anak saya!Pergi!Jangan buat andaian
bukan-bukan tentang hubungan mereka.Itu fitnah!”jerit Puan Surina
melepas geram setelah kata-katanya tadi dibuat tidak endah oleh para
wartawan tersebut.
“Bang,jom!”gesa
Puan Surina mengajak Tuan Irfan segera meninggalkan lokasi itu.Dia
pantas menolak kerusi roda yang diduduki Nadine Tasyrif menuju ke
kereta.
Petugas
media tadi tidak betah duduk diam.Selagi persoalan yang mereka
utarakan tidak memuaskan hati masing-masing seperti yang mereka
mahukan,selagi itu mereka tidak akan berputus asa.Keluarga Nadine
Tasyrif diekori dengan tergesa-gesa.Tak mahu lepaskan peluang untuk
mendapatkan berita sensasi untuk lariskan cerita mereka nanti.
“Cepat
Nadine,masuk dalam kereta lekas.Masuk cepat Fi,Kila.Zelmi….cepat
hidupkan enjin kereta.Dia orang ni tak faham bahasa agaknya!”tekan
Puan Surina sambil menjeling geram pada beberapa wartawan yang sudah
pun berada di belakang mereka.
“Nadine,janganlah
macam ni.Bagi sikit komen.”tiba-tiba tubuh Nadine Tasyrif yang baru
nak menjengah perut kereta ditahan lalu bahunya ditarik.Semerta kaki
Nadine Tasyrif hampir tersadung sehingga membuatkan dia hampir
menyembam dan mencium pintu kereta.
“Hei,kau
orang semua ni faham bahasa ke tidak?Buat masa ni,tak ada apa-apa
komen yang Nadine boleh berikan.Kita tunggu saja sidang media yang
akan dibuat nanti.Just leave!”tengking Kila mula nak naik
angin.
Petugas
media terdiam tapi beberapa jurukamera masih tak mahu menurunkan
lensa kamera dari mengarah ke wajah Nadine Tasyrif.
“Tolong
hormat privasi Nadine Tasyrif.Kami akan umumkan bila sidang media
akan dibuat nanti.Masa tu nak tanya berapa ribu soalan pun
dipersilakan.Terima kasih!”sindir Kila dengan mata terbeliak lalu
cepat-cepat memboloskan diri masuk ke perut kereta setelah Nadine
Tasyrif masuk ke sana.
Kereta
milik keluarga Nadine Tasyrif segera beredar pergi meninggalkan para
petugas media dengan kepulan-kepulan asap.
“Kau
tengoklah,Niel.Menyombong nak mampus perempuan ni!Tak apa...tak
apa...kita tunggu dan lihat sejauh mana dia nak mengelak daripada
soalan maut kita.Dunia hiburan kat Malaysia ni tak besar mana
pun.Nanti dia terkena juga!”bising seorang wartawan yang sejak tadi
tak sudah mendesak Nadine Tasyrif dengan soalan-soalan
perangkapnya.Jurukamera yang disebut sebagai Niel tadi tersenyum
herot tapi mata masih dilemparkan ke arah kereta yang dinaiki Nadine
Tasyrif yang sudah pun hilang dari pandangan.
“This
is life,friend!”dia kenyit mata dan mengusung kameranya sebelum
berlalu dari situ diiringi si wartawan tadi.
NADINE
TASYRIF mengesat pelupuk matanya.Hatinya sebak,tidak keruan.Sejak
Luthfia dan Kila pulang,dia cuma mampu berkurung di dalam kamarnya
ditemani Puan Surina.Berkali-kali wanita itu menasihatinya dan
memujuknya untuk menceritakan hal yang sebenar namun dia masih
keliru.Adakah dia bersedia untuk meluahkan rasa hati yang terpendam
atau membiarkannya berlalu pergi dan menunggu masa yang menjadi
penentu?Dia buntu!
Kata-katanya
terhadap Luthfia segera kembali ke kotak mindanya.
“Fi,kau
janji dengan aku yang kau takkan bocorkan cerita tentang
Raziq,terutama pada keluarga aku.”Luthfia angguk lemah.Walaupun dia
terasa berat untuk berjanji namun demi sahabat baiknya itu,dia
turutkan saja.Dia senyum kelat.Tangan Nadine Tasyrif digenggam
kemas.Demi sahabatnya,dia sanggup.Dia berjanji tidak akan sesekali
membocorkan kisah kecurangan Raziq pada sesiapa pun.Itu janjinya!
“Baiklah,Nadine.Aku
janji.Aku janji cerita tentang Raziq tak akan diketahui oleh
sesiapa.Jika perkara ini berlaku,biarlah ia datang dari mulut kau
sendiri Nadine.You can put a trust on me,best friend.Aku
sokong kau dari belakang.”Nadine Tasyrif senyum tawar.Air matanya
gugur lalu menarik tubuh Luthfia ke dalam pelukannya.
Di
bahu Luthfia,dia menangis tersedu-sedan.Luthfia cuba mententeramkan
gadis itu.Tangannya cepat-cepat saja menepuk-nepuk belakang Nadine
Tasyrif agar gadis itu dapat bertenang tetapi sedu sedannya semakin
kuat.Badannya terhinjut-hinjut menahan tangisan yang sudah pecah
bagai empangan.
Luthfia
menggeleng-geleng kepala melihat keadaan Nadine Tasyrif.Bagi
dirinya,jika dia berada di tempat Nadine Tasyrif,dia pasti akan
memberitahu kepada keluarganya dan bersemuka dengan lelaki curang
itu.Tapi,mungkin masa yang akan dapat mengubati luka di hati.
Puan
Surina mendengus lantas menarik langsir dengan kasar.Melihat beberapa
orang wartawan dan jurukamera di luar pagar rumah membuatkan hatinya
diburu rasa geram.Geram dan sakit hati!
Para
media seperti tidak mahu melepaskan Nadine Tasyrif berehat dengan
tenang selagi apa yang mereka mahu dengar tidak dijawab.Langkah
kakinya terus di bawa ke arah Nadine Tasyrif yang sedang duduk
memeluk lutut di atas katil dengan wajah sugul.
“Wartawan
dengan media ada tunggu kat luar tu.Tapi mama malas nak layan mereka
semua.Macam tak faham bahasa pula!”cebik Puan Surina melepas
rasa.Tangan anaknya disentuh lembut.
“Nadine,kenapa
ni sayang?”tegur Puan Surina. Nadine Tasyrif terus-terusan
mendiamkan diri tanpa ada jawapan.
“Nadine
jangan risau.Mama akan pastikan mereka semua tak akan ganggu Nadine
sampai Nadine benar-benar dah bersedia untuk bertemu dengan
mereka.Mama dah call
Kila minta dia batalkan semua appointment,job
dan
meeting penting dengan mana-mana
poduksi dan agensi selagi sayang belum sihat sepenuhnya.Mama hanya
nak anak mama duduk di rumah dan berehat.Jangan risau ya?”
Nadine
Tasyrif langsung tidak membalas sebaliknya hanya membaringkan diri
dan membelakangi Puan Surina.Yang kedengaran hanya tangisan kecilnya
yang masih boleh didengar oleh ibunya.
“Nadine
jangan bebankan fikiran dan perasaan dengan benda-benda remeh macam
ni.Nanti mama dengan babah settle kan mereka.Sekarang mama nak
anak mama berehat.Tak mau sedih-sedih macam ni.Insyallah semuanya
akan baik-baik saja.”pipi Nadine Tasyrif ditepuk-tepuk halus.
“Nadine,kenapa
ni?Cuba cerita pada mama,kenapa?”gadis itu diam lagi.Dia memejam
erat-erat matanya walaupun air matanya masih belum berhenti mengalir.
“Nadine,mama
tahu Nadine ada sembunyikan sesuatu dari mama.Sejak dari hari
kemalangan hari tu mama tahu yang Nadine ada sorokkan sesuatu.Cakap
sayang,apa yang Nadine pendamkan seorang diri sampai jatuh sakit
begini?”soal Puan Surina memujuk.
Sejak
dari hospital tadi hatinya kuat menyatakan ada sesuatu yang anaknya
sorok dan perkara itu ada kaitannya dengan Raziq.Soalan-soalan
wartawan tadi menguatkan lagi hatinya akan apa yang sedang
difikirkan.Pasti ada kaitan dengan Raziq!
“Nadine,dengar
sini sayang.Pandang mama.”Desak Puan Surina.Hatinya sudah tidak
mampu bertahan melihat penderitaan yang ditanggung oleh anaknya.Tidak
boleh tidak dia mesti korek apa rahsia yang anaknya sembunyikan
selama beberapa hari ini.Semua ini demi kepentingan kesihatannya
juga.Doktor sudah memesan agar dia tidak terbeban dengan masalah yang
mampu mendorong dia mengalami tekanan perasaan.Bimbang keadaan akan
menjadi lebih buruk.Bimbang keadaan yang sama ketika di hospital dulu
berulang.Risau kalau-kalau Nadine Tasyrif bertindak untuk
mencederakan diri sendiri seperti dulu.
“Nadine,buka
mata Nadine.Mama nak bercakap dengan Nadine.”Nadine Tasyrif sudah
tidak mampu menahan Puan Surina.Dia lantas membuka mata.Air matanya
segera dikesat untuk mengelak dari dilihat.
“Ada
apa,mama?Nadine mengantuk,nak tidur.Penat sangat ni.”suaranya
serak.
“Nadine,selama
mama hidup ni...mama hanya ada seorang anak perempuan.Satu-satunya
yang mama miliki.Mama sayang sangat-sangat pada Nadine dan tak mahu
apa-apa terjadi pada Nadine.Kalau ada apa-apa masalah,Nadine boleh
cerita pada mama.Trust me,sayang.I'm your mother.Jangan buat
mama susah hati macam ni,please.”Puan Surina mula
menggunakan ayat diplomasi untuk mengorek cerita sebenar dari Nadine
Tasyrif.Selagi anaknya tak buka mulut selagi itulah hatinya sebagai
seorang ibu tak tenteram.
“Nothing,ma.Nadine
nak tidur ni...”balas Nadine Tasyrif,degil.
“Nadine,jangan
bohong mama.Mama tahu Nadine ada sorokkan sesuatu.”kali ini Puan
Surina sudah duduk menghadap Nadine Tasyrif yang masih berbaring
dikatilnya.
“Sorok
apa mama?Nadine tak faham.”soalnya masih cuba berpura-pura saat
tangan Puan Surina digenggam kemas.
“Mulut
mungkin boleh menipu tapi bukan mata.I know you hiding something
from me,from us.Ada kena mengena dengan Raziq ke?”Puan Surina
tanya terus terang.Tak mahu lagi guna jalan liku-liku.Payah kalau ada
anak yang pandai sembunyikan rahsia.
Tiba-tiba
Nadine Tasyrif tergelak.Jelas dia nampak sangat bersahaja sambil
cuba-cuba cuci tekak sendiri.
“Tak
ada apa-apalah,mama.Nadine tak ada sorok apa-apa pun dari mama dengan
babah.”
“Nadine
memang tak pandai menipu,jadi jangan cuba nak menipu mama yang
lahirkan Nadine.Please,Nadine.Apa
dia?”
Nadine
Tasyrif masih berkeras.Tidak sesekali mahu membuka mulut.Kepala
digeleng laju tapi dengan kuasa yang Puan Surina ada sebagai seorang
ibu,dia hilang kata-kata.Jenuh mengelak tapi bukan untuk kali ini.Dia
sudah tersepit antara pendiriannya dan persoalan ibu
sendiri.Ah,susahnya!
“Telinga
mama ni dah bernanah dengar soalan-soalan media masa kat hospital
tadi.Ikutkan hati mama ni nak aje mama hamun sorang-sorang.Mama sakit
hati tapi hati mama ni akan jadi lebih sakit bila Nadine tak mahu
kongsi apa-apa pun dengan mama.Trust me,Nadine.Apa-apa pun
yang berlaku,mama tetap mama Nadine.Mama tetap akan berdiri teguh
belakang Nadine dan akan terus sokong anak mama ni.Ada apa
sebenarnya?Ada kaitan dengan Raziq?”
Nadine
Tasyrif tenung lama-lama mata ibunya.Tak tertahan rasanya nak
menanggung emosi yang menggila begini.Mungkin dia bijak menyorokkan
rahsia tapi seperti kata Puan Surina,mata tak mungkin menipu.
“Dahi
Nadine yang luka kesan dari kemalangan pun masih tak sembuh,tambah
pula luka yang baru terbentuk akibat hantukan kuat pada dinding.Mama
masih belum pekak untuk dengar nama Raziq keluar dari mulut Nadine
masa hari kejadian tu.Dan mama yakin,ada sesuatu yang berlaku antara
Nadine dengan Raziq,kan?”tebak Puan Surina lagi.Semerta tangan
Nadine Tasyrif ditarik dan digenggam kemas-kemas.
“Apa
yang Raziq dah buat pada Nadine?”soalnya cuba bermain dengan
psikologi anaknya.Tidak mampu mengelak lagi,Nadine Tasyrif humbankan
tubuhnya ke dalam pelukan Puan Surina dengan rembesan air mata
kesedihan bersama dengan esakan kuat.Dan hari itu merangkak dengan
terlalu perlahan diiring dengan mentari yang kian terbenam di luar
sana.
No comments:
Post a Comment