Wednesday 11 February 2015

Mr Stalker...Saya Cintakan Awaklah! 3

RAZIQ gelisah sendiri di kondonya.Selepas memaksa wanita yang tidur bersamanya untuk segera beredar dari situ,berkali-kali dia menghubungi Nadine Tasyrif.Namun,talian gadis itu terus dimatikan.Dia bingung.Bingung bagaimana harus membuatkan Nadine Tasyrif percaya kata-katanya,walaupun dia tahu sememangnya dia yang bersalah.Dia bersalah kerana telah berlaku curang dengan tunang sendiri.Dahinya ditepuk kuat bagaikan mengakui kebodohan sendiri.

Dia tidak tahu bagaimana dia boleh terjerat dengan umpan yang dipasangnya sendiri.Entah apa yang difikirnya semalam,sewenang-wenangnya dia membawa balik perempuan dari kelab malam yang dikunjunginya pulang ke rumah.

Entah apa yang berada dalam fikirannya semalam dia sendiri tidak pasti tetapi terlajak perahu boleh diundur namun terlajak perbuatan,segala-galanya mungkin terjadi!

Mengenangkan kembali tentang liuk lentok serta layanan wanita yang bersamanya semalam,dia jadi bengang.Kenapalah dia begitu bodoh membiarkan nafsu mengatasi segalanya?Kenapakah dia begitu senang terperangkap dalam helah yang dia sendiri pasang?

Bodoh!Bodoh!Bodoh!”maki Raziq mengutuk diri sendiri.Kepalanya diraup berkali-kali sebelum menghempaskan tubuhnya keras ke sofa.

Menyesal sungguh dia.Menyesal kerana perbuatan kejinya sudah dilihat tunang sendiri.

Wajahnya terus diraup,sekadar mencari ketenangan yang pasti sudah lama berlalu pergi sejak tadi.Panggilan tidak berjawab biarpun sudah berpuluh kali dia cuba dapatkan Nadine Tasyrif.

Geram dan bengang apabila panggilannya tidak bersambut,telefon bimbit itu segera dicampak ke atas meja berdekatan.Melepaskan sedikit rasa yang berkecamuk.Tidak tahu apa lagi yang boleh dia lakukan.Jika dia mampu memujuk Nadine Tasyrif sudah pasti dia akan lakukannya tetapi demi melihatkan cara Nadine Tasyrif berlalu dari situ tadi dia yakin yang tunangnya perlukan masa dan ruang.

Ah!Perempuan mana yang mampu terima apabila ternampak tunang sendiri berlaku curang saat perkahwinan sudah hampir tiba?

Beberapa minit mencari ruang buat dia bertenang,dia capai semula telefon bimbit itu untuk menelefon lagi namun belum pun apa-apa loceng pintu kondo berbunyi nyaring.Raziq tersentak.Sepantas kilat wajahnya bertukar corak.

Dibawa tubuhnya menuju ke arah pintu dengan harapan agar Nadine Tasyrif yang menunggu di luar.Dia mahu menjelaskan segala-galanya dan berharap akan ada peluang kedua buat dirinya.Biar dikutuk,dimaki atau diherdik sekali pun dia sanggup terima asalkan Nadine Tasyrif berjaya dipujuk.Dia sudah tidak peduli walau berapa kata-kata kesat sekalipun yang bakal gadis itu hadiahkan buat dirinya.Memang sepatutnya dia mendapat makian.Namun saat dia menguak daun pintu kondo itu,matanya tertancap pada susuk tubuh wanita yang ditidurinya semalam.Berdesup laju jantungnya.

Kau nak apa lagi?Kan aku dah suruh kau balik?”marahnya dengan wajah berkerut seribu.Bengang.Rasa mahu saja memakinya sepuas hati melepas bara.

Wanita yang bermini skirt dan berbaju sendat itu tidak berkata apa-apa sebaliknya mendekati pintu dan menolak tubuh Raziq ke belakang dengan lirik senyuman yang penuh tanda tanya.

Hoi,kau pekak ke?Aku tanya kau nak apa lagi?”

Sayang…you ada nampak pakaian dalam I tak? I terlupa nak pakai…you punya pasallah.Tiba-tiba suruh I balik tadi.”suaranya begitu bersahaja dengan mimik muka selamba.Kemudian wanita itu terus mengukir senyuman menggoda sambil melirik matanya memandang wajah Raziq yang jelas kelihatan tegang.Hampir saja lagi tangannya mahu memeluk erat leher Raziq,dia sudah ditolak ke belakang dengan kasar.

Hei,kau berambus dari sini!”jerkahan kuat Raziq nyata mengejutkannya.

You ni kenapa?Nak marah-marah I tak tentu pasal.Semalam bukan main manja lagi you dengan I tapi tiba-tiba nak emo pula.Tak puas ke?sindir wanita itu lagi.

Kau keluar sekarang!Raziq naikkan nada suara tapi wanita itu masih kelihatan tak puas hati.

Sampai hati you tengking I.Ni semua sebab perempuan tadi ke?Sebab dia kan?dada Raziq sengaja ditumbuk-tumbuk.

Rahang Raziq naik turun,menahan marah.Dia tidak boleh berlama-lama dengan wanita kelab malam ini.Memandangnya bagaikan memandang kekecewaan Nadine Tasyrif saja.Pantas lengan wanita itu dicapai lalu mengheretnya menuju ke pintu.

Kau blah dari sini!Kau blah dan jangan datang lagi!Blah!”

Hei,you dah gila ke apa ni Raziq?Senang-senang aje you nak halau I macam ni.Masa you nak I bukan main lagi you cakap macam-macam.Bila dah dapat,you buat I macam ni.Habis madu sepah dibuang!”bahu Raziq sempat dipukul-pukul.

Kau tu masih ada madu lagi ke,hah?Perempuan macam kau memang tak patut aku bawa ke sini!Menyesallah aku bawa kau ke sini!Dah,kau berambus dari kondo aku ni dan jangan tunjukkan muka kau pada aku lagi!”tekan Raziq semakin menyinga.

Hei,Raziq!You jangan nak menghina I!I masih ada harga diri tahu tak?”

Heh,harga diri apa yang kau cakap ni?Harga diri apa sedangkan kau tu hanya perempuan kelab malam aje!Dah berapa banyak jantan yang tidur dengan kau.Sedar diri sikit!”tempelak Raziq.Wajah wanita itu berubah corak.Terasa maruahnya sedang diperkotak katikkan oleh Raziq.Tanpa membuang masa,dia layangkan satu tamparan kuat ke wajah Raziq.Biar dia rasa.Kurang ajar.Dasar lelaki buaya!Dasar orang kaya yang tahu gunakan wang untuk perempuan tapi tak pernah puas!

Jangan ingat I perempuan kelab malam,suka hati you nak menghina I.You dah lupa ke siapa yang ajak I balik ke sini malam semalam?Dah lupa,hah?”jerkah wanita itu di hadapan Raziq dengan lantang.

Rahang di kiri kanan pipi Raziq nampak naik turun.Dia cuba menahan amarah.Dia bimbang andai dia membalas semula mungkin balasan itu bukan kata-kata sebaliknya tangannya yang naik.

Lantak kaulah perempuan!Dah,berambus dan jangan cuba-cuba kembali ke sini!” tempik Raziq menarik kasar tangan wanita itu lantas menghempas daun pintu dengan kuat setelah menolak tubuh wanita itu keluar dari situ.

Raziq!Tak guna punya jantan!Hei,buka pintu ni!”pekiknyasambil menghentak kuat tangannya ke pintu.Berkali-kali hentakan itu menggegarkan pintu bersama sepakan geram.

Raziq!Buka pintu ni!I belum habis cakap lagi!”

Raziq sudah malas mahu melayan.Makin sakit jiwa jadinya.Sudahlah Nadine Tasyrif entah ke mana,sekarang perempuan murahan ini datang dan mahu bikin jiwanya kacau pula!

Urghh!

WAKTU sudah pun menginjak hampir ke maghrib.Sejak tadi lagi Raziq cuba menghubungi Nadine Tasyrif tetapi keputusannya tetap sama.Raziq mengeluh berkali-kali sambil membuang pandang ke luar tingkap keretanya.Sudah berpuluh tempat dia pergi semata-mata mahu mencari tunangnya tetapi sampai sekarang tidak ketemu.Beberapa kenalan gadis itu juga sudah dihubungi namun tiada jawapan yang dia inginkan.

Dia tidak berani ke rumah keluarga Nadine Tasyrif kerana tidak mahu segala-galanya terbongkar begitu saja.Bimbang keluarga gadis itu menyoal macam-macam nanti.Lagipun,dia tahu yang Nadine Tasyrif tak akan sewenang-wenangnya menceritakan perihal yang berlaku kepada keluarganya.Dia cukup kenal gadis itu.

Perahsia!

Walau apapun yang terjadi,biar sesukar mana pun keadaannya Nadine Tasyrif akan pendamkan seorang diri selagi termampu.

Jenuh dia mengerahkan otaknya berfikir ke mana Nadine Tasyrif tuju.Cuba mencongak-congak sendiri namun tak ada satu tempat pun yang singgah di fikirannya.Raziq ambil keputusan berhenti seketika di kawasan stesen minyak bagi menenangkan diri dan fikirannya.

Biar dia cari Nadine Tasyrif dalam keadaan dirinya bertenang sedangkan sejak tadi lagi hatinya tak boleh nak jadi lega.

Telefon bimbitnya terus diangkat sekali lagi dan cuba menekan nombor Nadine Tasyrif.Kali ini nafasnya kedengaran berat sambil kepalanya bersandar pada kerusi.Dahinya dipicit beberapa kali.

Nadine,where are you?’ bisiknya sendirian.

Telefon bimbit di tangannya berbunyi nyaring secara tiba-tiba.Segera fikirannya yang mula melayang tadi kembali ke alam realiti.Raziq lihat paparan skrin.Satu nombor peribadi tertera.Pelik.Siapa pula yang telefon?Hatinya tiba-tiba berlagu resah.Air liur tertelan sendiri dengan payah.

Agak lama telefon bimbitnya menjerit minta diangkat,dia gagahkan jua hati yang satu itu untuk menerima saja panggilan.Entah apa yang tidak kenanya,dia bagaikan dapat meneka yang dirinya bakal dimaki sekejap saja lagi.Mungkin saja Nadine Tasyrif!

Hello….”suaranya serak dan perlahan.

Raziq,uncle ni.” satu suara menyapa dari hujung talian.Raziq cuba mengamati suara dalam talian.Tiba-tiba saja rengkungnya terasa kesat.

Uncle Irfan?”serunya teragak-agak.Perasaan bimbang semerta menginjak-injak hatinya.Terasa seluruh hidupnya bakal disumpah seranah bila mendengar suara ayah kepada Nadine Tasyrif.

'Matilah aku,keluarga Nadine dah tahu!'

Raziq datang hospital sekarang.”

Kenapa uncle?”cuak dah hilang berganti dengan perasaan aneh.
Nadine ada di hospital.Dia kemalangan.
Macam mana dengan keadaan Nadine?
Uncle pun tak pasti lagi.Uncle dengan auntie pun baru sampai ni.Datang cepat ya?
Ya...ya...uncle.Saya pergi sana sekarang.”suara dah tergagap.Talian segera dimatikan.Wajah diraup penuh penyesalan.
Ya Allah….apa yang aku dah buat ni?”rintihnya perlahan.

TUAN IRFAN dan Puan Surina bersama Zelmi kalut menuju ke wad tingkat 2 bangunan hospital.Sejak diberitakan bahawa Nadine Tasyrif terlibat dengan kemalangan,hati mereka resah gelisah terutama Puan Surina.Dia tidak betah duduk diam.Jika dia mampu,mahu saja dia sampai ke hospital sejurus dia mendapat perkhabaran dari pihak polis yang menelefon ke rumah.

Hatinya benar-benar berharap Nadine Tasyrif tidak apa-apa.

Ya Allah,kau selamatkanlah anakku.Kau lindungilah dia dan janganlah kau ambil dia dari aku.Aku mohon,Ya Allah.’

Nadine…Ya Allah!Nadine,are okay?”soal Puan Surina kalut setelah ternampak susuk tubuh Nadine Tasyrif sedang duduk di satu penjuru di luar wad tingkat 2.Wajah kerisauan yang tertayang di muka ibunya ditenung kosong tak ada perasaan.Kemudian,mata tertala pula ke arah ayahnya serta adiknya yang berjalan di belakang Puan Surina.
Belum apa-apa lagi,tubuhnya diterpa dan dipeluk kemas oleh Puan Surina.Terdengar suara risau wanita itu sebelum teresak-esak kecil.Pipinya dikucup berkali-kali melepaskan sebuah perasaan kelegaan.

Nadine okey tak ni?

Nadine okey.jawabnya perlahan.Payah benar nak hulur senyuman untuk melenyapkan gundah ibunya tapi dia sendiri hilang deria rasa buat seketika.

Betul Nadine tak apa-apa?Ya Allah,risau betul mama tadi.Lepas polis telefon ke rumah maklumkan tentang Nadine,mama risau sangat sesuatu yang buruk menimpa anak mama ni.Betul kan sayang tak apa-apa?”tubuhnya dirapatkan di sebelah Nadine Tasyrif.

I'm good.

Tadi kami dapat maklumat yang Nadine ada dalam emergency room.Apa yang berlaku sebenarnya?”tanya Tuan Irfan sedikit keliru dengan maklumat yang diperolehi tadi.Wajah anak gadisnya ditatap penuh kehairanan.

Bukan,babah.Nadine cuma dapatkan rawatan sebagai pesakit luar.Cuma masa kemalangan tadi,Nadine pengsan dan tak sedarkan diri untuk beberapa jam.Tapi doktor cakap tak ada apa-apa kecederaan serius.”

Betul?”

Betul,babah.Takkan Nadine nak bohong pula?”
Tuan Irfan kelegaan.Puan Surina pula sudah mengukir senyum ceria apabila benar-benar pasti keadaan anaknya tidak seperti apa yang difikirkannya pada mula-mula tadi.Namun tangannya sudah memegang benda putih yang bertampal di dahi Nadine Tasyrif serta lengan gadis itu yang dah berplaster.

Kenapa ni Nadine?Kenapa dengan dahi Nadine ni?Sakit tak?”

Tak ada apa-apa,mama.Luka kecil aje.Doktor dah bagi dua jahitan.Insyallah beberapa hari lagi eloklah ni.”

Luka kecil aje?Nadine,dahi dah kena jahit tu bukan luka kecil tau.”Puan Surina menjegil,mula nak menggelabah semacam tapi suaminya yang sedang berdiri berdekatan dah menggeleng kepala melihat gelagat luar alamnya yang terlebih risau tentang anak gadis mereka.

Awak ni Suri.Cuba bawa bertenang sikit.Kan Nadine cakap tak apa-apa.”teguran Tuan Irfan nyata tak meresap langsung dalam hati.

Ya Allah,macam mana saya nak bertenang?Cuba abang tengok muka Nadine ni hah.Luka-luka,dahi pun berjahit.Siapa yang tak risau bila tengok anak sendiri jadi macam ni?”tekan Puan Surina sambil tangannya mula merayap pada dahi Nadine Tasyrif yang dikatakan berjahit.

Nadine pasti ke yang Nadine tak ada apa-apa kecederaan serius?Kecederaan dalaman,patah-patah atau terseliuh.Are you really sure?

Sure,ma.”Nadine Tasyrif tarik senyuman singkat.Hati tenang bila melihat gelagat ibunya yang memang mudah menggelabah bila melibatkan hal ehwal anak-anak.Kalut semacam.

Suri,kot ye pun cuba jangan menggelabah sangat.Nadine dah cakap tak ada apa-apa tu maknanya dia tak apa-apalah tu.”celah Tuan Irfan.

Macam mana dengan pemandu yang kemalangan dengan Nadine?Dia okey ke?”

Dia dalam ICU.Koma.”ringkas ucapannya memandang Tuan Irfan yang sedang berdiri menyeluk poket seluar.

Siapa lagi yang terlibat?Berapa orang yang jadi mangsa kemalangan tu?”tutur Tuan Irfan semula dengan persoalan baru.

Setahu Nadine,hanya seorang.Lelaki yang koma tu.”jeda.

Nadine pun tak sangka boleh jadi macam ni.Mungkin malam nanti dia kena masuk operation room sekali lagi.He's in critical condition and I hope he's fine.Semoga tak ada apa-apa yang tak elok berlaku padanya.I just...”wajah ibu bapanya ditenung silih berganti seolah mencari sedikit kekuatan.

Trauma dengan apa yang telah menimpanya dan lelaki terbabit siang tadi.Mujurlah Allah masih belas padanya dan memanjangkan umurnya.Tapi dia tak tahu apa nasib lelaki yang sedang bertarung dengan maut di dalam bilik ICU.

Puan Surina mengurut dada.

Ya Allah,kesiannya.Tapi macam mana boleh kemalangan?Kereta Nadine macam mana?Teruk ke?”soal Puan Surina dengan nada suara kalut.Tangan Nadine Tasyrif terus digenggam kemas seperti tidak mahu berpisah.

Kereta Nadine dibalai polis.”Sambungnya lagi dengan suara bergetar.

Hmm…tak apalah Nadine.Yang penting,Nadine selamat.Hal kereta tu biar babah saja yang selesaikan.Kereta boleh dicari ganti bukannya nyawa.Alhamdulillah Allah masih melindungi anak babah dari bahaya.Syukur.”Ucap Tuan Irfan sambil meraup wajah dengan lafaz kesyukuran.

Betul kata babah tu Nadine,tak kisah apa yang terjadi dengan kereta tu asalkan Nadine selamat.Alhamdulillah,mama bersyukur sangat-sangat Nadine tak apa-apa.”kali ini kepala Nadine Tasyrif didekatkan dengan kepala Puan Surina sebelum bibirnya mendarat ke dahi dengan agak lama.Menitis air mata ibu.Air mata gembira dan kelegaan.

Mama kalau menangis,dah boleh mengalahkan ratu air mata dalam drama tau.Kak Nadine,nanti rekomen nama mama pada mana-mana produksi.Kot-kot tahun depan boleh menang anugerah pelakon air mata.Baru glamor macam Kak Nadine.”tiba-tiba saja suara Zelmi yang sedang berdiri dan bersandar ke dinding sejak tadi memecah suasana.Sejak tadi lagi dia hanya menjadi pemerhati.Sekadar nak mengusik ibunya yang nampak sedikit beremosi.

Isyh,mengarutlah kamu ni Mi.”memuncung bibir Puan Surina.

Kak,betul tak kena tidur wad malam ni?”tambah Zelmi lagi,sekadar nak memastikan saja.Kalau benar kakaknya kena tidur dalam wad malam ni,mahunya Puan Surina tak duduk diam.Pasti dia akan jadi orang pertama yang tawarkan diri nak menjadi peneman kepada Nadine Tasyrif di dalam wad.

Nadine Tasyrif menggeleng.Mengukir senyuman pendek.

Hmm…baguslah tu.Nasib baik tak kena tahan kat wad ni kalau tidak mama tak lena tidur malam ni.”

Zelmi menyengih bila nampak wajah Puan Surina berubah.Seronok sesekali mengusik ibunya.Sekadar nak ceriakan suasana.

Nadine Tasyrif menarik nafas lega melihat gelagat ahli keluarganya.Namun jauh dalam hati dia bertekad untuk membuang jauh-jauh memori yang berlaku siang tadi.Walau apa jadi sekali pun,dia tidak boleh menceritakan perihal nan satu itu kepada mereka.Tidak boleh!Mereka tidak boleh tahu.Dia perlu menjaga hati keluarganya.Biar seperit dan sesakit mana pun,rahsia ini harus dia simpan sendiri.Sekiranya hal ini mahu diceritakan pada seseorang,pastilah orang itu tak lain tak bukan adalah Luthfia,teman baiknya.

Sebut tentang Luthfia,dia sendiri sudah terlupa akan janjinya dengan gadis itu.Entah dia sudah tahu atau belum tentang kemalangan ini.Pasti gadis itu menantinya di rumah.

Mama dan babah ada call Fi beritahu pasal Nadine tak?”soalnya mencari jawapan.

Ya Allah,rasa-rasanya kami tak telefon Fi pun beritahu pasal Nadine.Kami semua kelam kabut datang ke sini lepas dapat maklumat tadi.Cuma tadi masa dalam perjalanan,Kila ada call mama.Katanya dia telefon Nadine berkali-kali tak dapat,terus dia call mama nak tanya pasal Nadine.Itu yang mama beritahu pada dia.”terang Puan Surina laju sambil menepuk dahinya.

Babah dah khabarkan hal Nadine pada Raziq.Sekejap lagi dia datang.”spontan Tuan Irfan mencelah,teringat tentang tunang anaknya.

Raziq?

Sakit telinga Nadine Tasyrif mendengar nama lelaki itu disebut.Sungguh,hatinya bagaikan sedang dilapah-lapah saat ini.Mendengar sebaris nama itu bisa membuatkan darahnya naik.Wajah Nadine Tasyrif terus berubah.Namun bibirnya tetap terkunci rapat.Langsung tidak berkata apa-apa.

Nadine!”jerit Kila yang baru menapak ke arahnya dengan agak kalut.Sejurus sahaja dia sampai di hadapan Nadine Tasyrif,tubuh gadis itu lantas dipeluknya erat.

Ya Allah,Nadine.Are you alright?”soal Kila cemas sambil membelek segenap tubuh Nadine Tasyrif sehingga gadis itu terpaksa mengangguk dan menolak sedikit tangan Kila yang masih tergenggam kemas di bahu.

Thank god!Kau tak apa-apa.Apa yang jadi sebenarnya ni?Aku terus marathon ke sini lepas dapat berita pasal kau.Risau gila dengar cerita auntie tau!”

Tak ada apa-apalah.Kemalangan sikit aje.Kereta aku aje yang teruk but I’m fine.”jelas Nadine Tasyrif lagi buat wajah penuh yakin.

Nasib baiklah tak ada apa-apa yang jadi pada kau.”komen Kila semula memegang dadanya yang masih melantun kuat sejak dia menerima perkhabaran tentang Nadine Tasyrif tadi.Hembusan nafasnya kedengaran sedikit kasar lalu dia rapatkan tubuh ke arah dinding berdekatan dengan Nadine Tasyrif.

Doktor cakap apa?Kena tahan di wad ke?”
Nadine Tasyrif menggeleng lemah.

Kila…I need a favour.”Nadine Tasyrif yang nampak seperti masih terkejut itu cuba bersuara semula setelah masing-masing menyepikan diri.

Apa?”
Boleh tak kau batalkan semua appointment,meeting dan job aku esok?”mohonnya bersungguh-sungguh.

What?Nak cancel?”suara Kila agak meninggi sambil menayang wajah terkejut.lebih terkejut daripada tadi.

Boleh tak?”tekan Nadine Tasyrif berusngguh.

Sekejap aku cek.”beg silang yang melekat di tubuh diseluk sebelum sebuah iPad dikeluarkan.Beberapa saat menekan-nekan skrin dan meneliti sesuatu di situ,Kila membuka mulut.

Hmm…susah sikitlah Nadine.Nak cancel semua job last minute macam ni…bukan senang nak atur semula schedule kau tau.”mata masih memandang iPad.

Jadual kau daripada sebelah pagi sampai malam semuanya full.Banyak benda penting kau kena selesaikan esok so I think it's not a good idea to cancel everything.”jelas suara Kila penuh yakin.

Kila,auntie nak kamu batalkan semua kerja Nadine esok dan kamu susun jadual baru.Suka atau tidak,susah atau senang auntie nak kamu buat juga.Boleh?”Puan Surina mencelah.Panas hati mendengar perbualan antara Kila dan anaknya.

Tapi,auntie...”

Nadine tengah sakit.Kamu tak nampak ke?Ini hal kecemasan,bukannya suka-suka.”
Kila terkedu lepas kena sembur dengan Puan Surina.Tak tahu nak jawab apa lagi tapi kepala mula mencongak-congak tentang jadual Nadine Tasyrif.

Kamu kan PA Nadine,takkan tak boleh handle perkara macam ni?”tekan Puan Surina lagi mengetap gigi.Kali ini,dia mula nak naik angin.Anaknya sedang sakit,senang-senang saja si Kila ni suruh dia kerja.Apa dah tak ada hari lain mahu kerja ke?

Bukan macam tu auntie…tapi semua appointment Nadine esok melibatkan agensi dan syarikat besar.Saya takut reputasi kerja Nadine merosot nanti.Lagipun kalau tak menghadirkan diri untuk menandatangani perjanjian baru,Nadine akan terlepas job.”Kila memberi alasan.

Hei,tak faham betullah dengan kamu ni Kila.Benda yang senang macam ni pun kamu tak boleh handle.Susah-susah sangat cari aje job baru!”tempelak Puan Surina semula masih lagi bengang dengan cara Kila.

Ma,dahlah tu….”tegur Nadine Tasyrif memegang bahu ibunya.

Tak apalah Kila,aku akan ikut jadual tu esok.Lagipun aku okey,tak ada apa-apa yang teruk.”

Puan Surina menarik tangan Nadine Tasyrif sambil buat muka tak puas hati.

Sayang,tak teruk apanya?Tengok tu…dahi dah bertampal-tampal,buat apa nak kerja.Lagipun esok hari minggu.Dah,tak payah kerja.Kila,auntie nak kamu batalkan semua appointment Nadine.”kali ini jari telunjuknya sudah pun naik ke muka,cuba memberi amaran pada Kila.

Tapi auntie…”
Dah,auntie kata cancel tu cancel aje.Nak auntie ketuk kepala kamu baru kamu nak buat ke?”terkebil-kebil Kila selepas Puan Surina menaikkan suaranya.Nak gugur jantung mendengar suara wanita ini bercakap.

Ma,dahlah tu.Mama janganlah risau.Kan Nadine cakap Nadine tak apa-apa.Betul juga kata Kila tu…kalau Nadine cancel semua appointment,Nadine akan terlepas job besar.Sayanglah macam tu…lagipun nanti semua orang susah.Nadine susah Kila pun susah.”pujuk Nadine Tasyrif cuba memancing.Puan Surina mencebik sambil menjeling ke arah Kila yang masih tercegat berdekatan dinding.

Kenapa Nadine ni degil sangat?Kesihatan Nadine lebih penting daripada segalanya tahu tak?Mama risau bila keadaan Nadine macam ni lepas tu kena kerja pula.Patutnya Nadine berehat aje kat rumah!”

Suri,dahlah.Janganlah nak risau lebih-lebih.Dah Kila,Nadine…jangan kisah sangat dengan apa yang mama kamu cakap ni.Risau bukan main lagi.”celah Tuan Irfan akhirnya.Hampir tergelak melihat cara isterinya melayan anak gadis mereka.Umpama melayan anak kecil berusia 5 tahun saja lagaknya.

Kila mengeluh panjang dan menyimpan semula iPadnya setelah Tuan Irfan berkata begitu.Dadanya diurut namun dia tertinjau-tinjau pula keadaan sekeliling sebelum menghantar pandang kepada wajah Nadine Tasyrif.

Raziq mana,Nadine?Tak datang ke?”Kila kembali bersuara menyoal tentang Raziq sehingga Nadine Tasyrif berasa lidahnya kelu.Air liur di kerongkong seakan kesat sekesat kesatnya.




No comments:

Post a Comment

BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...