Wednesday, 25 February 2015

Mr Stalker...Saya Cintakan Awaklah! 14 & 15

Bab 14


MASUK saja ke bilik pejabatnya,Ziyan hempaskan fail dan barang-barang yang dipegang sejak tadi.Berang tak habis-habis lepas keluar dari bilik mesyuarat.Tak pasal-pasal namanya jadi popular satu pejabat hari ni.Ini semua berpunca dari Puan Amalia Arshad.Sudahlah hal beberapa hari lepas pun tak reda lagi,ini ditambah dengan hal baru.Angin satu badan!

“Orang tua ni memang saja nak cari pasal dengan aku!Ada juga yang makan kasut aku ni.”omel Ziyan menepuk dada yang sesak.

“Senang-senang aje kau gugurkan nama aku dari team.Wah,baiknya budi bahasa dia!”ungkit Ziyan dengan muka merah.

“Tak guna!Kerana perempuan tu,aku dapat susah.Tak apa,kita tunggu dan lihat sejauh mana kau nak menyorok.Kalau orang tua tu gugurkan aku dari team untuk projek khas bulan depan atas sebab aku gagal dapat buat cover story pasal kau,tak apa.Nanti kau akan tahu akibatnya,Nadine Tasyrif!”
Suara Ziyan mahu sambung mengomel terhenti bila telefon di atas meja pejabatnya berdering.Dia angkat dan jawab malas-malas.Tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa buat masa sekarang.

“Hello.”

“Ziyan,masuk bilik saya sekejap.”
Suara garau milik Encik Haikal tiba-tiba menyapa gegendang.Muka dah berubah corak.Tak terkata apa.

Ziyan,are you there?”Encik Haikal menyoal pelik.

“Err...yes.Sekarang ke?”soal Ziyan kembali,sedikit lurus.

Yes,now!

Pap!

Telefon diletak kembali tapi Ziyan termenung sekejap.

“Apa hal Encik Haikal ni?”Sekilas jam tangan direnung.Tak mahu buang masa,Ziyan menapak keluar menuju ke bilik Encik Haikal.

Yes,boss?”sapa Ziyan saat pintu bilik pejabat Encik Haikal ditolak perlahan.Tersembul wajah lelaki yang berusia awal empat puluhan yang agak segak dengan memakai kot hitam gaya ahli korporat di ruang mata Ziyan.

Have a seat,Ziyan.”pelawa Encik Haikal sebelum membelek beberapa kertas di atas meja.Muka Ziyan dah berkerut-kerut pandang gelagat Encik Haikal yang baginya macam tak ada apa-apa sebab untuk panggilnya masuk ke situ.

“Macam mana?”soal Encik Haikal setelah agak lama menyepi.Ziyan yang sedang merenung wajah lelaki itu menjungkit kening.

“Macam mana apa,bos?”
Encik Haikal tergelak mendengar soalan spontan tahap lurus bendul daripada Ziyan.


Meeting tadi okey?”Encik Haikal layangkan sebuah senyuman singkat.

Ziyan menjuih.Menyirap pula mendengar persoalan itu keluar dari bibir Encik Haikal.Sebetulnya,dia mahu lupakan apa yang terjadi dalam bilik mesyuarat tadi.Tak mahu ingat dah.Sakit hati!

“Ziyan,awak dengar tak apa yang saya tanya?Atau masih berangan nak pergi Hollywood bulan depan?”sinis sedikit ayat yang Encik Haikal lontarkan.Ziyan dah nak naik angin tapi kerana yang ada di depannya ini ialah Encik Haikal,langsung rasa marah itu dihapus pergi.

“Bos,nama saya dah kena gugur dari team untuk trip ke Hollywood.Buat apa saya nak simpan angan-angan nak ke sana?”balas Ziyan sedikit sarkastik.Sebenarnya dia masih terkilan dengan tindakan Puan Amalia Arshad selaku ketua projek yang akan membuat trip dan liputan ke Hollywood bulan depan sempena projek khas yang punya kerjasama antarabangsa dengan salah satu syarikat hiburan di luar negara.

Encik Haikal tergelak mendengar suara Ziyan.Seperti orang merajuk.

“Bunyi macam berjauh hati.”

“Tak jauh hati cuma kecil hati dengan tindakan Puan Amalia.”

“Okey,sebenarnya bukan salah Puan Amalia gugurkan awak dari projek tu tapi semua ni atas arahan saya.”

“Tapi,kenapa?Sejak pertengahan tahun lagi nama saya dah masuk senarai,tup tup kena gugur.Tak adillah macam ni,bos.Selama ni pun saya dah bertungkus lumus bekerja naikkan rating majalah dan nama syarikat.Bos tahu tak,trip ke Hollywood ni saya dah anggap macam trip percutian bulan madu untuk saya.It's not fair!Kerana fail story pasal Nadine Tasyrif tu,saya yang kena?”bebelan Ziyan yang dah nak capai tahap amukan buat Encik Haikal terpaksa ambil jalan tengah menenangkannya.Dah tahu bagaimana reaksi Ziyan jika perkara seperti ini berlaku.

Encik Haikal kalut mengambil satu fail nipis berwarna kuning dari dalam laci dan hulurkan kepada Ziyan.

“Awak lupakan pasal 'your fail story' macam yang awak cakap tu.Awak tengok fail ni baik-baik.”

“Fail apa ni,bos?”Ziyan sedikit tercengang tapi tetap menyambut fail dari tangan Encik Haikal.Lelaki itu tak bagi respon sebaliknya tunggu respon Ziyan bila buka fail tu.

“Rosmarie Ann?”soal Ziyan keliru bila fail tadi dibuka.Terpampang gambar Rosmarie Ann,seorang selebriti berwajah Pan-Asia yang boleh tahan tengah panas dengan cerita-cerita sensasi lagi meletup.

“Yup.Saya nak awak dapatkan bahan cerita tentang dia secepat mungkin dan aturkan sesi photography.Saya bagi tempoh seminggu.”

“Seminggu?”

“Saya tahu payah nak dapatkan dia tapi saya percayakan kredibiliti awak.Lagi pun,awak dah pernah interview dia beberapa bulan lepas kan?So,tak ada masalah kalau nak cari dia dan dapatkan temuramah eksklusif.”
Ziyan tenung gambar Rosmarie Ann macam nak terkeluar anak mata.

Saya nak awak korek cerita tentang skandal dia dengan seorang VVIP bergelar Datuk.Kalau boleh dapatkan gambar-gambar VVIP tu sekali.Saya mahu jadikan cerita Rosmarie Anne cover muka depan untuk bulan depan majalah Letop!” ucap Encik Haikal sambil bersandar di kerusinya.Matanya bercahaya.Teruja.Ziyan pandang Encik Haikal penuh seribu persoalan.

“Skandal dengan VVIP?”

Yes,VVIP berpangkat Datuk.Awak selidik siapa Datuk tu dan cari sama ada Datuk tu sudah beristeri,suami orang,duda atau apa saja statusnya.Kita boleh dapat cerita panas dan lariskan magazine kita kalau awak berjaya galas tugas yang saya beri ni.”

“Lagi satu,pastikan cerita pasal skandal Rosmarie Ann ni tak lepas ke tangan pihak lain.Pastikan ia eksklusif.Faham?”tambah Encik Haikal lagi.Ziyan dah hilang kata tapi kepala masih ligat berputar tentang kisah dalam bilik mesyuarat tadi.

“Ziyan?”teguran Encik Haikal buatkan kepala Ziyan yang berpaksikan kisah tadi kembali ke realiti semula.

“Ya?”

Awak sihat ke tidak?Asyik termenung aje.Any problem?

“Err...”

Okey,saya tahu apa ada dalam kepala awak.Saya janji kalau awak selesaikan tugas ni dan naikkan rating majalah,saya akan masukkan nama awak untuk trip ke Eropah awal tahun depan.Ada projek istimewa di sana.Deal?

Is it a real deal?”soal Ziyan masih tak termakan tawaran Encik Haikal.
Encik Haikal ketawa besar.

You can trust me,Ziyan.Awak kenal saya dengan baik,kan?”
Ziyan angguk saja.Kalau dah Encik Haikal bersuara,dia tak boleh nak pusing cerita lagi.Tak ada cara lain lagi selain dari buat kerjanya.

Okay,I consider it as a deal.A last deal,perhaps?”Ziyan angkat punggung sambil tersenym herot pada Encik Haikal.Lelaki itu senyum singkat dan menjungkit kening sedikit tanpa suara.

I'll make sure,cerita tentang Rosmarie Ann akan ada atas meja bos dalam masa tiga hari.”ujar Ziyan penuh yakin sebelum tersenyum penuh makna.Sebelum Encik Haikal sempat bersuara dia dah angkat kaki keluar dari bilik pejabat itu.

Ziyan berjalan lambat-lambat menuju kembali ke bilik pejabatnya.Kepalanya melayang-layang teringat macam-macam.Tanpa disedari,dia mengomel dalam bahasa yang tak ada siapa yang faham.Fail di tangan dimain-mainkan tanpa perasaan.Jiwanya terperangkap antara kisah Nadine Tasyrif,kejadian di bilik mesyuarat,perbualannya dengan Encik Haikal dan kisah tentang skandal Rosmarie Ann.

“Hoi,Ziyan!Apa yang dok membebel sorang-sorang tu?” tak semena-mena suara kuat Suraya menyapa dari tepi sehingga mengalihkan perhatian Ziyan.Bila diangkat wajah,dia lihat Suraya sedang mendekatinya sambil tersipu-sipu.

“Beb,ke mana saja aku pergi ada aje muka kau kan?Kau tak bosan ke?”sembur Ziyan sambil menjeling halus pada Suraya.

“Berlagak diva sangat kau ni,kan?Apa cerita?Membebel sorang-sorang.Kena sembur dengan big boss ke?”

Ziyan malas nak menjawab.Terus dihayunkan kaki melangkah masuk ke dalam bilik pejabat dan diekori oleh Suraya.

“Apsal kau ni,beb?Muka monyok macam kena tinggal laki.Patutnya keluar dari bilik big boss dah boleh tayang senyuman.Maklumlah,kau kan anak emas Encik Haikal.Pekerja yang paling disayangi oleh bos.Tak gitu?”cebik Suraya menyindir sebelum gelak-gelak.

Selain kena hadap muka mak tiri kau yang annoying dan nama aku kena gugur dari trip ke Hollywood sebab kena buat special project,hadap muka kau adalah salah satu sebab kenapa aku rasa macam nak naik angin!”

Ayat ekstrem yang keluar dari mulut Ziyan langsung buat Suraya hampir tersedak.

Ah,dia mula dah!Nak naik angin memanjang!Period dua puluh empat jam!
Tapi Suraya terlepas tawa bila memandang wajah mencuka Ziyan.

Kau ni,kadang-kadang comel juga bila naik angin.Nasib baiklah aku ni straight,wanita sejati.Kalau tidak dah lama aku sangkut dengan kau Ziyan!”Suraya mengusik sebelum sambung ketawa.

“Tak lawak,okey?”Ziyan buat muka menyampah.Terus dia humbankan tubuh ke atas kerusinya sambil menjeling pada Suraya.

Aku gurau ajelah.So,apa cerita?Maksud aku...cerita yang sebenar-benarnya?Selain daripada cerita pasal mak tiri yang kau selalu sebut dan nama kau kena gugur dari trip ke Hollywood tu.”

Dahlah,Su.Tak payah nak banyak tanya sangat.Kau pergi buat kerja kau.Kau kan ada appointment dengan artis fofular kat studio kan?So,sila blah!”halau Ziyan selamba.

Huih,berlagak gila perempuan sorang ni.Diva sangat!Okeylah,aku keluar.Tapi apa-apa pun,jangan masam-masamkan muka.Sentiasa senyum dan maniskan wajah sebab orang-orang tua selalu kata kalau selalu senyum insyallah muka akan jadi awet muda,kedut pun susah nak tumbuh.Nanti kalau ada hot story,roger aku eh.Bye!” semerta Suraya angkat kaki berlalu dari bilik Ziyan.

Suraya,kau memang busybody!”cemuh Ziyan menghadap daun pintu biliknya yang dah bertutup rapat sebelum perlahan-lahan menyandarkan kepala ke kerusi lalu memejam mata rapat.


Bab 15


TELINGA rasa panas.Berdesing.Terngiang-ngiang suara keras Encik Haikal semasa di dalam bilik pejabatnya tadi.

“Tak habis-habis dok sebut nama tu.Balik-balik,Nadine!Lagi-lagi Nadine.Dah tak ada nama lain nak disebut dekat aku ke?Memanjang nama Nadine Tasyrif naik.Entah apa yang best sangat dok sebut nama perempuan tu entah!”omel Ziyan dengan suara meninggi.
Gambar Nadine Tasyrif yang berada di atas meja dijeling sekilas.Angin betul dia.Tak habis-habis nak ungkit cerita pasal Nadine Tasyrif.

“Perempuan ni dah lama menghilang.Buat apa nak cari dia lagi?Entah masih hidup atau dah mati,tak ada siapa pun tahu.Macamlah rating majalah akan naik hanya kerana story pasal perempuan ni.Dah tak ada modal agaknya,Encik Haikal ni?”tepis Ziyan sendiri sambil menarik gambar Nadine Tasyrif.

Gambar ditangan ditenung lama.Seakan mahu menerkam saja.Mujurlah ia sekadar gambar kaku.

Nadine Tasyrif,I hate you!”cemuh Ziyan lalu mengkeronyokkan gambar Nadine Tasyrif lalu menghumbannya masuk ke dalam bakul sampah.Dada yang berombak ganas mula ditepuk dua tiga kali menghalau rasa yang menggila.

Kepala turut dipegang.Panas!

“Sekali lagi Encik Haikal sebut pasal perempuan yang dah tak laku ni,aku sumpah yang aku akan letak jawatan.Nak jadi apa pun jadilah.Kalau rating majalah nak jatuh,itu dia punya pasal!”meja di depan dihentak kuat.Melepas bara yang sudah terpendam begitu lama dalam hati.

Sesungguhnya,dia tersangat jelak mendengar arahan Encik Haikal untuk mendapatkan berita eksklusif mengenai Nadine Tasyrif sejak tiga tahun dulu.Sejak kes Nadine Tasyrif menghilang dulu,tak ada mana-mana majalah keluarkan berita tentangnya dan sejak itu Encik Haikal terus menerus mengarahkan Ziyan mencari Nadine Tasyrif walau dengan apa cara sekali pun.Motifnya sangat jelas.Mahu cerita eksklusif yang akan menaikkan rating majalah dan syarikat ke tahap tertinggi.

Ziyan duduk bertenggek di atas meja kerjanya.Setiap kali masuk bilik Encik Haikal,nama Nadine Tasyrif tak akan lekang dari bibir lelaki itu.Bagai nak gila dah Ziyan hadap kerenah bosnya.Makin menjadi-jadi.Dah kemaruk sangat nak dapatkan Nadine Tasyrif.Dah jadi peminat tegar perempuan tu agaknya!

Tuk!Tuk!Tuk!

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.Boleh tahan kuat sehingga mengejutkan hati Ziyan yang masih panas tak sudah.Ziyan mendengus.Amarahnya cuba diredakan.Dia pandang pintu bilik pejabatnya yang bertutup rapat.

Coming!

“Ziyan!”sapa Razanah Muhammad atau lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Kak Zana iaitu seorang wartawan yang berusia lewat tiga puluhan yang masih bergelar anak dara yang sama-sama bekerja di Prima Kota sejak tujuh tahun lalu.
Tudung di atas kepala dibetulkan sedikit sebelum tersengih-sengih mendekati Ziyan.Muka ceria lain macam.

“Ada apa Kak Zana?”soal Ziyan malas-malas.Sungguh,dia hilang rasa untuk melayan kerenah Kak Zana walau pun Kak Zana jarang menimbulkan perasaan menyampah pada dirinya.Kak Zana yang bertubuh kurus memakai tudung bunga-bunga dan berkemeja rona ungu lembut itu melayangkan senyuman lebar dengan mata bersinar-sinar terang pada Ziyan.

“Ziyan,Kak Zana nak kenalkan kau dengan seorang staf baru.”

“Staf baru?Siapa?”Ziyan mula mengalihkan tubuh memandang Kak Zana dan berdiri betul-betul bertentang dengan wanita itu.Tak menunggu lama,Kak Zana menggamit seorang lelaki yang berdiri di luar pintu bilik Ziyan masuk ke dalam.

“Zein,masuklah.”wajah lelaki yang dipanggil Zein menjengah ruang mata Ziyan.

Hah,Ziyan.Kenalkan ini Zein Asyraff,photographer baru di sini.”ucap Kak Zana teruja sambil memperkenalkan staf baru seperti yang diperkatakan.

Ziyan telan liur.Terpana dia memandang sosok tubuh lelaki bernama Zein Asyraff yang sudah berada di hadapannya.Kacaknya dah macam model paling laris dipasaran.Ketinggiannya dah cukup jelas untuk melayakkannya menjadi seorang model tapi dia jurufoto?

Mata Ziyan benar-benar dah terpaku pada sosok tubuh Zein Asyraff yang masih tak bersuara.Sekadar tersenyum pada Ziyan yang macam singa betina itu.
Ziyan terkedu.Rasa macam sedang berhadapan dengan putera kayangan.Jiwa terus terbuai-buai menyaksikan keindahan ciptaan tuhan di hadapannya.Sungguh,aura yang dimiliki oleh Zein Asyraff sudah berjaya mengalahkan semua selebriti popular yang pernah dia temuramah dan jumpa walaupun tak bersuara.Sekadar tenung dan pandangnya dengan pandangan biasa pun dia sudah boleh cair!

Kak Zana pandang Ziyan dan Zein Asyraff silih berganti.Haih,ni dah tak ada suara nak bercakap ke?Main bahasa hati?

Ziyan,are you okay?Dengar ke tidak apa yang Kak Zana cakap tadi?”celah kak Zana sambil petik jari depan muka Ziyan.Rahang yang dah separa jatuh tadi segera dirapatkan semula sebelum merenung wajah Kak Zana.

“Err...dengar...dengar...”

“Hai,dah terpesona dengan jejaka kacak kat depan ni ke?”sindir Kak Zana tak ada tapis-tapis sebelum tergelak sendiri.

Oh,for your information Cik Ziyan Nadhir...Zein ni akan gantikan Rejab mulai hari ini.Jadi kalau ada apa-apa urusan kau direct ajelah dengan dia.Jangan cari Rejab lagi.”jelas Kak Zana bersemangat.

“Zein Asyraff?Nice name.Saya Ziyan Nadhir,wartawan hiburan dan penulis ruangan PENTAS dalam majalah Letop di Prima Kota.Selamat berkenalan!”laju Ziyan menutur kata sambil menghulurkan tangan ke arah Zein Asyraff.Jelas di wajahnya tergambar satu kegembiraan bila bertemu muka dengan Zein Asyraff walaupun kepala masih lagi serabut dengan hal yang tak sudah-sudah.

Tangannya bersambut kemas oleh Zein Asyraff.Lelaki itu mengangguk dan tersenyum sehingga bisa menggugurkan jantung Ziyan.

'Ya Allah,boleh gugur jantung melihat ciptaan Allah yang seorang ini!'

Mata masih belum mampu dikelipkan.Terpana sungguh!

Ziyan,are you okay?”tegur Kak Zana yang berdiri di sebelah Zein Asyraff.

Hah? Err…err…yes,yes Kak Zana.I’m okay.” Gugup suara Ziyan.

Zein,kalau nak tahu dia ni pekerja lama kat sini.Anak emas big boss.Jangan main-main dengan dia tau!”seloroh Kak Zana sebelum tergelak kecil.

“Takut pula dengar.”Zein Asyraff ikut berseloroh.

Kalau macam tu,saya tak boleh nak main-mainlah kerja kat sini ya?Anyway,selamat berkenalan Cik Ziyan Nadhir.Harap kita dapat bekerjasama dengan baik lepas ni.”sambung Zein Asyraff tersenyum manis.

Tak payah nak formal sangat.Kekok pula rasanya.Just call me Ziyan.Macam semua orang kat pejabat ni panggil.I harap kita dapat bekerjasama dan saling bantu membantu sebagai satu team lepas ni dan selamat datang ke Prima Kota.”balas Ziyan ceria.Hilang aura-aura negatif dalam badan lepas berjumpa Zein Asyraff.

Okeylah,Ziyan.Akak dengan Zein keluar dulu.Ada banyak lagi urusan nak diselesaikan.Sorry,curi masa kau sekejap.”Kak Zana dah tepuk-tepuk bahu Ziyan dan bagi isyarat mahu berlalu keluar.

“Zein,jom.Akak nak bawa kau jumpa staf-staf lain dan bagi taklimat kecil pada kau dalam bilik mesyuarat.”ajak Kak Zana.Baru saja Zein Asyraff berlalu keluar dari bilik pejabat,tubuh Kak Zana terdorong ke belakang bila ditarik cermat oleh Ziyan.

“Kau ni dah kenapa,Ziyan?”

Kak Zana,betul ke Zein tu photographer yang ganti Rejab?”

“Betullah.Kau ingat aku ni dah biol?”

“Serius?”

“Yelah!Kenapa?!”suara Kak Zana dah naik satu oktaf.Pelik melihat tingkah Ziyan yang mula terjenguk-jenguk ke arah Zein Asyraff di luar biliknya.

Sumpah tak nampak macam photographer.Macam model terlaris di pasaran!”teriak Ziyan teruja sambil tayang wajah gatal.

“Heh,kau ingat jurugambar tak ada yang stok muka hensem ke?Tu,si Zein tu salah satu contohnya.Dah,jangan nak tanya lebih-lebih.Akak tak nak bersubahat apa-apa.Tak pasal-pasal nama akak ni naik dalam bilik mesyuarat,jenuh!Kalau nak tahu apa-apa pasal Zein Asyraff,pergi tanya dia sendiri!”Kak Zana sembur Ziyan tepat.Sekali pandang muka Ziyan saja dah tahu apa yang ada dalam hatinya.Dah sangkut dengan Zein Asyrafflah tu!

“Kejap Kak Zana.Ada benda sikit nak tanya ni.”tangan Kak Zana dicapai.Menghalang wanita itu keluar dari situ.


“Apa lagi,Ziyan?”
“Umur dia berapa?Bujang atau dah kahwin?”

Umur dia 30 tahun,masih bujang dan baru balik ke Malaysia selepas bekerja dengan beberapa agensi dan produksi di luar negara.Full stop!”Kak Zana mencebik dan berlalu meninggalkan Ziyan terkulat-kulat sendiri.

Memandang lenggok Kak Zana yang semakin menghilang menuju ke arah Zein Asyraff benar-benar membuatkan hati Ziyan jadi tak tentu arah.Wajah kacak Zein Asyraff diintai dari jauh.Tak berkelip!

He's 30.Wow,what a coincidence?Sebaya aku.Dan dia sangat hot!”teriak Ziyan lalu bersandar rapat di belakang pintu biliknya yang baru berkatup.Semerta hati terasa bunga-bunga cinta mula bersemarak.Dada kembang semacam.Bahagia!



MASUK hari ini sudah genap sebulan Zein Asyraff bekerja di Prima Kota.Dan hari ini juga dah genap 30 hari hati Ziyan dilanda resah yang menggila.Setiap kali melihat wajah Zein Asyraff serta gelagatnya yang selamba dan bersahaja sepanjang sebulan ini,bibir Ziyan tak sudah-sudah menguntum senyuman.Radang atas tindakan Encik Haikal menggugurkan namanya untuk menyertai trip ke Hollywood langsung buat dia lupa malah berganti dengan ingatan terhadap Zein Asyraff dua puluh empat jam.

Makan minum pun boleh dia lupakan.Perut sentiasa kenyang.Kenyang dengan senyuman milik Zein Asyraff.Dah macam orang gila meroyan bila hampir setiap hari dia buat-buat ke pantri dan sengaja melalui hadapan meja kerja Zein Asyraff yang terletak dalam bahagian yang tidak jauh dari pantri.Tujuannya satu.Nak tatap wajah milik Zein Asyraff.

Sepanjang sebulan satu bumbung dalam pejabat ni dengan Zein Asyraff,jarang sebenarnya dia dapat berbual-bual dengan lelaki itu memandangkan masing-masing sibuk dengan tuntutan tugas.Kebetulan Ziyan sedang 'berperang' dengan tugas terbaru dari Encik Haikal untuk cover cerita Anugerah Popular Meletup yang akan berlangsung hujung minggu nanti.

Bibir Ziyan menguntum senyuman.Fikiran masih terawang-awang membayangkan wajah Zein Asyraff sehinggakan Kak Zana tolak pintu bilik pejabatnya pun dia tidak sedar.Bila ditegur,dada mula nak melantun kuat.Kopi panas dalam cawan dipegangan juga hampir saja mahu tumpah.

“Ya Allah,Kak Zana.Boleh tak lain kali ketuk pintu dulu lepas tu beri salam?Macam nak ajak gaduh aje!”sembur Ziyan mengurut dada.Tangan yang menggigil ditenung sebelum cawan kopi diletakkan ke atas meja.

Kak Zana buat muka tak bersalah.Lagi tersengih-sengih adalah.

“Assalamualaikum,Cik Ziyan Nadhir yang rupawan.”

“Hmm…waalaikummussalam.Ada apa Kak Zana?”tanya Ziyan pura-pura sibuk.Berdesing pula lepas dengar suara Kak Zana seakan menyindirnya.Rupawanlah sangat!
Kak Zana mencebik.

“Sibuk ke?”

“Kalau Kak Zana tak nampak lagi tak tahulah!”sindir Ziyan.Terkejutnya masih bersisa dengan tindakan Kak Zana sebentar tadi.Nasib baik tidak tumpah kopi dalam cawan kalau tidak sahih boleh melecur tangannya.

“Amboi,cantiknya bahasa kau ya cik wartawan paling disayangi?Tak berlapik langsung.”cebir Kak Zana sekadar nak mengusik.

“Mestilah bahasa kena cantik,dah akak tu masuk bilik saya main redah saja!Nasib baik tak tumpah air dalam cawan ni tadi.Kalau tidak,saya buat tuntutan saman sepuluh juta!”

“Amboi-amboi,nak sama sepuluh juta konon.Sepuluh juta apa?Rupiah?Heh,perangai mengalahkan diva.Dah macam artis-artis zaman sekarang.Sikit-sikit nak tuntut saman,sikit-sikit nak ganti rugi pada hal tak ada apa benda pun.Mengada aje lebih!”Kak Zana dah terjuih.

Kerusi di depan Ziyan diduduki dengan relaks sebelum bersandar selesa di situ.Ruang pejabat Ziyan yang boleh tahan luas dan lengkap dipandang.Kadang-kadang rasa cemburu dengan Ziyan.Gadis itu sama-sama mula bekerja dengannya hampir tujuh tahun dulu di Prima Kota tapi rezeki Ziyan di sini lebih baik berbanding dirinya.Ziyan dinaikkan pangkat tinggi sedikit darinya dan sering menjadi bualan hangat di pejabat.Ramai yang menyebut-nyebut Ziyan sebagai anak emas bos.Mutu kerjanya juga bagus dan selalu menjadi tulang belakang yang menyebabkan rating majalah naik mencanak.Komited dan berdedikasi.Jadi tak ada sesiapa yang nak cari pasal dengan Ziyan.Lagi pun,semua orang dah tahu bagaimana perangai Ziyan.Panas baran!Siapalah yang berani?

Ziyan tersenyum senget.Cawan kopi ditarik lalu menyisip sedikit air kopi yang masih panas.

“Ada apa Kak Zana?Ada berita panas lagi sensasi nak repot pada saya?”tebak Ziyan tapi Kak Zana dah geleng dulu.

“Tengah hari ni kau keluar makan tak?Yelah,bukan apa.Sejak dua menjak ni akak tengok kau asyik terperap dalam pejabat waktu makan tengah hari.Waktu-waktu lain haram nak nampak muka kat sini.Asyik sibuk kat luar.”

“Kenapa?Kak Zana nak belanja makan tengah hari kat hotel lima bintang ke?Kalau betul,saya on aje.”

“Hotel lima bintang tu tak mainlah.Akak bukan diva macam kau.Duit gaji cukup-cukup makan.”

“Dah tu?”

“Ada orang lain nak belanja.Itu pun kalau kau sudi.”

“Siapa?”

“Kalau akak cakap ni kau janji jangan buat muka terkejut beruk eh?”Kak Zana sengih-sengih sambil tayang jari telunjuk ke wajah Ziyan.

“Cakap ajelah siapa?Nak buat saspen tak agak-agak akak ni.”

“Tu...jejaka paling hot dalam pejabat ni.”Kak Zana dah beri isyarat dengan mulut ke luar bilik sehingga Ziyan mendekatkan tubuh ke mejanya dengan wajah terkejut.Mata ikut terbeliak pandang wajah tenang Kak Zana.

“Maksud akak,Zein Asyraff?”

“Dah tu?Takkan si Bard pula?Mamat botak tu mana layak jadi jejaka paling hot kat sini!”
Ziyan tergelak mendengar umpat Kak Zana yang kadang kala agak laser juga.
Ziyan dah siap cuci tekak.Tubuh mula tak duduk diam.Dipusingkan kiri kanan kerusi yang didudukinya dengan wajah ceria.Kertas-kertas yang berselerakan atas mejanya juga dah siap dikemas.

Ziyan mula tersengih-sengih.Kuntuman senyuman di bibirnya jelas kelihatan sejak nama Zein Asyraff meniti di bibir Kak Zana.

“Bersemangat kau ya bila akak sebut nama Zein?”

“Mestilah bersemangat,kak.Dah orang nak belanja.Mana boleh tolak rezeki.Bak kata orang-orang tua,rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari.”

“Yelah tu,asal dengar nama Zein...macam beruk kena belacan!“

“Tak apalah macam beruk kena belacan,bukannya macam beruk kena badi.Kalau kena badi,jenuh nak pergi mandi bunga bawah jambatan!“sinis Ziyan memaksudkan status Kak Zana yang masih tak kahwin-kahwin walaupun umur dah hampir cecah 40 tahun.

“Dahlah,malas aku nak dengar kau mengomel.Aku keluar dulu!“serentak Kak Zana bangkit dan tayang muka menyampah.Kalau berlama-lama dengan Ziyan,entah apa lagi yang telinganya bakal dengar sindir halus lagi tajam milik gadis itu.

Mr Hot Guy,please come to me!“Ziyan mula berangan.Dada dipegang lagi sambil terbayang-bayang wajah Zein Asyraff dengan mata terpejam-pejam sebelum tergelak sendiri.



No comments:

Post a Comment

BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...