NILLA
menyanyi-nyanyi kecil sekadar membuang masa bosannya.Seorang diri
melakukan kerja-kerja menukar pakaian beberapa model patung yang
berada di hadapan butik benar-benar buat dia dihurung rasa
mengantuk.Tak ada sesiapa mahu diajak berbual.Lulu sibuk di dalam
pejabatnya menjahit labuci.Tia,seorang lagi pembantu butik dah hampir
sebulan bercuti,balik kampung kerana emaknya sakit.Seorang pekerja
yang Lulu upah dulu dah cabut lari pula.Jadi tak cukup kaki tangan
sebenarnya nak buat kerja-kerja di butik.Lulu tak mahu tambah seorang
pekerja lagi.Serik katanya!
Nilla
kepitkan satu pin baju dibibirnya sambil menonggeng membetulkan bawah
dress yang sedikit kedut yang baru dipakaikan ke tubuh Taylor
Swift.Sesekali membebel panjang dia melihat rekaan dress yang sudah
lengkap di depannya.Rekaan terbaru dari Lulu yang baginya agak over
dan menyakitkan mata.Masa dress itu belum dijahit,sudah beberapa
kali Nilla tegur Lulu supaya buat desain tidak terlalu berlebihan
tapi dia sendiri kena sembur balik.Sudahnya,dia hadap sajalah rekaan
si Lulu yang tak kena pada matanya itu.
Sebenarnya
setiap minggu mereka akan menukarkan pakaian di patung-patung yang
ada di sini mengikut tema mingguan dan kebetulan tema yang dipilih
oleh Lulu untuk minggu ini adalah Flora.Memang sesuailah sangat
dengan warna baju Taylor Swift.Hijau.Tapi tetap over!
“Hai.”sapaan
seseorang dari arah belakang membuatkan Nilla yang mahu menunduk
mengutip pakaian Demi Lovato yang baru meloros ke lantai
terkedu.Cepat-cepat dibetulkan posisinya yang dah gaya macam nak
masuk pertandingan wrestling itu sebelum berpaling.Mata pantas
membulat bila senyuman si suara garau terlayar di ruang mata.Hampir
ternganga dan tersedak!
“What
are you doing here?”Nilla dah mula cekak pinggang.Baju di
pegangan terus dia lempar ke bawah dan mencerlung tajam pandang wajah
Zein Asyraff yang sedang menayangkan muka manis terlebih gula.
“Nothing.”jawab
Zein Asyraff mula tertinjau-tinjau kawasan butik.Nilla tidak
dipandang malah dibuat tak tahu saja sedangkan dia sedar yang gadis
itu sedang tenungnya macam nak ajak gaduh.Dalam diam dia mengulum
senyum.
“Kalau
tak ada apa-apa urusan,baik awak keluar sebelum saya telefon
polis!”gertak Nilla garang.Hati dah dup dap dup dap semacam bila
melihat wajah tak bersalah Zein Asyraff yang masih menjengah ruang
butik dan meninjau satu per satu rak dan baju yang bergantungan di
sekitar butik.
“Rare!”bisik
Zein Asyraff sambil jungkit-jungkitkan keningnya.
“Hei,awak
dengar tak Mr Stalker Paparazzi?”suka hati saja Nilla membahasakan
Zein Asyraff begitu.Semalam pun selamba saja dia sebut macam tu pada
Zein Asyraff.Bersesuaian dengan gaya dan tingkah laku Zein Asyraff
yang agak mencurigakan.
“Mr
Stalker Paparazzi eh?Sounds cool,huh?”usik Zein Asyraff
senyum senget.Nilla dah rasa nak buat amukan drakula saja pada mamat
seorang ini.Macam tak faham bahasa.Habis terbengkalai
kerja-kerjanya.Si Justin Biber masih tak berbaju.Matilah kalau kejap
lagi si Lulu mengamuk padanya.Dahlah kejap lagi dia nak kena keluar
dan pergi ke rumah Datin Dolly untuk ambil ukuran tubuh mak datin
itu.Entah apa-apa saja si stalker ni.Menyemak sajalah!
“Saya
tak buat lawak okey.Saya cakap betul-betul ni.Kalau awak masih degil
tak nak keluar dari sini,saya jerit.”ugut Nilla semakin
menyinga.Tak betah rasanya nak biarkan lelaki asing ini di sini.
“Kalau
you jerit,orang lain tanya nanti you nak jawab apa?”Zein Asyraff
masih selamba hulur soalan.Bagai tak terkesan langsung dengan ugutan
tahap budak sekolah tadika yang Nilla beri tadi.
“Urghh,apa
yang awak nak sebenarnya?Jangan-jangan memang awak ni kaki
skodeng?Awak nak buat benda tak baik pada saya,kan?”tuduh Nilla
melulu tanpa fikir panjang.
“Motif?”
“Tu...tu...kamera
kat leher awak tu.Awak ingat saya tak boleh fikir apa yang awak nak
buat dengan kamera tu?Awak nak rakam gambar saya lepas tu sebar
merata-rata dalam internet.Betul kan?”kamera yang tergantung di
leher Zein Asyraff dituding.Nak saja dia terkam dan tarik kamera tu
dari situ.Buang dan campak saja ke mana-mana.Baru puas hati!
“Awak
ingat saya tak tahu apa yang ada dalam fikiran awak?Dari semalam lagi
saya perhatikan perangai awak.Memang awak ada niat tak
baik,kan?”tuduh Nilla lancang sambil menghalakan jari telunjuk
sebelah kanannya ke muka Zein Asyraff dengan wajah ketat.
“Sorry,I…”
kata-kata Zein Asyraff nyata mati apabila mendengar satu suara lain
sudah pun mencelah antara mereka.
“Nil,kau
sembang dengan siapa?Ada customer ke?”suara nyaring Lulu
buat pekikan agak kuat membuatkan Nilla dan Zein Asyraff
berkalih.Kedua-duanya mati kata.
“Nil,kau...”suara
Lulu langsung mati setelah dia berdiri betul-betul di hadapan Zein
Asyraff.Dia sendiri terkejut dan hampir ternganga bila melihat lelaki
yang datang semalam ke butiknya sudah berdiri terpacak depan Nilla di
sini.
'OMG...OMG...habislah
kau Nil.Kantoi!'Lulu menelan liur.Muka dah sedikit pucat pandang
wajah Zein Asyraff silih berganti dengan Nilla.
“Err...”
“Hai,Encik
Lulu.Nice meeting you,again.”
“Hai,Encik
Zein...”jawab Lulu lambat-lambat dengan muka pasrah.
“You
masih ingat tentang perempuan dalam gambar yang I tunjuk pada you
semalam?”soal Zein Asyraff pandang tepat ke mata Lulu.Lambat-lambat
Lulu mengangguk.Sempat dijeling sekilas pada Nilla di belakang Zein
Asyraff.
“Kalau
you nak tahu,I dah jumpa dia tau.”
“Yeke?”Lulu
dah mula nak menggigil.Rasa bersalah bertimpa-timpa dalam
hati.Adui,jatuh reputasi.Itulah siapa suruh menipu.Tapi ini bukan
salahnya.Ini semua salah Nilla sebab minta dia berkomplot semalam.
“Yup.”
Melihat
reaksi serius Zein Asyraff dia jadi cuak pula.Ah,tak pasal-pasal
dirinya bakal dicop penipu oleh lelaki ini.Manalah agaknya nak letak
muka.Sudahlah dia pemilik butik ni,entah apalah agaknya pandangan
Zein Asyraff padanya nanti.Isyh,janganlah jatuh saham!Tak laku
perniagaan aku oi!
“Tapi
susah sikit.”cebik Zein Asyraff.
“Kenapa?”
“Dia...garang
sangat!”Zein Asyraff mendekatkan bibirnya ke telinga Lulu dan
berbisik sebelum ketawa kuat.Semerta hilang gemuruh Lulu melihatkan
tawa Zein Asyraff.
“So,pretty
lady?Boleh berkenalan?”selamba Zein Asyraff hulur soalan.Tak
ada pusing-pusing.Biar straight to the point saja.Kalau tidak
malam nanti bakal jadi malam paling merana dalam hidupnya.Asyik
teringat pada Nilla.
“I
Zein.Zein Asyraff dan I bukan Mr Stalker Paparazzi.Kalau tak
salah,nama you Nil?Am I right?”
Nilla
dah mengetap bibir rapat.Dalam hati dah sumpah seranah dah.Geram tak
habis-habis.
Satu
jelingan tajam dihadiahkan buat Zein Asyraff.Malas mahu berlama-lama
di situ dia terus mendekati Demi Lovato lalu mula menukar pakaiannya
tanpa mempedulikan lelaki stalker
yang tak mahu mengaku stalker.Urff!
“Dah
lama kerja kat sini?”sapaan Zein Asyraff yang masih tak mahu
berlalu membuatkan Nilla ambil langkah untuk bolayan saja
mamat ni.Sempat dia jeling Lulu yang masih tercegat.Isyh,tak boleh
harap mamat ni.Bukannya nak backup aku!Lulu,you are
hopeless!
“Nil,I'm
asking you.”suara macho ala-ala jejaka paling hot di
dunia milik Zein Asyraff membuatkan Nilla nak radang.Sakit hati!
“Hei,Mr
Stalker Paparazzi.I don't care awak ni siapa atau nak buat apa
tapi boleh tak jangan menyibuk hal saya?Leave me alone dan
jangan cuba-cuba kacau kerja saya.I'm not interested to know
you!Lulu,can you do something to this guy?Irritating!”pekik
Nilla buat suara tarzan.
“Errmm...Encik
Zein sini kejap.”semerta lengan Zein Asyraff ditarik Lulu.
“Boleh
tak you keluar aje dari sini?Takut ribut nanti.”
“Sorrylah
Encik Lulu,I betul-betul tak ada niat apa-apa.I datang sini
semata-mata nak cari budak garang tu.”bahu Lulu ditepuk-tepuk halus
sambil sembunyi senyum.
“Untuk
apa?Ada urusan yang penting ke?”
“Nak
berkenalan.”Zein Asyraff kenyit mata.
Lulu
tarik nafas panjang sebelum buat gaya melentiknya macam biasa.
“You
ni pun Encik Zein,kalau nak berkenalan buatlah cara elok-elok.Ini
datang dengan gaya kaki skodeng mahunya si Nilla ni tak mengamuk.”
“Hah,Nilla
ya nama dia?Beautiful name.”puji Zein Asyraff ikhlas.Mata
direnung pada Nilla yang sedang melakukan kerja-kerjanya.
Setelah
mendapatkan keizinan Lulu untuk 'bermesra alam' dengan Nilla,Lulu
beredar ke belakang semula meninggalkan kedua-dua mereka.Demi memberi
ruang dan privasi untuk Zein Asyraff masuk jarum.
“Nilla...what
a beautiful name.Sama cantik macam orangnya.”celah Zein Asyraff
bersahaja.Masih tayang muka selamba seperti tadi.
“Macam
nama deejay radio pula.Nila Kurnia.”
Grr!
Nilla
dah ketap-ketap bibir lagi sekali.
'Mamat
ni memang nak kena.Dok sibuk menyebut nama aku apa hal?Aku
hempuk dengan tangan Justin Bieber yang gagah perkasa ni karang baru
tahu!’cebik Nilla dalam hati.
Zein
Asyraff mendekati Taylor Swift selepas dirinya di bolayan oleh
Nilla.Dress hijau bunga-bunga yang menutup tubuh patung bernama
Taylor Swift itu dipegang dan dibelek tanpa berkedip mata.Atas bawah
dia pandang patung tersebut dengan penuh teruja.
'Cantik
juga patung ni pakai dress.Tapi kalau cik adik manis muka kerut
seribu tu pakai dress ni mungkin lebih cantik!'
Jari-jemari
Zein Asyraff sudah mula bersimpul pada dress Taylor Swift sebelum
ditarik-tarik kain dress itu tanpa perasaan.
“Hello
Mr Stalker Paparazzi,tolong jangan sentuh Taylor Swift!”marah
Nilla.
Zein
Asyraff terpempan.Dia berpaling melihat Nilla yang sibuk
memperkemaskan pakaian Demi Lovato sambil menjeling pandang padanya.
“Apa
you sebut tadi?Taylor Swift?”Nilla mendengus dan mendekati Taylor
Swift.Dia membetulkan kedutan baju Taylor Swift yang sudah diusik
oleh Zein Asyraff sebentar tadi sambil terkumat kamit
sesuatu.Seolah-olah membebel dalam diam.
“Patung
ni nama dia Taylor Swift.”spontan Zein Asyraff gelak
mengekek-ngekek.
“Apa
masalah awak ni?!”
“Tak
adalah cuma...rasa cool
sangat bila you cakap nama patung ni Taylor Swift.I ingatkan Taylor
Swift yang betul datang buat konsert kat sini ke apa.Tak
sangka,patung pun boleh ada nama eh?“ujar Zein Asyraff sambil
mencuit Taylor Swift.
Mata
Nilla dah jatuh pada wajah Zein Asyraff yang sedang
ketawa.Rasa-rasanya dah nak datang dah angin puting beliungnya.
“Aku
tak tahulah apa dosa aku sampai ada mamat sewel datang kacau aku kat
sini.“omel Nilla.
“Boleh
tak jangan nak semakkan mata saya dengan muka awak yang tak semenggah
mana tu?Boleh blah tak?“
“Okey...okey…I
minta maaf.” Zein Asyraff menyusun
kedua tapak tangannya lalu meminta maaf.Nilla masih buat tidak
peduli.Dia menuju ke arah Demi Lovato dan kini Justin Bieber pula
yang mahu ditukarkan bajunya.
“Sorry,Nilla.Janganlah
marah.I gurau-gurau saja.”
“Nak
gurau pergi surau!”lantang Nilla bersuara.Berbulu telinganya
mendengar ketawa lelaki ini.Rimas dibuatnya.Entah apalah yang
dimahukannya.Nak berkenalan tapi cara perkenalannya memang
menyakitkan hati.Tak gentleman
langsung!
“Hmm…kat
mana ya surau di sini?Boleh tunjukkan tak?”
Nilla
benar-benar berang.Dia mengetap bibir.Geram teramat sangat.Satu dia
kata,beribu serangan balas Zein Asyraff hulur.Entah apa-apa!
Nilla
bertekad untuk berdiam diri saja.Biar dia diam supaya lelaki ini
tidak merepek yang bukan-bukan.Nanti dia juga yang sakit hati.
Apabila
sedar gadis itu tidak melayannya,Zein Asyraff segera meninjau-ninjau
sekitar butik lalu merakam beberapa gambar.
“Hei,awak
ni tak reti baca ke?”marah Nilla.
“Reti.Eja
pun I reti.Dulu masa kat sekolah I champion tau.Pernah menang
word spelling peringkat
negeri!”
“Eee...menyakitkan
hati betullah dia ni!“mata Nilla dah kecil besar kecil besar aje
tengok muka Zein Asyraff.
Malas
nak cakap banyak,dia terus tudingkan jari menghala ke arah papan
tanda kecil yang terlekat di dinding butik.Tanda kamera dengan
palang.
“Opss,sorry.Tak
perasan!”
“Baik
awak padam sebelum saya repot pada Lulu.”
“Okey,I
minta maaf.I tak sengaja.Lagipun,I tak buat apa-apa dengan
gambar-gambar yang I ambil melainkan nak buat koleksi peribadi.”
“Hei,awak
ni melampau tahu tak?Sudah,lebih baik awak keluar dari sini kalau
awak tak ada apa-apa urusan!”
“Siapa
kata I tak ada urusan kat sini?I
takkan balik selagi urusan I belum
selesai.”
“Apa
yang awak nak lagi?”kali ini Nilla sudah hampir hilang sabar.Akal
lelaki ini cukup panjang.Banyak sungguh putar belitnya.Nak aje dia
layangkan penumbuk sulungnya pada muka kacak lelaki ini.Paling tidak
pun dia akan angkat kaki dan buat cop mohor pada dahi mamat stalker
ini.
“Okey,pertama
sekali I minta maaf pada you kerana dah menyebabkan you fikir
bukan-bukan pasal I sampai anggap yang I ni Mr Stalker Paparazzi.Yang
keduanya I nak beritahu yang niat I ke sini mencari you sebab I nak
berkenalan dengan you.That's all.Tak ada niat jahat untuk buat
bukan-bukan pada you.Dan yang ketiganya...“Zein Asyraff
berjeda.Skrin kameranya ditenung sebelum menyengih.
“Gambar-gambar
you yang I dah rakam ni,I minta halal ya?Nak buat koleksi pelepas
rindu bila balik nanti.“
Belum
Nilla berpeluang nak sembur balik Zein Asyraff,lelaki itu dah sedia
menjawab telefon bimbitnya yang berbunyi nyaring sebelum berlalu
keluar begitu saja dari butik.
“Ya
Allah,kau lindungilah aku dari mamat sewel ni.Janganlah dia pedajal
aku guna gambar-gambar aku.Amin!“Nilla sapu muka lepas tadah doa
dengan penuh harapan.Harapan agar dia tak lagi berjumpa dengan lelaki
yang dah berjaya menghuru-harakan kehidupannya selama dua hari ini.