BAB 16
Tamat
kelas pada petang itu, Aurora dan Mya sama-sama menuju ke pusat sukan. Mya sebenarnya
manusia yang paling bersungguh-sungguh mahu Aurora menemaninya menonton
perlawanan ragbi disebabkan teman lelakinya merupakan salah seorang pemain
ragbi pasukan kolej mereka.
“Kau
dengan Daus tu ada apa-apa ke, Aurora?” aju Mya sebaik saja melabuhkan punggung
di salah satu kerusi penonton.
“Nampak
macam ada apa-apa ke?”
Mya
tergelak. Sudah beberapa kali dia nampak Firdaus cuba mendekati Aurora. Tidak
seperti pelajar lelaki yang lain, dengan Firdaus saja Aurora boleh bercakap dan
berbual-bual dengan selesa. Jadi, dia mengandaikan bahawa Aurora dan Firdaus
mempunyai hubungan istimewa.
“Nampaklah.
Jelas kut. Kau dengan dia nampak rapat semacam. Pergi makan pun tak nak ajak
aku.”
Aurora
mencebir.
“Jangan
buat ceritalah. Aku dengan dia mana ada apa-apa.”
“Habis
tu… pergi makan berdua tak nak ajak aku. Kau pergi dating sebenarnya, kan?”
“Dating dekat kafeteria kolej? Huh!
Memang taklah.” Aurora menggeleng. Boleh tahan serkap jarang Mya ini. Mya yang
selalu pergi dating dengan teman
lelakinya, bukannya Aurora.
Lagi
pun, dia keluar dengan Firdaus pun sebab nak bincangkan tentang tugasan kuliah.
Kebetulan, mereka berdua diletakkan di dalam satu kumpulan. Jadi, mahu tak
mahu… Aurora terpaksalah berbaik-baik dengan Firdaus. Lagi pun, Firdaus tidak
seperti pelajar kelasnya yang lain. Firdaus budak baik. Jadi, dia tak nampak
dekat mana dia patut melayan Firdaus dengan buruk.
Mya
tiba-tiba bangun. Menerpa ke palang besi di hadapan sana sambil menjerit-jerit
memanggil-manggil nama teman lelakinya. Lambaian dibuat sambil menghulurkan
kata-kata semangat buat si kekasih. Aurora yang melihat gelagat gadis itu hanya
tergeleng. Tersorot mata Aurora ke padang. Terlihat kelibat Zafrin sedang
bergerak masuk bersama pasukannya ke sana.
Ah!
Dia terlupa yang Zafrin juga merupakan salah seorang pemain ragbi kolej mereka.
Dan lebih malang, Zafrin itu kapten pasukan. Dia yakin kalau Zafrin nampak dia
di sini, sudah tentu lelaki itu akan fikir yang dia sengaja datang hendak
menonton perlawanan ini. Paling tragis, Zafrin mungkin fikir yang dia
terhegeh-hegeh datang untuk menyokongnya.
Ceh!
Mimpi sajalah!
Aurora
capai telefon dan melayari internet. Menyesal juga rasanya datang temankan Mya.
Tapi, apa boleh buat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak setuju…
tersadailah dia dekat sini untuk beberapa jam lagi.
Ralit
menonton video di Youtube, terdengar Mya memanggil-manggilnya. Angkat muka, nampak
Mya sedang bergerak ke kerusi untuk mencapai begnya.
“Aurora.
Jom! Diorang berhenti rehat. Aku nak pergi jumpa Wan kat bawah,” ujar gadis itu
bernada teruja. Ceh! Macamlah tak pernah jumpa kekasih hati pada hal setiap
hari mereka berjumpa.
Mahu
tak mahu, Aurora turutkan juga. Dari jauh dia nampak pasukan ragbi sudah berada
di kawasan rehat. Mya berlari-lari anak mendekati Izwan teman lelakinya. Botol
air mineral dihulur. Dengan prihatin, Mya mengesat wajah dan dahi Izwan yang
berpeluh-peluh dengan tuala. Izwan pula sesekali membetul-betulkan anak-anak
rambut Mya yang terjuntai di dahi.
Aurora
mencebik. Nak termuntah juga dia tengok aksi mereka berdua. Maklumlah. Orang
tengah hangat bercinta, sanggup buat apa saja. Kentut yang busuk pun boleh
dikata wangi.
Sedang
ralit melihat Mya dan Izwan, matanya terpandang Zafrin. Lelaki itu sudah
menyedari kehadirannya biarpun dia sengaja berdiri jauh dari kawasan rehat
pasukan ragbi. Nampak saja Zafrin mara ke arahnya, lekas-lekas Aurora sumbatkan
fon telinga ke lubang telinga dan berpura-pura seperti tidak nampak Zafrin.
“Aurora!
Kau buat apa dekat sini?” Zafrin bertanya ketika jarak mereka tinggal beberapa
meter saja.
Aurora
mengerling Zafrin. Lelaki itu datang tanpa baju. Entah sejak bila Zafrin
tanggalkan bajunya pun dia tidak tahu. Terus teringat peristiwa tempoh hari
apabila Zafrin dengan selamba menanggalkan bajunya dan mencampaknya ke dalam
longkang.
Zafrin
betul-betulkan rambutnya yang berserabai. Baju jersinya disangkut ke atas bahu.
Tubuh berototnya yang dibasahi dek peluh segera dikesat dengan hujung bajunya.
Wajahnya sedikit memerah akibat terkena simbahan matahari. Dahinya masih lagi berjejeran dengan peluh dan terpalit dengan sedikit tanah akibat berguling di
padang tadi.
“Kau
dengar tak ni? Kau buat apa dekat sini?” spontan tangan Zafrin naik menarik fon
telinga dari telinga Aurora.
“Potong
rumput.”
“Wah…
patutlah lapang semacam aje tempat ni.” Ketawa Zafrin membuatkan Aurora
memutarkan mata.
“Dah
lama ke kau dekat sini?” Zafrin bersandar ke dinding bersebelahan dengan
Aurora. Sengaja tiru postur tubuh gadis itu. Siap menyilangkan kaki sama
seperti apa yang Aurora sedang buat.
“Cukuplah
untuk tengok kau tersembam dekat atas tanah.”
Zafrin
gelak. Aurora ni, kalau melawak… boleh tahan juga. Walaupun nadanya itu
semedang serius, gadis itu masih mampu membuatkan dia ketawa.
“Pihak
lawan main tipu. Aku tak sempat elak.”
“Padan
muka kau.”
“Mana
kau tahu aku ada game petang ni?”
“Jangan
perasan. Aku bukan datang nak tengok kau punya game.”
“Dah
tu?”
“Aku
temankan Mya tengok game.”
“Sambil
menyelam minum air la, kan?” Zafrin menoleh, mencari kelibat Mya yang sedang
duduk bersebelahan dengan Izwan dan berbual-bual dengan lelaki itu. Dia
tersenyum. Kalaulah Aurora boleh jadi seperti Mya…
“Team aku menang. Kau tak nak ucap
tahniah ke?”
“Jangan
perasan boleh tak? Baru separuh masa pertama. Separuh masa kedua, belum tentu
lagi.”
Zafrin
senyum. Ternyata, serkap jarangnya tepat mengena. Dia yakin gadis itu memang
mengikuti perlawanan ragbi sejak awal. Jika tidak, tak adalah dia boleh
menjawab dengan lancar begitu. Apatah lagi Aurora ada menyebut pasal dia
terjatuh dan tersembam di atas tanah ketika cuba merebut bola ragbi dari tangan
pihak lawan.
“Kau
makan tak nasi ayam yang aku bagi tengah hari tadi?” tiba-tiba Zafrin mencari
topik baru. Teringat semula kepada peristiwa tengah hari tadi. Dia sanggup
menunggu Aurora di luar kelas semata-mata hendak memberikan nasi ayam yang dimasak
oleh mamanya Anggerik. Peristiwa dia ternampak Firdaus memberikan nasi kepada
Aurora dulu membuatkan hatinya terasa tercabar.
“Makan.”
“Mama
yang masak.”
“Sedap.
Thanks, anyway.”
Zafrin
senyum. Memang dia yang beria-ia minta mamanya masakkan nasi ayam untuk Aurora
sebab dia tahu Aurora memang suka makan masakan Anggerik.
“Mama
sanggup buat apa saja untuk menantu dia,” ujar Zafrin sebelum Aurora memandang lelaki
itu dengan mata yang dikecilkan.
“Bakal
menantu dia.” Zafrin membetulkan.
Sekali
lagi Aurora mengecilkan mata. Tak suka sungguh dia bila Zafrin asyik menyebut perihal
itu. Dia tahulah Zafrin sekadar main-main tapi tak perlulah sampai nak
melibatkan soal hati dan perasaan begini. Dia cukup tidak suka.
“Boleh
tak kau berhenti melawak macam ni, Zafrin?”
“Melawak
apa?”
“Pasal
kahwinlah. Pasal masuk meminanglah. Pasal menantu semua ni. Boleh berhenti
tak?” naik setakuk suara Aurora. Jujur dia sudah tidak mampu menahan sabar
dengan lawak bodoh Zafrin.
Zafrin
tergelak. Berniat untuk menjawab, terdengar pula wisel dari pengadil menandakan
perlawanan untuk separuh masa kedua bakal diteruskan.
“Soalan
kau ni, aku simpan dalam poket aku dulu. Aku kena masuk padang.” Zafrin mula
berlari tetapi berhenti kemudiannya dan berpaling memandang Aurora.
“Aurora!
Jangan balik dulu. Tengok game sampai
habis dan ucapkan tahniah bila pasukan aku dah menang nanti. Bye!”
Aurora
mencebir. Ada-ada sajalah si Zafrin ni.
“Amboi!
Aku dating, kau pun sama naik dating dekat sini.” Cuit Mya tatkala
gadis itu datang menghampiri Aurora setelah puas berada di samping Izwan.
“Dah
la dating dengan kapten pasukan
ragbi. Tak aci betul!”
“Eee…
jangan nak mengada-adalah, Mya.”
“Hari
tu dengan Firdaus, hari ni dengan Zafrin pula. Untunglah badan!” usik Mya lagi sehingga
menghangatkan hati Aurora.
“Jangan
buat cerita, Mya.”
“Mana
ada buat cerita. Semua orang nampak kut!” Mya ketawa-ketawa.
“Tak
baik tau main-mainkan hati dan perasaan orang, Aurora. Kalau suka, cakap saja
suka. Kalau tidak, jangan bagi harapan dekat sesiapa.” Tambah Mya lagi sedikit
serius.
“Apa
kau merepek ni?”
“Yalah.
Aku nampak Firdaus dengan Zafrin… dua-dua sama-sama suka dekat kau.
Tambah-tambah lagi si Zafrin. Kau ingat aku tak tahu? Hampir setiap hari mesti
senior kegilaan ramai tu akan cari kau. Kejap dekat kafeteria, kejap dekat
tapak parkir, kejap dekat bilik kuliah. Kalau pelajar perempuan lain, jangan
haraplah dia nak layan macam tu. Hari tu aku ternampak yang si Intan tu tergedik-gedik
depan Zafrin. Siap peluk lengan dia lagi. Tapi, kau tahu apa yang Zafrin buat?”
“Apa?” Aurora mengangkat kening.
“Dia
tepis tangan perempuan tu. Dengar cerita, Intan menangis lepas kena reject dengan Zafrin. Drama betul!”
kutuk Mya tak agak-agak. Kadang-kadang dia naik rimas melihat perangai gedik si
Intan. Bukan dia tak tahu yang Intan memang menaruh hati kepada Zafrin. Bukan setakat
dia saja, tapi satu kelas tahu apa perasaan Intan terhadap Zafrin. Sayangnya,
perasaan itu tak berbalas biarpun macam-macam yang Intan dah buat untuk meraih
perhatian Zafrin.
Tapi,
dengan Aurora… tak perlu buat apa-apa pun Zafrin masih tetap mengekorinya.
Walaupun kadangkala mereka berdua suka bertekak macam anjing dengan kucing, Mya
sangat suka melihat hubungan di antara Aurora dan Zafrin.
“Lepas
tu… ramai pula awek-awek dekat kolej ni yang patah hati lepas nampak gambar
yang Zafrin letak dalam Instagram dia.” Tambah Mya lagi seperti tidak mahu
berhenti bercerita hal itu.
“Gambar
apa?”
“Laa…
buat-buat tanya pula. Gambar korang berdua la. Kemain mesra lagi. Aku yang
tengok pun boleh cemburu, inikan pula perempuan yang memang ada hati dekat Zafrin.”
Mya menyengih.
Aurora
terkebil-kebil mendengar penjelasan Mya. Gambar mereka berdua? Tapi, gambar
apa? Spontan Aurora mencari gambar seperti yang diperkatakan oleh Mya di dalam
akaun Instagram milik Zafrin. Terpaku matanya kepada sekeping foto di antara
dirinya dan Zafrin. Teringat tentang peristiwa mereka berdua ke pusat membeli
belah minggu lepas, Aurora mengetap bibir. Cis! Bila masa Zafrin merakam gambar
mereka berdua? Sudahlah gambar ketika mereka berkunjung ke kedai emas. Tak
pasal-pasal saja boleh jadi salah faham. Nak kena betul si Zafrin ni!
“Jadi,
kau dah tahu siapa punya kerja?” soal Mya sambil mata dihalakan lurus ke tengah
padang.
“Maksud
kau?”
“Isk,
lembablah kau ni. Aku cakap pasal kereta kau.” Teringat kepada kereta Aurora
yang telah dicalar dan dirosakkan, sengaja dia cuba mengepoh.
Aurora
menggeleng.
“Kau
tak ada syak sesiapa?”
Bahu
pula diangkat. Dia memang syak Burn yang buat semua itu tetapi entahlah. Malas
hendak menuduh. Bak kata Zafrin, takut jadi fitnah pula nanti. Mahu mencari
bukti pun dia malas. Jadi, biar sajalah. Asalkan keretanya sudah kembali cantik
seperti sedia kala, itu sudah memadai baginya.
“Kau
patut ambil tindakan, Aurora. Manalah tahu kalau-kalau benda ni berulang lagi.
Cuba minta bantuan pihak perpustakaan. Periksa CCTV, tanya pengawal keselamatan
atau saksi-saksi kejadian. Mesti kau akan jumpa si pelaku.”
“Jangan
bercakap macam kau tu pegawai penyiasat FBI boleh tak Mya?” cemik Aurora sambil
menggeleng.
Mya
tersengih-sengih. Pengaruh drama bergenre penyiasatan membuatkan otaknya ligat
mencipta idea tentang kejadian yang menimpa Aurora.
Lewat
petang setelah perlawanan ragbi tamat, Aurora bergerak pulang. Sengaja dia
singgah sekejap di sebuah warung untuk membeli nasi buat makan malam nanti.
Aurora menarik pintu kereta tetapi di sekerat jalan, dia menoleh. Entah kenapa
hatinya jadi tidak enak sejak dia keluar dari kawasan kolej tadi. Kelibat
sebuah kenderaan jenis MPV berwarna hitam kelihatan diparkir beberapa meter di
belakang keretanya. Dia yakin ia adalah kenderaan yang sama yang dia lihat
ketika di pusat sukan tadi.
Cepat-cepat
dia memboloskan diri dan memandu pulang ke apartmennya. Sesampai saja di
apartmen, kelam kabut Aurora mendekati balkoni. Terjenguk-jenguk ke bawah
mencari kelibat MPV. Ternyata, ia sedang elok terparkir di luar pintu masuk ke kawasan
apartmen berdekatan dengan pondok pengawal.
“Apsal
MPV tu asyik ikut aku? Siapa ek?”
Aurora menggaru kepala yang masih lagi dibaluti tudung. Memikir dan mencari
idea tentang MPV tersebut. Mulalah dia pula yang berfikir seperti pegawai
penyiasat.
“Ehem.”
Tak semena-mena terdengar suara seseorang berdehem. Kelam kabut Aurora
menegakkan tubuh. Menoleh ke kanan, terlihat jiran sebelah sedang berdiri di
balkoni sambil melempar pandangan ke langit.
“Cantik
kan cuaca petang ni?” ujarnya seakan bercakap dengannya.
Aurora
terpatung. Terkebil-kebil memandang Raimi di sebelah sana. Raimi pula menoleh.
Melemparkan senyuman manisnya kepada Aurora.
“Baru
balik?”
Aurora
kekal mematung. Tidak tahu sama ada Raimi sedang bercakap dengan dirinya atau
bercakap di telefon.
“Saya
Raimi. Awak?”
Aurora
tercengang. Sah, mamat sebelah ni memang tengah bercakap dengan dia rupanya.
Sebab Raimi dah mula bergerak menghampiri tembok di kiri balkoninya dan menghadap
wajah Aurora yang masih lagi tercegat di tengah-tengah balkoni sendiri.
Jari
telunjuk Aurora naik ke dada sendiri, sekadar mahu memastikan yang Raimi
benar-benar sedang bercakap dengannya. Raimi mengangguk. Senyuman manis
dilebarkan. Poket seluar diseluk. Memandang Aurora dengan penuh perhatian.
“A…
Aurora.” Jawab Aurora sedikit tidak yakin. Buat pertama kalinya, dia bercakap
dengan Raimi dalam keadaan yang tenang-tenang.
“Selamat
berkenalan.”
Sudah
lebih sebulan dia tinggal di sini dan terserempak banyak kali dengan Raimi,
baru hari ini dia mendengar suara mesra lelaki itu. Aurora cuma mengangguk.
Menyambut salam perkenalan yang dihulurkan oleh Raimi.
“Okeylah.
Saya masuk dulu.” Raimi memberi isyarat.
Aurora
menghambur nafas lega. Teringat kembali tentang MPV yang dilihat tadi, dia
kembali mendekati tembok balkoni. Mengintai kenderaan tersebut di bawah sana.
Masih tidak berganjak, Aurora yakin yang MPV itu memang sedang memerhatikan
gerak-gerinya.
“Aurora.”
Bagai hendak tercabut jantung Aurora tatkala suara Raimi mencecah gegendang
telinganya. Kelam kabut dia berpusing. Terlihat Raimi sedang berdiri di muka
pintu gelangsar yang separa terbuka.
“Ya?”
“Jangan
duduk dekat luar tu lama-lama. Dah dekat senja ni.” Raimi senyum dan menghilang
dari pandangan.
Aurora
pula memejam mata lantas menyentuh dada. Cuba menghalau rasa paniknya akibat
disergah dari belakang. Perlahan-lahan dia meninggalkan balkoni dan ke dalam.
Soal MPV itu, dia tahu apa yang mahu dibuatnya nanti.
BAB 17
Pagi-pagi
lagi Aurora sudah memandu ke kolej. Elok saja memarkirkan kenderaan di dalam
petak parkir di hadapan bangunan fakulti, Aurora mendiamkan diri buat beberapa
ketika. Membetulkan cermin pandang belakang, Aurora mengintai kelibat MPV hitam
yang baru diparkir di hujung simpang tidak jauh dari jalan masuk ke fakulti.
Aurora
mengecilkan mata. Tolak tombol gear dan tekan pedal minyak, dia menghalakan
kenderaannya keluar dari petak parkir. MPV hitam mengekori dari belakang.
Sengaja Aurora memandu di sekitar kolej sebelum akhirnya memberhentikan
kenderaannya tidak jauh dari pondok pengawal berdekatan dengan fakulti. Pintu
kereta ditolak. Berjalan terus ke arah MPV hitam yang masih tidak berganjak.
Dengan
selamba dia mengetuk-ngetuk cermin gelap dengan kuat, mengarahkan pemandu MPV
menurunkan cerminnya. Sempat mata mengerling ke arah pengawal keselamatan yang
sedang berdiri tercegat di pintu pondok. Memerhati sekiranya ada sesuatu yang
berlaku kepadanya, pengawal keselamatan itulah yang akan menjadi saksi dan bakal
menjadi orang pertama yang menyelamatkannya.
“Turunkan
cermin!” Aurora membentak apabila pemandu di dalam masih tidak mahu memberikan
kerjasama.
Namun,
bukan cermin kereta yang diturunkan tetapi orang dari dalam yang keluar dari
MPV.
“Awak
ni siapa? Kenapa ikut saya?” aju Aurora seperti singa kelaparan. Rasa marahnya
mula bercambah terhadap pemandu MPV yang segak mengenakan suit seperti pelakon
filem Men In Black. Lengkap dengan kaca mata hitam dan alat canggih yang
tersangkut di telinga.
Belum
sempat si jejaka bersuit hitam menjawab, muncul seorang lagi lelaki berpakaian
serupa dari pintu penumpang. Mata Aurora menyorot jatuh kepadanya.
“Cik
Aurora.”
“Macam
mana awak tahu nama saya? Awak berdua ni siapa? Penculik?” tak puas hati
sungguh dia melihat dua orang lelaki muda di hadapannya ini.
Aurora
memandang kiri kanan. Bersedia hendak menjerit jika apa-apa berlaku kepadanya.
“Saya
Farouk. Ini Hazman.” Lelaki yang memandu MPV memperkenalkan diri.
“Korang
siapa?”
“Maafkan
kami kalau kami dah buat Cik Aurora takut. Kami berdua bekerja dengan Tuan
Carliff.”
“Pekerja
daddy?”
Farouk
dan Hazman mengangguk serentak. Aurora pula memegang kepala. Ah! Biar betul?
“Habis
tu… korang berdua buat apa dekat sini? Masuklah pejabat!”
“Jangan
salah faham, Cik Aurora. Kami berdua ditugaskan untuk menjaga Cik Aurora.”
“Wh-what?
Jaga apa ni? Sejak bila?”
“Kami
diarahkan untuk menjaga Cik Aurora. Semuanya atas arahan Tuan Carliff.”
Aurora
tercengang-cengang. Seriuslah?
“Aurora!
Kau buat apa dekat situ?” teriakan Mya mengalihkan perhatian Aurora. Dia nampak
Mya sedang berlari-lari anak ke arahnya.
“Jomlah
masuk kelas. Dah lewat ni.” Ajak Mya sambil memandang dua pengawal Men In Black
yang sedang tercegat di hadapan Aurora.
“Kenapa
ni, Aurora? Siapa diorang ni?” sempat Mya berbisik, mendapatkan kepastian
daripada Aurora.
“Saya
tak habis lagi dengan korang berdua!” Spontan Aurora meninggalkan Farouk dan
Hazman lantas bergegas ke kelas.
Keluar
dari bilik kuliah tengah hari itu, Aurora berpisah jalan dengan Mya dan terus membolosi
perut kereta. Dia lihat MPV yang dipandu oleh Farouk mengekori rapat di
belakang keretanya.
Aurora
pasang senyuman senget.
Korang cari penyakit dengan aku, kan?
Tak apa. Korang tunggulah apa nasib korang sekejap lagi.
Myvi
dipandu masuk ke perkarangan bangunan Wisma Lukman, tempat di mana pejabat
daddy berada. Tanpa menghiraukan sesiapa, dia tergesa-gesa ke dalam.
Berkali-kali butang lif ditekan, menuju ke tingkat 8. Pintu yang hampir
tertutup disekat oleh Hazman. Masuk dua orang pengawal Men In Black ke dalam
perut lif. Aurora menyumpah di dalam hati.
Ah!
Dasar penyibuk!
Sampai
di tingkat 8, terburu-buru dia menuju ke pejabat daddy yang terletak di
bahagian paling hujung. Tanpa ketukan pintu atau keizinan, laju saja dia menolak
daun pintu.
“Adik?
Buat apa dekat sini?” daddy seolah-olah terkejut melihat kehadirannya. Wajah
kemerah-merahan Aurora yang sedang menahan marah membuatkan daddy cepat meneka,
apatah lagi setelah munculnya Farouk dan Hazman dari belakang.
“Kenapa
daddy buat adik macam ni?” ajunya dengan suara yang tegang.
“Kenapa?”
daddy menyoal semula dengan wajah tenang. Talian telefon dimatikan setelah
meminta perbualannya ditangguhkan buat sementara disebabkan kehadiran Aurora
secara tiba-tiba.
“Awak
berdua keluar dulu,” arah daddy kepada Farouk dan Hazman.
Aurora
menjeling kedua pengawal upahan daddy itu. Geram! Kalaulah dia tidak perasan
MPV hitam sejak semalam, sudah tentu mereka berdua akan terus mengekorinya ke
mana-mana. Dan sudah tentulah aktivitinya akan dilaporkan kepada daddy. Ah!
Sungguh dia tidak suka.
“Daddy
tak percaya adik ke? Kenapa sampai kena buat macam ni?”
“Adik
tanya kenapa?” daddy memulangkan soalan yang menyebabkan Aurora mengerut muka. Tak
puas hati kepada daddy.
“Adik
yang minta semua ni. Adik yang paksa daddy buat semua ni. Jadi, macam mana?
Suka?” daddy menyindir halus dalam soalannya. Tubuhnya tenang-tenang saja
disandar ke kerusi sambil merenung wajah si anak yang sedang menahan bengang.
“Daddy
tak boleh buat adik macam ni tau!”
“Jaga
percakapan tu, Aurora Ilyssa!” suara daddy ikut meninggi sebaik saja Aurora
menaikkan volume suaranya. Tiada lagi
panggilan manja dalam keluarga yang terbit dari mulut daddy. Bila daddy dah
sebut nama penuh tu, bermaksud daddy benar-benar marah. Dan Aurora sendiri
tidak menjangka yang daddy akan membalas soalannya dengan cara begini.
Aurora
diam merenung ke lantai. Penumbuk dikepal-kepal, cuba menahan diri daripada
melakukan perkara yang bakal membuatkan daddy bertambah marah. Tetapi, jauh di
sudut hati… dia merasa lebih marah berbanding daddy. Marah sangat-sangat!
Daddy
fikir dengan mengupah pengawal untuk memantau aktivitinya, semuanya akan
terjamin? Daddy fikir yang dia akan selesa dengan cara begini? Huh! Menyusahkan
lagi adalah.
“Adik
tak nak dua orang bodyguard yang daddy
upah tu ikut adik ke mana-mana pun adik pergi. Adik rasa tak selesa.” Cuba
menjelaskan perasaannya kepada daddy dengan harapan lelaki tua itu memahami
kehendaknya.
“Tapi,
adik yang nak daddy buat macam ni. Kan?”
Sakit
hati Aurora bertambah apabila daddy menyindirnya. Dia yang meminta daddy buat
semua ini? Rasanya tidak sekali pun dia minta daripada daddy pengawal peribadi.
Malahan, daddy sendiri yang mengupah mereka.
“Adik
tak kira, daddy. Adik nak daddy pecat dua orang lelaki tadi.”
Daddy
merenung tajam wajah Aurora. Dipusingkan sedikit kerusi empuknya sebelum diam
memikirkan kehendak si anak. Mata kembali dihalakan kepada Aurora. Aurora
menunduk. Gerun tiba-tiba apabila matanya berlaga dengan mata daddy. Rasa
pandangan daddy tu macam boleh tembus sehingga ke belakang kepala. Malah,
seluruh kekuatannya bagai dilumpuhkan secara perlahan-lahan dek tenungan daddy
itu.
“Betul
adik nak daddy pecat Farouk dan Hazman?” aju daddy dengan suara tenang.
Aurora
mengangguk-angguk penuh yakin. Memang dia tidak mahu mereka berdua mengekorinya
ke mana saja dia pergi. Hari ini baru hari kedua dia diekori. Kalau sampai
sebulan, mahu jadi gila dibuatnya. Jadi, sebelum dia betul-betul jadi gila…
lebih baik dia minta mereka diberhentikan dan dipecat.
“Okey.
Daddy boleh tunaikan permintaan adik. Tapi, dengan syarat.”
Aurora
menelan liur. Ah! Sudah. Syarat apa pula yang daddy nak bagi ni?
“Apa
syaratnya, daddy?”
***
Assalamualaikum Cik Aurora,
Lukisan bertajuk Rescue Me dah ada
pembeli. Saya dah uruskan proses jual beli. Segala maklumat dan butir-butir
berkaitan pembelian dilampirkan bersama e-mel ini. Diharapkan agar Cik Aurora
segera memberikan maklum balas.
Terima kasih.
Yang benar,
EJ
Aurora
yang baru saja membuka peti e-mel hampir melompat kesukaan tatkala e-mel yang
dikirim oleh EJ yang merupakan seorang artist
agent dibacanya. Lekas-lekas
maklumat yang EJ lampirkan dibuka dan diteliti satu per satu.
“Buyer sanggup bayar RM750 ribu untuk
Rescue Me?” melopong mulut Aurora. Hampir satu juta ringgit nilai yang akan
dibayar kepadanya. Jadi, bermakna…
Aurora
tenyeh mata. Serius ke ni? Sepanjang dia berurusan dengan EJ, inilah nilai yang
paling tinggi yang pernah diterimanya.
Waalaikumussalam EJ,
Siapa buyer tu? Kenapa dia sanggup
bayar Rescue Me dengan nilai yang tinggi?
Yang benar,
Aurora Ilyssa
Aurora
membalas e-mel EJ sesegera mungkin. Bukan hendak memulangkan butir-butir
seperti yang dikirim oleh EJ sebaliknya bertanya soalan luar alam kepada lelaki
itu.
Seminit
kemudian…
Cik Aurora,
Maaf. Saya tak boleh berikan maklumat
terperinci berkenaan buyer tu. Dia minta identiti dia dirahsiakan.
Yang benar,
EJ
Aurora
mengerut muka. Biar betul ni? Takkan EJ tak boleh berikan walau sedikit
maklumat pun mengenai pembeli tersebut? Agaknya, siapalah orang itu ya? Mungkinkah
pengumpul tegar lukisan aneh dari seluruh dunia? Ah! Lantaklah. Tak perlu dia
hendak bersusah payah memikirkan siapa pembeli tersebut. Yang penting,
lukisannya telah ada pembeli. Hasil jualan itu nanti akan digunakan sebaiknya
untuk kesinambungan hidup tanpa perlu mengharapkan ihsan daddy dan mommy.
Teringat
kepada daddy, ligat fikirannya berputar kepada kejadian tengah hari tadi di
pejabat lelaki itu. Perbualannya bersama daddy mula singgah di minda.
“Apa
syaratnya, daddy?”
“Daddy
nak adik jual Myvi tu.”
“Jual
Myvi? No, daddy! Myvi tu harta yang adik beli dengan duit sendiri. Adik tak
boleh jual.” Dia cuba menentang. Gila! Macam mana dia mahu menjual kereta
kesayangannya itu kalau kereta itulah benda pertama yang dia beli sesudah berjaya
mengumpul duit hasil daripada jualan lukisannya tahun lepas. Walaupun tak
adalah mahal nilainya seperti kereta yang dipandu daddy, dia tidak pernah kesah
dengan semua itu. Malah, baru saja minggu lepas keretanya keluar dari bengkel
setelah dibaiki kerosakan cat pada tubuh keretanya. Takkan semudah itu daddy
hendak menyuruh dia menjual kereta kesayangannya itu? Daddy tak boleh buat dia
macam ini!
“Kereta
tu benda pertama yang adik beli dengan duit sendiri, daddy. Banyak sentimental value. Banyak kenangan adik
dengan kereta tu. Adik tak boleh jual macam itu saja.”
“Daddy
tak kira. Daddy nak adik jual Myvi tu juga.”
Ketegasan
daddy membuatkan hati Aurora semakin berdongkol marah. Dia tahu ayahnya sangat
kaya dan lebih daripada mampu untuk membelikannya kereta yang baru. Malah,
daddy sendiri boleh menyuruhnya memilih mana-mana kereta yang menjadi koleksi
daddy di rumah untuk dipandu ke kolej. Tapi, kereta yang dibeli sendiri dengan
kereta pemberian daddy takkan pernah sama.
“Kalau
adik jual Myvi tu, macam mana adik nak pergi kolej setiap hari?”
“Zafrin
akan ambil dan hantar adik pergi dan balik dari kolej setiap hari. Hujung
minggu, adik wajib balik ke rumah tanpa sebarang alasan. Boleh?”
“Tapi…”
“Terima
syarat daddy atau adik terpaksa hadap muka Farouk dan Hazman sampai bila-bila.”
“Okey.
Adik terima!”
Aurora
tersentak daripada lamunan setelah terdengar bunyi loceng di pintu utama. Kelam
kabut dia mencapai jaket hoodie lalu mengintai kelibat di luar pintu. Terkejut
melihat jejaka yang tinggal di sebelah apartmennya sedang berdiri di luar sana.
“Awak
buat apa dekat sini?” aju Aurora setelah menarik daun pintu.
Berkerut-kerut
mukanya memandang Raimi yang sedang tersenyum manis kepadanya.
“Awak
dah makan?”
“Belum.”
“Ini
untuk awak.” Spontan satu bungkusan plastik berisi nasi goreng cina dihulur
kepada Aurora berserta sebungkus kopi o ais.
“Eh,
tapi…”
“Ambillah.
Saya sengaja beli lebih.” Raimi tayang bungkusan plastik di tangan kirinya yang
berisi makanan buat diri sendiri.
Aurora
diam. Tidak memberikan sebarang reaksi kepada Raimi. Jujur dia tak tahu nak
kata apa. Pelik juga sebab jiran yang dianggap ‘bermasalah’ tiba-tiba datang
berbuat baik kepadanya.
“Jangan
takut. Saya tak letak apa-apa kat dalam ni.” Raimi menyengih, masih cuba memancing
Aurora agar menyambut pemberiannya.
“Terima
kasih,” sudahnya dia menyambut juga. Itu pun dari celah pagar yang berkunci.
“Makan
tau.” Pesan Raimi sebelum berlalu ke apartmennya.
Aurora
letak bungkusan nasi ke atas meja. Hempas punggung ke kerusi, dia cuma mampu
tenung pemberian Raimi itu.
“Rezeki
jangan ditolak, Aurora. Bala pula jangan dicari.” Aurora berbisik.
Orang
dah buat baik, terima sajalah. Buat apa hendak bersangka yang bukan-bukan. Lagi
pun, mereka berjiran. Kalau ada apa-apa masalah nanti, jiran jugalah yang akan
menjadi orang pertama yang akan menghulurkan bantuan.
Sumbat
nasi goreng ke dalam mulut, nikmatnya terasa sehingga matanya terpejam-pejam.
Sedap sungguh! Aurora tersenyum nipis. Mungkin ini merupakan permulaan yang
baik di antara dia dan Raimi.
Raimi
yang baru selesai mandi segera duduk di sofa lantas merenung skrin televisyen
yang bernyala sejak tadi. Senyuman senget terukir. Sambil mengeringkan rambut
dengan tuala, otaknya ligat berfikir.
Tubuh
disandar ke sofa dengan tenang. Teringat tentang jiran sebelahnya membuatkan
hatinya dihurung rasa gembira yang bukan kepalang.
“Ini
baru permulaannya, Malique.” Bisiknya sebelum ketawa kecil.
Nampaknya,
Aurora sudah mula masuk ke dalam jeratnya. Tidak begitu sukar rupanya hendak
memancing si gadis agar jatuh ke dalam genggaman. Bayangan kontrak yang bakal
diperolehi bermain-main di mata. Bayangan kenaikan pangkat dan kenaikan gaji
juga saling bertamu di layar minda.
Ah! Tak lama lagi kau boleh bungkus,
Malique. Aku yang akan naik. Dan kau akan jadi sejarah.
Raimi
ketawa-ketawa. Membayangkan saat kejatuhan Malique tidak lama lagi.