Sunday, 8 February 2015

Mr Stalker...Saya Cintakan Awaklah! 2




RAZIQ!”suara Nadine Tasyrif yang maha lantang membuatkan sesusuk tubuh yang sedang enak berlingkar di bawah selimut tanpa pakaian sambil dipeluk oleh seorang wanita tersentak.Dia bangun mendadak.Sempat ditenyeh-tenyeh matanya sebelum berpaling memandang Nadine Tasyrif yang tercegat di depan pintu sambil merenung dirinya tajam.

“Nadine?”

Nadine Tasyrif menghentak tangan ke arah pintu bilik melepas perasaan sebelum berlari meninggalkan bilik itu.Raziq yang masih di atas katil kelam kabut mendapatkan pakaian dan berusaha untuk mengejar Nadine Tasyrif yang dah menghilang.Tapi baru nak melangkah,lengannya sempat diselar dan dipaut manja sebelum wanita yang berada di atas katil itu merengek.

“You nak ke mana sayang?”rengeknya.Namun Raziq buat tidak peduli.Ditinggalkan saja wanita itu dan bergegas keluar mengejar Nadine Tasyrif yang sudah mahu meninggalkan kondo.

“Nadine!Nadine!”terkejar-kejar lelaki itu mahu mendapatkan tunangnya.Habis semua perabot dan barang yang berada di dalam kondo itu dilanggar dan dirempuh.Terdengar bunyi kaca berderai.Raziq buat tak endah.Pedulilah kalau barang-barang dalam kondonya sudah rosak yang penting dia mesti mendapatkan Nadine Tasyrif yang dah jauh ke depan.

Raziq berlari laju menuju ke pintu lif.Dia masih lihat Nadine Tasyrif sedang berusaha menekan-nekan butang lif.

“Nadine!Wait!”jerit Raziq lagi sambil cuba mendapatkan Nadine Tasyrif.Tapi dia tak sempat nak mencapai lengan Nadine Tasyrif bila gadis itu dah memboloskan diri ke dalam perut lif sebelum pintu tertutup rapat.

Damn it!”maki Raziq lalu menghentak tangannya pada pintu lif.Dadanya naik turun menahan semput setelah berlari tadi.Tanpa membuang masa,lelaki itu menekan-nekan butang lif satu lagi.Nafasnya mula tak tentu arah menunggu pintu lif itu terbuka.

Sesampai saja dia di bawah,kelibat Nadine Tasyrif dicari.
Nadine Tasyrif yang masih terkial-kial membuka pintu kereta diterkam sebelum lengan gadis itu ditarik sehingga tubuh mereka berdua bertembung.

Nadine...tolong dengar dulu penjelasan I.”Rayunya bersungguh-sungguh.Dia tahu tunangnya itu terkejut dengan apa yang dia telah lihat di dalam kondo tadi tapi Raziq tak akan sesekali berputus asa untuk menjelaskan segalanya kepada gadis itu.Lengan Nadine Tasyrif dicengkam semakin kuat,seolah tak mahu dilepaskan lagi.Berkali-kali dada Razi diumbuk dan ditolak sebelum meronta-ronta minta dilepaskan.

“Sakitlah!Let me go!

“Sayang,dengar dulu apa yang I nak cakap!”mata mereka berlaga,tepat tapi Nadine Tasyrif tak mahu dengar.Ditolak saja tubuh Raziq ke belakang sekuat hati sebelum cepat-cepat memboloskan diri ke dalam perut kereta.Dia membatukan diri di dalam kereta membiarkan deru nafas berlagu tak seirama.Sesak dadanya.Lengan yang dicengkam Raziq tadi digosok-gosok.Masih terasa sakit tapi hatinya jauh lebih sakit daripada itu.

Cermin tingkap keretanya diketuk-ketuk rakus.Tersentak sekejap dengan suara Raziq yang menggila di luar.

“Nadine,buka tingkap ni.I nak cakap dengan you,please.”Raziq gelisah seperti cacing kepanasan.

“Nadine,let me explain to you.Apa yang you nampak tadi bukan macam apa yang you fikir.Tolonglah buka tingkap ni.”Raziq masih merayu-rayu.Kali ini urat-urat di dahinya sudah mula timbul.Rahangnya diketap kuat menahan rasa apabila permintaannya bagaikan tidak diendahkan oleh Nadine Tasyrif.

Nadine Tasyrif yang membatukan diri dari tadi sudah mengalirkan air matanya.Terhenjut-henjut bahunya menahan tangis.Dia kesal.Cukup kesal dengan apa yang baru dilihatnya tadi.Sekarang ini,barulah dia mengerti kenapa hatinya tidak enak sejak tadi.Rupanya itu adalah petanda bahawa dia sedang dikhianati.Dikhianati oleh insan yang paling dicintainya!

Dia menangis semahu-mahunya.Biar Raziq lihat tangisannya.Dia mahu Raziq tahu bahawa dia teramat kecewa dengan perbuatannya.Stereng kereta diketuk dua tiga kali melepaskan geram sebelum kepalanya ditoleh kepada Raziq yang seperti orang gila mengetuk-ngetuk tingkap keretanya.Dia sudah tidak sanggup melihat wajah lelaki itu.Wajah penuh kepalsuan.Wajah yang dulu dipujanya tetapi kini sudah bertukar menjadi wajah yang dipandang dengan pandangan jijik.

Raziq masih berusaha agar Nadine Tasyrif mendengar penjelasannya.Berulang kali dia mengetuk tingkap kereta Nadine Tasyrif dan menjerit-jerit mengatakan bahawa apa yang dilihat Nadine Tasyrif di dalam kondonya sebentar tadi tidak benar.Dan berkali-kali juga Nadine Tasyrif menggeleng sebagai tanda tidak mahu percaya.Raziq fikir dia budak kecil yang boleh diperbodohkan sewenang-wenangnya?

Tanpa membuang masa,Nadine Tasyrif terus menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi dari situ meninggalkan Raziq.Lelaki itu terlalu hampa kerana Nadine Tasyrif tidak mengendahkannya.

Damn!”hanya itu yang terucap di bibir Raziq tatkala bayang kereta Nadine Tasyrif berlalu dari pandangannya.Dia gosok kepalanya dengan kasar dan menyepak tanah melepaskan geram.

Nadine Tasyrif mengesat air matanya yang berlinangan tidak henti-henti.Hatinya terlalu sedih.Jiwanya kacau bilau.Libang libu tak tentu hala jadinya.Tangan yang diletakkan ke stereng pun dah menggigil lain macam.Nafas dah mula sesak dan air mata tak juga surut menyapu pipi.

Fikiran dah tak stabil.Dah tak boleh fikir dengan rasional apa yang nak dibuat sekarang.Tapi kaki terus menekan pedal minyak dengan agak laju menuju ke haluan yang dia sendiri tak pasti.Nak tuju ke mana?

Nadine Tasyrif urut dada yang sebu.Bergelora hati usah dikata.Hanya Tuhan saja yang tahu betapa dia terlalu kecewa dan terkilan.

Kenapa Raziq sanggup melakukan perkara sebegitu?Raziq yang dahulunya cukup dihormati dan disanjung kini tidak ubah seperti sampah pada matanya.Lelaki itu benar-benar tidak berguna.Saat ini,Nadine Tasyrif merasakan dirinya seolah-olah tiada nilai dimata Raziq.Mungkin dirinya cuma permainan semata-mata.Dan mungkin juga dirinya hanya bahan gurauan.Kerana itulah dia sanggup meniduri perempuan lain dan itupun menjelang hari perkahwinan mereka.Arghh!Kusut memikirkan masalah yang sedang melanda.

How dare you,Raziq!How dare you!”hambur Nadine Tasyrif mengetuk-ngetuk stereng kereta membuang rasa.

Dua kali Nadine Tasyrif menghempaskan tangannya di stereng kereta.Melepaskan rasa kecewa yang bersarang di hati.Dia tidak pasti mampukah dia menghadapi semua kenyataan ini.Terasa seperti dia sedang berada dalam sebuah drama yang dipentaskan dan dia adalah pelakon utamanya.

Ah!Dia bingung!Bingung dengan masalah yang baru timbul ini.Dia tidak tahu apa yang perlu difikirkannya lagi tentang Raziq.Namun,hatinya mula gelisah apabila teringat pada keluarganya.Dia tak tahu sama ada hatinya cukup kuat dan kental untuk memberitahu apa yang terjadi tadi kepada keluarganya?Patutkah dia beritakan segalanya kepada mereka nanti?Atau dia rahsiakan saja semuanya?Tapi sampai bila?

Nadine Tasyrif segera memberhentikan keretanya di tepi jalan di satu kawasan lapang.Diri yang mula tak tentu arah cuba ditenangkan.Tak mahu hati terus hanyut dengan gelora perasaan.Semerta kepala melayang teringat pada wajah manis teman baiknya,Luthfia.Cepat-cepat telefon bimbit dicapai dan menekan nombor Luthfia.

Hello…” suaranya sedikit serak akibat menangis tadi.

Hello….Nadine?Kenapa ni?Kenapa suara lain macam je?”tanya Luthfia dari dalam talian.Nadine Tasyrif ketap bibirnya.Dia menarik nafas sebelum berbicara dengan Luthfia.

“Fi,kau kat mana sekarang?Aku nak jumpa kau kejap,boleh?”

Aku kat ofis.Half day.Sekejap lagi aku baliklah.Kau demam ke?”Nadine Tasyrif menahan sebaknya lagi.

“Kurang sihat sikit.Nanti aku datang rumah kau ya?”

Are you okey,Nadine?”Luthfia seolah-olah dapat menangkap sesuatu yang tidak baik telah menimpa teman baiknya itu.Nadine Tasyrif menahan tangisnya namun air matanya gugur juga.

“Aku….”percakapannya tersekat dan tidak mampu untuk bersuara lagi.Getaran di bibir cuba ditahan agar tidak terlepas lalu membuatkannya lemah di pendengaran Luthfia ketika ini.Dia tidak cukup kuat untuk hadapi semua ini dan Luthfia tidak boleh mendengar suara sedihnya.Tapi,hati yang satu ini cukup degil meronta-ronta minta diceritakan saja segalanya kepada Luthfia.Biar jadi lega andai ada seseorang yang mampu berkongsi rasa hatinya saat ini.

“Nadine,kenapa ni?”tegur Luthfia lagi.

Nadine Tasyrif menangis sambil badannya terhenjut-henjut.Kepalanya dilentokkan di atas stereng kereta seketika sebelum kembali bersandar di kerusi.Satu nafas diambil dengan bibirnya terketar-ketar mahu memulakan semula bicara.

“Aku tak tahu macam mana aku nak cakap pada kau Fi.Aku tak tahu nak mulakan dari mana tapi….”tangisannya bergema kuat di dalam kereta.Dahinya dilekap dengan tangan sebelum meramas-ramas rambut panjangnya.

“Nadine?”seruan Luthfia langsung tak berjawab sebaliknya dia hanya mengetapkan bibir lama dan menahan air mata dari terus gugur.Tapi sampai ke sudah,pipinya terus basah.

Hembusan nafas Luthfia segera menampar cuping telinga Nadine Tasyrif.

It’s okey.Nanti kau datang rumah aku,kau cerita.Tapi sekarang ni,I need to go sebab ada beberapa kerja lagi aku perlu siapkan.Kejap lagi kita jumpa okey.Take care.”Akhirnya satu kata putus terus Luthfia berikan setelah tiada jawapan yang dia peroleh dari temannya.

Nadine Tasyrif hanya angguk lemah.Matanya terpejam-pejam erat.Tidak mampu lagi dia keluarkan suara,talian terus dimatikan.Dia hanya mampu bersandar pada kusyen kereta dengan jiwa yang semakin longlai dan hati yang jatuh merudum menghempas ke tanah.Telefon bimbitnya terus sahaja tercampak ke atas pahanya.Mata dipejam rapat.Dibiarkan sahaja air mata lelah itu mengalir lagi melalui kelopak yang rapat.

‘Ya Allah,bantulah aku hambaMu yang lemah ni Ya Allah.Bantulah aku,berikan kekuatan padaku.’Doanya setelah tangisan tadi agak reda.Saat ini tiada siapa yang mampu membantunya melainkan doa ditadah memohon pada Yang Maha Esa.

Nadine Tasyrif kelam kabut mencapai semula telefon bimbitnya apabila terdengar deringan tetapi setelah dia pandang pada skrin,dia terus membatalkan panggilan.
Raziq!

Dia pasti lelaki itu mesti akan mencarinya.Fikirannya bercelaru dan keliru.Dia tidak mahu mendengar suara lelaki itu saat ini.

Nadine Tasyrif kesat lagi air matanya.Sebetulnya,dia tidak mahu menangis sebegini rupa tapi dia tidak mampu membendung perasaan hampa dan kecewanya.Dia membuat keputusan untuk segera ke rumah Luthfia bagi meluahkan segala kekecewaannya.Dia yakin sebentar lagi pasi Luthfia akan sampai ke rumahnya dari pejabat.

Telefon bimbitnya masih tidak henti-henti berdering.Sudah dua kali dia membatalkan panggilan dari Raziq.Kali ini dia nekad.Dia matikan terus supaya tiada lagi gangguan.Telefon bimbit terus dicampak ke kerusi sebelah.Puas hati.Buat masa ini dia tidak mahu menjawab sebarang panggilan daripada Raziq kerana dia bimbang dia akan terus melenting dan marah tak tentu hala.Biar segalanya stabil dulu.

Dia bimbang andai nanti apa yang diperkatakan oleh Raziq akan membuatkan dia membuat keputusan yang salah atau terburu-buru tanpa menimbang baik buruk dan rasionalnya.

Tidak menunggu lama,Nadine Tasyrif pantas menolak gear sebelum keluar dari kawasan lapang tersebut tanpa menyedari ada sebuah kenderaan pacuan empat roda sedang meluncur laju menghala ke arahnya.Sudah beberapa kali kenderaan tersebut memberi lampu tinggi sebagai isyarat dan membunyikan hon dengan kuat yang berpanjangan namun Nadine Tasyrif masih belum sedar.Sedikit pun dia tidak memandang ke arah cermin pandang belakang.Apa yang ada di jiwa dan hatinya kini benar-benar telah membawanya jauh hanyut entah ke mana.

Baru dua saat dia masuk ke lorong kiri jalan,hon yang paling kuat menggegarkan telinganya.Sepantas kilat dia menjeling ke cermin pandang belakang.

Jantung Nadine Tasyrif bagaikan berhenti berdenyut,terasa tiada irama yang mengiringinya saat itu selain dari ritma jantung sendiri.Dup dup dup!

Bummmmm!



Terasa satu rempuhan kuat dari arah belakangnya,Nadine Tasyrif pantas menjerit nyaring sambil menekan brek serta mengawal sterengnya dari tersasar namun hantukan kuat di kepalanya ke atas stereng di hadapan nyata membuatkan dunia serta merta kelam.Gelap!




p.s MSSCA sudah boleh didapati melalui penerbit Penulisan2u ;)



Saturday, 7 February 2015

Mr Stalker...Saya Cintakan Awaklah! 1






SUDAH berkali-kali dia menghubungi Raziq,namun tetap gagal.Nadine Tasyrif memandang skrin telefon bimbitnya yang sudah hampir kehabisan bateri itu.Dia mendengus keras dengan kening yang bertaut rapat antara satu sama lain.

“Hei,jawablah panggilan!Susah sangat ke nak jawab?”bebel Nadine Tasyrif sendirian yang sedang duduk di satu sudut dalam studio dengan wajah geram.Giginya juga diketap rapat dengan matanya masih menyorot ke arah skrin telefon bimbit.

Waktu rehat yang ada digunakan sebaiknya dengan menelefon tunangnya Raziq namun dia sedikit bengang kerana lelaki itu masih belum menjawab panggilannya sejak tadi.

Nadine Tasyrif tenung jam di pergelangan tangannya.Sudah hampir tengah hari. Sebetulnya,hari ini dia terlalu sibuk dengan kerja-kerja penggambaran memandangkan jadualnya yang begitu padat sejak awal bulan lalu.Kerjayanya sebagai seorang model yang cukup popular membuatkan masanya sering terbatas namun itu bukan alasan yang akan dia gunapakai bila melibatkan soal Raziq.

Hari ini sepatutnya dia ke butik pengantin bersama sang tunangnya itu untuk melihat contoh rekaan baju pengantin yang bakal mereka berdua gayakan pada hari bersejarah yang tinggal tiga bulan saja lagi.Banyak perbincangan yang mahu dilakukan di sana nanti.Biar hari bersejarah mereka nanti akan jadi satu momen yang boleh dikenang sepanjang hayat.

Ikutkan janjinya dengan Raziq,selesai kerjanya sekejap lagi mereka terus akan ke Butik Rafell yang dimiliki oleh salah seorang kenalan Raziq.Tak sabar rasanya nak bersatu dengan Raziq,jejaka yang dia cinta sepenuh hati.Syed Raziq Rafiqi,dengar saja namanya mampu buat jiwa bergetar hebat.Lelaki yang sering diberi jolokan macho man di kalangan teman-teman yang sudah menjadi tunangan Nadine Tasyrif lebih dari dua tahun dulu.

Rindu tiba-tiba membuak-buak di hati kecil Nadine Tasyrif.Sudah hampir seminggu dia tak bertemu dengan jejaka itu memandangkan masing-masing sibuk.Raziq baru saja pulang dari London petang semalam setelah berurusan di sana sejak minggu lepas lagi.

“Kau ni kenapa?Resah semacam aje?”tegur Kila teman yang merangkap pembantu peribadi gadis itu.Nadine Tasyrif melangut memandang Kila yang sedang mendekatinya sambil membawa dua botol air mineral sejuk.Dia mendengus lagi sambil melepaskan geramnya pada skrin telefon bimbit.

Raziq nilah…dari tadi aku call tak jawab-jawab.Entah apa kena aku pun tak tahu.”

“Alah,tak dengarlah agaknya!”

“Hisyh,tak dengar apanya…dia tu bukannya pekak!”balas Nadine Tasyrif lagi bersama dengan kerutan di wajah.Dia lihat lagi skrin telefon bimbitnya dan menekan-nekan punat dengan kasar.Kerana rasa rindu,habis dia nak naik angin.Geram bila panggilannya tak bersambut.

Dah,kau minum dulu air mineral ni kasi sejuk sikit.Nanti-nanti kau call dia semula.Aku rasa mungkin dia tak sedar telefon dia berbunyi.”nasihat Kila lagi lalu menghulurkan botol mineral yang sudah dibuka kepada Nadine Tasyrif.Gadis itu hanya menurut.Diteguk sekali dua air dari botol itu lalu menarik nafas,cuba menghalau keresahan di hatinya.

Nadine,ready in two minutes.” ucap seorang wanita,salah seorang krew produksi yang bertugas kepada Nadine Tasyrif dari arah hadapan.Nadine Tasyrif angguk.Dia meletakkan telefon bimbitnya ke dalam tas tangannya sebelum membetulkan baju yang dipakai manakala botol mineral yang dipegang tadi diberikan saja kepada Kila.

“Jay,tolong betulkan mekap I.”ucap Nadine Tasyrif bersahaja.Tanpa membuang masa,lelaki yang bernama Jay itu segera menghampiri Nadine Tasyrif untuk membetulkan solekan di wajahnya yang sudah mula pudar.

Selesai tugasnya di studio,Nadine Tasyrif cepat-cepat beredar.Langkah kakinya begitu laju sekali mendekati Suzuki Swift putih miliknya yang diletakkan berhampiran Wisma Cemerlang,bangunan yang terletak bersebelahan dengan Studio ETV,Agensi Pesona.Kunci yang berada di dalam tas tangan dicapai kalut sebelum menekan punat.Secepat kilat Nadine Tasyrif memboloskan dirinya ke dalam perut kereta namun tangan Kila yang tiba-tiba hadir menghalang pintu daripada bertutup rapat membantutkan usahanya untuk segera berlalu dari situ.

“Apa hal beb?Aku nak cepat ni!”

“Aku cuma nak ingatkan tentang jadual kau.Jangan lupa esok kau ada photoshoot di studio Prima Kota untuk cover majalah Letop bulan depan.Tepat pukul 10 pagi kau mesti ada di sana.Aku dah arrange semuanya dengan dia orang tau.And one more thing,lepas sesi photoshoot tu kau mesti gerak ke KLCC untuk raptai fashion show dengan Flora Boutique pukul 2 petang.Kemudian,sebelah petang pula kau ada sesi tandatangan perjanjian baru dengan Girl and Girl yang dah nak habis kontrak tu pukul 5 petang.Malam pula kau ada dinner dengan wakil agensi Lemon Tea di Hotel Regency tepat pukul 8 malam.Baju-baju kau aku akan uruskan dan…”

“Kila,stop!”potong Nadine Tasyrif sedikit keras.Dia pegang wajahnya lalu ditepuk-tepuk sedikit.Kepalanya mula terasa berat dengan tugas-tugas yang agak banyak serta jadual yang padat seperti yang disebut oleh Kila satu per satu tadi.Pening kepalanya mendengar apa yang Kila ucapkan kepadanya.

“Kenapa?”soal Kila memandang ke arah iPad di tangannya berselang seli dengan wajah Nadine Tasyrif.

“Bilanya aku boleh cuti?”soal Nadine Tasyrif dengan suara seperti hendak menangis.Tapi Kila dah ketawa sakan melihat bosnya menayang muka penuh mengharap.

“Kenapa kau ketawa?”potong Nadine Tasyrif sedikit pelik dengan gelagat pembantu peribadinya itu.

“Kau buat lawak ke apa ni?”

“Lawak apa?”

“Tak adalah,sepanjang aku bekerja dengan kau,sekali pun aku tak pernah dengar kau sebut pasal cuti.Siap minta aku susun jadual termasuk hari minggu tapi sekarang dah ubah fikiran pula?Nak ubah status sebagai seorang workaholic ke?”
Nadine Tasyrif berdecit halus.

“Kau tak akan faham perasaan aku,Kila!Wedding aku tinggal tiga bulan saja lagi.Tapi kerja aku macam tak pernah surut sampai tahun depan.Kau nak tengok aku bersanding sambil buat photoshoot atau pertunjukan fesyen ke?”balas Nadine Tasyrif lemah.Terasa tersindir dek kata-kata Kila tadi.

“Kalau boleh aku nak ambil cuti panjang.Aku nak concentrate on my wedding.Tak naklah nanti,pengantin perempuan ni muka macam zombi duduk atas pelamin dengan encik tunang tu.Tak pasal-pasal masuk magazine,masuk portal hiburan,masuk tv...dah jadi kontroversi pula.Haru weh!”Nadine Tasyrif gosok kepala.

“Okey,faham.Aku dah adjust kau punya jadual.Jangan risau,sebulan sebelum wedding kau dah boleh cuti tapi sebelum tu kau settle kan dulu semua kerja kau.Lepas ni kalau kau nak pergi honeymoon dengan Raziq sampai ke hujung dunia pun tak ada siapa yang peduli.”Kila tergelak-gelak,sengaja mengusik.

“Hah,aku nak ingatkan kau sekali lagi tentang jadual untuk esok.Nanti aku e-mel pada kau semua benda supaya kau tak lupa.Lepas tu jangan tak check e-mel kau pula.Naya nanti!Asyik sibuk fikir wedding,benda yang depan mata nanti terlepas pula.Lepas tu aku juga nak disalahkan!”Kila dah mula membebel sampaikan Nadine Tasyrif dah mula mengipas-ngipas wajah sendiri dengan tangan.

Oh God,please give me some space!”ucap Nadine Tasyrif memandang ke arah wajah langit di atas sebelum kedua-dua matanya terpejam-pejam bagai mencari kekuatan.

“Kau dengar tak apa aku cakap tadi Nadine?”muka Kila berubah garang.Seperti cikgu disiplin sedang membebel pada pelajar yang berbuat salah.

“Dengar.”

“Hmm…periksa e-mel tu nanti.Kalau tidak,sia-sia ajelah aku membebel pada kau ni.”tekan Kila lagi sekadar mengingatkannya.Bukannya apa,dia bimbang sekiranya Nadine Tasyrif terlupa kerana dia tahu benar dengan perangai gadis itu.Kadang-kadang boleh leka dan cuai.

“Yelah-yelah…aku tak lupa.Nanti aku check lah e-mel kau tu.Dahlah,aku gerak dululah.Nak call Raziq dulu…chao!”ucap Nadine Tasyrif memberikan senyuman sekilas dan mengangkat kening sebelah sebelum menarik pintu keretanya.

Kila mencebik dan mengetuk tingkap keretanya sekadar memberi isyarat.Nadine Tasyrif dah tersengih memandang Kila sambil buat isyarat semula.Ekor mata Nadine Tasyrif sempat menghantar kelibat Kila menjauh sebelum menghilang lalu dia mencuba sekali lagi untuk menghubungi Raziq.Sekarang bukannya masa untuk dia fikirkan hal kerja.Sekarang dia hanya perlu fikir tentang Raziq yang masih menyepi sejak tadi.Telefon bimbitnya ditenung.Cuma seminit saja telefonnya sempat melekap ke telinga,tapi harapannya untuk mendengar suara Raziq terus hancur berkecai bila tiada respon.

“Dia ni membuta lagi ke?Dah tengah hari pun.Tak reti-reti nak jawab call aku ke?”omel Nadine Tasyrif pada dirinya.Rasa bengang sejak tadi masih belum beransur hilang.Pelik juga dengan Raziq.Apa yang tak kenanya sehingga telefon berbunyi pun tidak diangkat.SMS yang dihantar juga tidak dibalas.Payah betul!

“Ni mesti tidur mati.Tahulah petang semalam sampai sini straight dari London.Huh,tak boleh jadi ni.”sambungnya lagi sambil membuang satu keluhan kecil.Stereng di hadapan diketuk sedikit melepas rasa.Sepantas kilat,dia menghidupkan enjin kereta dan berlalu keluar dari kawasan Wisma Cemerlang.

Jalan raya yang sedikit sesak menambahkan geram di hati Nadine Tasyrif.Hampir saja keretanya berlaga dengan kereta sebelah yang kelihatan tidak sabar-sabar mahu memintas kereta di hadapan.Nadine Tasyrif menggeleng kepala.Dalam melihatkan gelagat pemandu-pemandu,tiba-tiba hatinya jadi tidak keruan.

Entah mengapa hari ini,Nadine Tasyrif merasakan hatinya cukup berdebar-debar.Tidak seperti biasa.Dia rasakan jantungnya seakan-akan mahu melompat keluar dari badan.Dia sendiri kurang mengerti kenapa dia berperasaan sedemikian.Hendak kata mahu berjumpa dengan Raziq,hari-hari dia berjumpa dengan lelaki itu kecuali seminggu ini dan tak pernah pula dia gelisah sebegini.Seingatnya,sejak pertama kali jatuh cinta pada Raziq,hatinya tidak pernah berdebar-debar sebegini hebat.Dia mula memegang dadanya dengan sebelah tangan demi merasa denyutan yang mula tidak seirama.Tak keruan!

Haih,penangan tak jumpa Raziq selama seminggu ke apa ni?Atau penangan bakal pengantin?Macam ni ke rasanya nak naik pelamin?Berdebar tak tentu hala.Rasa rindu,risau,runsing,bimbang,cemas semuanya silih berganti.Ah,peninglah fikir!

Satu hembusan nafas yang agak kuat pantas dibuang.

‘Ah,perasaan!Tolonglah berkelakuan baik dengan aku hari ni!’

Kereta yang dipandunya berhenti di lampu isyarat di sebuah persimpangan.Dia mengambil kesempatan untuk menghubungi Raziq lagi.Mana tahu jika nasibnya baik,pasti Raziq akan menjawab panggilannya.Setelah beberapa saat menunggu,perasaan hampa menghimpit diri.

Dalam hati,dia dapat mengagak bahawa tunang kesayangannya itu mungkin masih tidur.Tidur mati.Dia baru terfikir semalam Raziq ada memberitahunya sampai saja di sini dia terpaksa berjumpa dengan beberapa klien syarikatnya untuk membuat pembentangan.

Sempat dia SMS Raziq malam semalam dan lelaki itu balas dengan mengatakan yang kerjanya masih belum selesai.Mungkin saja akan berlarutan sampai ke subuh sebelum menghantar laporan penuh hari ini.Haih,kadang-kadang dengar Raziq cerita tentang kerjanya yang terlalu sibuk risaulah juga.Tapi lama-lama,baru dia cuba mengerti.Kadang-kadang kasihan dengan Raziq,tak cukup rehat kerana sibuk dengan urusan pejabat.

Dia tersenyum.Bila mereka dah kahwin nanti,dia akan pastikan Raziq akan peroleh hidup yang lebih teratur.Dia akan jadi seorang isteri yang terbaik untuk lelaki itu.Dia janji dengan diri sendiri yang dia akan bahagiakan Raziq!

Telefon bimbit ditenung lagi.

“Memang sah dia tidur mati ni.Penat sangat buat kerja sampai subuhlah tu!”Nadine Tasyrif mengomel seorang diri.Apabila lampu isyarat bertukar hijau,dia memecutkan keretanya selaju yang boleh menuju ke Valleria Condo.

Lif dituju,butang lif ditekan-tekan dengan hati berdentum dentam tak sudah.Usai pintu lif terbuka di tingkat 15,dia segera meloloskan diri dan menuju ke unit kondominium Raziq.Loceng di luar pintu ditekan berkali-kali.Tapi masih tiada respon.Diketuk-ketuk pula pintu kayu dengan agak kuat bersama harapan yang Raziq akan muncul di sebalik pintu tapi semuanya tak menjadi nyata.Nadine Tasyrif mengetap bibir melepas sedikit geram.Tak semena-mena saja dia memulas tombol pintu sebelum ia terbuka dan terkuak lebar.

“Aik,pintu pun tak berkunci?Lupa ke?Atau...”suara Nadine Tasyrif dah terhenti bila akal jahat mula merencana perkara yang tidak baik.

“Haih,apa aku mengarut ni?Cuba jangan fikir negatif,Nadine!”bebelnya pada diri sendiri.

Segera langkah kaki diatur kemas menuju ke dalam.Ruang kondo milik Raziq dijejaki.Mata dah mula meliar sekeliling dengan hati yang sungguh tak enak.Berlawanan dengan akal waras yang memberi amaran supaya berfikiran rasional.

Ruang tamu kelihatan lengang.Kosong.Namun masih tersusun rapi seakan-akan sudah dikemas beberapa minit sudah.Tak ada niat nak berlama-lama di ruang tamu,dia menjengah pula ke ruang makan tapi mata dah siap terbeliak bila melihat ada beberapa pinggan yang mengandungi sisa-sisa makanan.Mulut dah herot sebelah.Kepala dah menggeleng-geleng.

“Haisy,dia ni.Pinggan tahun bila punya ni...dia biarkan tak bercuci.Raziq...Raziq...”Nadine Tasyrif dah mula nak membebel.

Ini yang dia rasa tak sabar sangat nak jadi isteri Raziq.Bila dah jadi isteri lelaki itu,dia akan pastikan semua kelengkapan Raziq akan terjaga.Tak adalah nak sakit mata tengok meja makan berselerak begini.

“Raziq...Raziq...”seru Nadine Tasyrif mula beransur keluar dari ruang makan setelah mengangkat pinggan tadi dan letakkan ke dalam sinki.Tiada jawapan.

Nadine Tasyrif cuba memberanikan diri menghampiri bilik tidur Raziq sambil nama lelaki itu dipanggil lagi.Masih tiada jawapan.Akhirnya,dengan tekad dia menolak pintu bilik Raziq perlahan-lahan.Dia meninjau-ninjau sekitarnya.Kosong.Ke mana Raziq pergi? Jika dia tiada di rumah,mengapa pintu utama tidak berkunci?Adakah Raziq terlupa untuk menguncinya?Nadine Tasyrif kalut mencapai telefon bimbit dari dalam tas tangan dan menelefon Raziq lagi.

Tak semena-mena saja dia terdengar deringan telefon bimbit Raziq bergema dari ruang tamu.Kakinya pantas mengatur langkah ke situ lalu mencapai telefon bimbit Raziq.
Kepalanya digaru.Hairan.Mengapa Raziq tinggalkan telefon bimbitnya di atas meja dalam ruang tamu?Ke mana dia pergi?

Pelbagai persoalan menerjah benaknya namun dengan tiba-tiba saja hati Nadine Tasyrif berdetik menyuruhnya melihat bilik tetamu yang terletak bersebelahan dengan bilik utama.Mungkin dia berada di situ menyiapkan kerja pejabat barangkali atau mungkin saja dia sedang membuta.Manalah tahu!

Langkahnya diatur berhati-hati.Dalam kepalanya,ligat memikirkan pelbagai macam perkara yang tidak elok pula.Mindanya mula berlegar tentang cerita-cerita ngeri yang dia pernah baca dalam akhbar tentang pembunuhan selepas rompakan di rumah.Ah,janganlah Raziq terlibat!

Nadine Tasyrif mula mengetuk kepalanya sendiri setelah tersedar dari angan-angan dan fikiran negatif tentang hal itu.Merepek sungguh!

Langkahnya beku di hadapan bilik tetamu.Dia pandang atas sampai ke bawah pintu sambil menelan liur.Berharap agar minda mengarutnya tadi tidak menjadi kenyataan.Dia menelan liur sedikit sebelum mula memegang tombol pintu.Tangannya terasa seram sejuk saat tombol pintu dipulas dan ketika itu juga hatinya semakin berdebar-debar.

‘Hati,tolong jangan takutkan aku!’ marahnya geram.

Matanya dipejam sedikit saat pintu bilik yang nyata tidak berkunci itu dikuak sedikit.Perlahan-lahan pintu itu ditolak sehingga melebar sampai memperlihatkan keseluruhan bilik.Namun tak sampai tiga saat,wajahnya berubah pucat dan nafas ikut tak menentu.Terkejut!


p.s MSSCA dah terbit dan boleh dapatkannya daripada penerbit ;) ;)

Sunday, 1 February 2015

Sinopsis Mr Stalker...Saya Cintakan Awaklah!


NADINE TASYRIF… Hidupnya berubah dalam sekelip mata apabila SYED RAZIQ RAFIQI iaitu tunangnya berlaku curang. Dan lebih tragis apabila diri sendiri yang menangkap kecurangan tunangnya bersama perempuan lain di atas katil ketika hari bahagianya menjelang tiba. 

Dalam pelarian memujuk hati yang luka, Nadine Tasyrif bertemu satu per satu musibah dalam hidupnya. Dia terlibat dalam kemalangan ngeri yang menyebabkan dia dituduh sebagai pembunuh, pertunangannya putus di tengah jalan dan lebih parah kerjayanya sebagai seorang model dan selebriti popular carik setelah gosip liar bertebaran di media. Nadine Tasyrif semakin tersepit lalu mengambil keputusan untuk menghilang. 

Kehadiran NILLA, si budak garang yang bekerja sebagai pembantu butik membuatkan perasaan Zein Asyraff, si jurukamera berperwatakan selamba mula kucar-kacir. Tapi semakin Nilla garang, semakin dia suka.

 “Awak jangan macam-macam. Awak datang sini nak tempah baju atau nak tempah kemarahan saya? Kalau tak ada apa-apa urusan, baik awak keluar sebelum saya bertukar jadi manusia mutan dan siat kulit awak guna gunting ni! Awak pilih!” – NILLA. “Whoaaa... Relaks! Garang sangat ni kenapa? Makan apa? Tebuan?” - ZEIN ASYRAFF. 

ZEIN ASYRAFF… Kewujudannya ibarat bayang-bayang. Makin si gadis melarikan diri, makin dikejar oleh si jejaka sehingga si gadis mengambil keputusan untuk berhenti melangkah.

 “I serius ni, Nilla. I tak main-main. I betul-betul nak lamar you. Bukan untuk jadi kekasih tapi I nak you jadi suri hidup I, jadi isteri I dan jadi ibu kepada anak-anak I.” - ZEIN ASYRAFF. 

“Kalau awak berani dan gentleman, awak jumpa ibu bapa saya!” - NILLA.

 Namun, dalam misi mencuri hati si gadis garang, Zein Asyraff tidak sangka Nilla menyembunyikan sesuatu dalam hidupnya. Dan Nilla pula tidak menduga takdirnya membawa kepada peristiwa yang dia cuba lupakan. 

Apakah yang akan berlaku? Ke mana Nadine Tasyrif menghilang? Dan siapa Nilla si budak garang yang membuatkan Zein Asyraff bagai nak gila mengejarnya siang dan malam?


BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...