“Bos!”
Masuk
saja ke p
“You
pergi mana, bos?”
“Adalah.”
“I
tak suka dengar jawapan tu, bos.” Nada cekak pinggang ketika Aara melabuhkan
punggung di kerusi empuknya.
“Do I look like I care?”
“Ya
Allah. Tolonglah jangan buat I risau. You menghilangkan diri selama hampir
empat jam. Kereta pun you tinggalkan kat bawah. Telefon pun tak berjawab. You
ke mana?”
“Yang
you busy body sangat pasal I ada apa,
Nada?” nada bengang dihulur buat si PA yang nampak benar risaunya.
“Mestilah
I kena busy body pasal you. I kan PA
you. Semua urusan harian you, I kena ambil tahu. You tahu tak… berkali-kali I
kena jawab pada klien pasal you. Semua orang cari you. Meeting pun you tak masuk. Ni haa… berlambak-lambak cek, invois dan
kontrak yang you kena tandatangan.” Kelam kabut Nada hulur beberapa fail berisi
segala dokumen penting yang perlu diuruskan hari itu juga.
Aara
menyambutnya dan menyelak satu per satu. Selesai menandatangan kesemuanya, dia
mengembalikan fail kepada Nada. Tubuh disandarkan ke kerusi empuknya setelah
menekan butang interkom dan mengarahkan agar Mak Cik Rosnah masuk untuk
membersihkan bilik pejabatnya.
“Mak
Cik Ros, nanti jangan lupa sapu sekali si Nada ni.” Ujar Aara tanpa perasaan
setelah Mak Cik Rosnah masuk ke bilik itu.
Nada
yang baru menyedari sindiran Aara itu segera menghempaskan punggungnya ke
kerusi bertentangan Aara.
“You
perli I?”
Aara
ketawa kecil. Disusuli cebikan halus.
“Kejam!”
tambah Nada lagi sambil menggerutu geram. Apa malanglah nasibnya dapat bos kaki
buli macam Aara.
“Sebelum
I terlupa, I nak beritahu you. Adik kesayangan you ada kat dalam bilik
menunggu.”
“Ilman?”
“Yalah.
Siapa lagi adik yang you ada selain dia?”
“Dia
tak balik lagi?”
“Dia
call you ke? Sejak tengah hari dia
tunggu you kat sini.”
“Hisy!
Apa yang dia nak?” Aara mula tidak senang mendengar itu.
“Manalah
I tahu? I bukannya mind reader yang
boleh baca minda orang.”
“Habis
tu, mulut ada… tanyalah.”
“Apa
kata you yang bertanya sendiri? I malas nak masuk campur urusan keluarga you.”
Nada bangun. Berniat hendak berlalu keluar untuk menguruskan fail-fail kerja.
“You
nak ke mana tu?”
“Buat
kerjalah, bos. I bukan macam you tau. Suka curi tulang!” Nada gelak
mengekek-ngekek apabila Aara mencampakkan sebatang pen ke arahnya. Sempat dia
melayangkan ciuman nakal dari jauh lantas menghilang dari bilik pejabat Aara.
Aara
mendengus. Haih, apa lagi yang si Ilman ni buat di sini? Kalau datang jumpa dia
tak lain tak bukan nak bincang satu perkara saja.
Lambat-lambat
Aara menekan interkom, meminta penyambut tetamu mengkhabarkan kepada Ilman agar
datang berjumpanya di pejabat segera. Kurang satu minit, muncul Ilman di depan
muka pintu. Lelaki itu datang menayang wajah kelegaan apabila melihat Aara
sudah masuk ke pejabat.
“Baru
balik?”
“You
nak apa?” malas-malas Aara bertanya. Pakej dengan muka mengantuk ditayang.
Tanpa dipelawa, Ilman duduk di hadapan Aara.
“Kau
dari mana?” aju Ilman cuba mengorek cerita. Dia bukan tak tahu. Aara ni suka
berahsia semenjak hal itu. Payah kalau nak dengar sendiri Aara membuka mulut
bercerita apa-apa kepadanya selagi tidak ada sesiapa yang bertanya.
“Luar.”
“Lamanya?
PA kau kata…”
“Man…
terus terang aje. You nak apa datang pejabat I? Nak cerita pasal…”
Ilman
geleng-geleng. Sebelum Aara ungkit cerita pasal Tan Sri Rais, lebih baik dia
nyatakan tujuan sebenarnya datang ke sini.
“Aku
rindu kaulah.”
Aara
mencebik. Meluat dia mendengar kata-kata Ilman.
“Dah
jumpa I, kan? Dah tu… tunggu apa lagi? Baliklah.” Aara bangun. Malas hendak
melayan Ilman. Dia bimbang kalau-kalau Ilman sebut nama Tan Sri Rais di
depannya. Silap hari bulan, mood swing
datang melanda. Habis terbalik pejabat ini dibuatnya nanti.
Aara
bergerak mendekati jendela. Melemparkan pandangan keluar sana. Cuaca petang itu
agak cerah. Kenderaan bertali arus di jalanan. Hiruk pikuk kota kedengaran
nyaring membelah pendengaran.
Ilman
turut bangkit. Berdiri di sebelah Aara dan melemparkan pandangan ke luar sana.
Kocek sleknya diseluk. Tali leher juga diperbetulkan.
“Sampai
bila nak macam ni?”
“Macam
mana?” aju Aara berpura-pura tak faham.
“Dah
tiga tahun, Aara. Sampai bila nak lancarkan mogok dengan baba?” tidak boleh
tidak, Ilman sebut juga perihal Tan Sri Rais dan melupakan tujuan sebenarnya
datang bertemu Aara di sini.
Aara
mencebik. Mogok? Bila masa dia buat mogok?
“Kenapa
kalau dah tiga tahun pun?” sinis soalan dihulur.
Ilman
mendengus. Geram kadang-kadang dengan Aara ni. Keras hati sangat.
“Hari-hari
baba sebut nama kau. Dia rindukan kau.”
Aara
gelak mengejek. Sikit pun dia tak termakan dengan kata-kata pujukan llman. Ini
Ammara Surfina la. Ilman fikir dia mahu percaya bulat-bulat?
“Kalau
dia rindukan I, kenapa tak cari I?”
Ilman
garu belakang kepala yang tidak gatal. Penat sungguh dia hendak memahamkan
Aara.
“Ego
kan kau ni, Aara?”
Aara
berpeluk tubuh. Suka hati Ilmanlah mahu kata apa pun. Ego ke… bodoh ke… dia tak
peduli. Yang penting, dia takkan jejakkan kaki semula ke rumah itu dan bertemu
dengan Tan Sri Rais.
“Baliklah,
Man. Buang masa you aje datang ke sini semata-mata nak bercakap hal ni dengan
I.”
“Kau
halau aku?”
“Anggap
sajalah macam tu.”
“Degil!”
cemuh Ilman sebelum berlalu. Di muka pintu, sempat Ilman memanggil Aara.
“Jangan
sampai terlambat, Aara. Waktu itu, nak menyesal pun dah tak ada guna.” Pesanan
terakhir itu ditinggalkan Ilman lalu melangkah pergi.
Aara
yang masih tercongok di hadapan jendela hanya menghela nafas panjang.
“Tak.
Aku takkan menyesal.” Bisiknya perlahan.
***
“Bro,
sampai pun kau! Buat apa lama sangat dekat rumah tu? Takkan membuta kut?”
“Membuta
apanya? Ibu aku ada kat rumah. Dia baru sampai tengah hari tadi.”
Mirza
menjawab soalan-soalan Dhani dengan tenang. Ketika dia sampai di studio, dia
nampak Dhani sedang sibuk set up
perkakas untuk memulakan penggambaran. Beberapa pekerja di studio juga turut
sibuk melakukan kerja masing-masing.
“Muka
macam baru tertelan ubat gegat aje. Ada apa? Ibu kau bawa calon isteri lagi
ke?” teka Dhani sambil tersengih-sengih. Bukan dia tidak tahu cerita Mirza.
Puan Saadah kerap datang ke rumah Mirza. Kadangkala wanita itu bawa gambar
calon isteri Mirza untuk ditunjukkan kepada anaknya. Dan adakalanya dia bawa
terus calon isterinya ke sini semata-mata hendak mempertemukan mereka dengan
Mirza.
Dia
tahu pun daripada mulut Mirza sendiri yang kadangkala meluah perasaan. Dia
faham perasaan Mirza. Tapi, apa boleh buat. Sebagai kawan, dia hanya mampu
mendengar dan berdoa untuk Mirza.
“Kali
ni bukan pasal calon isteri.”
“Dah
tu?”
Mirza
ketap bibir. Sakit hati apabila dia memikirkan semula tentang Aara. Kurang asam
betul perempuan itu. Sudahlah membuat onar, tinggalkan tahi pula tu. Tak
pasal-pasal saja ibunya bertanya macam-macam tentang hubungannya dengan Aara
selepas wanita itu pergi tadi. Letih dia nak menjawab. Mujur dia berikan alasan
hendak ke studio atas urusan kerja, barulah Puan Saadah berhenti bertanya
macam-macam.
“Nantilah
aku cerita. Kita buat kerja dululah.” Sudahnya Mirza bagi arahan.
Lewat
malam itu, Mirza pulang ke rumah. Lupa sudah kepada Puan Saadah yang sedang
menantinya di sana. Masuk saja ke dalam, terlihat Naaz sedang sibuk berbual
dengan Puan Saadah.
“Ya,
ibu. Mirza ada awek, bukannya nak beritahu kita orang. Berahsia bukan main
lagi, bu.” Naaz sengaja membuka cerita tatkala menyedari Mirza sedang berdiri
di muka pintu.
Rafiq
yang baru keluar dari dapur sambil menatang dulang berisi 3 cawan kopi turut
menyampuk.
“Betul
tu, ibu. Tak ada siapa pun yang tahu dia ada awek. Dia kantoi pun lepas Naaz
jawab panggilan awek tu.”
“Tapi,
sayangkan Naaz? Kita tak sempat nak jumpa awek Mirza siang tadi. Macam mana,
bu? Approve ke tidak?” tambah Rafiq
lagi sambil menahan ketawa.
“Ibu
okey aje. Siapa pun pilihan Mirza, ibu setuju. Asalkan dia dapat jaga anak
lelaki tunggal ibu ni baik-baik macam ibu jaga dia.” Puan Saadah mengerling
kepada Mirza yang masih tercegat.
“Apa
yang ibu merepek ni?”
“Eh,
tak betul ke apa yang ibu cakap? Ammara tu baik, sopan, manis, lemah lembut,
pandai ambil hati ibu. Ibu berkenan. Ibu setujulah kalau dia jadi menantu ibu.”
“Bukan
calang-calanglah awek tu, ibu? Ada gambar dia tak?” soal Naaz mula nak
mengepoh.
“Apa
pula tak ada? Sebelum dia balik tadi, ibu sempat selfie dengan dia. Kejap ibu ambil telefon.” Spontan Puan Saadah
mencapai telefon dan menunjukkan gambar Aara kepada Naaz dan Rafiq.
“Pergh!
Cun siot!” puji Naaz.
“Seksi.
Gebu. Rambut perang macam mat salih celup. Ibu okey ke dapat menantu seksi
macam ni?” Galak Rafiq bertanya, semata-mata hendak memanaskan hati Mirza yang
kelihatan tak puas hati.
“Ibu
tak kisah macam mana pun rupanya. Selagi namanya manusia, ibu terima saja.”
“Ya
Allah, untungnya dapat bakal mak mentua macam ibu ni. Terima bakal menantu
seadanya. Ibu confirm ke Mirza tak
ada adik perempuan? Kalau ada, kahwinkan Naaz dengan dia. Boleh ibu?”
Puan
Saadah tergelak mendengar celoteh dan usikan Naaz yang agak gila-gila itu.
“Kalau
aku ada adik perempuan, kaulah orang pertama yang aku reject jadi adik ipar aku.” Mirza menjeling Naaz yang sibuk
mengunyah keropok ikan.
“Kalau
Naaz kena reject, kau ambil aku
ajelah jadi adik ipar kau!” Rafiq tiba-tiba menyampuk.
“Kau
pun sama. Dua kali lima dengan Naaz. Dah la… malas aku melayan kau orang berdua
ni. Ibu… Mirza naik dulu. Nak mandi kejap.”
Puan
Saadah menggeleng melihat Mirza berlalu.
“Bu,
tahun depan confirm kita makan nasi
minyak!” Naaz sambung ketawa. Seronok sekali berbual dengan Puan Saadah yang
peramah ini. Terubat sedikit kerinduannya kepada arwah ibunya yang telah
meninggal dunia lima tahun lepas.
“Kamu
pula… bila nak langsungnya?” soalan dibalikkan kepada Naaz, membuatkan lelaki
itu memuncungkan bibir.
“Orang
belum ada calon lagilah, bu. Ibu tolong carikan untuk orang boleh tak? Yang cun
macam awek Mirza. Tapi, kalau tak ada… muka macam Mira Filzah pun okey.”
“Banyaklah
kau punya Mira Filzah!” sebiji bantal melayang tepat ke muka Naaz. Rafiq
mencebir. Ceh! Muka macam berus jamban ada hati nak calon isteri macam Mira
Filzah. Tak sedar diri! Kutuknya dalam hati.
“Ibu,
nanti tolong kenalkan Fiq dengan mana-mana perempuan. Anak tok imam ke, anak
ustaz ke… tak kesah. Asalkan cantik dan menutup aurat.”
“Pergh!
Dia punya tahap tak sedar diri tu bukan main tinggi mengalahkan Menara KLCC.
Sembahyang pun seminggu sekali ada hati nak jadi menantu tok imam. Piirahh!”
cebik Naaz sambil ketawa.
“Habis
tu, kau ingat kau layak dapat perempuan macam Mira Filzah? Muka tak siap, ada
hati nak beristerikan perempuan cantik. Ceh!”
Puan
Saadah tersengih-sengih mendengar celoteh dua sahabat anaknya itu. Ada-ada
sajalah mereka berdua ni. Lambat-lambat Puan Saadah merenung telefonnya.
Membelek gambar milik Aara yang sempat dirakam siang tadi. Manis. Semanis gula
senyuman gadis itu. Tak sabar rasanya nak balik kampung dan beritahu
orang-orang kampung yang dia sudah ada calon menantu dari Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment