Jantung Puan Mumtaz seakan-akan mahu berhenti berdetak setelah telinganya denga jelas menangkap ayat-ayat yang terlantun keluar dari bibir anak gadisnya yang sedang enak melepak di sofa dalam ruang tamu.Ketika itu,tangannya ligat menyusun pasu-pasu hiasan yang berada di dalam almari kaca.Mata terus membulat dan tangan yang ligat tadi berhenti mendadak.
Tubuh yang sedang enak melepak di atas lantai terus dibawa mendekati
sofa yang diduduki oleh Farhah.Jelas yang Farhah cuma tayang muka
selamba bagai tak ada apa-apa perasaan sambil mengunyah epal
merah.Siap boleh bersandar senang hati lagi di penyandar sofa.”
“Kau cakap sekali lagi apa yang kau sebut tadi?Mak tak berapa nak
dengarlah!”suara Puan Mumtaz meninggi.Lengan baju kurungnya juga
telah siap disinting di kedua-dua belah tangan sehingga paras siku
sambil merenung wajah Farhah di depan bagaikan emak singa menunggu
masa nak menerkam mangsa.
Suara Puan Mumtaz yang ala-ala macam jurulatih taekwando memberi
arahan pada anak-anak buahnya sedikit pun tak menggentarkan hati
Farhah sebaliknya dia sekadar terjungkit kening,mengunyah lagi sisa
epal di tangan dan terus menghalakan matanya ke kaca televisyen di
depan.Betul-betul macam tak ada perasaan.
Gelagat Farhah benar-benar membuatkan Puan Mumtaz segera henyakkan
tubuhnya ke sebelah Farhah sebelum menarik rakus bahu perempuan itu
sebelum jari telunjuk naik ke muka Farhah,mengisyaratkan agar Farhah
mengulangi lagi apa yang telah dituturnya tadi.
Farhah melepas nafas panjang dan berat.Sisa epal dalam mulut ditelan
lalu menekur roman wajah ibunya di sebelah.
“Far cakap Far nak bercerai!”
“Apa kau kata?”Puan Mumtaz menguatkan suaranya.Pedulilah kalau
sampai jiran-jirannya terdengar.Sekarang ini,apa yang penting dia
mahu membasuh anaknya cukup-cukup.Tiba-tiba rasa geram dengan Farhah
yang bereaksi seperti tak ada apa-apa sedangkan perkataan yang keluar
dari mulutnya tadi membuatkan Puan Mumtaz sendiri hampir semput.Nak
luruh dan gugur dah jantung ni!
Farhah berdecit halus.Epal di tangannya diletakkan saja di atas meja
kopi di depan lalu tangan digosok-gosok sesama sendiri sebelum
menginjakkan diri sedikit menjauh dari Puan Mumtaz.
“Mak,Far belum pekak lagilah.Suara mak tu boleh dengar sampai
hujung taman ni tau!”dia memprotes terang-terangan tapi mata tetap
dihala ke depan bagaikan rancangan yang sedang bersiara di televisyen
sekarang sangat menarik perhatiannya berbanding Puan Mumtaz di
sebelah.
Farhah jeling sedikit wajah Puan Mumtaz.Ternyata wanita itu terus
merenungnya bagaikan dia seorang pesalah jenayah berat yang sedang
menunggu masa untuk menerima hukuman.
“Aku tak puas hati ni,kau ulang balik apa yang kau cakap tadi.”
“Mak,janganlah pura-pura tak dengar!Far dah cakap lebih dari dua
kali dah.Nak Far buat siaran ulangan ke?”Farhah menjungkitkan
kening.
Puan Mumtaz di sebelah rasa macam nak piat saja kuat-kuat telinga
anka perempuannya walaupun usia Farhah sudah tidak layak menerima
hukuman sebegitu.Masa kecil-kecil dulu seronoklah dia piat telinga
Farhah jika dia berbuat salah tapi ini dah besar panjang,umur dah nak
masuk 29 tahun.
“Eh,Farhah...kau jangan nak main-main tau!Jangan nak buat lawak
depan mak!Kau ingat kau tu tengah on air dalam rancangan komedi ke
apa?”tengking Puan Mumtaz dengan suara kuat.Farhah melepaskan nafas
berat.Penat betul bercakap dengan emaknya yang seorang ini.Benda
senang saja pun.Dah terang-terang dia beritahu tadi.Bukan
sekali,bukan dua kali tapi lebih daripada itu dia beritahu pada Puan
Mumtaz dan dia yakin yang emaknya itu memang mendengar dengan jelas.
“Mana ada Far main-main,mak.Far serius ni!”
“Ya Allah,apa kena dengan kau ni Farhah?”Puan Mumtaz memegang
kepalanya dengan kedua-dua belah tangan sambil menayang muka
berkerut.
“Tak ada apa-apa.”
“Tak ada apa-apa konon!Kalau tak ada angin,tak ada ribut...apsal
tiba-tiba nak bercerai berai pula ni?Kau jangan buat pasal,Farhah!”
“Buat pasal apa,mak?Far cuma cakap pada mak yang Far nak
bercerai.Itu aje.”Farhah masih beriak selamba sedangkan Puan Mumtaz
sendiri dah seperti kucing hilang anak saja.
“Kau cuba cerita dengan mak
betul-betul.Apa kes sampai kau nak bercerai ni?Kau gaduh dengan
Muhsin ke?”bahu Farhah ditarik laju.Mata menjegil pandang
Farhah.Hatinya tidak
senang mendengar perkhabaran Farhah yang mahu bercerai dengan
suaminya Muhsin.Entah apalah kenanya budak berdua ni.Elok-elok aje
hidup sebagai laki bini tiba-tiba nak bercerai pula!
“Apa kes sebenarnya ni?Muhsin ada simpan perempuan lain ke?”tebakan
Puan Mumtaz membuatkan Farhah mencebik.Laju saja dia menggeleng lalu
memeluk tubuh.Mata sengaja dilarikan dari wajah Puan Mumtaz.Ini yang
kadang-kadang dia rimas dengan gelagat emaknya ni.Suka betul buat
bagi reaksi yang menakutkan seperti ini pada hal dia cuma beritahu
dia nak bercerai.Bukannya dia beritahu yang dia sakit atau apa-apa.
“Dah tu,kau yang ada jantan lain?”ayat Puan Mumtaz yang serkap
jarang membuatkan Farhah berdecit-decit kasar,memprotes.
“Ada ke situ pula mak ni.Far ni masih waraslah,mak.Masih ada akal
dan tahu beza hukum hakam.Takkanlah Far nak buat perkara tak senonoh
macam tu!”
“Habis tu,kalau dah Muhsin sendiri tak ada perempuan lain dan kau
pun tak pasang jantan lain kat belakang dia,apa hal yang kau orang
berdua nak bercerai?Orang...kalau ada akal,tak adanya nak buat
perkara bodoh macam ni.”bebelan Puan Mumtaz masuk terus ke telinga
Farhah.Tapi dia cuma kaku di sofa seakan-akan sedang tercampak dalam
sebuah dimensi yang berbeza dengan emaknya.
“Hoi,cik kak!Kau dengar tidak apa mak tanya ni?”paha Farhah
ditampar kasar dek tangan puan Mumtaz yang berisi sehingga Farhah
terkejut.
“Sakitlah mak.”pahanya digosok-gosok sambil buat muka.
“Kalau dah tahu sakit,soalan mak kau ni jawablah!”Puan Mumtaz
mengetap bibirnya menahan geram.Ikutkan hatinya,nak saja dia bagi
ceramah percuma mengenai rumahtangga pada Farhah tapi dia mesti
mendengar apa masalah anak menantunya sampai nak bercerai berai
begini.Terkejut sungguh tapi dia tak berpuas hati dengan reaksi
anaknya.Boleh dia buat muka selamba!Hei,nak kena ketuk ni!
“Entah.”
“Entah?”menjegil mata Puan Mumtaz.
“Mungkin kami dah tak ada persefahaman dah kut?”
“Kau ni biar betul,Farhah?Itu saja alasan kau nak bercerai dengan
Muhsin?Eee...kau ni betul-betul buat mak sakit hati ajelah!”
“Apsal pula?”Farhah tenung muka Puan Mumtaz dengan perasaan
pelik.Eh,mak aku ni.Tak puas hati apa lagi?
“Kau ada sembunyikan apa-apa daripada mak ke?Baik kau cakap apa
sebenarnya punca kau dengan Muhsin nak bercerai?Takkan dah tak ada
persefahaman pun dah ambil keputusan nak bercerai?Tak masuk akal
betullah!”
“Betullah,mak.Kalau dah tak ada persefahaman,buat apa nak teruskan
hubungan yang dah retak menanti belah ni.Kalau Far ke kiri dia ke
kanan,tak sama haluan...kan lebih elok aje berpisah.Tak ada siapa
yang akan sakit hati nanti.”
“Senang saja kau bercakap ya?Buat muka macam tak ada perasaan.Kau
ingat perkara cerai berai ni perkara mainan ke?Ni siapa yang mulakan
dulu?”
“Far tahu perkara ni bukan perkara kecil.Tapi Far dah fikir
masak-masak dan kami berdua pun dah bersetuju.Jadi,kami berdua ambi
keputusan untuk berpisah.Tak ada jalan lain lagi dah!”
“Oh,waktu buat keputusan nak bercerai boleh pula kau orang berdua
ada persefahaman.Hah,eloklah tu.Dua-dua dah bersetuju nak
bercerai.Dulu masa kahwin,bukan main tak ingat dunia.Buat majlis
besar-besaran,gah bukan main sampai boleh masuk Malaysian Book of
Records.Apa orang sekarang kata,Wedding of The Year?Hah,sekarang nak
bercerai berailah pula!Hei,Farhah...Farhah...kau dengan Muhsin fikir
perkara kahwin cerai ni perkara main-main ke,hah?Bila
suka,kahwin...bila tak suka,bercerai.Macam tu?”Puan Mumtaz dah nak
buat amukan pada anaknya.Geram sungguh.
“Janganlah diungkit benda yang dah lepas,mak.Far tahu masa Far
kahwin dulu,dah banyak duit berhabis untuk majlis tu.Tapi apa yang
jadi sekarang ni bukan kehendak Far atau pun dia.Kami sama-sama tak
pernah fikir perkara macam ni akan berlaku.Tapi kita kena berbalik
kepada kehendak takdir,kan mak?Far dah berusaha sehabis daya nak
selamatkan perkahwinan kami tapi jalan penyelesaiannya tetap tak
ada.Kami memang dah tak boleh hidup sebagai pasangan suami isteri
lagi.Memang dah tak boleh.Far hanya nak bercerai dan mulakan hidup
baru.Itu saja.”balas Farhah mendatar.
Tangan Puan Mumtaz pantas diraih dan menggenggamnya kemas-kemas.Anak
mata wanita separuh abad itu ditenung meminta pengertian.
“Far cuma nak sokongan daripada mak dengan ayah aje sekarang ni.Far
nak restu mak ayah.”
“Apa kau merepek ni?Restu apa?Restu nak jadi janda?”tempelak Puan
Mumtaz sambil menarik tangannya dari genggaman Farhah.Marah betul
dia.Nak saja dia luku-luku kepala Farhah.Ini mesti buat keputusan
dalam keadaan sedang marah.Mesti tak fikir panjang gamaknya.Apa,dia
ingat senang nak galas status janda?Umur tak cecah tiga puluh tahun
dah jadi janda.
“Tak kisahlah mak...nak jadi janda ke,balu ke...kalau dah itu
takdir untuk Far,nak buat macam mana lagi,kan?”Farhah jawab pasrah.
Sebenarnya,hatinya sakit bila mendengar perkataan janda meniti di
bibir sendiri.Tapi dia dah tekad,nak jadi apa pun jadilah.Yang
penting,niatnya untuk bercerai tetap diteruskan.
Puan Mumtaz mendengus deras lalu meraup kepalanya.Susah benar kalau
ada anak seperti Farhah.Kalau dah hitam katanya,hitamlah.Tak adanya
nak jadi putih,kelabu,biru,merah atau sebagainya.Pening kepala
dibuatnya.Ini mujurlah dia anak anak seorang,kalau dia ada anak yang
lain tak tahulah kerenah yang macam mana lagi dia nak menghadap.
“Mak dah tak tahu dah nak cakap apa lagi pada kau.Kau tu dah
besar,kalau mak membebel panjang berjela nanti kau kata mak tak
sporting.Mak sekolahkan kau nanti kau cakap kau dah cukup bijak
pandai.Sekarang ni,mak nak kau fikir dalam-dalam sebelum buat
tindakan melulu.Umur kau tu pun bukannya muda lagi.Dah nak masuk 29
tahun.Dah boleh fikir yang mana baik dan yang mana buruk.Jangan buat
keputusan yang akan memakan diri sendiri nanti.”sesaat
kemudian,Puan Mumtaz terus berlalu meninggalkan Farhah sendirian di
ruang tamu.
“Mak,Far tetap nak bercerai!”pekiknya.Bertekad.
***
Puan Adibah menuju ke bahagian luar rumahnya,ke kawasan kolam renang
sambil membawa segelas air yang baru siap di bancuh.Hati masih tak
sudah berdongkol geram sebenarnya tapi dia gagahkan juga diri agar
tidak cepat melatah.Ikutkan hatinya,nak saja dia simbah air sejuk
dalam gelas di tangan ke atas kepala anak lelakinya yang enak melepak
di hadapan kolam renang sambil buat gaya macam pelancong di tepi
pantai.Siap dengan baju bunga-bunga,seluar pendek,topi besar di atas
kepala dan kaca mata hitam yang elok tersangkut atas batang
hidungnya.
“Air,Sein.”tegurnya sambil menghulurkan gelas kepada Muhsin.Puan
Adibah mengambil tempat di kerusi sebelah Muhsin sambil merenung
wajah lelaki itu yang napak tenang-tenang saja.
“Terima kasih,ibu.”ceria betul Muhsin membalas sambil mencapai
gelas dari tangan Puan Adibah.Air disisip sedikit sebelum meletakkan
gelas ke atas meja kecil di tepi kerusi santainya sebelum dia kembali
merehatkan diri dengan meletakkan kedua-dua tangannya ke belakang
kepala.
“Kau cuti berapa lama ni?”soalan Puan Adibah memang
disengajakan.Sejak lebih sejam yang lalu anaknya singgah ke sini,dia
cuma diberitahu yang Muhsin bercuti hari ini.Tapi dari gayanya macam
nak bercuti lama saja.Dia tahu anaknya itu sentiasa sibuk dengan
kerja.Hari Sabtu pun sibuk di pejabat.Itu yang dia rasa pelik sedikit
bila tiba-tiba saja muhsin datang ke sini dan beritahu yang dia cuti
sedangkan dua tiga hari lepas Muhsin asyik sibuk dengan urusan
pejabat yang dia sendiri pun kurang faham.
“Tiga hari.Hari Selasa Sein masuk pejabat semula.”
“Sepanjang cuti ni,nak tinggal kat sini ke?Tak nak balik rumah?”
“Nak balik rumah buat apa,ibu?Tak ada apa pun kat sana.”
“Amboi,habis tu yang bini kau tu apa?Nak biar Farhah seorang diri
kat sana?”
Muhsin selak topi besarnya lalu melurutkan kaca matanya sebelum
tenung wajah Puan Adibah cermat.Seketika,keningnya mula bercantum
rapat.
“Pergilah balik.Waktu-waktu cuti macam nilah patutnya kamu berdua
meluangkan masa bersama.Isi masa lapang berdua.Paling tidak
pun,bawalah Farhah berjalan-jalan.”cadangan Puan Adibah mendapat
cebikan halus dari Muhsin.
“Hah,apa hal tayang muncung macam tu dekat ibu?”
“Nak bawa Farha berjalan-jalan apanya ibu.Dia dah balik rumah mak
dia dah.”
“Hei,ibu tak fahamlah dengan kamu berdua ni.Seorang ke sana,seorang
ke sini.Apa kata kau pergi rumah mak mertua kau tu dan ambil Farhah
bawa balik.Bincang elok-elok masalah kau orang tu.Jangan biar macam
ni,nanti melarat.Benda masih boleh dibawa berbincang,Sein!”Puan
Adibah cuba bagi cadangan.Sejak diberitakan oleh Muhsin yang anaknya
itu mahu bercerai,hatinya tak sudah berdoa semoga tak ada apa-apa
yang tak baik akan berlaku.
“Tak ada benda yang boleh dibawa berbincang dah ibu.Persetujuan dah
dicapai.Sein dengan Farhah akan bercerai tak lama lagi.”
Puan Adibah mengalihkan posisi tubuhnya.Ikut hati nak saja dia tarik
anaknya dan tolak masuk dalam kolam.Tayang muka selamba macam tak ada
apa-apa masalah sedangkan dia baru saja buat keputusan untuk bercerai
dengan isterinya.
“Hei,kau ni...geram pula ibu dengan kau nilah!”Puan Adibah
mengepal-ngepal penumbuknya sambil mengetap gigi menahan rasa.
“Kau dah fikir masak-masak ke Sein?Kau jangan buat main benda
kahwin cerai ni boleh tak?”
“Mana ada Sein buat main,bu.Sein serius ni.”
“Habis tu kau betul-betul nak bercerailah ni?”
“Dah itu yang Farhah nak.Sein ikutkan aje.”
“Hoi,Sein!Kau ni kalau tak fikir yang kau tu dah besar
panjang,memang ibu ketuk kuat-kuat kepala tu.Bercakap ikut sedap
mulut saja.Apa kata Farhah kau ikut saja,habis tu apa peranan kau
sebagai suami dia?Jadi pak turut?Menonong ikut kata bini.Dia minta
cerai,kau nak bercerai.Esok-esok kalau dia suruh kau terjun
lombong,kau buat jugalah macam tu?Hei,ini kalau abah kau tahu
ni...sampai hujung tahun kau tak tidur lena dengar tazkirah dia.Kau
dah fikir habis-habis ke pasal hal ni?”
“Sein dah buat keputusan dah pun ibu.Tak ada apa yang boleh diubah
lagi.”
“Hei,kepala batu betul!Dah tak ada jalan lain lagi ke nak
selamatkan rumahtangga kamu berdua?Kahwin tak sampai dua tahun dah
nak bercerai.Kau fikir hal kahwin cerai ni macam makan ais kacang?”
Muhsin hanya tersengih mendengar bebelan Puan Adibah seakan
bebelannya itu bagaikan sebuah melodi yang membuai jiwa.Tambahan pula
cuaca di luar cantik,duduk pula di depan kolam renang.Bertambahlah
terbuai jiwanya.
“Ibu bercakap kau boleh sengih.”
“Tak adalah.Dengar ibu bercakap,rasa nak layan tidur kat
sini.Syok!”
“Banyaklah kau punya syok.Sudah,ibu tak kira...kau pergi ambil
Farhah kat rumah mak mertua kau dan bawa dia balik.Kau berdua pergi
berbincang elok-elok masalah kau berdua.Selagi boleh selesai,kau
selesaikan.Jadi seorang lelaki yang matang sikit Sein.Jadi manusia
yang tegas.”
Muhsin sisip air lagi dari gelas lalu bersandar enak kembali ke
kerusi dan menarik topi besar ke hadapan sehingga menutup keseluruhan
wajahnya.Terasa indah betul kalau tidur di luar begini.
“Sein!Ibu bercakap ni kau boleh buat derk aje.”bahu Muhsin
laju saja kena tampar oleh Puan Adibah sehingga dia mengaduh sakit.
“Pergilah bawa balik Farhah tu ke rumah kau orang berdua.Pujuk
isteri tu...”
“Nak buat apa,bu?Buang masa ajelah.Baik lagi Sein lepak kat sini
sambil dengar ibu membebel.”
“Astagfirullahalazim,Sein!Kau nak ibu campak kau masuk dalam kolam
kat depan ni ke?”
“Sein sanggup kena campak masuk kolam seribu kali daripada Sein
kena ambil Farhah dan bawa dia balik ke rumah Sein.”
“Apalah yang kau merepek ni,Sein?”Puan Adibah dah tayang wajah
mencuka.Nak gugur jantungnya dengar kata-kata Muhsin.Ini kalau tak
diikutkan rasa sabar,memang betul-betul dia buat apa yang dia
canangkan sebentar tadi.
“Sein tak merepek,ibu.Sein malas nak pergi rumah mak dan hadap
Farhah tu.Ibu tahulah dia tu macam mana.Lagipun,kami berdua dah
bersetuju dan dah capai kata sepakat.Sein harap sangat yang ibu tak
halang keputusan kami ni.Sein cuma nak buat yang terbaik untuk diri
Sein.Itu aje,ibu.”sambil muka bertutup dengan topi,dia masih mampu
bercakap lagi.
Puan Adibah tenung dalam-dalam anaknya lantas melepaskan satu nafas
berat.
“Kau masih sayang Farhah?”
“Apa soalan macam tu yang ibu tanya pula?”Muhsin selak
topinya,mencari bebola mata Puan Adibah.
“Kau sayang dia lagi tidak?”tekan Puan Adibah tapi Muhsin hanya
membiarkan saja pertanyaan itu tergantung dan terus menikmati suasana
damai di tepi kolam renang.
No comments:
Post a Comment