Saturday, 24 January 2015

Mesej Cinta Terakhir : I Love You 2

Farhah elok saja melepak di hadapan televisyen ketika telefon bimbitnya berbunyi.Ada satu pesanan baru masuk ke peti inboxnya.Dengan perasaan yang malas,dia buka dan baca pesanan tersebut.
‘Awak tak balik ke malam ni?’
SMS daripada Muhsin membuatkan Farhah mencebik.
“Huh,apsal pula sibuk tanya aku balik rumah ke tidak?Dah rindu aku sangat ke apa?”
Telefon dipandang sebelum skrin ditekan-tekan.Farhah meleretkan satu senyuman sinis lantas mencampakkan saja telefon ke sofa di sebelahnya.
Tit!
Satu pesanan masuk lagi.Farhah tahu itu pasti daripada suaminya lagi.
‘Jangan nak perasan sangat.Saya cuma nak tahu sebab awak tu masih di bawah tanggungjawab saya.Tak mahu nanti kena cop suami dayus pula!’
SMS daripada Muhsin kali ini benar-benar membuatkan Farhah panas hati.Tadi,sebelum dia menerima SMS Muhsin,sedap saja dia bantai suaminya itu.Sekarang,kena balik ke muka sendiri.Bibir diketap rapat.Hati tengah panas meluap-luap.Satu SMS dihantar lagi membalas kepada Muhsin.
‘Dahlah,tak payah nak SMS saya sangat.Esok petang saya balik rumah.’
Farhah mula membebel-bebel geram.Tak puas hati lagi dengan Muhsin.
‘Nak saya ambil awak atau macam mana?’SMS dari Muhsin masuk lagi.
Farhah mengeluh deras.
“Apsal dia ni sibuk sangat duk main hantar SMS?”dengan rasa tak puas hati,Farhah tekan saja nombor Muhsin dan menunggu masa nak sembur lelaki itu.
“Encik Muhsin,awak tak payah susah-susah nak datang ambil saya kat rumah mak saya.Saya boleh balik sendiri.Bukannya saya tak ada kudrat nak bergerak sendiri.Dan awak jangan sibuk-sibuk nak hantar SMS lagi pada saya nak bertanya macam-macam.Tak payah nak ambil hati saya sangat!”laju saja perkataan keluar dari mulut Farhah tanpa sempat pun Muhsin berkata apa-apa.
Eh,hello cik adik!Awak ni dah kenapa?Saya cuma bertanya aje tapi yang awak nak emo tak pasal-pasal kenapa?Datang period?”
“Suka hati sayalah nak emo atau apa.Peduli pula awak,kan?Ni...sekali lagi saya nak pesan,tak payah nak tunjuk prihatin sangat.Saya tahu status saya,jadi awak jangan nak pandai-pandai fikir yang bukan-bukan.Kalau saya nak ke mana-mana nanti,saya mintalah izin daripada awak.Senang,kan?”
Okay,fine!Suka hati awaklah.”
Talian telefon terus mati meninggalkan Farhah keseorangan melayan perasaan bukan-bukan.Telefon sekali lagi dicampak ke atas sofa.
“Eee...serabutlah dia ni.Buat spoil mood aku ajelah!”
Farhah menggosok-gosok kepala,sekadar cuba mencari perasaan sendiri.Petang-petang begini,bergaduh mulut dengan Muhsin melalui telefon buat dia rasa tak senang duduk.Mood melayang-layang entah ke mana.Nak melayan rancangan di televisyen pun dah tak berperasaan.Jam dinding dikerling laju.Dah dekat pukul 3 petang.Apa yang boleh dia buat seorang diri di rumah emaknya ini?Puan Mumtaz dah keluar sejak tengah hari tadi.Encik Farouk pula dua hari tak ada di rumah,ada urusan di luar daerah.Itu yang buat Farhah rasa macam orang bodoh saja balik ke rumah ibu bapanya ni.
Telefon bimbitnya ditarik semula dan menekan-nekan skrin mencari nombor telefon seseorang.Seketika,telefon itu melekap cermat di telinganya.
“Hello,Elia.Kau free?Jom lepak!”
***

“ So…apa cerita kau dengan Muhsin?Dah ada penyelesaian?tiba-tiba Elia bertanya soalan sebegitu kepada Farhah ketika mereka keluar dari sebuah butik dalam mall dan menuju ke medan selera.Pertanyaan terus terang dari mulut Elia benar-benar membuatkan Farhah sesak dada sehingga dia rasa mood nya hilang begitu sahaja.Wajahnya berubah kelat.Langsung tidak ada secalit senyuman mahupun tawa serta keseronokan seperti tadi.Dia toleh pandang Elia lalu menjongketkan sedikit keningnya.Kemudian dia mencebik.

Penyelesaian?

Elia angguk lagi.

Cerailah jawabnya.”ujar Farhah selamba.

Elia mendengus kecil.Agak kecewa dengan keputusan Farhah.Sebenarnya dia tidak sangka akan begini jadinya hubungan Farhah dan Muhsin.Dulu,mereka cukup dikenali sebagai pasangan secocok dan serasi.Ramai teman-teman mereka menggelarkan Farhah dan Muhsin sebagai Loving Couple.Bertahun-tahun mereka menyulam kasih ketika masih menuntut di universiti,bercinta bagai nak rak dan buat majlis perkahwinan pun gilang gemilang bagaikan selebriti popular tapi sudahnya,keadaan ini yang terjadi akhirnya.Perceraian!

Elia tak menyangka yang Farhah dan Muhsin akan mengambil keputusan yang bodoh begini.Baginya,mereka masih boleh berbincang dan selesaikan apa-apa juga masalah mereka berdua elok-elok.Bukannya mengambil keputusan untuk berpisah.Sayang sungguh dengan hubungan yang dah lama terjalin ini.Di mata Elia,Farhah dan Muhsin adalah pasangan yang sangat romantis dan bahagia.Entah apa yang tidak kenanya,Farhah tiba-tiba beritahunya yang dia dan Muhsin akan bercerai.

“Cik kak oi,bercerai tu bukan satu penyelesaian tau.”Elia berjeda sambil tenung wajah Farhah yang kadang-kadang serupa orang tak ada perasaan.

“Kau yakin ke dengan keputusan kau ni?”

“Yakin.”Farhah angguk-angguk sambil melilaukan matanya memerhati ke sekeliling medan selera yang agak ramai manusia itu.

“Kau dah fikir habis-habis?Takkan tak ada jalan lagi untuk pulihkan hubungan kau dengan Muhsin?”

“Aku dah fikir habis-habis dan bercerai adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk pulihkan hubungan yang dah tak ada apa-apa makna ni.”balas Farhah selamba.
Elia terjungkit kening.Agak terkejut dengan kenyataan yang baru keluar daripada mulut Farhah.Eee...ikut hati nak saja dia luku kuat-kuat kepala Farhah ni.

“Tak ada makna kau kata?Habis,selama ni apa maknanya hubungan kau orang?Dekat sepuluh tahun kau bercinta dengan dia,dah faham hati budi masing-masing,lepas tu kahwin pula dah nak masuk dua tahun...takkan tak ada makna?Banyak masa kau habiskan dengan dia,masih tak ada makna?”Elia sudah mula nak membentak.

“Itu dululah,Elia.Kisah dah lepas.Tak ada apa lagi nak dikenang.Sekarang hati aku ni dah tawar.Tak ada rasa lagi untuk teruskan hubungan kami.Aku sedar yang aku dengan dia memang dah tak boleh hidup bersama lagi.Kami dah tak boleh sebumbung.Lebih baik aje kami berpisah dan bawa haluan masing-masing.Mungkin dengan cara tu kami akan temui kebahagiaan.”

Elia hampir saja semput mendengar omelan Farhah yang baginya bila bercakap langsung tak pakai akal fikiran.Farhah hanya tahu menggunakan emosi dan perasaannya saja.Inilah yang jadinya bila dalam keadaan marah.Habis semua kenangan manis dan indah mahu dibuang begitu saja hanya kerana sebab yang Eia sendiri pun tak tahu.Sayang rasanya bila Farhah dan Muhsin membuat keputusna untuk bercerai sedangkan mereka masih boleh berusaha cuba menyelamatkannya lagi.

“Kau ni kan Far...kalau bercakap,langsung tak nak fikir masak-masak.Ikut hati kau aje.Kau sedar tak dengan tindakan yang kau bakal buat ni?”

“Apa maksud kau?”berkerut-kerut kening Farhah ketika dia baru saja nak duduk di sebuah kerusi berhadapan dengan meja yang baru mereka pilih.Agak terasing dari orang ramai.

“Kau dah fikir habis-habis apa kesannya bila kau bercerai nanti?Status kau akan berubah tau.Kau akan jadi janda!”Elia berteriak tapi Farhah sempat menampar tangan Elia yang duduk di hadapannya sambil buat isyarat agar tidak bercakap kuat-kuat.

“Apsal?Dah takut dengan gelaran tu ke?”sinis Elia menyindir.

“Aku tak takut.Janda ke,anak dara ke...sama saja.Apa,kau ingat saham aku akan jatuh ke bila aku dah jadi janda nanti?Hei,ini Farhahlah.”Farhah tepuk-tepuk dadanya,sekadar mempertahankan pendiriannya yang cuba digugat dek Elia.Elia mencebik sambil menjeling tajam.

“Huh,ego nak mampus!Sekarang ni bolehlah kau cakap macam tu...lepas dah bercerai nanti,bila kau terpaksa tanggung risikonya dan perlu berhadapan dengan dunia,baru kau tahu langit tu tinggi atau rendah.”

Kau nak kata yang janda ni low class lah?Gitu?”

“Aku tak cakap macam tu tapi kau tahulah apa persepsi masyarakat kita pada seorang perempuan yang bergelar janda.Mentaliti masyarakat kita masih tak berubah.Kau sanggup hadapinya?”

Tak kisahlah apa pun risikonya tapi yang aku tahu aku nak bercerai.Full stop!”Farhah sudah mula panas hati.Ini yang malas ni bila berbual dengan Elia tentang topik yang agak sensitif begini.Dia keluar dengan Elia pun sebab nak hilangkan bosan dan kembalikan moodnya yang hilang tapi Elia pula nak bagi ceramah macam pakar motivasi hal ehwal rumahtangga sedangkan Elia sendiri pun masih membujang sampai sekarang.

“Kau dah pergi kaunseling kat pejabat agama?”tiba-tiba Elia menyoal setelah masing-masing menyepikan diri.

Farhah menggeleng.

“Tak ada sebab aku nak ke sana,Elia.Kan aku cakap pada kau yang hubungan aku dengan Muhsin dah tak ada apa-apa makna jadi tak guna aku ke pejabat agama dan dapatkan khidmat nasihat dan bantuan.”
Elia mencerunkan mata memandang wajah Farhah yang masih beriak selamba.

Kau ni,degil tak sudah-sudah.Aku bukan apa,Far.Aku sayang kau tahu?Aku dah kenal kau dari sekolah lagi.Kita dah berkawan berbelas-belas tahun pun.Apa-apa yang terjadi pada kau,aku turut sama rasanya.Aku agak terkilan dengan apa yang terjadi antara kau dan Muhsin.Aku tahu yang aku ni tak layak bercakap soal hubungan suami isteri pada kau sebab aku sendiri pun masih single sampai sekarang tapi sebagai kawan baik kau,aku cuma nak lihat kau bahagia.Itu saja.Dan aku rasa keputusan kau untuk bercerai ni adalah keputusan yang paling bodoh pernah kau buat dalam hidup kau.Kau tak pernah fikir apa perasaan orang tua kau?Apa pandangan saudara mara kau bila kau dengan Muhsin berpisah nanti?Sedih Far...sedih sangat.”bening mata Elia hampir basah.Menggigil tangannya bila bercakap hal ini dengan Farhah sedangkan Farhah masih tayang wajah selamba bagaikan tak terkesan sedikit pun dengan apa yang dituturkan Elia.

“Tak payahlah nak sedih sangat.Yang nak bercerai tu aku,bukannya kau.Tapi kau punya reaksi macam kena tinggal dengan laki pula.”Farhah tayang senyuman sebelum tergelak kecil.

“Mestilah aku sedih sebab aku ada perasaan.Bukannya macam kau!”

Heh,dahlah.Aku nak pergi order makan.Kau nak makan apa?Aku tolong belikan.”Farhah bangkit mendadak dari kerusinya sambil tenung muka Elia yang dah suram.Kalau bercakap dengan Elia dan melayannya,silap-silap dia sendiri yang akan rasa sakit hati nanti.Bimbang perkataan Elia akan terbenam dalam hatinya dan membuatkan dia berubah hati nanti.Dia tak mahu.Keputusannya untuk berpisah adalah muktamad.

“Macam biasa.”Elia jawab mendatar dan membiarkan Farhah bergerak ke bahagian menjual makanan.
Meja di depan dihentak lembut sambil mengetap bibir.

“Kau ni memang degil sangat-sangat,Farhah!Ego!Jangan satu hari nanti kau menyesal dengan keputusan yang kau buat sudah!”gumam Elia melepas rasa sambil menghantar kelibat Farhah melalui ekor matanya.
***

Seperti yang dicanangkan semalam kepada Muhsin,petang ini juga dia sampai ke rumah mereka.Kalau ikutkan hati,memang tak ingin dia balik ke sini dan menghadap muka suaminya itu tapi apa boleh buat.Esok dia kerja.Tak mungkinlah nak bermastautin di rumah emaknya untuk berulang alik ke pejabat.Tak mahu nanti dikatakan yang dia dan Muhsin sengaja nak timbulkan masalah.Selagi Muhsin belum lafaz kata cerai,dia masih isteri lelaki itu.Dan dia tidak akan keluar dari rumah ini selagi tak disuruh.

Pintu rumah ditolak.Dia tahu yang Muhsin tak ada di rumah.Keretanya tak ada di halaman.Lega sikit rasa hatinya.Kalau suaminya itu ada,pasti mereka akan bertengkar lagi.Buat sakit hati,sakit jiwa.Bilik tidur dituju.Lega sangat bila dia dapat menguasai keseluruhan ruang bilik tidur yang besar ini seorang diri.Tak ada orang yang akan bising padanya.Dalam hati dia berdoa semoga Muhsin pulang lewat.Boleh dia melepak dan layan perasaan sendiri di sini.

Tilam bersaiz king didekati dan dihumba saja tubuhnya ke situ melepas rasa.

“Ya Allah,nikmatnya!”pekik Farhah lalu menggolek-golekkan tubuhnya ke kiri kanan.Elok menggolekkan diri di situ dengan rasa bahagia,almari baju yang terletak di hujung bilik dipandang.

Farhah bingkas bangkit dan mendekati almari.Pintu dibuka dan menelek pakaian yang tergantung di dalamnya.Dagu diketuk dua tiga kali sebelum bercekak pinggan.Otak ligat memikirkan sesuatu.Kemudian,pakaian-pakaian yang bergantungan di dalam almari diselak satu demi satu.

“I need to do something!”bisik Farhah sambil menekur pakaian milik Muhsin yang bersatu dengan baju-bajunya di dalam almari.

Tak sampai seminit,Farhah terus capai kesemua baju-baju Muhsin yang tergantung di situ dan mengeluarkannya sebelum mencampakkannya ke atas katil buat sementara.Almari itu akhirnya dibersihkan dan hanya membiarkan pakaiannya yang berada di sana.Pakaian milik Muhsin diambil dan dibawa menuju ke bilik tetamu yang terletak bertentangan dengan bilik peraduannya.Tak mahu lagi berkongsi almari dengan lelaki itu.Dia tak mahu bau-bauan Muhsin melekat dan bersatu dengan baju-bajunya.

Bilik tidurnya dijejaki semula dan mengeluarkan semua barang-barang peribadi Muhsin dan memindahkannya ke bilik tetamu.Hampir sejam juga dia buat acara pembersihan sehingga dia benar-benar puas hati.

“Hmm...baru rasa dunia ni indah!”Farhah bersorak sambil memerhati ke sekeliling bilik.Namun otak jahatnya bertindak agresif sehingga mencipta idea-idea lain.

***

Muhsin melangkah masuk ke dalam rumah selepas waktu Maghrib.Cadangnya nak tidur saja di rumah ibunya malam ini memandangkan esok dia masih bercuti tapi mengenangkan yang isterinya sudah pulang ke sini,cadangan itu ditolak ke tepi.Dia tahu,walau macam mana pun hubungannya dan Farhah kini,dia tetap masih bertanggungjawab ke atasnya.Tak mahulah nanti dikatakan,belum lagi sah bercerai dah mula lepas tangan.

Tadi pun Farhah dah sibuk-sibuk SMSnya beritahu yang dia dah pulang.Rasa sejuk sikitlah hatinya dengan tindakan Farhah itu.Semalam baik punya mereka bertekak dalam telefon tapi dia yakin yang hati Farhah mungkin dah sejuk sedikit berbanding semalam.

Muhsin membawa beg baju yang dibawa ke rumah ibunya naik ke tiingkat atas.Perlahan-lahan saja dia menapak di anak-anak tangga sambil mula merencana agenda malam ini.Mungkin dia nak memasak untuk makan malam.Kalau Farhah tak mahu makan malam bersamanya pun dia tidak kisah.Yang penting,dia cuba buat baik dengan isteri sendiri.

Elok sampai di anak tangga teratas,Muhsin rasa yang kakinya terpijak sesuatu.Terus saja kaki kanannya diangkat dan menelek lantai.Dahinya tiba-tiba berkerut dengan seluruh perasaan dah mula berubah.Pelik.

Bebola mata dihala ke arah pita pelekat berwarna merah yang elok melekat di tengah-tengah laluan hadapan tangga.Pita pelekat yang melekat di lantai itu agak panjang,tak terpotong langsung.Ia menuju ke bilik peraduan mereka.
Muhsin melangkah mengikuti laluan pita pelekat tersebut sebelum berhenti di hadapan pintu bilik.Kakinya sibuk menguis-nguis pita pelekat yang dah tergam elok di atas lantai.Kemudian,mata terarah kepada satu lagi pita pelekat yang ditarik dari arah biliknya sehingga menuju ke bilik tetamu.

“Apa bendalah yang Farhah buat ni?Nak main zero point pun agak-agaklah!”bebelnya.Tangan pantas memulas tombol pintu bilik tapi terhenti.

“Farhah?”seru Muhsin sambil mengetup pintu bilik.Tak sampai sepuluh saat,wajah Farhah terjengul di hadapan pintu sambil tayang muka tak puas hati.Dengan mata terjegil,dia langsung bercekak pinggan di hadapan Muhsin seakan-akan protes.

“Apsal pandang saya macam tu?”
Farhah mengecil besarkan saja matanya memandang Muhsin di depan.Bibir diketap rapat menahan rasa.

“Awak buat apa kat sini?”

“Buat apa lagi?Nak masuk biliklah.Tepi sikit...”Muhsin cuba merempuh masuk ke dalam bilik yang sedang dihadang laluannya dengan tubuh Farhah tapi dadanya dah siap kena tahan.

Awak ni tak reti baca atau buta?soal Farhah kasar seakan menyindir.Muhsin angkat kening tanda tidak faham.Wajahnya usah dicakap,pelik habis!
Farhah angkat jarinya lalu tunjuk ke arah pintu.

No Entry? ucap Muhsin perlahan.Dia mendengus pula apabila sudah dapat menangkap maksud Farhah.

Apa maksud awak ni?”

No Entry tu maksudnya No Entry lah…tak faham ke?”jegil Farhah sengaja.Muhsin angkat tangan menyoal tanda masih tidak mengerti.Farhah menjeling halus.

Mulai hari ini,jangan berangan nak masuk ke dalam bilik ni ya.Bilik ni saya yang punya!

Hei cik adik…kalau saya tak masuk bilik ni…saya nak masuk bilik mana?Baju-baju saya,barang-barang yang lain semuanya ada dalam bilik ni.”pangkah Muhsin tidak puas hati tapi Farhah hanya tersenyum sinis.

Don’t worry…awak tak payah nak susah-susah sebab saya dah pindahkan semua barang-barang awak dari bilik ni.

What?suara Muhsin nyaring,masih tidak percaya.

Saya dah pindahkan ke bilik tetamu.Jadi mulai hari ini jangan pandai-pandai nak masuk bilik saya ni.Tengok ni…terang-terang ada tanda No Entry…faham?” sengaja Farhah kacip gigi sambil tunjuk kepada tanda No Entry,pura-pura garang di hadapan Muhsin.
Muhsin terkedu.Hati rasa bergelodak tiba-tiba bila Farhah sewenang-wenangnya buat keputusan seperti ini.Pandai-pandai saja Farhah mengeluarkan barang-barangnya dari bilik mereka dan pindahkan ke bilik tetamu.Sudah tu…letak pula tanda besar di pintu NO ENTRY!Urghh…nak kena ni!

Hei,suka hati awak aje nak pindahkan barang saya.Awak ingat awak tu siapa?Mem besar dalam rumah ni ke hah?”Muhsin mula meninggikan suara sambil mencampakkan saja beg yang berada dalam pegangannya sejak tadi ke lantai.Ikut hati nak saja dia picit-picit pipi Farhah sebagai amaran keras padanya.

Suka hati sayalah!”

Eee…geramnya aku!”Muhsin mula nak membentak.Habis rambutnya digosok-gosok dengan kasar sebelum tenung muka Farhah bagai nak menerkam.

Awak ni…suka bertindak ikut hati!Awak dah lupa ke saya ni siapa?Saya tuan rumah ni tau!Rumah ni saya yang punya.Awak pandai-pandai nak tentukan peraturan dalam rumah ni siapa suruh?” jerkah Muhsin menahan marahnya.
Farhah mencebik.Tidak takut langsung.

“Memang awak tu tuan rumah tapi saya berhak buat apa saja yang saya suka.Dan saya tak nak awak masuk bilik ni.Saya tak nak ada roomate!”

“Hei,awak jangan melampaulah!”

Melampau atau tidak,terpulang awak nak fikir apa.Tapi saya cuma nak awak tahu,mulai daripada hari ini...bilik ni saya yang punya seorang tau!”sengaja Farhah mengejek Muhsin,mengylangi semula nada kata yang Muhsin keluarkan tadi sebelum menutup pintu biliknya rapat-rapat dan membiarkan Muhsin termangu-mangu sendirian di luar.Muhsin terpana.Ah,kejamnya!

Laju sahaja tangan Muhsin mengetuk pintu bilik Farhah namun tiada langsung tindak balas.

Hei,Farhah!Bukalah pintu ni…keluar cepat!Saya tak puas hati dengan awak ni…keluar cepat!”

No Entry! jerit Farhah dari dalam bilik.Muhsin mengetap gigi,mengepal penumbuknya.Geram bukan kepalang.

“Farhah,buka pintu ni!Awak ni dah kenapa?Nak cuba-cuba jadi isteri derhaka ke?”sepantas kilat Muhsin menyembur dan sepantas kilat juga Farhah buka pintu dengan muka mencuka.Gaya Farhah tenung Muhsin serupa nak ajak masuk tomoi.

“Awak memang sengaja nak menyakitkan hati saya,kan?”

“Siapa yang menyakitkan hati siapa?Saya atau awak?”

“Saya tak kiralah awak nak fikir apa pun.Mulai hari ini saya tak nak tidur sebilik dengan awak.”Farhah memeluk tubuh dan mengeraskan diri sambil bersandar di pintu bilik.

“Hei,awak jangan nak mengada-ada ya Farhah.Kita belum sah bercerai lagi.Jangan nak pandai-pandai nak mengasingkan tempat tidur.Saya masih suami awak dan awak tu kena ingat yang awak tu isteri saya.”

Bergegar emosi Farhah mendengar hujah balas dari Muhsin.Dia ni kalau tak buat Farhah sakit hati satu hari memang tak boleh.

“Saya tahu kita belum sah bercerai tapi saya tak nak awak berlebih-lebih dengan saya.”
Tangan Farhah terus Muhsin rentap sambil tenung tajam anak mata isterinya.

“Awak takut saya berlebih-lebih dengan awak atau awak sendiri bimbang yang awak akan terlajak nanti?”

“Apa awak cakap ni?”

Hei,tolonglah jangan nak buat saya ni macam perogol bersiri.I’m your husband,Farhah.Selagi lafaz cerai tak berlaku,kita tetap perlu sebilik.”Muhsin mahu melangkah masuk selepas dia melepaskan tangan Farhah tetapi dadanya laju saja kena hadang oleh tangan Farhah.

Stop it,Muhsin.

Why?

“Saya dah tak nak sebilik dengan awak.Tak faham ke?”
Muhsin terus tergelak dengan Farhah.

“Apsal awak gelak?”

“Sebab awak ni kelakar.”

Just shut up,Muhsin!
Muhsin tergelak lagi.Dia buat tidak peduli dengan amaran Farhah sebaliknya terus menapak masuk ke dalam biliknya sambil menanggalkan butang T-shirtnya.

“Muhsin,awak ni memang manusia yang tak faham bahasa kan?”

“Buatlah saya faham!”

Farhah mengetap bibir.Laju dia mencapai tangan Muhsin dan cuba menarik lelaki itu supaya keluar dari bilik itu namun tak semena-mena saja tubuh Farhah hampir terlentang tetapi sempat ditahan oleh Muhsin sebelum Muhsin menolaknya bersandar rapat ke arah dinding berdekatan.

“Awak jangan nak macam-macam,Muhsin!”Farhah menolak dada Muhsin yang separuh terdedah sambil berpaling ke sebelah seperti takut memandang suami sendiri.

“Apsal?Risau ke?”

“Jangan nak lebih-lebih.”suara Farhah bergetar lain macam bila wajah Muhsin semakin mendekat dengan wajahnya.Sehingga dia berkeputusan untuk menutup saja matanya.
Terasa betapa dekatnya wajah Muhsin dengan kulit mukanya sehinggakan nafas lelaki itu sangat terasa di pipi dan wajahnya.Dadanya berdetak lain macam tapi tangan masih berada di dada Muhsin.

Stop,Muhsin.Stop!”suara Farhah hampir saja tenggelam sebelum Muhsin menjarakkan dirinya sambil ketawa.

Heh,baru test sikit dah cuak.Dulu tak ada pun nak takut sampai macam ni sekali.Saya tak sempat nak buat apa-apa,awak yang terkam saya dulu.”
Farhah menjeling geram.Berona merah mukanya.Rasa panas bila Muhsin sengaja membangkitkan cerita sebelum ini.Nafas terhembus kelegaan bila Muhsin dah jauh tapi tak semena-mena saja tangannya kena tarik dek Muhsin lalu dibawa melangkah ke luar bilik.

“Awak ni kenapa?”sempat lagi bahu Muhsin ditamparnya.

“Saya cuma nak tanya...apa kes pita pelekat ada atas lantai ni?Awak nak buat hiasan kat lantai pula ke?”

Farhah cuma jeling Muhsin dengan perasaan jelak.Tubuh dipeluk erat dan membiarkan Muhsin tertanya-tanya sendiri.

“Saya tanya awak ni.Dengar ke tidak?”

“Dengarlah.”

“Hah,dah tu?”Muhsin jeling sekejap pada Farhah sebelum merenung kembali pelekat yang melekat di atas lantai dengan pandangan pelik dan tak puas hati.

Apa semua ni,Farhah?Awak memang sengaja nak kotorkan lantai rumah saya ke?”soal Muhsin mahukan kepastian.Farhah menundukkan kepala memandang pada pita pelekat di lantai kemudian dia lepaskan satu ketawa kecil.

Oh,kalau awak nak tahu...pita pelekat atas lantai ni bertujuan untuk pembahagian kawasan.

“Pembahagian kawasan apa pula?”nak saja Muhsin buat amukan.Farhah ni,sejak kebelakangan ini memang melampau.Ada-ada saja perangainya yang buat Muhsin rasa geram padanya.

“Kawasan pemisah antara kita.”

“Eee...macam-macamlah awak ni.Awak fikir rumah saya ni medan pertempuran antara kita ke apa?Nak kena ada kawasan pemisah bagai.”

“Suka hati sayalah.Saya nak awak tahu yang kawasan di sebelah sini saya punya dan di sebelah sana awak punya.Jadi,awak jangan nak berani masuk ke dalam kawasan saya.Kalau tidak,siap awak!”Farhah bagi amaran sambil naikkan jari telunjuknya ke depan muka Muhsin tetapi Muhsin laju saja menepis jari Farhah sebelum menguis hidung sendiri.

Oh,dah pandai nak bahagi-bahagi kawasan?Apa,awak ingat kita ni dalam filem I’m not Single ke sampai kena buat kawasan pembahagi dengan pita pelekat?I’m warning you,Farhah.Kalau rosak lantai rumah saya ni,siap awak.Saya nak tuntut ganti rugi!”

“Kisah pula saya dengan ganti rugi?”Farhah mencebik dan menayang wajah menyakitkan hati.

Muhsin pegang dadanya.Penat betul bergaduh mulut dengan Farhah.Daripada dia buang masa melayan kerenah Farhah yang macam budak-budak ni,baik dia angkat kaki.

“Malaslah bercakap dengan awak ni.Buang masa!”cebik Muhsin melepas geram.Seketika.dia angkat kaki meninggalkan Farhah sendirian menuju ke bilik tetamu.Pasrah sajalah kalau mulai hari ini dia kena membiasakan diri tidur di sini.


No comments:

Post a Comment

BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...