Tuesday, 27 January 2015

Mesej Cinta Terakhir : I Love You 3


Suasana yang dingin membuatkan Muhsin mula menggeletar.Sejak malam tadi lagi,dia tak boleh tidur dengan aman.Bukan apa,dia tak biasa tidur di bilik tetamu tapi disebabkan kes dengan Farhah semalam,dia reda sajalah.


Rasa-rasanya dah lebih lima kali dia menggolek-golekkan tubuh ke kiri kanan katil cuba membangkitkan rasa mengantuk.Tapi tak boleh tidur.


Sudahnya,dia bangun di sepertiga malam dan bersolat serta membaca al-quran.Mudah-mudahan hati dan jiwa yang separa serabut ini berjaya diusir pergi.
Elok membersihkan diri,dia segera mengambil wuduk dan bersiap-siap untuk solat subuh.Pintu bilik tetamu ditarik dan mengintai keluar.Pintu bilik Farhah tertutup rapat sejak semalam.Dijengah pula ke bawah pintu bilik.Gelap.Pasti isterinya masih belum bangun.




Dekat pukul enam pagi dia sudah bangun,bersedia untuk bersolat subuh.Air paip dalam bilik air di dalam bilik tetamu dibuka.Tangan terketar-ketar menadah air yang betul-betul sejuk sehingga terasa sampai ke tulang hitam.Walaupun dia menggunakan air melalui heater yang dipasang,sejuknya tetap terasa.

Muhsin mula berkira-kira untuk mengejutkan Farhah supaya isterinya itu boleh bersolat jemaah dengannya tapi hati masih lagi teragak-agak.

“Solat jemaah lebih afdal daripada solat sendirian.Baik aku kejutkan saja dia.”bisik Muhsin setelah yakin yang Farhah takkan cakap apa-apa.Kebiasaannya,sebelum ini pun ketika mereka masih lagi sebilik Muhsin dan Farhah memang mengamalkan solat berjemaah terutamanya waktu subuh jadi terasa agak janggal bila mahu solat bersendirian.

Pintu bilik Farhah diketuk perlahan.Menantikan respon Farhah.Tapi lebih daripada seminit Muhsin duk mengetuk,Farhah langsung tak bagi respon.Kemudian,tombol pintu cuba dipulasnya.Berkunci pula.

“Haih,dia ni membuta lagi ke?Tak dengar aku ketuk pintu?”gumam Muhsin lagi sambil gosok-gosok kepala setelah menanggalkan songkok yang dipakai.

“Farhah...subuh dah.”pintu sengaja diketuk kuat.Biar Farhah mendengarnya agar wanita itu segera bangun dan bersiap-siap untuk solat bersama tapi tetap tak ada respon.Sudahnya,Muhsin kembali ke bilik tetamu mencapai telefon bimbitnya dan menekan nombor Farhah.

“Puan Farhah Binti Farouk,bangun.Solat subuh berjemaah dengan saya.”tekan Muhsin dalam nada suara yang masih dapat dikawal.Dia bukannya marah pada Farhah tapi dia harus bertegas.Kalau Farhah tak mahu bersolat dengannya sekali pun,dia tetap kena kejutkan isterinya supaya tidak terlepas solat subuh.Sekejap lagi,Farhah kena ke pejabat.Bimbang si isteri lambat pula.

“Okey.”jawab Farhah sepatah sebelum mematikan talian.Muhsin cuma tenung saja telefon bimbitnya dengan pandangan pelik.Tak semena-mena,telinganya dapat menangkap bunyi pintu bilik Farhah ditarik.Muhsin yang berdiri tidak jauh dari pintu bilik tetamu memandang ke arah bertentangan.

Seketika,pandangan mata mereka bertaut.Terasa sejuk dan damai hati serta jiwanya bila menatap sekujur tubuh milik Farhah yang sudah cantik dalam persalinan bersolat.Telekung putih yang terhias di tubuhnya membuatkan Muhsin tarik senyuman lebar.

“Solat dengan saya?”teka Muhsin.Farhah yang tercegat di hadapan pintu biliknya cuma mengangguk.Muhsin hantar senyuman singkat dan membawa langkah ke bilik solat yang terletak di sebelah bilik tetamu.Farhah cuma mengekor.Tak ada riak wajah seperti semalam.

Di keheningan subuh itu,kedua suami isteri itu bersolat jemaah.Usai selesai bersolat,tangan mula ditadah dan doa dipanjatkan kepada Ilahi.Segala puji-pujian pada Yang Maha Esa terlepas keluar dari bibir Muhsin.Terdetik sesuatu di hati Farhah bila mendengarkan doa-doa yang dipohon Muhsin.Seketika,setelah selesai berdoa Muhsin terus pusingkan tubuh menghadap Farhah di belakang lalu menyuakan tangan.Farhah terus menyambut dan mengucup tangan Muhsin lama.Terasa belakang kepalanya disentuh sebelum perlahan-lahan ubun-ubunnya dikucup mesra.

“Saya harap kita masih dapat bersolat jemaah,bukan untuk harini saja.”tegur Muhsin begitu mengharap dan masih tak mahu melepaskan tangan Farhah.Farhah cuma diam tapi mata sedap menjamah bola mata Muhsin.

Lama mata mereka berdua bertentangan.Tak ada suara yang keluar,sekadar bermain bahasa bisu.Tiba-tiba saja Farhah berdehem halus dan cuba menarik tangannya yang masih berada dalam genggaman Muhsin dan cepat-cepat mengemaskan sejadah.

“Saya nak siap-siap,nak ke pejabat.”wajah Muhsin langsung tak ditentang.

“Nak saya hantar?”

Tak apa.Saya drive sendiri.”

“Okey.”
Farhah berhenti mendadak di muka pintu dan memalingkan wajah menghadap Muhsin yang masih berteleku di tikar sejadah.

Awak nak breakfast apa?”
Muhsin yang baru saja menanggalkan songkok berpaling kepada Farhah dengan kening sebelah terjungkit.

“Apa-apa saja.”

Farhah angguk.Tak ada segarit senyuman pun lantas dia bergerak kembali ke bilik membiarkan Muhsin keseorangan.

***

Usai bersarapan berdua,Farhah kalut mengemaskan baju yang dipakai serta rambut yang dirapikan.Jam dinding dikerling sekilas.Dah lewat sebenarnya.Ini kalau dia melengah-lengahkan masa,pasti dia akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.Walaupun rumah mereka dengan tempat kerja Farhah tidak begitu jauh,tapi keadaan jalan di hari Isnin begini sudah dia faham bagaimana.Sesak!

“Harini awak cuti,kan?”tegur Farhah berbasa basi.Selepas solat jemaah waktu subuh tadi,dia tiada keinginan untuk bertekak atau bergaduh mulut dengan suaminya.Hati dijentik rasa syahdu semacam.Wajah Muhsin yang nampak suci membuatkan hatinya saling bertingkah dengan akal fikiran.Amarah yang bermukim dalam hati sebelum ini sengaja diletak ke tepi.Tak salah rasanya nak berbual-bual dengan Muhsin sementara dia nak ke pejabat.

“Hmm.”sepatah kata Muhsin.

“Awak nak keluar ke mana-mana tak?”

“Tak tahu lagi.”sekali lagi Muhsin balas dan kali ini nadanya mendatar sangat.
“Kalau awak tak ke mana-mana,boleh tak awak tolong jemur kain yang saya dah cuci tadi?Ada dalam mesin basuh.Saya tak sempat nak jemur.Boleh?”pinta Farhah agak lembut.

“Okey.”balasan Muhsin nyata membuatkan Farhah agak panas hati.Punyalah panjang berhela dia bercakap dengan Muhsin,tapi sekerat-sekerat saja yang dibalasnya.
Farhah bangkit dari kerusi dan mengemaskan apa yang patut di atas meja sebelum berlalu ke dapur.

“Saya nak ke pejabat dulu.”Farhah menegur Muhsin yang masih bersarapan di meja makan.Nasi goreng cina yang dimasak Farhah sejak lepas subuh tadi benar-benar membangkitkan seleranya.Sudah lebih tiga kali makannya bertambah.

“Okey.”balas Muhsin sepatah langsung tak pandang Farhah.Agaknya nasi goreng dalam pinggan lebih nikmat dari nak memandang wajah isterinya.
Farhah tercegat.Dipandang muka Muhsin sambil menggigit hujung bibir.

“Saya...nak pergi pejabat.Mungkin lewat balik.Minggu ni dah hujung bulan,banyak kerja nak kena siapkan.”ucap Farhah mendatar.

“Okey.”sekali lagi Muhsin jawab sepatah dan tak pandang wajah Farhah.Farhah dah mula mengetap bibir.Harapannya agar Muhsin berpaling sekejap memandangnya tapi suaminya itu buat tak tahu saja.Haih,dia ni marah pada aku sebab aku minta dia tolong jemurkan kain ke?Tapi kalau marah,apsal laju saja dia sumbat nasi goreng dalam mulut?

“Sedap nasi goreng tu?”sindir Farhah selamba.

“Sedap.Macam biasalah.”

Farhah kecil besarkan mata.Geram pula dengan suaminya ini.Tadi elok saja layanannya tapi lepas dapat sarapan,terus dia diketepikan.

‘Kau nak balas dendam kat aku ke?’teka hati Farhah.

“Okeylah,saya pergi dulu.”sepantas kilat dia berdehem-dehem sebelum berlalu meninggalkan Muhsin sendirian namun baru sekerat jalan dia melangkah,namanya dilaung Muhsin.

“Farhah!”

“Hmm?”

“Tak nak salam saya?”Muhsin halakan mata ke arah Farhah.Cuma beberapa saat,tangan Muhsin langsung ditarik Farhah dan mengucup lama.

“Saya pergi dulu.”

“Okey.”Muhsin angguk-angguk dari meja makan menghantar kelibat Farhah menghilang di balik pintu utama.

Drive safely,Farhah.”bisiknya halus sambil tersenyum kecil lalu menikmati semula nasi goreng cina dalam pinggan yang baru ditambah sekali lagi.

***

Muhsin bersiul-siul kecil ketika dia sibuk mengemaskan meja makan.Baki nasi goreng cina yang berada dalam pinggan disimpan di dalam ketuhar.Mungkin sekejap lagi kalau dia lapar semula,boleh bedal saja.Tadi pun,rasa-rasanya dah lebih lima pinggan dia makan.Tak tahulah kenapa,nikmat air tangan Farhah cukup membuatkan dia rasa ketagih.Setiap apa yang Farhah masak seperti tak pernah membuatkan dia jemu walaupun Farhah hanya menggoreng telur dadar untuknya.

Dapur dituju,singki didekati.Pinggan makannya dicuci sambil menyanyi-nyanyi kecil.Rasa tenang saja pagi ini.Tenang sebab dia dan Farhah tak berkelahi macam sebelum ini dan mungkin juga tenang kerana dia bercuti dan tak perlu berkejaran ke pejabat.Kebiasaannya,bila tiba hari Isnin dia yang akan menggelabah dulu.Kalut nak ke pejabat menyelesaikan urusan.

Sedang elok mencuci pinggan,suara Farhah yang meminta tolong menjemur kain berdenting di telinga.Muhsin senyum.

Kan best aje kalau hari-hari dia cakap lembut-lembut macam tu dengan aku.Tak adalah aku nak rasa sentap memanjang.”

Pinggan yang siap dicuci dikeringkan di atas rak.Dengan senang hatinya,Muhsin mendekati mesin basuh yang terletak di belakang dapur.Lebih baik dia jemur sekarang,bimbang nanti dia terlupa.Tak pasal-pasal Farhah bising padanya.

Pakaian yang berada di dalam mesin basuh dikeluarkan dan meletakkannya ke dalam bakul.Satu per satu dicapai.Semuanya pakaian Farhah dan kebanyakannya pakaian tidur.Tiba-tiba tangan boleh tercapai sesuatu sebelum dengan penuh minat dia membelek.
Tak semena-mena Muhsin leretkan senyuman nakal bila di tangannya ada sehelai pakaian dalam.Warna merah lagi.Entah bagaimana,kepalanya ligat memutarkan peristiwa beberapa bulan sudah.

“Sayang,abang ada hadiah untuk sayang.”suara Muhsin kedengaran sangat merdu di cuping telinga Farhah ketika dia baru saja pulang dari pejabat.Wajah Muhsin yang nampak mesra dan sedang menayang senyuman lawa sambil mendekati Farhah yang baru saja melabuhkan duduknya di sofa dipandang dengan pandangan pelik.

“Hadiah?Hadiah apa pula ni,bang?Takkan untuk birthday Far kut?Tapi kan birthday Far lambat lagi.”Farhah mengerut-ngerutkan kening.

“Tak semestinya nak bagi hadiah kena tunggu harijadi.Jom,sayang.”tangan Muhsin dihulur ke depan meminta Farhah menyambutnya.Dengan rasa keliru dan masih tak faham hujung pangkal.Farhah cuma sambut tangan suaminya tanpa menyoal apa-apa sehinggalah mereka masuk ke dalam bilik peraduan mereka.

Pintu bertutup rapat.Farhah yang masih keliru merenung keseluruhan bilik peraduan mereka ynag sudah berubah rupa.Ruang kamar itu seperti sebuah suite bulan madu di hotel bertaraf lima bintang.Siap ada dengan lilin dan aromaterapi,kelopak-kelopak bunga yang berselerakan di atas katil dan muzik lembut yang dipasang melalui piring hitam yang terletak di atas meja kecil di hujung bilik.

“Abang.”tegur Farhah perlahan.

“Hmm?”

“Abang buat semua ni?”

“Yup.”Muhsin berbisik di tepi telinga Farhah sambil melingkarkan tangannya ke pinggang isterinya.Kemudian,belakang kepala Farhah dikucupnya lama.

“Peliklah abang ni.Abang buat semua ni untuk raikan apa?”Farhah masih tak puas hati.

“Untuk raikan cinta bersama isteri abang.”

Spontan pelukan dieratkan bagaikan tiada ruang pemisah antara mereka.

“Sayang,malam ni abang nak sayang pakai baju yang abang belikan siang tadi.”pelukan ditubuh Farhah dilepaskan sekejap tapi bukan pada tangan Farhah.Dipegang cermat tangan isterinya mendekati almari baju dan mengeluarkan sebuah beg kertas dari sana lalu menghulurkannya kepada Farhah.

“Apa ni?”

“Tengoklah.”Muhsin pandang Farhah dengan pandangan nakal sambil menjungkit kening sebelah.Farhah tersenyum manis.Laju saja tangannya mengeluarkan isi dari dalam beg kertas.

“Baju tidur?”suara Farhah hampri berteriak.Baju di tangan dibelek semahu-mahunya sambil mengulum senyuman.

“Seksinya.”
Muhsin kenyitkan mata.

“Abang nak Far pakai malam ni ke?”bisik Farhah di telinga Muhsin dengan suara yang gemersik dan Muhsin hanya mengangguk sebelum melayangkan satu ciuman di pipi Farhah.

Meoww!

Fikiran Muhsin yang melayang mengingati sejarah baju tidur isterinya yang masih berada di pegangan beransur pergi bila tiba-tiba saja ada seekor kucing datang menggesel di kakinya.Muhsin terkejut.Hampir saja lagi baju Farhah terlepas ke lantai.

“Hei,Kitty.Macam mana kau boleh masuk ke sini?”tegur Muhsin sambil tayang wajah mesra pada si comel di bawah.

“Kau lapar ke?”Muhsin tegur lagi.Terbantut sudah angan-angannya.Perhatiannya kini beralih kepada si comel yang tak sudah menggeselkan pipinya ke kaki Muhsin sambil mengiau.

“Sekejap,aku ambilkan kau makanan.”sepantas kilat Muhsin masuk ke dapur dan keluar semula setengah minit kemudian membawa makanan kucing jenama Friskies yang memang sengaja disimpan.Itu memang hobinya.Walaupun dia sendiri tak membela kucing,tapi dia suka membeli makanan kucing untuk disedekahkan kepada kucing-kucing jalanan mahupun kucing jiran-jiran yang terlepas masuk ke kawasan rumahnya.

“Nah,kau makan sampai kenyang tau.Aku nak buat kerja ni.Nanti aku berbual dengan kau.”Muhsin sempat gosok kepala si Kitty yang rakus menjamah makanan dalam mangkuk yang dibawa Muhsin tadi.Muhsin senyum.Rasa seronok tengok si comel makan.

Tangan kalut mencapai semula baju-baju Farhah tadi dan menyelesaikan kerja-kerja menjemur.Selesai menjemur,dia kembali mendekati si Kitty yang masih enak menjamah sarapan paginya.Sambil belai-belai kepala si comel,mata Muhsin dilempar ke ampaian tidak jauh dari situ.Pembetulan.Bukan ampaian tetapi baju tidur Farhah yang berwarna merah itu.Senyuman dileretkan dan kepala mula ligat berfikir tenang isterinya.Kenapa rasa rindu tiba-tiba?

***

Restoran nasi kandar dijejaki.Muhsin terus duduk di sebuah meja yang masih kosong.Tengah hari begini,tak buat apa-apa di rumah rasa bosan.Itu yang dia singgah ke sini untuk makan tengah hari.Bukan dia sendirian,tapi dia sudah berjanji dengan Zafril teman baiknya yang bekerja tidak jauh dari kawasan restoran ini.

Mau order apa?”soalan pertama yang diaju oleh pelayan restoran berpakaian seragam warna biru dan bertopi ketika Muhsin melabuhkan duduknya.

“Teh ais satu.”

“Makan?”

Nanti saya order.Terima kasih.”Muhsin sekadar berbasa basi.Telefon bimbit ditenung dan melayari laman sosial sekejap sementara menanti Zafril tiba.Tengah hari begini memang restoran nasi kandar ini penuh.Semua orang keluar makan tengah hari.Kadang-kadang sampai tak ada meja kosong yang boleh diduduki.

Bro,what’s up?”bahu Muhsin ditepuk.Serta merta wajah Zafril yang segak dalam persalinan korporat tertayang di depan mata.

“Amboi,baru lepas jumpa menteri ke?”usik Muhsin sambil menyengih.Zafril betul-betulkan tali lehernya dan tersenyum lebar.

“Tak adalah.Aku baru lepas buat pembentangan.Salah seorang bos dari Amerika datang sini.”

Zafril yang bekerja sebagai salah seorang programmer di sebuah syarikat telekomunikasi dipandang lama.

“Patutlah.”

Dah order?

“Minum dah.Makan belum.”

“Okey,jap aku order.”Zafril pantas melambai ke arah salah seorang pelayan dan membuat pesanan.

“Kau cuti?”tegur Zafril setelah pelayan tadi berlalu.

“Hmm.”

“Aik,cuti pun nak kena tayang muka ketat ke?”
Muhsin tergelak mendengar sindirian kecil Zafril.Sebenarnya bukan apa,dia masih terfikir-fikir pasal kes pagi tadi di rumah.Suara Farhah masih terngiang-ngiang di telinga dan sentuhan Farhah serta ciumannya masih terasa di tangannya.

“Hoi,kau berangan ke?Aku bercakap dengan kau tapi macam bercakap dengan tiang kayu.Apa kes?Gaduh lagi?”teka Zafril sedikit lancang.Muhsin hanya leretkan senyuman ringkas.

“Tak adalah,Zaf.Aku biasa-biasa aje.”dalihnya.

So,bercakap pasal kau...kau dengan Farhah apa cerita?”

“Tak ada cerita.”geleng.

Blahlah kau,Sein.Tak ada cerita apa kalau kau jumpa aku tayang muka macam ni.”

“Serius tak ada apa.”Muhsin menekan suara tapi Zafril tetap tak mahu percaya.

Come on,man.Kau tak payahlah nak selindung apa-apa dari aku.Kita dah kenal bertahun-tahun.You can trust me,bro.”Zafril tepuk-tepuk dadanya sambil menayang wajah meyakinkan.Tapi Muhsin sekadar senyum dan menggeleng.

“Kau serius dengan keputusan kau?”sekali lagi Zafril tanya terus terang.

“Keputusan apa?”

“Ek eleh dia ni.Buat-buat tak faham pula.Maksud aku,kau dengan Farhah betul-betul nak bercerai ke?”

“Yup.”Muhsin angguk-angguk dan main-mainkan telefon bimbitnya di atas meja.Ini yang dia rasa macam kena paksa ni.Silap dia juga,pergi canang pada Zafril yang dia dan Farhah akan bercerai.Dah beritahu Zafril barulah dia sibuk nak beritahu keluarganya.Masa mula-mula dia khabarkan berita ini pada Zafril,lelaki itu langsung tak percaya.Dikatanya dia cuma main-main tapi baginya,hal begini bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan mainan.Bila ditegaskan yang dia akan tetap bercerai,jenuh jugalah dia nak tadah telinga dengar Zafril membebel.Sudahlah membebel,diungkit pula dengan penat lelahnya ketika menjadi pengapit semasa majlis perkahwinan Muhsin dulu.Konon-konon nak buat lawak antarabangsa tapi tak menjadi.

“Kau ni memang gila,kan?”

“Apsal pula?”

“Senang buat keputusan macam ni.Dah fikir habis-habis?”

“Dah.”

“Gila!”
Muhsin tergelak.

“Apsal?Nak bercerai pun boleh gila ke?”

“Gilalah...sebab kau nak lepaskan isteri macam Farhah.Weh,kau dengan dia dah berapa lama?Takkan senang-senang aje nak berpisah?”

“Mungkin tak ada jodoh dah kut?”Muhsin jawab separuh hati.

Ceh,tak ada jodoh konon.Relakslah,bro.Setakat gaduh suami isteri tu perkara normal.Benda boleh settle.”

“Kau tak fahamlah,Zaf!”Zafril terdiam sejenak bila Muhsin meninggikan sedikit suaranya.

“Kau tak sayang dia dah ke?”

Muhsin terkelu nak menjawab pertanyaan Zafril.Temannya ini kadang-kadang kalau bersoal jawab dengannya boleh tahan.Semua benda straight to the point.Tak ada nak belok-belok.

Dia sendiri tak tahu dan tak faham dengan hati sendiri.Nak kata dia dah tak sayang Farhah,dia rasa dia masih sayang tapi nak kata dia sayang...sukar nak tafsir perasaan sendiri.Tapi bila mengenangkan kejadian semalam,dengan tindakan dan sikap Farhah yang kebudak-budakan membuatkan hatinya menggelegak sakan.Rasa panas satu hari tapi bila dia terkenangkan pula kejadian pagi tadi,rasa damai hati sendiri.Kenapa dia rasa yang hatinya semacam?Dia rasa jiwanya bergelora hebat.

“Hoi,kau berangan ke?”meja di depan ditepuk Zafril agak kuat sehingga mengejutkan Muhsin yang sedang terhumban dalam angan-angan sendiri.

“Aku tanya ni...kau masih sayangkan Farhah?”

“Isteri aku,mesti aku sayang.”jawapan selamba terkeluar dari mulut.Mungkin itu yang sememangnya dia rasa.

“Kalau sayang,buat apa nak lepaskan?”


“Weh,dahlah.Kau kalau jumpa aku tak habis-habis nak korek cerita.Sekarang ni,aku nak makan!”Muhsin tarik pinggan mee goreng yang baru diletakkan pelayan ke depan sambil menyisip air dari gelas menggunakan straw.Wajah Zafril ditenung sekejap lalu membiarkan lelaki itu membebel-bebel sendiri.

No comments:

Post a Comment

BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...