Pemanduan Muhsin agak perlahan semasa dia pulang dari pejabat.Fikirannya masih melayang-layang seperti tadi cuma perkara yang sedang bermain-main di benaknya kini tidak lagi tertumpu pada hubungannya bersama Farhah tetapi lebih kepada soal kerja.
Semasa
dia melangkah masuk ke bilik Tuan Junad tadi,barulah dia dapat tahu
bahawa dia perlu outstation
beberapa hari di cawangan syarikat yang baru di buka di Langkawi
menjelang hujung minggu ini.Tuan
Junad mengarahkannya untuk meninjau operasi di cawangan baru di sana.
Mahu
tidak mahu,dia terpaksa akur dengan tuntutan tugasnya
sebagai pegawai yang mengendalikan operasi syarikat.Bumi Hijau iaiatu
sebuah syarikat
yang menjalankan pembangunan dan pembinaan padang dan taman rekreasi
di sekitar Pulau Pinang dan bahagian utara terus maju mengorak
langkah membina empayar sehingga ke serata Malaysia dan sekarang
syarikat sedang menjalinkan kerjasama dengan beberapa badan korporat
yang mahu membina beberapa taman rekreasi dan memelihara hutan simpan
di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.
Disebabkan itulah Muhsin terpaksa menyimpan saja hasrat suci murninya untuk bercuti panjang.Dah dapat ditebak yang Tuan Junad mahu dia yang berurusan di sana ketika dia berjumpa dengan ketuanya itu tadi.Cadangnya baru nak ambil cuti lagi.Baki cuti tahunannya masih berbaki.Sayang kalau tak gunakan sebaiknya tapi nak buat bagaimana kalau belum ada rezekinya untuk bercuti lagi.
Disebabkan itulah Muhsin terpaksa menyimpan saja hasrat suci murninya untuk bercuti panjang.Dah dapat ditebak yang Tuan Junad mahu dia yang berurusan di sana ketika dia berjumpa dengan ketuanya itu tadi.Cadangnya baru nak ambil cuti lagi.Baki cuti tahunannya masih berbaki.Sayang kalau tak gunakan sebaiknya tapi nak buat bagaimana kalau belum ada rezekinya untuk bercuti lagi.
Keadaan
lalu lintas ketika selepas waktu pejabat yang sesak nyata membuatkan
Muhsin menayang muka bosan.Sudah berkali-kali dia menguap.Ikut hati
nak saja dia tidur di sini.Stereng di depan diketuk beberapa
kali mengisi masa bosannya sebelum punat di dashboard ditekan
laju,cuba mencari siaran radio.Biar dia layan lagu dan suara deejay
radio bertugas,dapat juga menghilangkan mengantuk dan membunuh
masanya.
Perlahan-lahan
Muhsin bersandar ke kerusi dan melentokkan kepalanya ke belakang
sambil memejam mata.Seketika,wajah dan suara Farhah menerjah ruang
minda.
“Abang
penat?Nak Far urutkan badan abang?”
“Hmm...”
Muhsin
senyum dalam pejam bila terasa betapa hangatnya sentuhan Farhah di
bahu dan belakang tubuhnya sebelum perlahan-lahan tangan itu beralih
naik ke kepalanya.Lembut dan mengasyikkan.Terasa selesa sekali.Hilang
segala lelah yang bermukim di hati.Lambat-lambat Muhsin sentuh tangan
Farhah yang sedang ralit memicit kepalanya sebelum tangan itu dibawa
mendekat dengan bibirnya dan mengucup lama.
“Abang
rindukan Far.”bisiknya lembut sebelum perlahan-lahan dia terdengar
bisikan di cuping telinga.
“Far
pun rindukan abang.”
Muhsin
senyum.Ingin saja dia tarik Farhah ke dalam pelukannya dan memberikan
kucupan ke wajah isterinya.Biar dia lepaskan rindu dendamnya serta
perasaan cinta yang menyala-nyala dalam hati.
“I
love you,sayang.”
Pin!Pin!
Tersentak
Muhsin dalam lamunan dan angan-angan indahnya.Dia agak terkapai-kapai
memandang kiri kanannya.Baru tersedar yang dia bukan sedang berada
dalam dakapan dan belaian Farhah tetapi sedang berada di jalanan
sejak tadi.Dia terlupa yang dia masih terperangkap dalam kesesakan
lalu lintas sejak satu jam yang lalu.Cermin pandang belakang
dipandang sebelum dia menoleh ke kiri kanan.Dia lihat beberapa kereta
di belakangnya sedang memberikan lampu tinggi berselang seli dengan
bunyi hon yang berpanjangan.Baru teragak nak memandang ke depan.Dah
kosong.Kelam kabut Muhsin tekan pedal minyak dan menghalakan
keretanya keluar dari jalan raya tersebut.
Wajah
diraup sekali dua sambil beristighfar.
“Ya
Allah,macam mana aku boleh tertidur tadi?Siap mimpi apa kes?”terasa
muka kebas.Pasti pengguna jalan raya yang lain dah melihat dia sedang
sedap tidur dalam kereta.Patutlah bukan main lagi hon kuat mereka
hadiahkan padanya.
Tapi
fikiran tetap menerawang ingatkan mimpi indahnya sebentar
tadi.Perlahan-lahan dia tersenyum nipis.Disentuh pula dada
sendiri.Terasa ada degupan tak sekata di situ.
***
“Sein
tak boleh balik rumah ibu hujung minggu ni.Sein ada urusan
kerja.”suara Muhsin bersungguh-sungguh menerangkan kepada Puan
Adibah kenapa dia tidak boleh pulang ke rumah ibu
bapanya.Sepatutnya,hujung minggu ini dia perlu menghadirkan diri ke
majlis kahwin sepupunya yang diadakan berdekatan dengan rumah
keluarganya.Tapi nak buat bagaimana,tuntutan tugas serta
tanggungjawabnya terhadap kerja memang tak boleh diabaikan.Jenuh pula
dia perlu menadah telinga mendengar Puan Adibah membebel.
“Ya,ibu.Sein
tak boleh nak pergi kenduri Jeff.Sein minta maaf sangat-sangat.Sein
memang tak boleh nak elak.Urgent.Sein
harap ibu faham.”ujarnya lagi sambil memanjat anak-anak tangga di
rumah menuju ke tingkat atas.Beg bimbitnya turut digalas di bahu
sambil tangan masih kukuh melekapkan telefonnya ke
telinga.Berkerut-kerut mukanya mendengar perkataan yang keluar dari
ibunya dari corong telefon sebelum dia ketawa kecil.
“Sein
ada kerja kat Langkawi.Lima hari nak ke sana.”jeda.
“Ya,ibu.Jangan
risau.Minggu depan kalau tak ada apa-apa urusan,insyallah Sein balik
rumah ibu dan Sein berkepit di bawah ketiak ibu dua puluh empat jam.”
Muhsin
dengar yang ibunya mendengus geram.
“Ibu
janganlah marah.Nanti sampaikan salam Sein pada keluarga Jeff ya.”
“Sein,kamu
outstation
seorang diri atau bawa Farhah?!”entah bagaimana pula Puan Adibah
boleh menyebut perihal Farhah.Spontan mata Muhsin terpandangkan susuk
tubuh isterinya yang sedang enak duduk bersila di atas sofa di ruang
santai di tingkat atas sambil menekan-nekan skrin iPadnya.
“Farhah?”ujarnya
perlahan.
“Yelah,kamu
bawa Farhah sekali ke kali ni?”
“Err...Sein
pergi seorang diri,ibu.Kerja,kan?”
“Hmm...kalau
macam tu nanti suruh Farhah datang kenduri Jeff.Malam Sabtu nanti
suruh dia balik rumah ibu dulu.”
“Err...Sein
tak tahu lagilah ibu dia boleh pergi ke tidak.”Muhsin jawab
lambat-lambat sambil garu kepala yang tidak gatal.
“Kamu
kat mana ni?”
“Sein
ada kat rumah ni.Baru sampai.”
“Farhah
ada?”
Muhsin
jeling sekejap Farhah di sofa yang masih belum perasan kelibatnya.
“Ada.”
“Bagi
telefon pada dia.Ibu nak cakap sekejap dengan dia.”suara Puan
Adibah keras semacam sampaikan Muhsin dah tak mampu nak mengelak.
“Nak
cakap apa?”sempat lagi dia soal tapi Puan Adibah bertegas meminta
telefon diberikan kepada Farhah.
“Okey,sekejap
ibu.”
Muhsin
gigit bibir.Rasa serba salah nak mendekati isterinya.Tahu dah pasti
Farhah masih bengang dengan dia pasal kes semalam tapi dia gagahkan
juga langkah kaki menghampiri Farhah dan menghulurkan telefon
kepadanya.Farhah yang sedang leka terpinga-pinga bila muhsin menegur
dan hulur telefon kepadanya.Kening sebelah terangkat sambil
membesarkan mata.
“Kenapa?”
“Ibu
nak cakap.”
“Nak
cakap apa?”Farhah separuh berbisik dan cuba mengelak.Tangan
diangkat memberi isyarat tapi Muhsin tetap menghulur telefon ke depan
sambil besarkan matanya seperti Farhah.
Lambat-lambat
Farhah capai dan lekapkan ke telinga.Muhsin pula cepat-cepat duduk di
sebelah Farhah dan cuba memasang telinga mencuri dengar apa yang Puan
Adibah bualkan dengan Farhah.
“Nah.”telefon
Muhsin dihulurkan semula kepadanya setelah Farhah selesai bercakap
dengan Puan Adibah.
“Ibu
cakap apa dengan awak?”
“Tak
ada apa-apa.”dalih Farhah.Tangan terus capai semula iPadnya dan
meneruskan aktiviti seperti tadi.
“Tipulah.Ibu
cakap apa dengan awak?”tekan Muhsin masih tak mahu mengalah.
Farhah
toleh pandang ke arah Muhsin denagn muka sedikit tegang.
“Penting
ke untuk awak tahu apa yang ibu awak cakap tadi?”
“Mestilah
penting.Saya nak tahu apa yang dia cakap.Beria-ia nak saya pass
telefon kepada awak.”
Farhah
buat muka sebelum mencebik.Tapi tetap tak mahu menjawab pertanyaan
Muhsin.Rasa-rasanya tak perlu kut dia ceritakan apa yang Puan Adibah
bualkan dengannya tadi.Lagipun,rasa bengangnya pada Muhsin masih
belum surut.Malas betul nak melayan suaminya ini.
“Busy
body
betul!”ejek Farhah dalam nada perlahan,tanpa memandang wajah
Muhsin.Nampaknya wajah iPad di tangannya lebih menarik perhatian dari
wajah suami sendiri yang baru pulang dari pejabat.
“Mestilah
kena busy
body.Bukan
macam awak,suami balik pun awak buat derk
aje.Tak habis-habis duk belek iPad tu.Entah apa yang best
sangat.Sekurang-kurangnya bila nampak saya balik,tegurlah
saya.Tanyalah dah makan ke belum.Nak minum ke tidak.Nak
picit-picitkan badan ke tidak.”Muhsin sengaja menekan perkataan
picit.Masih teringat dengan mimpinya di tengah jalan raya
tadi.Kalaulah Farhah betul-betul memicit tubuh badannya,alangkah
indahnya hidup.
“Eh,jangan
nak beranganlah.”
“Mana
ada saya berangan.Awak tu yang sejak tadi asyik berangan depan iPad.”
Farhah
mengetap-ngetap bibir sambil menentang pandangan mata Muhsin di
sebelah.Tiba-tiba pula rasa angin satu badan.Tadi elok saja dia rasa
hati dan perasaannya aman setelah dia pulang dari pejabat tapi bila Muhsin sampai saja ke rumah,hatinya mula menggelegak hebat.Sajalah tu
nak cari pasal.
“Awak
jangan nak mulakan lagi,ya!”suara Farhah mula meninggi.
“Saya
mulakan apa?”Muhsin buat-buat tak tahu.
“Eee...menyakitkan
hati betullah cakap dengan awak ni.”spontan dada Muhsin kena ketuk
dengan iPad Farhah lantas dia bangkit dari sofa mahu berlalu masuk ke
bilik.Pandang wajah Muhsin lama-lama makin buat dia rasa nak naik
angin saja.
Muhsin
tergelak.Tubuhnya dibaringkan ke sofa sambil memerhati kelibat Farhah
menjauh.
“Farhah,ibu
cakap apa?!”sengaja dinaikkan suaranya sedikit menjerit kepada
Farhah yang dah menghilang ke dalam biliknya.
***
Bunyi
sudu dan garfu berlaga-laga dengan pinggan memenuhi ruang makan.Tak
ada bunyi-bunyian lain selain itu.Sunyi sepi seperti rumah itu tidak
berpenghuni sedangkan penghuninya sedang duduk bertentangan di meja
makan menikmati makan malam berdua.Tapi keadaan mereka seperti
masing-masing tak wujud antara satu sama lain.
“Sedap
awak masak.”ujar Muhsin sekadar mahu memecahkan kesunyian.Farhah di
depan tak cakap apa sebaliknya menarik gelasnya dan meneguk sekali
dua air anggur dari situ.
“Awak
letak apa dalam kari ni?Lain macam tapi sedap.Kalah ibu masak!”Muhsin
menyengih tapi Farhah tetap tayang wajah kaku.
“Oh,saya
cakap dengan dinding rupanya.”sindir Muhsin mula bengang dengan
sikap isterinya yang melayannya macam bayang-bayang.
“Letak
minyak senyonyong.”balas Farhah semula melepas baranya.
“Minyak
senyonyong?Huh,nasib baik saya yang makan.Bukannya lelaki lain.Kalau
tidak,habislah saya.Kena bermadu lepas ni.”Muhsin tergelak-gelak
tapi Farhah dah siap mengecil besarkan matanya.Hari ini bila berdua
dengan Muhsin,asyik itu sajalah yang dia suka buat.Kecil besarkan
mata berulang kali.
“Awak
ni memang suka cari pasal dengan saya,kan?”
“Mana
ada.”Muhsin jawab selamba.
“Awak
tak puas hati apa dengan saya?”sembur Farhah.
“Mana
ada.”
“Habis
tu,sejak semalam asyik cari pasal dengan saya.Kalau awak tak puas
hati,awak cakap terus terang dengan saya.Saya tak suka macam
ni.”mencerlung mata Farhah pandang wajah Muhsin.ikutkan panas
hatinya memang dia simbah saja air dalam gelas ke muka suaminya
itu.Suka benar buat dia sentap.
“Okay,I’m
sorry.”Muhsin
terdiam sejenak.Cuba menjamah roman muka Farhah yang kelihatan sangat
tegang.Tiba-tiba dia rasa nak ketuk kepala sendiri.Heh,pergi cari
pasal dengan Farhah waktu begini memang mengundang nahas.Isterinya
itu uzur,pasti mood tak menentu.Cepat marah,cepat melenting dan
sentiasa tak senang duduk.Okey...okey...dia faham.
“Sorry
naik lori.”
“Amboi,nak
suruh saya naik lori.Mentang-mentanglah ayah dia tauke sewa lori
kargo.”Muhsin ketap bibir.Isy,kenapa bibir ni laju saja nak
membalas dan mengenakan isterinya?
Farhah
pandang muka Muhsin tak puas hati.Sentap lagi mendengar perkataan
sinis yang keluar dari bibir lelaki itu.Arghh,stress!
Sudu
dan garfu dalam pegangan dihempas ke atas pinggan.Dada dah mula
berombak kencang.Tak menunggu lama,dia bawa saja pinggannya yang masi
berbaki dengan makanan ke dapur tapi baru separuh jalan lengannya dah
kena selar dek Muhsin.
“Farhah,saya
minta maaf.Saya tak ada niat nak singgung perasaan awak.”
“Let
me go.”hanya
ayat itu yang terlepas keluar dari mulut Farhah.Wajah Muhsin
disebelah dan semakin dekat dengannya dibuat tak endah.Wajah sengaja
dikalih ke tepi,cuba mengelak dari suaminya.Rasa-rasanya,air matanya
dah hampir gugur ke pipi tapi dia cuba tepis serangan perasaan yang
sangat sensitif waktu ini.
“Saya
minta maaf.Saya tak niat...”
“Let
me go!”pinta
Farhah sambil cuba melepaskan lengannya dari genggaman Muhsin.Muhsin
terus angkat tangan,mengalah tapi kaki tetap mengekori langkah Farhah
yang berlalu ke dapur.
“Saya
minta maaf.”ucap Muhsin serba salah bila air paip di singki
mengalir keluar.
“Berapa
kali awak nak minta maaf?”
“Sampai
awak maafkan saya.”
“Dahlah,Muhsin.Saya
penatlah dengan awak ni.Saya betul-betul tak ada mood
dan saya harap awak tak kacau saya.Saya nak masuk bilik,nak
berehat.Kepala saya dah pening.”Farhah balas sambil meletakkan
pinggan yang dicuci tadi ke atas rak.Sedikit pun dia tak memandang
wajah Muhsin.
“Awak
okey ke tidak ni?”Muhsin sedikit risau melihat wajah Farhah yang
tiba-tiba pucat.Bahunya disentuh lembut tapi cepat saja Farhah
menepis halus tangan Muhsin dari bahunya.
“Saya
nak masuk tidur.”
Muhsin
kalut sendiri bila melihat Farhah berlalu begitu saja meninggalkannya
di dapur.Hatinya serba tak kena.Melihat wajah Farhah sebegitu,dia
rasa cuak.Teringat yang isterinya sentiasa memerlukan perhatian dan
peneman ketika sakit datang bulan.Dia pasti malam nanti mesti Farhah
tak lena tidur.Sakit satu badan.Silap-silap boleh demam.
Muhsin
cepat-cepat mengemaskan meja makan.Kurang dari lima minit,semuanya
sudah selesai.Kalut dia ke tingkat atas dan mengetuk pintu bilik
Farhah.Cuba memujuk supaya Farhah membenarkannya masuk ke sana.Malam
ini dia tidak kira,dia perlu menemani tidur Farhah.Sekurang-kurangnya
bila isterinya itu sakit pinggang,bolehlah dia tolong picit-picitnya
pinggangnya supaya rasa sakit itu berkurang.
“Awak
nak apa?”terdengar suara Farhah dari dalam bilik bila Muhsin sibuk
mengetuk-ngetuk pintu.
“Bagi
saya masuk.”
“Awak
nak apa?Kan terang-terang ada sign
kat depan pintu tu,no
entry?”
“Ya,saya
tahu.Tapi bagi saya masuk.Malam ni aje.Saya nak temankan awak
tidur.Saya takut kalau malam nanti awak sakit.Awak period
kan?Bagi saya masuk,untuk malam ni aje.I
promise,Farhah.Malam
ni aje dan saya takkan kacau awak.Please...”rayuan
Muhsin yang ala-ala suami mithali benar-benar melembutkan hati
Farhah.Seminit kemudian,pintu bilik terkuak.Terjengul kepala Farhah
dari belakang pintu dengan wajah pucat.
“Awak
okey tidak?”pipi Farhah disentuh,penuh kerisauan.
“Okey.”balas
Farhah lemah.Farhah sudah pun menukar memakai pijamanya.Dibiarkan
saja Muhsin mengekornya dari belakang.Tak kuasa rasanya nak berkelahi
dan bertekak seperti sebelum ini.Dia benar-benar tak larat.Rasa nak
bawa saja diri cepat-cepat ke alam mimpi.Esok pun dia cadang nak
ambil cuti saja.
“Awak
nak pergi mana ni?”suara Farhah sedikit bertegas bila dia perasan
yang Muhsin selamba menarik selimut dan cuba memboloskan diri di
situ.
“Nak
temankan awaklah.”
“Saya
benarkan awak masuk bilik ni tapi bukan benarkan awak tidur sekatil
dengan saya.Awak tidur saja kat bawah.”
“Amboi,kejamnya.”
“Please,Muhsin.Saya
dah tak larat ni.Jangan nak macam-macam boleh tak?”Farhah tayang
muka ketat.
“Okey...okey...”Muhsin
mula mengalah dengan pasrah.
“Tapi
takkan awak tak kesiankan saya?Takkan nak biarkan saya tidur atas
lantai?Bolehlah,Farhah.Izinkan saya tidur sekatil.Saya janji saya tak
buat apa-apa.Saya cuma nak temankan awak sebab saya tahu yang awak
tak sihat.Please.”Muhsin
sengaja tayang wajah comel sambil kebil-kebilkan mata sehingga
akhirnya Farhah juga mengalah.
“Fine
tapi janji jangan kacau saya.”Farhah tayang jari telunjuknya.
“Okay,promise!”Muhsin
angkat tangan tanda berjanji.
Farhah
terus selak selimut dan humbankan dirinya ke katil sebelum melelapkan
mata.Tak ada kudrat lagi nak bercakap dan berbalah dengan Muhsin.Dia
tahu kalau Muhsin mengucapkan janji,dia pasti akan tunaikan.Tak
perlulah dia nak risau lebih-lebih.Kalau pun Muhsin nak buat sesuatu
padanya,lelaki itu memang berhak.Dia masih suami Farhah.
Muhsin
menarik nafas lega sehingga rasa nak buat tarian poco-poco saja dalam
bilik ini.Lega bila Farhah tak menghalangnya untuk tidur di atas
katil bersebelahan dengan isterinya itu.Tubuh Farhah yang dah
berbalut dengan selimut dipandang sebelum perlahan-lahan beralih ke
wajah pucatnya.Farhah sudah terhanyut dalam mimpi lenanya.Kepala
Farhah sempat Muhsin belai sekejap sambil tersenyum nipis.Nampak
polos saja wajah isterinya bila sedang tidur.Lambat-lambat dia
menunduk dan menghadiahkan sebuah kucupan selamat malam di dahi
Farhah.
“Awak
buat apa ni?”tiba-tiba Farhah menyoal keras.Nak terlompat tubuh
Muhsin dari katil.Pergh,kantoi!Dia tak tidur lagi rupanya!
“Err...tak
ada apa-apa.”
“Jangan
macam-macam,Muhsin.”Farhah pandang tajam mata Muhsin,sekadar
memberi amaran.
“Tolong
tutup lampu.”arah Farhah dan cepat-cepat dia beralih membelakangkan
Muhsin.
“Okey.”
Tap!
Bilik
gelap serta merta.Muhsin segera berbaring di sebelah Farhah.
“Good
night,sayang.”bisik
Muhsin lembut tanpa Farhah dengari.Biarkan saja malam itu berlalu dan
membenarkan dia terhumban lagi ke dalam angan-angan dan mimpi
indahnya seperti siang tadi.
No comments:
Post a Comment