Friday, 27 February 2015

Mr Stalker...Saya Cintakan Awaklah! 18



KAMERA DSLR jenama Canon dah lama tergantung dileher.Sejak pagi sebenarnya dia membiarkan kamera itu berpaut manja di batang leher sambil mencatat sesuatu di dalam buku notanya.

Usai mengambil sarapan yang agak lewat pagi itu,lebih kurang dalam pukul 11 pagi dia dah bersedia terpacak di sebuah bangunan dan mengambil pot di satu sudut yang dirasakan sangat baik untuk melakukan kerja-kerjanya.Sebelum ke situ tadi,sempat dia merayap seorang diri di dalam bangunan tiga tingkat itu mencuci mata melihat barang-barang jualan di kedai-kedai yang sejak awal pagi dibuka.Nak cari ilham bukannya senang.Kena ambil mood dan perasaan dulu.

Sudah dua bulan lebih projek foto seninya terbengkalai gara-gara kesibukan tugas yang menjadi tuntutan utamanya.Mujurlah sejak dua tiga hari ini dia agak lapang jadi sudah alang-alang,dia ambil saja cuti satu hari untuk selesaikan kerja persendiriannya.

Zein Asyraff dah bersedia dengan kamera di tangan.Lensa dihala ke satu sudut selepas dia meninjau kawasan yang mahu dia rakam.Arah luar bangunan yang agak havoc dan happening dengan orang ramai serta para pekedai yang membuka gerai di bawah bertentangan dengan bangunan itu membuatkan dia tertarik untuk menjadikan suasana itu salah satu dari projek seninya.

Baru nak menghalakan lensa kamera ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang berlari-larian di deretan kedai,dia terkedu.Bunyi seretan tayar kereta sebelum satu letupan kecil mengalihkan sebentar fokusnya.Di hujung simpang berdekatan,baru saja terjadi sebuah kemalangan kecil.

Tumpuannya kembali terarah pada kawasan deretan kedai.Baru nak adjust setting di kamera memandangkan cuaca semakin terik,tiba-tiba saja pandangannya terpaku pada seseorang.Lama dia renung si gadis bertudung berwarna kuning ala-ala gaya Hana Tajima dan bercermin mata yang sedang membeli buah di sebuah gerai yang terletak betul-betul di hadapannya.Walau kurang jelas wajah si gadis,tapi mata Zein Asyraff tidak berganjak walau seinci.

Cepat-cepat dia halakan lensa kameranya walaupun gadis itu bukan subjek utamanya.
Elok merakam beberapa keping gambar si gadis,dia melopong bila terlihat yang si gadis tadi kelam kabut mengutip buah-buah oren yang bergolek jatuh ke tanah setelah plastik dalam pegangannya bocor.Rasa lucu melihat gaya si gadis dengan aksi spontannya mengejar buah oren yang entah ke mana-mana itu.

Tanpa melengahkan masa,lensanya diarah terus kepada gadis itu lalu dia menekan butang zoom in.Matanya seolah tidak berkelip memandang kameranya dengan apa yang sedang terbentang di depan mata.

''Subhanallah,what a beautiful creature!''pujinya seikhlas hati.Wajah si gadis bertudung kuning tadi jelas terpampang melalui skrin kameranya.

Klik!Klik!Klik!

Entah berapa kali telah wajah si gadis tadi dia rakam,dia sendiri tak tahu tapi yang dia tahu hatinya dah terpaut melihat keindahan milik si gadis.Tak tunggu lama,Zein Asyraff berlari meredah anak-anak tangga dan meluru menuju ke gerai menjual buah yang disinggahi si gadis tadi semata-mata mahu mendekati dan menegurnya.Dia tidak kisah walau apa pandangan dan anggapan gadis itu nanti.Sungguh,dia sudah terpaut suka pada pandang pertama!Cinta pandang pertama mungkin?

Sekeliling gerai tadi dipandang.Mencari kelibat sang gadis namun hampa.Tak ada langsung bayangnya.Seperti jelmaan bidadari yang tiba-tiba menghilang tanpa jejak.

Kak,tumpang tanya.Akak tahu tak ke mana perempuan tadi pergi?”

Perempuan mana dik?”soal penjual buah dengan kening berkerut.Mata Zein Asyraff mula melilau sekeliling sambil menggaru tengkuknya.

Err…dia baru saja singgah di sini tadi.Pakai tudung ala-ala Hana Tajima,pakai cermin mata…err…lepas tu…dia pakai baju warna putih.Ada nampak tak?Yang buah oren dia jatuh dari plastik tadi.”gambaran yang Zein Asyraff cuba jelmakan dari mindanya nyata membuatkan wanita penjual buah itu tersengih-sengih.

Kenapa dik?Berkenan ke?”
Zein Asyraff hanya tayang senyuman malu.Tersipu-sipu jadinya.Muka dah nak panas dah ni.

Kalau tak silap akak,dia pergi ke sana.Cuba adik tengok tapi kalau tak betul maafkan akak ya.”jawabnya menuding jari ke satu arah sambil tersenyum simpul.

Kalut saja dia melangkah setelah mengucapkan terima kasih.Hati dah mula tak tentu arah.Mata meliar ke sana ke mari,tajam memerhati tapi masih tak jumpa.Bangunan tadi dia dekati dan mengukur kaki lima sambil mencari lagi.Rasa yang membuak-buak dalam dada tak mampu nak tepis.Tak kisahlah macam mana pun,gadis tadi mesti dia jejaki.

Kamera di leher ditarik lalu direnung.Gambar-gambar yang sempat dia rakam tadi dibelek satu per satu.Tersungging senyuman di bibir bila melihat wajah tadi.Senyum sampai ke telinga!

''Mana dia pergi?''keluh Zein Asyraff sendiri.
Satu keluhan kecewa mula dibuang.Frustnya!

Dalam berkira-kira nak menamatkan pencariannya,mata boleh terpaku pada satu susuk tubuh yang baru melangkah keluar dari sebuah kedai menjual aksesori.Hati dah dup dap dup dap semacam.Macam kena gendang berkali-kali.Sepantas kilat dia menuju ke sana dan cuba mendekati tapi nak menegur dia belum berani.Ada rasa ragu-ragu.Bimbang juga andai si gadis itu isteri orang.Dah satu hal nak kena menjawab nanti.

Zein Asyraff mengekori dalam jarak yang selamat.Sudah beberapa kali si gadis berhenti melangkah dan singgah di kedai sekadar membelek barang kemudian berlalu dan mengulang lagi perkara yang sama.Sampai saja di sebuah kedai menjual majalah,kaki Zein Asyraff terus terpaku dan berpura-pura pandang ke arah lain bila tersedar yang si gadis seakan perasan kehadirannya.Spontan,majalah dalam pegangannya ditinggalkan dan berlalu pergi dengan langkah yang kencang.

Zein Asyraff berpeluh-peluh.Mengejar macam paparazzi tapi dia sendiri dah hilang akal nak mencari kerana gadis tadi terlalu cekap berlari sehingga tak tinggal jejak.Tapi hati menderu kuat menyerunya masuk ke dalam sebuah butik.Seolah-olah satu klu yang mungkin dia akan bertemu dengan apa yang dicarinya.

Pintu kaca bertulis Butik Kencana ditolak.Mata mula ligat meliar sekeliling dengan harapan yang menggunung tinggi.Harapan agar si gadis manis bercermin mata dapat dijejaki tapi semuanya meleset bila suara seseorang menegur dari arah belakang.

Hai,selamat datang encik.Nak tengok baju atau nak tempah baju?“seorang lelaki berpakaian kemas tetapi agak lembut menyapa dengan begitu ramah.Dilempar satu senyuman mesra kepada Zein Asyraff yang terpinga-pinga.

Err…maaf encik.Tumpang tanya.Ada tak seorang perempuan muda pakai spect dan bertudung warna kuning masuk ke sini?”soalnya tak ada tapis-tapis.

Perempuan muda pakai cermin mata?”soal lelaki itu sambil mengetuk dagunya dengan jari jemari.

Maaf,kejap saya tunjuk gambar dia.”spontan Zein Asyraff suakan kamera yang ada gambar si gadis kepada lelaki di depannya.

You cuba tengok perempuan dalam gambar ni.Ada tak dia masuk ke sini?”

Sorry kalau I bertanya.Ada apa cari perempuan dalam gambar ni?Kekasih ke?”

Oh,bukan...bukan...err...susah nak jelaskan tapi I memang tengah cari dia.Penting sangat.”

Sebelum terlupa,nama I Lulu.Encik?”

Zein.”

Maaflah Encik Zein.I tak rasa perempuan dalam gambar ni masuk ke sini.Lagipun, I seorang yang ada dalam butik ini sebelum encik masuk tadi.Mungkin encik tersilap agaknya.”

Betul ke dia tak ada masuk ke sini?Are you sure,Encik Lulu?Err…cuba you periksa manalah tahu kalau-kalau dia ada menyorok kat mana-mana dalam butik ni.”

I'm so sorry,Encik Zein tapi memang perempuan ni tak masuk ke sini.”mata Zein Asyraff yang melingas ke sekitar butik terus terpaku pada Lulu.Muka dah kelat.Hampa.

Tak apalah kalau macam tu.Tapi,kalau perempuan dalam gambar ni ada datang ke sini...please contact me.Urgent!”semerta Zein Aysraff hulurkan kad namanya kepada Lulu tanpa berfikir panjang.

No problem,tapi lain kali kalau lalu lalang kat sini sudi-sudikanlah singgah ke sini.Kot-kot nak beli baju ke...tempah baju ke...” suara Lulu kedengaran ceria sebelum dia menghulurkan kad perniagaannya pula kepada Zein Asyraff sekadar mempromosi butik miliknya.

Ini kad I,kalau ada apa-apa contact aje.”

Thanks!

Lulu mengangguk sambil menghantar kelibat Zein Asyraff menghilang.

Nil…keluarlah.Dia dah pergi.”ucap Lulu sedikit terjerit dengan tangannya sudah pun terletak elok dipinggang.Ketawanya terus lepas ketika gadis itu keluar dari tempat persembunyiannya.

Betul ke dia dah blah?”ujarnya takut-takut.Mata masih tertinjau-tinjau ke arah pintu hadapan tetapi badan masih lagi sibuk menyorok di sebalik dinding fitting room yang menjadi kubunya tadi.Lulu pantas angguk sambil menunjuk isyarat ‘clear’.

Fuh,lega aku!”dadanya ditepuk perlahan.

Apa kes tu?Kau kenal ke lelaki tadi?”

Entah,aku tak tahu.”bahu diangkat sekali dengan cebikan halus tersungging di bibir kecilnya.

Habis tu,kenapa dia ikut kau?Entah-entah stalker tak?”

I've no idea.Tiba-tiba saja ikut aku,seramlah!”

Aku rasa peminat kau agaknya.Mana taknya,dia siap tunjukkan aku gambar kau yang dia curi-curi tangkap tau!”

Gulp!Air liur terasa pahit.Mahu menangis rasanya mendengar butir bicara Lulu.

Kau biar betul Lulu.Jangan takutkan aku.Macam nak tercabut kaki aku berlari tadi,sekarang kau nak cakap yang lelaki tu skodeng aku?”

Lulu ketawa dengan gelagat gadis itu.Dia menggeleng-geleng dengan telatah gadis bernama Nilla yang merupakan pembantu di butiknya.

Wah,kelas kau Nil.Ada peminat misteri.Urgent katanya.“Lulu gelak setan sambil tekan perut tapi wajah Nilla dah berubah semakin pucat.Seram!

Kau janganlah nak takutkan aku macam ni Lulu.Aku buat mogok tak datang kerja baru tahu!“

Alahai,gurau sikit aje nok.Sentap aje kerjanya!“Lulu jeling gedik pada si Nilla sebelum mencebik.

Dahlah,kalau kau rasa takut sangat kau pergi aje buat repot polis.Kalau polis tanya kenapa,kau cakaplah ada paparazzi skodeng kau.“Lulu sambung ketawa.

Eee,kau ni Lulu.Paparazzi jangan nak sebut eh.Seriau!“Nilla gosok lengannya yang dah mula nak meremang bulu roma.

Hmm…kalau dah itu kata kau,suka hatilah tapi nanti jangan menangis kat aku bila betul-betul kau kena skodeng tau!”cebik Lulu mula nak takut-takutkan Nilla.Jauh di dasar hati yang dia tahu lelaki tadi mungkin hanya nak berkenalan dengan Nilla.Mungkinlah!Kalau jenis stalker,dia no comment.

Hah,mana nasi bungkus aku?”ucap Lulu mendekati meja yang terletak di sudut paling hujung dalam butiknya.

Alamak,Lulu.Sorry,aku tak beli.Buah oren adalah.Nah!”bungkusan buah oren yang berada di atas meja terus disuakan ke hadapan Lulu.
Lulu buat muka bengang.

Hisyh,ni mesti singgah mana-mana kedai belek majalah,belek aksesori,belek kasut baju semua sampai lupa apa aku pesan.Cuailah kau ni Nil.So,apa yang kita nak makan tengah hari ni?Makan angin?”sembur Lulu dengan suara kepitnya.

Aku tak lupa,cuma tak ingat.Terkejut punya pasal.Kau tahu tak dari kedai depan sana mamat tu ikut aku.Mahunya aku tak buat pecutan ala-ala atlet negara.Itu yang terlupa nak singgah beli nasi untuk kau.Sorry darling!“Nilla senyum simpul sambil buat muka comel tapi disebabkan Lulu buat muka cemberut depan dia terus hilang rasa nak terus tayang muka comelnya.

Apa kata hari ni kita makan buah oren aje?Kau kata kau nak diet kan?So,hari ni makan oren ajelah.Untuk kecantikan dan kesihatan kulit muka kau juga.Lepas ni,tak payahlah kau nak susah-susah ambil kolagen dengan botoks bagai!“Nilla sindir Lulu sebelum tersengih-sengih.

Jahat mulut kau kan?“Lulu mengetap bibir.Geram!


STERENG kereta Mitsubishi Lancer Sportback diketuk sekali dua sambil pandangan dilempar ke kawasan bangunan berhampiran.Sudah hampir lima jam dia melepak di dalam keretanya sambil membelek beberapa gambar si tudung kuning atas skrin DSLR.Sesekali senyuman tersungging manis,hati bak kena landa tsunami.Kadang kala terasa seakan ada rama-rama berterbangan ke serata ceruk membantai dinding perutnya.

Wajah gadis bertudung yang dikejar dan dicarinya tadi ditekur lama sebelum perlahan-lahan dia mengusap gambar kaku itu.Wajahnya yang polos walaupun bercermin mata tetap nampak menarik.Biarpun kepalanya ditutupi dengan hijab,auranya tetap memikat.Memang menarik,ada aura tersendiri!

Hati Zein Asyraff dah tak enak.Tak selesa.Jiwa dah lain macam.Tandus macam padang pasir kering.Senak perut selagi dia tak dapat bersua muka dengan gadis itu dan berbual dengannya.Tapi fikiran mula kacau bila terfikir alasan apa yang mahu digunapakai sekiranya dia bertemu dengan gadis itu nanti?Nak beritahu yang dia nak berkenalan?Boleh terima ke alasan lapuk begitu?Atau nak cakap yang dia sedang mencari model untuk projek seninya dan mahu si gadis tampil sebagai modelnya?Begitu?Silap-silap dia kena kejar dengan parang.Paling tidak pun dia dituduh penjenayah.Uiks,masaklah dia kalau kena macam tu.

Sambil berkira-kira dengan alasan apa yang perlu diberi sekiranya dia berjumpa dengan gadis itu,cermin keretanya yang separuh terbuka diketuk.Zein Asyraff angkat wajahnya memandang seorang lelaki berpakaian putih berserta vest hijau terang dan topi lusuh.

Ya,ada apa?”soalnya sedikit blur.

Encik,dah lama encik kat sini.Tunggu orang ke?Atau kereta encik ada masalah?”

Err…tak ada apa-apa bang.Saya tunggu orang.Sekejap lagi dia datanglah!”balasnya penuh yakin sambil merenung wajah si lelaki tadi.Bila dah lama amati rupa lelaki itu,baru dia perasan yang itu adalah penjaga parkir di kawasan ini.

Lelaki penjaga parkir mengangguk dan berlalu meninggalkan Zein Asyraff terkebil-kebil sendiri.Zein Asyraff raup muka.Sekilas dia tenung jarum jam di tangan.Mahunya tak kena tegur?Dah lima jam dia bertapa dalam kereta sendiri.Kemaruk nak menanti kelibat si gadis!

Haih,apa aku nak buat ni?Nak tunggu lagi lima jam ke?“
Mata dihala ke kawasan bangunan,cuba meliar mencari kalau-kalau dia jumpa apa yang dia mahukan.Hampa.

Entah-entah dia memang tak ada kat butik tu?Aku aje yang silap pandang tak?“Rasa kecewa mula bermukim dalam hati.Semerta kad perniagaan pemberian Lulu dikeluarkan dari poket seluarnya sebelum merenungnya lama.

BUTIK KENCANA
Lukman Hakim (Lulu)
No Tel : 019-5672341
E-mel : lulu_hakim13@yahoo.com

Tiba-tiba tersungging satu senyuman di bibir Zein Asyraff.Comel juga nama pemilik butik ni!



Thursday, 26 February 2015

Mr Stalker...Saya Cintakan Awaklah! 16 & 17

Bab 16

PEJABAT Prima Kota masih sama seperti biasa.Kembali bising usai waktu makan tengah hari.Ziyan terus berlalu dengan gopoh kembali ke biliknya dengan senyuman tersungging di bibir.Disebabkan tadi hatinya dah 'tersangkut maut' sepanjang makan tengah hari bersama jejaka paling hangat di pejabat ini,terus kepala mula menerawang tak tentu hala.Masuk saja pejabat,otak mula jammed.Mujur dia masih tahu diri dan masih ingat pada kerja-kerja yang terbengkalai.

Suraya yang mengekor dari belakang agak kehairanan.Terus dia terkam Kak Zana dan mula buat persidangan tak rasmi di meja wanita itu.

“Pssttt….Kak Zana!”

“Apa yang pssttt…pssttt ni Su?”soal Kak Zana tanpa memandang wajah Suraya.Skrin komputer di depan terus ditenung sambil menantikan balasan Suraya.

“Kak Zana perasan tak apa yang saya perasan?”

“Perasan apa pula ni?”

“Ziyanlah…”

“Kenapa dengan dia?”

Suraya mengerutkan wajah lalu memandang Kak Zana di sebelah sebelum berdecit halus.

“Isyh,lembablah Kak Zana ni.Kak Zana takkan tak perasan dengan Ziyan tu?”ucapan Suraya benar-benar membuatkan takat didih Kak Zana naik sedikit.Hei,teman sekerja yang seorang ni.Apa kes?

“Cakap ajelah apa dia?Aku tengah sibuk nak sambung kerja,ada-ada ajelah kau ni Su.”Kak Zana mula nak marah tapi Suraya cepat-cepat memeluk bahu Kak Zana lalu mendekatkan bibirnya dengan telinga wanita itu.

“Akak cuba tengok perangai Ziyan.Dari tadi,sejak kita makan tengah hari asyik tersenyum aje.Sepatah pun tak keluar dari mulut dia.Orang tanya dia main angguk-angguk geleng-geleng aje.Sampai aje pejabat terus blah masuk bilik dia.Apa kes?”

Kak Zana mula menolak tubuh Suraya menjauh,rimas pula dengan si kepoh ni.

“Hei,yang itu pun nak kecoh.Itu tandanya hati dia sedang berbunga bahagialah.Sudahlah Su,akak banyak kerja ni.Karang Puan Amalia nampak kau bertenggek kat meja akak ni tak pasal-pasal kau kena.Baik kau balik ke meja kau dan buat kerja.Kejap lagi kau ada kerja luar kan?Dah…sila kosongkan tempat akak ni.Syuh!Syuh!”juih Kak Zana sambil tahan ketawa.Bibir Suraya dah muncung sedepa.Sentap lepas kena halau dek Kak Zana.

“Isyh,Kak Zana ni.Orang tanya aje pun.Halau kita pula,huh!”cebik Suraya menjeling halus pada Kak Zana sebelum kembali semula ke mejanya dengan mata masih lagi mengintai Ziyan di dalam bilik pejabatnya.

'Berbunga bahagia?Sebab apa?Naik pangkat ke?Tak apa...esok aku korek cerita dari dia.'bisik Suraya tak puas hati dengan satu tekad.


ZIYAN membetulkan tali begnya semasa berada di dalam lif.Hari ini dia pulang awal.Dah selesai urusan di pejabat jadi dia ambil peluang ini untuk balik berehat di rumah.Sebelum keluar dari pejabat tadi sempat dia menjengah ke ruang meja Zein Asyraff tetapi lelaki itu tak kelihatan.Sempat juga dia selidik dari Kak Zana yang bekerja di bahagian yang sama dengan lelaki itu.Rupanya dia ambil half day.Kecewa sikit hati nak tatap wajah jejaka yang dah berjaya mencuri hati dan tumpuannya sepanjang sebulan dua ini.

Cermin dalam lif sempat dijeling sekilas.Menatap roman wajah sendiri.Terus pipi disentuh lembut sambil tersenyum senget.Wajahnya yang sedikit cengkung berbanding sebelum ini ditenung lagi.Jelas yang dia tidak cukup rehat sepanjang beberapa minggu ini memandangkan terlalu sibuk dengan kerja mencari bahan cerita.

Dalam kepala dah mula merangka nak memasak makanan sedap-sedap untuk makan malam.Biar dia kenyangkan perut sendiri dan dapatkan semula tubuh yang lebih berisi macam dulu-dulu.Bila dah cengkung begini,semerta nampak dia lebih berumur daripada usia sebenar.

Elok pintu lif terbuka,dia terus lajukan langkah melewati ruang lobi di bangunan Prima Kota.Suasana boleh tahan sibuk di bawah.Jam baru cecah 5.50 petang.Waktu orang berkejar-kejaran pulang ke rumah.Waktu puncak.

“Hai,Ziyan.”sapaan seseorang dari arah belakang membuatkan langkah Ziyan mati.Terus dia pegun di tempat dia berdiri.

“Ziyan,tunggu kejap!”seorang lelaki yang memakai kemeja berwarna biru dan bertali leher mula mencapai lengan Ziyan bila gadis itu mahu angkat kaki setelah ternampak wajahnya namun tak semena-mena tangannya kena tepis.

“You nak apa lagi,Andy?”soal Ziyan menayang wajah bengang tapi tidak bagi lelaki itu.Ditangannya ada sejambak bunga ros segar yang dibalut cantik.Dihulur pada Ziyan tapi Ziyan tak mahu menerima.

“You dah habis kerja kan?Jom,keluar dengan I.Nanti I hantar you balik.”

“I tak nak!”jawab Ziyan keras dan mula berlalu dari situ meninggalkan lelaki bernama Andhika sendiri.

Andhika kalut mengejar langkah Ziyan sehingga akhirnya dia berjaya berdiri di hadapan gadis itu,menghalang laluannya.

Please,Ziyan.Just for you.”bunga ros tadi disua lagi tak putus asa.Ziyan dah pandang kiri kanan.Malas nak bertekak dengan jejaka ini jadi tak mahu buat kecoh di kawasan umum,dia ambil saja bunga yang dihulur kepadanya.Semerta wajah manis Andhika di hadapannya bertukar ceria.Satu senyuman lebar terhadiah buatnya.

“Keluar dengan I?”ajaknya lagi.

“Nak buat apa?”

“Kita dah lama tak berbual macam dulu-dulu kan?I rindu nak keluar dengan you.Rindu nak dengar suara you.Rindu nak dengar gelak ketawa you.Rindu segala-galanya tentang you.”ucap Andhika tanpa ragu-ragu.Mata terus ditenung ke mata Ziyan,tajam tetapi menggoda.

Ziyan dah rasa nak naik angin saja memandang Andhika.Tak sangka,lelaki ini boleh terpacak depannya ketika dia balik dari pejabat.

“You nak rindu ke apa ke...you punya pasal.I tak berminat nak keluar dengan you sebab kita tak ada apa-apa yang nak dibincangkan.We're over!”hampir saja lagi Ziyan memekik.Nasib baiklah dia mampu mengawal nada suaranya.

Please,Ziyan.Jangan tolak.”pujuk Andhika berlembut.Lengan Ziyan mahu dicapainya tapi Ziyan cepat mengelak.

Andy,pleaselah.I nak balik.I penat ni.Lain kali kita berbual.”dalihnya lagi sekadar beralasan.

No,dah banyak kali you berikan alasan yang sama.Asyik penat…penat…penat…kalau tak penat…sibuk memanjang!”sindir Andhika sedikit keras.Bengang barangkali dengan penolakan yang dibuat Ziyan.

“Apa masalah you,Andy?You tak faham bahasa atau buat-buat tak faham bahasa?Bila I cakap I penat maknanya I penat.Tak faham ke?”jeda.

Atau you nak I straight to the point?”soal Ziyan keras.

Macam ni,let me explain to you.I dah tak nak jumpa you.Get it?

“Kenapa susah sangat you nak faham,Ziyan?I rindukan you,tahu tak?Tolong jangan buat I macam ni.”rayuan Andhika benar-benar melemaskan Ziyan.Mahu saja dia hempuk kepala Andhika,bekas kekasihnya yang sudah lama tidak dihubungi sejak mereka putus hubungan setahun yang lalu.Tiba-tiba bila hidupnya dah tenang dan aman tanpa lelaki ini,dia muncul mengacau emosinya.Ah,galau!

You ni dah hilang ingatan atau dah hilang akal?Sejak bila pandai nak rindu-rinduan pada I?Dah tak ada betina lain nak kejar sampai patah balik pada I?Stupid!”cebik Ziyan melepas rasa.Malas nak berlama-lama menatap wajah Andhika yang masih tayang wajah simpati,dia berlalu keluar dari bangunan Prima Kota dan mahu cepat-cepat sampai ke keretanya yang di parkir tidak jauh dari situ.Namun elok tangan nak menarik pintu keretanya,lengannya sudah dicapai dan ditarik Andhika terlebih dulu.

“Andy!You jangan melampau!”jerit Ziyan bengang.Tubuhnya dah tersekat diantara kedua-dua tangan Andhika yang melekat di bumbung keretanya.Mata lelaki itu merenung tajam mata Ziyan sebelum menjamah rakus ke segenap roman wajah gadis itu.

“Sama ada you nak I pelawa you cara elok atau I terpaksa guna cara kasar bawa you dari sini.”bisik Andhika di telinga Ziyan.Gadis itu tergamam.Terkejut dengan ugutan halus yang Andhika guna pakai.Tak terkata apa,dia hanya menurut Andhika.Pintu keretanya ditutup rapat sebelum lengannya ditarik menuju ke kereta Andhika yang diletakkan tidak begitu jauh dari situ.Kereta di sebelah pemandu dibuka,mempelawa Ziyan masuk ke dalam.

“Macam tulah.Lain kali janganlah kasar sangat.”sindir Andhika sambil tersenyum herot setelah pedal minyak ditekan.Semerta kereta jenis Toyota itu menderu laju di jalanan.

“Kita nak pergi mana?”akhirnya terluncur satu pertanyaan dari bibir Ziyan setelah agak lama menyepi.Bimbang juga jika dirinya dipengapa-apakan oleh Andhika walau dia sendiri tahu Andhika tidaklah sekejam seperti dalam fikirannya.

Andhika yang sedang memandu menjeling sekilas pada Ziyan di sebelah sebelum tersenyum singkat.

“Balik rumah I.”

“You jangan macam-macam,Andy.You hantar I balik ke pejabat sekarang!”

“Relakslah.”

You pelik dan I tak nak ikut orang pelik keluar.Please,Andy.Jangan buat I macam ni.”suara Ziyan dah gigil.Macam nak menangis pun ada.Bimbang akan keselamatan dirinya.Walaupun dia kenal Andhika macam mana orangnya tapi tak mustahil lelaki itu boleh buat sesuatu padanya.Tak sanggup rasanya nak membayangkan perkara bukan-bukan!

Andhika tergelak melihat kekalutan Ziyan.

“You fikir apa ni?”wajah Ziyan dipandang dua saat.

You ingat I teruk sangat ke sampai nak apa-apakan you?Come on,Ziyan.You know me!

Pasal I kenal youlah I fikir macam-macam.You hantar I balik ke pejabat semula,Andy.Please!”tegas Ziyan tak mahu berkompromi.Atas sebab keselamatan,dia perlu bertegas.Walaupun dia jenis manusia kepala angin tapi sebagai seorang perempuan,apalah sangat kudrat yang dia ada kalau Andhika apa-apakannya.

Tapi Andhika sekadar tersengih tak lagi bersuara.Jalan raya yang sibuk diredah selamba membiarkan Ziyan gusar sendiri.


APA khabar auntie?“ ucap Ziyan sebaik melangkah masuk ke banglo milik keluarga Andhika.Lantas tangan wanita yang berdiri di muka pintu itu diciumnya lalu memeluk erat-erat tubuh tua itu.Sempat dia jeling wajah selamba Andhika yang berdiri di sisinya.Perasaan galaunya berjaya diusir pergi setelah rumah keluarga Andhika kelihatan di ruang matanya beberapa minit sudah.Punyalah dia gelabah sepanjang perjalanan.Macam-macam dah didoanya agar tidka berlaku perkara bukan-bukan.

“Sihat.Ziyan sihat?”soalnya ramah sambil menarik lengan Ziyan masuk ke ruang tamu.

“Sihat macam biasa cuma...”mata dijeling lagi ke wajah Andhika.Dia nampak Andhika tersenyum-senyum tapi pura-pura pandang ke arah lain.

“Cuma apa?”

“Err...tak ada apa-apalah auntie.”Ziyan senyum sekilas.

“Lama betul Ziyan tak datang sini.Auntie rindu sangat nak bersembang dengan Ziyan macam dulu-dulu.”tegur wanita yang berstatus ibu kepada Andhika.

“Macam mana nak bawa dia datang sini,ma.Asyik sibuk memanjang.Ini pun jenuh kena paksa.Andy heret dia datang sini tau!”celah Andhika yang sudah pun mengambil tempat di atas sofa tidak jauh dari ibunya dan Ziyan.

Ziyan mengetap bibir.Terasa Andhika seakan-akan mahu mempermainkannya.Nak aje dia bagi sepakan agung secara percuma kepada lelaki itu tapi apa boleh buat,kedudukan lelaki itu tak terjangkau dek kakinya yang tidak berapa panjang.

“Kamu ni Andy,main heret-heret anak orang suka hati kamu.Betul ke ni Ziyan?”soal Puan Aishah sedikit cuak.Tangan Ziyan ditarik lantas ditepuk-tepuk halus.

“Tak adalah auntie.Andy bawa Ziyan datang sini dengan cara paling terhormat.”bibir Ziyan mengetap hebat.Mata dah jeling pandang wajah Andhika tak puas hati.Sakit hati tengok muka tenang milik Andhika.

“Kenapa auntie tengok muka Ziyan cengkung.Tak makan ke?Atau berdiet?”

“Tak diet pun.Kerja kat pejabat banyak,sibuk memanjang.Tak ada masa nak jaga makan.”

“Kalau macam tu,Ziyan teman auntie makanlah.Makan malam kat sini nak?Auntie masakkan masakan istimewa.Dah lama kan Ziyan tak makan kat sini.”pelawaan Puan Aishah benar-benar memerangkap perasaan Ziyan.Antara bengang,sakit hati dan serba salah.Akhirnya dia pasrah.Pasrah membiarkan Andhika menang kali ini.

'Tak apa Andy.Satu hari nanti kau akan kena balik!Just watch and see!'tekad Ziyan sambil melangkah mengekori Puan Aishah berlalu ke ruang makan meninggalkan Andhika sendiri di sofa.


Bab 17

PAGI itu Ziyan masuk ke pejabat dengan muka mencuka.Menonong saja dia menyerbu masuk ke bilik pejabat sampaikan Suraya menegur pun dia boleh buat tak endah.Pintu pejabat yang dihempas kasar membuatkan Suraya semakin pelik.

Perempuan ni period lagi ke?Atau kena hamun dengan Cik Puan Diva?“Suraya pantas meletakkan mug berisi kopi ke atas mejanya dan mula meninjau ke arah meja Kak Zana yang hanya terletak lebih kurang sepuluh meter dari mejanya.

Psstt...Kak Zana!“tegur Suraya buat muka kepochi.

Apa Su?Nak gosip apa pagi-pagi ni?“soal Kak Zana sibuk menekur komputer di depan.
Semalam,mood Ziyan okey kan?“

Hmm...okey aje.“

Dia tak ada mengamuk pasal Cik Puan Diva lagi kan?Tak bertekak dengan sesiapa pun kan?“

Kenapa kau tanya?“

Kak Zana tak perasan ke?Muka dia cemberut masa masuk pejabat kejap tadi.Muka macam baru lepas gaduh dengan laki.Tak perasan?“

Manalah akak tahu Su.Kau pergilah tanya dia sendiri.“jawab Kak Zana malas-malas dengan nada suara mendatar.Sikit pun tak pandang Suraya di depan.

Suraya mencebik.Lama dia merenung pintu bilik Ziyan sebelum meninjau pejabat Puan Amalia Arshad dan Encik Haikal.Akhirnya dia berkeputusan untuk meredah masuk bilik Ziyan walaupun perasaan was-was masih ada.Was-was nak menyoal Ziyan tentang apa yang dah berlaku.Silap-silap dia dapat makian percuma!

Pelahan-lahan pintu bilik Ziyan diketuk.Suraya terus meredah masuk ke dalam.Seketika,matanya terpandang Ziyan yang sedang duduk di kerusinya dan kusyuk menulis sesuatu di atas sekeping kertas dengan wajah berkerut-kerut.

Beb,buat apa tu?”
Tak ada jawapan yang keluar dari mulut Ziyan.

Ziyan,kau okey tak ni?Aku tengok dari tadi muka macam nak ajak gaduh aje.Any problem?

Tak ada apa.” akhirnya Ziyan balas walau suaranya agak mendatar.
Suraya tergelak lantas duduk bersandar di kerusi hadapan Ziyan.Pandang muka Ziyan yang nyata begini langsung buat dia tidak percaya yang gadis itu tak ada masalah.Macamlah dia tak kenal Ziyan tu bagaimana.Senang sangat naik angin.Tayang muka bengang tahap mega,tipulah kalau tak ada apa-apa masalah yang buat jiwanya kacau.

Aku kenal kau dah dekat sepuluh tahun,Ziyan.Kau memang tak pandai nak menipu.”Suraya guna ayat psiko untuk korek cerita Ziyan.
Kau ada masalah ke?Masalah dengan Cik Puan Diva?Atau dengan Encik Haikal?” teka Suraya.

Nothing,Su.I just want to be alone.Please leave!”seru Ziyan dengan nada suara bergetar.Tapi langsung tak angkat muka memandang wajah Suraya.

Apsal ni?Beb,kalau kau ada masalah kau boleh cerita dengan aku.Macam kau tak biasa,kan?Aku risaulah tengok kau macam ni.”

Tiba-tiba bahu Ziyan terhinjut.Mula-mula perlahan saja tapi makin lama semakin kuat sehingga membuatkan Suraya melopong.Tak mahu membiarkan keadaan berterusan,Suraya bingkas mendekati Ziyan dan menarik bahunya.Jelas ada air mata yang mula bertakung di tubir mata Ziyan.

Hei,Ziyan.Kenapa ni?”wajah Ziyan disentuh.Rasa simpati dan pelik dengan tingkah Ziyan yang lain macam.Tak pernah dia melihat Ziyan menangis hiba begini.Ziyan seorang perempuan yang lasak dan kental.Bukan sifatnya nak menangis macam budak kecil begini.

Cuba kau cerita pada aku apa yang terjadi?”pujuk Suraya mula merendahkan nada suaranya.Pipi Ziyan yang dah mula basah dengan air mata disapu dengan hujung jarinya.

Aku rasa aku nak bunuh dia!”bentak Ziyan tiba-tiba,membuatkan hati Suraya kalut sendiri.

Whoaaa...siapa yang kau maksudkan ni Ziyan?Kau nak bunuh siapa ni?”

Jantan tak guna!”pekik Ziyan sebelum membaling pen di tangan ke lantai.Tubuhnya diangkat mendadak dari kerusi lantas mendekati tirai di belakangnya.Jauh dia merenung keluar sambil dadanya naik turun menahan gelora yang entah bila mahu surutnya.

Jantan mana yang kau maksudkan?”berkerut dahi Suraya memikirkan siapakah maksud Ziyan.Lama Ziyan mendiamkan diri sehingga membuatkan Suraya berasa gelisah.

Andhika!Andhika jantan tak guna tu!” jerit Ziyan lantang sambil menarik-narik tirai berwarna putih itu.Jelas sekali di wajahnya ada riak marah yang membuak-buak.
Suraya jadi kalut apabila telinganya menangkap nama Andhika keluar dari mulut Ziyan.Jika mendengarkan nama Andhika,dia tahu kenapa Ziyan bereaksi sebegitu.Lelaki bermulut manis yang telah merobek hati Ziyan lalu meninggalkannya.Sudah setahun lebih dia tidak mendengar nama Andhika meluncur keluar dari mulut Ziyan tetapi hari ini nama itu kembali bermain di bibirnya.

Bahu Ziyan disentuh lembut.Sekadar meredakan hati panas gadis itu.

Ya Allah,Ziyan.Cuba bawa bersabar.Boleh tak kau jangan macam ni?Cerita pada aku satu per satu kenapa dengan dia?Apa dia buat pada kau?Dia datang ganggu kau lagi ke?”kali ini hilang sifat kepoh Suraya sebaliknya berganti dengan sikap prihatin tahap maksima.Sungguh,dia cukup ambil berat akan Ziyan walaupun gadis itu kadang-kadang berangin tak tentu pasal.

Ziyan meraup wajah.Air jernih yang merembes keluar segera dikesatnya.Wajah Suraya dipandangnya bagai mencari kekuatan.Akhirnya Ziyan menganggukkan kepalanya.

Apa kata kau buat repot polis aje.“cadang Suraya.

Kau gila?”bola mata Ziyan membulat seperti mahu terkeluar layaknya.

Aku tak gila cuma dengan cara tu saja dia akan berhenti dari mengganggu kau.”
Ziyan melepaskan satu keluhan yang berat.Dia duduk semula di kerusinya membiarkan Suraya sendiri.

Aku…aku….urghh...ikut hati aku ni mati si Andhika tu aku kerjakan.”Gumam Ziyan.Di matanya ada api yang mula menyala.Sedikit saja lagi Suraya hampir terjerit.Terkedu yang amat dengan pengakuan Ziyan.

Di mata gadis itu bagai ada dendam kesumat yang tiada penghujungnya buat Andhika.Sungguh,inilah pertama kali Suraya nampak wajah Ziyan penuh dengan dendam.Marah yang biasa Ziyan tunjuk sudah lali pada pandangan matanya tetapi kali ini lain macam.

Hah,apa yang kau cakap tu memang kerja gila!Kau jangan buat yang bukan-bukan Ziyan.Cuba bawa mengucap sikit.”Satu keluhan dilepaskan sedikit.

Okey…macam nilah.Apa kata kau tenangkan dulu hati kau tu sebab aku tahu kau sedang dalam keadaan marah.Aku faham tapi tolong jangan buat perkara gila.”

Suraya tidak bercadang mahu bertanya dengan lebih lanjut apa yang sudah terjadi.Biar Ziyan sahaja yang membuka mulut kerana dia tahu seandainya Ziyan disoal lagi,dia pasti temannya itu akan lebih sakit hati.Mungkin saja dia sendiri akan menjadi mangsa amukan Ziyan yang memang terkenal dengan sikap panas baran.

Ziyan akhirnya menyandarkan tubuhnya ke kerusi sambil memejamkan mata.Fikirannya yang sedia kusut sedikit kurang.Cuma ombak dadanya saja yang belum mahu reda.
Mendengar butir bicara Suraya,hatinya jadi sejuk kembali.Rasa marah yang sedia bermukim di hati kecilnya cuba dibuang pergi.Tidak mahu hanya kerana Andhika mood nya berubah dan hilang fokus pada kerja.

Kau okey tak ni?” soal Suraya perlahan.Bimbang kata-katanya bakal menjadikan Ziyan macam emak singa pula nanti.

Ziyan angguk sekali sambil meletakkan tangannya pada dahi.

Sorry lah kalau aku cakap tapi kalau kau ada masalah nak diluahkan aku bersedia mendengarnya.Hmm…tak apalah Ziyan.Aku keluar dulu.Tapi kalau ada apa-apa yang kau nak cakap,just tell me okay.

Suraya mula melangkah namun langkahnya mati sebelum menoleh ke arah Ziyan yang masih membatu seperti orang tidur di kerusi.

One more thing Ziyan.Aku harap kau tak buat kerja-kerja bodoh dan gila hanya kerana seorang lelaki.Walau apapun alasan dan walau apa pun yang dia dah buat pada kau,aku tak nak kau hancurkan diri kau kerana dia.Kau faham kan apa maksud aku?”

Hmmm…” hanya itu balasan Ziyan sebelum Suraya keluar dari situ.



BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...