Friday, 24 May 2013

Babak Terakhir Bab 4


Fea masih melangut depan TV.Walaupun sudah tengah hari,dia masih belum mandi dan lebih suka bersenang lenang di ruang tamu menonton rancangan kesukaannya.Melodi.Maklumlah,hari Ahad memang hari gosip panas sedunia!

Sesekali mulutnya melopong menahan kantuk yang masih bersisa.Biasalah,semalam dia tidur lambat.Hampir subuh baru dia terlena.Itulah akibat bila asyik ralit layan youtube dan berchatting dengan teman-teman sehingga tak tahu beza waktu tidur dan waktu berjaga.

Lia Sari turun ke tingkat bawah rumah teres itu.Matanya tertancap pada susuk tubuh Fea yang masih enak melepak di atas sofa di ruang tamu melayan keseronokan dari televisyen.

”Fea,apa lagi kau buat di situ?Tak reti nak bersiap ke?” lantang bunyi suara Lia Sari sambil membetulkan rambutnya di hadapan cermin berdekatan ruang tamu.Fea toleh sekilas.”Nak pergi mana mak?Wangi-wangi semacam ni?Dating ke?”

Kening Lia Sari bertaut.Matanya mencerun kepada Fea.”Eh,budak ni.Tak habis-habis dating.Asal mak kau ni pakai cantik-cantik,wangi-wangi kau kata pergi dating.Kau dah lupa ke Fea?Hari ni kita kena pergi rumah Tok Saif.” Fea mendengus.Hisyh mak ni.Asyik-asyik pergi rumah Tok Saif.Tak bosan ke?

“Nak buat apa pergi sana?Duduk lepak depan tv lagi best!”
Lia Sari radang.Geram betul dengan Fea.
“Fea sayang,hari ni kan ada majlis sambut keluarga Auntie Arfa di rumah Tok Saif.Dah lupa?”

“Oh,hari ni ke?Bukan dah lepas ke mak?” Fea loyar buruk.Dia ingat loyar buruk dia tu laku agaknya depan emaknya? Sebenarnya sengaja dia berkata begitu supaya dia dapat melepaskan diri dari pergi ke rumah Tok Saif.Seboleh-bolehnya dia mahu mengelak untuk ke sana.Tambahan adiknya Shahrul tidak sertai mereka kerana ada program di kampusnya.

“Sudah,tak payah nak mengarut.Pergi siap cepat.Nanti mak tinggal baru padan muka!”
“Alah mak,kalau iye pun tak sabar nak jumpa cousin mak tu,kenapa awal sangat?Bukan majlis tu malam ke?Sekarang baru pukul 1 tengah hari.”

“Memanglah,tapi takkan nak pergi makan je?Jom,kita pergi tolong buat apa yang patut.Nak setting tempat,makanan semua.” Fea buat muka kayu.Dia tiada pilihan maka terpaksalah dia mengikut arahan Lia Sari.Kalau tidak,parahlah telinganya menahan serangan bertubi-tubi dari mulut emaknya.

++++++++++++++++++++

Suasana meriah di rumah banglo mewah milik Tok Saif membangkitkan rasa ceria di kalangan semua tetamu.Walaupun tetamu yang dijemput itu tidaklah seberapa ramai dalam jangkaan Fea namun ia tetap meriah.Waktu yang sudah menginjak selepas Isyak membuatkan keliling rumah banglo mewah itu berseri-seri dengan semua kerlipan lampu hiasan.Para tetamu jemputan yang diundang merangkap saudara mara Lia Sari dan Tok Saif semuanya sudah tiba.Sejak lewat petang mereka semua sudah berkampung di situ sementara menanti majlis bermula.

Lia Sari lengkap memakai kebaya nyonya berwarna biru muda dan bersanggul tinggi ala-ala mak dara.Macam nak pergi majlis orang kahwin saja lagaknya.Tok Saif pula sudah bersiap dengan kemeja longgar hijau polos dan slack hitam.Sekali pandang gayanya macam menteri!

Fea pula lebih selesa dengan jeans dan blaus warna hitam.Warna kegemarannya.Ceh,dah macam orang nak berkabung pun ada.Rambutnya yang melepasi bahu itu pula dibiarkan lepas ke belakang.Huh,biarlah.Tak kuasa rasanya dia nak bersiap lawa-lawa macam emaknya yang mengalahkan pengapit pengantin.Bukannya ada majlis yang istimewa sangat.Setakat nak sambut Arfa sekeluarga saja.Lagipun Fea sebenarnya malas nak berlawa-lawa semata-mata untuk keluarga Arfa yang telah lama menyepi.Dia sendiri sudah lupa tentang mereka.Bagaimana rupa mereka pun Fea sendiri tidak ingat.

Memanglah tidak ingat,kali terakhir berjumpa Arfa sekeluarga adalah 15 tahun yang lepas.Dia sendiri masih berhingus lagi waktu itu.Namun yang dia masih belum lupa adalah sikap sombong,bongkak dan berlagak keluarga Arfa itu sendiri.Naik meluat rasanya dengan tingkahlaku setiap ahli keluarga Arfa.Daripada suami Arfa Uncle Mokhtar,Arfa sendiri,Rania hinggalah anak bongsu Arfa Rizal.Rizal?

Oh,musuh negara yang sering membikin huru hara sedari dia kecil.Ceh,macam mana boleh terfikir tentang Rizal si bongkak pembuli durjana yang tembam tu?Oppss,mengata oranglah pula.Tapi betul apa si Rizal tu memang bongkak.Berlagak tak tentu pasal tentang kekayaan yang mereka miliki.Asyik nak menunjuk saja kerjanya.Eleh,tak hairanlah kalau setakat harta sekangkang kera tu.Itu pun dah nak berlagak.Bukannya harta persendirian dia pun!

Hai...agak-agak bagaimana rupa mangkuk tingkat tu sekarang ni?
Fikir Fea berulang kali.Memori lamanya dengan keluarga Arfa segera terlayar-layar di ruang matanya.

++++++++++++++++++++

Fea menuju ke tepi kolam renang.Berhampiran dengan kolam renang,beberapa meja panjang dihias cantik tersusun kemas dan dipenuhi makanan enak-enak.Fea tidak membuang masa apabila mengambil segelas air di situ dan meneguknya beberapa kali sebelum ralit merenung kolam renang yang tenang itu.Beberapa kelibat saudara maranya yang turut berada di situ kelihatan.Fea sekadar tersenyum apabila disapa mereka.Tiba-tiba saja Fea terasa bahunya ditepuk dari belakang.Dia memusingkan badannya ke belakang.

”Hah,berangan!” sergah satu suara.Fea mengurut dada.”Isyh,buat terkejut saja! Bagilah salam dulu.Nasib baik tak kena simbah air!” Marah Fea.Berkerut wajahnya apabila disergah Aimin sepupunya.Lelaki yang sebaya dengannya itu ketawa geli hati dengan reaksi Fea.Fea segera menampar bahu Aimin sambil buat muka namun dia ketawa kemudiannya.”Bila kau sampai?Ingatkan tak datang.”

“Baru je sampai.Kau yang tak sedar aku sampai!Itulah,asyik sangat dok tenung kolam tu lama-lama.” Ucap Aimin lalu mengambil gelas dari tangan Fea dan meneguk air dengan selamba.Fea mencebik.”Hisyh,macam dah tak cukup air je.Air aku pun kau nak kebas?”

“Alah kau ni,janganlah kedekut sangat.Aku nak bermanja-manja dengan kau pun tak boleh.” Fea buat muka.Rasa nak termuntah dengar ayat yang dituturkan oleh Aimin.Aimin pula sudah ketawa besar dan menghulurkan semula gelas kepada Fea kemudiannya.

“Manja-manja konon.Tak cukup ke kau bermanja dengan awek kau selama ni sampai dengan aku pun sibuk nak bermanja?Dah kurang kasih sayang ke?” laju saja ucapan Fea.Dia memang begitu.Mulut macam murai.Laser mengalahkan emaknya sendiri.Aimin terus terdiam.Riak wajahnya berubah dan menjauhkan diri sedikit dari Fea.Fea terasa serba salah.Alamak,salah ke apa yang aku cakap?Kecil hati ke?

“Err…Min,sorry lah.Aku tak…”
“Aku dah putus dah dengan awek aku.” Ucap Aimin seraya menyeluk poket seluarnya.Fea angkat kening.
“Putus?Kenapa?Dia main kayu tiga?Atau kau sendiri yang dah ada orang lain?” Fea sengaja serkap jarang.Aimin menoleh pandang padanya lalu sengih.

“Biasalah.Perempuan .Pantang nampak lelaki kaya,lagi handsome dan lebih bergaya mesti dia nak kejar punya.Yang lama dia terus tinggalkan.” Terdapat nada sedih dalam suara Aimin.Fea ketap gigi.Dia terus mendekati Aimin dan menolak kasar bahu Aimin.”Min,kau cakap baik sikit.Aku ni pun perempuan tau! Tapi aku bukan mata duitan macam bekas awek kau tu!” Fea melenting.Aimin terus ketawa.Kelakar melihat gelagat sepupunya yang seorang itu.”Hei Fea! Aku tak maksudkan kaulah! Janganlah nak terasa sangat! Eh,dahlah.Kita tukar topiklah.” Cadang Aimin apabila melihat kemarahan mula terbit di wajah Fea.

Fea diam.Jarinya bermain-main di bibir gelas dalam pegangannya.Matanya masih tidak lekang menatap air kolam renang yang tenang.Dia lebih senang begitu.Terasa damai dan sejuk matanya.
“Kau apa cerita sekarang?Dah kerja?”

“Huh,ini yang aku malas ni.Asal orang nampak muka aku ni mesti soalan sama yang ditanya.Sofea dah kerja ke?Sofea tak cari kerja ke?Kenapa Sofea tak kerja?“ ejek Fea bernada menyampah sehingga Aimin sendiri terpinga-pinga.

“Dah tak ada soalan lain lagi ke kau nak tanya aku Min?Bosan tau tak hari-hari orang tanya soalan sama pada aku.Macamlah dalam dunia ni tak ada soalan lain nak ditanya.Balik-balik soalan cepucemas tu juga yang ditanya.“
“Okey,kalau macam tu apa kata aku tukar soalan.Ermm…Sofea…Sofea…kau dah berkerjaya atau belum?“ ujar Aimin semula sambil menahan ketawa.Fea di sebelah merengus lalu menjeling geram.

“Hisy,kau ni pun samalah dengan orang lain.Soalan tak thrill langsung!!“ balas Fea semula.
“Alah,otak kau tu bijak sangat ke nak jawab soalan thrill?Aku tanya soalan simple pun kau tak mampu jawab,kan?“kening Aimin sudah diangkat dan diturunkan berselang seli dengan senyuman kecilnya.

“So,kau dah kerja ke belum?“ sambung Aimin lagi mengendurkan sedikit suaranya.
“Itulah,sepupu sendiri pun kau tak tau dah kerja ke belum.Asyik ingat orang lain sampaikan saudara mara sendiri pun dah lupa.“ Fea bersuara lantang menjawab pertanyaan Aimin yang sedari tadi malas untuk dia memberikan jawapannya.
Sudah! Perempuan ini,tadi marah sekarang pun mahu marah lagi?Tak habis-habis dengan mood ‘merah‘ dia.

“Isyh,kau ni Fea.Aku tolak juga ke dalam kolam ni.Aku tanya kau satu sepuluh kau serang balas aku kan? Apa punya sepupulah!“ balas Aimin.
Fea sengih.Kemudian ketawa kecil sebelum menyambung bicara.
“Aku masih tetap macam biasalah.Jadi penganggur terhormat di alam maya!“
“Tak kerja lagilah jawabnya?“Fea angguk seraya mendekati gigi kolam dan duduk di situ sambil menyinting kaki seluarnya lalu merendamkan separuh kakinya ke dalam kolam.“Itulah kau,ni mesti kes memilih kerja kan?“ tuduh Aimin turut mencangkung di sisi Fea.Fea kerut dahi.“Bukan memilih tapi memang aku tak nak pun!“

“Macam tu pulak? Atau kau ni malas? Atau pun kau memang nak kekalkan pekerjaan kau sebagai ‘Mat Jenin‘?“sindir Aimin yang sememangnya mengetahui tabiat Fea yang sejak kecilnya memang kuat berangan sehinggakan pada satu hari semasa mereka di kampung,Fea mengigau lalu mengajaknya menari seolah-olah mereka sedang berada di lantai tari.Malah Fea menggelarkan dirinya sebagai Cinderella dan Aimin sebagai seorang putera raja.

“Isyh,bukan macam tu tapi aku perlukan masa untuk berfikir arah tujuan dan masa depan aku.Lagipun aku belum bersedia nak galas tanggungjawab baru sebagai seorang pekerja yang disayangi oleh bos.“ akhirnya itulah jawapan yang diberikan.
“Tak bersedia konon! Cakap saja yang kau tu malas! Orang malas takkan disayangi oleh bos,tahu ? “ usik Aimin.“ Biarlah ! Aku dah penat belajar berbelas tahun sejak dari tadika sampai masuk universiti,nak juga aku berehat beberapa tahun sebelum mula kerja.Adillah kan ?“

“Alasan tak munasabah ! Ada-ada saja kau ni.’’ Aimin menggeleng kepala.Faham benar dengan perangai Fea.Ada saja alasan.Ada saja jawapan.Macam-macam.
“Eh,Pak Ngah dengan Mak Ngah mana ? Dari tadi tak nampak.Datang ke tidak ?“
“Ada kat dalam.Bersembang dengan Tok Saif agaknya.’’
‘’Oh,patutlah.’’ucap Fea.

‘’Aku sebenarnya nak juga tahu,apa motif majlis malam ni diadakan.’’
‘’Kau belum tahu ?’’ Aimin segera menggeleng.’’Ada orang nak masuk meminang kau ke ?’’ Aimin berbisik di telinga Fea.Fea menoleh.’’Bukanlah ! Tak ada sesiapa yang nak datang meminang.Ini majlis untuk sambut tetamu.Mesti kau tak baca kad undangan yang mak aku bagi.’’ Tiba-tiba Fea teringat pada kad undangan istimewa yang Lia Sari buat untuk keluarga Aimin.Lia Sari begitu beria-ia menempah kad selepas Fea memberi alasan tidak sempat dan akhirnya dia berjaya menempah dua kad.Satu diberikan pada Tok Saif dan satu lagi pada keluarga Aimin.Macam kelakar bunyinya!

“Kad undangan?Wah,dah macam kenduri kahwin saja.Hebat!Kenapa tak hantar pakai facebook?“ Aimin berseloroh.Fea pula masih sempat menampar lengan Aimin yang tergelak kecil.
“Kau kata tadi majlis sambut tetamu.Siapa ? PM ?’’
“Kalau PM nak datang mestilah aku bergaya sakan !“

“Habis tu ?Aku tengok Mak Long bukan main melaram lagi dengan kebaya dia.Macam Saloma dah !“
“Kesian betul kau ni!’’ ejek Fea sengaja.
“Tu hah,sepupu mak aku dengan ayah kau nak balik sini.”sambungnya semula.
‘’Siapa pula ?’’

‘’Kau ingat lagi tak dengan budak tembam yang paling jahat pernah kita jumpa masa kecik-kecik dulu?” Aimin mengecilkan matanya seolah-olah sedang mengingati sesuatu.Beberapa saat kemudian matanya kembali dibesarkan menghadap Fea.
‘’Yang berlagak tu ? Anak orang kaya tu ke?’’ Fea angguk.

‘’Keluarga dialah yang nak datang sini kejap lagi.Sebab tu Tok Saif dengan mak aku beriya buat majlis sambut diorang.Maklumlah,orang dari England balik Malaysia!’’ Nada suara Fea berubah menjadi nyaring.Naik menyampah rasanya menyebut nama mereka.Aimin angguk tanda mengerti.

‘’Oh,patutlah.’’
‘’Eh,dahlah ! Bosan pula aku cerita pasal diorang.Aku nak masuk dulu.Kau buatlah apa yang patut kat sini.Kalau lapar,tu hah.Ambil je makanan atas meja tu.Kalau tak cukup,bagitau bibik kat dapur tu.’’ Selamba saja Fea berbicara sebelum menghilang ke dalam.Aimin garu kepala sambil menghantar pandang kelibat Fea yang semakin menghilang.

Marah lagi rupanya dia pada budak tembam nakal yang berlagak tu.Mestilah,budak tembam tu sebahagian dari mimpi ngeri Fea.Akhirnya Aimin tersenyum sendiri.

++++++++++++++++++++

Kedengaran bunyi pintu kereta ditutup dari arah depan banglo.Fea yang ralit berangan terus dikejutkan oleh Lia Sari."Sudah Fea.Kau simpan dulu angan-angan kau tu.Jom,kita ke depan.Diorang dah sampai tu."Lia Sari segera menarik lengan Fea yang seperti hilang arah.Epal hijau yang menjadi santapannya sedari tadi masih tergenggam kemas dalam tangannya.

Di luar banglo,bertentang dengan pintu utama berdekatan dengan porch,Arfa sudah tersenyum-senyum memandang kelibat Tok Saif.Lia Sari dan Fea masih terpaku di depan muka pintu utama manakala keluarga Pak Ngahnya sudah mendekati Tok Saif yang sudah berada di hadapan porch.

Di sebelah Arfa iaitu Mokhtar suami Arfa berdiri sambil menyeluk poket seluar.Dengan mesra,kedua suami isteri itu menyalami tangan Tok Saif lalu menciumnya.Mokhtar pula sudah erat dalam pelukan Tok Saif. Kemudian,mereka bersalaman dengan keluarga Pak Ngah pula.Fea lihat di belakang suami isteri itu berdiri sepasang lelaki dan perempuan .Gaya mereka macam orang moden yang tidak berapa suka dengan suasana di Malaysia saja.Fea mencebik.Mesti anak-anak Arfa.Tekanya dalam hati.

Matanya lekas-lekas menangkap susuk tubuh lelaki yang berdiri di belakang Arfa.Dengan ketinggian yang hampir 6 kaki,berkulit putih,wajah yang tampan berserta berpenampilan menarik,sudah pasti mampu mencairkan mana-mana wanita dan perempuan .Sambil menanggalkan kaca matanya ,dia mendekati Tok Saif dan bersalam dengan lelaki tua itu.Sekali pandang macam orang sasau pun ada.Agak-agaklah sikit bro!

Sekarang ni malam,kalau siang tu tak apalah juga kalau nak bercermin mata hitam.Huh,dah sah-sahlah lelaki poyo tu semestinya anak lelaki Arfa yang berlagak tu.Tak lain tak bukan Rizal atau yang lebih mesra dengan panggilan Jai.
Erk…Jai?Jaiho ke?Wah dah kurus dah dia ni!

Hmm….boleh tahan kacak juga mamat ni.Argh,kacak lagi Pak Cik Morad Kedai Runcit! Ingat aku kisah sangat dengan penampilan dia yang ala-ala mat saleh celup tu.Tak heranlah! Muka masih lekat iras Melayu.Gaya saja yang terlebih updated macam mat saleh.Ni mesti kes nak tiru Brad Pitt lah tu….

Hah,yang kat sebelah dia tu mesti Rania,kakak dia.Wow,not bad juga minah ni.Cun juga tapi tu pun disebabkan pakaian dia yang nampak urban gila.Mini skirt yang dipadankan dengan baju sendat tanpa lengan berwarna pink disertakan dengan topi besar yang selalu di pakai oleh Paris Hilton.Itu saja yang menampakkan dia cantik.Selebihnya aku lebih cun!

Fea bermonolog sendiri.Dia sedar emaknya Lia Sari sudah menghilang dari sisinya ketika dia sibuk menilik,membelek serta mengkritik dan menghuraikan hipotesis tentang keluarga Arfa secara diam.Fea mencebik lalu menggigit sisa epal hijau yang masih dalam pegangannya.

"Fea,sini sekejap." panggil Lia Sari seraya menggamit ke arahnya.Kunyahan Fea terhenti seketika saat berlaga mata dengan Lia Sari.Dia memandang wajah emaknya yang sedia menunggunya di hadapan porch apabila wanita itu memberi isyarat supaya Fea mendekati mereka.Fea mendengus lalu memberikan sisa epalnya kepada salah seorang orang gaji Tok Saif yang berdiri tidak jauh darinya sambil buat muka tak bersalah lalu tangannya yang kotor dikesat pada seluar jeans yang dipakai.

Dia segera mengatur langkah menuju ke arah keluarganya."Arfa,kau ingat lagi tak dengan anak perempuan aku?Sofea.Inilah Sofea." Lia Sari memperkenalkan Fea pada Arfa.Arfa senyum lantas menghulur tangan.Fea pandang huluran tangan Arfa namun dia membatu.Lia Sari yang perasan anaknya cuma membatu cepat-cepat menyiku lengan Fea.Fea tersengih lalu segera menyambut huluran tangan Arfa.

"Apa khabar……err……mak long……err……mak ngah,mak cik ……" kelam kabut saja bunyinya pengucapan gelaran dari mulut Fea.Dia sebenarnya tidak tahu mahu membahasakan Arfa sebagai apa.Disebabkan itu semua pangkat dalam keluarga terkeluar dari mulutnya.Dia masih buat wajah selamba walaupun Arfa sudah kelihatan pelik.

"Err……Auntie Arfa." Fea sengih.Sengaja tayang giginya.Mentang-mentang giginya cantik,sesuka hati saja menayang."Ye...Auntie Arfa." Fea sengaja mengulang ayat Arfa. Fea menghulur tangan menyalami Mokhtar pula.Mokhtar senyum menyambut tangan Fea."Uncle...sihat?" poyo saja ayatnya.Dah terang lagi bersuluh.Memang sah-sah lelaki tu sihat,lagi mahu tanya. “Sihat,alhamdulillah.“ Lelaki itu senyum.

"Dah besar Sofea ye? Dulu masa auntie jumpa,Sofea kecik lagi.Berhingus lagi masa tu." Arfa ketawa kecil disambut dengan Lia Sari dan Tok Saif.Malah wajah Fea dipegangnya lalu ditepuk-tepuk sedikit sehingga membuatkan Fea tersentak.Ceh,ada patut kata aku budak berhingus? Hantu betul!

“Dah cantik sekarang ni ya.Tak sangka betul!” tambah Arfa lagi tidak lepas memandang wajah Fea.Gadis itu hanya mampu tersenyum sambil menahan kembang kempis hidungnya akibat dipuji.

"Lupa pula nak kenalkan anak auntie.Ni Rania dan ini pula Rizal.Ingat tak lagi pada Nia dan Jai?" Fea pandang sekilas.Serta merta hatinya menjadi jelek.Mungkin dengan gelagat keduanya yang kelihatan berlagak dan seperti mat saleh tu.Urghh,kenapalah angsa dua ekor ni juga aku kena jumpa? Selama 15 tahun ni hidup aku aman saja tiba-tiba kena bersua muka dengan mereka berdua.Hello Fea,apa kau merepek ni? Dah……dah.Jangan nak mengarut je.Pergilah salam dengan saudara kau yang dah lama tak berjumpa tu.

Rania menanggalkan topi Paris Hiltonnya manakala Fea pantas menghulur tangan kepada Rania diikuti oleh Rizal.Fea tayang muka kayu.Rizal pula sudah mengangkat kening sambil senyum.Semasa bersalam dengan Rizal,lelaki itu mendekatkan wajahnya ke telinga Fea."Hai,honey.Masih ingat I lagi?" sedikit menggoda bunyinya.Fea terkedu sedikit dan mula mencerunkan matanya merenung ke wajah Rizal malah lelaki itu mengenyit mata nakal padanya semula bersama senyuman lebar.

Hisyh mamat ni.Kau nak menggatal dengan aku pula ke? Tak cukup dengan perangai kaki buli lagi? Tiba-tiba fikiran Fea melayang kepada peristiwa 15 tahun lepas.











Monday, 20 May 2013

Babak Terakhir Bab 3


Pagi yang damai itu benar-benar mengasyikkan.Jauh dari hiruk pikuk kenderaan yang kebiasaannya membuat bising semata-mata berlumba-lumba di jalanan menuju ke lubuk rezeki masing-masing.

Walaupun langit pada pagi itu sangat cerah dan matahari agak terik menyinar di ufuk timur,angin sepoi-sepoi bahasa yang sesekali menyapa begitu mempesonakan.Lia Sari senang dimanjai dengan angin luar.Pintu utama rumahnya dibuka seluas-luasnya.

Dia melepak di ruang tamu sambil ditemani oleh suara DJ dari radio.Wanita itu,seperti kebiasaannya akan melakukan rutin hariannya dengan meneliti dan memeriksa stok jamu yang berada dalam simpanannya.

Sesekali punat-punat di kalkulatornya berbunyi kasar akibat hentakan jarinya mengira jumlah untung rugi jualan jamu yang sudah lama menjadi sumber rezekinya.Dalam kelekaannya mengira keuntungan,suara seseorang dari arah luar pagar bergema.Dia kalut bangun mendekati pintu untuk mengintai siapakah tuan punya gerangan.

“Assalamualaikum! Lia Sari!Lia Sari!”
“Waalaikummussalam.Hah,Khaty.Sekejap aku buka pintu pagar!” jerit wanita itu,terkocoh-kocoh mencapai kunci pintu pagarnya yang diletakkan di atas meja kecil di tepi pintu rumah.

“Cepatlah Lia Sari oi,panas ni.Cair lemak-lemak aku berdiri kat luar ni!” desak wanita bernama Khaty yang hampir seusia dengannya.
“Baguslah kalau lemak-lemak kau cair.Tak payah kau nak pergi buat rawatan laser buang lemak dan selulit kat klinik tu.” Usik Lia Sari membuka pintu pagar hadapan.

‘’Ke situ pula kau ni.”
‘’Jemputlah masuk.Kau datang ada hajat apa ? Jamu dah habis ke ?’‘
‘’Bukanlah.Ada lagi kat rumah tu.Dari bulan lepas tak habis-habis pun.‘‘
‘‘Hah,tak habis lagi?Patutlah aku tengok lemak kau makin banyak ni.Kau tak ikut cadangan pemakanan macam yang aku bagi ke,Khaty?‘‘ suara Lia Sari sudah sedikit keras apabila Khaty menyatakan bahawa jamu yang dibelinya dari Lia Sari bulan lepas masih belum habis.Lia Sari memegang lemak-lemak di perut Khaty yang semakin ketara.Khaty segera menolak tangan Lia Sari.Dia duduk di sofa berdekatan diikuti oleh Lia Sari.

‘‘Macam mana aku nak makan sedangkan bau saja pun buat aku loya.‘‘ ucap Khaty lagi sambil memegang tekaknya seolah-olah geli geleman dengan jamu.

“Loya pula?Hisyh,bau jamu memang kuat sikit tapi kalau kau tak makan macam mana nak cantik? Nanti merungut kat aku pula cakap badan tak lawalah,tak slim lah.Nanti kalau laki kau cari perempuan lain macam mana ?Kau juga melopong kan?Aku bukan nak membebel kat kau Khaty,aku sekadar bagi nasihat.Bukan apa,umur macam kita ni,kena jaga kesihatan.Pemakanan tu yang paling utama.Jaga betul-betul.Silap sikit saja dah boleh kena macam-macam penyakit.Semput,lelah,asma,kencing manis,darah tinggi,kanser….hah,semua tu bahaya tau! Kalau dah terkena,susah! Asyik kena menghadap muka doktor saja.Jadi lebih elok kalau kita mencegah dulu sebelum terlambat.Macam iklan kat tv ,mencegah lebih baik dari merawat.Tak gitu?“

“Eh,kau ni Lia Sari.Tutup sekejap topik jamu kau tu.Rasa kembang tekak aku ni.Aku datang sini bukan nak cerita tentang jamu tapi aku ada cerita lain nak beritahu kau!“
“Cerita apa pula? Nak gosiplah tu!” teka Lia Sari yang sudah duduk bersila di bawah untuk menyambung kerja-kerjanya tadi.

“Isyh,tak baik tau tuduh macam tu.Bukan gosiplah.Tapi aku datang sini nak beritahu kau,esok ada krew filem nak datang rumah si Mona.“
“Krew filem pergi rumah Mona?Nak buat apa?”

“Dengar kata,ada produser filem bayar Mona untuk buat penggambaran filem kat rumah dia.Lia Sari oi,glamor kita nanti.” Ucap Khaty teruja sambil mengipas-ngipas wajahnya.

“Produser tu pergi rumah Mona.Yang nak glamornya Mona,bukan kita.”
“Memanglah tapi ini yang aku nak cakap ni.Esok aku nak ajak kau dengan jiran-jiran kita yang lain tu pergi rumah Mona.Nak tengok diorang shooting filem.”

“Boleh pergi ke?”
“Alahai,kenapa pulak tak boleh pergi.Mona yang suruh datang.” Lia Sari senyum.
“Sebenarnya aku dah tahu pun kat rumah Mona ada penggambaran filem.” Tutur Lia Sari membuka cerita.

”Mana kau tahu?Internet bergerak mana yang beritahu kau ni?Kak Dora sebelah rumah kau ni ke?“
“Ada-ada kau ni Khaty.Rose yang beritahu aku semalam.“

“Isyh Rose ni,laju betul bawa berita.Kalah mami jarum!Kecik hati Kak Dora ni kalau dia tahu dia kalah dengan Rose.” berkerut wajah Khaty.
‘Ish,macam mana si Rose boleh tahu dulu dari aku ni?’ Fikir Khaty lagi.
“Kak Dora tak ada…dia balik kampung.Kalau tidak dah riuh sekampung!”
Khaty tersengih.

“Aku yang telefon dia.Semalam aku ternampak ada ramai orang kat depan rumah Mona.Aku musykil juga kenapa ramai orang depan rumah dia.Aku pun telefon Mona tapi tak berjawab alih-alih aku telefon Rose.Dialah yang beritahu aku ada orang buat penggambaran filem kat rumah Mona.” Ucap Lia Sari jujur.

“Lah,kiranya sejak semalamlah diorang datang shooting?Aduh,melepas aku nak jumpa pelakon filem!” Khaty tepuk lantai tanda tidak puas hati.Lia Sari sudah hampir tergelak dengan gelagat jirannya namun ditahankan saja,takut jika wanita itu berkecil hati.

“Esokkan ada shooting lagi?Esok bolehlah kau jumpa pelakon filem tu!” Khaty angguk.
“Eh,kau nak tahu tak apa tajuk filem tu?Kalau tak silap aku nama filem yang diorang nak datang shooting tu Pontianak Gangster.Farid Kamil dengan Lisa Surihani yang berlakon!!” Khaty ketawa kuat kemudian disusuli oleh Lia Sari.

“Amboi,gangster betul nama tajuknya ya?” tanya Lia Sari yang masih sibuk membelek kalkulator.
Dalam keralitan bercerita perihal penggambaran filem yang akan diadakan di rumah Mona pada keesokan hari,Lia Sari berasa pelik apabila melihat kelibat Fea.Tiba-tiba saja rajin benar dia bangun pagi-pagi.Pelik bin ajaib!

“Hah Fea,nak ke mana?Pagi-pagi lagi dah bangun!” Fea berhenti apabila disapa Lia Sari.Dia mengeluh.Aduh,emaknya ini.Ada saja soalan yang nak diajukan.
“Mak,salah ke Fea nak bangun pagi-pagi?Bila Fea bangun lambat mak berleter,sekarang ni Fea dah bangun pagi pun tak boleh?”

“Hei budak ni,bukan tak boleh tapi mak terkejut sebab anak dara mak seorang ni rajin betul bangun pagi-pagi.Itu yang mak tanya.Nak ke mana?”
“Macam biasalah mak.Nak dating!” Fea berseloroh.Dia ketawa sambil tutup mulutnya.Gelihati barangkali dengan jawapan yang dibalas kepada emaknya.
“Tak habis-habis nak dating!” marah Lia Sari,mencerun matanya memandang Fea.Fea masih bersikap selamba.

“Fea,kau dating dengan siapa?“ celah Khaty tiba-tiba.Teruja pula dia mendengar celoteh dua beranak ini.
“Mak Cik Khaty,mestilah saya dating dengan boyfriend saya.”
“Memanglah,takkan dengan girlfriend pula.Lainlah kalau kau ni spesis sejenis.Maksud aku,siapa boyfriend kau tu?Kerja apa?Siapa mak bapak dia?Tinggal mana?Berapa umur dia?”

“Mak Cik Khaty ni,banyak tanya pula.Dah macam wartawan 999 saja.Nak ganti tempat Mak Cik Dora pula dah?”
“Bukan apa,tak baik tau ke hulu ke hilir dengan lelaki bukan muhrim.Berdosa.Baik kau kahwin cepat-cepat.Suruh boyfriend kau tu masuk meminang.Lepas kahwin nak ke mana-mana pun tak apa.Tak ada siapa nak larang,tak ada siapa nak marah.Kau cuba ambil contoh anak Imah tu hah,ke hulur ke hilir dengan jantan alih-alih kena tangkap basah.Buat malu mak bapak je.Hisyh,kau jangan buat macam tu Fea.Kesian kat mak kau ni.” Nasihat Khaty bersungguh-sungguh.Namun Fea terasa mahu muntah saat itu .
“A’ah,berdosa kan?Ye tak ye juga.Tapikan,kalau buka aib orang tu dikira berdosa juga ke?”
“Err…berdosa lah kot…” Khaty terasa disindir.Dia pandang wajah Lia Sari.
“Sudah Fea.Ada saja benda nak merepek pagi-pagi ni.Apa mimpi kau bangun awal ni?” potong Lia Sari pula.

“Kan Fea cakap tadi,Fea nak pergi dating!”ucap Fea tersenyum lebar.
“Yelah tu dating,dating dengan Era.Korang berdua ni dah tak ada kerja lain lagi nak dibuat selain melepak kat kedai mamak tu?Kaya mamak tu tau hari-hari korang pergi melepak kat kedai dia.”

“Biasalah mak,orang muda kerjanya mesti melepak.Sambil lepak-lepak boleh cuci mata sikit.”
“Banyaklah kau punya cuci mata.Tu kain baju kau kat belakang tu,tak nak pula kau pergi cuci!” berapi kata Lia Sari disemburkan pada anak gadisnya.Khaty sekadar senyum kecil.

“Mak,nanti balik Fea cucilah.Tak pun apa kata mak saja yang tolong cucikan,boleh?Bukannya susah pun,masukkan dalam mesin basuh lepas tu tekan suis je.Tak payah keluarkan tenaga.Boleh ye mak?”
“Tak habis-habis nak bagi alasan.Sudah,yang kau tercegat depan mak dengan Mak Cik Khaty kau ni kenapa?” tanya Lia Sari tidak puas hati apabila Fea masih belum menginjak dari tempat dia berdiri.

“Errr…Fea nak…” ujar Fea sambil menunjukkan isyarat ‘duit’.Lia Sari mendengus.
“Kau nak duit?Hah,itu saja kerja kau! Duit…duit..duit…mak ni kan tukang buat duit.Berapa kau nak?”nyaring sungguh suara Lia Sari kala itu.

“Bagi sajalah berapa pun tapi kalau lebih pun tak apa.Lagi seronok!” sakat Fea.Biarpun mulut Lia Sari sama berapinya dengan mulut Fea,dia masih belum berkira mahu menghulurkan not lima puluh kepada gadis itu.

“Terima kasih mak.Sayang mak!”ucap Fea gembira.
“Amboi,seronok jadi kau ya Fea??Hulur aje tangan terus dapat duit.Hmm…bila kau nak pergi cari kerja ni?Kesian mak kau…asyik kena bagi duit pula pada anak dara dia sorang ni.“ Celah Khaty.Fea mendengus.Baru sahaja mood cerianya mahu datang,kata-kata Khaty tadi terus membuatkan perasaannya berkocak sedikit.

‘Hei,dah tak ada benda lain nak tanya ke?Bosan betul!!‘ bebel Fea dalam hati.
“Belum rezeki lagilah mak cik!!“
“Hmm…rezeki tu rezeki juga tapi kalau tak ada usaha,tak ke manalah jawabnya.Kalau kau kerja,bolehlah kau bantu mak kau ni hah.Tak adalah dia nak jual jamu lagi….“ Fea sudah buat muka saat Khaty menyambung bicara.Telinganya digosok sedikit lalu menghampiri emaknya.

”Fea pergi dululah mak….“tangan Lia Sari dicapai lalu disalam.
“Hmm…elok-elok.Jangan nak buat perkara bukan-bukan pula…nanti balik awal sikit ya.” Pesan Lia Sari kemudiannya.

“Yes,boss!!” balas Fea sambil memberi tabik hormat kepada emaknya.Dia terus melangkah keluar selepas sahaja dia menghantar sebuah senyuman tawar kepada Khaty.

++++++++++++++++++++

Fea dan Era sama-sama menuju ke foodcourt Kompleks Anggun.Letih berjalan di situ,perut pula mula meragam dan terasa mahu mengisi perut.Fea tidak tahan sekiranya perutnya yang comel itu berbunyi-bunyi minta diisi.Maklum saja,sejak keluar rumah tadi sedikit makanan pun tidak dijamah.

Kesibukan warga kota pada hari Rabu tidak begitu ketara dan suasana sebegitu memang cukup digemari oleh Fea.Dia terasa lebih selesa kiranya berjalan di dalam Kompleks Anggun tanpa ramai orang.Biar jiwanya yang sedikit serabut itu dapat dikurangkan.

“Aku dah beritahu kawan-kawan kita yang lain…hujung minggu ni kita tak dapat ikut diorang semua pergi bercuti.Aku bukan apa Fea…yelah,kalau kau tak ada aku rasa tak selamat.Sebab tu aku pun batalkan aje rancangan nak pergi bercuti tu…lagipun bila difikir-fikir balik ada bagusnya juga kalau trip tu dibatalkan.Yelah,jimat sikit duit elaun aku bulan ni….” ucap Era tenang.

Kemudian dia berhenti di kedai aksesori tanpa menghiraukan Fea.Namun keasyikannya melihat beberapa gelang di kedai tersebut mati setelah melihat langkah kaki Fea mendahului ke hadapan.Dia hairan lalu membuat keputusan meninggalkan kedai aksesori itu dan mendapatkan temannya.

“Kau ni kenapa Fea?Dengar tak apa aku cakap tadi?” Fea hanya angguk sekali.Era mengeluh.”Apsal monyok je?Kau frust eh tak dapat join pergi bercuti?” Fea menggeleng lemah sambil matanya menunduk memandang lantai manakala kedua-dua tangannya menyeluk poket seluar jeans.”Habis tu...kenapa?Mak kau tak bagi duit ke?” ucap Era selepas menyaingi langkah Fea.Dia perasan riak teman baiknya itu tidak ceria seperti selalu.Pelik.Datang bulan ke? Tak pun kena bebel dengan emaknya? Satu yang ditanya,hanya angguk-angguk geleng-geleng aje?

“Hah?Muka aku monyok ke? Taklah.Mana ada.” Dalih Fea apabila Era sudah menyuakan wajahnya mendekati wajah Fea.
“Yelah.Dari tadi aku tengok macam orang ada masalah.Macam orang sedang berfikir sesuatu.Jangan cakap kau dok berangan teringat prince charming,sudah!” Era berseloroh.
“Taklah.” Berkerut-kerut dahi Fea menafikannya.Hmm…habis kalau tak berangan ingatkan prince charming,kenapa? Fikir Era lagi.
“Dah tu,kenapa?”
“Tak ada apa-apa cuma aku teringat pesan mak aku je.”
“Kenapa?Mak kau membebel suruh kau cari kerja ke?”
“Hah,itu pun satu masalah juga!!”
“Kenapa?Mak kau desak suruh cari kerja cepat?”

Fea garu kepala bagaikan pusing memikirkan perkara yang masih menghantuinya kini.
“Itulah pasal.Telinga aku ni macam nak bernanah dah sebab hari-hari aku dengar benda yang sama.Cari kerja,cari kerja,cari kerja.Dahlah orang keliling pun asyik soal aku perkara sama.Macamlah kat dahi aku ni ada cop PENGANGGUR!Tension betullah!!”

“Dah tu apa masalahnya,pergilah cari kerja!!”
“Eleh,cakap orang.Dia tu pun sama! Kau fikir cari kerja tu macam petik jari?Kalaulah cari kerja sama dengan cari baju kat shopping mall aku rasa tak adalah aku menjawat jawatan penganggur,kan ?”kata-kata Fea mati seketika.

“Bukannya aku tak hantar resume tapi kebanyakannya dah reject aku awal-awal sebab aku tak ada experience.Itu yang leceh tu.Ada ijazah pun payah tak ada ijazah lagilah payah!Jadi,aku rasa lebih baik aku ambil masa untuk berehat dan tenangkan fikiran aku yang dah serabut ni….Kalau boleh aku nak berehat dulu sementara aku fikirkan apa langkah aku yang seterusnya.” bibir Fea segera dijuihkan memandang Era.Dia menunduk memandang ke lantai sambil melepaskan satu keluhan.Lama pandangannya dihalakan ke bawah sehingga membuatkan Era jadi musykil pula.

“Hmm…Tok Kaya kau tak pernah offer apa-apa jawatan pada kau?Kan syarikat dia tu besar,takkanlah tak ada satu kekosongan kot?” Fea mencebik lalu mengangkat bahu.
“Aku malaslah nak menyusahkan dia lagi…dah banyak yang dia tolong aku.Rasa segan pula.”balas Fea semula.Dia berjalan perlahan mara ke hadapan dengan pandangan yang melayang-layang sekali lagi.Nampak seperti memendam perasaan sahaja.

“Hei,kau ni kenapa?Kalau bukan soal kerja yang merunsingkan hati kau tu…apa masalahnya?”cuit Era di bahu Fea.
“Memanglah bukan pasal kerja.Tak ada kena mengena pun.” Ucap Fea tidak ingin membuat Era menunggu jawapan dari mulutnya.Isyh Era ni,kalau bertanya mengalahkan Detective Conan saja.
“Dah tu?Hah,jangan cakap mak kau suruh kau cari calon untuk buat laki….itu yang muka ketat aje.” Duga Era pula.Fea mengerling sekilas pada Era lalu menghantar jelingan tajam buat temannya itu sambil merengus.

“Sebenarnya aku bengang sangat tau tak?“
“Kenapa pula?Tadi cakap teringat pesan mak kau tapi sekarang bengang pula.Kau bengang kat siapa? Give me an explaination sikit.“
“Siapa lagi kalau bukan pada keluarga pembuli durjana tu lah!“ Era garu belakang tengkuknya.Dia semakin hairan.Sejak akhir-akhir ini Fea asyik bercerita tentang budak pembuli itu saja.Balik-balik budak pembuli,pagi petang siang malam budak pembuli.Tak habis-habis dengan budak pembuli.Bingung seketika memikirkan apa sebenarnya yang Fea masih belum puas hati dengan budak pembuli.

“Isyh,cuba kau cerita pada aku secara terperinci.Aku betul-betul tak faham dengan kau.Semenjak dua menjak ni asyik cerita tentang budak pembuli tu saja.Apa yang terjadi?“ Fea menjeling sekilas kepada Era sebelum berhenti di satu kerusi panjang di tepi eskulator lalu duduk.Muncung sungguh mulutnya menahan perasaan.Era yang masih dalam keadaan bingung cuma mampu ikut langkah Fea lalu kakinya laju saja mengatur langkah mengambil tempat di sebelah Fea.

“Aku bengang sangat-sangat ! Bila sebut tentang dia je,terus aku jadi bengang.Hati aku yang tenang bagai air kolam renang rumah Tok Saif tu pun dah boleh jadi keruh gara-gara asyik fikirkan hal ni.Naik kusut dah otak aku ni…rambut aku kalau dia boleh bercakap dah tentu-tentu dia marahkan aku sebab hal yang aku sedang fikirkan.Yelah,beratus-ratus helai yang gugur satu hari.Mahunya botak aku nanti!!“
“Lah,apa susah.Kau pergilah buat treatment kat Yun Nam Hair Care.Dijamin selamat…“ balas Era.

“Hei,kau ni kan…main-main ya!!“marah Fea mengangkat jari telunjuknya menghala ke arah Era.
“Orang tengah susah hati ni,dia boleh nak buat lawak Ujang pula!!“ muncung mulut Fea mengomel.

“Alah,yang tu pun nak touching….eh Fea,boleh tak kau cerita pada aku secara detail apa sebenarnya yang dah mengganggu kepala otak kau tu?Sikit-sikit kusut…sikit-sikit nak tension…“

“Kalau kau nak tahu disebabkan diorang,mak aku dan Tok Saif beria-ia buat majlis besar-besar nak sambut diorang balik.” Luah Fea sehingga membuatkan Era ketawa.“Okeylah tu,boleh tumpang sekaki!“

“Masalahnya aku tak suka! Mak aku sibuk suruh aku buatkan kad undangan untuk jemput semua saudara mara aku semata-mata nak sambut ‘orang putih’ tu balik!” Fea menggenggam kedua-dua penumbuknya tanda protes dan geram.Arghh!
“Aik,ada kad undangan?Kad undangan macam orang nak kahwin tu ke? Hebat!“ Era terpana.Dahsyat sangat ke mereka semua tu sampai emak Fea mahu menghantar undangan menggunakan kad?

“Banyaklah kau punya hebat.Aku ni yang kena lipat kalau tak buat kad tu tau!“
“Amboi,sampai macam tu sekali?Dahsyat betul! Mesti grand majlis tu nanti kan?’’
‘’Entah.Bunyinya macam grand.Ini semua rancangan mak aku dan Tok Saif.Kalau mak aku tak sokong cadangan Tok Saif tu,mesti tak jadi semua ni.Sekarang aku pula yang tersepit.Susah betul !’’

‘’Kau ni Fea,buat jelah kad tu kalau tak nak mak kau bising.Nasib baik tau mak kau suruh buat kad undangan saja.Cuba bayangkan kalau dia suruh kau pergi cari kumpulan kompang ke,kumpulan tarian singa ke…tak pun dikir barat untuk majlis tu nanti.Lagi susah hidup kau !’’ Bebel Era.Ya,memang betul ! Buat saja kad kemudian habis cerita.Apa yang tak kena lagi ?

‘’Hisyh,apa pula tarian singa,kompang semua keluar ni ?Kenapa kau tak cakap boria sekali ?’’ sindir Fea semula sambil mencebik lalu mengeluh berat.
’’Kau cakap memang senang tapi yang nak kena buat kad tu aku.Sekarang ni aku tak tahu nak mulakan macam mana.Masa dah suntuk.Kurang seminggu saja majlis tu akan berlangsung tapi sampai hari ni kad undangan pun tak nampak rupa lagi.Era tolonglah aku.’’ Rayu Fea buat muka sedihnya.Hah,Fea ! Kau memang pandai meraih simpati.Pagi tadi pun kau buat muka simpati depan mak kau dan terus dapat RM50.

‘’Kenapa mak kau tak jemput tetamu melalui telefon je ?Atau pun terus pergi rumah diorang.Kan senang.’’ Soal Era cuba merungkai kemusykilan yang sudah menerjah mindanya.Hairan sungguh.Zaman ini kan zaman moden,kenapa masih mahu pakai kad ?Ini cuma majlis sambut tetamu,bukannya majlis perkahwinan.Bukankah lebih senang kalau menjemput tetamu menggunakan telefon ? Atau terus ke rumah tetamu yang mahu dijemput.Selesai masalah.

‘’Kau bukannya tak tahu mak aku tu.Kalau nak buat sesuatu mesti nak yang gempak punya.Kad undanganlah,kad rayalah.Pening aku ! ‘’
‘’Hah,buat apa nak susah-susah ?Jomlah kita pergi kedai.Tempah di kedai lebih senang.Berapa orang tetamu yang nak dijemput ?’’ Fea mengira-ngira menggunakan jari.Lama juga dia mengira sampaikan tidak cukup jari tangan,jari kaki pun digunakan.

‘’Agak-agak dalam 50 orang macam tu.’’ Dia bersuara sedikit kendur sambil memandang Era di sebelah.Era sengih dengan gelagat Fea.Sajalah tu nak buat lawak bodoh dia!
‘’Oh,tak adalah ramai sangat.Hmm…ingatkan sampai seribu orang.’’ Perli Era.
‘’Mana ada sampai seribu orang.Kalau tidak,matilah aku!’’

‘’Manalah tahu,kan?Kalau cecah seribu,kau pinjamlah jari-jari kaki dan tangan aku ni buat modal mengira.Paling tidak pun,kira pakai sempoa.’’
Fea tampar bahu Era.Hisy dia ni,sindir aku lah tu!

Era ketawa geli hati.Seronok benar dapat menyakat Fea yang ‘gila’ ni.Dalam keadaan bengang pun masih sempat buat lawak.Fea…Fea…kenapalah tidak masuk saja rancangan Raja Lawak ?Ada juga faedahnya.Boleh jadi popular macam Jozan !
“Berapa bajet kau?’’

‘’Bajet?Aku tak terfikirlah sampai ke situ.Aku ingat nak buat sendiri.Murahlah sikit,kan?’’ kepalanya yang bertocang satu itu sudah digaru-garu.Tiba-tiba saja kepalanya terasa gatal apabila soal bajet disentuh.

‘’Memanglah murah tapi sekarang ni masa dah suntuk.Sudahlah Fea,tak payah nak tunjukkan skil seni kau dengan cara buat kad undangan sendiri.Kita pergi kedai je.Kat sana nanti kita boleh pilih jenis dan design.Dalam masa beberapa jam saja dah boleh siap.’’cadang Era.

‘’Errr…aku tak ada bajet tau! Dalam poket cuma ada RM50 je.’’
‘’Tak apa,kalau tak cukup aku bagi kau pinjam duit aku dulu.’’ Era sudah sedia menarik tangan Fea bangun dari kerusi.Dia cuba menggembirakan hati temannya itu.
“Hah,lepas saja selesai hal kad undangan,kita pergi foodcourt okey.Aku dah lapar tahap gila ni! Rasa macam nak terkeluar segala isi perut!” ucap Fea memegang perutnya.Era mencebik.Ceh,boleh pulak dia fikirkan hal makan? Era anggukkan saja kepalanya.

Semasa menuju ke kedai membuat kad,baru Era terfikir sesuatu.Dia segera menarik lengan Fea supaya berhenti.Fea toleh kepada Era dengan membuat isyarat mata.
“Fea,tadi kau kata majlis tu tak sampai seminggu kan?”
“Memang pun.Hujung minggu ni.Kenapa?”
Era tepuk dahi.

“Mana sempat!”
“Eh,tadi kau kata kad tu siap sekejap saja.Kenapa pula?”
“Maksud aku,tak sempat nak hantar.Majlis tu kan hujung minggu ni,jadi kau ada masa 2-3 hari saja.Kalau hantar kad menggunakan pos,makan masa juga.Hari ni dah hari Rabu.Sempat ke semua tetamu jemputan terima kad undangan tu?”

Fea menggerutu dalam hati.Isyh,betullah apa yang Era perkatakan.Aduh,mak! Kenapa tak terfikir semua kad kena hantar pakai khidmat pos? Saudara maranya jauh dari kota.Masa dah suntuk.Masih sempat ke?Masaklah aku!

“Habis,nak buat macam mana ni?”
“Nanti balik,kau beritahu pada mak kau.Suruh dia jemput melalui telefon saja.Tak pun pakai e-mel.Lebih mudah!” cadang Era.
Fea mengangguk-angguk,setuju dengan cadangan Era.Kenapalah dia tak terfikir semua itu sejak tadi.Kan dah menyusahkan orang.Buat penat saja marah-marah! Dan yang paling penting,buat penat saja sebut dan ingatkan tentang si pembuli durjana tu!

Saturday, 18 May 2013

Babak Terakhir Bab 1&2


Bab 1

"Apa?Minggu depan?" mata Fea dibulatkan malah terus sahaja dia bangun mendadak dari sofa empuk yang terletak di ruang tamu rumah teres dua tingkat itu.Telinganya segera ditenyeh-tenyeh bagaikan penuh semangkuk tahi telinga di situ lalu matanya diarahkan pula kepada Lia Sari.

Wanita yang berusia 46 tahun itu sedang enak duduk di sofa bertentangan sambil minum teh dengan wajah yang sebegitu tenang sekali.Penuh nikmat sambil sesekali matanya dipejam-pejamkan seketika,mungkin saja menikmati aroma teh dari cawannya.Lia Sari angguk dan tersenyum kecil sebelum menyambung minum teh.

"Alah,malaslah mak! Mak pergilah sendiri. Fea tak ada mood!" selamba jawapan yang diberikan kepada Lia Sari.Gadis yang berseluar track hitam dan bertocang satu itu tegas dengan keputusannya apabila nama Arfa disebut.Lia Sari baru saja menyampaikan tentang berita kepulangan Arfa dan keluarganya dari England yang akan sampai di Malaysia pada minggu hadapan dan wanita itu mahu mengadakan majlis menyambut kepulangan mereka.Tok Saif iaitu bapa saudara kepada wanita itu juga yang memberikan idea untuk majlis tersebut sejurus selepas berita kepulangan keluarga Arfa diberitahu kepadanya semalam melalui telefon.

Lia Sari berdecit halus apabila melihatkan reaksi Fea itu.Dahinya pula usah dikata,berkerut bagaikan warga emas berusia 80 tahun.Kemudian cawan teh yang elok berada di tangannya segera diletakkan di atas meja kopi di hadapannya lalu menarik satu nafas panjang.

"Isyh budak ni! Mana boleh tak pergi.Nanti apa pula kata Tok Saif.Lagipun Tok Saif yang suruh mak buat persiapan untuk majlis tu nanti.Ni hah,Tok Saif kau baru saja telefon mak beritahu suruh datang rumah dia malam esok nak bincangkan pasal majlis tu."

Fea menggumam.Penumbuknya pula sudah dikepal-kepal secara sembunyi-sembunyi menahan rasa geramnya.Mahunya dia tak geram.Baru saja dia bercadang hendak pergi bercuti dengan teman-temannya minggu depan,tak pasal-pasal kena cancel pula gara-gara majlis untuk menyambut Arfa sepupu emaknya yang sudah lama tidak pulang ke Malaysia.Spoil!!

"Mak,dah tak ada orang lain lagi yang Tok Saif tu nak minta tolong? Balik-balik kita aje.Apa guna kalau ada orang gaji berlambak-lambak kat rumah tapi tak pakai khidmat diorang tu.Membazir saja,buang duit tau!" bangkang Fea lagi merengus sedikit.Dia menyilangkan tangannya sambil memusingkan badan membelakangi Lia Sari.Lia Sari pula sudah hampir tergelak melihat gelagat anak perempuannya yang umpama budak-budak itu.Nampak tidak matang langsung!!

Dia menghirup sedikit air teh lalu cawan teh di tangannya di letakkan semula ke atas piring di hadapan.Lia Sari menarik nafas perlahan sebelum menyambung bicara.
" Fea,kau fikir Tok Saif tu boleh minta tolong pada siapa selain daripada kita? Nak harap Pak Ngah kau tu?Huh...asyik outstation saja kerjanya.Nak diharapkan bini dia pula sampai kucing bertanduk pun belum tentu nak nampak batang hidung!Sudah , kau jangan nak mengada-ngada ya.Mak tahu kau mesti dah rancang nak pergi mana-mana.” Jari telunjuknya sudah diangkat tinggi. Manakala kedua keningnya pula sudah lama bertaut.

“Lupakan,batalkan saja program kau.Kau tu yang asyik sibuk membazir duit sana sini.Suruh kerja tak nak kerja,pemalas! Alasan tinggi kalah Gunung Ledang! Sultan Melaka pun tak nak masuk meminang nanti tau. Alih-alih kau sibuk menghabiskan duit mak saja.Tu hah,beras dalam tong kat dapur tu siapa nak tolong belikan? Mak jugalah kan?!"

Laju saja mulut berapi Lia Sari membebel pada Fea.Geramnya semakin memuncak apabila ada saja alasan anak gadisnya itu.Sudahlah pemalas,banyak songeh pula tu.Kuat menjawab! Dia yakin anaknya itu pasti sudah ada agenda terancang bersama teman-temannya.Bukannya dia tidak tahu anaknya itu memang kuat merayap.Ada saja aktiviti yang disusun setiap hari.Kadang-kadang bila dilihat gaya Fea sudah kalah menteri saja walhal anak gadisnya itu sedang menyandang gelaran seorang penganggur yang hebat!!

"Mak,dengan anak sendiri pun mak nak berkira ke?Alah,esok-esok bila Fea dah kerja bukan kata setakat satu tong beras Fea belikan,nak bagi mak beras satu kilang pun Fea tak kisah!" dia berseloroh pula sambil ketawa lepas.Suka sangat mengejek kata-kata emaknya.Pantang betul kalau kena sembur mesti dia akan cari alasan.Tak pun buat lawak bodoh dia yang dah basi tu.

Lia Sari mendengus.Hisy,apa malang sangat nasib aku dapat anak macam ni.Belajar tinggi-tinggi,masuk universiti pegang diploma pegang ijazah tapi pemalas dan loyar buruk!

"Berlagak! Itulah kau,asyik itu saja modal yang kau ada.Berangan tak habis-habis.Nak belikan aku beras satu kilang konon!!Duit pun minta pada mak,ada hati nak beli beras satu kilang…berangan tak sudah-sudahlah budak ni.Hei,masalahnya bila kau nak kerja,Fea? Pergi cari kerja pun belum ada hati nak pergi kerja.Kalau perangai kau yang tak senonoh macam ni tak ada siapa pun yang sanggup nak ambil kerja.Jaga kandang lembu pun tak layak agaknya!" Fea menghempas punggungnya ke sofa semula.Hei,emaknya yang seorang ni mulalah tu nak membebel.Bingit telinganya.Hari-hari cerita benda yang sama saja,naik bosan telinga ni nak dengar.

"Mak jangan pandang rendah pada Fea.Tengoklah nanti bila Fea dah kerja,jawat jawatan Manager ke,CEO ke,atau paling tidak pun Eksekutif, Fea nak pindah kat rumah banglo lima tingkat.Mak duduklah sorang-sorang kat rumah ni!" Fea bernada bongkak diselang-selikan dengan angan-angan mat jeninnya.

"Kutip mutip.Banyaklah kau nak jawat jawatan besar-besar tu.Ada ke orang yang simpati dengan kau ni yang nak bagi kau pegang jawatan tinggi-tinggi tu?Silap-silap company orang tu bankrap sebab ada Manager macam kau ni.Manager pemalas! "
Lia Sari sengaja mengejek Fea.Dia tahu anaknya itu tetap buat bodoh kalau bercakap soal cari kerja.Angan-angan saja yang lebih.Kalah orang nak jadi jutawan.Entah apa nak jadi dengan dia ni.Dah lah siap nak ugut-ugut pula suruh aku duduk rumah ni sorang-sorang.Amboi-amboi,dia ingat aku ni tunggul ke apa.Aku ni mak dia! Mana boleh kalau dia seorang nak pindah rumah banglo lima tingkat tu.Aku pun nak ikut!

"Amboi mak,laser nampak? Mulut tak cover insuranslah tu! “ sembur Fea tidak bertapis.Dia dengan emaknya memang begitu.Ada saja peluang pasti bertikam lidah mahu tengok siapa punya mulut lebih berapi.Kalau tak berapi,bukan Sofea dan Lia Sari namanya.

Lia Sari mencebik.Faham benar dengan sikap anaknya.Kalau orang luar tengok dan dengar,sudah pasti Fea akan dicop anak kurang ajar.Tapi dia sendiri tidak kisah kerana Fea sedari kecil dididik dengan cara sebegitu.Mulutnya pula memang sudah berapi,mahunya anak sendiri tidak ikut jejak.

“Tak kisahlah ada insurans ke tak ada.Daripada kau asyik melangut tak buat apa-apa lebih baik kau tolong mak pergi jual jamu,lagi bagus.Hujung bulan mak kasi komisen.” Pujuk Lia Sari. Fea memuncungkan mulutnya apabila soal jamu dibangkitkan.
“Tak naklah mak.Buat apa jual jamu,bukan boleh kaya macam Tok Saif pun!” balas Fea lantang.

‘Isyh,ada ke patut mak suruh aku pergi jual jamu?Eeee,tak kuasa aku.’ fikirnya sendiri.
“Eh,budak ni.Siapa kata jual jamu tak boleh kaya?Kau dah lupa ke dengan duit jamu tu lah mak bagi kau sekolah tahu?Ada saja kata mak ni yang kau nak bangkang, Fea.” Marah Lia Sari.Geram pula dia dengan Fea.

“Mak, Fea nak tanya ni.Apa mimpi Auntie Arfa cousin kesayangan mak tu nak balik Malaysia? Balik sekejap atau balik terus ni?" Fea mengesot sedikit membetulkan duduknya yang sedari tadi ala-ala ayam nak tercirit.Sengaja dia mengubah topik perbualan takut kalau-kalau Lia Sari membebel lagi.

"Dengar kata nak menetap terus kat sini.Agaknya dah bosan duduk tempat orang lama-lama.Maklumlah,dah dekat 15 tahun duduk sana.Kalau mak pun dah tentu mak bosan.Bukannya ada family kat sana pun.Hah,kau tu jangan lupa.Esok mak tak kira macam mana sekali pun,kau ikut mak pergi rumah Tok Saif." ucap Lia Sari tegas memandang wajah Fea yang sengaja buat-buat blur.Dia tahu Fea pasti akan memberi alasan lagi.

"Alah mak ni,tak sporting betullah! Baru fikir nak keluar pergi dating esok.Balik-balik nak pergi rumah Tok Saif tu.Tahulah rumah dia tu berkali-kali ganda besar dari rumah kita ni,ada swimming pool,studio,taman,kolam ikan,tennis court,errr apa lagi eh?Hah…stok orang gaji berduyun-duyun disertakan dengan pemandu peribadi dan pengawal keselamatan bagai tapi mak janganlah asyik nak tunjuk muka kat sana 24 jam.Tok Saif mesti bosan." selamba dia menjawab.

"Hisyh budak ni! Mulut mak yang tak ada insurans ke mulut kau? Cakap main ikut sedap mulut je.Sudah Fea,kau jangan nak bagi seribu satu alasan.Dating konon.Dating apa kalau hari-hari kau pergi melepak dengan si Era?Macam mak tak tahu!”
“Alah mak,dengan Era pun dikira dating jugalah!”

“Macam-macam kau ni Fea.Kalau ajak pergi rumah Tok Saif,ada saja alasan kau.” Marah Lia Sari dengan sikap Fea.Gadis itu sebenarnya bukanlah tidak suka kalau ke sana tetapi sesekali dia berasa rimas apabila setiap kali ke sana dia akan disindir oleh orang tua itu kerana masih belum bekerja selepas tamat belajar.Kadang-kadang sampai terbawa-bawa dalam tidur sehingga mengganggu emosinya.

“Kau dah lupa agaknya,Tok Saif tu bukan ada sesiapa lagi saudara yang tinggal berdekatan dengan dia.Takkan kita nak abaikan dia? Kalau bukan disebabkan jasa dia dulu,tak mungkin kau dapat masuk universiti.Shahrul kat kolej tu belum tentu dapat sambung belajar tau! Kau kena ingat sikit,apa-apa pun Tok Saif tu saudara kita.Ayah saudara mak,tok saudara kau dengan Shahrul.Jadi,apa-apa pun yang terjadi kita tak boleh abaikan Tok Saif tu.Lagipun kesian kat dia.Dia dah tak ada sesiapa lagi melainkan kita." Lia Sari sedikit serius.Keralitan Fea mendengar celoteh emaknya sedikit sebanyak mengusik hati kecilnya.

"Kesian pula dengar kisah Tok Saif tu.Hai lah badan,harta dah banyak,hidup kaya raya tapi tak ada anak bini pulak,tapi yang nak perlukan duit ni tak kaya-kaya sampai sekarang!" ucap Fea seolah-olah menuju kepada dirinya sendiri.Dia tahu kalau bukan hasil bantuan ehsan dari Tok Saif merangkap tok saudaranya itu,tak mungkin dia dapat menyambung pelajarannya ke universiti.

Lelaki itu memang seorang hartawan yang dermawan.Punya segala-galanya yang manusia lain impikan namun hidupnya masih tidak lengkap.Di kala usianya yang menginjak 60-an yang boleh dianggap warga emas itu,dia tidak punya keluarga sendiri.Isterinya meninggal lebih 20 tahun lalu akibat kemalangan.Anak pula dia tidak ada.Jadi tinggallah dia sendirian ditemani oleh berduyun orang gajinya yang sentiasa setia menurut arahan.

Lia Sari menggeleng-geleng kepalanya.Matanya dikecilkan sedikit memandang Fea.Hisyh budak ni,tak habis-habis! "Fea sayang oi,memanglah orang yang perlukan duit tu takkan kaya sampai bila-bila kalau asyik sibuk berangan sampai tak reti-reti nak pergi cari kerja." Lia Sari menyindir Fea dengan sengaja.Biar anaknya itu sedar sikit.Asyik berangan pasal duit.Entah bila mahu pergi cari kerja dia sendiri tidak tahu.Dah berbakul-bakul sindiran pun masih buat tak reti.Berbuih mulutnya menyuruh Fea mencari kerja tapi budak degil itu masih pekakkan telinga.Agaknya dia nak tunggu wasiat dari Tok Saif baru nak mula bekerja.

"Mak,agak-agaknya Tok Saif akan wasiatkan harta dia pada kita tak?" Lia Sari yang mahu menyambung minum teh hampir tersedak.Aik budak ni,baru saja terlintas perkara tu di fikiran dia dah suarakan terlebih dulu?

"Hisyh,jangan fikir yang bukan-bukan boleh tak?Mulut tu…cili baru tau!! " marah Lia Sari.Fea pula sudah ketawa kuat-kuat.Lucu sangatlah tu dengan wajah kelat emaknya sebentar tadi.Lia Sari terus tidak membuang masa selepas selesai menghabiskan tehnya.Dia berlalu menuju ke dapur tanpa menghiraukan Fea yang masih sibuk tergelak-gelak sambil berangan tentang wasiat Tok Saif.Jangan kau minta orang tua tu mati cepat sudahlah ya Fea!

Fea ketawa sambil menyanyi kecil sebelum membesarkan volume suaranya.Lagu nyanyian Allahyarham Sudirman terngiang di seluruh ruang tamu.

Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur
Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahagia
Ohhoooo nasibku
Aku penganggur
Lalalalalala…..



Bab 2


"Alah Fea,kau ni dengan aku pun nak berkira.Bagilah sikit Mochacinno Blended tu.Kering dah tekak aku ni!" muncung mulut Era yang duduk bertentangan dengan Fea di kedai mamak yang sekian lama menjadi pot lepak mereka. Fea buat wajah menyakitkan hati.



"Ewah-ewah.Banyak cantik muka kau! Kalau nak pergi order sendiri." marah Fea apabila Era sudah mahu menarik gelas airnya dari tangannya.Era memang begitu.Sengaja suka bergurau tak tentu pasal.

"Muka aku memang cantik.Buat apa aku nak order yang baru.Kau punya air belum luak mana pun,aku nak rasa sikit pun tak boleh.Kedekut!" Era tarik muka pura-pura merajuk. Fea mendengus.Dia menarik straw dari mulutnya lalu dihulurkan gelas berisi Mochacinno Blended kepada Era.Apalah,pasal Mochacinno Blended pun nak gaduh ke? Buat malu je mamak kedai tu tengok!

"Nahlah! Ambiklah air aku ni.Minum puas-puas sampai kembung perut tu!" Era pantas sengih tayang giginya yang tak berapa rapi itu.Dia minum dengan sedikit rakus umpama orang tidak jumpa air sebulan saja! Fea di hadapannya berwajah jengkel.Huh,memang jengkel dengan perilaku sahabat baiknya yang tak berapa nak ada rasa malu tu.Air dia sendiri belum terusik dah sibuk nak minum air orang,gumam Fea dalam hati.

"Woi,sudahlah tu! Tadi kata nak rasa je.Ini bukan setakat rasa,kau dah bedal air aku sampai nak habis! Apa punya gelojoh lah kau ni Era,bagi balik gelas aku tu!" marah Fea sekadar bergurau cara 'kasar' mereka.Era ketawa,langsung tidak berkecil hati. Era segera menghulurkan kembali gelas Fea yang sudah tinggal suku itu. Fea mencebik dan Era menjelirkan lidah semula.Dah macam budak-budak saja lagak mereka berdua.

Itulah mereka,saja suka buat gimik tambah-tambah kalau lepak di kedai mamak.Mamak kedai tu pun dah malas nak layan kerenah perempuan dua orang ni.Kalau dilayan mungkin ting tong juga kepala mamak tu.

" Fea,malam ni apa cerita?Tempat biasa?" tanya Era setelah kedua-duanya sibuk melayan kesedapan air dari gelas masing-masing.Fea angguk tetapi tidak lama kemudian dia menggeleng laju."Alamak! Malam ni aku tak bolehlah! Aku lupa yang aku kena ikut mak aku pergi rumah Tok Saif!" Fea bersuara kuat sambil tepuk dahi dan Era pula sudah tunjuk muka 'sedih'.

"Ala,tak best lah macam ni! Apsal pulak kau kena ikut mak kau pergi rumah Tok Kaya kau tu?Apsal tak pergi hari lain je?" soal Era bendul."Sengallah kau ni,kalau aku pergi hari lain pun kau mesti bagi dialog yang sama...'Apsal malam ni?Apsal tak pergi hari lain saja?'....Hisyh dia ni!" ejek Fea.Era pula sudah tersengih."Nak buat macam mana,mak aku paksa aku! Ikut hati aku ni memang tak kuasa nak pergi.Bosan!" ucap Fea perlahan sambil menghabiskan airnya.Era ketawa malah semakin lama semakin kuat pula dia ketawa sampai mengetuk-ngetuk meja di hadapannya tanpa menghiraukan orang sekeliling.Naik hairan pula Fea yang sedang menggigit straw.
'Apa hal pula dengan minah sorang ni? Dah sasau ke?'

"Apsal kau gelak?!" tanya Fea dalam nada marah kerana tidak tahu menahu sebab Era ketawa.Era akhirnya berhenti ketawa setelah lihat wajah Fea berubah sedikit tegang.Dahi Fea berkerut-kerut menunggu jawapan darinya."Mahunya aku tak gelak.Dah besar-besar macam ni pun masih kena paksa dengan mak! Aduh,betul-betul anak mak lah kau ni Fea!" geram pula hati Fea apabila Era sengaja mengejeknya dan menggelarnya 'anak emak'.

"Anak emak tak anak emak.Kalau dah kena paksa dengan orang macam mak aku tu,tak boleh ada jawapan TIDAK keluar dari mulut.Tension tau!" Fea meluah perasaan.
"Relakslah Fea,macam tak biasa pula dengan mak kau tu! Apa susah,pergi jelah.Lagipun kau kena paksa pergi rumah Tok Kaya kau tu je,bukannya kena paksa kahwin.Kalau paksa kahwin bolehlah juga kau membantah!" Era menokok lagi sambil terus ketawa dalam kuantiti yang sedikit kecil berbanding tadi.Fea pula sudah menggigit ketulan ais dari gelas air kosong yang turut sama dipesan tadi lalu dibaling serpihannya ke arah Era.Era pula sudah mula melawan toke.

"Gilalah kau ni,mulalah nak melalut tak tentu pasal.Terlajak sampai bab kahwin pulak apa kes?” kali ini mata Fea nampak ada cahaya amarah.Dia mendengus dan merenung ke gelasnya pula.”Hiysh,kalau kena paksa kahwin,aku rasa aku takkan fikir panjang dah.Confirm aku akan lari rumah jawabnya.Tak kuasa aku!" Fea menjeling lalu mencebik.Tidak terfikir bagaimana kalau emaknya itu paksa dia kahwin tambah-tambah dengan lelaki yang dia tak suka atau tak kenal.Uwarghhh,menangis syahdu 44 hari 44 malam nanti!

“Eleh,tak kuasa konon!Cuba bayangkan kalau lelaki tu prince charming…kau nak lari rumah juga ke?“ balas Era tersengih-sengih tetapi Fea pula sudah menongkat dagu sambil mengarahkan matanya ke atas.

"Hoi,Fea! Berangan! Tak habis-habis!" marah Era menepuk meja dengan tangan kanannya apabila melihat Fea sudah mula masuk ke dunia fantasinya.Fea gosok matanya."Mana ada.Memandai je!" Fea berdalih.Era angkat keningnya tanda tak percaya."Eleh,macam aku tak kenal kau! Kalau diam sambil mata terarah pada satu tempat tak lain tak bukan berangan lah tu! Porahh!! Tak payahlah nak menipu aku cik Sofea Annisa Binti Suhaimi oi!" Era mengejek lagi.Dia tahu benar perangai Fea.Adalah tu benda yang difikirkannya sampai tak terjangkau dek akal si Era.

Lama Fea menyepikan diri sebelum bersuara semula."Agak-agak kau mak aku akan paksa aku kahwin tak?" Era hampir tersedak dengar soalan bodoh Fea."Manalah aku tahu,nanti aku telefon mak kau lepas tu aku interview dia dan tanya dia sama ada dia akan paksa kau kahwin ke tidak,okey?" Fea mula geram.Si Era ni,loyar buruklah pula.Hei Fea oi,Era belajar loyar buruk tu pun dari kaulah!

“Era,kau tahu tak kenapa mak aku ajak aku pergi rumah Tok Saif malam ni?” Era pantas mengangkat bahunya.”Manalah aku tahu.Kau tak cerita pun.” Sengih Era bersahaja.

“Kau ingat lagi tak aku pernah cerita pada kau pasal budak tembam yang kaki buli tu?”
“Yang mana?”
“Alah,pembuli durjana yang tembam tulah!” Fea menekankan butir bicaranya.
“Oh,yang selalu buli kau masa kecik-kecik dulu?Kenapa?Dia datang nak masuk meminang kau ke?”
“Isyh,mulut kau ni! “Era ketawa geli hati bila melihatkan wajah Fea berkerut-kerut menahan marah.
“Kenapa dengan dia?”

“Dialah sebab utama aku kena ikut mak aku pergi rumah Tok Saif malam ni.”
“Hah,maksud kau?”
“Kalau kau nak tahu,si pembuli tu dengan keluarga dia nak balik sini minggu depan.Pasal dioranglah mak aku beriya sangat nak buat majlis sambut diorang minggu depan.Sebab tu lah mak aku nak pergi bincang dengan Tok Saif tentang hal ni.”
“Jadi apa masalahnya?”

“Eh kau ni takkan tak faham lagi?”
“Yelah,apa masalahnya kalau diorang balik sini pun? Setakat kau ikut mak kau berbincang hal majlis tu,aku rasa tak ada masalah.”kening Era sudah terangkat sebelah.

“Atau pun kau risau kalau si pembuli tu balik sini nanti,dia akan buli kau lagi?” sambung Era lagi.
“Bukan takutlah.Aku cuma tak suka.Aku tak tahu macam mana nak terima diorang balik dalam hidup aku.Dah bertahun-tahun diorang hilang,tiba-tiba saja aku dapat berita yang diorang sekeluarga nak balik ke sini.Nak menetap terus di Malaysia nan tercinta ni.” Era ketawa sejurus Fea berjaya habiskan ayat terakhirnya itu.

“Kau ni Fea,masalah kau ni celah gigi je tahu?Bukannya hari-hari kau kena tengok muka diorang tu.Lagipun,diorang tak duduk satu rumah dengan kau kan,jadi apa yang menjadi masalah pada kau ?Cuba cerita kat aku!”

“Memanglah.Mak aku beritahu diorang tu akan balik ke sini minggu depan.Kau tak ingat ke apa plan kita dengan member-member yang lain?Kan kita nak pergi bercuti ke Pulau Tioman!Dah lupalah tu!”
“Ha’ah…habis tu macam mana?Kau tak jadi ikut lah ye?”Era mula garu kepala yang tidak gatal.

“Nampaknya kenalah batalkan semuanya.”
“Alah,tak boleh ke kau tak pergi sambut diorang balik?Bukan senang tau kita nak dapat hari untuk bercuti beramai-ramai.Minggu depan tu dah kira cantik dah tarikhnya.Member-member kita yang lain bukannya ada cuti hari lain selain dari minggu depan.Tolonglah Fea,jangan batalkan!”

“Isyh,ikut hati aku ni memanglah aku nak ikut pergi bercuti tapi…mak aku tu….hisyh,susahlah nak cakap!”
“Fea,pujuklah mak kau supaya kau dapat ikut serta.Tak bestlah nanti kalau kau tak ada…tak meriah tau!”

Baru saja Fea mahu membuka mulutnya membalas kata-kata Era,telefon bimbitnya yang terselit dalam poket seluar jeansnya berbunyi nyaring.Era memanjangkan lehernya melihat ke arah kocek seluar Fea.Fea cepat-cepat melihat skrin telefonnya.Era angkat kening."Siapa? Mak kau?" Fea angguk."Jawablah!" Fea tidak membuang masa lalu menekan punat berwarna hijau di telefon bimbitnya."Hello...." belum sempat Fea memulakan bicara,kelihatan riak wajahnya sudah berubah.Seolah-olah riak seseorang yang kena leter.Era di depan sudah tersengih-sengih.

Sebaik saja talian dimatikan,Era pantas bertanya.Sibuk nak tahu mengalahkan Mak Cik Dora sebelah rumah Fea saja!
"Alamak,Era.Aku kena balik sekaranglah.Mak aku dah bising tu.Lagipun malam ni kan aku kena pergi rumah Tok Saif dengan dia.Ni hah,dia suruh aku pergi supermarket belikan buah sebagai ole-ole untuk Tok Saif."
"Lah....siap ole-ole bagai."

"Nak buat macam mana,mak aku punya arahan daaa...okeylah,aku chiao dulu.Apa-apa aku calling-calling kau!" ucap Fea kelam kabut bangun dari kerusi."Woi,kau main blah macam tu je?Habis duit air ni siapa nak bayar?!" jerit Era sebaik Fea melangkah keluar dari kedai mamak."Kaulah bayar! Kau yang habiskan air aku tadi,kan?!" balas Fea sambil kenyit mata pada Era.Era mengeluh.Ceh! Dengan kawan sendiri pun nak berkira.

++++++++++++++

Selesai makan malam berlaukkan ayam panggang black pepper,gulai udang galah dan daging masak hitam,Tok Saif segera mengajak Lia Sari dan Fea ke ruang santai berdekatan kolam renang yang terletak di belakang banglo tiga tingkat yang mewah itu.Sesekali mata Fea mengalihkan pada kolam renang yang berkocak sekali sekala apabila ditiup angin.Beranganlah tu! Mesti dia berangan yang dia sedang mandi manda dalam kolam renang tu bersama kekasih hati.

"Fea...kau dengar tak ni?" tanya Tok Saif.Sudah dua tiga kali pertanyaan itu diulang namun Fea masih tidak memberikan respons."Huh,berangan lagilah tu.Kejap ye Pak Lang." ujar Lia Sari kepada Tok Saif.Dia tahu mesti ada sesuatu yang Fea fikirkan."Fea!" jerit Lia Sari betul-betul dekat telinga Fea.Terkejut beruk dibuatnya.Hampir saja tubuhnya mahu tergolek dari kerusi santai.Silap-silap haribulan mahunya dia pergi terjun dalam kolam renang.Fuh semangat!

"Ya Allah,mak ni! Cakaplah pelan-pelan sikit.Ingat Fea pekak ke?" marah Fea sambil menggosok telinganya yang dirasakan kembang kempis akibat jeritan emaknya sebentar tadi.Tok Saif sudah ketawa gelihati.Lelaki itu menggeleng melihat gelagat cucu saudaranya yang macam orang hilang laki."Kalau kau tak pekak,yang dari tadi Tok Saif panggil kenapa tak jawab?"

Fea buat muka bodoh sambil sengih.Dia garu kepalanya lalu menepuk dahi."Lah,yang tadi tu suara Tok Saif ke?Ingatkan suara prince charming mana tadi.Itu yang dok berfantasi di bulan madu sekejap!" Fea ketawa.Tok Saif menggeleng."Hisyh,kau ni Fea! Tak habis-habis merepek saja kerja kau! Tapi betul ke suara Tok Saif macam prince charming?Wah kira bergetah lagilah suara aku ni ye?" Tok Saif ketawa.Begitu juga dengan Fea.

"Huh,yelah tu Pak Lang.Dengarlah cakap Fea ni.Mengarut je.Prince charming lah,putera kataklah.Berangan je kerja dia.Ini tak lain tak bukan mesti berangan nak kahwin dengan anak raja.Mak rasa,bukan anak raja yang kau kahwin nanti tapi Rajakali a/l Maniam." perli Lia Sari.Fea sudah tarik muka.Masam,kelat dah macam kopi basi saja.

"Sudah-sudahlah tu.Tok Saif suruh kau berdua datang ni nak cerita pasal majlis sambut kepulangan Arfa nanti.”ucap Tok Saif sambil membetulkan duduknya di kerusi.
“Hah,macam mana Pak Lang? “Lia Sari yang begitu teruja menyoal.”Pak Lang nak buat majlis yang macam mana?Maksud Sari,majlis yang besar ke,sederhana ke atau kecil-kecilan saja?”

“Arfa sekeluarga dah lama tak balik sini,jadi rasanya lebih elok kalau kita buat majlis besar.Aku fikir nak jemput semua saudara mara kita.Kau tolong buat senarai nama saudara mara kita ya Sari.”

“Hah,ramainya Tok Saif.Takkan nak jemput semua?Dah macam nak buat kenduri kahwin saja.”tutur Fea laju.Lia Sari menjeling pada Fea yang sudah mencelah.”Biarlah.Tok Saif nak jemput semua saudara mara kita.Apa salahnya.Lagipun,mak rasa elok juga tu sebab boleh kita semua berkumpul ramai-ramai.Dah lama tak berjumpa,kan Pak Lang?”
Fea mencebik.Yelah mak.Sukalah tu,kan mak?

Bersambung...



Wednesday, 2 January 2013

Cerpen : Aku Masih Sayang




Bunyi gigitan epal itu senada dengan suara Puan Mumtaz tatkala dia sedang elok menyusun pasu hiasan di atas almari berdekatan dengan ruang tamu rumah teres dua tingkat itu.

Matanya membulat manakala detak jantungnya seakan terhenti berirama.Telinganya masih berfungsi penuh ketika Farhah menyampaikan berita itu sekejap tadi.

Apabila ditelek wajah anak gadisnya yang sedang enak melepak di atas sofa ruang tamu itu sambil menikmati sebiji epal merah yang baru di ambil dari dalam peti ais,ternyata wanita berusia 29 tahun itu begitu bersahaja.

Wajahnya terlalu selamba dan relaks bagaikan tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukannya.

Puan Mumtaz menghentikan kerjanya seketika dan mendekati Farhah dengan derap langkah yang kasar dan laju.Lengan baju kurungnya segera disinting sehingga ke paras siku.

“Apa kau cakap?Mak tak berapa nak dengarlah apa yang kau sebut tadi…” ujar Puan Mumtaz garang.Suaranya sudah macam jurulatih tae kwan do sahaja manakala gaya dan bahasa tubuhnya sahih macam seorang peninju negara.Farhah angkat sedikit wajahnya memandang Puan Mumtaz yang sudah terpacak di sebelahnya.Dia angkat kening sekali dua lalu meneruskan gigitan pada buah epal di tangan.

Gelagat Farhah benar-benar membuatkan Puan Mumtaz kurang sabar lalu ditarik kasar bahu Farhah.Jari telunjuknya pula sudah diangkat sedikit,mengisyaratkan Farhah supaya mengulangi semula ayatnya tadi.

Farhah menelan sisa epal yang dikunyahnya sebelum menarik nafas panjang.
“Far cakap Far nak bercerai!”
“Apa kau kata?” ulang Puan Mumtaz semakin terkejut.Mukanya sudah macam emak singa saja,menunggu masa mahu menerkam.Farhah akhirnya berdecit halus.Epal ditangannya di letakkan di atas meja kopi di hadapan.Tangan digosok dan menginjakkan tubuhnya ke tepi.

“Mak,janganlah pura-pura tak dengar…Far cakap dah masuk dua kali pun.Nak Far ulang lagi ke?”
Puan Mumtaz urut dadanya.Rasa sempit tiba-tiba mendengarkan pengakuan anak perempuannya.
“Eh,Farhah! Kau jangan main-main tau!”
“Mana ada Far main-main,mak…Far serius ni!” tekan Farhah apabila emaknya tidak percaya.

“Ya Allah..apa kena dengan kau ni Farhah?Kenapa nak bercerai tiba-tiba ni?Angin tak ada ribut tsunami tak ada…tau-tau aje nak bercerai berai ni…apa kes?Gaduh dengan Muhsin??” menjegil pula mata Puan Mumtaz.Hatinya tidak senang mendengar perkhabaran Farhah yang mahu bercerai dengan suaminya Muhsin.Entah apalah kenanya budak berdua ni.Elok-elok aje hidup sebagai laki bini tiba-tiba nak bercerai pula!
“Apa kes ni?Muhsin ada perempuan lain ke?” soal Puan Mumtaz mula mengambil tempat di sebelah anaknya.Farhah geleng sekali.Matanya terus ditancapkan pada peti televisyen yang sedang memainkan program Melodi.

“Dah tu ?Kau yang ada jantan lain ?” Puan Mumtaz serkap jarang bersama dengan nyaring suaranya yang bagaikan halilintar.Farhah kerut kening sambil berdecit lagi.
‘’Apa mak ni…ke situ pula…mak,anak mak ni ada akal lagilah…’’
‘’Hah,kalau tahu masih ada akal,apa halnya sampai nak bercerai berai begini ?Kalau si Muhsin tu tak ada perempuan lain,kau pun tak ada jantan lain…apa hal nak bercerai ?Cuba cerita dengan mak ni hah !’’

Farhah diam walaupun digesa oleh Puan Mumtaz.Lama dia begitu sampailah Puan Mumtaz menepuk kasar pahanya.
Farhah cepat-cepat gosok pahanya yang sakit sambil buat muka.
‘’Sakitlah mak…’’ rungutnya.

‘’Kalau dah tahu sakit,soalan mak ni jawablah !’’ Puan Mumtaz ketap gigi,geram.Dadanya nampak naik turun menahan marah.
‘’ Entahlah mak….tak ada persefahaman dah kot… ‘’
‘’Hei,kau biar betul Farhah oi !! Itu aje alasan kau nak bercerai?? Eeee…kau ni betullah Farhah….ni mesti ada apa-apa yang kau sembunyikan dari mak ni….baik kau cakap apa sebenarnya punca sampai kau berdua nak bercerai berai…takkan tak ada sefahaman dah nak bercerai?Tak masuk akal!!“

“Betullah mak…Far dengan dia dah tak sehaluan…kalau dah tak sehaluan,buat apa nak teruskan hubungan yang dah retak menanti belah ni…“
“Senang aje kau bercakap ya…ni siapa yang mulakan dulu?Kau ke Muhsin?“
Soal Puan Mumtaz lagi.Dah gaya macam peguam dalam kamar perbicaraan pula.
Farhah buang nafas lagi.

“Dua-dua…“ Puan Mumtaz geleng kepala.
“Hah,eloklah tu….dua-dua nak bercerai.Dulu masa kahwin bukan main tak ingat dunia…buat majlis besar-besaran,gah bukan main sampai boleh masuk Malaysian Book of Records…apa orang sekarang kata….wedding of the year?? Hah,sekarang nak bercerai pula!! Hei,Farhah…Farhah…kau berdua fikir perkara kahwin cerai ni perkara main-main ke?Bila suka kahwin bila tak suka cerai…begitu??“

“Bukan macam tu mak…Cuma Far dengan dia memang dah tak boleh hidup sebagai suami isteri dah…memang tak boleh…Far hanya nak bercerai dan mulakan hidup baru.Itu aje…“ balas Farhah.

“Far hanya nak restu dari mak dan ayah aje sekarang ni…“ sambung Farhah melepas satu keluhan.Dia tayang wajah simpati,seolah-olah wajah insan teraniaya pun ada juga!
Puan Mumtaz mencerlungkan matanya.Hatinya jadi sebal dengan keputusan anak perempuannya.Suka sangat buat satu-satu keputusan ikut kata hati…
“Hei,mak peninglah dengan kau ni Far…restu apanya?Restu nak jadi janda?“
“Janda pun jandalah mak…janji janda meletup…apa yang penting Far nak bercerai.Noktah!“

Puan Mumtaz sudah raup kepala.Susah benar kalau ada kepala otak macam Farhah.Dulu masa nak kahwin,dia yang beria-ia janji itu ini semata-mata mahukan restu dan sekarang pun bila sudah mahu bercerai,nak minta restu juga!

+++++++++++++++

Puan Liza segera menekan punat-punat di telefon bimbitnya sambil matanya meliar memandang ke arah kolam renang.Hatinya tidak dapat menahan sabar setelah menerima berita dari mulut anaknya.Tak puas hati!
“Hello…assalamualaikum…Mumtaz,Liza ni…petang ni awak lapang tak?Ada hal saya nak bincang dengan awak…penting…“

Puan Liza tarik nafas lega sedikit selepas dia mematikan talian telefon.Matanya dikecil besarkan memandang anak lelakinya Muhsin yang sedang sibuk berehat di tepi kolam renang belakang rumahnya.Gaya macam sedang berehat di tepi pantai saja.Dengan topi besarnya,kaca mata hitam,seluar bunga-bunga…wahhh…meriah sungguh hati!
“Eh,Sein…kau ni tak reti nak balik rumah ke?Asyik melepak kat sini dari tadi?“ jerkah Puan Liza mencuit bahu Muhsin.Lelaki itu menyelak sedikit topi besarnya sambil menolak kaca mata hitamnya ke dahi.Kemudian dia hantar sebuah senyuman manis buat Puan Liza lalu menggeleng-geleng laju.

“Pergilah balik….Farhah tunggu tu agaknya…“
“Huh,dia nak tunggu Sein kat rumah tu nak buat apa…dia dah balik rumah mak dia pun…“ ucap Muhsin selamba.Kakinya kemudian disilangkan,manakala kedua tangannya diletakkan di belakang kepalanya.Wah,ini sudah lebih!
“Habis,kalau dah tahu macam tu nak biar aje ke??Pergilah ambil dia dan bawa balik ke rumah.Pujuklah isteri tu….“ Nasihat Puan Liza.

“Nak buat apa mak??Buang masa ajelah!“
“Hei,budak ni…ni yang mak tak suka ni…cepat mengalah,mudah putus asa…ni bukan ciri-ciri seorang suami dan ketua keluarga tau.Ini baru ada isteri,esok-esok ada anak takkan nak buat perangai macam ni !! Sudah,pergi ambil Farhah kat rumah mak dia lepas tu bawa balik ke rumah kamu berdua.Jangan nak duduk melepak kat sini…“
“Mak…tak adanya Sein nak jadi ketua keluarga dah…kan Sein cakap kami berdua nak bercerai…“

“Kau ni Sein,cakap ikut sedap mulut aje…ada masalah sikit aje kau nak bercerai…gaduh sikit nak bercerai…kau fikir cerai tu macam makan ais kacang ke?“
“Kalau macam makan ais kacang tak adalah hidup anak mak ni terseksa…“ luah Muhsin malas-malas.Dia terus mengambil topi besar lalu menutup separuh wajahnya dengan topi itu.Sengaja sebenarnya mahu mengelak dari terus dileteri oleh Puan Liza.

++++++++++++
“Saya risau dengan diorang berdua tu Mumtaz.“ Ujar Puan Liza sesudah dia menyedut sedikit jus oren dari gelasnya.Hatinya tidak tenang sejak menerima berita dari Muhsin tadi sehinggalah dia jadi relaks sedikit apabila bertemu dengan besannya.Puan Mumtaz menyentuh sedikit tangan Puan Liza.Wajahnya berkerut,ada riak risau sama seperti Puan Liza.

“Saya pun sama,Liza.Risau juga…saya tak tahu apa masalah mereka berdua tu…tiba-tiba saja cakap nak bercerai…si Farhah tu hah,datang beritahu saya tentang hal ni macam nak minta restu pula.Pening betullah.”
“Samalah dengan Sein tu…errmm…awak tahu apa puncanya sampai budak berdua tu ambil keputusan macam ni?“

Soalan Puan Liza hanya mampu dibalas dengan gelengan.Puan Mumtaz melepas keluhan.
“Ya Allah Liza…saya bimbang sungguh.Hati saya ni tak sedaplah…risau tak sudah-sudah dengan Farhah dan Muhsin tu…Saya pelik betul masa mula-mula Farhah beritahu saya yang dia nak bercerai dengan Muhsin.Saya fikir Muhsin ada orang lain tapi Farhah tidakkan.Bila saya soal tentang dia pula,dia geleng juga.Sudahnya,sampai sekarang saya masih tertanya-tanya apa punca sebenar mereka nak bercerai.“

“Itulah masalahnya Mumtaz.Saya pun hairan.Sebelum ni tak ada pula dengar khabar mereka berdua tu bergaduh…setakat sikit-sikit tu,biasalah tapi tup-tup nak bercerai.Hei…kes berat ni….saya tak mahu Farhah dengan Muhsin tu berpisah.Dah kahwin dua tahun…tahu-tahu aje nak bercerai…“

Puan Mumtaz berfikir sejenak.Kusut pula mindanya dengan hal anak-anak.
“Saya rasa kita perlu buat sesuatu,Liza…saya tak mahu tengok rumahtangga anak-anak kita tu musnah…ini mesti ada salah faham kat mana-mana ni….saya tak nak bila saya tutup mata nanti tak sempat nak tengok cucu.“

“Jadi awak nak buat apa sekarang ni?“ soal Puan Liza sedikit teruja.Dia hanya terkelip-kelip menanti kata-kata Puan Mumtaz.

++++++++++

Farhah membuka almari baju lantas mengeluarkan semua pakaian milik Muhsin.Dia tidak mahu melihat pakaian lelaki itu berada satu tempat dengan pakaian miliknya kerana tidak mahu segala bau-bauan suaminya itu melekat dan bersatu dengan pakaiannya.
Dia segera membawa pakaian Muhsin menuju ke bilik tetamu yang terletak bertentangan dengan bilik yang dia diami selama ini bersama Muhsin.Puas sedikit hatinya mengasingkan pakaian mereka berdua.Dia senyum senget dan kembali ke biliknya semula.Farhah bercekak pinggang sambil meninjau-ninjau keadaan persekitaran.Dia sedikit puas hati apabila kebanyakan barang-barang peribadi Muhsin sudah dipindahkan dari bilik itu.Dia berfikir lagi,apakah yang perlu diasingkan.Tiba-tiba otak jahatnya muncul memberi idea-idea bernas.

Muhsin melangkah masuk ke dalam rumah selepas tamat waktu pejabat.Badan yang letih memaksanya memanjat anak-anak tangga ke tingkat atas perlahan-lahan.Usai sampai sahaja di anak tangga teratas,kakinya seolah terpijak sesuatu.Muhsin menunduk,memandang ke lantai.Dahinya sudah berkerut.

Dia lihat ada pita pelekat berwarna merah di tengah-tengah laluan hadapan tangga.Agak panjang sehingga menuju ke arah bilik.Dia jadi pelik tiba-tiba.Dia menapak perlahan-lahan sambil membawa briefcasenya mengikut laluan pita pelekat itu.Dia akhirnya berhenti di hadapan pintu biliknya di mana terdapat dua garisan merah dari pita pelekat.Satu menuju ke biliknya dan satu lagi menuju ke bilik tetamu.
Muhsin segera menolak pintu biliknya namun terhenti apabila wajah Farhah muncul di hadapan dengan pandangan tajam.

“Awak ni tak reti baca atau buta?“ soal Farhah kasar seakan menyindir.Muhsin angkat kening tanda tidak faham.Wajahnya usah dicakap,pelik habis!
Farhah angkat jarinya lalu tunjuk ke arah pintu.
”No Entry?“ ucap Muhsin perlahan.Dia mendengus pula apabila sudah dapat menangkap maksud Farhah.

“Apa maksud awak ni?”
“No Entry tu maksudnya No entry lah…tak faham ke ?” jegil Farhah sengaja.Muhsin angkat tangan menyoal tanda masih tidak mengerti.Farhah menjeling halus.
“Mulai hari ini,jangan berangan nak masuk ke dalam bilik ni ya.Bilik ni saya yang punya…”

“Hei cik adik…kalau saya tak masuk bilik ni…saya nak masuk bilik mana ? Baju-baju saya,barang-barang yang lain semuanya ada dalam bilik ni…” pangkah Muhsin tidak puas hati.Farhah hanya senyum sinis.

“ Don’t worry…awak tak payah nak susah-susah sebab saya dah pindahkan semua barang-barang awak dari bilik ni….”
“What ??” suara Muhsin nyaring,masih tidak percaya.
“Saya dah pindahkan ke bilik tetamu.Jadi mulai hari ini jangan pandai-pandai nak masuk bilik saya ni….Tengok ni…terang-terang ada tanda No Entry…faham??” sengaja Farhah kacip gigi sambil tunjuk kepada tanda No Entry,pura-pura garang di hadapan Muhsin.Muhsin mencebik.Hatinya jadi menggelegak.

Pandai-pandai saja Farhah mengeluarkan barang-barangnya dari bilik mereka dan pindahkan ke bilik tetamu.Sudah tu…letak pula tanda besar di pintu NO ENTRY!! Urghh…nak kena ni!!
“Hei,suka hati awak aje nak pindahkan barang saya.Awak ingat awak tu siapa??Mem besar dalam rumah ni ke hah?”
“Suka hati sayalah!”

“Eee…geramnya aku!! Awak ni…suka bertindak ikut hati! Awak dah lupa ke yang rumah ni saya yang punya tau!!” jerkah Muhsin menahan marahnya.
Farhah mencebik.Tidak takut langsung.

“Awak pun jangan lupa yang bilik ni saya punya,tau!!” ejek Farhah lalu menutup pintu biliknya rapat-rapat membiarkan Muhsin termangu-mangu sendirian di luar bilik.Muhsin terpana.Ah,kejamnya!!!

Laju sahaja tangan Muhsin mengetuk pintu bilik Farhah namun tiada langsung tindak balas.
“Hei,Farhah! Bukalah pintu ni…keluar cepat!! Saya tak puas hati dengan awak ni…keluar cepat!!”
“No Entry!!” jerit Farhah dari dalam bilik.Muhsin mengetap gigi,mengepal penumbuknya.Geram bukan kepalang.
“Farhah,keluar sekejap.Saya nak tanya ni…apa kes dengan pita pelekat ni…nak buat hiasan kat lantai pula ke??”

Pintu bilik di buka semula.Mencerlung saja mata Muhsin menikam anak mata Farhah.Wanita itu sudah bercekak pinggang dengan tenang.
“Ni…kat lantai ni….apa semua ni… ??” soal Muhsin mahukan kepastian.Farhah menundukkan kepala memandang pada pita pelekat di lantai kemudian dia lepaskan satu ketawa kecil.
‘’Oh,ini untuk pembahagian kawasan.Sebelah sana awak punya,sebelah sini saya punya.Jangan berani-berani nak masuk dalam kawasan saya ya…’’ Muhsin kuis hidungnya.

‘’Oh,main bahagi-bahagi kawasan pula ??Apa awak ingat ini filem I’m Not Single ke sampai kena buat kawasan dengan pita pelekat ?Saya tak kira…kalau rosak lantai rumah saya…siap awak…saya tuntut ganti rugi !!’’ Muhsin memberi amaran.Tidak mahu membuang masa dengan menyakitkan hati sendiri,dia terus berlalu ke bilik tetamu dan mendentumkan pintu itu dengan sengaja.Baru puas hatinya !!
+++++++++++

Hari minggu.Hari semua orang mengambil kesempatan untuk berehat dan menghabiskan masa di rumah tetapi hati Farhah jadi kosong bila berada di rumah.Dia mengajak teman baiknya Elia untuk meredakan ketegangan dengan berjoging di kawasan Taman Belia yang mempunyai taman rekreasi dan air terjun.Sejuk sikit hatinya kala menatap pemandangan indah di alam flora yang terletak di celah-celah pembangunan pesat kota yang tak pernah sepi dari hiruk pikuk manusia.Melewati padang permainan kanak-kanak,Farhah mengajak Elia melepaskan penat dan lelah seketika di satu bangku yang terletak tidak jauh dari laluan air terjun kecil.Peluh renek di dahinya di sapu dengan tuala yang setia tersangkut di bahu sejak tadi.Fuh !!

‘’Ya Allah…seronoknya dapat menikmati indah alam pagi-pagi minggu begini….’’ Ucap Farhah sambil memejamkan matanya,cuba mengamati suasana yang jarang-jarang dia dapat rasa.Elia di sebelah hanya terangguk kecil.Dia senyum sedikit dan membuang pandangan menghala ke hadapan.

“ So…apa cerita kau dengan Muhsin ? Dah ada penyelesaian?“ tiba-tiba Elia bertanya soalan sebegitu kepada Farhah sehingga dia rasa mood nya hilang begitu sahaja.Wajahnya berubah kelat.Langsung tidak ada secalit senyuman mahupun tawa serta keseronokan seperti tadi.Dia toleh pandang Elia lalu menjongketkan sedikit keningnya.Kemudian dia mencebik.

“Penyelesaian?“ Elia angguk lagi.
“Cerailah jawabnya…“ ujar Farhah selamba.Elia mendengus kecil.Agak kecewa dengan keputusan Farhah.Sebenarnya dia tidak sangka akan begini jadinya hubungan Farhah dan Muhsin.Dulu,mereka cukup dikenali sebagai pasangan secocok dan serasi.Ramai teman-teman mereka menggelarkan Farhah dan Muhsin sebagai Loving Couple.Tapi,apa yang terjadi sekarang langsung tidak ada dalam kotak fikirannya.
“Cerai tu bukan satu penyelesaian tau…“ tutur Elia agak keras kemudian dia menyambung lagi.

‘’Dah tak ada jalan lagi ke untuk pulihkan hubungan korang berdua ?’’ Elia nampak begitu prihatin.Dia sayangkan Farhah macam saudara sendiri dan bila hal cerai timbul dalam hidup temannya itu,dia jadi tidak enak.Dia pula yang terasa sakit bagai dirinya yang ditimpa bencana dalam hubungan suami isteri.
Farhah tarik nafas dalam-dalam.

“Cerai adalah jalan penyelesaian untuk pulihkan hubungan yang dah tak ada apa-apa makna ni…“
“Tak ada makna kau kata? Habis selama ni…yang kau kahwin dengan Muhsin tu apa maknanya?Sebelum kahwin…zaman-zaman kau bercinta dengan dia…takkan tak ada makna juga?“

“Itu dulu…tapi bukan sekarang.Aku dah sedar aku dengan dia memang tak boleh bersama lagi dah.Kami berdua memang tak boleh hidup sebagai pasangan suami isteri.“ Balas Farhah berkeras menegakkan perasaan dan fikirannya.Elia berdecit halus.
“Kau biar betul sikit Far…takkanlah tak ada jalan selain bercerai?Kau dah pergi kaunseling kat pejabat agama?“
“Buat apa nak ke sana Elia?Kan aku cakap hubungan kami berdua dah tak ada makna,jadi tak guna kalau pergi jumpa kaunselor untuk dapatkan bantuan.“ Elia mencerun mata menatap wajah Farhah yang masih beriak selamba.

“Kau ni…degil tak sudah-sudah…aku bukan apa Far…aku sayang kau…aku sayangkan hubungan kau dan Muhsin…aku rasa sakit bila tengok korang berdua begini.Aku tahu aku bukan siapa-siapa yang layak bercakap soal hubungan suami isteri pada kau sebab aku sendiri pun belum kahwin tapi sebagai seorang sahabat aku rasa tindakan kau berdua untuk bercerai adalah perkara paling bodoh yang pernah korang buat dalam hidup.Korang tak fikir ke apa perasaan orang tua korang?Apa pula pandangan saudara mara yang lain bila korang bercerai nanti?Sedih Far…sedih….“ Luah Elia jujur.Nampak sangat ada riak kecewa dalam matanya.

“Kau cakaplah apa pun Elia…keputusan aku muktamad.Aku dengan Muhsin nak bercerai.Dan aku akan failkan kes ni ke mahkamah tak lama lagi….“ Farhah segera bangun dari duduknya tanpa berpaling kepada Elia.Dadanya naik turun,mungkin saja menahan gelora rasa.Elia rasa kepalanya bagai dihentak-hentak saja.Farhah memang degil!! Bentak hati kecil Elia.
++++++++++++++

Muhsin melemparkan fail keras di atas meja kerjanya selepas dia menutup rapat daun pintu bilik pejabat.Dia bercekak pinggang sekejap sebelum meraup kepalanya dengan sebelah tangan.Melepas satu keluhan panjang membuatkan dia sedikit tenang berbanding tadi.Serabut pula fikirannya memikirkan soal kerja yang semakin bertimbun-timbun.Tak sudah-sudah dengan kerja sedangkan dia teringin sangat mahu bercuti panjang.Memandangkan syarikat tempat dia bekerja baru saja membuka beberapa cawangan baru di serata Malaysia dan dia pula dinaikkan pangkat,makin tidak senang dibuatnya.Pelbagai kerja perlu diselesaikan sebelum syarikat menutup akaun hujung tahun ini.

Muhsin duduk lalu tersandar di kerusinya lantas membuang satu lagi keluhan.Matanya dipejamkan seketika tetapi tidak berapa lama kemudian dia pandang ke arah bingkai gambar yang terletak elok di meja sebelah kanannya.Lama dia merenung gambar di bingkai sehingga kepalanya terimbas-imbas semula memori lamanya.
“Sayang….sayang abang tak?“ soalan itu hanya dibalas dengan lirikan menggoda dan senyuman manis Farhah semasa mereka sama-sama duduk di tepi pantai Queensbay waktu petang.Lama soalannya itu dibiarkan sepi sehingga Farhah akhirnya mengangguk malu-malu.

Muhsin senyum lebar.Dia mencuit sedikit hujung hidung gadis manis itu sehingga Farhah tergelak kecil.
“Isyh,abang ni…janganlah…malulah Far macam ni…“
“Dah tu…sayang tak nak jawab soalan abang…abang cuitlah hidung sayang…kenapa?Tak suka?“ ujar Muhsin begitu mesra berbisik di telinga Farhah.Farhah tersenyum manis lalu menghantar jelingan menggoda buat Muhsin.

“Abang ni…malulah orang tengok…“ tubuh Muhsin ditolak sedikit menjauh darinya.Muhsin pula,pura-pura meliarkan matanya ke sekeliling melihat orang lain.
“Mana?Mana?Tak ada pun orang tengok…sayang tu yang malu lebih…“ usik Muhsin lagi.Ketika itu wajah Farhah usah dicakap,merah macam udang kena bakar.Muhsin ketawa senang hati.Bahagia usah dicakap,memang mereka bahagia sehinggakan mereka merasakan yang hidup tak akan lengkap tanpa diri masing-masing.

Berjalan berdua-duaan menyusuri tepian pantai ini memang mendamaikan di kala hari hampir senja.Melihat mentari terbenam di ufuk barat sangat menerujakan.Tangan Farhah erat tergenggam dalam tangan Muhsin.Menghirup udara di tepi laut menjadikan mereka berdua terlalu asyik dengan perasaan cinta yang sedang membara.

“Sayang,sudi tak kalau sayang jadi isteri abang?“ soal Muhsin kepada Farhah ketika wanita itu sedang menikmati ombak pantai yang berlagu-lagu di hadapannya.Wajah Farhah nampak sedikit terkejut.Muhsin menanti riak Farhah namun dia menjadi tidak sabar pula.Dikeluarkan saja kotak cincin dari dalam poket yang sedari tadi disimpan lalu disuakan kepada Farhah sejurus ianya dibuka.

“Sayang,abang tanya sekali lagi…sudi tak sayang menjadi isteri abang…menemani abang setiap hari sampai akhir hayat abang?“ Farhah terlopong sedikit.Matanya menikam anak mata Muhsin yang setia menunggu jawapan daripadanya.Farhah senyum.Akhirnya dia mengangguk juga.

“Abang janji yang sayang akan jadi isteri abang sampai akhir hayat….“ucap Muhsin penuh perasaan.
“Encik Muhsin,Tuan Junad nak berjumpa di bilik sekarang.“ Kata-kata Erna setiausaha Muhsin dari depan pintu lantas mengejutkan lamunan Muhsin.Dia raup wajahnya.Entah bila Erna menolak pintu biliknya dia sendiri tidak pasti tetapi apa yang pasti baginya sekarang,wajah Erna nampak kelat.Pastilah ada sesuatu yang sedang berlaku di luar biliknya ketika ini sehinggakan Tuan Junad,Pengurus Besar mahu berjumpa dengannya.

Lambat-lambat Muhsin mengangguk.Dibetulkan sedikit tali lehernya yang dilonggarkan tadi sambil menghantar kelibat Erna menghilang.Muhsin berpaling ke arah bingkai gambar yang masih elok terletak ketika dia sudah berdiri.Dia mendengus lalu menarik bingkai tersebut dan meniarapkannya.

Pemanduan Muhsin agak perlahan semasa dia pulang dari pejabat.Fikirannya masih melayang-layang seperti tadi cuma perkara yang sedang bermain-main di benaknya kini tidak lagi tertumpu pada hubungannya bersama Farhah tetapi lebih kepada soal kerja.
Semasa dia melangkah masuk ke bilik Tuan Junad tadi,barulah dia dapat tahu bahawa dia perlu outstation beberapa hari di cawangan syarikat yang baru di buka di Seremban.Tuan Junad mengarahkannya untuk meninjau operasi di cawangan baru di Seremban sebelum dia ke Melaka pula untuk tujuan yang sama di sana.Mahu tidak mahu,dia terpaksa akur dengan tuntutan tugas.Dia tidak boleh lepas tangan kerana dia sekarang sudah memegang jawatan sebagai Pegawai Kanan bahagian operasi.Memang itu yang dicita-citakan sejak dia melangkah masuk ke dalam syarikat Bumi Hijau sejak 5 tahun yang lalu.

Syarikat yang menjalankan pembangunan dan pembinaan padang dan taman rekreasi di sekitar Pulau Pinang dan bahagian utara terus maju mengorak langkah membina empayar sehingga ke serata Malaysia dan sekarang syarikat Bumi Hijau sedang menjalinkan kerjasama dengan beberapa badan korporat yang mahu membina beberapa taman rekreasi dan memelihara hutan simpan di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.
Punat radio di dashboard dalam keretanya segera ditekan.Keadaan sesak jalan raya yang membuatkan Muhsin terperangkap dalam lalulintas menyebabkannya bosan.Jadi bagi membuang rasa bosan itu adalah lebih baik untuk dia melayan lagu dari corong radio dulu.Mungkin saja ianya sebagai terapi untuk mengisi rasa bosan di petang hari.

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkau kau juga begitu
Segala cacian yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong…kosong…
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong…kosong…


Alunan mendayu suara Najwa Latif menerusi lagu Kosong ketika itu memang tepat benar dengan rasa hati Muhsin.Memang dia terasa begitu kosong sekali.Kosong sekosong kosongnya sehingga kadang-kadang dia tertanya-tanya apakah dia masih ada masa depan dalam rumahtangganya.Farhah tiba-tiba singgah di ingatannya.

+++++++++++++++++

“Mak…biar betul ni??“ soal Farhah semasa berada di Lapangan Terbang Bayan Lepas.Berkerut-kerut dahinya merenung wajah Puan Mumtaz yang begitu bersemangat menemani Farhah ke situ.Farhah mendengus sambil buat muncung sedepa.Dia hairan dan pelik kerana tak semena-mena saja Puan Mumtaz menyiapkan bagasi untuknya lalu digesa ke lapangan terbang hari ini dengan alasan,dia dapat tiket percutian percuma.Entah menang ‘Gores dan Menang‘ atau apa,Farhah tidak pasti.Dia berpaling memandang Puan Mumtaz yang sudah tersengih-sengih kepadanya macam kerang busuk.

“Ya,betullah.Nah tiket kau….ini alamat ke hotel.Dan ini,duit belanja untuk percutian sepanjang 3 hari dua malam tu…selamat bercuti!!“ ucap Puan Mumtaz laju-laju seraya menghulurkan beberapa keping not RM100 kepada Farhah.Terpinga-pinga sekejap dia dengan gelagat Puan Mumtaz yang lain macam itu.

“Err…mak,Far tak mohon cuti lagi.Macam mana….“
“Yang itu kau tak perlu risau,ayah kau dah luluskan cuti kau!!” balas Puan Mumtaz bersemangat.Farhah garu kepala.Pening pula memikirkannya.Tahulah dia bekerja dengan ayah sendiri tapi prosedur syarikat tetap harus diikuti.
“Hah,satu lagi…jangan lupa masa sampai di airport nanti,ada orang yang akan jemput kau.Orang tu akan bawa kau terus ke hotel tempat percutian kau.Bercuti di sana dan nikmati percutian ni puas-puas!“ Puan Mumtaz menepuk bahu Farhah lalu menghadiahkan sebuah kucupan di pipinya.Tidak mahu membuang masa,Puan Mumtaz terus berlalu pergi meninggalkan Farhah yang masih termangu-mangu.

Farhah sendiri bingung dengan tindakan emaknya.Entah apa kenanya,tak semena-mena dia dihadiahkan satu tiket percutian ke Port Dickson selama 3 hari dua malam.Kata Puan Mumtaz,dia memenangi percutian tersebut dari sebuah agensi pelancongan tetapi malangnya hari percutian itu bertindih dengan majlis korporat di syarikat tempatnya bekerja.Semakin hairan Farhah dibuatnya apabila Puan Mumtaz memberitahu ada orang menunggu di sana dan akan menjemputnya terus dari airport menuju ke hotel.Errr…ini rancangan realiti tv ke apa?? Soal Farhah dalam hati.

“Ini bilik cik…silakan…“ ucap seorang petugas di hotel penginapan tempat Farhah bakal menghabiskan masanya selama 3 hari ini.Farhah senyum tawar lalu menarik bagasinya masuk.Namun matanya masih sempat mengerling pada petugas lelaki itu yang nampak pelik.Lain macam betul!!

Farhah buang jauh-jauh fikiran negatifnya lalu menolak pintu bilik itu.Matanya terbuntang sekejap melihat di hadapannya kini bukan sahaja sebuah bilik biasa tetapi sebuah suite mewah.Di atas katil sahaja,usah dicakap.Penuh dengan mawar merah dicampur dengan bau-bauan aroma rose dan jasmine yang mengasyikkan.Farhah sengih lebar-lebar sehingga menampakkan lesung pipitnya.Dibiarkan sahaja bagasi hitamnya di tepi pintu lalu dia cepat-cepat melemparkan badannya ke atas katil itu sehingga menghasilkan satu bunyi kuat.Digolek ke kiri dan kanan tubuh itu melepas rasa.Seronok!!

“Terima kasih mak sebab hadiahkan Farhah percutian ni…dengan suite mewah ni…bestnya!!!“ jerit Farhah gembira.Diambil beberapa kelopak bunga mawar dan dibaling-baling ke atas dan dia menunggu masa kelopak itu jatuh mengenai wajahnya.Farhah pejam mata menikmati perasaan sambil duduk bersila di atas katil.

Muhsin pelik.Dia berhenti memasukkan baju-bajunya di dalam almari pakaian.Telinganya menangkap bunyi sesuatu.Macam bunyi suara perempuan.Dia telan liur.Eh,takkanlah ada hantu pula dalam bilik hotel ni??

Perlahan-lahan dia menutup pintu almari yang terletak dekat dengan bilik mandi yang memisahkan ruang rehat dan kamar tidur.Dia memasang telinga sekali lagi bagi memastikan apa yang dia dengar itu hanya olok-olok.Kakinya berhati-hati melangkah mendekat dengan ruang rehat.Diamati keadaan sekeliling.Kosong.Selamat.Muhsin tarik nafas kecil namun matanya tertancap pada sepasang tumit tinggi yang bersepah di tepi katil.Dia jadi pelik.Seingatnya,sewaktu dia masuk ke suite mewah itu 30 minit yang lalu…tidak nampak pula apa-apa tanda seperti kasut tumit tinggi itu di situ.Hatinya berdetak hebat.Nafasnya seakan terhenti apabila dia ternampak katilnya bergoyang sedikit.Ah,sudah!! Aku salah masuk bilik ke?

‘Jangan-jangan memang aku salah masuk bilik tak?Setahu aku,hotel yang aku booking cuma bilik biasa aje tapi bila sampai sini terus aje aku ditunjukkan dengan suite mewah…‘ monolog Muhsin.
Muhsin semakin mendekat dengan kamar tidur.Dia sedikit gusar kerana takut apa yang berada dalam fikirannya bakal menjadi kenyataan.Jika begitu,sahih dia akan dihalau dari suite mewah dan jika perkara itu terjadi,dia pasti akan saman pihak hotel kerana memberinya bilik yang salah.Buat malu aje!!

Farhah melonggarkan ikatan rambutnya yang diikat satu sejak tadi.Kemudian dia mengibas-ngibas kecil hujung rambutnya yang ikal itu dengan jari jemari sambil bernyanyi kecil.Sungguh lapang hati dia saat ini.Dia membaringkan semula tubuhnya ke katil sambil menikmati suasana damai dalam bilik.

“Apa yang awak buat kat sini?“ suara garau itu hanya singgah sekejap di telinga Farhah.Dia buat tidak peduli namun soalan yang sama diulang sekali lagi.
“Bercutilah…apa lagi..“ ujar Farhah tanpa sedar.Tiba-tiba dia rasa pelik.Bagaimana boleh ada suara dalam suite mewah ini sedangkan hanya dia sendirian sejak tadi? Farhah buka mata.Dia lihat di kanannya.Kosong.

“Awak cari saya ke?“ ujar suara itu lagi dan kini Farhah pandang ke arah kirinya.Menjegil matanya lalu diangkat tubuh itu supaya bangun.
“Hei,awak buat apa kat sini?“ mencerlung matanya memandang wajah Muhsin tidak jauh dari katilnya.

“Soalan tu sepatutnya saya yang tanya awak…“ balas Muhsin curiga.
Farhah kerut wajah lalu dibaling sebiji bantal mengenai tepat ke wajah Muhsin.
“Hei…apa baling-baling ni?“

“Eh,apa awak buat kat sini?Awak spy saya ke?” soal Farhah garang sambil berdiri di atas katil.Muhsin cekak pinggang dan membaling bantal tadi ke katil.
“Jangan berangan saya intip awak.Tak ada masa nak intip-intip awak…“
“Habis tu…kalau awak tak intip saya,macam mana awak boleh ada dalam bilik saya ni??Cuba cakap!!“ gesa Farhah berani.
“Hello…saya yang patut tanya awak apa yang awak buat kat sini.Patutnya soalan tu saya yang bagi pada awak.Awak intip saya ke?“ ejek Muhsin.
Farhah kuis hidungnya lalu turun dari katil.Diambil semula bantal yang dibaling kepada Muhsin tadi lalu dipukulnya tubuh lelaki itu.
“Awak ingat saya kemaruk sangat dengan awak sampai perlu nak intip-intip??Please lah…“ balas Farhah tidak mahu mengalah.

“Dah tu??“
“Untuk pengetahuan awak…saya datang sini nak bercuti.Bukannya nak mengintip sesiapa.And for your information,Mr Ex-Husband to be …saya dapat tiket percutian dalam suite mewah ni secara percuma hasil daripada hadiah kemenangan saya dalam peraduan gores dan menang!“ tokok Farhah cuba mereka cerita.Wajahnya sudah separuh bongkak,cuba meyakinkan Muhsin bahawa dia tidak mengintip suaminya itu.
Muhsin mencebik sambil berlalu dari Farhah.Dia mendekati jendela suite mewah itu lalu menyelaknya sedikit.Panorama petang itu begitu membuai perasaan walaupun hatinya sedang menggelegak panas dengan perangai Farhah.
“Hadiah gores dan menang atau hadiah loteri?“ pangkah Muhsin sengaja mengapi-apikan perasaan Farhah.

Jari telunjuk Farhah sudah naik di hadapan.
“Awak ni…kalau tak menyakitkan hati saya memang tak bolehkan…??“ Muhsin angkat kening,pura-pura tak tahu.
“Saya tak kira…apa pun alasan awak,saya nak awak keluar dari suite mewah ni.Jangan pandai-pandai nak duduk sini dan ambil kesempatan.“Farhah sudah menyilangkan kedua belah tangannya di dada.

Muhsin berpaling memandang wajah Farhah yang nampak tegas itu.
“Excuse me….setahu saya bilik ni saya booking dulu jadi yang patut tinggalkan bilik ni adalah awak.Bukan saya,faham?“
“Tapi suite mewah ni saya dapat…saya tak kira,awak mesti keluar.“
Farhah semakin berkeras.Muhsin pula ketap gigi.Rasa macam mahu saja isterinya itu diheret dan kuncikan saja dalam bilik mandi supaya tiada lagi pertikaian antara mereka.
“Okay,kalau macam tu saya hubungi pihak hotel dan biar mereka check semula sama ada betul atau tidak kata-kata saya.Lepas tu saya nak tengok pihak hotel halau awak keluar dari suite ni…“ ucap Muhsin akhirnya.Dia menarik telefon di meja kecil sebelah katil lalu menekan satu punat untuk menghubungi bahagian pendaftaran hotel.
“Hello…saya Muhsin Bin Mohamad,pelanggan yang buat tempahan bilik dua hari lepas.Boleh tak cik periksa semula tempahan bilik yang saya buat berserta dengan nombor bilik sekali.“ Ucap Muhsin sambil mengerling kepada Farhah.Farhah hantar jelingan tajam dan berpaling ke arah lain.Meluat pula melihat wajah Muhsin yang menjengkelkan itu.

Muhsin terangguk-angguk.
“Tak...saya cuma nak pastikan saja yang saya tak silap buat tempahan.Bukan apa cik,dalam suite mewah saya ni tiba-tiba ada seorang perempuan gila yang mengaku suite mewah ni dia punya.Dia halau saya keluar pada hal saya yang booking dulu…“ belum sempat Muhsin menambah perisa dalam kata-katanya,Farhah cepat saja merampas gagang telefon dari tangan Muhsin sambil menolak tubuh Muhsin ke belakang.

“Cik,minta maaf ya mengganggu.Saya Farhah Binti Farouk….saya nak dapatkan penjelasan dari cik kenapa ada lelaki tak bermoral tinggal dalam suite saya?Setahu saya…suite mewah yang saya tinggal sekarang ni hasil dari hadiah percutian yang saya dapat.Cuba periksa balik sebelum saya saman pihak hotel ni kerana melakukan kecuaian terhadap pelanggan!“ suara Farhah dikeraskan seperti mengugut pihak hotel.
“Minta maaf ya Puan Farhah tapi pihak kami memang tidak melakukan apa-apa kecuaian terhadap tempahan pelanggan.Kami menerima tempahan satu suite mewah berkonsepkan honeymoon untuk Farhah Binti Farouk dan Muhsin Bin Mohamad selama 3 hari dua malam.“terang suara di dalam talian.

“Boleh saya tahu siapa yang buat tempahan?“
“Mengikut rekod,Encik Muhsin Bin Mohamad yang buat tempahan dua hari lepas.“
Tap! Telefon dihentak sekuat hati.Mata Farhah bagaikan mahu terkeluar memandang Muhsin yang nampak setia menunggu berdekatannya.

“Awak ni…memang tak boleh pakai!!Pihak hotel kata awak yang buat tempahan untuk saya dan awak.Jadi memang betullah awak nak spy saya…awak sengaja tempah suite ni dan berpakat dengan mak saya!!Teruk betullah awak ni,Muhsin!!“ pekik Farhah melepas geram.Ikut hatinya mahu saja dia tarik-tarik rambut Muhsin biar puas hatinya.
“Hei,apa awak cakap ni Farhah?Bila masa pula saya tempah bilik hotel untuk kita berdua?“ tanya Muhsin meninggi suara.Hairan sungguh dia.

“Kalau awak nak tahu,saya datang sini bukan untuk bercuti macam awak tapi saya ada urusan kerja di sini.Faham?Ni lagi satu…tadi awak ada cakap pasal mak awak kan??Apa kena mengena saya dengan mak awak sampai saya nak berkomplot bagai?“
“Awak jangan berdolak dalik lagi eh??Patutlah macam ada yang tak kena…dari mula lagi saya dah agak ada perkara pelik yang sedang berlaku.Awak dengan mak saya berkomplot dengan membuatkan saya datang bercuti dan tinggal satu bilik dengan awak!! Arrghh…biadapnya awak ni!!!“ jerit Farhah menolak-nolak bahu Muhsin.

Farhah segera mencapai telefon bimbitnya lalu menelefon Puan Mumtaz.Namun sayang sekali apabila panggilannya tidak bersambut.Dicubanya lagi dan lagi…sampai hampir sepuluh kali tetap juga begitu.Sudahnya dia terus melempar telefon bimbitnya ke atas katil.Dia mendengus geram lalu memegang kepalanya sebelum duduk di atas katil.Dadanya jadi berombak sedikit.

“Saya tak tahu apa yang awak merepek.Saya juga tak tahu apa yang sedang berlaku tapi sekarang ni,kepala saya tengah serabut dengan macam-macam masalah.“ Tekan Muhsin.
“Macam nilah Farhah…saya harap yang kita berdua ni tak bergaduh kat sini sama macam di rumah.Saya tak nak serabutkan kepala saya yang dah penuh dengan macam-macam masalah ni…jadi saya harap awak pandai kawal perasaan sikit.Saya tak kisah kalau awak nak duduk dalam suite ni tapi saya juga tak mahu keluar dari sini…“sambung Muhsin cuba meredakan suasana.

“Habis,awak nak tinggal dengan saya dalam suite ni pula?Macam tu?“ balas Farhah lantang.
“Dah tu…awak nak pihak hotel ni halau kita berdua sebab berebut dengan suite mewah ni??Hisyh,daripada terlepas macam tu saja…lebih baik saya beralah sikit dengan awak.Sekurang-kurangnya dapat juga merasa duduk dalam suite semewah ni…“ Muhsin sengih.
“Untuk pengetahuan awak…saya tak tempah suite ni.Saya hanya tempah bilik single untuk 3 hari tapi tahu-tahu aje petugas hotel bawa saya ke sini….“ Terang Muhsin tidak mahu berselindung.Farhah angkat wajah.Keningnya juga terangkat.
“Habis tu…kalau awak tak tempah suite ni…siapa punya kerja ?Mak saya?“ Muhsin angkat bahu tanda tidak pasti.

++++++++++++++

Makin sakit pula jadinya hati Farhah sejak balik dari percutiannya di Port Dickson.Sudah ditebak sedari awal lagi memang ada perkara yang tidak kena tentang percutiannya.Difikirkan bila Muhsin mula beralah tentang hal suite mewah,dia dapatlah menenangkan jiwanya yang kacau tapi lain pula jadinya.

Makin dia berada bersama dengan Muhsin makin dingin jadinya.Jadi hari ini Farhah bertekad.Dia malas mahu fikir panjang-panjang.Dia mahu keluar dari rumah Muhsin dan tinggal bersama dengan emaknya.Selagi kes cerai mereka belum selesai,selagi itu hatinya akan terus terusan sakit dek sikap Muhsin yang melampau.Biarlah emaknya mahu kata apa yang penting hatinya puas.Selepas saja perbicaraan kes cerai mereka berdua selesai barulah dia mahu memikirkan ke mana hala tujunya selepas itu.Mungkin saja mencari rumah sewa yang baru memandangkan dia sendiri tidak memiliki rumah.Sebelum berkahwin dengan Muhsin,dia hanya menyewa sebuah rumah bersama Elia dan sesudah berkahwin dia terus tinggal bersama Muhsin di rumah yang sudah dibeli oleh suaminya itu sehinggalah sekarang.

Farhah menggagahkan diri mengangkat beberapa kotak yang berisi barang-barang menuju ke tingkat bawah.Penat sungguh dia kerana terpaksa berulang alik naik turun tangga mengangkat barang.Sewaktu melewati pintu biliknya,dia terserempak dengan Muhsin.Lelaki itu baru saja keluar dari bilik tetamu dengan berpakaian sukan.Petang Sabtu kebiasaannya dia akan menghabiskan masanya di gim bersama dengan teman-teman pejabat.Muhsin terpaku melihat Farhah bersama kotak-kotak di tangan.
“Awak nak buat apa dengan kotak-kotak ni?“tanya Muhsin ingin tahu.Hairan juga dia kerana setahunya Farhah bukanlah gemar sangat mengemas rumah apatah lagi mengangkat kotak-kotak besar seperti itu. Farhah menghentikan langkah kakinya sambil menjeling memandang Muhsin.

“Nak bawa turun bawah.“ Muhsin sudah kerut wajah.
“Kenapa pula?Sempit sangat ke bilik tu sampai awak nak alihkan kotak-kotak besar ke bawah?“ Muhsin ternyata sudah menghadang laluan Farhah sehingga memaksa dia mendengus kasar.
“Saya nak pindahlah…“ ucap Farhah keras.
“Hah?Pindah?Kenapa?“
“Eh,banyak pula kenapa awak nilah Muhsin.Saya nak bawa kotak-kotak ni dengan barang-barang saya ke rumah mak.Mulai hari ini saya nak berpindah dari sini.“
“Macam tu pula?“
Farhah berdecit halus.

“Minggu depan prosiding pertama kes cerai kita akan bermula so saya rasa tak ada gunanya saya terus tinggal sebumbung dengan awak.Lebih baik saya pindah ke rumah mak saya.“ Farhah menekan suaranya,memberitahu dengan jujur yang dia mahu berpindah keluar.Muhsin sudah gosok kepala.Matanya meliar memandang ke arah kotak yang masih di tangan Farhah tetapi dia tersenyum pula kemudiannya.

“Okey,saya izinkan tapi lepas ni jangan tuduh saya yang halau awak keluar dari sini pula…saya pergi dulu…“ Muhsin kenyit mata sehingga membuatkan Farhah jadi kurang selesa.
“Awak tak perlu nak bagi izinlah.Tak payah nak berlagak macam awak tu suami mithali pula.“ Sindir Farhah sengaja menyakitkan hati Muhsin.Entah kenapa sejak dia pulang dari Port Dickson,dia lihat Muhsin sengaja mahu cari peluang tunjuk prihatin pada hal dia sendiri tahu bagaimana hubungan mereka.
Muhsin berpaling semula memandang Farhah yang masih tercegat.
“Selagi tak terlafaz kata cerai dari mulut saya,awak tu masih berada di bawah tanggungjawab saya.” Muhsin senyum kelat dan pergi meninggalkan Farhah menelan liur sendirian.

+++++++++++++

“Tak boleh jadi ni Liza…budak-budak berdua tu dah semakin parah dah…” tutur Puan Mumtaz kalut apabila berjumpa dengan Puan Liza di sebuah restoran.Puan Liza segera mendesak supaya besannya itu bercerita.

“Farhah dah pindah masuk rumah saya sejak semalam.” Runsing benar bunyi suara Puan Mumtaz.Puan Liza sudah terkejut.Ditekup mulutnya dengan tangan kanannya manakala tangan kiri pula bertindak memegang dada.Terkejut barangkali.
“Ya Allah…dah pindah randah pula…”

“Muhsin ada cakap apa-apa?” soal Puan Mumtaz namun Puan Liza sekadar menggeleng.
Puan Mumtaz mengeluh.Tubuhnya sudah melengkung sedikit,membuang rasa risaunya.
“Hisyh…penat kita aturkan percutian tu semata-mata nak satukan mereka balik…alih-alih ini pula yang jadi sekarang.Saya fikir lepas balik dari bercuti tu,eloklah hubungan budak berdua tu.Moga-moga si Farhah tu tarik balik tuntutan cerai dia tapi…”
“Payah betullah.Keras hati rupanya anak-anak kita tu…” potong Puan Liza lalu menggeleng-geleng kepala.

“Apa kita nak buat sekarang ni Liza?Saya tak sangguplah nak tengok mereka berdua tu bercerai berai…usia perkahwinan pun baru setahun jagung tapi dah nak berpisah macam ni…saya fikir sebelum saya tutup mata bolehlah saya main dengan cucu-cucu dari mereka berdua.” Suara Puan Mumtaz jelas sedih.Terlalu besar harapannya agar dapat melihat Farhah dan Muhsin dapat menimang cahaya mata dan hidup bahagia bersama.Itulah satu-satunya anak perempuan yang dia ada.

Puan Liza pula sudah tarik nafas dalam-dalam dan menggigit-gigit bibirnya beberapa kali.
“Saya rasa kita perlu buat sesuatu untuk halang mereka dari teruskan niat nak bercerai tu…” beritahu Puan Liza.
Puan Mumtaz angkat kening tanda menyoal.
Dan soalannya itu dibalas dengan sebuah senyuman dari Puan Liza.

++++++++++++++

“Ayah ke mana mak?” Farhah pandang Puan Mumtaz yang sedang sibuk menghala ke ruang tamu sambil membelek album gambar.
“Masjidlah agaknya…” balas Puan Mumtaz perlahan tanpa memadang wajah Farhah.Dahi Farhah berkerut.Entah apalah yang dibelek oleh emaknya sampaikan khusyuk benar dibuatnya.Farhah mengunyah buah anggur dalam pinggan di atas ribanya.Matanya masih tidak lepas memandang Puan Mumtaz sehingga dia terasa mahu tahu apa yang Puan Mumtaz tengok.

“Gambar siapa yang mak dok belek dari tadi?”
“Adalah….” Meleret-leret pula bunyi suara Puan Mumtaz.Wanita itu kemudiannya duduk di salah satu sofa berdekatan dengan Farhah.Farhah menguis hidungnya.Rambutnya yang agak serabai ditolak ke belakang lalu diperbetulkan sedikit duduknya.
“Gambar Siti Nurhaliza ke?” giatnya sengaja.

“Taklah…”
“Dah tu…gambar Datuk K?”
“Gambar Datuk K nak buat apa….laki orang tu…”
“Kalau bukan Datuk K…Professor Klon?” tanya Farhah sengaja berlawak.
“Profesor Klon dah kena tangkap…” Farhah tepuk dahi.
Aduh mak ni…layan pula soalan aku ni !!
Pinggan di atas riba segera di letakkan di atas meja kopi.Dia menyapu kedua-dua belah tangannya sesama sendiri lalu bersila di atas sofa itu.Direnungnya Puan Mumtaz sebelum kembali bersuara.

‘’Mak…cuba cerita sikit gambar siapa yang mak dok renung dok tilik dari tadi…nak juga Far tahu…’’
Akhirnya Puan Mumtaz angkat wajahnya lalu menghantar senyuman manis buat anaknya.Semakin pelik pula Farhah lihat.Takut juga dia kalau-kalau emaknya sudah tersampuk dek hantu bukit.Mana pula dia mahu cari bomoh malam-malam begini.
‘’Nah…tengoklah… ‘’ pelawa Puan Mumtaz.Album gambar yang saiznya hanya sederhana itu bertukar tangan.Farhah renung lama gambar itu kemudian matanya beralih semula kepada Puan Mumtaz.

‘’ Kenapa dengan gambar perempuan ni ?’’
“Lawa tak??” soal Puan Mumtaz teruja.Farhah hanya angguk sekali dua dan menatap semula album gambar di tangan.
“Memanglah lawa mak…tapi nak buat apa belek gambar perempuan cantik ni?”
“Perempuan tu nama dia Elena…dia model sambilan…umur muda trang tang tang…baru nak masuk 23 tahun..” penerangan Puan Mumtaz sedikit sebanyak mengganggu emosi Farhah.Dia jadi pelik sangat.Entah apa yang mahu dibuatnya dengan gambar perempuan bernama Elena ni,Farhah sendiri tidak tahu.
“Apa kena mengena dengan Far pula ni??” sebelah kening Farhah sudah terjongket.
“Bagi sini balik album tu…tak puas pula mak tengok gambar si Elena ni…cantik sungguh…”

“Hmmm…dah nama pun model mak…mestilah cantik….samalah juga macam Nora Elena kat TV tu kan,cantik juga??” perli Farhah.Terasa juga hatinya kerana emak sendiri memuji perempuan lain berlebih-lebih berbanding dengan anak sendiri.Puan Mumtaz menyengih.
“Hmmm…untung sungguhlah badan dapat beristerikan Elena ni ya??” Farhah malas mahu ambil pusing dengan sikap pelik emaknya lalu memandang ke peti televisyen yang sedang bersiaran Buletin Utama.Tengok berita lebih bagus dari mendengar puji-pujian Puan Mumtaz terhadap Elena yang entah siapa-siapa tu.

“Untung Muhsin…tak lama lagi nak dapat isteri lawa…muda,bergetah….“sambung Puan Mumtaz semula tanpa menoleh kepada Farhah.Renungan Farhah dari peti televisyen beralih kepada emaknya.Kakinya yang sedang elok bersila diturunkan ke bawah.
“Apa dia mak?“

“Apa dia apa?“ soal Puan Mumtaz kembali.
“Tadi mak cakap apa??Muhsin apa??” suara Farhah sudah meninggi.
“Mak cerita pasal Elena ni hah…apa kena dengan Muhsin pula?”
“Tak,tadi Far dengar mak ada sebut nama Muhsin…Far tak salah dengar mak.” Puan Mumtaz senyum meleret dalam diam.

“Hai…baru dua hari pindah ke sini dah rindu nak balik rumah sendiri ke?” ternyata sindiran Puan Mumtaz mengena tepat ke batang hidung Farhah.Dia telan liur tetapi menjeling pula kemudiannya kepada Puan Mumtaz.Diambil semula pinggan berisi anggur lalu dilahapnya laju-laju sisa anggur yang masih ada.

“Hei,tak inginlah nak rindu-rindu balik ke sana.Bukannya ada apa pun….” Pangkas Farhah lagi tidak mahu kalah di mata emaknya.Puan Mumtaz mencebik.

++++++++++++++

“Masuklah mak….” Pelawa Muhsin apabila Puan Liza sudah berada di muka pintu rumahnya.Puan Liza senyum kecil apabila Muhsin menyuakan tangan bersalam dengannya.
“Kenapa datang tak beritahu dulu?” soal Muhsin lambat-lambat.Apabila Puan Liza sudah berjalan mendahuluinya masuk ke dalam rumah,Muhsin garu kepala.

“Aik,nak datang rumah anak sendiri pun kena beritahu dulu ke?”
“Eh,bukanlah macam tu mak.Sein bukan apa,nasib baiklah Sein tak ke mana-mana.Kalau Sein keluar,kan penat aje mak datang.Sebab tu Sein suruh mak beritahu dulu kalau nak datang.” Terangnya cuba membuang salah faham dalam hati Puan Liza.
Puan Liza duduk di ruang tamu.Muhsin pula hanya mengikut belakang emaknya dan duduk tidak jauh dari situ.

Mata Puan Liza sejak tadi tidak lepas-lepas meliar sekeliling.
“Farhah mana?” Muhsin telan liur.Tidak tahu perlukah dia berterus terang dengan Puan Liza ataupun tidak.
“Sein…mak tanya ni...isteri kau ke mana?Keluar ke?“ Muhsin terdiam.Takut juga mahu menjawab soalan Puan Liza ni…rasa-rasanya soalan Matematik Kertas 2 SPM lebih senang dari soalan ini.
“Err…Farhah…dia….“

Puan Liza berdehem kecil.Sengaja aje dia mahu uji anak lelakinya.Sudah dia tahu sejak awal yang Farhah menantunya itu sudah pun berpindah keluar dari sini dan kembali ke rumah ibubapanya sejak minggu lepas.Sengaja dia pura-pura tidak tahu.Dia mahu lihat sejauh mana anaknya akan berdiam diri.
“Kau ni kenapa Sein?Dah gagap pula?“ Muhsin menggeleng lalu tersengih sumbing.
“Farhah dah pindah dari sini…“ ujarnya lambat-lambat.
“Pindah?Ke mana?“
“Mak Farhah tak beritahu mak ke?Dia dah balik sana sejak minggu lepas…”
“Lah…kenapa?“
Muhsin angkat bahu.
“Entahlah mak….“
“Dah tu…kau biarkan aje?“

Muhsin angguk,macam lembu kena cucuk hidung pula dah.
“Hei,bertuah punya anak! Kau tahu tak apa hukumnya kalau seorang isteri keluar rumah tanpa izin suami?Apatah lagi berpindah keluar!!“ suara nyaring Puan Liza sudah keluar.Dia cekak pinggang tanda-tanda mahu mengamuk.
“Tahu mak…tapi Sein dah izinkan pun…Sein…Sein tahu hukumnya tapi bila Sein izinkan,tak adanya jadi dosa pun…biarlah Farhah tu nak buat apa pun.Kes perbicaraan di mahkamah pun dah nak mula…tak payahlah nak kecoh-kecoh sangat mak…“

“Itulah kau…dari dulu lagi mak pesan,jadi ketua keluarga ni bukannya senang….hati kena kental.Tapi apa yang kau buat??Ikutkan aje kehendak isteri.Isteri kata nak cerai…kau iyakan,isteri kata nak rujuk,kau iyakan juga…hei,Sein…Sein…apa nak jadi kau ni…“ bebel Puan Liza sengaja mendera perasaan Muhsin.

“Dahlah tu mak….benda dah nak jadi,kan??Berapa kali Sein nak beritahu mak yang kami berdua memang dah tak sehaluan…Farhah sendiri bersetuju untuk bercerai…lepas tu kami berdua boleh teruskan hidup masing-masing.“
Balas Muhsin menekan suaranya.Puan Liza menjeling.
“Itu ajelah alasan kau.Tak sefahaman…tak sehaluan…tak sependapat…tak sekepala….masa kahwin dulu tak nak pula cakap benda macam tu…“

“Mak,tolonglah jangan ungkit lagi.Berilah peluang pada Sein nak bina hidup baru.Bagi Sein settle semua masalah ni dulu lepas tu Sein nak buka buku baru.Please…“ Muhsin sudah merayu sambil menggenggam kedua belah tangannya lalu ditayangkan kepada Puan Liza.

++++++++++++++

Elia kalut menarik tangan Farhah ketika mereka sama-sama melewati butik Anakku di dalam Queensbay Mall.Wajahnya nampak ceria dan bibirnya pula menguntum senyuman lebar.Terperanjat dibuatnya Farhah melihatkan tangannya ditarik tergesa-gesa masuk ke situ.Hairan juga dengan gelagat Elia yang tak semena-mena itu.
“Alah,comelnya baju ni…“ ujar Elia sambil tersengih apabila dia sudah sampai pada satu rak yang mempamerkan pakaian-pakaian bayi berwarna putih,merah jambu dan biru cair.Satu pakaian bayi dari situ lantas diambil dan ditayangkan di hadapan matanya sebelum dibelek-belek depan belakang.

Farhah senyum sedikit tetapi fikirannya penuh dengan tanda tanya.
“Far,tengok baju ni pula…comel kan?“ tanya Elia lagi selepas baju tadi diletakkan lalu diambil pula gaun kecil berenda-renda dan beriben di rak sebelah.Farhah hanya angguk.
“Far…tengoklah ni…cantik tak?“ soal Elia lagi.
“Iya…cantik…”
Elia tersenyum mendengar pengakuan Farhah.Diletaknya kembali baju tersebut lalu meliar sekelilingnya mencari baju-baju yang lain.Semakin pelik pula Farhah dengan Elia.

“Kau tengok baju-baju baby ni nak buat apa Elia?Nak hadiahkan pada baby siapa?”
Pertanyaan Farhah langsung tidak dibalas oleh Elia.Cuma satu senyuman sahaja.
“Hmmm…kalau kau dengan Muhsin ada baby,boleh juga aku belikan baju-baju di sini untuk baby korang.” Farhah tarik muka apabila Elia menyebut begitu.
Tiba-tiba kepalanya teringat akan peristiwa beberapa minggu sudah.
Farhah baru saja menjejakkan kaki ke dalam rumah.Dari luar lagi dia sudah nampak kereta Muhsin elok terparkir di halaman.Tahulah dia bahawa suaminya itu sudah balik.Dia tutup perlahan-lahan pintu utama dan bergerak menuju ke biliknya.Mungkin saja Muhsin sudah tidur.Apabila dikuak pintu bilik itu,dia lihat Muhsin sedang duduk di sofa sambil membaca buku.Farhah hadiahkan sebuah senyuman buat Muhsin.Lelaki itu didekatinya lantas pipi Muhsin dikucup mesra.

“Pukul berapa abang balik?” tanyanya penuh mesra lalu duduk bersebelahan dengan suaminya.Muhsin tutup buku lalu menarik Farhah ke dalam pelukannya.
“Dah lama pun…tapi bila abang balik sayang pula tak ada di rumah.Ke mana tadi?” tanya Muhsin sedikit serius.Farhah meletakkan sebelah tangannya di atas dada Muhsin dan tersenyum.Kepalanya pula terlentok di bahu suaminya itu.
“Lepas habis kerja tadi,Far temankan Elia shopping.” Muhsin kerut kening.
“Shopping?Takkan shopping sampai malam macam ni?”

“Alah,biasalah bang.Kalau keluar dengan Elia tu…sampai terlupa nak balik.” Giat Farhah ketawa kecil.
Hidungnya dicuit sedikit oleh Muhsin.
“Sayang,sampai bila kita nak macam ni?”
“Macam mana?”
“Yelah,abang sunyilah yang.Asal abang balik aje,isteri abang tak ada kat rumah…” Muhsin memuncungkan sedikit bibirnya tetapi Farhah tersenyum pula.
“Sorry lah abang…Far bukan sengaja.Far ingatkan abang balik lambat,sebab tu Far keluar dengan Elia lama-lama.Kalau Far balik rumah,Far sorang-sorang tak ada siapa nak sembang.”
“Bukan macam tu maksud abang,sayang…Cuma…” Muhsin gigit bibir kemudian dia senyum nipis.

“Far faham…abang kan banyak kerja kat pejabat tu…Far tak kisah sebab abang kan cari duit untuk kita.Far minta maaf pasal hari ni Far balik lambat tak minta izin abang tapi Far janji lepas ni Far…”
“Sayang…” bibir Farhah ditekup dengan dua jemari Muhsin.Mata isterinya direnung lama bagai menyampaikan maksud sesuatu.

“Lahirkan anak untuk abang….” Kening Farhah sudah bertaut.Tidak pernah pula Muhsin meminta sesuatu seperti itu sebelum ini.Adalah juga dua tiga kali Muhsin menyatakan yang dia sukakan budak-budak tetapi tidaklah sampai memintanya terus sebegini.
“Abang sunyilah sayang…lahirkan anak untuk abang.Sekurang-kurangnya bila kita ada baby,meriah sikit rumah ni….” Ujar Muhsin lagi.Farhah pula sudah angkat kepalanya.
“Kenapa abang cakap macam tu pula?Selama ni abang berdua dengan Far kat dalam rumah ni,abang tak rasa meriah ke?”
Muhsin mengeluh panjang.Ditarik tangan Farhah lalu dicium lembut.Rambut isterinya pula dikuak ke belakang lalu disangkutkan di belakang telinga.Wajah Farhah diusap penuh kasih.

“Sayang,kan seronok kalau kita ada baby?Bila abang balik kerja aje,Far dengan baby kita dah sambut abang kat depan pintu.Lepas tu abang boleh main dengan baby….”
“Abang nak suruh Far berhenti kerja ke?” soal Farhah semula.
“Abang tak minta sayang berhenti kerja tapi…abang berharap sangat yang sayang akan sentiasa ada di rumah.Abang masih mampu sara Far dan bakal anak kita,dengan gaji dan pangkat abang sekarang ni….abang masih mampu tanggung.” Pujuk Muhsin lembut.
“Tapi Far sayangkan kerja Far…Far dah lama bekerja di bawah ayah.Kalau Far berhenti apa pula kata ayah nanti.Lagipun Far nak bantu abang kukuhkan kewangan dan ekonomi kita.”

“Sayang,dengar sini.Abang faham kalau sayang nak bantu ekonomi kita tapi abang lebih suka kalau isteri abang duduk rumah aje.Abang bukan apa,abang jealouslah sayang kat luar tu ramai sangat yang cuba nak masuk jarum.Abang tak suka.” Ujar Muhsin bersahaja.Nampak jujur benar wajahnya ketika ini.Farhah ketawa kecil.
“Abang jealous tak bertempatlah!”

Pipi Muhsin ditolak perlahan lalu Farhah menghantar jelingan manja.
Dia mahu bangkit dari duduknya kerana mahu ke bilik air tetapi tangannya dilelar pula oleh Muhsin sehingga membantutkan pergerakannya.
“Sayang,please lahirkan anak untuk abang…” rayu Muhsin sekali lagi.
Farhah berlalu dari situ bersama dengan kerutan di wajahnya.Dia terus mengambil tuala yang elok tergantung di tempat penggantung dan berlalu masuk ke dalam bilik air.Namun sempat lagi dia berhenti di hadapan pintu bilik air dan menoleh kepada Muhsin.
“Far tak sedia lagi…Far harap abang faham.”


++++++++++++++++++++++

“Hoi,cik kak! Berangan ke apa tu?” sergah Elia dari tepi Farhah.Farhah pula sudah urut dada dan menjauh sedikit dari Elia apabila disergah begitu.Bergetar pula rasa jantungnya.
“Kau ni….terkejutkan aku aje!!Nasib tak gugur jantung ni…“ rungut Farhah mengerutkan kening.Elia sengih.
“Itulah,siapa suruh berangan?Dari tadi aku panggil tak jawab-jawab.Dah kena sergah baru nak sedar ya?“
Farhah jelling kecil kepada Elia.Fuh semangat! Nasib baiklah tak gugur jantungnya.
“Dah ke mana kau mengelamun?”
“Mana ada mengelamunlah…“
“Aik,kalau tak mengelamun…takkan tak dengar aku panggil kau?Dah dekat 10 kali pun…bila kena sergah baru nak terperanjat.Tak mengelamun ke macam tu?“
Farhah diam.
“Hmm…berangan nak ada anaklah tu….“ Elia cebik bibir.
“Kan aku cakap dari dulu lagi…kalau kau dengan Muhsin ada anak,kan best?Mesti comel aje baby korang tu nanti…lepas tu bolehlah aku bagi baju-baju yang cute ni pada baby korang!“

“Hisyh,Elia!Apa yang kau merepek ni?Baby apa pula??“ nampak marah pula wajah Farhah,cuba menepis kata-kata Elia dalam diam.
“Yelah,kau dengan Muhsin pun dah lama kahwin.Takkan kau berdua tak teringin nak ada baby?“

“Kau dah lupa atau buat-buat lupa?Aku dengan Muhsin dah nak bercerai…“
“Nak bercerai tak bermakna kau berdua tak boleh ada anak.Sekurang-kurangnya,adalah juga tanda tinggalan perkahwinan korang sebelum berpisah.Tak gitu?“ Elia senyum senget dan terus berlalu ke kaunter membayar beberapa helai baju bayi yang telah diambilnya.

Farhah rasa sakit hati pula dengan kenyataan Elia tetapi jauh dalam lubuk hatinya,dia terasa mahu memiliki anak.Rasa itu datang menujah-nujah hatinya kini.Naluri keibuannya menyerang tiba-tiba.Tapi,tak mungkin itu akan terjadi kerana dia dan Muhsin takkan ada peluang untuk berbaik semula.Kes perbicaraan mereka berdua pun sedang berlangsung di mahkamah.Mana mungkin apa yang diperkatakan oleh Elia akan berlaku.

“Kau beli baju baby banyak-banyak ni nak buat apa?“ soal Farhah menghampiri Elia di kaunter selepas perasaannya tadi sedikit reda.Elia senyum.
“Nak hadiahkan pada kawan akulah….tak lama lagi dia nak dapat baby.“
Farhah kerut kening.
“Kawan yang mana?Setahu aku,kawan kau yang dah kahwin hanya aku seorang.“
Elia tidak terus menjawab pertanyaan Farhah dan terus berlalu sesudah mengambil duit baki dari juruwang.

Semasa sampai di tingkat 1 bangunan Queensbay Mall,Farhah berlaga dengan seorang lelaki yang nampak seakan-akan tergesa-gesa mengejar seorang gadis.Lelaki itu meminta maaf dan terus berlalu.Farhah pegang bahunya sedikit tetapi matanya terus tertancap pada kelibat pasangan itu.Nampak seperti bergaduh.Tetapi si lelaki tadi cuba untuk memujuk gadis itu.Farhah mengamati gelagat mereka berdua yang tidak jauh darinya.
“I tak kira,I nak juga beg tu…“
“Sayang,nantilah.I belikan yang lain…yang itu lain kali aje I belikan untuk you…”
“Hei,kedekut tu cakaplah kedekut.”

Lelaki itu sudah raup kepala.pening barangkali dengan kerenah kekasih hatinya.
“Buat apa nak beli yang mahal tu sedangkan kita boleh dapatkan yang murah,kan?Asalkan boleh letak barang cukuplah…“ pujuknya lagi.
“Mana sama….I tak kira I nak juga beg tu…limited edition,lepas ni dah tak jumpa yang sama macam tu.“ Rengek gadis itu.
Farhah tersenyum tiba-tiba melihat pasangan muda tersebut.Entah kenapa saat itu dia dapat rasakan sikap gadis itu persis sepertinya.Sungguh sama sehingga dia terasa mahu ketawa.

“Abang,kita singgah kejap dekat kedai beg tu….“ Ujar Farhah seraya menarik tangan Muhsin mendekati sebuah butik beg tangan berjenama.Muhsin yang sedang menyeluk poket seluarnya berpaling memandang butik yang dimaksudkan oleh Farhah.
“Hmm..sayang ni,macam-macamlah…nak buat apa pula nak ke sana?“
“Alah,bang.Kejap aje…please…Far nak tengok-tengok aje…ada stok baru sampai…kejap aje ya?“ pujuk Farhah.Muhsin sudah mendengus.

“Sayang,cukuplah tu.Kan sayang baru aje beli beg minggu lepas.Nak buat apa tengok lagi?Bukannya abang tak tahu.Sayang tu kalau tengok-tengok boleh jadi nak beli baru…lepas tu minta duit pada abang.Membazir tau…dah,abang cakap tak payah…“
“Abang,please lah…kejap aje.Far janji lepas aje Far tengok kita balik.“
“Sayang ni,degil kenapa?Abang cakap tak payah tu payahlah…abang tahu sangat sayang tu…kalau tengok aje tak cukup,mesti nak beli.Lepas tu bolehlah nak minta duit pada abang.Kalau setakat dua tiga ringgit aje tak apa juga.Tapi sampai beratus-ratus…mahunya botak kepala abang !“ bebel Muhsin dengan perangai isterinya.Dia sudah masak sangat dengan perangai Farhah yang pantang nampak barang-barang berjenama,ada sahaja akalnya mahu memiliki barang tersebut.

Farhah sudah tarik muncung sedepa di hadapan Muhsin.Ditamparnya dada bidang Muhsin dan berlalu dari situ meninggalkan suaminya sendirian.Muhsin sudah terkebil-kebil.
“Sayang,dah lah tu...jangan merajuk lagi.Muncung tu dah boleh gantung hanger!“ ucap Muhsin bernada melawak namun Farhah buat tidak peduli.Dia terasa sedih kerana permintaannya tidak dilayan.

“Sayang,janganlah macam ni.“ Muhsin cuit dagu Farhah tetapi pantas ditepis olehnya.
“Abang kedekut! Abang memang tak sayang Far!!“ suaranya sedikit meninggi semasa bertentang mata dengan Muhsin.Dia menumbuk bahu Muhsin dan berlalu sekali lagi.
Muhsin tidak membiarkan Farhah pergi.Dia segera mengejar dan menyaingi langkah wanita itu seraya cuba memujuknya kembali.

“Abang tak kedekutlah,sayang.Mana ada abang kedekut dengan sayang.Cuba sayang tengok apa ada kat tangan abang ni…kasut,baju,mekap…hah,semuanya abang dah belikan untuk sayang.Sayang tak boleh cakap abang kedekut!” ujar Muhsin sambil menayang beberapa beg berisi barang-barang yang dibeli oleh Farhah tadi.
“Dahlah,abang tak payahlah nak pujuk-pujuk Far.Abang memang tak sayangkan Far…nak ajak masuk kejap ke situ pun tak nak.Dahlah tuduh Far macam-macam!” Farhah menepis kasar tangan Muhsin semasa lelaki itu sedang cuba melelar pergelangan tangannya.
Muhsin sudah tepuk dahi.Geram pula dengan perangai Farhah.
“Sayang,jangan buat perangai macam ni boleh tak?Kita kat tempat public ni….orang tengok!”

“Biarlah orang tengok,Far peduli apa?”
“Far,kenapa macam budak-budak ni?Sikit-sikit nak merajuk.Tak dapat itu nak merajuk,tak dapat ini nak mengamuk!” Muhsin mula hilang sabar.
“Siapa yang merajuk?Far tak mengamuk pun.Far bukan budak-budaklah sampai abang nak kena layan Far macam ni…dahlah tepi sikit.Far nak balik…” potong Farhah menolak tubuh Muhsin ke belakang.Muhsin rasa menyirap tiba-tiba lalu tangan Farhah ditarik kasar.
“Kan abang cakap,jangan buat perangai macam budak-budak.Kenapa susah sangat ni?Tak dapat beg tu,nak merajuk bagai kenapa?Nanti-nanti kita boleh datang lagi kan?Barang kat tangan abang ni pun tak guna lagi…nak membazir pula dia!! Dah,jom balik!!” tekan Muhsin.Rahangnya nampak turun naik menahan amarah.

“Far…” tegur Elia buat kali yang kedua.Elia mengeluh lalu menggeleng kepala.
“Farhah!!” Elia sengaja menekan suaranya.
“Hah…kenapa?” Farhah berpaling kepada Elia.Elia sengih lantas menghulurnya McFlurry Oreo yang baru dibeli di McDonalds tadi.
“Hmm…mengelamun lagilah tu…kan?”
Farhah tidak menjawab soalan Elia tetapi McFlurry di tangan Elia terus saja diambil dan berlalu dari situ.
“Kau ni kenapa Far?Sejak kita datang sini,aku tengok fikiran kau dah ke mana-mana dah…aku cakap sampai berbuih mulut pun kau buat tak tahu aje.’’ Farhah diam.Mulutnya segera disumbat dengan ais krim.

“Kau fikir apa?Biasanya kalau datang Queensbay Mall ni,kaulah makhluk tuhan paling excited sekali.Ini tidak…macam orang kena pukau aku tengok.”
“Tak ada apalah…” dalih Farhah sebelum dia menghantar satu senyuman kecil buat Elia.Elia mencebik.

“Hmm….tak payahlah kau nak tipu aku Far.Aku bukannya kenal kau dalam sehari dua….dah bertahun-tahun aku kenal kau.” Elia segera menarik lengan Farhah supaya mengikutinya untuk duduk di satu bangku berdekatan dengan tiang besar tidak jauh dari food court.
“Apa yang kau fikir?” soal Elia lagi cuba membangkitkan mood Farhah yang nampak tidak stabil.Farhah diam lagi dan kini matanya membelek sisa ais krim di tangan pula.
“Kita ni kan Far…hidup cuma sekali tau.Kalau kita lepaskan peluang untuk dapatkan kebahagiaan,kita ni bakal jadi insan yang paling rugi sekali.Sesekali,untuk dapatkan kebahagiaan tu kita kena letak ke tepi keegoan kita sebab ego ni boleh menjadi penghalang kepada kebahagiaan kita.”

Farhah pelik dengan kata-kata Elia.
“Apa maksud kau?“
“Aku tahu kau faham dengan apa yang aku katakan.Dahlah,jom kita balik.Dah nak maghrib pun.“ Ujar Elia menepuk sedikit paha Farhah.Elia bangun dan sengaja meninggalkan Farhah termangu-mangu berfikir tentang kata-katanya.

++++++++++++++

Puan Mumtaz begitu senang hati menerima kedatangan besannya Puan Liza ke rumah petang hari Sabtu itu.Dia menjemput tetamunya itu duduk di ruang tamu sebelum menghidangkannya dengan minuman petang.Enak berbual-bual yang diselang selikan dengan ketawa,Puan Liza segera mengeluarkan sekeping kad lalu dihulurkan kepada Puan Mumtaz.
“Kad apa tu mak?“ soal Farhah dari arah belakang.Puan Liza tersenyum.Farhah segera menghulurkan tangannya menyalami emak mertuanya yang bakal menjadi bekas emak mertua tidak lama lagi.

“Kad kahwin….“ Puan Liza mencuit sedikit paha Puan Mumtaz.
Dahi Farhah berkerut.
“Siapa yang nak kahwin?Bila masa pula mak jadi tukang hantar kad ni??“ Farhah menyoal lagi.Kali ini dia sudah duduk di atas sofa tidak jauh dari emak mertuanya.
Puan Liza mengambil semula kad dari tangan Puan Mumtaz lalu dihulurkan kepada menantunya.

“Undangan perkahwinan putera kami yang dikasihi…Muhsin Bin Mohamad dengan Elena Bt Alauddin pada 21hb Februari 2013 bertempat di Setia Pearl Island Pulau Pinang.“ Farhah angkat wajahnya lalu menatap dalam-dalam wajah Puan liza kemudian beralih pula kepada emaknya sendiri.

“Apa ni mak?“soal Farhah lagi.Dalam suaranya ada getar.
“Lah…kau sendiri dah baca kan?Jemputan kahwinlah…“ Puan Liza menjawab selamba.
“Tapi ni kad kahwin Muhsin…apa semua ni?“
Puan Liza mendengus dan mencebik kecil.
“Alah,janganlah buat-buat tak faham lagi Farhah…itu,kat tangan kau tu kad kahwin Muhsinlah…dengan Elena,bakal isteri dia.” Ujar Puan Liza.Farhah cuba tahan hatinya.Sikit saja lagi mahu meletup.

“Kau dengan Muhsin kan dah nak bercerai tak lama lagi…rasa-rasanya dah tak ada halangan untuk Muhsin bina hidup baru bersama orang lain.Lagipula,Muhsin tu muda lagi.Masih mampu untuk bina keluarga…jadi mak tak nampak ada masalah kalau dia nak berbini lagi.Tak gitu Mumtaz?” Puan Liza mengerling pada Puan Mumtaz.
“Tapi kenapa secepat ini?Kes kami masih berjalan di mahkamah…”

“Tak apalah…tarikh kahwin mereka berdua tu pun lagi sebulan lebih.Rasa-rasanya waktu tu nanti kau dengan Muhsin bukan lagi suami isteri.Ya tak?” balas Puan Liza.
“Lagipun,mak tak naklah biar Muhsin tu tertunggu-tunggu untuk berkahwin baru.Lepas aje selesai kes kau dengan dia,terus dia boleh naik pelamin.Mak bukan apa,mak kesian tengok Muhsin tu…tak ada isteri nak jaga makan pakai dia,nak jadi peneman dia hari-hari…” Farhah kini sudah bangkit dari sofa.Di keronyoknya kad di tangan bagaikan melepas geram.Tanpa ada kata-kata lagi,dia terus berlalu dari situ meninggalkan Puan Mumtaz dan Puan Liza sendirian.

++++++++++++++++

Muhsin baru saja mahu membuka pintu keretanya semasa namanya dilaung dari belakang.Bunyi nyaring itu seperti kebiasaan saja di pendengarannya.Apabila dia menoleh,dia dapati wajah isterinya Farhah sudah mendekat.
“Awak ni memang tak guna kan?” soalan berbentuk amarah menyapa halwa telinga Muhsin dalam pertemuan pertama selepas beberapa hari tidak bersua.
Keningnya bertaut bagai mahu menyatu sahaja.
“Apa hal ni?” tanya Muhsin tidak tahu hujung pangkal.

“Eh,jangan pura-pura lagilah Muhsin.Awak memang dah rancang segala-galanya sejak awal lagi kan?” tekan Farhah lagi.
“Hei,apa yang awak merepek ni Farhah?Salam tak bagi,tahu-tahu aje datang serang macam ni…apa kes?Nak ajak gaduh?” Muhsin melemparkan saja briefcasenya ke dalam kereta lalu melonggarkan sedikit ikatan tali lehernya.Matanya mencerun memandang Farhah yang bagaikan di dalam amukan.

“Kalau dah gatal tu cakap ajelah gatal…tak payah nak sakitkan hati saya dengan bagi kad jemputan kahwin! Awak jangan ingat saya ni perempuan,saya tak ada hati dan perasaan!” sembur Farhah tidak mengalah.

“Hei…hei…hei…apa awak melalut ni?Gatal apa pula ni?Kalau saya gatal saya garulah…“ ejek Muhsin cuba buat lawak.Farhah tolak kuat bahu Muhsin.
“Awak ni…memang sengaja kan?Kalau awak dah tak sabar sangat nak ceraikan saya dan kahwin dengan perempuan tu…awak cakap.Tak perlu nak hantar kad jemputan kahwin awak ke rumah mak saya.” Jari Farhah sudah dihalakan tepat ke wajah Muhsin.
Muhsin jadi bingung.Matanya memandang ke jari telunjuk Farhah sehingga juling jadinya.
“Apa yang awak cakap ni?Kad kahwin apa pula?”
“Eh,please lah Muhsin.Tak payah nak bersandiwara dengan saya.Awak ingat saya tak tahu niat buruk awak tu….okey,kalau awak tak puas hati dengan saya selama saya jadi isteri awak,awak boleh ceraikan saya sekarang.Lepas tu awak boleh terus kahwin dengan Elena model sambilan tu….”gesa Farhah membabi buta.Hatinya benar-benar sakit dengan permainan yang cuba Muhsin mainkan.Kenapa perlu memberi kad kahwin sedangkan hal mereka masih dalam proses mahkamah.Kalau benar mahu berkahwin lain,tak perlu menayang di hadapan matanya.

Muhsin tayang wajah terkejut tetapi tersengih kemudiannya.
“Awak tak payah nak tayang sengihan tak laku awak tu…” marah Farhah.
“Laku juga rupanya saya ni kan?Errr…apa nama perempuan yang awak sebut tadi ?”
“Tak payah nak pura-puralah…..sekarang ceraikan aje saya.Tak payah nak berdolak dalik lagi….”

“Hei,cik adik.Awak jangan nak merepek boleh tak?Saya tak akan ceraikan awak.Saya masih berpegang teguh pada janji saya.Lafaz cerai hanya akan berlaku di hadapan hakim dalam mahkamah.Noktah.”
“Awak jangan nak sakitkan hati saya Muhsin.Awak memang sengaja nak seksa hidup saya sedangkan awak dah boleh bina hidup baru dengan perempuan tu….sampai hati awak!!” hambur Farhah sambil menangis.

Muhsin gosok kepala.Ini yang dia tidak tahan melihat tangisan isterinya.Dia sendiri sebenarnya pening dengan apa yang sedang Farhah perkatakan.Entah apa yang direpekkannya pun dia tidak tahu.
“Dahlah,ke tepi sikit.Saya nak balik…saya dah malas nak jawab soalan mengarut awak tu.”


++++++++++++

Farhah pulang dengan hati yang sebal.Dibenamkan wajahnya ke bantal sambil menangis.Tangannya menumbuk-numbuk padu ke tilam empuk dalam bilik itu.Hatinya benar-benar rasa sakit saat ini.

“Tak guna punya Muhsin!!” jerit Farhah lantang.
Dia bangun mendadak dari tilam itu lalu menuju ke almari bajunya.Pantas saja tangannya ligat mencari sesuatu.
Beberapa album gambar dikeluarkan lalu dibeleknya satu per satu.Beberapa keping gambar dirinya bersama Muhsin ditarik dari situ lalu dikoyak sehingga kecil.Puas sedikit hatinya.Terubat juga rasa sakitnya.

Baru sahaja tangannya mahu mengoyak satu lagi gambar Muhsin,dia terhenti.Mengenang kembali kenangan dirinya dan Muhsin saat melihat gambar di tangan.
“Kenapa sayang cakap macam tu?Sampai bila baru sayang nak sedia ada anak dengan abang?Kita dah kahwin dah dekat dua tahun dah pun…sepatutnya kita dah boleh sambut orang baru dalam keluarga kita….” Tekan Muhsin cuba membuat Farhah faham.Farhah susunkan pinggan ke atas rak di dapur dan berjalan menuju kepada Muhsin yang sedang duduk di meja makan untuk makan malam.Lagi-lagi soal anak disebut Muhsin sehingga Farhah rasa rimas.Dia rasa tertekan kerana sejak akhir-akhir ini Muhsin sering menyebut soal anak kepadanya.

“Abang…tolonglah faham.Far betul-betul tak sedia nak ada anak buat masa ni.Tolong berikan sikit masa untuk Far,abang…” rayu Farhah melembutkan suaranya.Muhsin mendengus.
“Sampai bila Far nak abang bagi masa pada Far?Dah dua tahun kita kahwin,sayang.Keluarga kita dah bertanya bila kita nak ada anak.Abang tak tahu apa lagi alasan yang sesuai untuk diberi pada mereka.”
“Cakaplah belum rezeki…” pangkah Farhah bersahaja.
“Sayang,takkan selama-lamanya kita nak beri alasan macam tu?Please lah sayang,tolong fikirkan semula tentang perkara ni…abang sunyi….bila abang balik aje,rumah ni nampak kosong.Tak ada siapa nak sambut abang balik dari tempat kerja setiap hari.Kalaulah kita ada baby,baru rasa meriah sikit…”

“Abang jangan nak sindir Far okey.” Marah Farhah sudah bercekak pinggang.
“Sindir apa pula?”
“Yelah,sebab Far tak pernah sambut abang balik setiap petang kan?”
“Abang tak bermaksud macam tu…”
“Far minta maaf sebab hari ni Far terlewat balik.Far ada kerja sikit kat pejabat.” Ujar Farhah seakan mengerti yang Muhsin cuba menyalahkan dirinya kerana tidak cuba untuk pulang awal ke rumah.

“Sayang,abang tak kisah kalau sayang ada banyak kerja tapi abang harap sangat bila abang balik aje,isteri abang dah ada tunggu abang depan pintu rumah…tapi Far…”
“Tapi apa?” ujar Farhah mencerlung mata ke arah Muhsin.Marah pula rasanya.Mood baiknya terus hilang ketika ini.Muhsin bangun dari duduknya dan bertentang mata dalam-dalam dengan Farhah.
“Far,abang tahu hari ni Far balik lambat sebab banyak kerja tapi hari-hari lain tu…kurangkanlah sikit waktu berjalan.Cuba balik terus ke rumah selepas waktu pejabat.Ini tidak,asal abang balik aje…isteri abang entah ke mana.Dah malam baru nak nampak muka….”

“Jadi,sekarang ni abang nak tuduh Far tak bertanggungjawab pula?” Farhah basuh tangannya dan dilap kasar-kasar ke kain pengelap.Dia hantar jelingan kecil pula kepada Muhsin.
“Bukan macam tu…tapi…”

“Abang memang! Abang penting diri tau tak?” marah Farhah meninggi suara secara tiba-tiba.
“Abang fikir Far ni apa?Abang tahu abang punya bosan dengan sunyi aje…ada abang fikir Far punya sunyi pula ?Bila Far balik awal…Far tunggu abang kat depan pintu rumah setiap petang.Tapi waktu tu ke mana abang pergi?Abang asyik sibuk memanjang.Outstation lah,meeting lah,OT lah…abang ingat Far tak sunyi ke duduk sorang-sorang dalam rumah ni?Bila Far perlukan abang,ke mana abang pergi?Abang asyik fikirkan hal kerja memanjang sampai terlupa yang abang masih ada isteri.” Wajah Farhah berubah merah.Matanya pula bergenang dengan air mata.
“Far tak boleh tuduh abang begitu! Abang buat semua ni untuk kita juga…untuk keluarga kita…abang kerja siang malam cari duit…faham tak?”

“Itu alasan abang aje….Far pun kerja cari duit juga tapi tak adalah sibuk memanjang macam abang.Sekarang ni bila Far nak hilangkan sunyi Far dengan keluar bersama Elia,abang dah bising-bising.Kebetulan Far balik lambat sebab ada kerja hari ni,abang nak cakap macam-macam.Lepas tu siap nak suruh Far lahirkan anak untuk abang.Abang fikir Far ni apa?Mesin buat anak?”
Tempelak Farhah tanpa berselindung.

“Far jangan tinggi suara dengan abang boleh tak??” kata Muhsin mengetap gigi.Kali ini dia rasa sabarnya memang sudah hilang malah mood marahnya pula yang datang bertandang.
Farhah ketap bibir.Rasanya Muhsin memang sudah keterlaluan.Dia cuba tahankan hati dengan sikap Muhsin tetapi hari ini dia sudah tidak dapat bersabar lagi.Farhah berlalu dari dapur dan kembali ke situ beberapa saat kemudian bersama beberapa keping resit di tangan.Diletak di hadapan Muhsin dengan kasar sambil menyilangkan tangan ke dada.

“Abang cuba jelaskan pada Far apa semua ni?”Muhsin pandang ke arah resit di hadapan matanya dan terdiam sejenak.
“Abang cakaplah apa yang abang buat dengan duit RM5,000 yang abang keluarkan dari bank minggu lepas?”
Muhsin telan liur.

“Errr…abang…”
“Ni,satu lagi resit berjumlah RM15,000….abang buat apa duit sebanyak ni ?Kenapa Far tak tahu pun hal ni sampai Far sendiri yang jumpa resit ni dalam laci kat depan tu…“ juih bibir Farhah.
Muhsin mengeluh.Dia tiada pilihan.Isterinya sudah tahu hal itu.
“Okey,abang boleh explain…“
“Okey,explain….“kening Farhah sedikit terangkat ala-ala macam Ziana Zain.
“Ikmal….dia nak pinjam duit dari abang nak buat kenduri kahwin dia…abang tak sampai hati tengok dia susah.Itu yang abang tolong tu…“

“Ikmal nak kahwin tapi pinjam duit dari abang?Eee…apa baik sangat hati abang ni?Dia nak kahwin pandai-pandai dialah selesaikan sendiri masalah dia…yang pergi pinjam beribu-ribu dari abang tu kenapa?“ tanya Farhah memegang kedua kepalanya.
“Abang ni,dengan isteri sendiri berkira tapi dengan kawan-kawan…senang aje bagi duit.Abang sendiri yang cakap duit dalam akaun abang tu untuk simpanan masa depan tapi abang bagi pada Ikmal buat apa?“

“Sayang…janganlah macam ni…abang cuma nak bantu dia.Dia kan kawan abang,bila dia susah abang bantu dia dan bila abang pula yang susah dia akan bantu abang.“
“Kenapa abang nak keluarkan duit tu tak bincang dengan Far dulu?Abang main bagi aje sedangkan abang tahu yang Far pun ada share juga dalam simpanan tu…abang ni!!“ Farhah rasa mahu hempas saja pinggan mangkuk ke lantai.Saat memandang wajah Muhsin yang selamba,dia rasa geram.

“Abang memang suka buat keputusan tak nak bincang dengan Far…suka buat senyap-senyap.Abang ingat Far ni apa,bang?Tunggul ke dalam rumah ni?“ tanya Farhah lagi.
“Abang memang suka lebihkan kawan-kawan abang berbanding isteri sendiri.Abang lebih suka habiskan masa kat luar tu daripada nak habiskan masa dengan Far.Bila Far sendiri yang habiskan masa dengan kawan-kawan Far abang nak merungut.Far kecewa dengan abang!Abang memang pentingkan diri dan kawan-kawan abang aje.“
Hambur Farhah lagi melepas rasa geramnya.

“Far jangan melampau!Jangan tuduh abang sembarangan! Far tu isteri abang tahu?”
“Sebab Far isteri abanglah abang boleh buat sesuka hati abang.Jangan fikir Far ni isteri,Far tak ada perasaan tau!”

“Farhah!! Awak ni kenapa melampau sangat?Tegur sikit nak angin satu badan!!” Muhsin rasa tangannya ringan sahaja mahu melayang ke wajah Farhah tetapi ditahankan niat itu kerana dia masih berfikiran waras.

“Kenapa berhenti?Abang nak tampar Far pula?Hah,tamparlah…Far ni kan isteri abang yang boleh dibuat sesuka hati…” ejek Farhah.
Muhsin raup kepalanya.

“Abang minta maaf…abang tahu hal tu abang yang salah.Abang tak bincang dengan Far dulu sebelum keluarkan duit tu dari akaun bank.” luahnya perlahan.Muhsin tarik nafas,cuba redakan perasaan marahnya.Dipegang sedikit dadanya.
“Awak ingat dengan minta maaf aje hati saya yang sakit ni akan sembuh ke?” balas Farhah tidak mahu mengalah.Geram bukan kepalang kerana suaminya itu suka sangat bertindak dan membuat keputusan sendiri tanpa berbincang terlebih dahulu dengannya.Bagaikan dia tak punya fungsi dalam rumahtangga mereka.
Muhsin toleh kepada Farhah kembali.Rasa marahnya kini kembali apabila mendengar jawapan Farhah.

“Apa maksud awak,Farhah?”
“Awak memang penting diri,Muhsin!Sejak kita kahwin sampai sekarang,awak hanya fikirkan perasaan dan hati awak aje.Tapi hati saya awak tak nak fikir langsung!” kali ini hilang sudah panggilan hormatnya pada Muhsin.

“Hei,jangan suka tuduh sembaranganlah!Awak tu yang tak pernah fikirkan perasaan saya.Apa yang awak tahu…shopping,shopping,shopping.Tahu nak menghabiskan duit saya saja.Cubalah fikir untuk berjimat sikit…ini tidak,membazir aje kerja.“ kali ini Muhsin tidak mahu memberi peluang kepada Farhah.Biar dia pula luahkan rasa yang terpendamnya.Baginya Farhah sengaja mahu memanjang-manjangkan cerita.
“Oh,sekarang awak nak ungkit pula ya?Saya punya membazir awak ingat,tapi awak punya membazir awak tak nak fikir! Awak memang suka lebihkan kawan-kawan awak!!”
“Memang! Memang saya nak ungkit supaya awak sedar sikap buruk awak tu…tahu minta itu ini aje.Dah tu tuduh orang sesuka hati.Perangai macam budak-budak…tak boleh nak ubah!!” pekik Muhsin kembali.Puas sedikit hatinya.Namun Farhah pula sudah mula mengalirkan air mata.

“Sampai hati awak cakap macam tu kan?Awak ni memang langsung tak menghargai saya sebagai isteri awak.Awak sebenarnya tak pernah ambil kisah hal rumahtangga kita pun!”
“Apa buktinya?Tiap-tiap bulan saya bagi nafkah zahir batin pada awak.Apa lagi yang tak cukup?”

“Nampaknya awak memang tak kisah pun kan soal kita…awak masih ingat tak minggu lepas?”soal Farhah merendahkan suaranya.
“Kenapa dengan minggu lepas?”
“Awak ingat tak minggu lepas 15 November….awak ingat tak dengan tarikh tu?” gesa Farhah.Muhsin diam.

“Kenapa dengan tarikh tu?Cakaplah!”pinta Muhsin tidak sabar.
“Saya dah agak…sampai hari ni pun awak masih terlupa dengan tarikh 15 November.Tarikh tu tarikh ulang tahun perkahwinan kita…dah dua tahun Muhsin!Nampak sangat awak memang tak ambil berat.Awak tahu tak…malam 15 November tu,saya masak untuk kita,saya tunggu awak balik dari pejabat supaya kita boleh sambut ulangtahun kita sama-sama tapi apa yang awak buat?Awak tak balik rumah pun waktu tu dengan alasan terpaksa stay up kat office sepanjang malam semata-mata boss awak suruh siapkan kerja.”
“Kan dari awal lagi saya cakap saya kena siapkan kerja tu…penting!Antara hidup dan mati!Lagipun awak tak pernah cakap pun yang awak nak sambut ulangtahun kita sama-sama.”

“Oh,hidup dan mati.Jadi saya ni dah tak pentinglah pada awak ya?Perkahwinan kita pun dah tak penting juga kan?” tubuh Muhsin ditolak ke belakang.
“Perlu ke semua benda saya nak kena cakap pada awak?Susah sangat ke awak nak ingat tarikh penting macam tu?Susah sangat?” sambung Farhah lagi.

“Eh,Farhah…awak ni kenapa?Kan saya cakap saya banyak kerja.Takkan tak boleh nak faham sikit.Awak tahu kan saya baru aje naik pangkat…kerja pula bertimbun-timbun…”
“Kalau macam tu kata awak,apa kata awak kahwin aje dengan boss awak dan kerja awak tu…baru puas hati awak,Muhsin!!Tak guna lagi kalau kita terus bersama kalau awak asyik penting diri begini!”

“Hei,siapa yang penting diri?Berapa kali saya nak cakap yang saya sibuk cari rezeki untuk kita…kenapa susah sangat awak nak faham??” jerit Muhsin bercekak pinggang.Nampak urat-urat lehernya menegang saat dia menjerit nyaring.
“Inilah dia orang perempuan.Cakap sikit,mula nak melalut yang bukan-bukan.Hal kecil aje nak dibesar-besarkan.Complicated sungguh!!” Farhah menjeling pada Muhsin.Dia kesat tangisannya.Tak mahu membiarkan Muhsin lihat air matanya kerana sesungguhnya dia kelihatan sangat lemah di hadapan suami sendiri bersama juraian air mata.
“Nampak sangat yang awak lebih pentingkan kerja awak dari saya.Tak guna dah kalau kita terus begini….lebih baik kalau kita bawa haluan sendiri aje.Awak pun dah tak kisah tentang saya,kan?”

“Oh,jadi awak nak kita berpisah?Begitu?” Farhah menentang mata Muhsin dengan berani tetapi pertanyaan Muhsin dia biarkan tergantung.Sengaja mahu Muhsin berfikir sendiri.
Muhsin terangguk-angguk kecil.

“Okey…kalau awak nak sangat…baiklah….sekarang ni…kita buat perjanjian.Awak beritahu keluarga awak dan saya beritahu keluarga saya yang kita berdua ni dah tak boleh hidup sebumbung.Lepas aje kita beritahu keluarga kita,kita failkan kes kita ke mahkamah.Awak nak bercerai kan?Saya akan ceraikan awak di depan hakim aje….setuju?” Muhsin hulurkan tangan.Farhah terdiam.Wajahnya berubah tetapi mengangguk kemudiannya.Tangan Muhsin dicapainya lalu dijabat erat.

“Okey,saya setuju.Kita buat macam apa yang awak cakapkan dan kita akan failkan kes cerai ke mahkamah.Lepas aje cerai,kita bawa haluan masing-masing dan tak boleh tuntut apa-apa hak antara satu sama lain.” Balas Farhah.
“Okey.” Akhirnya Muhsin buang satu nafas panjang.
“Patutlah kau setuju aje dengan cadangan aku.Rupanya kau dah ada perempuan lain,Muhsin!” jerit Farhah lantang lalu gambar di tangannya terus dikoyak dengan kasar.Air matanya mengalir laju.

++++++++++

Farhah menyembamkan wajahnya ke bahu Elia saat dia masuk ke dalam rumah gadis itu.Elia terpinga-pinga.Tak tahu hujung pangkal lantas tubuh Farhah dibawa duduk di ruang tamu.
“Kenapa ni?Cuba cerita dengan aku kenapa kau menangis ni?” Farhah angkat wajah lalu mengesat sedikit air matanya yang merembes di pipi dengan belakang tangan.
“Muhsin….”

“Kenapa dengan Muhsin…”
“Aku sedih Elia…..aku…” Elia mengangguk-angguk.Dia menepuk sedikit bahu Farhah dan berlalu ke dapur sebelum muncul bersama segelas air kosong.Sesudah Farhah meminum sedikit air kosong,dia menarik nafas kecil.

“Aku cuba betulkan keadaan.Aku cuba betulkan hati aku yang tak betul ni lepas kita keluar ke Queensbay Mall hari tu.Jenuh kepala otak aku ni berfikir dengan kata-kata kau dan waktu tu aku sedar memang apa yang kau cakap pada aku selama ni betul.Aku memang bodoh sebab buat keputusan terburu-buru.Aku lebihkan perasaan ego aku dari akal fikiran yang waras.”

Elia kerut dahi,agak pening mahu memahami tutur Farhah yang tersangkut-sangkut berselang selikan dengan tangisan.
“Hmmm…”
“Aku memang ego.Aku langsung tak fikir panjang bila bersetuju nak bercerai dengan Muhsin.Tapi bila aku cuba nak jernihkan semula hubungan kami….” Farhah terhenti dan mengongoi semula di bahu Elia.Elia tolak lembut bahu Farhah yang seperti tak mahu berpisah darinya.

“Okey,kalau betul kau fikir macam tu baguslah…kau cuba nak jernihkan semula hubungan kau dan Muhsin….tapi kenapa kau menangis lagi ni?Apa yang tak kena?”
“Bila saat aku dah tersedar dari sikap ego aku,aku rasa tertipu.Sebab aku dapat tahu yang Muhsin…Muhsin,nak naik pelamin dengan seorang model selepas kes kami selesai.Itupun dia dah rancang awal-awal.”
“Hah??Kau biar betul??” menjegil mata Elia.
Farhah angguk lemah.

“Aku sedih Elia…aku sedih sangat…aku tahu semuanya silap aku.Dari awal lagi aku tak cuba bincang baik-baik dengan dia…aku menonong buat keputusan ikut kepala aku.Sekarang ni Muhsin dah cuba lupakan aku dan mahu bina keluarga baru dengan orang lain.Hati aku pedih sangat Elia….” Tangis Farhah lagi.Dadanya dipegang erat,menahan rasa.
+++++++++++

Saat terakhir prosiding cerai Muhsin dan Farhah hampir ke penghujungnya.Sejak awal lagi,Farhah nampak diam saja.Sepatah yang ditanya,sepatah jua yang dibalas.Tidak seperti Muhsin,lelaki itu terlalu bersahaja menjawab segala pertanyaan dari peguam.
“Muhsin Bin Mohamad,adakah kamu bersetuju untuk bercerai dengan isteri kamu Farhah binti Farouk?”

Muhsin diam saat diajukan pertanyaan seperti itu.
“Farhah Binti Farouk,adakah kamu bersetuju untuk diceraikan oleh suami kamu Muhsin Bin Mohamad?” Farhah diam dan alirkan air mata.
“Saya,Muhsin Bin Mohamad….” Farhah menutup matanya saat terdengar suara Muhsin.Dia tahu tidak lama lagi dia bakal menjadi janda.Dan Muhsin pula akan bersenang hati dengan bakal isteri barunya.

Farhah menahan sendu.
“Saya tak jadi untuk menceraikan isteri saya kerana saya masih sayangkannya.Saya tak mahu berpisah dengannya….” Begitu teguh kata-kata Muhsin kini.Farhah buka mata dan memandang ke wajah Muhsin.Dia lihat Muhsin tidak sedikit pun memandang ke arahnya.
“Betul kamu berniat begitu?” ujar majistret pula.Muhsin angguk kepala laju.Kali ini ada air mata mengalir dari pelupuk matanya.

“Saya sayangkan isteri sayang lebih dari nyawa saya sendiri.Saya tak mahu menceraikannya.”

“Tapi kenapa?” tanya Farhah tiba-tiba.
Muhsin memalingkan wajahnya kepada Farhah.
“Sayang,abang minta maaf.Abang tak sanggup kehilangan sayang.Abang tak sanggup biarkan sayang pergi dari hidup abang sebab abang cintakan sayang.” Waktu itu Muhsin sudah mendekati Farhah dan cuba menarik isterinya ke dalam pelukannya tetapi Farhah pula yang menahan.

“Kenapa awak buat macam ni?Kerana kesiankan saya ke?” Muhsin geleng laju.Tanpa menghiraukan orang sekeliling termasuklah tuan majistret dan peguam,dia menarik tubuh Farhah ke dalam pelukannya.Dieratkan pelukan ke tubuh Farhah seperti tidak mahu membiarkan wanita itu terlepas darinya.

“Abang cintakan sayang sampai bila-bila.Tak mungkin abang akan lepaskan sayang.Sayang dunia abang,jiwa abang dan seluruh hidup abang milik sayang.Tak ada apa-apa lagi yang abang impikan dari mahu terus bersama sayang.Maafkan abang kerana kita terpaksa lalui semuanya.Abang minta maaf dengan sayang…” Farhah balas pelukan Muhsin.
“Far pun sayang abang…Far minta maaf dengan abang atas sikap Far selama ni…ampunkan Far,abang…” Muhsin angguk.Dikucup kepala Farhah lama.

“Abang,boleh Far tanya sesuatu?” Tanya Farhah semasa mereka sama-sama keluar dari kamar perbicaraan.Muhsin angkat kening.
“Betul abang nak berkahwin dengan Elena?”
Muhsin garu kepala.Baru sahaja mereka berdamai,takkanlah isterinya mahu buat hal lagi?

“Sayang cakap apa ni?”
“Abang jujurlah dengan Far.Far janji Far tak akan marah abang.Please…”
“Sayang,abang sebenarnya tak tahu apa yang sayang cakapkan ni…”
“Far tahu abang marah dengan Far…Cuma Far nak tahu sangat,abang serius ke dengan Elena?” tangan Farhah dipegang erat oleh Muhsin.Matanya pula ditatap dalam-dalam.
“Abang masih tak faham apa yang sayang cakap.Sejak hari tu,sayang asyik cakap pasal perempuan nama Elena.Hari ni pula sayang boleh tanya abang betul atau tidak nak kahwin dengan dia.Siapa yang sayang maksudkan ni?”

“Abang,Far tak nak lagi ada salah faham antara kita tapi please jujur dengan Far…”
“Sayang,jangan buat abang pening please…abang tak pernah kenal pun perempuan bernama Elena.Nora Elena abang kenallah…” usik Muhsin cuba berlawak pula.Dia tunjuk sengihan tetapi dicubit di perut oleh Farhah.
Farhah jadi bingung seketika.

“Habis,hari tu mak abang siap hantar kad jemputan kahwin abang dengan perempuan nama Elena tu apa?”
“Kad jemputan?”
Farhah angguk bersungguh-sungguh.Wajahnya begitu serius.
Muhsin pula sudah senyum.Hidung Farhah dicuit sedikit.
“Oh,jadi sebab hal tulah agaknya sayang abang ni datang serang abang kat luar pejabat abang tempoh hari ya?”
“Abang janganlah ungkit hal tu…Far serius ni.“
“Hmm….abang rasa yang tu kita kena tanya mak abang.”
“Kenapa?”
“Sebab abang rasa ini semua kerja dia…”

++++++++++++

“Alhadulillah,akhirnya kamu berdua tak buat keputusan bodoh.Mak bersyukur sangat yang anak menantu mak dah berbaik semula….” Ucap Puan Mumtaz dalam majlis kesyukuran yang diadakan di rumah Puan Liza.

“Hmm..mak tumpang gembira dengan keputusan ni.” Sampuk Puan Liza pula.Muhsin yang sedang erat memeluk bahu Farhah hanya tersenyum senang hati melihat ahli keluarga mereka berkumpul dan meraikan kegembiraan ini.
“Mak,cuma satu aje yang Sein masih tertanya-tanya sampai sekarang.” Anak mata Muhsin disorotkan ke mata Puan Liza.Puan Liza angkat kening.
“Apa dia?”

“Hmmm…siapa ya agak-agaknya Elena model sambilan berumur 23 tahun tu?Dengar cerita Elena tu nak dijodohkan dengan Sein hujung bulan Februari ni…betul?” hampir tersedak dibuatnya Puan Liza.Dia pandang wajah Puan Mumtaz sambil memberi isyarat mata.
“Errr….sebenarnya….”

“Maafkanlah kami berdua Sein….apa yang Sein dan Farhah dengar dan lihat sebelum ni semuanya tipu belaka.Elena tu tak wujud pun.Ini semua rancangan kami berdua semata-mata nak satukan kamu semula.” Potong Puan Mumtaz.
Muhsin pandang Farhah,begitu juga Farhah.Kemudian mereka berdua tersenyum.
“Sayang,agak-agak suite mewah di Seremban tu pun kerja mak-mak kita juga ya?” aju Muhsin kepada Farhah.

“Errr….Sein,yang itu kau tanya pada ayah kau.Itu semua plan dia…” balas Puan Mumtaz lagi.
“Ayah pun bersekongkol juga?” celah Farhah.
“Apa,kamu ingat ayah ni tak ambil berat hal anak menantu ayah?” Encik Farouk menyampuk.
“Thanks a lot ya ayah sebab susah-susah aje tempahkan suite mewah tu untuk kami berdua…mesti mahal kan?” Farhah tayang gigi.
“Mahal tak mahal…tapi habislah juga sebahagian duit nak pergi haji tahun depan!!” Encik Farouk berseloroh sambil yang lainnya ketawa senang hati.

+++++++++++++

“Sayang,sekali lagi abang nak minta maaf dengan sayang sebab selama ni abang selalu saja abaikan isteri abang.Abang terlalu pentingkan kerja abang sehingga melukakan hati sayang.”

Ujar Muhsin ketika mereka sama-sama melangkah masuk ke kamar peraduan mereka yang telah lama ditinggalkan.Farhah senyum manis ke arah Muhsin.
“Far pun nak minta maaf pada abang sebab tak cuba faham keadaan abang.Far rasa bersalah sangat sebab mulakan hal ni sehingga menjadi besar.Sumpah,kalau Far tahu peritnya hidup dalam keadaan macam tu,Far tak akan mulakannya.Far minta maaf…”tangan Muhsin ditarik lalu dikucup lembut.

“Sudahlah sayang,sekarang ni abang mahu kita berdua lupakan segalanya dan buka buku baru.Perkara yang lepas tu kita jadikan sebagai pengajaran.Buang yang keruh dan ambil yang jernih ya sayang?” Farhah angguk.
“Hmm…sayang,abang ada satu perkara nak beritahu sayang.”
“Apa dia?”

“Tutup mata dulu…” ucap Muhsin lambat-lambat.Setelah memastikan isterinya menutup mata,dia perlahan-lahan mendekati almari kecil di sebelah katil dan mengeluarkan segugus kunci.Bila Farhah didekati,dia meletakkan kunci tersebut ke dalam genggaman tangan Farhah.
“Okey,sekarang boleh buka mata.”
Farhah jadi hairan melihat kunci yang berada di tangannya.

“Apa ni abang?”
“Itu hadiah untuk sayang…”
‘’Kunci ?’’
‘’Bukan kuncilah…kunci tu untuk bukakan hadiah abang pada sayang.’’
‘’Hah ?’’ Farhah masih dalam kebingungan.
“Esok kita pergi tengok rumah impian sayang.Abang hadiahkan pada sayang sebagai tanda kasih dan cinta abang yang tak berbelah bagi kepada sayang abang ni.“ Muhsin kenyit mata dan menghadiahkan Farhah satu kucupan di pipi.
Mata Farhah nampak berkaca-kaca.

“Terima kasih abang kerana bagi hadiah ni.Terima kasih kerana masih sayang dan cinta isteri abang yang banyak songeh ni…“
Farhah belek kunci di tangan.

“Bila masa abang beli?Kenapa Far tak tahu pun?” soal Farhah ingin tahu.Teruja juga mahu tahu tentang rumah hadiah dari suami tercinta.
Leher Farhah dipeluk erat.Muhsin mendekatkan wajahnya dengan wajah Farhah lalu memandang ke arah luar balkoni.
“Malam ulangtahun perkahwinan kita…abang tak balik bukan sebab abang sibuk di pejabat tapi,abang sibuk siapkan internal furnishing untuk sayang.Ni semua salah ID yang abang upah tu lah…abang suruh buat lain,dia pergi buat lain.Abang ingat nak bagi kunci pada malam ulangtahun kita tapi tak sempat.Itu yang abang simpan aje dulu kunci ni…..” Farhah rasa sebak.Rupanya begitu yang Muhsin lakukan untuknya.
“Jadi abang memang tak lupalah tentang ulangtahun kita?”

“Tak…tak pernah dan tak akan pernah.” Farhah sandarkan tubuhnya ke dada Muhsin.
“Tapi kenapa abang tak nak mengaku aje waktu tu yang abang sibuk buat furnishing?”
“Kalau abang beritahu,tak surprise lah!”
“Abang ni…jahat tau!!” rengek Farhah manja.Terlentok dia di dada bidang Muhsin dengan senyuman lebar.

‘’Hmmm…satu lagi perkara yang abang nak mengaku pada sayang.’’
‘’Apa ?’’
‘’Soal resit yang sayang jumpa tempoh hari dalam laci…dan duit yang abang bagi Ikmal pinjam tu…’’
‘’Tak apalah bang,lupakanlah soal tu.Far dah tak kisah pun asalkan Ikmal bayar balik duit tu nanti.’’
Muhsin sengih.

‘’Sebenarnya kan sayang…Ikmal tak pinjam pun duit dari abang.Cuma abang aje yang bagi pada dia…’’ mata Farhah membulat lalu tubuh Muhsin ditolak menjauh.
‘’Kenapa abang bagi pada dia duit sebanyak itu ?’’ Farhah nampak macam mahu marah saja tetapi cepat-cepat Muhsin menariknya semula ke dalam dakapan.
‘’Sayang ingat tak yang abang ada cakap ID yang abang upah untuk buat interior design rumah kita tu buat hal ? ‘’ Farhah angguk sekali dengan wajah yang masih hairan.
‘’Duit yang abang bagi pada Ikmal tu untuk bayar pada ID baru yang dia tolong carikan untuk abang.Last minute plan…sebab tu abang keluarkan duit dari bank tak beritahu sayang.’’

Farhah terasa terharu.Macam mahu menangis saja saat ini mendengar pengakuan Muhsin.Sungguh dia terasa amat bodoh kerana bertindak tidak fikir panjang dulu.Segala-gala yang Muhsin lakukan sehingga menimbulkan kecurigaan dan pergaduhan semua semata-mata kerana dia.Disebabkan Muhsin mahu memberikan kejutan kepadanya,dia pula yang menuduh suaminya bukan-bukan.

‘’Kenapa abang buat semua ni untuk Far ?Far malu sangat sebab dah tuduh abang macam-macam.Far cakap abang macam-macam dulu sedangkan abang….’’ Kata-katanya terhenti tatkala bibirnya disentuh dengan hujung jari Muhsin.
‘’Abang lakukan semua ni sebab abang sayangkan Far.Abang cintakan Far sampai bila-bila dan abang akan jaga Far sampai akhir hayat abang.’’ Ucap Muhsin berbisik di telinga Farhah lalu dahi isterinya dicium penuh kasih.Farhah pula hanyut dalam perasaannya sendiri bersama pelukan hangat Muhsin.

Setahun berlalu….


‘’Kau apa khabar ?’’ aju Elia setelah duduk di sebelah katil dalam wad.Farhah toleh kepada Elia yang baru saja meletakkan bakul buah-buahan di atas meja sebelah katil sambil tersenyum.Walaupun nampak lemah,Farhah masih lagi punya tenaga untuk menghadiahkan senyuman buat teman baiknya itu.

‘’Aku sihat…alhamdulillah…’’
‘’Muhsin mana ?’’
‘’Abang Muhsin ke surau,solat Asar kejap.’’
Elia tersenyum senang hati melihat sahabat baiknya itu.Sudah setahun peristiwa itu berlalu dan Elia tak akan lupakannya.
‘’Akhirnya jadi mak orang juga kau ya ?’’ usik Elia lalu ketawa.
‘’Alhamdulillah…inilah yang dinamakan kuasa Allah.Alhamdulillah,aku bersyukur kerana selamat melahirkan baby girl yang comel…’’
‘’Dah ada nama untuk baby ?’’
‘’Dah…’’
‘’Apa namanya ?’’

‘’Demi mengingati jasa baik kau sewaktu susah dan senang,aku dengan abang Muhsin dah bersepakat nak namakan baby kami dengan nama Eliana….Eliana binti Muhsin.Ringkas dan senang disebut.Dan aku berdoa semoga baby aku ni akan jadi seperti kau,seorang sahabat yang setia.’’

Elia angguk.Terharu pula kerana Farhah dan Muhsin bersepakat untuk menamakan anak mereka sempena namanya.Elia.Cuma ditambahkan Na di belakangnya supaya berbeza sedikit darinya.

‘’Far,kau masih ingat tak peristiwa setahun dulu ?’’ Farhah masih tidak faham apabila Elia bertanya sebegitu.Elia tersengih.
‘’Kau masih ingat tak aku pernah cakap masa kita ke Queensbay dulu…kan kita pernah singgah di kedai Anakku…’’
‘’Hmm…jadi ?’’

‘’Aku ada beli beberapa helai baju baby di Anakku dan kau pernah tanya untuk siapa baju-baju tu semua.’’ Farhah angguk kepala lagi.
‘’Actually,aku belikan untuk baby kau…’’
‘’Biar betul kau ni ?’’ Mata Farhah bulat.Elia angguk.
‘’Hmm…percaya atau tak…memang tepat firasat aku.Akhirnya kau dengan Muhsin ada anak juga.Tak sia-sialah aku belikan baju baby untuk anak korang berdua.”
Farhah ketawa besar.Tak disangka begitu rupanya harapan Elia terhadapnya.Dengan membelikan baju-baju bayi,dia berharap agar Farhah punyai anak untuk dihadiahkan baju-baju tersebut kepadanya.

“Thanks a lot Elia…kau memang the best lah!!”
“Haruslah the best…eh,baby Eliana kau mana?Aku nak tengok anak buah aku yang comel tu…mesti macam muka aku kan?Cun!!” mengekek Farhah ketawa dengan gelagat Elia yang sedikit lucu itu.


Benarlah kata Elia dulu.Sesekali buangkan rasa ego untuk kecap kebahagiaan kerana kebahagiaan itu halangannya adalah sifat ego itu sendiri.Rugilah manusia itu meletakkan ego di puncak paling tinggi dalam hidupnya sedangkan ianya mampu membunuh banyak hati manusia.

Farhah tersenyum senang hati saat melihat bayi comelnya Eliana berada di pangkuan Elia manakala Muhsin pula tetap setia menemaninya di sebelah.Dia memanjatkan kesyukuran pada yang Maha Esa kerana mengurniakan kebahagiaan dan keindahan sebegitu selepas dia diuji dengan ranjau.Farhah berpaling memandang Muhsin lantas memberi isyarat mata bahawa dia cintakannya.

‘Sesungguhnya aku masih sayang,dan kau ternyata begitu juga.’

p/s maaf kalau cerita ni mcm merepek ke apa...tp layan jelah...hehehe...peace...~~~

BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...