Thursday, 28 April 2016

Tolong Bagi Hati Awak 7

Dua minggu berlalu dan dua minggu Merah tak dengar khabar daripada Adrian.Bukan setakat dengar khabar,nak hantar mesej pada Merah pun tak.Dah beberapa kali Merah hantar mesej padanya meminta maaf tapi sampai ke sudah Adrian menyepi.Telefon pun tak berjawab.Kecil hati mungkin?Atau marah kerana dia menuduh lelaki itu hari tu?
Rasa bersalah tiba-tiba bila Adrian mendiamkan diri begini.Dah berjela dia buat karangan dalam telefon dan hantar kepada Adrian tapi nak buat macam mana bila lelaki itu tetap tak balas.

Printer yang terletak di ruang antara pejabat Eksekutif dan pantri didekati.Nak lupakan sekejap cerita tentang Adrian.Beberapa saat menekan-nekan punat di atas muka printer,Merah bertenggek sekejap di tepi kabinet kecil sementara menunggu beberapa dokumen selesai di fotokopi.Elok melayan perasaan,tiba-tiba saja matanya tertancap pada kelibat seorang gadis melintas di hadapannya menuju ke arah bilik Andhika.Berderau sekejap darah Merah.Masih terngiang-ngiang di telinga tentang pesanan Andhika sejak pagi lagi.

“Jangan benarkan sesiapa pun masuk ke dalam bilik saya tanpa kebenaran.”

Butang atas printer ditekan laju.Kertas-kertas yang tak habis di fotokopi dibiarkan saja sendiri.Kalut dia melangkah cuba mengejar si gadis yang semakin mara.Sikit saja lagi tangan dah nak memulas tombol namun Merah sempat menahan dan berdiri di hadapan pintu.

“Minta maaf cik tapi cik tak boleh masuk dalam bilik ni.”Merah bertegas tapi dalam nada lembut.Amanah bos harus dijaga dan ditunaikan.Dia tak boleh sesenang hati membenarkan sesiapa yang tak ada urusan dengan Andhika masuk ke dalam bilik itu tanpa kebenaran.
Gadis yang berambut panjang mengurai berwarna perang di depannya ini tenung muka Merah tak puas hati sebelum dirinya ditelek atas bawah.

“Kau siapa?”

“Saya Merah,PA kepada Encik Andhika.”

“PA aje pun,kan?Dah,ke tepi.”bahu Merah ditepis kasar dan bercadang nak buat rempuhan saja ke dalam bilik Andhika namun Merah tetap berkeras dan menarik tangan si gadis sambil menggeleng.

“Minta maaf ya cik yang cantik jelita.Tapi Encik Andhika tak benarkan sesiapa pun masuk ke dalam bilik dia tanpa kebenaran.Kalau cik nak masuk,kena buat temujanji dulu dengan dia.”

“Heh,banyak bunyi pula kau kan?Kau tahu aku ni siapa?”si gadis menepis tangan Merah yang sedang melilit pergelangan tangannya.

“Tak tahu.”Merah jawab jujur.Makin lama makin lemas jadinya berdepan dengan perempuan cantik yang seksi meksi begini.Dah dapat diagak kalau si gadis ini tak cakap pun.Dari caranya saja sudah tentu-tentu dia ni ada hubungan istimewa dengan Andhika.Kekasih hati mungkin?Kalau tidak,tak ada maknanya dia datang ke sini dan buat selamba untuk masuk ke dalam bilik bos.Tapi sepanjang dia bekerja di sini hampir dua minggu,tak pernah pula dia nampak kelibat si cantik ini.

Sempat lagi Merah menekur roman wajah si gadis cantik di depannya sebelum perlahan-lahan matanya melilau ke tubuhnya.Cantik memang cantik.Tak dapat dinafikan anugerah Allah yang ada pada si gadis ini tapi masyallah,pakaiannya langsung tak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia dan Islam.Terdedah sana sini.

“Aku Amanda,bakal isteri Andhika.”perhatian Merah teralih bila gadis ini kembali bersuara.

“Okey.Tapi minta maaf cik sebab Encik Andhika tetap tak benarkan sesiapa pun masuk ke dalam bilik dia.Saya harap Cik Amanda faham.”

Amanda tersenyum sinis sambil menjeling laju kepada Merah.Mata tetap merenung wajah Merah tajam gaya macam betul-betul nak cari gaduh.

“Kau ni mesti PA baru yang tak tahu apa-apa pasal aku.Untuk pengetahuan kau,cik adik...PA yang bertugas sebelum kau bekerja di sini tak akan buat pada aku macam mana kau buat sekarang.Kau tentu dapat agak apa akan jadi kalau aku suarakan pada Andhika tentang sikap kau ni.”

Merah ketap bibir.Haih,nampak sangat si gadis bernama Amanda ni macam tak faham bahasa.Nak cari pasal dengan dia ke?

“Minta maaf sekali lagi Cik Amanda.Saya hanya mengikut arahan daripada Encik Andhika.Dia tak mahu diganggu oleh sesiapa.Sesiapa tu maksudnya semua orang termasuklah bakal isteri dia sendiri.Maknanya,Cik Amanda tak boleh masuk ke dalam.Kalau nak jumpa Encik Andhika,Cik Amanda boleh buat temujanji dulu.Nanti sekejap saya periksa jadual Encik Andhika.”belum pun Merah mencapai buku catatan tugasannya,bahunya terlebih dulu ditolak.

“Peduli apa aku!Dah,ke tepi!”rengus Amanda setelah tubuh Merah terdorong ke belakang sehingga hampir berlaga dengan dinding berdekatan.Tak sempat Merah nak menghalang,tombol pintu bilik Andhika dipulas lantas merempuh masuk.Kedengaran suara nyaringnya menyapa Andhika.

“Encik Andhika,saya minta maaf...”Merah kalut mencelah.Sebelum kena sembur dengan Andhika baik dia berterus terang.Amanda ni tak faham bahasa sungguh.Tak kisahlah dia bakal isteri atau anak raja mana pun tapi kalau dah dimaklumkan yang tak ada mana-mana manusia boleh masuk ke sana,tetap kena akur.

It’s okay,Merah.Awak boleh keluar.”

Merah tarik nafas lega.Wajah tenang Andhika terpamer di depan mata.Pintu bertutup rapat dan menyambung kerja yang tergendala.

“You nak apa,Amanda?”tutur Andhika sambil sambung merenung skrin komputer.

“Andy...”suara Amanda kedengaran macam kucing miang.Tak semena-mena saja dia mendekati Andhika dan memaut erat leher lelaki itu.

“You nak apa ni?”Andhika ulang tanya tapi tangan yang menjalar naik ke atas bahu dibuat tak endah.Mata masih lagi tetap dihala ke skrin komputer.

“I rindu youlah,Andy.”

“You tahu kan sekarang waktu pejabat?”

“Ya,I tahu tapi nak buat macam mana.Hati I ni yang tak boleh nak tahan tanggung perasaan.”Amanda ketap bibir dan main-mainkan jarinya ke belakang telinga Andhika.

Amanda,please...kita dah bincang hal ni kan?”suara Andhika keras.

“Bincang...bincang...bincang.You nak bincang berapa kali pun I tak kisah.I tetap dengan keputusan I.”

“Amanda,tolonglah...”

No,Andy.I don’t care.Kalau you cakap you dah ada perempuan lain,I tak kisah.I tetap nak you.I tak boleh lepaskan you semudah tu aje.I love you,Andy!”Amanda membentak.Dah mula nak mengada-ngada bila dia selamba duduk di ribaan Andhika tapi Andhika tetap tak menolak.Seakan rela diperlakukan sebegitu.Wajah cantik Amanda ditenung tak lepas.

“Kalau you sayangkan I,tolong bagi I buat kerja.”Andhika guna cara diplomasi.

Bukannya dia tidak kenal bagaimana dengan sikap Amanda,sepupunya sendiri.Penat berlari tapi Amanda tetap tak mahu faham.Asyik terkejar-kejarkannya.Heh,tahulah dia hot stuff yang sering menjadi kegilaan para gadis tapi apa gunanya menjadi hot stuff kalau sepupu sendiri duk tergila-gilakannya sampai tahap gila bayang.Nak buat kerja pun tak senang.Asyik menjadi mangsa buruan si Amanda dua puluh empat jam.Lemas!

“Andy,you ni kenapa?You tak suka ke I datang sini?Dah lama kita tak jumpa…almost two months.You tak rindu I ke?”soal Amanda tanpa segan silu.Wajah Andhika di depan dibelai-belai.Hampir lagi menjadi mangsa ciumannya namun Andhika sempat menolak.

Amanda,stop it!

“Eleh,jual mahal tau you ni!”Amanda cuit hidung mancung Andhika sambil tergelak nakal.

“Cik adik sayang,ini pejabat dan bukannya tempat bersuka ria.”

“Bukannya orang nampak pun!”

“Oh,pleaselah Amanda!”Andhika dah mula rasa muak dengan perangai Amanda sehinggakan tubuh gadis itu dia tolak dan menjauh lalu membiarkan Amanda termangu-mangu sendiri.

Andhika berjalan mendekati sofa dan menyandarkan tubuh ke situ.

“Eee...teruklah you ni!I penat-penat datang sini jumpa you...sikit pun you tak tanya tentang I.I sihat ke tidak,dah makan ke belum.Tahu tak yang I sanggup cancel appointment I semata-mata nak jumpa you?At least...say something!”Amanda dah mula nak membentak.

“I tak pernah suruh pun you batalkan appointment you untuk I,”balas Andhika acuh tak acuh.Tubuhnya disandar selesa ke sofa sambil mendepakan tangan ke atas penyandar sofa.
Amanda hentak kaki sambil mengetap bibir.Geram dengan respon Andhika.Pantas saja dia bangkit dan meluru ke arah Andhika sebelum bahu lelaki itu ditumbuk halus melepas rasa.Menjeling bukan main lagi sampaikan bulu mata palsu yang dipakai seakan mahu tercabut.

“Bila balik?”sudahnya Andhika sekadar berbasa basi.Ini kalau dia tak tanya sepatah apa pun mahunya si Amanda ni merengek dan bising-bising macam budak kecil.Pitam dia nanti!

“Tengok!Sibuk sangat dengan kerja sampai I balik pun you tak tahu.I dah balik Malaysia dekat tiga hari dah tau!”

“Paris macam mana?”sengaja alih topik sebenarnya.

Amanda kulum senyuman lalu menghimpit tubuh Andhika dan melentokkan kepalanya di bahu lelaki itu.

Biasa aje.”

Menara Eiffel kukuh lagi,kan?”sekadar melawak,nak hilangkan rasa rimasnya terhadap Amanda.

“Eee...main-main!”cebik Amanda sambil menjeling manja.Seketika,dia tergelak sehingga dada Andhika ditampar-tampar lembut.

“Seronok kat Paris?”

“Tak.”

“Kenapa tak seronok pula?Bukan Paris tu tempat kebanggaan you ke?”
Amanda mencebir.Rasa tersindir.

“Memanglah tak seronok sebab you tak ada.Kalau you ada,lainlah!”Amanda melangut tenung wajah kacak Andhika dengan tangannya yang masih setia bermain-main di tali leher lelaki itu.

Kalau ikutkan hatinya nak saja dia kucup semahu-mahunya wajah Andhika melepaskan segala rindu dendam dalam hati tapi dia tahu apa yang akan terjadi kalau dia melebih-lebih.Tak pasal-pasal kena tolak.Mahunya makan hati lepas tu.Dia lari ke Paris selama dua bulan ni pun sebab Andhika.Merajuk dan makan hati dengan Andhika bila asyik menolaknya untuk kali yang entah ke berapa.Punyalah beria-ia dia aturkan segala rancangan dan strategi supaya mereka cepat-cepat disatukan,sudahnya Andhika sesedap rasa mengaku yang dia sudah ada kekasih hati.Mahunya tak sakit hati!

Rancangan keluarga mereka untuk menyatukan mereka berdua pun seakan terkubur begitu saja.Itu yang dia mengamuk dan terus melarikan diri ke Paris konon-konon nak rawat hati yang luka teruk.Tapi setelah dua bulan di sana,dia mula pasang strategi baru untuk dapatkan Andhika walau dengan apa cara sekalipun.Tak pedulilah kalau berapa ramai perempuan keliling pinggang Andhika.Dia takkan pernah gentar.Yang dia tahu,Andhika mesti jadi miliknya seorang.

“You nak minum?”Andhika ubah topik lagi.Malas nak cakap apa-apa.Ini kalau dia sembur sedas,mahunya si Amanda ni meraung lepas tu buat keputusan melarikan diri lagi.Tak pasal-pasal keluarganya bising-bising lagi.Haru!

“Boleh juga.Macam biasa.”Amanda menyengih dan memberikan laluan kepada Andhika untuk kembali ke meja kerjanya.

“Merah,tolong buatkan Strawberry Tea dua.Hantar masuk dalam bilik saya.”Interkom ditekan memberi arahan kepada Merah.
Merah di luar memanjangkan leher menjenguk ke arah bilik Andhika yang bertutup rapat.Kepala digaru.

“Ni sejak bila pula aku kena jadi tea lady ni?”Merah merungut.Sebenarnya bukan dia berkira sangat nak bancuhkan apa-apa air untuk bosnya tapi disebabkan Amanda yang datang terus dia jadi berkira.Hati masih lagi geram dengan tingkah Amanda.

“Memang perempuan cantik yang kaya-kaya dan seksi,perangainya mengada macam si kucing parsi tu ke?”dah tak pasal-pasal Amanda ada nama gelaran baru dari Merah.Kucing parsi memang sesuai untuk Amanda agaknya.Masa dia berlalu keluar dari bilik Andhika tadi pun dia dah dapat tangkap suara merengek Amanda yang boleh membuatkan bulu romanya merinding.Geli campur seram!

Dua cawan teh strawberi yang dah siap dibancuh dibawa masuk ke dalam bilik Andhika.Sambil menghidangkan air,sempat lagi telinga Merah menangkap perbualan antara Andhika dan Amanda.Macam nak muntah pun ada bila dengar suara merengek manja si kucing parsi.Tangan tak habis-habis meraba sana sini.Nak tergelak pun ya juga.Biasanya tangan si lelaki yang miang sangat menjalar naik ke tubuh si gadis tapi ini dah terbalik.

Encik Andhika ni tak ada perasaan segan ke apa?Dibiarkan saja Amanda buat dia sesuka hati di depan aku pula tu?Tahulah bakal isteri tapi tetap bukan mahram!bising Merah dalam hati.

“Ehem...ehem...”Merah buat-buat cuci tekak.

“Jemput minum Encik Andhika...Cik Amanda.”Merah kalut mahu berlalu keluar tapi namanya sempat diseru Andhika.

“Merah.”

“Ya,Encik Andhika?Ada apa-apa lagi?”

“Terima kasih,Merah.Petang nanti jumpa saya sekejap sebelum awak balik.Ada benda yang saya nak bincang.”

“Err...okey.”

Pintu bertutup rapat.

“Nak jumpa aku,nak bincang apa?Semua temujanji dia aku dah uruskan.Nak minta aku ubah lagi ke apa?”Merah buka buku kulit tebal berwarna hitam yang menjadi buku catatannya sepanjang bekerja di sini.Direnung dan dibelek maklumat yang ada.Bibir dicebir.

“Hmm...apa-apa ajelah!”

***

Ketika Merah sedang bercakap sesuatu di telefon,pintu bilik Andhika terkuak lebar.Amanda melangkah keluar sebelum merapati meja Merah.Meja kerja Merah diketuk-ketuk dengan jari jemarinya lantas menghenyakkan punggungnya di situ tanpa pedulikan sesiapa.

“Ya,Cik Amanda?”soalan pertama yang Merah ajukan ketika dia selesai bercakap di talian membuatkan Amanda mencebik.

“Aku cuma nak ingatkan kau.Lain kali,bila aku datang ke sini jangan pandai-pandai nak bagi arahan pada aku macam kau tu bos besar kat sini.Kau ingat kat mana kedudukan kau di sini.Kau hanya budak kuli aje tau.Jadi jangan nak berlebih-lebih!”amaran keras terlantun keluar dari celah bibir Amanda membuatkan Merah hampir nak membeliakkan biji mata.
Mak aih,dia punya warning macam pelakon drama kat dalam televisyen!

“Okey,Cik Amanda,”balas Merah dengan muka manis.Senyumannya yang hampir saja lagi mahu koyak cepat-cepat disembunyikan.Nak tergelak sebenarnya tengok gelagat perempuan di depannya ini.Alahai,apsal gayanya macam watak antagonis dalam drama dan filem?Cliche betul!

Amanda menjeling ke arah pintu bilik Andhika.Perlahan-lahan dia menundukkan wajah dan mendekatkannya dengan Merah yang masih terpaku di kerusinya.

“Andhika,bos kau tu...hak milik aku tau.Hanya aku seorang yang layak ada di samping dia dan aku harap kau berhenti berangan untuk berdamping dengan dia.”

“Err...Cik Amanda jangan salah faham.”suara Merah termati bila Amanda mengangkat tangan mengisyaratkan agar dia berhenti bersuara.

“Jangan berangan,okey?”tudung Merah sengaja dia betulkan sedikit sebelum Amanda menghantar senyuman sinis berbaur amaran.Seketika,dia berlalu dengan gaya lenggang lenggoknya keluar dari pejabat.

What?Dia nak tuduh aku syok kat Encik Andhika ke apa?”Merah terkebil-kebil.
Otaknya seakan jammed sehinggalah dia terdengar suara Andhika memanggilnya masuk ke bilik melalui interkom.

“Duduk,Merah.”pelawa Andhika ramah.Merah yang baru berdiri di hadapan meja Andhika hanya menurut.

“Ada apa,Encik Andhika?”

Andhika letakkan kedua-dua tangannya yang telah dicantum rapat ke bawah dagu sambil tenung Merah bagai tak mahu lepas.

“Amanda cakap apa dengan awak?”

“Hah?”

“Dia ada cakap benda-benda yang tak sepatutnya pada awak?”

Merah tertelan liur.Aduh,nak cakap apa?Yang Amanda baik punya bagi amaran pada dia?Isyh,tak perlu kut nak beritahu Encik Andhika.Nanti dah jadi kes aduan tahunan pula.Lebih baik dia diamkan saja.Lagipun,apa yang Amanda perkatakan tadi tak berbekas sikit pun di hatinya.

“Tak ada apa-apa.”

Don’t lie,Merah.I know her very well.”Andhika tekankan suara dan tayang wajah serius.
“Err...nothing,Encik Andhika.Dia tak cakap apa-apa pun.”

Andhika geleng-gelengkan kepala sebelum tersenyum nipis.

“Saya minta maaf bagi pihak dia kalau-kalau dia ada cakap dan buat bukan-bukan pada awak.”

“Err...tak apalah Encik Andhika.Saya tak ambil hati pun.”

“Lepas ni kalau Amanda datang ke sini cari saya dan cakap apa-apa yang tak sepatutnya,awak buat pekak telinga saja.Angguk-angguk geleng-geleng ajelah.”

Oh,nak suruh aku angguk-angguk geleng-geleng aje dengan kerenah si kucing parsi tu?Pertama kali jumpa aku pun dah buat aku menyampah.Heh,silap-silap aku lumat-lumatkan dia masuk dalam mesin basuh kat kedai dobi seberang jalan sana.Silap besarlah!desis Merah dalam hati.

“Okey,Encik Andhika.Tapi...selalu ke Cik Amanda datang ke sini?”Merah sekadar bertanya.Nak buat persediaan rapi menerima kunjungan penuh hormat si kucing parsi.
Andhika hanya menjungkit bahu dan mencebirkan sedikit bibirnya lalu bersandar selesa di kerusinya.

“Kalau tak ada apa-apa lagi,awak boleh sambung buat kerja awak.”Andhika bagi arahan dengan senyuman nipis.Merah hanya mengangguk.Tapi baru nak pulas tombol pintu,dia berpusing semula menghadap Andhika.

“Saya baru teringat yang Cik Amanda ada cakap yang dia bakal isteri Encik Andhika.”

Uhuk!

Hampir tersedak Andhika dengan kenyataan spontan dan selamba Merah.










Wednesday, 27 April 2016

Tolong Bagi Hati Awak 6

Pendingin hawa yang kuat di bilik pejabat yang dihiasi dengan cat dinding yang menarik itu belum mampu membuatkan hati Merah tenang.Peluh dingin mula memercik di dahinya tatkala matanya meliar ke sekeliling bilik itu setelah dijemput masuk sebentar tadi sebelum ditinggalkan keseorangan.Dalam pada memerhati sekeliling,boleh pula dia teringatkan peristiwa semalam.

Ya Allah,janganlah ada lagi spesis macam lelaki semalam kat pejabat ni.Kalau ada,memang aku cabut!

Doa Merah tak putus-putus.Dia harap sangat-sangat yang penemuduganya nanti bukan lelaki gatal dan miang.Kalau miang juga,entah apa nak jadi nanti.Silap-silap dia masuk lokap lagi gamaknya.Uiks,minta simpang!

Pintu kayu yang memisahkan ruang bilik pejabat dengan kubikel di luar ditolak sehingga membuatkan fikiran Merah yang melayang-layang sekejap tadi terpasak ke realiti.Seorang wanita,pada perkiraan Merah yang berusia awal tiga puluhan dan berpakaian korporat mendekatinya dengan senyuman manis.

“Cik Merah Binti Abdullah?”

“Ya,saya,”sepantas kilat dia bangkit,menghormati wanita tadi.

“Saya Junita,setiausaha Encik Andhika,”huluran tangan wanita bernama Junita itu disambut Merah.Merenung wajah cantik dan penampilan bergaya Junita ini membuatkan Merah telan liur.Setiausaha pun sikit punya cantik dan bergaya,agak-agak kalau bos mesti lagi hebat,desis Merah.

“Minta maaf kalau awak tertunggu-tunggu tapi Encik Andhika sibuk sikit hari ni.Dia ada mesyuarat kat luar dan kemungkinan dalam masa sejam lagi baru dia balik ke pejabat.Sementara tunggu dia,apa kata awak rehat-rehatkan diri kat sini dulu dan minum kopi ni,”secawan kopi yang dibawa bersama diletak di hadapan Merah.

“Oh,sebelum tu saya nak minta maaf sangat-sangat kat awak sebab saya kena keluar.Ada kerja sikit tapi awak jangan risau,kejap lagi saya masuk balik dan saya brief awak tentang skop kerja awak,”penjelasan Junita membuatkan Merah makin terpinga-pinga.

“Err...kejap cik...saya tak faham.Skop kerja?”

“Hmm.”

“Maknanya...saya...”

“Encik Adrian tak cakap apa-apa pada awak ke?”kali ini kening Junita yang terjungkit.
Merah geleng dan tayang wajah polos.

“Tak apalah,nanti Encik Andhika akan explain semuanya.”sengih Junita dan membawa langkah keluar meninggalkan Merah sendirian.

“Apa maksud dia?Confuse aku!”Merah mendengus perlahan.Cawan kopi di depan ditenung lama.Rasa-rasanya ini pertama kali dia dilayan seperti VVIP ketika menghadiri temuduga.Pekerja tadi pun nampak baik,layan dia dengan sopan.Sebelum ni tak ada pula manusia begini.Syarikat apa sebenarnya ya?

Masih berteka-teki sendiri,Merah bawa tubuh bangkit dan meninjau sekitar kawasan bilik pejabat yang agak luas ini.

Dekorasi dan hiasan bilik ini menarik.Sofistikated,moden,cantik dan selesa.Almari kaca yang berada tidak jauh dari sofa didekati.Tajam matanya memerhati setiap satu pingat,piala dan sijil-sijil kecemerlangan yang terletak elok dalam almari kaca tersebut.

“Hebat.”hanya sepatah pujiannya.Kagum barangkali dengan pencapaian lelaki bernama Andhika ini.Tapi entah bagaimanalah rupanya.Silap-silap macam lelaki semalam.Tua,beruban,perut buncit dan gatal!

Hee...seram bila fikir-fikir balik.

“Ya Allah,kau lindungilah aku dari semua kejahatan di dunia ini.Lindungilah aku dari lelaki-lelaki hidung belang dan berniat jahat terhadap kaum wanita macam aku ni.”Merah tadah tangan berdoa sebelum menyapu muka.Harap-harapnya Encik Andhika ini bukan macam lelaki semalam.

Usai menenangkan diri,Merah berjalan mendekati beberapa bingkai gambar yang elok tergantung di satu sudut dalam bilik itu.Baru perasan tentang bingkai gambar.Matanya membulat bila terlihat gambar seorang lelaki muda yang segak dan bergaya dengan persalinan korporat serta Aviator yang tersangkut di hidung sedang berdiri berdekatan dengan sebuah kereta mewah.Gulp!

“Ini ke Encik Andhika?Muda lagi rupanya!”terkejut dengan penampilan Andhika.
Merah halakan pula mata ke arah bingkai di sebelah,menekur satu per satu wajah di dalam gambar keluarga.Tiba-tiba saja mulutnya boleh melopong dan mata terbeliak.

“Adrian?”terkejut Merah dibuatnya.

“Maknanya,Adrian tu...”Merah ketap bibir.Oh,syarikat ni milik keluarga dia rupanya.Patutlah dengan penuh yakin dia nak bawa aku ke sini semalam!

Dalam cuba merungkai identiti dan latarbelakang sebenar Adrian,Merah dikejutkan dengan suara deheman dari belakang.Sepantas kilat dia berpusing dan terpandang susuk tubuh seseorang sedang berdiri di belakangnya.Mulut dah ternganga.Terkejut sebab tahu-tahu saja sudah ada orang.Tadi tak dengar pun bunyi pintu ditolak.

“Kalau ya pun terpana tengok saya,tutuplah mulut tu.Masuk lalat nanti!”
Ohmai!Muka Merah terasa panas serta merta.Malu betul bila kena tegur macam tu.

“Err...minta maaf encik.”

It’s okay.Awak Merah,kan?”

“Ya.”

“Andhika Azim,”tangan dihulur ke depan memperkenalkan diri tapi Merah hanya membatukan diri dan cuma memandang kosong tangan Andhika.

“Merah?”Andhika memetik-metik jari di hadapan Merah.

“Ya?”

“Nak berdiri tercegat di situ saja?Come,have a seat.”kalut Andhika mempersilakan Merah kembali ke kerusi sementara dia mengambil sesuatu di almari kecil di belakang meja kerjanya.

“Minta maaf sebab saya rushing sikit hari ni.Saya tak boleh berlama-lama kat sini tapi saya singgah kejap nak jumpa awak.Takut awak bosan tunggu saya dalam bilik ni nanti.Anyway,awak boleh baca kontrak ni,fahamkan dan turunkan tandatangan kalau awak setuju dengan terma dan syarat syarikat.Lepas dah tandatangan nanti awak jumpa Junita,secretary saya yang cun tu kat depan sana dan serahkan pada dia.Nanti minta dia terangkan pada awak skop kerja.”

“Nanti dulu,Encik Andhika.”Merah laju memotong kata.Rasa-rasanya dia belum silap dengar lagi apa yang Andhika baru perkatakan.Dia datang bukankah untuk ditemuduga tapi kenapa Andhika layannya macam dia dah dapat kerja?

“Ada apa?”mata Andhika menikam tepat ke mata Merah.

“Bukan ke sepatutnya Encik Andhika temuduga saya dulu?”
Andhika tergelak.

“Adrian tak cakap apa-apa ke?”

Geleng.
 “Teruk betullah mamat tu!”cemuh Andhika perlahan.

“Tak apa.Kita lupakan pasal temuduga sebab awak dah ditawarkan bekerja di sini,”baru Merah nak bersuara,Andhika terlebih dulu menekan interkom dan meminta Junita masuk membawa surat tawaran.

“Cik Merah Binti Abdullah,ini surat tawaran untuk awak,”ujar Andhika setelah Junita berlalu.

“Kontrak awak bermula hari ini sebagai pembantu peribadi saya untuk tiga bulan.”
Merah menekur surat tawaran dan kontrak kerja silih berganti.Mak aih,secepat ini dan semudah ini?

“Ada apa-apa yang tak memuaskan hati awak?”soal Andhika meminta kepastian bila Merah hanya diam membisu.

“Tak.”

Then,good.Take your time untuk baca kontrak dan jangan lupa jumpa Junita.”jam dibelek sekejap.

“Saya kena pergi dulu.Ada urusan penting.Petang nanti kita jumpa.Anyway,welcome to Bumi Emas.”sepantas kilat Andhika bangkit dan layangkan senyuman manisnya kepada Merah sebelum menghilang begitu saja.

“Aku dah dapat kerja?”soal Merah masih tidak percaya.

“Tanpa temuduga?”sambungnya.

Surat kontrak dan surat tawaran dipandang lagi seperti mahu tembus gayanya.Jawatan yang ditawarkan kepadanya adalah pembantu peribadi kepada Andhika selama tiga bulan.Tiga bulan?Ah,tak kisahlah tiga bulan atau tiga tahun.Tapi dia dah rasa syukur bila dia dapat tawaran pekerjaan.PA pun PA lah yang penting masalah kewangannya selesai.

Lebih kurang jam tiga petang,Merah diminta masuk ke bilik pejabat Andhika setelah dia diberikan penerangan ringkas dan dibawa melawat jabatan-jabatan yang ada di syarikat ini oleh Junita.Banyak juga input yang dia dapat sepanjang hari ini,sedikit sebanyak dia kenal dengan siapa dia akan berkhidmat.

“Encik Andhika.”tegurnya bila melihat Andhika sedang bersandar enak di kerusinya sambil membelek telefon.
“Duduk,Merah.”pelawanya dengan muka manis.

So,macam mana hari pertama?Junita dah explain semuanya pada awak,kan?”
“Dah,Encik Andhika.”

Good.Maknanya awak faham dengan jelas tugas-tugas awak sebagai pembantu peribadi saya?”
Merah mengangguk.

“Okey,bagus.Maknanya,awak dah sedia untuk masuk ke dalam dunia Andhika Azim?”
Merah mengangguk lagi.

“Okey,kalau macam tu mudahlah kerja saya.”Andhika letakkan telefon bimbitnya ke atas meja dan membetulkan posisi duduknya.Wajah Merah yang manis mengenakan selendang warna pastel dipandang.

“Sekejap lagi saya ada perjumpaan dengan kawan saya.Saya fikir awak patut ikut saya tapi...tak apalah.Memandangkan hari ni hari pertama awak,jadi saya nak bagi kelonggaran sikit.Cuma satu saya nak ingatkan pada awak,semua pasal kerja awak kena alert dan sentiasa update pada saya.Lagi satu,awak perlu sentiasa ada dengan saya dan ikut ke mana saya pergi.”

“Berdua?”

“Yup,berdua.Kan awak PA saya.”jeda.

“Atau awak nak saya gajikan seorang pembantu untuk awak?”

Gulp!Merah telan liur tak lepas.Rasa macam kena sindir pula.Dia bukannya apa,sekadar bertanya.Dah Andhika kata dia kena ikut ke mana lelaki itu pergi.Risau juga.Walaupun Andhika bosnya,tapi batas-batas sebagai seorang perempuan harus dia jaga.

“Gurau ajelah.”Andhika tarik senyuman lebar.Manis betul tapi Merah tak rasa nak puji dalam hati pun.Hati tengah cuak memikirkan macam mana dia nak buat kerja kalau sentiasa kena ikut ke mana lelaki ini pergi.

Telefon pintar Andhika yang diletak atas meja tadi selamba dihulur kepada Merah sehinggakan Merah kerut kening.Dah kenapa pula Encik Andhika ni?

“Kenapa?”

“Ambil telefon ni.”

“Nak buat apa?”

“Masukkan nombor telefon awak dalam ni.Senang nanti kita nak berurusan.”

“Oh.”
Aduhai,Merah.Apsal kau blur pula ni?

“Okey,dah.”telefon dikembalikan kepada Andhika dan tak sampai lima saat,telefon bimbit Merah pula berbunyi nyaring.Kalut sungguh dia capai dari dalam beg tangannya dan belek skrin.

“Itu nombor saya.Simpan elok-elok.”jawab Andhika dengan senyuman manisnya sehinggakan Merah rasa nak ketuk kuat-kuat kepala sendiri.

***

Perjalanan dari pejabat ke kondo menaiki teksi membuatkan fikiran Merah melayang-layang.Macam-macam yang dia fikirkan.Daripada kes masa dia pergi temuduga semalam,bergaduh dengan Pak Cik Meon,kena tahan dengan polis,berjumpa Adrian sehinggalah kepada kisah di pejabat tadi.Ya Allah,betapa hidupnya berubah mendadak dalam masa dua hari saja.Macam magik!

Lebih kurang dua puluh lima minit dalam teksi,dia kalut keluar bila kondo dah nampak depan mata.Menonong saja dia berjalan ke pintu masuk bangunan.Niat di hati nak rehatkan diri puas-puas dan cuba cari ketenangan serta atur semula mindanya yang agak bercelaru sementelah dia dapat bekerja di sebuah syarikat yang tak pernah diimpikan tanpa temuduga.

Namun elok nak melangkah masuk ke dalam bangunan,hon kereta dari arah belakang membuatkan dadanya melantun kuat.

“Merah!”suara Adrian bergema-gema dari dalam kereta yang tingkapnya dibuka separuh.

“Adrian?”

Adrian kalut memakirkan kereta.Seketika,tubuh Merah yang berdiri tercegat di hadapan pintu masuk ke bangunan didekati dengan termengah-mengah.
“Awak dari mana?”

“Saya dari pejabat.Ingatkan nak jemput awak tapi tahu-tahu aje awak dah balik.Awak dah makan?”

Merah tarik nafas dalam-dalam sambil mengecilkan mata pandang Adrian.
“Kenapa pandang saya macam tu?”

“Ada apa-apa yang saya patut tahu ke?”aju Merah semula lebih mahu buat Adrian berterus terang.

“Tentang apa?”

“Encik Andhika dan Bumi Emas.”
Adrian gelak-gelak bila dengar suara Merah lain macam.

“Sebelum saya terangkan apa-apa,saya nak ucapkan tahniah kepada awak sebab dah menjadi sebahagian keluarga Bumi Emas.So,berbalik kepada persoalan saya tadi...awak dah makan?”

“Saya belum makan tapi saya nak awak terus terang.”

“Tentang apa?”Adrian sengaja tarik Merah agar menjauh sedikit dari pintu masuk ke bangunan.Bimbang mengganggu orang lain.

Merah tarik nafas dalam-dalam.Sejak semalam lagi dia rasa syak pada Adrian.Bukan kerana dia mahu berburuk sangka tapi hati kecilnya melonjak-lonjak meminta dia berhati-hati dengan sesiapa saja terutama orang yang baru dikenali.

“Apa niat awak sebenarnya?”

“Maksud awak?”

“Saya nak awak berterus terang dengan saya apa sebenar-benarnya niat awak.Kenapa awak tolong saya dan adik beradik saya?Macam mana awak boleh muncul kat balai polis semalam dan tolong keluarkan saya dari lokap?Kenapa awak boleh sediakan tempat tinggal pada kami tanpa menerima bayaran satu sen dan kenapa awak boleh tolong saya dapat pekerjaan di Bumi Emas tanpa temuduga?”dada Merah tertahan-tahan.Bukan marah tapi dia penat bila mental dan fizikalnya tak boleh beri kerjasama padanya ketika ini.

“Perlu ke setiap benda yang saya buat,kena ada sebab?”

“Setiap yang berlaku tu memang kena ada sebab.Saya nak tahu sebabnya dan saya nak awak berterus terang dengan saya.Itu saja!”suara Merah naik seoktaf.Tapi Adrian langsung tak terasa hati atau marah sebaliknya dia mengisyaratkan Merah agar mengikutnya.

“Saya tak akan berganjak dari sini selagi awak tak berterus terang!”tegas Merah lebih kepada amaran.Dia tak akan sesekali mengikut Adrian selagi dia tak mendapat penjelasan sewajarnya atas semua ini.

“Awak ingat saya ada niat tak baik pada awak?”

Who knows?Saya bukannya kenal awak.Logik jugalah kalau orang tak dikenali tiba-tiba tabur budi tanpa minta balasan,pasti ada agenda tersembunyi.Betul tak?”
Adrian pandang muka Merah dan Merah tenung mata Adrian tajam.

“Berapa kali saya kena buat penjelasan pada awak yang saya tak ada apa-apa niat buruk terhadap awak.Sikit pun tak.Kenapa susah betul awak nak percaya?”

“Sebab saya tak kenal awak!”

Then,let me introduce myself to you.Hai,saya Adrian Syah Azim…seorang jurutera di anak syarikat Rafee Holding,berumur dua puluh tujuh tahun dan berasal dari Kuala Lumpur.Saya ada empat orang adik beradik dan masih bujang malah tinggal bersama keluarga saya sampai hari ni.Puas hati?”

“Apa yang awak buat semalam kat balai polis?”entah kenapa,soalan bodoh begitu juga yang ditanya Merah setelah Adrian habis bercakap.

“Saya pergi balai polis sebab nak bayar saman.”

“Habis tu,macam mana awak boleh ada dengan Nina dan Nia sampai boleh tolong saya keluar dari lokap?”

Adrian tergelak dalam lelah.

“Apa yang berlaku semalam tu,semua takdir Allah.Saya ditakdirkan terserempak dengan Imanina dan Tsania di luar balai polis.Kebetulan saya nampak apa yang terjadi antara mereka berdua dengan tuan rumah sewa awak.Salah ke kalau saya nak membantu?”

“Kalau awak masih nak menyoal saya tentang perkara-perkara lain,saya rasa cukup awak tahu yang pertolongan tu tak perlu ada alasan kalau Allah dah gerakkan hati seseorang tu untuk menghulurkan bantuan.Cikgu awak dulu tak pernah ajar pasal tu ke?”

 “Macam mana saya nak yakinkan diri sendiri yang awak tak berbohong?”

 “Tanya pada hati dan awak akan dapat jawapannya.Kalau awak tak ada apa-apa lagi nak cakap,saya balik dulu.Minta maaf kalau saya dah buat awak curiga dengan saya.Assalamualaikum.”serta merta Adrian berlalu dari situ meninggalkan Merah terkontang kanting.

Merah langsung memegang dadanya dengan perasaan libang libu.Baru dia tersedar yang dia telah salah perkiraan tentang Adrian.

‘Ya Allah,apa yang aku dah buat ni?Kenapa mulut aku ni cabul sangat cakap dia macam tu?’nak cubit-cubit rasanya mulut sendiri sebab buat pertuduhan pada Adrian.Nak buat macam mana,dia rasa curiga.Kalau tak curiga,tak adalah dia minta Adrian berterus terang.

“Adrian!”jeritan Merah memanggil Adrian ketika lelaki itu sudah masuk ke dalam perut kereta membuatkan Adrian membuang pandang padanya.Hanya senyuman tawar yang terbias di situ sebelum kereta lelaki itu berlalu begitu saja.




BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...