Dua
minggu berlalu dan dua minggu Merah tak dengar khabar daripada Adrian.Bukan
setakat dengar khabar,nak hantar mesej pada Merah pun tak.Dah beberapa kali
Merah hantar mesej padanya meminta maaf tapi sampai ke sudah Adrian
menyepi.Telefon pun tak berjawab.Kecil hati mungkin?Atau marah kerana dia
menuduh lelaki itu hari tu?
Rasa
bersalah tiba-tiba bila Adrian mendiamkan diri begini.Dah berjela dia buat
karangan dalam telefon dan hantar kepada Adrian tapi nak buat macam mana bila
lelaki itu tetap tak balas.
Printer yang terletak di ruang
antara pejabat Eksekutif dan pantri didekati.Nak
lupakan sekejap cerita tentang Adrian.Beberapa
saat menekan-nekan punat di atas muka printer,Merah bertenggek sekejap di tepi
kabinet kecil sementara menunggu beberapa dokumen selesai di fotokopi.Elok
melayan perasaan,tiba-tiba saja matanya tertancap pada kelibat seorang gadis
melintas di hadapannya menuju ke arah bilik Andhika.Berderau sekejap darah
Merah.Masih terngiang-ngiang di telinga tentang pesanan Andhika sejak pagi
lagi.
“Jangan benarkan sesiapa pun
masuk ke dalam bilik saya tanpa kebenaran.”
Butang atas printer ditekan
laju.Kertas-kertas yang tak habis di fotokopi dibiarkan saja sendiri.Kalut dia
melangkah cuba mengejar si gadis yang semakin mara.Sikit saja lagi tangan dah
nak memulas tombol namun Merah sempat menahan dan berdiri di hadapan
pintu.
“Minta maaf cik tapi cik tak
boleh masuk dalam bilik ni.”Merah bertegas tapi dalam nada lembut.Amanah
bos harus dijaga dan ditunaikan.Dia tak boleh sesenang hati membenarkan sesiapa
yang tak ada urusan dengan Andhika masuk ke dalam bilik itu tanpa kebenaran.
Gadis yang berambut panjang
mengurai berwarna perang di depannya ini tenung muka Merah tak puas hati
sebelum dirinya ditelek atas bawah.
“Kau siapa?”
“Saya Merah,PA kepada Encik
Andhika.”
“PA aje pun,kan?Dah,ke tepi.”bahu
Merah ditepis kasar dan bercadang nak buat rempuhan saja ke dalam bilik Andhika
namun Merah tetap berkeras dan menarik tangan si gadis sambil menggeleng.
“Minta maaf ya cik yang cantik
jelita.Tapi Encik Andhika tak benarkan sesiapa pun masuk ke dalam bilik dia
tanpa kebenaran.Kalau cik nak masuk,kena buat temujanji dulu dengan dia.”
“Heh,banyak bunyi pula kau
kan?Kau tahu aku ni siapa?”si gadis menepis tangan Merah yang sedang melilit
pergelangan tangannya.
“Tak tahu.”Merah jawab
jujur.Makin lama makin lemas jadinya berdepan dengan perempuan cantik yang
seksi meksi begini.Dah dapat diagak kalau si gadis ini tak cakap pun.Dari
caranya saja sudah tentu-tentu dia ni ada hubungan istimewa dengan
Andhika.Kekasih
hati mungkin?Kalau
tidak,tak ada maknanya dia datang ke sini dan buat selamba untuk masuk ke
dalam bilik bos.Tapi sepanjang dia bekerja di sini hampir dua
minggu,tak pernah pula dia nampak kelibat si cantik ini.
Sempat
lagi Merah menekur roman wajah si gadis cantik di depannya sebelum
perlahan-lahan matanya melilau ke tubuhnya.Cantik memang cantik.Tak dapat
dinafikan anugerah Allah yang ada pada si gadis ini tapi masyallah,pakaiannya
langsung tak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia dan Islam.Terdedah sana
sini.
“Aku Amanda,bakal isteri
Andhika.”perhatian Merah teralih bila gadis ini kembali
bersuara.
“Okey.Tapi minta maaf cik sebab
Encik Andhika tetap tak benarkan sesiapa pun masuk ke dalam bilik dia.Saya
harap Cik Amanda faham.”
Amanda
tersenyum sinis sambil menjeling laju kepada Merah.Mata tetap merenung wajah
Merah tajam gaya macam betul-betul nak cari gaduh.
“Kau
ni mesti PA baru yang tak tahu apa-apa pasal aku.Untuk pengetahuan kau,cik
adik...PA yang bertugas sebelum kau bekerja di sini tak akan buat pada aku
macam mana kau buat sekarang.Kau tentu dapat agak apa akan jadi kalau aku
suarakan pada Andhika tentang sikap kau ni.”
Merah ketap bibir.Haih,nampak
sangat si gadis bernama Amanda ni macam tak faham bahasa.Nak cari pasal dengan
dia ke?
“Minta
maaf sekali lagi Cik Amanda.Saya hanya mengikut arahan daripada Encik
Andhika.Dia tak mahu diganggu oleh sesiapa.Sesiapa tu maksudnya semua orang
termasuklah bakal isteri dia sendiri.Maknanya,Cik Amanda tak boleh masuk ke
dalam.Kalau nak jumpa Encik Andhika,Cik Amanda boleh buat temujanji dulu.Nanti
sekejap saya periksa jadual Encik Andhika.”belum pun Merah mencapai buku
catatan tugasannya,bahunya terlebih dulu ditolak.
“Peduli apa aku!Dah,ke tepi!”rengus
Amanda setelah tubuh Merah terdorong ke belakang sehingga hampir berlaga dengan
dinding berdekatan.Tak sempat Merah nak menghalang,tombol pintu bilik Andhika dipulas lantas
merempuh masuk.Kedengaran suara nyaringnya menyapa Andhika.
“Encik Andhika,saya minta
maaf...”Merah kalut mencelah.Sebelum kena sembur dengan Andhika baik dia
berterus terang.Amanda ni tak faham bahasa sungguh.Tak
kisahlah dia bakal isteri atau anak raja mana pun tapi kalau dah dimaklumkan
yang tak ada mana-mana manusia boleh masuk ke sana,tetap kena akur.
“It’s okay,Merah.Awak
boleh keluar.”
Merah tarik nafas lega.Wajah
tenang Andhika terpamer di depan mata.Pintu bertutup rapat dan menyambung kerja
yang tergendala.
“You nak apa,Amanda?”tutur
Andhika sambil sambung merenung skrin komputer.
“Andy...”suara Amanda kedengaran
macam kucing miang.Tak semena-mena saja dia mendekati Andhika dan memaut erat
leher lelaki itu.
“You nak apa ni?”Andhika ulang
tanya tapi tangan yang menjalar naik ke atas bahu dibuat tak endah.Mata masih
lagi tetap dihala ke skrin komputer.
“I rindu youlah,Andy.”
“You tahu kan sekarang waktu
pejabat?”
“Ya,I tahu tapi nak buat macam
mana.Hati I ni yang tak boleh nak tahan tanggung perasaan.”Amanda ketap bibir
dan main-mainkan jarinya ke belakang telinga Andhika.
“Amanda,please...kita dah
bincang hal ni kan?”suara Andhika keras.
“Bincang...bincang...bincang.You
nak bincang berapa kali pun I tak kisah.I tetap dengan keputusan I.”
“Amanda,tolonglah...”
“No,Andy.I don’t care.Kalau
you cakap you dah ada perempuan lain,I tak kisah.I tetap nak you.I tak boleh
lepaskan you semudah tu aje.I love you,Andy!”Amanda membentak.Dah mula
nak mengada-ngada bila dia selamba duduk di ribaan Andhika tapi Andhika tetap
tak menolak.Seakan rela diperlakukan sebegitu.Wajah cantik Amanda ditenung tak
lepas.
“Kalau you sayangkan I,tolong
bagi I buat kerja.”Andhika guna cara diplomasi.
Bukannya dia tidak kenal
bagaimana dengan sikap Amanda,sepupunya sendiri.Penat berlari tapi Amanda tetap
tak mahu faham.Asyik terkejar-kejarkannya.Heh,tahulah dia hot stuff yang
sering menjadi kegilaan para gadis tapi apa gunanya menjadi hot
stuff kalau sepupu sendiri duk tergila-gilakannya sampai tahap gila
bayang.Nak buat kerja pun tak senang.Asyik menjadi mangsa buruan si Amanda dua
puluh empat jam.Lemas!
“Andy,you ni kenapa?You tak suka
ke I datang sini?Dah lama kita tak jumpa…almost
two months.You tak rindu I ke?”soal Amanda tanpa segan silu.Wajah Andhika
di depan dibelai-belai.Hampir lagi menjadi mangsa ciumannya namun Andhika
sempat menolak.
“Amanda,stop
it!”
“Eleh,jual
mahal tau you ni!”Amanda cuit hidung mancung Andhika sambil tergelak nakal.
“Cik
adik sayang,ini pejabat dan bukannya tempat bersuka ria.”
“Bukannya
orang nampak pun!”
“Oh,pleaselah
Amanda!”Andhika dah mula rasa muak dengan perangai Amanda sehinggakan tubuh
gadis itu dia tolak dan menjauh lalu membiarkan Amanda termangu-mangu sendiri.
Andhika berjalan mendekati sofa
dan menyandarkan tubuh ke situ.
“Eee...teruklah
you ni!I penat-penat datang sini jumpa you...sikit pun you tak tanya tentang
I.I sihat ke tidak,dah makan ke belum.Tahu tak yang I sanggup cancel
appointment I semata-mata nak jumpa you?At least...say something!”Amanda
dah mula nak membentak.
“I
tak pernah suruh pun you batalkan appointment you untuk I,”balas Andhika
acuh tak acuh.Tubuhnya disandar selesa ke sofa sambil mendepakan tangan ke atas
penyandar sofa.
Amanda
hentak kaki sambil mengetap bibir.Geram dengan respon Andhika.Pantas saja dia
bangkit dan meluru ke arah Andhika sebelum bahu lelaki itu ditumbuk halus
melepas rasa.Menjeling bukan main lagi sampaikan bulu mata palsu yang dipakai
seakan mahu tercabut.
“Bila
balik?”sudahnya Andhika sekadar berbasa basi.Ini kalau dia tak tanya sepatah
apa pun mahunya si Amanda ni merengek dan bising-bising macam budak kecil.Pitam
dia nanti!
“Tengok!Sibuk
sangat dengan kerja sampai I balik pun you tak tahu.I dah balik Malaysia dekat
tiga hari dah tau!”
“Paris
macam mana?”sengaja alih topik sebenarnya.
Amanda
kulum senyuman lalu menghimpit tubuh Andhika dan melentokkan kepalanya di bahu lelaki
itu.
“Biasa aje.”
“Menara
Eiffel kukuh lagi,kan?”sekadar melawak,nak hilangkan rasa rimasnya terhadap
Amanda.
“Eee...main-main!”cebik
Amanda sambil menjeling manja.Seketika,dia tergelak sehingga dada Andhika
ditampar-tampar lembut.
“Seronok
kat Paris?”
“Tak.”
“Kenapa
tak seronok pula?Bukan Paris tu tempat kebanggaan you ke?”
Amanda
mencebir.Rasa tersindir.
“Memanglah
tak seronok sebab you tak ada.Kalau you ada,lainlah!”Amanda melangut tenung wajah kacak
Andhika dengan tangannya yang masih setia bermain-main di
tali leher lelaki itu.
Kalau ikutkan hatinya nak saja
dia kucup semahu-mahunya wajah Andhika melepaskan segala rindu dendam dalam
hati tapi dia tahu apa yang akan terjadi kalau dia melebih-lebih.Tak
pasal-pasal kena tolak.Mahunya makan hati lepas tu.Dia lari ke Paris selama dua
bulan ni pun sebab Andhika.Merajuk dan makan hati dengan Andhika bila asyik
menolaknya untuk kali yang entah ke berapa.Punyalah beria-ia dia aturkan segala
rancangan dan strategi supaya mereka cepat-cepat disatukan,sudahnya Andhika
sesedap rasa mengaku yang dia sudah ada kekasih hati.Mahunya tak sakit hati!
Rancangan
keluarga mereka untuk menyatukan mereka berdua pun seakan terkubur begitu
saja.Itu yang dia mengamuk dan terus melarikan diri ke Paris konon-konon nak
rawat hati yang luka teruk.Tapi setelah dua bulan di sana,dia mula pasang
strategi baru untuk dapatkan Andhika walau dengan apa cara sekalipun.Tak
pedulilah kalau berapa ramai perempuan keliling pinggang Andhika.Dia takkan
pernah gentar.Yang dia tahu,Andhika mesti jadi miliknya seorang.
“You nak minum?”Andhika ubah
topik lagi.Malas nak cakap apa-apa.Ini kalau dia sembur
sedas,mahunya si Amanda ni meraung lepas tu buat keputusan melarikan diri
lagi.Tak pasal-pasal keluarganya bising-bising lagi.Haru!
“Boleh juga.Macam biasa.”Amanda
menyengih dan memberikan laluan kepada Andhika untuk kembali ke meja kerjanya.
“Merah,tolong buatkan Strawberry
Tea dua.Hantar masuk dalam bilik saya.”Interkom ditekan memberi arahan kepada
Merah.
Merah di luar memanjangkan leher
menjenguk ke arah bilik Andhika yang bertutup rapat.Kepala digaru.
“Ni sejak bila pula aku kena jadi
tea lady ni?”Merah merungut.Sebenarnya bukan dia berkira sangat nak
bancuhkan apa-apa air untuk bosnya tapi disebabkan Amanda yang datang terus dia
jadi berkira.Hati masih lagi geram dengan tingkah Amanda.
“Memang perempuan cantik yang
kaya-kaya dan seksi,perangainya mengada macam si kucing parsi tu ke?”dah
tak pasal-pasal Amanda ada nama gelaran baru dari Merah.Kucing parsi memang
sesuai untuk Amanda agaknya.Masa dia berlalu keluar dari bilik Andhika tadi pun
dia dah dapat tangkap suara merengek Amanda yang boleh membuatkan bulu romanya
merinding.Geli campur seram!
Dua cawan teh strawberi yang dah
siap dibancuh dibawa masuk ke dalam bilik Andhika.Sambil menghidangkan
air,sempat lagi telinga Merah menangkap perbualan antara Andhika dan
Amanda.Macam nak muntah pun ada bila dengar suara merengek manja si kucing
parsi.Tangan tak habis-habis meraba sana sini.Nak tergelak pun ya juga.Biasanya
tangan si lelaki yang miang sangat menjalar naik ke tubuh si gadis tapi ini dah
terbalik.
Encik Andhika ni tak ada perasaan
segan ke apa?Dibiarkan saja Amanda buat dia sesuka hati di depan aku pula
tu?Tahulah bakal isteri tapi
tetap bukan mahram!bising Merah dalam hati.
“Ehem...ehem...”Merah buat-buat
cuci tekak.
“Jemput minum Encik Andhika...Cik Amanda.”Merah kalut mahu
berlalu keluar tapi namanya sempat diseru Andhika.
“Merah.”
“Ya,Encik Andhika?Ada apa-apa
lagi?”
“Terima kasih,Merah.Petang nanti
jumpa saya sekejap sebelum awak balik.Ada benda yang saya nak bincang.”
“Err...okey.”
Pintu bertutup rapat.
“Nak jumpa aku,nak bincang
apa?Semua temujanji dia aku dah uruskan.Nak minta aku ubah lagi ke apa?”Merah
buka buku kulit tebal berwarna hitam yang menjadi buku catatannya sepanjang
bekerja di sini.Direnung dan dibelek maklumat yang ada.Bibir dicebir.
“Hmm...apa-apa ajelah!”
***
Ketika
Merah sedang bercakap sesuatu di telefon,pintu bilik Andhika terkuak
lebar.Amanda melangkah keluar sebelum merapati meja Merah.Meja kerja Merah
diketuk-ketuk dengan jari jemarinya lantas menghenyakkan punggungnya di situ
tanpa pedulikan sesiapa.
“Ya,Cik
Amanda?”soalan pertama yang Merah ajukan ketika dia selesai bercakap di talian
membuatkan Amanda mencebik.
“Aku
cuma nak ingatkan kau.Lain kali,bila aku datang ke sini jangan pandai-pandai
nak bagi arahan pada aku macam kau tu bos besar kat sini.Kau ingat kat mana
kedudukan kau di sini.Kau hanya budak kuli aje tau.Jadi jangan nak
berlebih-lebih!”amaran keras terlantun keluar dari celah bibir Amanda
membuatkan Merah hampir nak membeliakkan biji mata.
Mak
aih,dia punya warning macam pelakon drama kat dalam televisyen!
“Okey,Cik
Amanda,”balas Merah dengan muka manis.Senyumannya yang hampir saja lagi mahu
koyak cepat-cepat disembunyikan.Nak tergelak sebenarnya tengok gelagat
perempuan di depannya ini.Alahai,apsal gayanya macam watak antagonis dalam
drama dan filem?Cliche betul!
Amanda
menjeling ke arah pintu bilik Andhika.Perlahan-lahan dia menundukkan wajah dan
mendekatkannya dengan Merah yang masih terpaku di kerusinya.
“Andhika,bos
kau tu...hak milik aku tau.Hanya aku seorang yang layak ada di samping dia dan
aku harap kau berhenti berangan untuk berdamping dengan dia.”
“Err...Cik
Amanda jangan salah faham.”suara Merah termati bila Amanda mengangkat tangan
mengisyaratkan agar dia berhenti bersuara.
“Jangan
berangan,okey?”tudung Merah sengaja dia betulkan sedikit sebelum Amanda
menghantar senyuman sinis berbaur amaran.Seketika,dia berlalu dengan gaya
lenggang lenggoknya keluar dari pejabat.
“What?Dia
nak tuduh aku syok kat Encik Andhika ke apa?”Merah terkebil-kebil.
Otaknya
seakan jammed sehinggalah dia terdengar suara Andhika memanggilnya masuk
ke bilik melalui interkom.
“Duduk,Merah.”pelawa Andhika
ramah.Merah yang baru berdiri di hadapan meja Andhika hanya
menurut.
“Ada apa,Encik Andhika?”
Andhika letakkan kedua-dua tangannya yang
telah dicantum rapat ke bawah dagu sambil tenung Merah bagai tak mahu lepas.
“Amanda cakap apa dengan awak?”
“Hah?”
“Dia ada cakap benda-benda yang
tak sepatutnya pada awak?”
Merah tertelan liur.Aduh,nak
cakap apa?Yang Amanda baik punya bagi amaran pada dia?Isyh,tak perlu kut nak
beritahu Encik Andhika.Nanti dah jadi kes aduan tahunan pula.Lebih baik dia
diamkan saja.Lagipun,apa yang Amanda perkatakan tadi tak berbekas sikit pun di
hatinya.
“Tak ada apa-apa.”
“Don’t
lie,Merah.I know her very well.”Andhika tekankan suara dan tayang wajah
serius.
“Err...nothing,Encik
Andhika.Dia tak cakap apa-apa pun.”
Andhika
geleng-gelengkan kepala sebelum tersenyum nipis.
“Saya
minta maaf bagi pihak dia kalau-kalau dia ada cakap dan buat bukan-bukan pada
awak.”
“Err...tak apalah Encik
Andhika.Saya tak ambil hati pun.”
“Lepas
ni kalau Amanda datang ke sini cari saya dan cakap apa-apa yang tak
sepatutnya,awak buat pekak telinga saja.Angguk-angguk geleng-geleng ajelah.”
Oh,nak suruh aku
angguk-angguk geleng-geleng
aje dengan kerenah
si kucing parsi tu?Pertama kali jumpa aku pun dah buat aku menyampah.Heh,silap-silap aku
lumat-lumatkan dia masuk dalam mesin basuh kat kedai dobi seberang jalan
sana.Silap besarlah!desis
Merah dalam hati.
“Okey,Encik
Andhika.Tapi...selalu ke Cik Amanda datang ke sini?”Merah sekadar bertanya.Nak buat
persediaan rapi menerima kunjungan penuh hormat si kucing parsi.
Andhika
hanya menjungkit bahu dan mencebirkan sedikit bibirnya lalu bersandar selesa di
kerusinya.
“Kalau
tak ada apa-apa lagi,awak boleh sambung buat kerja awak.”Andhika bagi arahan
dengan senyuman nipis.Merah hanya mengangguk.Tapi baru nak pulas tombol
pintu,dia berpusing semula menghadap Andhika.
“Saya
baru teringat yang Cik Amanda ada cakap yang dia bakal isteri Encik Andhika.”
Uhuk!
Hampir
tersedak Andhika dengan kenyataan spontan dan selamba Merah.
No comments:
Post a Comment