Bab 3
Jangan lupa tunggu kat tempat biasa.
Aku datang ambil kau. – Zafrin
Aurora
mematikan telefonnya setelah membaca mesej yang baru dihantar oleh Zafrin.
Geram dia dibuatnya dengan lelaki itu. Tak boleh bagi muka langsung. Ada saja
yang hendak diingatkan. Di rumah, puas dia dikawal oleh ahli keluarga. Takkan
di kolej juga ada orang yang hendak mengawalnya dan memberitahu apa yang dia
perlu buat?
Urgh!
Aurora
bangkit. Dia mahu ke tandas untuk membasahkan wajah. Matanya yang mula layu memerlukan
satu kuasa luar biasa agar dia boleh terus menumpukan perhatian di dalam kelas.
Berjalan
seorang diri menuju ke tandas, fikirannya mula melayang-layang teringatkan tugasan
kuliah daripada Puan Hanum, pensyarah yang mengajar subjek Corporate Business. Dia
cuma ada masa beberapa minggu saja untuk menyiapkan tugasan solo itu.
Otak
ligat berfikir figura mana yang dia hendak jumpa untuk mendapatkan bahan dan
maklumat. Takkan nak jumpa daddy kut? Aurora tepuk dahi. Tak boleh! Dalam hal
ini, dia tak mahu mencampur adukkan perihal kuliah dengan orang-orang yang
mempunyai pertalian dengannya. Dia mahu berdikari. Nanti dia akan cari sendiri
siapa yang akan menjadi pilihan untuk ditemubual dan mendapatkan bahan.
Krekkk!
Aurora
menolak pintu tandas. Lengang. Tiada sesiapa pun di sini. Senyum miring
terukir. Lega. Dia memang tak suka kalau dia masuk ke mana-mana tandas, ada
orang yang sedang bergosip di situ. Bukan dia tidak tahu, di tandas kolej itu
memang selalu jadi port budak-budak
bergosip dan mengutuk pensyarah. Kadang-kadang boleh jadi port segelintir pelajar melakukan perkara yang bukan-bukan.
Kepala
paip ditolak. Aurora menadah air sejuk yang baru mengalir lalu membasahkan
wajah. Dua tiga kali dia mengulang perbuatan yang serupa. Kemudian, dia
berkumur-kumur membersihkan mulut. Mengantuk tak payah cerita. Tapi apabila
kulit muka dah terkena air, hilang terus rasa mengantuknya.
Krrr!
Kekkk! Krekk!
Tiba-tiba
lampu kalimantang berbunyi-bunyi seperti baru berlaku renjatan elektrik.
Kemudian, lampu berkelip-kelip dan terpadam. Gelap keseluruhan tandas itu.
Hanya biasan cahaya dari celah tingkap kecil di hujung tandas yang menyuluh
sebahagian kawasan tandas. Aurora terkebil-kebil memandang ke siling. Ah,
waktu-waktu macam ini juga mahu terpadam.
Dia
menolak kepala paip. Air berhenti mengalir. Tinggal bunyi titisan-titisan air
jatuh mengena mangkuk sinki. Aurora pandang cermin lalu membetulkan tudung. Dia
mahu keluar. Duduk lama-lama kat dalam tandas pun bukannya ada apa. Sudahlah
gelap. Nak belek muka sendiri pun tak lepas.
Tap!
Tak
semena-mena saja lampu terpasang kembali. Aurora mendongak. Seperti tidak
pernah berlaku apa-apa pada lampu itu.
Krekkkkk!
Panjang
bunyi pintu ditarik. Salah satu pintu di dalam tandas itu tiba-tiba terkuak.
Aurora memandang lama ke sana. Eh, ada orang ke?
Tap!
Tap! Tap!
Mata
Aurora semerta membulat. Terundur beberapa tapak langkahnya sehingga berlaga
dengan dinding. Tiada lagi ruang kosong yang boleh membuatkan dia berganjak.
Aurora sandarkan tubuh ke dinding sambil mencengkam pakaiannya. Matanya tunak
terarah ke pintu tandas yang sudah terkuak. Muncul sesuatu dari lantai. Tekak
Aurora bergerak-gerak seakan ingin memuntahkan sesuatu. Bulu romanya mula tegak
berdiri. Jantungnya pula mengepam darah dengan laju. Peluh muda mula muncul di
dahi. Nafasnya ikut tidak teratur.
Semakin
dia cuba bertahan, semakin benda itu mendekatinya. Mengesot-ngesot dengan
perlahan di atas lantai. Dengan jelas ada banyak kesan darah bercampur nanah
melekat-lekat di lantai. Baunya tak usah cakap. Tengik. Busuk. Meloyakan.
Perlahan-lahan
Aurora memejam mata, cuba menghalau kegelisahan yang bermaharajalela di hati. Lima
saat kemudian, dia kembali membawa deria penglihatannya untuk menyaksikan benda
tersebut.
Gulp!
Nak
telan liur pun terasa tak lepas. Jantungnya tiba-tiba terasa hendak gugur
setelah satu makhluk yang dilihatnya tadi sudah pun berada di depan matanya.
Begitu dekat sekali wajahnya dengan wajah makhluk tersebut. Mata Aurora
membulat, menyaksikan sendiri bagaimana bendalir yang bercampur dengan nanah
dan darah yang terpalit di muka makhluk itu jatuh ke lantai. Bunyinya seperti gam
yang melekit-lekit di tangan.
Plekk!
Plapp! Plapp!
Aurora
menahan nafas. Hendak termuntah dibuatnya apabila bendalir busuk itu menusuk
kuat ke hidungnya. Terketar-ketar tangan menyentuh dinding di belakang, mencari
tempat untuk berpaut. Nak lembik rasa kakinya. Seperti tak memijak lantai
gayanya. Apatah lagi sesudah makhluk itu menyeringai kepadanya sehingga
menampakkan isinya yang terkoyak dan berulat-ulat.
“Aurora!”
Pada
masa yang sama, terdengar panggilan seseorang. Bahu Aurora terasa ditepuk.
“Apa
yang kau buat lama sangat dekat dalam tandas ni?” aju Mya, rakan sekelas Aurora
yang tiba-tiba muncul di sisi. Dia mencari Aurora di sini setelah hampir
setengah jam gadis itu menghilang dari kelas.
“My…
Mya…” ucap Aurora dengan suara yang sangat perlahan.
Mya
merenung wajah pucat lesi Aurora. Hairan dia dibuatnya. Apa yang terjadi
sehingga Aurora berkelakuan sedikit aneh? Elok menolak pintu tandas tadi, dia nampak
Aurora sedang melekat dan bersandar rapat ke dinding.
“Kau
okey ke ni?”
Aurora
diam. Okey? Rasa-rasanya Mya nampak sendiri kut yang dia sebenarnya tak okey.
Dia melemparkan kembali pandangannya ke depan. Makhluk hodoh tadi sudah hilang.
Begitu juga dengan kesan darah, nanah serta segala kotoran yang menjijikkan di
atas lantai. Semuanya telah hilang seperti telah dibersihkan. Tidak ada walau
satu cecair pun di atas lantai itu.
“Kau
buat apa dekat sini, Mya?”
“Aku
datang cari kaulah. Dah dekat setengah jam kau keluar. Aku risau kalau apa-apa
terjadi pada kau,” balas Mya bernada prihatin.
Aurora
terus terdiam. Nafasnya masih lagi lintang-pukang. Jika dia beritahu Mya apa
yang dia nampak tadi, sudah tentu gadis itu takkan percaya. Sebab hanya dia
seorang saja yang boleh melihat semua itu.
“Kau
dah sudah ke? Jomlah masuk kelas. Nanti bising pula Encik Badri bila tengok
pelajar dia hilang macam itu aje.” Mya menarik-narik lengan Aurora.
Perlahan-lahan
Aurora mengangguk. Sempat lagi dia membasahkan sekali lagi wajahnya semata-mata
mahu menyegarkan diri.
Sekarang,
baru dia sedar bahawa doanya termakbul. Minta sangat perkara bukan-bukan, kan?
Hah, ambik! Kan dah mendapat!
***
Tamat
kelas jam 3.30 petang, Aurora melangkah menuju ke bahagian tengah fakulti.
Fikirannya menerawang mengingati apa yang terjadi di dalam tandas tadi.
Kepalanya menunduk, merenung lantai sambil berjalan.
Buk!
Aurora
mendongak apabila kepalanya berlaga dengan tubuh seseorang. Matanya terpaku ke
hadapan, merenung lama si dia.
“Bila
berjalan tu, pakai mata atau pakai siku?”
Aurora
berdecit. Isk, dia ni! Balik-balik muka dia.
“Sibuk
ajelah. Ke tepi sikit!”
“Kau
nak ke mana?” Zafrin bercekak pinggang sambil menahan langkah Aurora.
Aurora
pula berhenti. Memandang tangan Zafrin yang sedang melelar pergelangan
tangannya. Segenap wajah Zafrin ditenungnya. Jelingan maut dihantar,
mengisyaratkan supaya Zafrin melepaskan pegangannya. Tidak suka sungguh apabila
lelaki ini sesuka hati menyentuhnya.
“Sorry,” ujar Zafrin lalu melepaskan
tangan Aurora.
“Nak
ke mana?” soalan Zafrin berulang.
“Nak
baliklah. Kelas dah habis.”
“Balik
macam itu aje? Dah lupalah tu…”
“Lupa
apa?”
“Kan
aku dah pesan, tunggu aku dekat tempat biasa. Sekejap lagi aku hantar kau pergi
bengkel.”
Aurora
memejamkan mata. Aduh! Macam mana dia boleh terlupa dengan pesanan Zafrin itu?
Kalau dia tidak ke bengkel untuk mengambil keretanya hari ini, pasti dia akan
susah. Patah kaki dia nanti. Hampir empat hari kereta kesayangannya itu masuk
ke bengkel akibat masalah enjin. Takkan nak tunggu sampai hari kelima baru dia
boleh pandu kereta itu semula ke kolej?
“Aku
nak pergi bengkel sekarang,” Aurora memberitahu.
“Setengah
jam lagi aku datang ambil kau. Tunggu aku sekejap.”
“Kau
nak ke mana pula? Tadi bukan main beria-ia nak hantar aku ke sana.”
“Jumpa
pengerusi kelab ragbi.” Zafrin menyengih. Kebetulan pula, petang ini dia ada
urusan berkaitan kelab ragbi. Ada perkara yang perlu dilakukannya sebentar.
Selesai saja, dia akan terus bawa Aurora ke bengkel seperti yang dijanjikan.
Aurora
memutarkan mata. Bosan betullah dia dengar Zafrin asyik sebut pasal ragbi. Tak
habis-habis dengan kelab sukan kesayangannya itu. Lain kali, kalau ada urusan…
tak payah memandai-mandai mengatur jadualnya. Tak pasal-pasal saja dia kena
tunggu Zafrin selama setengah jam.
Aurora
bergerak ke ruang legar fakulti dan duduk di sofa. Fikirannya menerawang
mengingati kejadian tadi. Dadanya masih dipalu hebat akibat kejadian tersebut.
Matanya dipejam, cuba menghalau imej-imej ngeri itu tetapi dia gagal.
Tanpa
bertangguh, cepat-cepat dikeluarkan sebuah buku lukisan dari dalam beg. Helaian
demi helaian diselak. Pensel dari celah beg turut ditarik. Mata pensel
diletakkan ke atas hamparan kosong dalam buku lukisannya. Mata dipejam lagi,
menyedut nafas sedalam-dalamnya. Buka saja mata, terus ditarikan pensel ke atas
buku.
Sehinggalah
Zafrin datang menegur, Aurora masih kekal berada dalam dunianya yang
tersendiri. Lakaran-lakaran kasar berbentuk makhluk hodoh yang dilihat di dalam
tandas tadi terbentuk di atas hamparan buku lukisan.
“Kau
buat apa tu?”
Tanpa
menjawab soalan Zafrin, Aurora lekas-lekas menyimpan buku lukisannya. Terbantut
kerja-kerja melukisnya gara-gara disergah Zafrin.
“Nothing.” Jawab Aurora lantas
berdehem-dehem. Dia tidak mahu menjawab pertanyaan Zafrin itu dengan
memberitahu perkara sebenar.
“Kau
okey tak ni?” Zafrin memandang perilaku aneh Aurora. Kelam kabut sangat dia
tengok si gadis menyimpan buku lukisannya walhal bukannya dia tidak nampak apa
yang Aurora sedang buat.
Aurora
diam. Berpura-pura mengemas begnya.
“Ada
apa-apa yang terjadi?”
“Tak
ada apa-apalah. Cepatnya kau sampai? Kata setengah jam baru habis.”
“Aku
terlewat lima belas minit, kau kata cepat? Kau berangan sampai ke mana ni?”
Berubah
air muka Aurora. Benarkah kata-kata Zafrin itu? Jadi, dia sudah berada di sini
dan melukis selama empat puluh lima minit?
“Dengan
orang lain mungkin kau boleh tipu, tapi bukan dengan aku.” Zafrin bersuara
setelah Ferrari merahnya mengaum di jalanan. Sekilas dia mengerling Aurora di
sebelah yang hanya menyepikan diri. Dia nampak jari-jemari Aurora diramas-ramas
sesama sendiri. Dia yakin ada sesuatu yang Aurora sedang fikirkan.
“Aku
tahu ada sesuatu yang berlaku. Tell me.
Ada budak-budak kelas kau yang buli kau? Burn? Melati? Kau cakap. Nanti tahulah
apa yang aku nak buat dengan diorang.”
Aurora
julingkan mata ke atas. Dah kenapa sampai kena sebut nama Burn dan Melati pula?
Sepanjang hari Aurora tak nampak pun batang hidung budak berdua tu. Tak ada maknanya
mereka hendak membuat onar.
“Tak
ada apa-apa. Jangan menyibuk boleh tak?”
“Aku
bukannya nak menyibuk. Aku cuma nak tahu. Salah ke?”
“Menyibuk
dengan ambil tahu hal orang lain tu sama saja.” Aurora silangkan tangan ke dada
sambil melempar pandangan ke luar tingkap.
Kenapalah
dia rasa Ferrari milik Zafrin ni bergerak mengalahkan kura-kura? Bila nak
sampai bengkel ni? Lagi cepat dia sampai bengkel, lagi cepatlah dia boleh
balik. Dan lagi cepatlah dia boleh menjauhi Zafrin yang kaki sibuk ini. Urgh!
Ding
dong!
Ding
dong!
Burrrr!
Tersembur
air yang baru diteguk sebaik saja mendengar bunyi loceng pintu. Aurora
hempaskan gelas ke atas kabinet dan berlalu ke pintu. Entah siapa agaknya yang
datang ke apartmennya malam-malam begini. Sekilas dia menjeling jam dinding.
Sudah pukul 10.15 malam. Takkan daddy kut? Kalau daddy, sudah pasti ayahnya itu
akan menelefonnya atau menghantar mesej memaklumkan akan kedatangannya. Lagi
pun, dia tak rasa daddy yang datang sebab setahu dia, daddy pergi ke Miri tiga
hari atas urusan pejabat. Habis tu, takkan mommy kut? Kalau daddy tak ada,
mommy pun takkan ada.
Malas
hendak memikirkan gerangan manusia di depan pintu, laju Aurora meneropong orang
di luar melalui lubang pintu. Huh! Mamat ni rupanya. Lekas-lekas Aurora
mencapai jaket hoodie dan menyarungkannya ke tubuh.
“Kau
nak apa datang malam-malam macam ni?”
“Bukalah
pintu pagar ni. Bagi aku masuk.” Pagar yang berkunci digoncang oleh Zafrin.
“Kau
dah gila? Kau nak buat apa masuk ke dalam? Bukan ada sesiapa pun. Nak kena
tangkap basah ke?”
“Aku
nak hantar barang dapurlah. Ni haa… aku baru beli.” Zafrin mengangkat dua beg
plastik berisi pelbagai barang dan menayangnya kepada Aurora.
“Barang
dapur aku ada banyak lagilah. Daddy dah belikan hari tu. Buat apa kau belikan
lagi? Aku tak suruh pun.” Pun begitu, tangan tetap memasukkan batang kunci ke
lubang pintu lantas menarik pagar untuk membenarkan Zafrin masuk.
“Daddy
pesan kat aku minta tambah barang dapur untuk kau. Aku baru sempat pergi beli
kejap tadi lepas habis game.”
Aurora
mendengus. Haih! Balik-balik daddy. Anak manja daddy betul. Mengalahkan dia
pula. Kadang-kadang, dia rasa yang daddy lagi sayangkan Zafrin berbanding
dirinya. Huh!
“Eh,
kau nak ke mana?” aju Zafrin setelah melihat Aurora mengekorinya masuk ke
dapur.
“Tolong
kau simpan barang-barang dapurlah.”
“Dah.
Tak payah. Kau duduk diam-diam kat situ. Nanti karang kena tangkap basah, aku
juga yang susah. Kau tak suka kalau kahwin free,
kan?” Zafrin mengusik sambil menahan senyum.
Aurora
menjeling. Akur, dia bergerak ke luar apartmennya. Bertenggek ke dinding
berdekatan sambil membelek telefon sendiri. Bunyi tapak kasut seseorang
membuatkan tumpuan Aurora beralih arah. Ditoleh ke arah koridor. Terlihat jiran
‘gila’ sedang mara ke arahnya. Aurora betulkan postur tubuh. Mata kembali
memandang skrin. Entah kenapa dia jadi tak selesa apabila melihat lelaki itu
semakin mendekati.
Krekk!
Bunyi
pintu gril kuat kedengaran. Aurora palingkan wajah, mengintai si jiran yang
sedang terkial-kial hendak memasukkan kunci ke lubang pintu. Di atas bahunya,
tergalas sebuah beg kerja. Di tangan kirinya ada sebungkus nasi dan juga
sebungkus teh ais. Tiba-tiba saja telefonnya berdering.
“Hah,
kau nak apa?!” tinggi suaranya menjawab panggilan.
“Aku
baru sampai rumah. Ada apa?” dia terdiam kemudiannya.
Aurora
pula memasang telinga sambil memerhati gerak-geri si dia.
“Carilah
sendiri. Takkan itu pun nak kena ajar?!”
Aurora
mengerut kening. Sejak di balkoni tempoh hari dia asyik terdengar lelaki ini
bercakap di telefon dengan suara yang kuat. Kut ya pun ada masalah dan tekanan
di tempat kerja, tak perlulah terjerit-jerit macam orang tak betul. Meluat dia
mendengarnya tahu?
“Pasal
hal tu, kau jangan bagi alasan macam-macam. Apa yang aku tahu, semua benda dah
ada atas meja aku esok pagi. Kalau tak ada, siap kau!”
Klik!
Talian
dimatikan. Sempat mulutnya membebel. Tersedar dirinya diperhatikan, pantas dia
menoleh. Wajah serius ditayang. Aurora tersentak. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan
dan membelek semula telefon pintarnya. Laju saja jari menekan-nekan sesuatu.
Entah apa yang ditekan pun dia tidak pasti.
“Aurora!”
“Huh?”
teralih kepala ke kanan, memandang Zafrin yang sudah terpacak di sisinya.
“Semua
barang aku dah simpan tau. Buah dan sayur aku letak dalam peti sejuk. Jangan
lupa makan. Bila ada masa, kau masaklah apa yang patut. Jangan biar saja kat
dalam peti sejuk sampai tak berusik. Bising daddy nanti.”
Aurora
terkebil-kebil memandang muka Zafrin.
“Kau
dengar tak ni?” Zafrin memetik jari di depan muka Aurora. Entah apa sajalah
yang dia mengelamun, Zafrin sendiri tidak mampu meneka.
“Dengar.”
“Nanti
kalau barang dapur tak cukup, beritahu aku. Aku pergi belikan.”
“Kalau
aku nak, nanti pandai-pandailah aku pergi beli sendiri.”
“Huh,
nak harapkan kau beli sendiri… memang taklah jawabnya. Lepas tu kau buat muka
tak bersalah, kau makan makanan segera pula. Dapat tahu dekat Daddy Carl, habis
kau.”
“Kalau
tak ada sesiapa beritahu, daddy takkan tahu. Kan?” selamba dia menyindir. Dia
tahulah mulut longkang siapa yang selalu pecahkan lubang kepada daddy dan
mommy.
Zafrin
pura-pura tak dengar. Disarungkan sepantas kilat kasutnya lalu menolak tubuh
Aurora ke dalam. Pagar juga dirapatkan sambil mengisyaratkan agar Aurora segera
masuk.
“Tercegat
apa lagi dekat sini? Pergilah masuk.”
“Kau
tu… buat apa lagi? Pergilah balik.”
“Masuklah
dulu. Lepas tu baru aku balik.”
“Eee…
kalau tak berlagak macam bodyguard
aku tak boleh ke?” menggerutu geram Aurora dibuatnya. Zafrin ni memang! Suka
sangat buat macam tu. Konon-konon nak nampak prihatin. Lepas tu, apa yang dia
buat? Habis semua dia pergi lapor dekat daddy. Itu yang paling Aurora
menyampah. Elok-elok dia nak hidup berdikari, semuanya musnah gara-gara Zafrin.
Bam!
Pintu
ditutup kuat. Zafrin pula termangu-mangu melihat reaksi gadis itu.
Perlahan-lahan bibir menguntum senyuman sambil menggeleng-geleng.
Sebaik
Zafrin berlalu, si jejaka di sebelah rumah menolak kembali gril apartmennya lalu
memerhati Zafrin yang sudah tiba di hadapan pintu lif. Dikerlingnya pintu
apartmen Aurora yang sudah bertutup rapat.
“Huh,
penyibuk!” gerutunya merujuk kepada Aurora lantas menutup pintu dengan kasar.
No comments:
Post a Comment