Thursday, 28 April 2016

Tolong Bagi Hati Awak 9

Merah bangkit mendadak bila ternampak kelibat Amanda mara ke arahnya.Dengan gaya lenggang lenggok pun dah boleh cam dari jauh siapa dia.Dada Merah melantun kuat serta merta.Teringat dengan kehadiran Ellina Dato Saufi yang sedang berada di dalam bilik pejabat Andhika.Setahunya,Ellina Dato Saufi ialah salah seorang kenalan Andhika yang sama-sama berkoloborasi dalam sebuah projek dengan Bumi Emas.Datang sini pun mungkin nak bincang hal projek itulah agaknya.

Kemaraan Amanda semakin menggelisahkan Merah.Masih teringat perkataan yang keluar dari mulut Amanda.Gadis bongkak ini pasti akan semburnya lagi hari ini.Mampuslah kalau dia tahu Ellina ada di dalam,silap-silap dengan Ellina dia sembur sekali.

“OMG...mati aku.Si kucing parsi dah datang.Apa aku nak buat ni?”serba tak kena jadinya.Nak menyorok bawah meja agar kehadirannya tak dapat dikesan oleh Amanda,memang bukan pilihan terbaik tapi kalau nak melarikan diri lagilah tak patut.Nanti Amanda main rempuh saja bilik Andhika,kan susah.

“Ya Allah,kau mudahkanlah urusanku dalam menghadapi situasi genting macam ni!”tangan yang ditadah disapu ke muka sebelum bergerak menuju ke tengah ruang pejabat.

“Hai,Cik Amanda.Cantiknya hari ni!”pujian penuh agenda.
Tubuh Merah yang hanya mengenakan blaus dan seluar slack serta selendang di kepala ditelek oelh Amanda atas bawah dengan menayang muka bongkak.

“Tahu tak apa.”

“Ada apa-apa yang saya boleh tolong?”

“Boleh.Tolong ke tepi.”

Tubuh Merah ditepis sedikit untuk memberi laluan agar dia dapat tuju ke bilik Andhika namun usaha Merah yang lebih pantas sedikit membuahkan hasil apabila tangan Amanda sempat dilelarnya.

“Cik Amanda nak ke mana?”

“Kau rasa aku datang sini nak melawat kau?Mestilah aku nak jumpa Andhika.Dia ada?”
“Errr...ada kat dalam bilik tapi...”

“Okey.”jelingan Amanda membuatkan Merah semakin kalut apabila langkahnya hampir saja lagi sampai di pintu.

“Nanti dulu,Cik Amanda.”

What?

“Encik Andhika...”

“Kau nak cakap yang aku kena buat appointment dengan Andy dulu?”

“Tak.Err...Cik Amanda mesti haus kan?Jom,saya belanja Cik Amanda minum teh strawberi kat dalam pantri.”Merah menarik tangan Amanda tetapi ditepis halus.

“Kau ni dah kenapa?Buang tebiat?”

“Tak.Cuma nak belanja Cik Amanda minum.Teh strawberi tu kegemaran Cik Amanda kan?”senyuman dileretkan sebelum mata dikebil-kebil comel di depan Amanda.Amanda mengherotkan bibir sambil menjeling.

“Tak payah nak buat baik sangat dengan aku.Aku datang sini bukan nak melepak dengan kau tapi nak jumpa Andy.Dah,ke tepi.”

“Cik Amanda tak boleh masuk ke dalam!”sempat Merah mendepakan tangan di hadapan pintu.Sikit saja lagi Amanda nak memulas tombol namun ketangkasan Merah mengatasi.

“Apsal pula?”suara Amanda dah naik dua oktaf.

“Err...sebab...sebab...”
Adeh,dalam waktu-waktu beginilah juga otak Merah seakan tak berfungsi.Nak cover line punya pasal!

“Bilik Encik Andhika tu tengah berselerak dan ada orang sedang kemaskan bilik tu.Mesti Cik Amanda tak selesa,kan?Sementara dia orang bersihkan bilik Encik Andhika,lebih baik Cik Amanda lepak kat pantri dulu.Boleh rehat-rehat dan segarkan minda.”

“Kau ingat kau cipta cerita dongeng macam ni boleh buat aku percaya?”Amanda menyeringai.Sikit lagi rasanya dia nak hayunkan saja beg tangan jenama mewah dalam pegangan ke kepala Merah.Bengang dengan PA Andhika ni.Ada-ada saja alasannya.Entah dari mana Andhika kutip budak hingusan ni dia sendiri tidak tahu.

“Betullah Cik Amanda.Cik Amanda tak takut ke kalau muka cantik Cik Amanda tu terkena debu yang boleh membuatkan muka cepat kedut?

“Sudah,jangan mengarut.Orang yang akan jadi kedut sebab terkena debu tu bukan aku tapi kau.Penyibuk!”tombol pintu dipulas tanpa sempat Merah menghalan malah Merah pula yang rasa macam nak menghempukkan saja kepalanya ke dinding.Mampuslah dia kalau lepas ni dia kena marah dengan Andhika.Sudah berulang kali ayat peringatan diberi kepadanya tetapi kali ini dia sudah gagal melaksanakan tugasnya seperti dia gagal dalam sebuah peperangan pula.

Dua saat berlalu,Merah mendengar dengan jelas suara nyaring Amanda sehingga dia terpaksa menutup telinga.Kalau tak tutup telinga,silap-silap boleh cair agaknya tahi telinganya.Mata Merah dilarikan ke tengah ruang pejabat Andhika.Jelas yang Andhika dan Ellina sedang duduk berbincang secara serius tetapi kemaraan Amanda membuatkan perbincangan mereka berdua tergendala.

“Amanda,apa hal ni?”Andhika yang baru bangkit menayang muka tak puas hati bila Amanda semaki mendekat dengannya malah wajah Amanda menyinga bila melihat Ellina di depan mata.

“Apa yang perempuan ni buat kat dalam pejabat you?You dengan dia buat apa sampai kena berdua-duaan macam ni?”

“You tak reti nak hormatkan orang ke,Amanda?Apsal main rempuh masuk ke sini dan buat perangai?”mencerlung mata Andhika merenung wajah Amanda di hadapan sebelum dia meliarkan matanya keluar.

“Merah!”

“Ya,Encik Andhika?”nak gugur jantung Merah mendengar suara petir Andhika.

“Berapa kali saya nak kena pesan supaya tak benarkan sesiapa pun masuk ke dalam bilik saya tanpa kebenaran?”

“Err…saya…”

“You jangan nak alih topik,Andy!I nak tahu apa yang perempuan ni buat dengan you?”kemarahan Amanda yang membuak-buak sedikit sebanyak menyelamatkan Merah dari terus dimarahi.

“I rasa you dah salah faham ni.Kami hanya berbincang tentang hal kerja.By the way,I’m Ellina Dato Saufi…wakil daripada Triangle Resources yang sedang mengadakan projek usahasama dengan Bumi Emas untuk membangunkan resort di pulau peranginan di Sabah.”Ellina bangkit menghulurkan tangan dan memperkenalkan diri dengan tenang tetapi Amanda pula tak teragak-agak untuk terus menyerang Ellina dan menolaknya sehingga tersandar ke sofa sebelum berlaku pertengkaran mulut dengan Andhika.
Sedikit saja lagi akan menjadi perang teluk,Andhika dengan cekapnya terus mengheret Amanda keluar dari pejabat meninggalkan Ellina dan kerja-kerjanya.

Berdebar dada Merah melihat tragedi di depan matanya.Buat pertama kali,dia berasa cuak melihat pergaduhan antara Andhika dan Amanda.Lama dia terkedu sambil melayan perasaan sebelum dia kembali tersedar yang Ellina masih wujud di dalam bilik itu.Sepantas kilat dia cuba membantu Ellina bangun dari sofa sambil cuba membetul-betulkan baju wanita itu.

“Cik Ellina okey tak?”

“Okey.”

“Err…saya minta maaf banyak-banyak atas apa yang berlaku tadi.Saya tahu saya salah sebab…”

It’s okay.Saya tak ambil hati pun.Saya rasa lebih baik saya balik ke pejabat dulu.Apa-apa nanti,biar saya telefon Andhika dan bercakap dengan dia.Awak jangan risau ya?”bahu Merah ditepuk-tepuk cuba meredakan kegelabahan Merah.Senyuman manis dihulurkan.Barang-barangnya dikemaskan lantas membawa langkah keluar begitu saja meninggalkan Merah keseorangan.

***

Merah mengemas-ngemas meja setelah semua kerja-kerjanya hari itu selesai.Andhika dah lama keluar dari biliknya.Katanya mahu pulang ke rumah.Itu apa yang Andhika maklumkan terus padanya tadi.Lagipun,sejak Andhika memarahinya sebab Amanda rempuh biliknya tadi,Andhika langsung tak bercakap apa-apa dengan Merah.Masih bengang agaknya dan Merah sendiri tahu memang salahnya kerana gagal menghalang Amanda buat kacau.Kadang-kadang rasa macam nak saja dia tolong buat papan tanda besar-besar dan lekatkan di depan pintu bilik Andhika.

‘Amanda not allowed.’

Huh,buat pening kepala saja!Teringat hari tu Adrian ada cakap yang dia pening kepala bila fikir hal Amanda dan Andhika.Baru sekarang dia faham kenapa Adrian kata begitu sebab dia sendiri pun dah mula pening dengan drama mereka berdua.Cakap pasal Adrian,baru dia teringat yang lelaki itu ada mesejnya sekejap tadi beritahu nak jumpanya kat lobi.Untuk apa,dia tak bertanya pula.

Turun saja ke lobi,tahu-tahu saja Merah diserang membuta tuli sehingga dia hampir saja lagi tersembam dan mencium lantai.

“Apa hal ni,Cik Amanda?”suara Merah langsung mati bila pipinya rasa pijar dek tamparan kuat Amanda.

“Kau ni memang tak guna!”
Tuduh Amanda geram.

“Apa yang saya dah buat sampai Cik Amanda tuduh saya macam tu?”

“Kau ni memang miang,kan?”

“Saya miang?Apa hal pula?”

“Apa hal kau tanya?Ni apa hal kau!”serentak dengan itu Amanda melayangkan sekali lagi tamparan kuatnya ke muka Merah tetapi untuk kali ketiga,Merah terus menahan tangannya sebelum membalas serangan gadis itu.

“Ini dah lebih dah ni.Saya tak tahu apa masalah Cik Amanda,tapi perbuatan Cik Amanda ni langsung macam orang tak berakal.Ada apa serang saya kat tempat umum macam ni?”Merah dah bersedia memasang kekudanya setelah dia melihat Amanda cuba mara ke arahnya lagi.Tak padan dengan dah tersandar rapat ke dinding,ada hati lagi mahu menyerang orang!

Angin betul dia bila petang-petang macam ni,si kucing parsi ni datang cari pasal.Sudahlah cari pasal,dia naikkan pula tangannya ke muka Merah.Berasap-asap hati Merah dengan cik bongkak ini.

“Kurang ajar punya perempuan!Kau ni memang miang,kan?Dari haritu lagi aku dah bagi warning pada kau supaya menjauhkan diri daripada Andy tapi kau degil!”sikit saja lagi Amanda mahu meletakkan tangannya ke muka Merah sekali lagi,suara Adrian bergema-gema dari belakang sekaligus menarik Amanda menjauhi Merah.

“Hei,Amanda!”

“Apa hal you ni,Adrian?!”tubuh Adrian ditolak-tolak dan ditepis-tepis melepas bara.Cubaannya untuk lolos dari pegangan Adrian tidak berhasil apabila Adrian terus mengetatkan pegangannya sehingga Amanda menyeringai menahan sakit.

“Lepaskan I la,Adrian!”

“You ni apa hal?Buat kecoh kat sini,tak malu ke?”urat-urat di leher Adrian jelas kelihatan dan mukanya juga turut memerah.

“Perempuan ni yang patut rasa malu!”cemuh Amanda sambil menudingkan jarinya ke arah Merah.

“Apa hal ni Merah?”

“Saya tak tahu apa yang sepupu awak ni cakapkan.Muka saya ni dah sedap kena tampar dan saya rasa awak patut tanya sepupu awak ni atas sebab apa dia datang tampar saya!”
Mencerlung mata Adrian merenung ke segenap wajah Amanda.Ketika itu,Adrian sudah melepaskan pegangannya daripada lengan Amanda.Amanda pula sedang membetul-betulkan rambut serta bajunya yang kelihatan kedut akibat pergelutannya tadi.

“Amanda,apsal you tampar Merah?”

Adrian,I need to talk to you.”tiba-tiba saja Amanda boleh merengek dan mengeluarkan air matanya.Entah betul atau palsu,Merah tidak mampu meneka tetapi melihat daripada roman wajahnya Merah dapat mengagak yang gadis itu mahu Merah meninggalkan mereka berdua.

“Merah,awak masuk ke dalam kereta saya dulu.Kejap lagi saya datang,”kunci kereta dihulur kepada Merah sambil memberikan isyarat sehingga Merah terpaksa mengalah.Sudahnya,Amanda dan Adrian ditinggalkan sendirian.

“Sekarang ni,you explain pada I sebab-sebab you datang serang Merah dan tampar muka dia.Explain to me!”suara Adrian naik seoktaf.

“I…I…”

“You apa?You nak cakap yang you tak sengaja?Atau you nak cakap yang you salah orang?”

“Bukan.”

“Dah tu?”

“You dengar apa yang I nak cakap dulu boleh tak?”tak semena-mena saja Amanda menghentak kaki bila Adrian seakan menuduhnya yang bukan-bukan.

“Apa yang you nak cakap?”

“You kena tolong I.”

“Tolong apa pula?”bibir Adrian menguntum senyuman herot.

“Pasal Andy.”

“Apa hal pula?”

“I geram dengan dia tahu tak?”

“Heh,itu masalah you la!”

“You tahu tak kenapa I tampar muka perempuan tu tadi?Ini semua sebab Andy mengaku pada I yang dia dengan budak hingusan yang jadi PA sementara dia tu ada hubungan.I sakit hati tahu tak?I ingatkan budak tu aje yang berangan lebih nakkan Andy.Rupa-rupanya,I yang silap.”suara Amanda termati dan berganti dengan tangisannya malah lengan Adrian pula yang digoncang-goncangnya seakan meminta pengertian dan back up daripada Adrian.

 “You jangan mengarut boleh tak?”

“I tak mengarut.Andy sendiri yang buat pengakuan tu di depan I.”

“Habis tu,you nak suruh I buat apa?”

Tangan Amanda yang tadinya berada di lengan Adrian kini beralih naik ke atas bahunya sebelum mata lelaki itu ditenung semahu-mahunya.

“I nak minta tolong you.I nak you jauhkan budak hingusan tu daripada Andy.”

“Macam tu aje?”

“Bukan kata you perlu jauhkan dia orang berdua tapi I nak you buat budak tu jatuh cinta dengan you dan lupakan Andy.Lepas tu you pandai-pandai la main peranan.Kalau you nak tinggalkan dia lepas tu pun I tak kisah asalkan dia tak ganggu hubungan I dan Andy.”
Adrian nampak ada senyuman di hujung bibir Amanda sehingga dia terjungkit keningnya.

“Apa upahnya?”

Serta merta Amanda tergelak lalu menampar dada Adrian.

“I dah agak dah.You takkan buat kerja secara percuma.Okey,macam ni.I akan pujuk papa untuk tempatkan you semula ke dalam pejabat di Bumi Emas secepat mungkin.I tahu you sepupu I yang paling boleh diharap yang menjadi kesayangan mama dan papa.I janji dalam masa beberapa hari saja you akan kembali ke sana.Dan I yakin yang papa takkan menolak permintaan I ni.”

“I tak sangka,you punya gilakan Andy sampai sanggup buat macam ni.You tahu tak yang you dah tampar anak orang tadi?Macam mana kalau Andy dapat tahu?Atau pun macam mana kalau Merah pergi buat laporan polis?Silap-silap you meringkuk dalam penjara!”

I don’t care.Papa dan mama tentu akan ikat jamin I.”jawab Amanda tanpa ragu.
Adrian merengus melepas perasaannya.

“Boleh tak you buat macam apa yang I suruh?”soal Amanda inginkan kepastian.

“Oleh kerana you ni adalah anak kepada my favourite auntie and uncle…anggap saja semua masalah you tu selesai.Tapi ingat,jangan sesekali naikkan tangan ke muka orang lagi lepas ni.Kalau tidak,you sendiri tahu apa yang I boleh buat nanti!”ugutan Adrian tu membuatkan Amanda tarik muka empat belas sehingga Adrian tergelak dalam hati.

 “Sakit lagi tak?”cubaan Adrian untuk menenangkan Merah dipandang sepi bila mereka sama-sama berada di dalam kereta.
Puas Merah tahan sabar,Adrian boleh tanya soalan bodoh macam tu.

“Tak la.Sedap gila.Awak tak nampak ke?”sinis Merah lebih kepada melepas bara.Sakit hatinya tak hilang,silap hari bulan dia sakit hati dengan Adrian sebab tanya soalan tak berapa cerdik macam tu.
Adrian menyengih.

“Sini saya tengok,”kali ini Adrian berani-berani menyentuh dagu Merah dan cuba menarik ke arahnya.Niatnya sekadar mahu melihat pipi Merah yang ditampar tadi tapi secepat kilat tangannya ditepis gadis itu sambil menjegilkan mata.

“Jangan sentuh saya boleh tak?”

“Saya nak tengok muka awak tu.Kalau luka,saya nak tolong ubatkan.”

“Tak payah.Terima kasih.”
Berombak-ombak dada Merah menahan geram.Kalau tak ikutkan rasa sabarnya,memang dah lama dia belasah Amanda tu tadi.

“Saya tak tahu apa masalah Amanda tu dengan saya.Sedap-sedap aje dia tuduh saya macam-macam dan letak tangan dia ke muka saya.Dia ingat saya ni tak bayar zakat ke apa?”

“Saya minta maaf bagi pihak dia.Saya tahu ini semua cuma salah faham aje.”

“Salah faham awak kata?Habis tu,setiap kali dia salah faham senang-senang ajelah dia kasi saya penampar membabi buta macam tadi?Muka saya ni bukan punching bag tau sampai orang lain sesedap rasa nak landingkan tangan kat sini.Saya tak tahu dah berapa pasang mata yang menonton drama percuma tadi.Kat mana saya nak letak muka ni pun tak tahu la.Silap-silap satu pejabat ketawakan saya dan jadikan bahan sepanjang tahun!”

“Saya tahu awak marah tapi saya betul-betul minta maaf bagi pihak dia.”

 “Okay,fine!”Merah betulkan tudungnya yang senget.Mujurlah Adrian ada.Kalau tidak entah apa nak jadi tadi.Silap-silap dia masuk lokap lagi sebab kasi flying kick pada si Amanda.Itu pun dia tahan aje tadi,kalau tak memang dah selamat sejahtera agaknya si Amanda berehat di katil hospital.

“Awak nak jumpa saya petang ni ada apa?Bukan ke awak cakap yang awak ada kerja kat luar KL?”baru dia teringat tentang mesej Adrian tadi lepas kemarahannya beransur reda.

“Adalah.”

Merah tenung sisi muka Adrian sambil kerut-kerut kening.Sudahlah dia masih rasa geram dengan perangai Amanda dan sekarang Adrian sengaja nak main teka teki pula.
“Awak turunkan saya kat stesen bas depan tu.Saya boleh balik sendiri!”sudahnya Merah menggertak.Bengang betullah!

“Janganlah macam ni.”

“Saya tengah tak ada mood tau.Awak nak bawa saya pergi mana?”

Somewhere special.








No comments:

Post a Comment

BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...