Merah
curi-curi pandang wajah Adrian yang sedang memandu di sebelahnya.Sejak dia
masuk ke dalam kereta lagi lelaki ini hanya diam membatu.Nak tegur tapi dia
rasa takut,nak cakap pasal hal hari tu dia rasa serba salah.Sudahnya,dia
sekadar main jeling-jeling saja.
“Ada
apa-apa yang awak nak cakap?”ayat pertama yang keluar dari mulut Adrian
langsung membuatkan Merah tak tentu hala.Mak aih,dia macam tahu-tahu saja apa
dalam minda aku.
Tekak
dicuci.Nafas ditarik perlahan.Lambat-lambat dia menggeleng seakan Adrian nampak
perbuatannya.
“Saya
minta maaf pasal hal hari tu,”sudahnya Adrian yang buka cerita dulu.
“Bukan
awak yang patut minta maaf tapi saya yang kena minta maaf daripada awak sebab
curiga dan syak bukan-bukan pada awak.Saya tahu saya tak patut cakap macam tu.I’m
sorry.”ujar Merah dengan mata terkebil-kebil macam anak kucing sambil jari
jemarinya dimain-mainkan.
“It’s
okay.Kalau saya kat tempat awak pun dah tentu saya akan buat tindakan macam
tu.Anyway,kerja awak macam mana?Okey?Andhika ada buli awak tak?”
Merah
rasa nak tergelak mendengarkan ayat terakhir Adrian.Andhika buli dia?Memang
taklah.Selama dia kerja dengan Andhika,sikit pun dia tak rasa macam kena
buli.Kecuali bila ada Amanda!Urgh!Sebut nama Amanda naik berbulu telinga
sendiri.
“Mana
ada.Encik Andhika tu baiklah.Cuma itulah...beberapa hari ni saya terpaksa ikut
dia keluar.Jumpa klien,pergi event sana sini.”
“Baguslah.”Adrian
senyum nipis bila mendengar penjelasan Merah.
“Adrian...sebenarnya
apa mimpi awak datang jemput saya lepas waktu pejabat?”hairan juga dia bila
Adrian yang dah menghilang selama dua minggu tiba-tiba boleh muncul di
hadapannya lalu menjemput dia dan bawa dia entah ke mana.Mula-mula Adrian
jemput tadi pun,cuak juga nak ikut lelaki itu tapi setelah diyakinkan yang
keselamatannya akan terjamin baru dia bersetuju.Itu pun jenuh Adrian pujuk.
“Saja
nak jumpa awak.Tak boleh?”
“Bukan
tak boleh tapi pelik sebab awak tiba-tiba datang lepas menghilang.”
Perkataan
menghilang yang keluar dari bibir Merah membuatkan Adrian tersenyum senget.
“Saya
menghilang dua minggu tu sebab ada kerja sikit.Sekarang,urusan saya tu dah
selesai sebab tu saya datang jumpa awak.”sekilas saja dia pandang Merah dan
menukar gear kereta lantas menekan minyak sederas mungkin menghalakan kereta di
jalanan.
Sebuah
restoran dijejaki.Usai memesan makanan dan minuman,Merah dan Adrian hanya
saling memandang sesama sendiri tanpa sepatah kata.Merah dah mula rasa tak
selesa.Adrian tenungnya macam nak makan orang.Nasib baiklah mereka di kawasan
umum.Jadi apa-apa,boleh dia menjerit.
“Ehem...”Merah
cuci tekak lagi.Nak halau resah yang bermukim di hati.
“Tadi
ada seorang perempuan cantik datang cari Encik Andhika kat pejabat.Katanya dia
bakal isteri Encik Andhika.Mesti awak kenal,kan?”
Buat
pertama kalinya,Merah selamba membuka cerita tentang Amanda di depan Adrian
sehinggakan lelaki itu hampir saja lagi tersedak.
“Amanda?”duganya
bersahaja.
“Ha’ah.Cik
Amanda.Cantik orangnya.Elegan,bergaya,seksi.Tapi saya pelik sebab selama dua
minggu saya bekerja,tak pernah nampak pula muka dia di pejabat.”
“Hmm…tu
mesti baru balik dari Paris la tu.”juih Adrian seakan-akan kurang berminat mahu
membicarakan hal Amanda.
“Dia
duduk kat Paris?”
“Sebelum
ni memang dia tinggal kat sana tapi sejak dua tiga tahun ni dia dah balik menetap
kat sini.Cuma sejak dua bulan lepas rasanya dia sengaja balik ke sana melawat
saudara mara.”
“Wow,patutlah
bergaya lain macam.Padan la dengan Encik Andhika.Seorang tu kacak dan seorang
lagi cantik jelita.Sesuai sangat.”
“Ada
sesuatu yang dah terjadi kat pejabat ke?”soalan Adrian tu boleh buat Merah syak
ada sesuatu yang tak kena.
“Eh,cara
awak tanya tu macam ada yang tak kena aje?”
“Nothing.”geleng.
“Lama
tak dia melepak kat pejabat tu?”
“Lebih
kurang dua jam.”
Adrian
hanya mencebir bila mendengar jawapan Merah.
“Apsal
awak buat muka macam tu?”
“Tak
ada apa-apa.”Adrian geleng lagi.
“Bila
dia orang nak kahwin eh?”
“Apsal?Awak
nak tolong buat hantaran dan bunga telur ke?Atau pun awak berminat nak jadi
pengapit Amanda?”Adrian punya sengih tu nampak sangat macam nak mengusik tapi
Merah pula yang mencebik kepadanya.
“Tak
nak la.Nanti tak pasal-pasal saya kena sound
lagi…”mulut Merah yang laju macam peluru berpandu membuatkan dia tersedar yang
dia telah terlepas kata sehingga memaksanya menekup mulut sambil menyumpah
seranah diri sendiri.Matanya juga ikut terpejam.
“Dia
sound awak?”kali ini mata Adrian dah
membulat mungkin kerana terkejut dengan kenyataan yang keluar dari celah bibir
Merah tadi.
“Ala,tak
ada apa pun.”
“Haih,Amanda….Amanda…”gumam
Adrian sambil menggeleng.
“Let
me guess...Amanda sound awak dan minta
awak menjauhkan diri daripada Andhika,betul
kan?”
“Macam
mana awak tahu?”Merah kemam bibir bila sekali lagi dia terlepas
cakap.Isyh,patutnya dia tak perlu mengaku pun yang Amanda minta dia jauhkan
diri daripada Andhika.Rasa-rasanya tak ada kepentingan pun dia beritahu
Adrian.Apa sangatlah yang boleh Amanda buat sedangkan dia sendiri tahu yang dia
dan Andhika hanya pekerja dan bos.Takkanlah Amanda nak cucuk biji matanya macam
Kassim Selamat sampai buta hanya sebab cemburukannya dengan Andhika?Lepas tu
minta Adrian jadi penyelamatnya?Heh,memang tak patut!
“Dia
sepupu saya,dah tentu-tentu saya cukup kenal dengan perangai dia.Untuk
pengetahuan awak,dialah satu-satunya pewaris tunggal Rafee Holding yang
dimiliki oleh Pak Long saya yang juga merupakan pemilik Bumi Emas tempat awak
bekerja sekarang.Kalau awak boleh bayangkan bagaimana kehidupan Paris
Hilton,dah tentu awak boleh agak bagaimana kehidupan Amanda,kan?”
“Childish,spoiled,wealthy,famous and popular.Tapi dia seorang yang bercita-cita
tinggi dan workaholic.Selain daripada
mengimpikan untuk menjadi seorang jurusolek profesional bertaraf
antarabangsa,dia juga mahu menjadikan Andhika sebagai suaminya dan tak mahu
yang lain,”sambung Adrian lagi makin galak bercerita perihal Amanda.
“Wow,dia
jurusolek profesional?”
“Hmm…dia
juga bekerja sebagai make up effect
artist.Pernah terlibat dengan beberapa projek filem dalam dan luar negara
serta beberapa klip video penyanyi tempatan.Dalam bidang pekerjaan,saya sangat
berbangga ada seorang sepupu macam dia tapi…”Adrian menggeleng.
“Hal
dia dengan Andhika,saya pening kepala.”
“Kenapa?”
Pertanyaan
Merah tu Adrian jawab dengan ketawa.Mencerun mata Merah memandang wajah
Adrian.Ini yang dia rasa nak gumpalkan saja tisu dan campak ke muka lelaki
ini.Orang bertanya serius,dia boleh gelak pula!
“Dahlah,berhenti cakap pasal Amanda.Saya bawa
awak datang sini nak makan dan bercakap hal awak.”
“Cakap
hal saya?Kenapa?”
“Saya
nak tahu pasal awak.Apa yang awak buat selama dua minggu ni.Macam mana tinggal
kat kondo tu,selesa ke tidak?Dan macam mana dengan kerja awak.Okey atau pun
tak?”
Celoteh
Adrian tentang perihal dirinya langsung tidak menarik minat Merah sebaliknya
dia lebih tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang gadis cantik
bernama Amanda.Tentu kehidupan Amanda tu tersangatlah indah.Ada rupa,ada harta,ada
kerjaya,dan ada lelaki dambaan hati.Kalau nak dibandingkan dengan dirinya,huh!Nan hado!
“Dah
lama ke Cik Amanda tu bercinta dengan Encik Andhika?”
“Entah.”
“Eee…pelik
la awak ni.Tadi cakap Cik Amanda tu sepupu awak.Encik Andhika tu pula abang awak
tapi takkan awak tak tahu berapa lama dia orang bercinta?”
“Awak
tanya-tanya saya macam ni,awak ada hati pada Andy ke?”Adrian menebak serius
sehinggakan Merah melopong.
“Awak
gila?Saya ni cuma PA dia aje,awak rasa patut atau tidak saya simpan perasaan pada
bos sendiri?Huh,memang tak la!”
“Habis
tu,kalau dia bukan bos awak…kiranya awak boleh la letak dia kat tempat
teristimewa dalam hati awak.Gitu?”
“Awak
ni betul-betul mengarut.Saya tak tahu kenapa,tapi setiap kali saya berbual
dengan awak,mesti saya fikir macam-macam.Boleh tak awak tak buat saya fikir
bukan-bukan pasal awak?”
“Okay,I’m sorry.”Adrian mencantumkan
kedua-dua tangannya lalu menayang ke hadapan Merah dengan muka
serius.Kemudian,dia hanya membatu sebelum memain-mainkan nasi goreng yang baru
dihantar oleh pelayan tadi dengan sudunya.Beberapa saat kemudian,dia menyumbat
nasi goreng ke dalam mulutnya dan mengunyah perlahan sambil membiarkan Merah
merenungnya sepuas hati.
“Hujung
minggu depan saya nak awak ikut saya.”Adrian cakap ketika nasi goreng masih
bersisa dalam mulutnya.
“Nak
ke mana?”
“Rumah family saya.”
“Err,nak buat apa?”
“Hilangkan sangkaan bukan-bukan
dalam kepala awak.”
Spontan hati Merah rasa macam
kena lastik.Mak oi,Adrian punya ayat ni boleh buat dia hilang selera makan selama
sebulan ni!
No comments:
Post a Comment