Sudu
dalam cawan kopinya dimain-mainkan sambil mengacau baki kopi.Sejak tadi lagi
fikirannya melayang-layang teringat pada Adrian.Semalam,Adrian membawanya ke
sebuah rumah perlindungan untuk mangsa-mangsa dera dan remaja yang terlibat
dengan masalah sosial.Menghabiskan masa berjam-jam di sana membuatkan dia
tersedar yang selama ini dia terlalu bersangka yang tidak-tidak pada Adrian.
Setelah
dia siasat dan jadi ala-ala CSI ketika di rumah perlindungan tesebut
semalam,baru dia tahu yang rumah tersebut di tubuhkan oleh Adrian serta
beberapa orang teman-temannya sejak beberapa tahun dulu.Menurut pengurus rumah
perlindungan tersebut pula,Adrian merupakan salah seorang penaja untuk beberapa
orang remaja di sana.Malah,Adrian juga sering turun padang membantu golongan
gelandangan serta mangsa-mangsa bencana alam di seluruh negara dan pernah terlibat
dengan misi bantuan kemanusiaan di Gaza beberapa tahun sudah.
Mengucap
panjang bila dia dapat tahu hal tersebut.Selama ini dia bersangka yang
tidak-tidak pada lelaki itu sedangkan Adrian adalah manusia yang memang berhati
mulia.Cukup mulia sehingga sanggup melakukan kebajikan tanpa meminta walau
sesen dan antaranya ialah memberi Merah dan adik-adiknya tempat tinggal secara
percuma.Bila fikir-fikir semula,dia termalu sendiri.
“Merah,masuk bilik saya
sekejap.”lamunan Merah terhenti bila suara Andhika bergendang di telinga
melalui interkom.
Isyh,Encik
Andhika ni buat terkejut ajelah!Baru nak layan perasaan,tahu-tahu aje dah
panggil.Nak apa pula bos ni?Baru aje kejap tadi masuk bilik dia update jadual,sekarang
dah panggil semula.Nak minta adjust jadual pula ke?Atau nak cakap yang
dia nak keluar dan tangguhkan perjumpaan dengan ketua-ketua jabatan sekejap
lagi?
Kopi
sempat dihabiskan sebelum Merah bangkit dan betul-betulkan bajunya.Rasa nak
mengamuk saja pada Andhika.Bukan sebab dia dipanggil masuk berulang kali ke
bilik lelaki itu tapi lebih kepada bengang sebab hal Amanda.Entah apalah
agaknya yang bosnya cakap sampaikan Amanda si kucing parsi itu boleh serangnya
di kawasan umum lalu naikkan tangan ke muka.Sesuka hati betullah mulut encik
bos yang seorang ini.Agak-agaknya kalau dia minta ganti rugi,boleh dapat tak?
“Ada apa,Encik Andhika?”tanya
Merah mendatar.
“Duduk sekejap,Merah.Ada benda penting saya
nak bincang dengan awak.”
Merah hanya menurut dan tidak
berminat untuk bertanya lebih lanjut.Dia cuma mahu memasang telinga dan
mendengar saja butir bicara Andhika.
“Pipi awak sakit lagi?”
Ayat Andhika tu boleh buat darah
Merah tersirap naik ke kepala rasanya.
“Kalau kena pelempang yang
mencecah kelajuan 100km per jam,agak-agak apa rasanya ya?”Merah bertanya dengan
niat menyindir.
“Awak dah pergi klinik?”
Soalan Andhika tu betul-betul
mengundang kemarahan Merah.
“Saya belum pergi klinik tapi cadangnya nak pergi
ke balai polis aje,”sinis Merah selamba.Andhika pula yang rasa cuak mendengar
kata-kata Merah.
“Merah,I’m sorry.Saya tahu memang salah saya tapi takkan sampai awak
nak ke balai polis?Benda boleh dibawa berbincang.”
“Memang boleh berbincang tapi Cik
Amanda kesayangan Encik Andhika tu takkan boleh dibawa berunding.Sebab itu la
pipi saya yang gebu dan mulus ni makan penampar dia secara percuma.”sedas Merah
tembak Andhika sehinggakan Andhika makin rasa bersalah.
Melihat air muka Andhika yang
jelas-jelas rasa bersalah,terus mulut comel Merah ajukan lagi pertanyaan demi
pertanyaan kepadanya demi memuaskan hati sendiri.
“Encik Andhika dah cakap apa pada
Cik Amanda sampai dia datang serang saya di tempat umum?”
“Saya tahu Amanda dah melampau
dan untuk itu saya akan bayar ganti rugi atas kecederaan awak.”Andhika balas
tanpa menjawab soalan Merah.
“Senang aje kan Encik Andhika
cakap?Bayar ganti rugi atas kecederaan.Tahu tak yang saya ni bukan kata takat
cedera fizikal aje tapi hati dan emosi saya turut sama tercedera.Dan saya tak
tahu berapa lama lagi saya mampu bertahan kat sini.Minta maaf cakap tapi tak
mustahil Cik Amanda akan ulang lagi apa yang dia buat pada saya semalam dan
masa tu ganti rugi yang Encik Andhika nak bagi tu tak bernilai apa-apa pada
saya.”
“Merah,please…saya tahu saya tersilap cakap semalam sampai jadi macam
ni.Tapi saya nak awak tahu yang saya nak bertanggungjawab atas semua yang
terjadi.Saya nak bayar ganti rugi pada awak dan saya juga nak menawarkan awak
satu jawatan sebaik saja kontrak awak sebagai PA saya tamat.”
Merah tergelak dalam
pedih.Semudah itu?
“Encik Andhika fikir maruah saya yang
dipijak-pijak boleh ditebus hanya dengan bayar ganti rugi dan tawaran pekerjaan
ke?”
“Habis tu awak nak saya buat
apa?Okey,cakap saja…saya akan tunaikan.”
Merah cuba memikir-mikir apa yang
sepatutnya dia cakap untuk tembak Andhika lagi.Tapi sudahnya ia hanya terbiar
tanpa mampu dimuntahkan.
Tak tahu kenapa,tapi bila dia
pandang wajah Andhika dia pula yang jadi tak sampai hati.Dah terfikir dah yang
dia nak tuntut saman saja,biar dia jadi orang kaya segera.Dah jadi orang kaya
segera,boleh la dia blah dari tempat
ni dan tak perlu menyusahkan diri menghadap Amanda yang terang-terang anak
pemilik syarikat ini.Huh!
“Merah?”jari Andhika
dipetik-petik di hadapan Merah sehingga dia terkejut.
“Hmm?”
“Awak dengar atau tidak apa yang
saya cakap tadi?”
“Berkenaan dengan hal semalam
tu…saya akan fikirkan apa yang saya akan buat.Dan mengenai tawaran Encik
Andhika tadi,saya perlukan masa untuk berfikir.”
“Saya harap awak tak akan tolak tawaran ni.Saya
janji yang saya akan gandakan gaji awak tiga kali ganda daripada gaji sekarang,”ujar
Andhika lagi lebih kepada memancing hati Merah.
“Tak apa,nanti saya akan
pertimbangkan tawaran Encik Andhika tu.Ada apa-apa lagi yang nak dibincangkan
ke?Kalau tak ada apa-apa,saya rasa lebih baik saya keluar sambung buat
kerja?Boleh,kan?”
“Okey.”Andhika jawab dengan berat
hati.
***
Air kopi dalam mug yang masih
berasap disisip ke mulut sambil menyandarkan tubuhnya rapat ke kabinet di dalam
pantri.Usai menelan kopi yang diminum tadi,Merah cuba mengembalikan fikirannya
kepada tawaran yang dibuat Andhika sebentar tadi.
Nak terima atau tidak?Nak terima
atau tidak?Ah,payahnya kalau dia sendiri tak mampu nak buat keputusan yang
tepat.
“Haih,aku nak terima atau nak menolak?Kalau
aku terima,terjamin
ke yang hidup aku akan aman damai kat sini?Tapi kalau aku tolak,kat mana pula
aku nak cari kerja?Zaman sekarang ni bukan senang nak cari kerja.Silap-silap
aku jadi penganggur tak bertauliah.Paling tidak pun aku kerja balik kat supermarket
tempat kerja lama tu,”bebelan Merah terhenti bila baki kopi diteguk lagi.
Baru saja air kopi lalu ditekak,nama
Merah yang dilaung dari arah pintu pantri membuatkan Merah berpaling.Serta
merta tertayang wajah manis Andhika yang entah bila sudah berdiri di situ
sambil merenungnya penuh makna.
Cawan kopi di letak atas meja
lalu membawa matanya ke arah bosnya itu.
“Ada apa,Encik Andhika?Nak saya
buatkan kopi ke?”sekadar nak berbasa basi,kalut dia mencapai cawan dalam kabinet.Sempat
Merah mencuri pandang ke arah Andhika yang sudah pun bersandar ke dinding
berdekatan dengan gaya seperti model dalam majalah.Tak dinafikan,dia memang ada
gaya tersendiri tetapi renungannya yang tak sudah-sudah ke arah Merah
membuatkan gadis itu rasa tak senang malah rasa lemas dengan perlakuannya.
“Encik Andhika nak cakap apa
sampai kena renung saya macam tu?Saya ada buat salah ke?”sengaja ditekankan
perkataan salah.
“Saja.”sepatah Andhika balas lalu
menyilangkan kedua-dua tangannya ke dada bersama kaki yang turut
disilangkan.Ini dah betul-betul macam pose
model dalam majalah!
“Nah,kopi.Ada apa-apa lagi
ke?”cawan kopi dihulur kepada Andhika tetapi lelaki itu hanya menyambut tanpa
suara.
“Encik Andhika kalau rasa
perlukan apa-apa,cakap aje dengan
saya.Saya nak balik ke meja,okey?”sebelah kening Merah dah terangkat dan
ketika dia baru saja nak berlalu,Andhika bersuara.
“Malam ni awak free tak?”
Merah memandang wajah Andhika
mencari-cari apa maknanya akan kata-kata yang baru terlepas dari mulutnya tapi
yang dia nampak Andhika sedang sedap membetul-betulkan tali lehernya tanpa
perasaan.
“Kenapa?”
“Soalan saya,awak belum
jawab.”cebik Andhika.
“Kalau saya jawab saya free,Encik Andhika nak saya buat apa?Ada
kerja lebih masa ke?Kena stayback?Atau
hadiri apa-apa perjumpaan di luar?”
“Tak.”
“Dah tu?”
“Keluar dengan saya malam ni atas
urusan peribadi.”
“Nak ke mana?”hampir terjojol
biji mata Merah mendengar alasan Andhika.
“Boleh tak?”
“Atas urusan peribadi?Maksudnya
apa ya?Saya kurang jelas.”
“Kalau awak setuju,saya akan
jemput awak malam ni pukul 8.30 malam,”bibir Andhika terkoyak dengan senyuman.
Dan kopi dalam cawan dihirup sekali.
“Sedap kopi yang awak bancuh
ni.Tapi lain kali buatkan saya teh sebab saya tak minum kopi.”
Cawan kopi yang sudah kosong
diletak ke atas meja dan berlalu meninggalkan Merah termangu-mangu di tepi
pintu pantri.
p.s nak tahu apa yang terjadi seterusnya?kenalah dapatkan naskah ini di pasaran mulai bulan Mei nanti ;)