Ketika
Adrian sedang berusaha memasukkan kunci ke lubang pintu setelah tiba di hadapan
destinasi mereka,masing-masing saling berpandangan sesama sendiri.Liur yang
ditelan rasa berpasir.Terkejut sebenarnya melihat kawasan persekitaran
kondominium mewah yang mereka sangka rumah biasa.
“Jemputlah masuk,”Adrian pelawa mereka sambil
menjinjit beberapa beg milik mereka dan menapak ke ruang tengah lalu menuju ke
ruang tamu.Beg-beg tadi diletak saja ke atas lantai berdekatan sofa dan
mendekati pintu gelangsar yang bertutup dan dihiasi dengan kain langsir.Pintu
gelangsar dibuka membiarkan biasan cahaya petang menerobos ke dalam ruang
kondo.
“Ini
rumah awak?”soal Merah dengan rasa yang masih tak percaya.Sekitar ruang kondo
yang begitu cantik,mewah dan besar dijelajahi dengan ekor mata.Kagum
sebentar.Rasa-rasanya kondominium milik
Adrian itu jauh lebih besar dari rumah sewa Pak Cik Meon malah lebih
hebat,lebih cantik dan lebih selesa.Jika mahu dibandingkan
antara kedua-duanya,bagaikan langit dengan bumi saja.
Adrian
mengangguk sekali dan Merah pula masih tak sudah memerhati kawasan dan
ruang-ruang yang terdapat di dalam kondo tersebut.Terjentik-jentik rasa kagum dalam
hati dengan apa yang sedang dilihatnya.Kemudian,dalam diam dia memuji-muji
citarasa yang dimiliki oleh tuan punya kondo ini.Nampak mewah,elegan dan ada
gaya tersendiri.
High taste betul!
Entah
berapa juta agaknya harga kondo ni.Silap-silap mencecah puluhan juta.Tak dapat
dia bayangkan berapa harga sebenarnya.Ini kalau dia kerja seumur hidup pun
belum tentu dia mampu memiliki sebuah kondo macam ni.
“Ya
Allah,cantiknya kondo ni!” teriak Imanina selamba sambil tersengih-sengih.
“Kalau
awak nak buat tinjauan sekitar kondo ni,dipersilakan.”ujar Adrian memberi
keizinan.
“Betul
ni?”Imanina tayang wajah teruja.
“Hmm.”
“Jom,Nia!”spontan
Imanina menarik tangan Tsania dan berlari ke arah bilik meninggalkan Merah
berdua dengan Adrian di ruang tamu.Terasa
dunia bagaikan mereka yang punya saja.
Hilang Imanina dan Tsania
daripada pandangan,Merah atur langkah mendekati sofa dan duduk berdiam diri di
situ sambil bermain-main dengan jari jemarinya.
“Awak okey?”seru Adrian perlahan
ketika lelaki itu sedang menghalakan langkah kepada Merah.
Merah
hanya mengangguk tapi sedikit pun tak memandang wajah Adrian yang dah
melabuhkan duduk di sofa berdekatan dengannya.
“Awak macam tak suka aje datang
sini?”teka
Adrian dengan sebelah kening ternaik.
“Bukan macam tu cuma…”jawapan Merah yang serba
salah langsung dipotong bila suara Imanina bergema.
“Kak Merah,datanglah sini
kejap.Tengok ni,ada jakuzi lagi hah!”
Merah mencerunkan matanya kepada
Imanina sambil menahan geram.Rasa macam nak piat saja telinga adiknya itu yang
seperti tak ada perasaan segan.Dia punyalah rasa serba salah bercampur malu,si
Imanina ni boleh selamba terjerit-jerit macam tu.
Kalut Merah memandang Adrian
dengan riak bersalah tetapi Adrian sekadar tersenyum.
“Pergilah kalau awak nak tengok
jakuzi tu.Saya tak kisah.”
“Err…”tiba-tiba Merah hilang
kata.Tak tahu nak cakap apa bila Adrian seakan menyokong tindakan Imanina yang
dah buat kondo ni macam dia punya.
“Adrian.”Merah berani-berani
menegur Adrian sambil meraup wajah dengan penuh rasa serba salah.
Payahnya bila dia dan
adik-adiknya seakan terperangkap dengan keadaan.Rasa-rasanya lebih baik dia
berterus terang saja kepada Adrian tentang apa yang sedang berada di dalam
fikirannya sekarang.Nanti lagi jauh perginya lagi susah dia nak cari jalan
keluar.Bahaya!
“Hmm…ada apa?”
“Terus terang saya cakap yang
kami bertiga ni tak mampu nak menyewa kondo awak ni.Saya cukup berterima kasih
pada awak atas apa yang awak dah buat pada kami.Awak tolong kami tadi pun dah
besar rahmatnya kepada kami tapi kami tak mampu bayar sewa kondo ni.Kami ni
bukan orang senang dan saya harap awak faham.”Merah menolak dengan baik
pelawaan Adrian.
Memang cari pasal kalau mereka
tinggal di sini dan membayar sewanya kepada Adrian.Silap-silap,hujung bulan
mahu makan pasir jawabnya!
“Siapa kata saya nak sewakan pada awak
bertiga?”Adrian mengangkat kening dan bersandar pada sofa tidak jauh dari
Merah.
Merah juga angkat kening sambil
tayang muka pelik.Beg sandang miliknya yang sejak tadi berada di atas riba
dipeluk erat.Bajunya dibetul-betulkan sebelum menala pandangan kembali kepada Adrian.
“Habis tu,kenapa bawa kami ke sini?”suara
Merah sudah meninggi.Tiba-tiba saja hatinya diserang bertubi-tubi dengan rasa
cuak dan takut.Janganlah cakap yang Adrian ni nak buat benda tak baik kepada
mereka!
Adrian tergelak tapi ia masih tak
mampu membuatkan Merah duduk diam di situ.Hampir saja lagi dia bangkit dan nak
membuat rempuhan ke pintu utama kondo,Adrian pantas menahan dengan suaranya.
“Awak jangan salah faham.Memang
betul saya benarkan awak bertiga tinggal di sini tapi itu tak bermakna saya mahu
sewakan.”
“Apa yang awak cuba cakap
ni?”suara Merah bergetar lain macam.Sempat lagi dia meliarkan matanya
mencari-cari kelibat Imanina dan Tsania.
Makin menggelabah Merah,makin
galak ketawa Adrian sehinggakan Merah dah siap memasang kekudanya.Beberapa
langkah saja lagi Adrian mahu menapak ke arahnya,nama kedua-dua adiknya itu
dilaung dengan mata yang hampir berkaca-kaca.
“Awak jangan macam-macam.Kalau
awak berniat nak buat benda tak senonoh pada kami,saya tak teragak-agak untuk
cederakan awak.Lebih baik awak berundur!”suara keras Merah dengan gayanya
seperti ahli tomoi membuatkan Adrian terus matikan senyuman dan menelan liur.
“Back off!”gertak Merah dengan berani.
“Merah…saya…”
“Saya dah kata,back off!”makin Adrian nak dekat makin
Merah mengeraskan suaranya.
“Nina!Nia!Jom keluar dari
sini!”Merah melaung memanggil adik-adiknya dan sejurus selepas itu,kedua-duanya
sudah terpacak berdekatan sambil memerhatikan Merah dan Adrian dengan reaksi
terkejut.
“Apsal Kak Merah?”
“Kita blah dari sini!Tak ada manusia kat dunia ni yang jujur pun!Semuanya
nak mengambil kesempatan.Buat baik tapi sebenarnya penuh dengan agenda.”sindir
Merah pedas.Dalam waktu begini,tak kuasa rasanya dia nak menjaga mulut.Peduli
apa kalau Adrian nak rasa kecil hati atau sakit hati.Sikit pun dia tak rasa
bersalah dengan apa yang baru diucapkannya.Malah,tanpa membuang masa dia
menarik tangan Imanina dan Tsania untuk keluar saja dari situ.
“Kalau awak rasa saya ada niat tak baik pada
awak,terpulanglah.Tapi sekurang-kurangnya awak kena fikir ke mana awak nak
pergi lepas ni kalau awak tak terima pelawaan saya untuk tinggal di sini.”
Mendengar suara Adrian membuatkan
Merah nak naik angin.
“Saya tak kisah kalau kena
merempat kat tepi jalan dan jadi gelandangan asalkan bukan masuk dalam mulut
harimau!”
“Merah,nanti dulu!”Adrian terpaksa
menahan langkah mereka dengan jeritannya sebelum mara ke hadapan ketiga-tiga
gadis itu.
“Demi Allah,saya tak ada niat
buruk pada awak bertiga.Saya bukan orang jahat dan berniat nak buat bukan-bukan
pada perempuan.Saya ikhlas bantu awak.”
“Heh,ikhlas bukan untuk
dijaja.Ikhlas ada kat dalam hati dan untuk itu,saya tak tahu sejauh mana awak
ikhlas.Orang zaman sekarang ni bukan peduli pun pada dosa pahala atau halal
haram asalkan dapat puaskan hati dan nafsu sendiri.”Merah tembak Adrian sedas
dengan ayat sinis sehinggakan riak wajah lelaki itu berubah.Rasa hilang punca
untuk memujuk Merah dan adik-adiknya untuk tinggal di situ dan meyakinkan
mereka yang dia tiada apa-apa niat tak elok.
“Ikut suka awak la nak fikir apa
pun tapi saya nak awak bertiga tinggal kat sini sebab saya bimbangkan
keselamatan awak.Kalau tak percaya pada saya,tak apa.Awak boleh buat keputusan
yang terbaik.”Adrian jawab dengan wajah beku.
“Kalau saya nak ambil kesempatan
pada awak,awal-awal lagi saya dah culik awak dan jual kat Siam.Tak perlu saya
bersusah-payah jumpa tuan rumah sewa awak yang cenge dan selesaikan pasal rumah sewa tu.”sambungnya lagi.
Semerta Merah rasa tersindir dek
kata-kata Adrian sehinggakan dia terpaksa menjeling pandang ke arah Imanina dan
Tsania yang hanya membatukan diri sejak tadi.
“Awak boleh tinggal kat sini
tanpa bayar sesen pun sebab saya takkan minta apa-apa caj.Buat saja macam rumah
sendiri.Lagipun,kondo ni memang kosong.Daripada terbiar macam tu saja,lebih
baik awak duduk sini dan tolong jaga kondo saya ni.”bebola mata Merah dicari
Adrian sebelum dia menyambung.
“Take it or leave it.Terpulang.”sekilas dia hantar senyum nipis
sehinggakan Merah rasa yang dia betul-betul hilang punca.
“Macam mana?”duga Adrian sambil
menyeluk poket seluarnya.
No comments:
Post a Comment