PAPAN tanda Butik Kencana ditenung dengan pandangan teruja.Leher masih seperti biasa,tergantung kamera kesayangan di situ.Gaya dah macam paparazzi sangat!
Dah puas tatap kawasan hadapan pintu masuk ke Butik Kencana,Zein Asyraff meredah masuk ke situ dengan hati berbunga-bunga ceria.
Sekeliling butik yang agak lengang itu dipandang mencari kelibat seseorang yang dia rindu separuh mati.Macam nak gila bila sehari tak menatap wajah manis itu.Bagai hidup serba tak lengkap dan tak sempurna.Hati dah terpaut suka,apa boleh buat?Mujurlah Nilla itu masih bukan milik sesiapa,ada can dia nak pancing.Itu yang beria-ia dia menayang muka tak bersalahnya hari-hari di sini semata-mata mahu lemparkan umpan.Kadang-kadang dia guna umpan kecil dan kadang kala dia guna umpan besar tapi sampai hari ini semua umpannya tak mengena.Tapi tak apa,dia bukan jenis manusia putus asa.Hari-hari lempar umpan,satu hari nanti dia yakin umpan itu akan dimakan juga.
“Hai.”sepatah sapaan Zein Asyraff sudah mampu membuatkan Nilla yang sedang menyusun beberapa stok baju ke dalam kotak yang mahu dipos kepada pelanggan butik yang berada di Sabah terkejut beruk.Jelas dadanya diurut-urut laju sambil membetulkan cermin mata yang dah senget sebelah.
“Dah tak ada muka lain agaknya nak tunjuk kat sini?Nak apa?”cebik Nilla menjeling tajam pada Zein Asyraff.Malas nak melayan mamat ni,lebih baik dia sambung buat kerja.Kotak-kotak yang dah penuh dengan stok baju ditutup kemas sebelum membalutnya dengan kertas minyak tanpa lagi menghiraukan Zein Asyraff yang tak sudah-sudah tenungnya macam nak makan orang.
“Awak nak apa datang sini?”akhirnya Nilla menyoal sebaris ayat.Dibiar saja Zein Asyraff merenungnya begitu boleh buat sakit jiwa.Sekurang-kurangnya tak adalah dirinya jadi bahan tontonan bisu oleh lelaki itu.
“Tak ada apa.Saja.”macam biasa,Zein Asyraff pulangkan jawapan yang langsung tak menepati piawaian.Menyampah betul dengan mamat stalker yang masih tak diketahui asal usul ni!
“Senangkan jadi awak ni?”Nilla mula mencebik dan mengangkat kotak besar yang dah siap dibalut menuju ke kaunter.
“Kenapa?”Zein Asyraff mengekor dari belakang.
“Yelah.Ke hulu ke hilir dengan kamera.Lepas tu kacau orang.Seronok hidup macam tu!”
Tak pasal-pasal Zein Asyraff ketawa.Nilla di depan dah buat jelingan nipis padanya sambil tangan ligat membuat kerja.
“Kenapa ketawa?Lawak sangat eh?”
“Tak adalah cuma rasa terharu dan gembira sebab ada orang peduli pada I.”Zein Asyraff tayang senyuman nipis yang mampu menggetarkan sanubari perempuan-perempuan yang mudah cair di luar sana tapi bukan pada Nilla.Lagi dihantar jelingan maut adalah!
“Hee...annoying gila!”
“Terima kasih.You nak I tolong ke?Tolong buat kerja ni atau tolong tengok...you pilihlah.”
Nilla capai gunting di atas meja kaunter dan tujah-tujahkan ke salotep sebagai tanda yang dia sedang menahan marah.Kalau tak ada salotep tu mungkin dia akan menerkam ke arah Zein Asyraff dan benamkan saja mata gunting ke leher mamat stalker ni.Menyampah gila!
“Salah cara you potong salotep tu.Biar I tunjukkan caranya.”Zein Asyraff buat-buat nak menarik gunting dari tangan Nilla tapi cepat-cepat Nilla halakan muncung gunting ke depan muka lelaki itu dengan wajah menyeringai.
“Awak jangan macam-macam.Awak datang sini nak tempah baju atau nak tempah kemarahan saya?Kalau tak ada apa-apa urusan,baik awak keluar sebelum saya bertukar jadi manusia mutan dan siat kulit awak guna gunting ni!Awak pilih!”akhirnya Nilla menggertak garang sehingga memaksa Zein Asyaff mengundur setapak ke belakang dengan muka terkejut.
“Whoaaa...relaks!”spontan Zein Asyraff tarik kamera dan mula menghalakan lensanya ke arah Nilla sehingga membuatkan gadis itu tak mampu lagi nak bertahan.Gunting di tangan dia hentak ke atas meja sebelum berlari ke arah Zein Asyraff dan merampas kamera lelaki itu dari tangan.
Tak sempat nak buat apa-apa pada kamera Zein Asyraff,lelaki itu dah siap merampasnya semula dan melonjaknya tinggi ke atas sehingga Nilla terlompat-lompat nak capai semula kamera itu.
“Awak ni memang menyakitkan hati ajelah!”tengking Nilla berang lalu memijak kaki Zein Asyraff kuat-kuat sebagai balasan.Biar puas hatinya yang satu itu.Kemudian dia berlari meninggalkan lelaki itu mengaduh kesakitan sendiri.Padan muka!
“Amboi,main kasar lagi?Nasib kaulah Zein sangkut dengan perempuan brutal macam ni.Tapi...I like!”sengih Zein Asyraff sendiri.
“What a beautiful day,huh?”Lulu tiba-tiba menyapa dari arah belakang sebelum berjalan dengan gaya penari belet menari dan mula meliuk lentokkan tubuh sebelum bertenggek di meja kaunter.Direnung saja wajah menahan sakit milik Zein Asyraff dengan senyuman lebar.
“Hai,Lulu.”jawab Zein Asyraff dengan muka merah.Mula menayang sengihan sebagai menutup perasaan malu.Sahihlah Lulu tahu apa yang jadi tadi,kalau tidak tak adanya nak sindirnya sambil menari-nari macam penari belet tadi.
“Okey tak kaki tu?”
Zein Asyraff dah rasa macam kena hempuk dengan lesung batu.Soalan Lulu memang direct.Tak ada nak belok-belok.
“Okeylah...”jawabnya pasrah.
“Alah,kesiannya.Meh sini,biar I tengok.Meh duduk kat sofa dulu.”ajak Lulu menarik lengan Zein Asyraff.
“Kat mana yang sakit?Biar I picit.”tawar Lulu tapi Zein Asyraff cepat saja menolak dan menggeleng-geleng kepala.Tak kuasa nak membiarkan si Lulu buat urutan pada kakinya yang sakit kena pijak.Tak pasal-pasal jadi gosip,naya!
“You ni pun Zein,kalau nak mengurat pun buatlah cara gentleman.Ini tak agak-agak.Kan dah kena sedas!“sindiran Lulu tepat mengena batang hidungnya.
“Dah,tak payah nak tayang muka innocent campur blur depan I.Straight to the point ajelah.You sebenarnya memang sukakan Nilla kan?”Lulu dah siap silang kaki dan lentikkan tubuhnya di atas sofa bertentangan dengan Zein Asyraff.
“Habis tu,takkan I sukakan you pula?Tak pasal-pasal kena maki percuma dengan mak I.”Zein Asyraff mencebik halus sebelum ketawa kecil.Lulu di depan dah buat muka bengang.
“Hisyh,jahat juga mulut you ni kan?Patutlah Nilla malas nak layan you.”
“Nilla ada cakap apa-apa ke?”mata Zein Asyraff laju saja mencari kelibat Nilla tapi tak nampak batang hidungnya.Tahu dah dia ke mana.Tak lain tak bukan mesti bertapa di dalam ofis Lulu yang terletak di bahagian belakang butik.
“Selain dari Mr Stalker Paparazzi,tak ada lagi benda paling teruk pasal you yang keluar dari mulut dia.Anyway,you tak ada kerja ke?Datang sini tak nak tempah baju?”
“I akan tempah baju kalau you hidangkan I air.”
“Yeah,right.Pandai bodek.Dahlah,you tunggu sini kejap.I pergi belakang bancuh air.Maklumlah bibik I semuanya dah lari balik kampung!”Lulu bangkit meninggalkan Zein Asyraff seorang diri.
“Zein,nah air yang paling special yang pernah I buat untuk tetamu I.”sorak Lulu ketika dia sedang mendekati Zein Asyraff.Gaya jalan masih lagi sama,macam ayam serama.Gelas di tangan ditenung Zein Asyraff sebelum lambat-lambat dia menyambut.
“Sky juice?”
“Hmm.”Lulu menyengih.
“Okey.”Zein Asyraff belasah saja air dalam gelas.Sky juice pun sky juicelah.Rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari!
“Lulu,Nilla mana?”
“Ada kat dalam ofis.”
“Buat apa?”
“Buat kerjalah!”
Zein Asyraff berdiam diri tapi mata meliar ke sekitar butik sehingga memaksa Lulu membuka mulut dulu.
“You pandang apa?”
“I tengok butik you ni.Dah lama ke you buka butik?”
Lulu kerut kening.Tiba-tiba saja lelaki ini bertanyakan tentang butiknya.Sedari tadi fikirannya hanya bertitik pada Nilla tapi bukan untuk kali ini.
“Lain macam aje soalan tu.Hah,jangan-jangan you ni nak skodeng butik I ni tak?”Lulu serkap jarang.
“Tak baiklah cakap I macam tu Lulu.Kalau I nak spy you,tak adalah I datang sini dengan cara paling berhemah.Anyway,I nak tahu juga serba sedikit tentang background butik you.Bukan apa,I tengok butik you ni cantik sangat.Suasananya tenang,baju-baju yang ada di sini pun lawa-lawa.Dan…orang-orang yang bekerja dalam butik ni pun cantik jelita.Tak gitu?”
Lulu menguntum senyuman mengada.Terperasan pula dia dengan pujian Zein Asyraff.
“Butik ni dah beroperasi sejak 3 tahun lepas.Itu pun lepas I ambilalih dari cousin I yang dah berhijrah ke Amerika.Sejak dari tu,I yang jaga butik ni sampai sekarang.”
Zein Asyraff mengangguk-angguk mendengar dengan teliti.
“Hmm…baju-baju kat sini memang cantik-cantik.Tak ada sesiapa ke yang datang untuk sewa?Contohnya macam untuk buat kostum parti ke,majlis-majlis korporat ke atau paling tidak pun krew produksi datang sewa untuk penggambaran drama dan filem?”
“Ada tu adalah tapi I tak berapa suka sewakan pada orang.Baju yang ada di sini kebanyakannya untuk dijual.Lecehlah kalau sewakan,bila pulangkan balik mesti cacat sana sini baju-baju I tu.Tak suka tau!”
“Oh,gitu rupanya.”
“Kenapa?You berminat nak sewa ke apa? ”
“Lulu,minta Nilla keluar sekejap.I nak pinjam dia untuk beberapa minit.Nak sembang-sembang.Please!”
“Hisyh,you ni…asyik Nilla aje yang you ingat.Asal datang sini aje nak jumpa Nilla.”Jeling Lulu berpura-pura.
“Please,Lulu yang cantik jelita.Tolong I?”
Lulu bila dah dengar Zein Asyraff pujinya jelita langsung hati kembang setaman.
“Okey...okey...tapi lepas ni kalau kaki you yang sebelah lagi kena pijak dengan Nilla,jangan salahkan I okey.I tak nak campur.”
Zein Asyraff tergelak-gelak tengok gelagat lentik Lulu sehingga lelaki itu menghilang.Selang lima minit,Nilla muncul di depan Zein Asyraff dengan wajah mencuka.
“Hidup lagi rupanya.Ingatkan dah jadi zombi!”cebik Nilla melepas bara.Dia henyakkan punggung ke sofa di depan Zein Asyraff sambil silangkan tangan ke dada dan merenung tajam wajah lelaki itu.Tadi,puas juga Lulu pujuk dia dan guna ayat psiko untuk buat dia bersetuju keluar dan berjumpa dengan Zein Asyraff.Siap tawarkan kenaikan gaji tiga puluh peratus padanya.Dengan muka pasrah dan separa rela,dia terpaksalah juga mengikut kehendak Lulu.Kalau tidak,makin berbulu telinga mendengar lelaki itu memujuknya dan berulang-ulang menyebut nama lelaki stalker yang dah buat hidupnya huru hara selama ini.
“Muka hensem-hensem mana layak jadi zombi.”
“Hei,awak jangan nak buat loyar buruk yang dah basi tu depan saya boleh tak?Cakaplah cepat apa benda yang penting sangat nak cakap!You have two minutes!”
Masa yang diberikan Nilla selama dua minit itu hanya digunakan dengan merenung wajah manis Nilla yang mengenakan selendang bunga-bunga yang membuatkan dia nampak lebih remaja.
“Times up!”Nilla bertegas dan bangkit dari sofa tapi belum apa-apa lagi tangannya dah siap dicapai oleh Zein Asyraff sehingga memaksa dia meronta-ronta minta dilepaskan.
“You are too much,Mr Stalker Paparazzi!”tubuh Zein Asyraff ditolak ganas ke belakang.Kali ini Nilla dah siap pasang kekuda lagi,nak melindungi dirinya dari lelaki di depannya ini.
“Okay,I'm sorry Nilla.I tak bermaksud nak buat apa-apa yang tak baik pada you.”kedua-dua tangan dah siap bercantum rapat satu sama lain dengan muka penuh harapan agar kata-katanya dipercayai.
“Awak ni memang menyakitkan hatilah.Psycho!”cemuh Nilla.
“Awak keluar dari sini sebelum saya telefon polis.Keluar!”jarinya dah dituding ke arah luar tapi dia lihat kaki Zein Asyraff masih terpaku di tempat dia berdiri.
“Fine.I keluar tapi lepas ni jangan terkejar-kejarkan I pula.Bye!”spontan Zein Asyraff menyengih dan mengenyit mata nakal lalu menunduk mengutip sesuatu.Ditayang saja ke arah Nilla dan berlalu keluar dengan selamba dan penuh gaya.Nilla melopong!Ternganga!Macam nak pitam dah ni!
“Awak bagi balik barang saya yang awak dah ambil tu.I'm warning you Mr Stalker Paparazzi.I want it back!”suara mengah Nilla yang baru selesai berlari mengusik gegendang telinga Zein Asyraff.Dia berpaling dan memandnag wajah kemengahan Nilla yang sedang mengesat peluh di dahi.
Pantas satu senyuman kecil tersungging di bibir.
“See?Kan I cakap jangan terkejar-kejarkan I.”
“Jangan nak buat lawaklah,stalker.Saya nak awak bagi balik barang saya yang awak ambil tadi.”
“Barang apa?Rantai ni?”rantai yang diselitkan di dalam poket seluar ditarik lalu diangkat ke depan Nilla.
“Yelah,bagi balik!”tangan dah disua ke depan dan berusaha nak capai tapi Zein Asyraff dah siap angkat tinggi.
“Boleh.I boleh bagi balik,tapi dengan satu syarat.”
“Apa?”Nilla dah hilang sabar.Benar-benar dah hilang sabar dengan kerenah lelaki ini tapi demi kerana rantai tangan kesayangannya yang dah jatuh ke tangan Zein Asyraff masih belum diperoleh,terpaksalah dia mengalah.Just for this time!Ever!
“Ikut I.”tak semena-mena Zein Asyraff tarik tangan Nilla dan heretnya keluar dari kawasan bangunan.Ke mana,Nilla sendiri tak pasti.
No comments:
Post a Comment