Monday, 2 March 2015

Mr Stalker...Saya Cintakan Awaklah! 23

Bab 23

TENGAH HARI.Ziyan baru nak angkat kaki meninggalkan bilik pejabatnya kerana ada urusan di luar.Dia perlu ke sebuah agensi untuk mengadakan sesi temubual eksklusif dengan seorang model tapi belum pun sempat kaki melangkah keluar,telefon bimbitnya menjerit nyaring.

Nombor yang tidak dikenali membuatkan dia cuak sedikit tapi memandangkan panggilan dari nombor berkenaan sudah dua tiga kali masuk ke telefon bimbitnya,dia pasrahkan saja hati menjawab.Manalah tahu kalau-kalau ada mana-mana pemberi maklumat yang telefon nak mengkhabarkan tentang gosip terhangat mana-mana artis.

Suara lelaki yang cukup dikenalinya menyapa telinga.Pintu bilik pejabat yang dah terbuka separuh ditutup semula.Kemudian,berlaku sedikit pertengkaran sehingga menimbulkan perang mulut.

Pergi jahanamlah kau,Andy!”tempik Ziyan menggila.Hampir saja lagi dia nak membaling telefon bimbitnya namun niat itu pantas mati.Segera wajah diraup berkali-kali menghalau resah dan galau di jiwa.

Tak guna punya Andhika.Nak apa lagi cari aku?!”soal Ziyan sambil terduduk di atas kerusinya.Lama dia berdiam diri,membiarkan nafas semputnya kembali normal.Tak tahu nak buat apa,akhirnya dia bercadang mahu ke pantri saja untuk membasahkan tekak dengan secawan Horlick panas.Mungkin nanti kepalanya yang sedang berserabut dan hati yang berkocak itu dapat dipulihkan semula.

Pantri dituju.Satu mug kaca dicapai sebelum mengambil balang kaca yang mengandungi Horlick.Serbuk Horlick diletak beberapa sudu ke dalam mug.Peket biskut yang terletak elok di atas almari diambil.Mahu mengisi perut dengan biskut.Sekejap lagi nak buat tugasan luar.Tak ada selera nak makan makanan berat.

Mug yang sudah berisi serbuk Horlick ditenung sekejap lantas menadah air panas dari tangki.Fikiran Ziyan mula melayang-layang.Memikirkan macam-macam hal yang dah berlaku dalam hidupnya sejak akhir-akhir ini.Ligat kepala berangan,telinga tertangkap bunyi suara seseorang dari belakang.Terkejut beruk barangkali dengan sapaan yang tiba-tiba itu sampaikan jantung mula mengepam dengan laju.Tak sempat nak elak,mug yang sedang berisi air panas gagal dipegang elok-elok sehingga tertumpah mengenai tangannya.

Ziyan dah mula menggelupur macam cacing kepanasan.Tangan yang dah terkena air panas dikibas-kibas sekadar mahu menghilangkan rasa pedih yang mencucuk-cucuk.Mula nampak merah.Macam nak melecur.

Zein Asyraff di belakang kaget.Tak menunggu lama,dia tarik tangan Ziyan menuju ke kerusi lalu didudukkan Ziyan.Dengan muka kalut,dia berlari ke almari dan mencapai balang yang mengandungi serbuk kopi.Balang dibuka sebelum mencapai sudu dan mencedok serbuk kopi lalu meletaknya ke atas tapak tangan.Ziyan dipandang sekilas lalu ditarik saja tangan Ziyan yang terkena air panas tadi.Serbuk kopi dalam genggaman ditepekkan saja disekitar kawasan yang cedera sehingga membuatkan Ziyan terbuntang biji mata.

You nak buat apa ni?”

Sakit lagi tak?”soal Zein Asraff tanpa menjawab pertanyaan Ziyan.

Sakitlah juga.”

Biarkan serbuk kopi ni atas tangan you.Jangan cuci.Dalam masa setengah jam lagi,you akan rasa okey.”

Ziyan hanya tenung wajah Zein Asyraff kurang percaya.

Kenapa you tenung I macam tu?”tebak Zein Asyraff sambil menyapu rata serbuk kopi yang dilumurkan di tempat cedera tadi.

Oh,kalau you nak tahu ini adalah salah satu cara rawatan paling cepat untuk elak kulit melecur akibat terkena air panas.”penerangan ringkas Zein Asyraff buatkan kepala Ziyan terangguk-angguk.

Petua.”ujar Zein Asyraff lagi.

I'm so sorry Ziyan.Million sorry sebab dah buat you terperanjat.Sakit lagi tak?”tangan Ziyan yang dah penuh dengan serbuk kopi ditenung.Semerbak bau kopi mengisi ruang udara,menerjah rongga hidung.

It's okay.Sikit aje ni!”jawab Ziyan lambat-lambat.Satu senyuman kelat dilorekkan di wajahnya seraya merenung wajah cemas dan serba salah milik Zein Asyraff.

'Sakit macam mana pun,kalau kau yang ubatkan tangan aku...hilang semua sakit,Zein!'bisik Ziyan sendiri.

Are you sure?

Yes,sure.Jangan risau.Esok lusa okeylah ni.”Ziyan menekur roman muka Zein Asyraff sesaat sebelum menyoal lelaki itu.

Anyway,ke mana you menghilang tadi?Tak nampak pun kat workstation you?”

Tadi I pergi studio di bawah.”

Buat apa?”

Hantar pendrive pada Bard.”

Lamanya?”

Hmm...boleh tahanlah sebab ada discussion sikit.”

Macam mana dengan kereta you?Dah okey ke?Atau masih kat workshop lagi?”

Dah okey dah.Semalam juga siap.”jawapan yang diterima dari Zein Asyraff agak menghampakan.Dia sangat berharap yang kereta Zein Asyraff masih lagi berada di bengkel,jadi tak ada alasan untuk lelaki itu menolak jika dia mempelawa menaiki kenderaannya nanti.

Eh,tadi you nak minum,kan?Sekejap I buatkan air yang baru untuk you.Err…air apa?” tanya Zein Asyraff kalut kerana menyedari kecuaiannya tadi yang telah menyebabkan Ziyan cedera.Tidak ingin membiarkan Ziyan menyoalnya lagi kerana dia berasa kurang selesa apabila segala perihal dan gerak gerinya harus dimaklumkan.Rasa kurang bebas!

Air apa-apa pun boleh.”balas Ziyan sambil melebarkan matanya besar-besar.Layanan Zein Asyraff itu membuatkan dia lupa diri sebentar.Zein Asyraff pula tidak membantah lalu laju saja tangannya membancuh air untuk diberikan pada Ziyan.

Amboi,bukan main lagi bergelak ketawa dalam pantri….berdua pula tu.Tak takut kena tangkap basah ke?”ujar Kak Zana yang secara tiba-tiba mencelah antara Zein Asyraff dan Ziyan.Serkap jarang!

Pada hal tak ada banyak mana pun perbualan antara kedua-duanya.Masing-masing melayan perasaan.
Ziyan mencebik.

Isyh,andartu ni.Potong jalan betul!’gerutu Ziyan dalam hati.

Tak apalah,kalau kena tangkap basah apa susah.Kahwin ajelah.Free kan?”sindir Ziyan menghalakan matanya menekur wajah Zein Asyraff.Semerta Zein Asyraff ketawa kecil.

Memanglah free.Dapat maki free dari keluarga.”cebik Zein Asyraff bersahaja.Tiada kuasa mahu menokok nambah cerita dan buat lawak basi memandangkan hatinya sedang tak sedap sejak tadi.Tak ada perasaan nak bergurau.

Kak Zana ketawa terkekeh-kekeh macamlah apa yang baru disebut Zein Asyraff itu lucu sangat.Ziyan dah buat muka.Lemas dengan kehadiran Kak Zana yang dianggap mengganggu masanya untuk berdua-duaan dengan Zein Asyraff.

Macam-macamlah kau ni Zein!”Kak Zana terus mencapai satu mug dari almari dan menuang air kosong sebelum berlalu mendekati Ziyan dan duduk bertentangan dengan gadis itu.

Apa kes dengan tangan kau tu Ziyan?Dah terlebih sangat ke apa serbuk kopi dalam pantri ni sampai kau nak buat scrub?

Kak Zana,kalau saya nak buat scrub tak ada makna nak letak serbuk kopi ni kat tangan.Baik saya pergi mana-mana spa aje.Ni hah,tangan kena air panas tadi.Zein kata ni petua untuk kurangkan sakit dan elak kulit jadi melecur.”

Macam mana boleh kena?Cuai betullah!”tangan Ziyan dibelek depan belakang.

Sikit aje ni.Kejap lagi okeylah.”tingkah Ziyan memotong kata.

Ini semua sebab sayalah,kak…tegur Ziyan tak bagi salam.Air panas dalam mug dah tumpah kena tangan.Kesian kat Ziyan.Tapi tak apa,sekejap lagi I bawa you pergi klinik ajelah.Jumpa doktor dan dapatkan rawatan yang sepatutnya.Serbuk kopi atas tangan you tu sementara aje.” cadang Zein Asyraff akhirnya mengalah.Rasa serba salah bila melihat tangan Ziyan yang tercedera disebabkan dirinya.Main redah tegur orang tak bagi salam.Itulah padahnya.

Really?”Soal Ziyan separa teruja.Hati mula nak rasa kembang setaman dah bila dipelawa oleh Zein Asyraff.

Yup.I risau kalau tangan you tu jadi makin teruk.”rasa bersalah yang tidak pernah surut sejak tadi memaksa Zein Asyraff mengajak Ziyan ke klinik.Bimbang juga kalau-kalau kecederaan Ziyan jadi lebih teruk nanti.

Okey.”jawab Ziyan sepatah sebelum mengulum senyuman.

Keluar saja dari klinik,Zein Asyraff mendapat satu panggilan telefon yang tidak Ziyan ketahui.Berkerut-kerut wajahnya memandang Zein Asyraff yang sedikit menjauh itu.Entah apa butir bicaranya tidak pula dia ketahui tetapi nampak macam penting saja.

Ziyan mendengus lalu membelek tangannya yang sudah dirawat oleh doktor.Di tangan kirinya ada plastik ubat yang diberikan oleh doktor untuk disapu.Tangannya tidaklah teruk mana. Lecurnya cuma sedikit.Dalam masa seminggu mungkin tangannya akan pulih seperti biasa.

Ziyan…I ada hal sekejap.Boleh kan you ambil teksi balik ke pejabat?”Zein Asyraff mendekati Ziyan sambil mematikan talian telefon.

You nak pergi mana?I ingat nak ajak you temankan I pergi lunch.”

I’m sorry Ziyan sebab tak dapat nak hantar you ke pejabat semula tapi I betul-betul ada hal yang tak dapat nak dielakkan.”

You ada photoshoot kat luar ke?”

Bukan…tapi personal matters.Nanti you tolong beritahu Kak Zana yang I akan masuk ke pejabat semula dalam pukul 3 macam tu.Apa-apa nanti I call ofis.”Ucap Zein Asyraff bersungguh-sungguh.

Ziyan dah mula menggumam.Mula nak sumpah seranah dalam hati bila keinginannya ditolak mentah-mentah.Dah lah kena balik pejabat naik teksi!

Ziyan,are you okay with that?”Zein Asyraff goncang sedikit bahu Ziyan dan gadis itu hanya mengangguk lemah.

Tak apa,nanti you claim dengan I tambang teksi.Sorry ya!”ucap Zein Asyraff mendekati keretanya kalut-kalut.

Sakit hati Ziyan mengenangkan perbuatan Zein Asyraff.Masih tertanya-tanya ke mana sebenarnya lelaki itu mahu pergi sehingga sanggup meninggalkannya di hadapan klinik dan meminta pulang ke pejabat menaiki teksi?Penting sangat ke hal lain tu berbanding dirinya yang sedang sakit ni?

Hati Ziyan berdentum dentam tak sudah.Macam bunyi meriam buluh dan bunga api malam tahun baru.

Kelibat Zein Asyraff yang mula berlalu dengan keretanya ditenung bagai nak terkam.Sakit hati.Sentap.Laju-laju dia membaling plastik ubat di tangan ke dalam longkang berdekatan sebagai tanda protes.Asap hitam milik kereta Zein Asyraff yang dah berlalu hanya dijeling dengan pandangan geram.Sebal!



No comments:

Post a Comment

BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...