“Kau dengan jiran psiko
tu ada apa-apa ke?” Soal Puteri ketika kami sama-sama sedang menjamu selera di
sebuah restoran makanan Jepun.
“Siapa? Adhwa?”
“Habis tu, siapa lagi
jiran kita yang psiko?” Puteri menyengetkan bibir lalu disambut oleh tawa Gina
di sebelahnya.
“Merepeklah kau ni. Aku
mana ada apa-apa dengan dia.” Aku menggelengkan kepala beberapa kali cuba
menafikan.
“Ya ke ni? Macam tak
percayalah. Mata aku ni tak pandai menipu tau. Dah banyak kali aku ternampak
Adhwa asyik pandang kau tambah-tambah sejak kau jadi single balik.”
“Sejak dulu lagi memang
perangai dia macam tu, kan? Macamlah kau tak tahu!”
Aku tercebik-cebik.
Jika disebut soal itu, jangankan Puteri. Aku punya mata pun memang tak menipu.
Memang lelaki itu suka pandang aku seperti ada sesuatu. Tapi, apa yang aku
boleh buat? Suka hati dialah. Mata dia, kan?
Lagi pun… aku dengan
Adhwa sudah lama tidak bertegur sapa. Jadi, di mana logiknya aku dengan dia
punya sebarang hubungan?
“Anyway, bila Krisya dengan Mifzal nak kahwin?” Lekas-lekas aku
menukar topik. Mengenangkan Krisya tidak ada bersama kami, sengaja aku
membangkitkan perihal dia.
“Entah. Mungkin hujung
tahun ni. Itu pun kalau berjodoh. Kalau tidak… kita semua makan nasi minyak kau
dulu, Sara!” Gina ketawa-ketawa mengenakan aku.
Menjeling sebal aku
dibuatnya bila kedua-dua temanku itu ketawa galak. Ah, bencilah!
“Korang kena ingat, aku
ni dah jadi single balik. Macam mana
aku nak kahwin kalau boyfriend pun
tak ada?” Sengaja aku buat ayat sedih. Kut la mereka berdua terlupa yang aku
baru saja memutuskan hubungan dengan Syazwan. Jadi, dengan siapa aku nak kahwin
kalau tak ada mana-mana lelaki yang boleh dijadikan suami?
Lagi pun, sejak
memutuskan hubungan dengan Syazwan… aku lebih banyak menghabiskan masa dengan
kerja. Tiada masa aku nak pergi cari pengganti atau memikirkan soal jodoh.
“Kau ajaklah Adhwa si
jiran psiko bercinta dengan kau!” ujar Puteri lalu ketawa terkekeh-kekeh.
“Gila!”
“Kalau kau tak nak kat
Adhwa, kau cari ajelah mana-mana lelaki yang sesuai. Lagi pun, tak jadi satu
masalah pada kau nak cari mana-mana lelaki, kan? Apa ada hal? Satu pergi
sepuluh mari.” Gina menokok, membuatkan aku mencebik bibir kepadanya.
Banyaklah dia punya
satu pergi sepuluh mari. Dia fikir hati aku ni macam Touch n Go agaknya?
“Betul tu… betul. Mana-mana
lelaki yang tengok kau pun mesti akan cair punya. Kau kan ala-ala Miss
Universe!”
“Korang perli aku ek?”
“Kitorang cakap benda
yang betullah. Kau dah lupa ke macam mana kisah kau dengan Syazwan bermula?
Lepas dua minggu kau putus dengan Farid, kan? So… kau nak tunggu apa lagi? Dah lebih sebulan kau putus dengan
Syazwan. Carilah boyfriend baru. Cari
pengganti. Kut kitorang boleh makan nasi minyak kau. Kan, Puteri?” Gina
mengenyit-ngenyitkan mata kepada Puteri sambil menahan ketawa.
Aku terdiam
mengenangkan kata-kata Gina. Aku tidak menafikan yang aku senang move on daripada kisah cinta yang lepas-lepas.
Kerana, aku suka memberikan peluang kepada diri sendiri untuk bahagia. Buat apa
mahu menangis untuk perkara yang sia-sia? Lagi pun, hidup ini terlalu singkat.
Aku mahu menikmati setiap detik dengan sebaik-baiknya sebelum dipanggil pulang
oleh sang pencipta.
“Kalau aku bercinta
lagi, korang rasa aku akan terima satu lagi nota misteri tak?” Terluah juga
akhirnya persoalan yang membelenggu aku sejak sekian lama.
“Urm, no comment.” Puteri menjawab.
“Mungkin. Itu pun kalau
pengirim nota tu masih hidup!” Gina tersengih-sengih sebelum disinggung Puteri.
“Aku bukan apa, beb.
Aku cuma curious. Korang ingat tak
apa yang pernah terjadi dulu? Masa aku dengan Farid, aku terima nota. Dua
minggu kemudian dia ditangkap polis sebab kes dadah. Kemudian, tak lama selepas
aku terima nota kesembilan… Syazwan pula ditangkap khalwat dengan perempuan
lain. Bukan itu saja. Dengan bekas-bekas kekasih aku yang lain pun macam tu. Tak
lama selepas aku terima nota misteri mesti diorang akan buat hal. Jadi, korang
rasa apa yang pengirim nota tu cuba sampaikan kepada aku? Dia nak apa daripada
aku? Apa motif dia?”
“Mungkin dia cuma nak protect kau.”
“Daripada apa dan siapa?” Aku membulatkan mata
setelah mendengar kata-kata Gina.
Dia mahu melindungi aku
daripada apa? Aku ni bukan siapa-siapa. Tidak ramai yang tahu latar belakang
keluargaku kecuali orang-orang terdekat. Manalah tahu semua ini ada kaitan
dengan keluarga aku tetapi jauh di dasar hatiku merasakan bahawa itu sesuatu
yang mustahil.
“Daripada lelaki-lelaki
tak guna!” Balas Gina semula sebelum aku tersentak.
“Maknanya, berdasarkan
teori kau… dia sebenarnya sedang memerhatikan aku?”
“Yep. Exactly. Dari dulu lagi memang dia skodeng kau, Sara. Takkan itu pun kau tak boleh fikir?” Gina
memandan tepat ke mataku manakala Puteri pula hanya bersilang tangan sambil
bersandar ke kerusi.
Benarkah telahan Gina
itu? Maknanya, selama ini memang ada seseorang yang sedang memerhatikan aku?
Tetapi, di mana dia?
Kalut aku mengitari
mata ke sekitar restoran tetapi tidak ada seorang pun yang kelihatan
mencurigakan kecuali…
Chopstik di tanganku
hampir saja lagi terlepas sebaik aku ternampak kelibat seseorang di pintu masuk
ke restoran. Sebaik mata kami berlaga, dia laju melencongkan langkah
menghampiri aku.
“Hai, Kaisara.” Daniel
Ilham menegurku. Seorang wanita berusia setengah abad tetapi masih anggun
berada di sisinya.
“Hai, Daniel.”
Teragak-agak aku menjawab sapaannya.
“You sihat?”
“Sihat,” jawabku
sepatah. Aku mengerling ke arah wanita di sisinya.
Tanpa teragak-agak,
wanita itu menghulurkan tangan kepadaku.
“Ini mommy I.” Aku
menyambut huluran tangan wanita tersebut sebelum tubuhku tenggelam ke dalam
pelukannya tanpa dijangka.
“Kaisara… anak
Raihana?” aju Puan Sri Safiya sesudah meleraikan pelukan.
“Iya. Puan Sri Safiya,
kan?”
“Isk, apa pula Puan
Sri. Panggil saja Auntie Safiya.” Auntie Safiya menepuk-nepuk tanganku yang
berada di dalam genggamannya bersama senyuman lebar sebelum menyambung…
“Maafkan
auntie. Mungkin Sara tak ingat tentang auntie. Tapi, kalau Sara nak tahu… masa
Sara kecil-kecil dulu… auntie pernah ke rumah keluarga Sara. Daniel ni… Sara
tak ingat ke? Dia kan pernah main masak-masak dengan Sara dulu?” Mendengarkan
kata-katanya, aku terasa seperti hendak meledakkan tawa tetapi aku terpaksa
menahan diri kerana tidak mahu memalukan sesiapa.
“Mommy, apa ni?” Daniel
di sisi Auntie Safiya hanya terkulat-kulat menahan segan. Aku rasa yang dia
benar-benar terasa malu apabila kisah lama-lama diceritakan di hadapanku dan
teman-temanku.
“Alaa… nak malu apanya?
Mommy saja nak imbas memori lama. Sara… auntie rasa gembira sangat bila dapat
berjumpa dengan Sara hari ni. Mujurlah auntie ke sini. Kalau tidak, sampai ke
sudah auntie tak berkesempatan berjumpa dengan kamu. Daniel ni pun bukannya
reti nak ajak Sara datang ke rumah. Asyik sibuk memanjang.”
“Bukan Daniel yang
sibuk, mommy. Tapi, Kaisara. Macam mana Daniel nak ajak dia ke rumah kita?”
Daniel mencelah membuatkan kening aku terangkat.
“Betul ke, Sara?”
“Hmm… ya… ya… memang
Sara sibuk sejak kebelakangan ni. Lagi pun, dah dekat hujung tahun kan?” Aku
ketawa palsu sambil melirikkan mata kepada Daniel.
Jika diikutkan hatiku
ini, mahu saja aku mencucuk biji mata si Daniel. Memandai-mandai sajala buat
cerita pada hal dia sendiri tidak pernah mengajak aku ke rumah keluarganya.
“Auntie dengan Daniel
cuma berdua aje ke?” Aku menyoal sekadar mahu berbasa basi.
“Iya, cuma berdua. I
saja ajak mommy dating kat sini. Nak spend time dengan mommy sementara mommy
tak sibuk. You tahulah kan, mommy I ni macam mana. Busy woman!” Daniel tersengih mengenakan Auntie Safiya semula.
“Sara dengan
kawan-kawan dah lama kat sini?” Auntie Safiya menghalakan mata kepada Puteri
dan Gina sebelum memandang aku.
“Dah lama, auntie.
Kitorang dah nak habis makan pun.”
“Jom, duduk sekali
dengan auntie lepas ni.”
“Tak apalah, auntie.
Mungkin lain kali. Sara tak nak ganggu auntie dengan Daniel. Lagi pun, lepas ni
Sara dah ada plan dengan
kawan-kawan.” Aku mengerling Puteri dan Gina untuk meminta sokongan tetapi
masing-masing buat tak reti saja.
Aduhai, cari nahas namanya
kalau aku menerima pelawaan Auntie Safiya. Tak pasal-pasal aku terpaksa menadah
telinga mendengar cerita-cerita daripada Daniel yang tak membantu aku
mengembangkan minda. Malah, aku tidak sanggup untuk mendengar usikan-usikan
yang bakal diledakkan oleh Puteri dan Gina sekiranya hal itu terjadi.
“Beb, siapa mamat handsome tu?” Puteri bertanya sejurus
saja Daniel dan Auntie Safiya berlalu.
“Anak kepada kawan mama
aku,” jawabku acuh tak acuh.
“Kenapa kau tak pernah
cerita yang kau ada kenalan handsome
macam tu?” Sekali lagi Puteri ajukan soalan.
“Tak kuasalah aku nak announce kat satu dunia pasal dia. Lagi
pun, bukan dia seorang yang handsome
kat dalam dunia ni.” Tercebik-cebik aku dibuatnya.
Kalau sebab itulah aku
perlu cakap pada Puteri akan kewujudan Daniel di dalam hidupku, memang dia
silap.
“Sejak tadi lagi aku
nampak kau dengan dia asyik bermain mata. Berani kan korang berdua main mata di
depan mak dia? Entah-entah… kau dengan dia ada apa-apa tak?”
“Hesy, kau mengarut apa ni Puteri? Tak kuasa
aku!”
“Eee… jangan nak propa
Sara. Mata aku ni tak menipu tau!”
“Suka hati kaulah nak
cakap apa pun, Put.”
“Eee… serius ke kau ni,
Sara? Macam tak percaya! Kau tak rasa apa-apa kat dia ke? Mamat tu sikit punya handsome. Dahlah handsome, anak Puan Sri lagi. Rugi!”
“Put, handsome
dan cantik ni satu perkara yang subjektif tau. Tak semestinya kat mata kau dia
nampak handsome, kat mata aku pun
akan nampak benda yang sama. Lagi pun, muka handsome
tak menjanjikan apa-apa. Bila dah tua nanti, berkedut juga.”
“Haih, rugi betul! Kau
sepatutnya ambil peluang ni untuk curi hati dia. Lelaki macam itu, cuma ada
satu dalam sejuta. Kau tak patut lepaskan dia macam itu saja tau!”
Tercebik aku
mendengarkan hujah-hujah Puteri. Ada-ada sajalah dia ni.
“Sebenarnya, kan…” Aku
mengetap bibir sambil berkira-kira sama ada mahu membocorkan rahsia yang selama
ini aku simpan kemas-kemas daripada pengetahuan sesiapa atau pun tidak.
“Sebenarnya apa?
Sebenarnya kau dah lama jatuh cinta dengan Daniel tu?” Celah Gina yang sedari
tadi hanya menyepikan diri.
“Isk, bukan macam
itulah. Yang sebenarnya… okey, kalau aku cerita hal ni kat korang, janji jangan
gelak.”
“Janji!” Kedua-dua
Puteri dan Gina berkata serentak.
“Sebenarnya, Daniel tu
calon suami pilihan mama aku. Tapi, aku tolak sebab masa tu aku masih bercinta
dengan Syazwan.”
“Then?” soal Gina.
“Nothing.” Aku menggeleng.
“Kau tolak Daniel sebab
masa tu kau masih dengan Syazwan. Tapi, sekarang ni kau dah tak ada sesiapa.
Mama kau tahu tak pasal hal ni?”
Sekali lagi aku
menggeleng. Runsing aku memikirkan hal ini sebenarnya. Mama sudah berkali-kali
menelefon aku bertanyakan aku tentang Syazwan dan berkali-kali juga aku
berdalih. Sebenarnya, aku tiada keberanian untuk memberitahu mama tentang
segala yang telah berlaku di antara kami.
Aku malu. Kerana aku
terlalu beria-ia bercerita pada mama tentang kebaikan Syazwan. Tetapi, setelah
terjadi semua ini… aku tidak tahu apa yang mama akan fikirkan nanti.
“Just
tell her the truth. Aku rasa mesti mama kau akan faham. Lagi pun, ada chance la mama kau nak berbesan dengan
Puan Sri tu… kan? Bila kau kahwin dengan Daniel tu nanti… mesti bahagia hidup.
Ada anak-anak nanti mesti comel, kan Gina?” Puteri tersengih-sengih membuatkan
aku menggerutu geram dengan dia.
Hesy, tak kuasalah aku
nak kahwin dengan si Daniel tu. Apatah lagi cuba membayangkan yang aku dengan
dia ada anak-anak bersama. Oh, tak logik sungguh!
Tapi… di antara hal
Daniel dan hal Syazwan… aku lebih risaukan hal Syazwan. Perlukah aku berterus
terang saja kepada mama tentang apa yang sudah terjadi di antara aku dan
Syazwan?
***READY STOCK, JUALAN ONLINE SAHAJA
HARGA : RM43SM / RM47SS
Whatsapp 017-5080311
Whatsapp 017-5080311
Whatsapp 017-5080311