Saturday, 8 October 2016

Calon Pengantin Untuk Dipilih 4

Carl henyakkan punggung ke sofa di dalam bilik rehat yang terletak di dalam kafe.Terkebil-kebil dia memandang siling sambil memikir-mikirkan kata-kata ibunya tadi.Rambutnya dilurut-lurut sambil merengus.Kemudian,butang t-shirt ditanggalkan satu per satu sekadar memberi ruang agar dia dapat bernafas dengan baik.
Namun semakin lama dia semakin panas hati.Berbahang-bahang wajahnya dek asyik memikirkan apa yang diucapkan oleh Sameera.

Argh,stress!”pekiknya melulu.Geram bila Sameera beri kata dua padanya.Jika mahu dirinya dimaafkan,dia mesti berkahwin dalam masa terdekat ini dengan calon pilihan keluarga.Terasa dadanya bagai sedang dihempap dengan batu besar.

Kenapa sekarang ini dia merasakan yang kata putus Sameera tadi lebih pedih berbanding perasaannya ketika dia gagal mendapatkan projek Corporate Fitness?

‘Mama nak Carl balik ke sini hujung minggu depan.Mama nak kenalkan Carl dengan anak kawan mama yang baru balik dari Australia.’terdengar-dengar lagi suara Sameera memberi arahan padanya.

Hell no!Kalau mama nak jodohkan aku dengan perempuan yang belajar di Mesir sekali pun belum tentu aku akan terima.”gumamnya bersama rasa sakit hati.

iPhone di atas sofa dicapai.Kemudian dia ketuk-ketuk sedikit dahinya dengan hujung telefon pintar itu sambil mendengus-dengus.

Tuk! Tuk! Tuk!

Terdengar pula pintu bilik rehat itu diketuk buat Carl makin terbakar.

Tuk! Tuk! Tuk!

“Bos!”

“Nak apa?” Carl mengeraskan suara bila ternampak Jimmy pengurus kafe itu datang menjengulkan kepalanya di balik pintu.

“Err...sorry bos.Ada orang nak jumpa.”

“Lain kali ajelah.Aku tengah tak ada mood.Kau cakap kat orang tu...kalau nak jumpa aku sila buat appointment.”

Jimmy menggaru-garu belakang tengkuk.Nampak serba salah.

“Err...”

“Apa yang kau duk tercegat lagi kat depan pintu tu?Beritahu dia yang aku tak nak jumpa dia.Takkan itu pun susah?”

“Tapi...”kata-kata Jimmy terhenti sebaik saja pintu bilik yang hanya separuh terbuka dikuak lebar.

Hey,you!
Terbuntang terus mata Carl bila nampak seseorang sedang bergerak masuk mendekatinya.
***

 “Busy sangat ke sampai tak nak jumpa I?”serang Anggerik menonong sambil bercekak pinggang.Atas bawah dia pandang Carl yang baru bangkit dari duduknya dengan muka tak puas hati.Kemudian,bahu Carl ditumbuk-tumbuk sambil menjeling tajam.

Hey,babe.Buat apa kat sini?”

“Buat apa lagi selain nak dengar gosip dari you.Oh my god!I dengar you reject calon pengantin lagi.Betul ke?”selamba badak saja Anggerik menarik lengan Carl ke arah sofa sebelum menolak tubuh lelaki itu ke situ sebelum sama-sama duduk.Tanpa mempedulikan wajah mencuka Carl,terus saja Anggerik tongkatkan tangannya ke penyandar sofa dan menyelesakan diri sambil menanti cerita Carl.

“Cepat betul cerita tersebar,kan?Siapa beritahu you?Si botak?”
Anggerik menyengih.

“Siapa lagi?”

“Huh,tak boleh simpan rahsia betul mamat botak ni.”cemuh Carl dalam nada perlahan tetapi masih mampu didengari oleh Anggerik.

Anyway,apa yang dah jadi sebenarnya?Tell me.Siapa perempuan malang kena reject dengan you tu.”Anggerik cuit-cuit bahu Carl dengan menayang muka terujanya sedangkan dia sudah tahu daripada mulut Akalil siapa yang kena tolak oleh Carl.

“Selepas sebulan tak nampak batang hidung you,alih-alih you tunjuk muka kat sini semata-mata nak tanya pada I pasal calon pengantin?Heh,baik tak payah datang la Anggerik.”
Anggerik gelak.Sumpah rasa kelakar gila bila tengok muka cemberut Carl yang merangkap kawan baiknya ini.Memang dia mengaku sudah sebulan dia tidak berjumpa dengan Carl disebabkan kekangan masa.Sejak dia mengambil alih tampuk kuasa dari ibu bapanya menguruskan syarikat muzik milik keluarga mereka,memang dia dah tak nampak dunia luar.Malah kehidupan peribadi juga bagai tidak wujud dalam silibus kehidupannya kerana terlalu sibuk menguruskan syarikat.Kekerapannya ke luar negara dan menghadiri pelbagai acara dan majlis yang melibatkan industri muzik memaksanya mengurangkan aktiviti peribadi termasuklah melepak dengan Carl.

 “Oh,come on darl!Takkan la pasal itu pun nak sentap?Kata sado.Takkan badan aje yang sado tapi hati macam tisu kut?”
Carl mencebik.Eleh,Anggerik ni nak perli dia la tu.

“Apa cerita dengan you sekarang?Berapa orang penyanyi yang dah berjaya you letupkan nama mereka?”

“Perli ke apa ni?”dada Carl langsung kena tampar dengan Anggerik.

“Tak.Just asking.Maklumlah,sebulan menyepi tanpa khabar berita.Mestilah you sibuk sangat.CEO Music Wave la katakan.”

Anggerik jegil-jegilkan matanya kepada Carl.Melampau betullah dia ni!

 “Hei,jangan nak over okey!Sebulan I tak jumpa you,ingatkan mulut laser you tu dah hilang tapi...”Anggerik menggeleng kemudian tersengih-sengih.

“Carrrrlll...you tahu tak...I rindu gila dekat you!”tak semena-mena saja Anggerik merengek dan buat suara macam kucing parsi minta belaian kasih sayang.Tapi Carl selamba saja menolak kepala Anggerik menjauh sambil bangkit dari sofa.

“Oh,please jangan buat suara gedik macam tu!Meluat I dengar.Suara kucing parsi jiran sebelah rumah I lebih merdu dari suara you tahu?”

 “How dare you,Carl!You bandingkan suara I dengan suara kucing parsi jiran you?
Urghh!!!”

Carl senyum senget.Hampir tergelak sebenarnya melihatkan telatah Anggerik yang kadang kala terlebih manja dan mengada.

“I serius ni.I memang rindu sangat-sangat dengan you.”Anggerik bangkit mendekati Carl lalu meletakkan tangannya ke atas bahu lelaki itu.

 “Kalau rindu,apa pasal tak call I tanya khabar?Paling tidak pun hantar saja mesej.Ini tidak...diam aje.Ingatkan dah pindah Afrika sana.”

“I sibuklah.Maklumlah,I kan CEO Music Wave.”Anggerik memulangkan paku buah keras sehingga Carl tercebir-cebir.

“Ek eleh...Presiden Amerika pun reti nak call kawan-kawan tanya khabar!”

“Huh,ini yang malas cakap dengan you ni.”Anggerik memprotes.Dia duduk semula ke sofa sambil menyilangkan tangan ke dada.

“You sebenarnya dari mana?”

“Gim.”

“Macam ini you kata dari gim?Dengan stiletto,dengan dress ketat.Fulamak!Terjojol la biji mata mamat-mamat dekat gim tu.Boleh tak lain kali you pakai pakaian yang lebih sopan?Tak adalah sakit mata I tengok.”sedas Anggerik kena dengan Carl sehingga dia terdiam.

“I pergi gim nak cari you la,darl!Tapi dia orang kata you kat sini...itu yang I datang ke sini.”
Lama Carl diam.Bagai sedang berfikir sehingga Anggerik resah menanti.

“You marah I ke?”

“Nak marah you buat apa?”

“Sebab pakaian I?”

“You dah besar kut.Boleh fikir sendiri.I ni siapa nak marah-marah you.”

Okay...okay...I’m sorry.Lepas ni kalau I nak datang sini I pakai jubah.”Anggerik gelak-gelak tapi Carl terus menerus menayang muka ketat macam baru lepas tertelan guli.

“Carl,pasal calon pengantin yang kena reject tu...”

Parents you sihat?”menonong Carl potong percakapan Anggerik sambil duduk di sebelahnya.

“Sihat.Cuma sekarang ni dia orang tak ada di Malaysia.Dah seminggu dia orang honeymoon kat Europe.Mentang-mentanglah sekarang ni I yang uruskan company tu,dia orang berdua pergi berseronok kat luar negara.Tapi nasib baik jugalah I sibuk dengan macam-macam program.Keluar pagi balik lewat malam.Kadang-kadang I tak sempat balik rumah.I tidur kat studio siapkan kerja.Kalau tidak,bercakap dengan dindinglah I gamaknya!”

“Nasiblah.Siapa suruh jadi anak manja.”cebik Carl sekadar nak mengusik Anggerik.

Excuse me!I bukan anak manja okey!”ditamparnya bahu Carl melepas geram.Carl ni memang suka sangat usiknya begitu.Anak manjalah sangat!Kalau anak manja,satu apa pun dia tak tahu buat tapi dia seorang wanita yang berdikari jadi tuduhan Carl tadi langsung tidak berasas sama sekali.

 “Darl,you tak cerita lagi kat I.”Anggerik sambung cakap lepas dia bertenang tadi.Panggilan darl iaitu singkatan kepada darling khas buat Carl yang terbiasa di bibirnya membuatkan Carl mencebir.

“Nak cerita apa?”

Muka Carl dituding dengan jari telunjuknya sebelum memutar-mutarkan jarinya di hadapan lelaki itu.

“Pasal gosip yang si botak cakap kat I la.Apa pasal you reject dia?Kesian tau!”

“Ah,nantilah.Jom,bangun!”lengan Anggerik ditarik dan mengisyaratkan agar wanita itu bangkit.

“Hei,nantilah dulu.You belum cerita lagi!”

“Nanti-nanti I cerita.Sekarang,jom ikut I!”

 “Ke mana?”

“Makan.I belanja.”

Bercahaya mata Anggerik lepas dengar Carl nak belanja dia.Wah,memang pucuk dicita ulam mendatanglah jadinya.Sebelum dia sampai ke sini tadi pun memang perutnya dah buat pancaragam.

Yes!I love you la Carl!”soraknya sambil menepuk-nepuk bahu Carl dan berjalan keluar dari bilik itu.
***

Muka Anggerik berubah ketika Carl meletakkan sepinggan spaghetti,sepinggan salad segar serta sepiring buah-buahan di hadapannya bersama dengan segelas air kosong.Ditenung sepuasnya makanan dan minumannya sebelum beralih ke wajah Carl yang duduk setentang dengannya.

“Ini aje?”ucap Anggerik sedikit tak puas hati.

“Kenapa?”

“Tadi cakap nak belanja.Ingatkan nak belanja makanan mahal.”

“Hello,cik adik.Jangan banyak komplen,boleh?Makanlah.Susah-susah tau I siapkan special menu ni untuk you dengan penuh kasih sayang.”
Serta merta Anggerik tayang muncung sedepa.

Special apa kalau kat rumah pun I boleh dapat,”gumam Anggerik.

 “Yang kat rumah tu lain,ini lain.I masak ikut standard makanan sihat.Low calory,low fat,less sugar,less salt.”Anggerik mencebik setelah mendengar bebelan Carl.

“Baru berangan nak makan makanan ala hotel 7 bintang.Tapi...ini aje yang you hidang kat I.”

“Tak reti bersyukur eh?”
Anggerik ketap bibir.Ah,sentaplah dengan Carl ni!

“You sibuk dengan projek apa sekarang?”garfu di tepi pinggan dicapai lalu memain-mainkan spaghetti di dalam pinggan.

“Projek memasak untuk anak manja,I guess?

 “Carl!”
Carl tergelak tengok muka cemberut Anggerik.

“I gurau ajelah.Takkan itu pun nak sentap?”
Menjeling-jeling Anggerik dibuatnya.Kalaulah dia tak fikir panjang,mahunya dia cucuk mulut Carl guna garfu di pegangannya ini.Baru puas hati!

“Serius la Carl!”

“Ada la projek kecil-kecil.”

 “Oh,projek kecil?Habis tu,projek besar apa cerita?”

“Kenapa sibuk sangat nak tahu ni?You nak sponsor ke apa?”
Sentap lagi Anggerik dibuatnya sampai-sampai dia cucuk-cucuk makanan di dalam pinggan.

“I sibuk dengan projek yang melibatkan klien persendirian.Projek-projek besar akan dijalankan hujung tahun ni.”Carl cakap dengan mata yang dihala ke arah garfu di tangan Anggerik.Uiks,macam nak kena cakar aje muka ni guna garfu tu?

 “Sibuk tulis artikel lagi?Photoshoot dengan magazine?Program televisyen?Bagi talk?Seminar?Fitness camp?

“Uuuu...busybodynya!”cemik Carl menggeleng kepala lepas Anggerik menyenaraikan kerja-kerja yang biasa dilakukan oleh Carl.

“Biasalah.Dah namanya pun BFF.Kenalah busybody.Apa guna ada kawan tapi satu apa pun dia tak tahu pasal kawan dia.Kan?”

“Yalah tu,Anggerik.Oh,sebelum I terlupa...sekarang ni I ada buat extra activity.Setiap malam minggu I ada buat kelas zumba and it’s free.Hujung minggu ni datanglah kalau you tak sibuk.”

“Zumba?Sounds good.Nanti bolehlah I dapatkan bentuk badan seksi macam Megan Fox.Maklumlah...lately ni I sibuk sangat kat studio tu sampai tak ada masa nak exercise.Nanti I cuba cari masa untuk ke sana.”

“Megan Fox la sangat!”ejek Carl dengan bibir yang terjuih-juih.

Of course!”balas Anggerik dengan muka sedikit berlagak.

 “Darl,kita ni asyik cerita pasal kerja saja.Bosan tau tak.Boleh tak kalau you cerita kat I kenapa you reject calon pengantin tu? Apa…tak cukup sempurna ke untuk you?”

“Tak penuhi piawaian I.That’s all!

“Eleh,tak penuh piawaian konon.You jangan nak berangan setinggi langit sangat,Carl.Silap-silap…yang tak ada dalam senarai calon pengantin you tu yang akan jadi isteri you nanti!”

“Isyh,choi!”

“Masin mulut I ni,Carl.Habislah you!”Anggerik gelak mengekek-ngekek sehingga Carl sudah terketap-ketap bibir menahan geram.Amboi-amboi…sesedap rasa dia doa macam tu.

OMG!”Anggerik tiba-tiba saja menjerit sehingga Carl sudah kelam kabut.

What?

“I dah tahu siapa perempuan yang tak tersenarai sebagai calon pengantin you .”

“Siapa?”

Anggerik menyengih-nyengih sambil menunjukkan diri sendiri.Muka Carl semerta berubah sebelum Anggerik terbahak-bahak ketawa.

“You jangan main-main la Anggerik.Tak kelakar tau!”

Okay…okay…just kidding!Tahu cuak!”

Menjeling geram Carl dibuatnya.Isk,Anggerik ni.Ada patut bergurau macam itu?Tak sesuai langsung!

“I tahulah I ni mana layak dengan you.I ni kan anak manja.Selagi dalam hati you tu ada nama Nurin,selagi itulah tak ada mana-mana perempuan pun yang akan berjaya mengetuk pintu hati you tu.”Anggerik sambung bercakap tanpa menyedari yang gurauannya itu membuatkan Carl menarik muka.Sejurus kemudian lelaki itu terus bangkit meninggalkannya keseorangan.


Ops,salah cakap ke?

No comments:

Post a Comment

BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...