“Nama I Emrizal bin Mokhtar. Sofea, you masih ingat dekat I, kan?” -RIZAL
“Mana boleh lupa, tempat jatuh lagikan dikenang. Ini pula pembuli durjana macam kau!”-SOFEA Hati SOFEA ANNISA bagai dilanda Garuda apabila ingatannya singgah kepada Rizal a.k.a Jai yang kuat membulinya ketika zaman kanak-kanak. Jai, ‘si monster' yang pernah mengikat dirinya di pohon rambutan, menyumbat mulutnya dengan pasir sungai, menyimbah dirinya dengan air perigi yang sejuk. Perasaan menyampah terhadap Rizal mendorong Sofea membalas dendam terhadap encik pembuli itu.
“Errr… Kita nak naik skuter ni?”- RIZAL “Jaiho, cepatlah naik! Lembab betullah kau ni! Tadi beria-ia nak ajak keluar jalan-jalan! Suruh pakai helmet pun macam Perempuan Melayu Terakhir!” – SOFEA
Rizal pula, memang sengaja mengusik Sofea. Hanya dengan usikan dia dapat menarik perhatian gadis kasar yang gila-gila itu. Ya, Fea memang gila-gila. Kereta BMW pun sanggup dipecahkannya. “Hei, you gila ke apa Sofea? Kereta orang tau!”- RIZAL
“Kereta orang ke, kereta beruang ke, ada aku kisah? Puas hati aku! Bodoh sangat letak kereta sampai menghalang jalan orang. Lain kali kalau nak tinggalkan kereta macam ni, letaklah nota ke, tinggalkan nombor telefon ke, e-mel ke...” - SOFEA
Apabila Sofea yang kuat melawan, yang kuat memberontak dan brutal, dipadankan dengan Rizal si pembuli yang poyo, yang suka berlagak cool, selamba, nakal dan pandai memasak, akankah muncul babak-babak terindah dalam hubungan itu?
Wednesday, 31 July 2013
Tuesday, 30 July 2013
Cerpen : Salsabila
Hening malam yang sesekali diselang selikan dengan bunyi unggas dari hutan nyata membuatkan bulu roma mampu berdiri tegak.Ditambah dengan angin malam yang sesekali menderu laju menampar pipi.
Zaki dan Ayim yang
menaiki motor kapcai berwarna biru itu meredah laluan kecil jalan kampung
menuju ke rumah selepas seharian mereka di pekan.Sesekali terdengar ketawa
mereka diselang selikan dengan suara bualan yang lebih menjurus kepada hadiah
kemenangan loteri yang baru mereka peroleh siang tadi.
Puas berbual tentang
hadiah kemenangan yang sudah pun habis dijolikan sepanjang di pekan tadi,mereka
berbual pula perihal perempuan.Dan kali ini ketawa mereka semakin nyaring.
Belum pun sampai
separuh jalan kampung itu mereka redah,Zaki yang menunggang terus membrek
kapcai dengan agak tergesa-gesa.Ayim yang duduk di belakang terpinga-pinga.Nasib
baik jugalah sempat dia pegang bahu Zaki,jika tidak sahih dia tersembam paling
tidak pun dia jatuh tergolek ke tanah.Ketika ini,hanya enjin kapcai saja yang
kedengaran bersama nafas lelah Zaki.Ayim segera menepuk bahu Zaki dari
belakang.
“Ki,apa hal kau ni?”
suaranya sedikit cuak,bimbang kalau-kalau pertanyaannya nanti dibalas dengan
jawapan yang meremangkan bulu roma.Dia pandang ke kiri kanan
jalan.Lengang.Tiada satu pun kelibat manusia di situ cuma yang ada hanyalah
lambaian pokok-pokok yang terhias di tepi jalan berserta dengan semak samun di
sekitarnya.Ayim telan liur apabila Zaki masih berdiam diri.
“Hoi,Zaki.Kau ada nampak
apa-apa ke?” soalnya lagi mula berpeluh.Mukanya pula disapu dengan tangan.
“Syhhhh….”balas Zaki
keras.Berkerut-kerut dahi Ayim.
“Turun kejap…”arah Zaki
lagi sambil mematikan enjin motor kapcainya.Ayim menggaru kepala.Dalam
hati,sudah berdebar lain macam.Biarpun begitu,dia tidak menunggu lama apabila
turun dari motor sambil membiarkan Zaki menapak menuju ke tepi jalan.
“Ni apa kes ni?” soal
Ayim tidak puas hati sambil mencekak pinggang tetapi Zaki terus-terusan membuat
isyarat tangan malah lelaki kurus kering itu segera berjalan perlahan-lahan
menuju ke belukar berhampiran.
“Kau nak buang hajat
ke?Alahai,rumah bukannya jauh mana pun.Lepas titi depan tu aje dah nampak rumah
kau hah.Tahanlah sikit Zaki oi!!” bebel Ayim bengang.
Kenapalah waktu-waktu
begini juga mahu melepas hajat.Kalau ditahan sedikit saja lagi,sudah selamat
gamaknya.
Zaki buat isyarat lagi
dan kali ini jari telunjuknya sudah melekat di bibir.Kakinya terus menghala ke
hadapan,langsung tidak pedulikan Ayim lagi.
Ayim tidak menunggu
lama apabila terpaksa menurut jejak rakan baiknya.
Prakkk!! Bunyi ranting
patah yang dipijak Zaki kedengaran di telinga namun dia sudah tidak peduli perihal ranting di tanah.Dia
terus menuju ke arah hadapan,berdekatan dengan sebatang pokok.
Perlahan-lahan dia
berjalan dan sedikit berhati-hati dengan harapan tiada lagi ranting yang
dipijak.Peluh renek kali ini sudah bermain-main di dahi.Deru nafasnya diatur
sebaik mungkin biarpun sesekali terlepas kasar.
Tangannya pula pantas
memegang batang pokok sebesar pemeluk orang dewasa itu.Tiba-tiba suara kerasnya
bergema.
“Hoi!!”
Sepantas kilat matanya
menikam sepasang mata yang tajam merenungnya.Dalam samar-samar cahaya bulan
yang menyuluh ke kawasan sekitar,Zaki sempat melihat seseorang yang sedang
berselubung kepala mula berlari menuju ke dalam belukar setelah disapa sekali
lagi olehnya.
“Siapa tu?” aju Ayim cemas.
Zaki mendengus sebelum mengepal penumbuknya.
‘’Huh,ahli sihir tulah !!Entah apa yang dia buat malam-malam dalam
belukar ni…bagi jin makan ke apa !’’ Ayim pantas ketawa saat Zaki membalas
kata-katanya.Hilang sudah rasa cemas yang bersarang di hati tadi.Kini rasa lucu
yang menjadi pengganti.
‘’Mana dia pergi ?’’soal Ayim lagi sambil tertinjau-tinjau ke dalam
belukar.
‘’ Entah,dah berambus!Terkejut tengok aku agaknya.’’ Juih Zaki semula melepas rasa amarah.
‘’Macam mana kau boleh tahu dia ada kat sini tadi ?’’ bingung
mencongak jawapan sendiri,Ayim terus bertanya pada Zaki.
‘’Dari jauh lagi aku nampak dia melintas jalan ni hah.Eh,dahlah…jom
balik.Tak payah kau nak sibuk dengan perempuan sihir tu.Macam kau tak
tahu,malam-malam begini memang waktu dia nak beriadah.Dahlah…. ‘’ kata Zaki
kembali,terkenang tentang perempuan berselubung kepala tadi sambil mula
menghidupkan semula enjin motor kapcainya.
+++++++
‘’Kau biar betul Ki ?Kau nampak dia malam tadi dalam belukar sana
tu ?’’suara Tok Leman sudah kedengaran nyaring semasa dia elok duduk di
kerusi berhadapan dengan Zaki di warung kopi Tok Mun pagi itu.Zaki,bila disoal
begitu berkali-kali dia angguk sambil buat wajah penuh yakin.
‘’Iye,Tok…kalau tak percaya tanyalah Ayim sekali.Dia pun ada dengan saya
semalam.’’ tuding Zaki menuju ke arah Ayim di sebelahnya.Ayim terus
mengangguk,mengiyakan saja kata-kata Zaki.
Tak semena-mena Tok Leman yang merupakan adik kepada penghulu Kampung
Semarak itu terus menepuk meja sehingga membuatkan Ayim yang sedang menghirup
kopi panas dari cawan tersedak.
‘’Apa lagi dia nak buat lepas ni ?Semalam kau orang berdua nampak
perempuan puaka tu malam-malam masuk hutan…minggu lepas anak Mak Timah
terserempak dengan dia masa nak pergi memancing…hah,lepas ni siapa pula nak
terserempak dengan dia ?’’ wajah Tok Leman mula memerah,urat-urat tuanya
juga kelihatan.
‘’Alah Tok Leman,macam tak tahulah pula.Memang waktu dialah tu keluar
malam-malam hari.Waktu-waktu pagi begini mana nak nampak muka,nanti habislah ilmu
dia tu.Ni,satu lagi saya nak cerita,bulan lepas adik sepupu saya si Musliha tu
lalu kat depan pondok buruk dia,tahu apa jadi ?’’wajah Zaki kelihatan
bersemangat.Matanya juga terjegil-jegil memandang Tok Leman.
‘’Hah,apa jadi ?’’
‘’Apa lagi Tok…budak tu lari lintang pukang lepas nampak muka dia.Mahunya
demam 3 hari 3 malam budak tu…kesian.Hei,saya kalau jumpa dia lagi mahunya saya
simbah dengan air longkang belakang rumah saya tu.Geram betul.Ada ke dia boleh
takut-takutkan budak-budak kecil dengan muka buruk dia tu.’’
‘’Itu namanya ilmu dia tu tengah makan diri.Kalau dia keluar malam-malam
hari masuk hutan hujung kampung tu mesti tak lain tak bukan nak bagi jin dia
makanlah tu.Bukan apa,kan muka dia tu buruk…hodoh.Bila dah kasi jin makan,nanti
jin tu boleh kasi muka dia elok balik.Tapi aku rasalah sampai sekarang aku tak
pernah nampak muka dia cantik macam dulu.Mungkin ilmu dia tak menjadi kot.Tak
pun,ilmu dia tu makan masa bertahun-tahun.Sebab tulah agaknya,suka betul dia
masuk ke hutan tu jumpa jin dia…’’ sambung Ayim lagi mula mencelah.
‘’Kau orang tak terfikir ke kenapa si Salsabila tu masih duduk dalam
kampung kita ni ?Tak ada siapa ke yang nak menghalau dia
keluar ?Yelah,dia bukannya orang kampung ni pun.Datang dia pun baru dua
tahun lepas…sebelum ni aman damai aje kampung ni tapi sejak-sejak dia datang
dah macam-macam benda buruk jadi.’’ soal Tok Leman semula.
Masih dia ingat,Salsabila wanita yang asalnya dari bandar tiba-tiba muncul
di Kampung Semarak sejak dua tahun lepas dan mula tinggal di sebuah rumah di
hujung kampung.Mulanya,dia dilayan dengan begitu baik namun sejak penduduk
kampung terlihat kelibatnya keluar masuk ke hutan setiap malam,mula perasaan
curiga datang bertandang.
Kemudian,wajah Salsabila yang dulunya cantik bertukar rupa menjadi hodoh
dengan tiba-tiba.Dan sikap perempuan itu yang sering memencilkan diri dikatakan
punca dia membela jin dan mengamalkan ilmu-ilmu songsang.Ramai penduduk kampung
yang mula tidak senang dengan kehadirannya malah ada yang mencemuh,memaki hamun
dan ada juga yang sanggup meludah wajah Salsabila akibat sikap benci dan dendam
padanya yang dikatakan telah menghuru harakan kampung.
‘’Eh Tok Leman ni…nak tanya lagi ke ?Pergilah cakap kat Tok
Penghulu,suruh dia halau aje si Salsabila tu.Selagi Tok Penghulu tak cakap apa,buatlah
macam mana pun perempuan sihir tu tetap tinggal dalam kampung kita ni.”cebik
Zaki melepas rasa.
‘’Isyh,tak beranilah aku.Walaupun Tok Penghulu tu abang aku…malaslah aku
nak cerita perihal perempuan sihir tu pada dia.Tak pasal-pasal aku pula yang
kena halau !!’’ kali ini wajah Tok Leman sudah pun berkerut seribu.Zaki
dan Ayim ketawa melihat reaksi Tok Leman.Lucu juga dengan lelaki tua ini.Mulut
saja lancang tapi penakut rupanya.
‘’Assalamualaikum…tumpang bertanya.Di mana rumah penghulu kampung ?’’
suara garau seorang lelaki tiba-tiba menyapa telinga mereka.Tok Leman,Zaki dan
Ayim yang sedang rancak berbual segera beralih pandang.Kurang tiga meter dari
meja mereka,berdiri dua orang lelaki awal 20-an berpakaian seperti orang
bandar.Salah seorangnya memegang sekeping kertas putih dan seorang lagi menggalas
beg besar.
‘’Waalaikummussalam…anak berdua ni siapa ?Dari mana ?Ada hajat
apa nak ke rumah penghulu?” soal Tok Leman hairan.
Lelaki yang memegang kertas tadi segera menyuakan tangan kepada Tok
Leman,Zaki dan Ayim.
‘’Saya Adam,ini kawan saya Nafie’.Datang sini ada hajat.Kami nak bertemu
dengan Cik Salsabila tapi katanya sebelum datang ke rumah dia eloklah kami
singgah di rumah Tok Penghulu dulu.Berkenal-kenalan dengan penghulu Kampung
Semarak ni.’’
Wajah Tok Leman,Zaki dan Ayim pantas berubah kelat saat nama Salsabila
meluncur di bibir Adam.
‘’Nak buat apa kau mahu berjumpa dengan perempuan puaka tu ?Nak
menuntut ilmu ke apa ?’’soal Tok Leman keras dengan wajah yang mula
membengis.Kala ini Adam dan Nafie’ kelihatan terkejut dengan reaksi Tok Leman.
‘’Err…bukan pak cik.Kami sebenarnya dari Fakulti Sains dan Alam Sekitar di
Kolej Sains Kuala Lumpur.Datang sini atas arahan fakulti untuk melengkapkan
tesis kami berkenaan bunga-bunga liar yang sedang kami kaji.Sebab tu kami perlu
jumpa Cik Salsabila…’’ujar Nafie’ pula.
Tak semena-mena suara Zaki dan Ayim ketawa begitu nyaring menyapa gegendang
telinga kedua pemuda tersebut.
Mereka saling berpandangan.Pelik.Ada kata-kata yang kelakar baru keluar
dari mulut merekakah sampai Zaki dan Ayim ketawa begitu ?
‘’Kau berdua jangan nak buat lawak kat sinilah.Apa kes pula kau nak jumpa
perempuan sihir tu ?Sejak bila pula dia boleh bagi tips pasal bunga-bunga
liar pada korang ?Hei,kalau kau orang nak tahu…si Salsabila muka hodoh tu
membela jin tahu !Hati-hatilah bila bertemu dengan dia.Jangan sampai kau
berdua tak jumpa jalan balik sudahlah !!’’ pekik Zaki dengan ketawa
kuatnya.Ayim juga begitu,ketawa berdekah-dekah tak ingat dunia.
‘’Eh,sudah-sudahlah ketawakan orang.’’ Marah Tok Leman.
‘’Hah,tadi kata nak pergi rumah Tok Penghulu kan ?Meh sini ikut aku…biar
aku aje bawakan kau berdua ke sana.Tapi satu aje aku nak pesan,nanti kau jumpa
Salsabila tu kau bacalah ayat pendinding ke,doa jauh bala ke atau
apa-apalah.Bukan apa,macam si Zaki ni cakap tadi.Takut kalau-kalau tak jumpa
jalan balik pula nanti.’’tokok Tok Leman sambil bangun.Zaki dan Ayim tersengih-sengih
apabila nampak isyarat Tok Leman yang sudah menjauh.Adam dan Nafie’ pula tidak
terus menunggu lama sebaliknya mengikut langkah Tok Leman dari belakang.
‘’Aku rasa budak-budak kolej berdua tu dah gila agaknya.Ada ke patut nak
jumpa Salsabila nak minta tips pasal tesis yang diorang buat.Hei,payah kalau
terlalu pandai.Macam ginilah jadinya.Perempuan sihir tu jugak yang nak dijumpa.’’
Bebel Zaki lagi tak puas hati sambil menghantar kelibat Adam dan Nafie’ dengan
ekor matanya.
‘’Aku rasa cikgu diorang yang kat fakulti tu sama gila macam diorang.Entah
apa kenanya sampai perlu berjumpa perempuan sihir merangkap bomoh tu…nak
menuntut ilmu kasi pandai tak ?’’ sampuk Ayim dengan anggapannya.Zaki
ketawa lepas.
‘’Isyh,kalau betullah perempuan puaka tu bomoh macam yang kau cakap,malam
ni juga aku nak pergi rumah dia.Aku nak minta nombor dari dia….moga-moga menang
first prize !’’ kepala Zaki tak
semena-mena terus ditepuk dari belakang oleh Ayim.Wajah lelaki itu sudah
berkerut-kerut seribu,menahan geram dengan ucapan temannya yang sememangnya
gila nombor.
‘’Tak beragaklah kau ni…daripada nak minta nombor kat perempuan sihir tu
baik kita pergi minta nombor kat kubur orang mati kena bunuh.Apa orang kata,lebih
afdal !!!’’ seraya dengan itu,terkekek-kekek kedua-dua teman itu ketawa
tanpa peduli pada orang lain yang mula bertandang ke warung kopi Tok Mun.
+++++
Usai berbual-bual sebentar dengan Tok Penghulu selepas sahaja Tok Leman
menghantar Adam dan Nafie’ ke situ tadi,Tok Penghulu segera memanggil dua orang
budak kampung untuk membawa Adam dan Nafie’ ke rumah Salsabila di hujung
kampung.Terkocoh-kocoh budak-budak lelaki itu mengambil basikal mereka sebelum
menunggu Adam dan Nafie’ mengikut mereka dari belakang dengan berjalan kaki.
‘’Jauh lagi ke dik nak sampai sana ?’’soal Nafie’ apabila nafasnya
mula kedengaran berat.Mahunya tak berat apabila sebeban beg yang ditanggung di
belakangnya.Adam yang cuma membawa beg silang hanya tersengih kecil kepada
temannya di sebelah.
‘’Tak jauh dah bang…sekejap lagi sampailah.’’jawab budak lelaki yang
sedikit besar berumur lingkungan 10 tahun.
‘’Hah,nasib baik dah nak sampai.Itulah,aku dah cakap jangan bawa beg berat-berat
tapi kau degil.Tengok sekarang,siapa yang susah ?Macamlah kita nak duduk
kampung ni sampai bulan depan.’’ Kata-kata Adam hanya dibalas dengan cebikan
halus Nafie’.
‘’Alah,aku standby je..mana tahu
kalau-kalau ada emergency ke….’’Adam
menggeleng kepala.Tahu sangat dengan perangai Nafie’.Suka menyusahkan diri.
‘’Hah,abang !! Itulah rumahnya…’’tunjuk kedua-dua budak lelaki ke arah
sebuah rumah batu yang agak kecil yang terletak di satu lorong yang
sekelilingnya penuh dengan tumbuh-tumbuhan.
‘’Terima kasih dik !!’’ ucap Adam dan Nafie’ serentak.
‘’Terima kasih aje ke?Mana upahnya?Seringgit seorang!’‘
“Oh,ada upah ya?“ suara Nafie‘ mengah.
“Mestilah bang!Nak masuk tandas pun kena bayar 20 sen.” Jawab budak lelaki
kecil dengan suara halusnya sambil mengangkat-angkat kening.
“Yelah-yelah…nah sorang seringgit.Jangan beli benda bukan-bukan ya.” Akhirnya
dua keping not biru dihulurkan kepada mereka berdua.
“Bang,saya tanya sikit boleh?” soal budak lelaki yang besar.
“Hmm..apa dia?”
“Abang berdua pergi rumah tu nak buat apa?Menuntut ilmu ke?”
Adam dan Nafie’ saling berpandangan.Amboi,kecik-kecik lagi dah pandai soal
macam-macam.
Adam sengaja mengangguk mahu lihat apa reaksi mereka.
“Hati-hati tau bang.Mak saya cakap,perempuan sihir tu jahat.Dia amal ilmu
songsang.Muka dia dahlah hodoh,nanti takut muka abang berdua pun jadi hodoh
macam dia.”
“Hmm…yelah dik.Terima kasih beritahu kami berdua.”jawab Adam akhirnya
sebelum kedua-dua budak lelaki itu menghilang dari situ.Adam memandang Nafie’
kemudian dia menggeleng kepala sambil berdecit halus.
“Dah,jomlah kita…”tegur Adam kepada Nafie’ apabila melihat temannya itu
masih memerhati dari jauh rumah Salsabila.
+++++
“Kenapa doktor tak beritahu saja kepada mereka apa tujuan doktor pindah ke
sini?’’ Kata-kata Nafie’ saat dia selesai menghirup teh o panas dari cawan
semasa duduk bersila di atas beranda rumah Salsabila membuatkan wanita itu
hanya mengukir senyuman.Kepala yang berselubung dengan kain batik ditolak
sedikit sehingga menampakkan kesan parut di pipi sebelah kanan mengunjur
sehingga ke telinga.
“Awak tengoklah bagaimana wajah saya.Dengan rupa nilah mereka menabur
fitnah macam-macam pada saya sehingga mereka sanggup tuding jari mengatakan
bahawa saya perempuan sihir,perempuan puaka dan pembela jin.Semuanya gara-gara
mereka nampak saya keluar masuk hutan waktu malam.” Terang Salsabila berwajah
tenang tanpa menjawab soalan yang
diutarakan oleh Nafie’ tadi.Adam dan Nafie’ melihat parut hodoh di wajah
Salsabila.Timbul rasa kasihan dengan wanita itu.
“Ya Allah,saya tak sangka selama ni mereka mencerca dan menghina doktor
sedemikian rupa.”sambung Nafie’ menggeleng kepala.
“Kenapa doktor keluar masuk ke hutan waktu malam?Bukan ke bahaya waktu
malam kalau ke sana?Dah tu seorang diri pula…” soal Adam hairan.
Salsabila tidak pantas menjawab pertanyaan Adam sebaliknya dia segera
bangkit dan berlalu ke dalam rumah sebentar sebelum kembali semula duduk di tempat
tadi.Di tangannya kini ada dua kuntum bunga berwarna putih dan kuning dari berlainan
jenis dan spesis.Salsabila menghulurkan sekuntum seorang kepada Adam dan Nafie’.
Jelas di wajah mereka ada rasa takjub dengan spesis bunga yang sudah berada
di tangan.Cantik dan unik.Jarang sekali dapat dilihat bunga cantik seperti ini.
“Itu namanya Lily Casablanca atau bunga bakung yang kebiasaannya disebut di
wilayah Indonesia.”jari telunjuk Salsabila menghala ke arah bunga di pegangan
Adam.
“Dan yang ada di tangan kamu itu namanya Michelia Alba DC ataupun dalam
bahasa mudahnya kita sebut sebagai cempaka putih.Kedua-duanya saya ambil dari
hutan sana,saya petik selepas ianya mekar pada malam hari.Kedua-dua jenis bunga
ni saya ambil untuk kajian saya dan saya dapati kedua-dua bunga liar ini punya
keunikan,kebaikan dan khasiat yang masih belum kita terokai dengan lebih
mendalam.” Hela nafas Salsabila dilepas sedikit sebelum menyambung bicara.
“Parut yang ada di wajah saya ni adalah disebabkan oleh kemalangan sewaktu
di makmal fakulti semasa saya sedang bekerja di situ.Bahan kimia yang saya
campurkan ke dalam bekas tiba-tiba meletup sehingga terkena ke pipi saya dan
membuatkan kulit saya melecur teruk.Bukannya kerana salah menuntut ilmu seperti
yang digembar gemburkan oleh orang-orang kampung.Puas saya mencari penawar tapi
dek kerana alergik,wajah saya makin hari semakin teruk sehinggalah saya membuat
keputusan untuk mencari sendiri penawar kepada penyakit saya.”
“Kenapa doktor tak buat bedah plastik?Mungkin dengan kaedah itu,muka doktor
boleh kembali seperti dulu.“ ujar Adam bersungguh-sungguh.Salsabila hanya
tersenyum kecil.
“Saya mahu terokai khasiat bunga-bunga liar sendiri.Kebetulan sebelum
kemalangan tu terjadi memang saya sedang menjalankan kajian ke atasnya.Sebab
itu saya ke sini bagi mencari jawapan yang kebanyakan dari masyarakat luar tak
tahu.Mereka lebih gemar menggunakan bahan-bahan berunsurkan kimia di mana ianya
memberikan hasil dengan cepat tapi mereka terlupa bahawa kesan sampingannya
sangat bahaya.Saya mahu mencari cara alternatif bagi menghasilkan ramuan yang
boleh digunapakai dengan cara yang paling selamat.” Terang Salsabila lagi
panjang lebar.
Benar,itulah tujuan asalnya ke sini dahulu.Sudah lama dia dapat
tahu bahawa di hutan berdekatan kampung ini wujudnya beberapa spesis bunga liar
yang kebanyakan masyarakat tidak tahu kehebatannya.
Dua tahun lalu,dia tekadkan hati berpindah ke Kampung Semarak.Keputusannya
untuk menjalankan kajian ke atas bunga-bunga liar di situ mendapat respon
positif dari Penghulu Kampung Semarak tetapi dia meminta supaya Tok Penghulu
tidak memberitahu siapa dirinya yang sebenar kepada penduduk kampung dengan
alasan dia tidak mahu mereka menyalahtafsir tujuannya namun tindakannya
mengundang salah faham apabila dia pula dituduh perempuan sihir sementelah
sering dilihat kelibatnya keluar masuk ke hutan berhampiran.
Kejadian malang yang menimpanya sehingga menyebabkan wajahnya sebelah kanan
menjadi hodoh semasa bekerja di makmal menambahkan lagi spekulasi orang-orang kampung.
“Saya masih belum mengerti doktor.Kenapa doktor sanggup rahsiakan status
diri doktor daripada penduduk kampung sehingga doktor dicemuh dan difitnah
dengan pelbagai cara?Kenapa doktor tak berterus terang saja dengan
mereka.Mungkin selepas ini mereka akan layan doktor baik-baik.” Soal Nafie’
bersungguh-sungguh.
Hairan juga bagi dirinya,kenapa Doktor Salsabila masih berahsia walaupun
dirinya sering menjadi bahan cemuhan.Doktor Salsabila yang juga merupakan pakar
penyelidikan di fakulti mereka sememangnya seorang wanita yang hebat.
Sanggup tinggal
di kawasan kampung ini semata-mata mahu mengkaji tentang bunga-bunga liar dari
hutan biarpun dicemuh siang dan malam.
“Biarlah mereka dengan fitnah mereka Nafie’.Saya ke sini dengan niat
baik.Saya mahu mengkaji spesis bunga-bunga liar supaya saya dapat hasilkan
sesuatu daripadanya.Ini laporan hasil kajian saya sepanjang dua tahun,kamu
berdua boleh baca bila lapang.Di dalamnya,saya selitkan keunikan setiap
spesis,jenis-jenis,khasiat daripada daun,batang,akar,biji dan bunganya sendiri
serta beberapa cara yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai penyakit
berserta gambarnya sekali.” Kali ini Salsabila terus menghulurkan sebuah buku
berupa jurnal kepada Adam dengan harapan kedua-dua mereka akan beroleh sesuatu
dari hasil kajiannya selama dua tahun ini.
“Apa keistimewaan bunga-bunga liar ni Doktor?“soal Adam ragu-ragu.Pelik
juga kenapa dalam banyak-banyak bunga,bunga liar seperti Lily Casablanca dan
Cempaka Putih juga yang dipilih oleh Doktor Salsabila.
“Saya ambil contoh bunga Cempaka Putih ni.Bunganya saja sudah cukup
cantik,sama cantik seperti namanya juga.Bukan saja dari segi nama yang menjadi
persoalan tetapi kelebihan yang ada pada bunga ini ialah ianya boleh dibuat hiasan
dan tanaman teduhan di rumah.Selain itu,ia juga digunapakai oleh masyarakat
kita dalam kehiduan seharian contohnya meletakkan nama Cempaka itu sendiri pada
nama anak-anak mereka.Tak lupa juga mereka telah menggunakan cempaka sebagai
kata-kata dalam rangkap pantun,puisi,syair,sajak atau pun gurindam.Itu sudah
cukup membuktikan bahawa betapa hebatnya bunga cempaka ini.Cuma dari sudut
saintifik,ianya masih belum diterokai dengan lebih mendalam.”terang Salsabila
lagi cuba membuatkan kedua-dua pemuda tersebut faham.
“Sebenarnya jika diikutkan,bunga cempaka ada dua jenis iaitu cempaka kuning
atau nama botaninya disebut sebagai Michelia Champaca L di mana cempaka kuning ni
asalnya dari India manakala cempaka putih yang saya sebut sebagai Michelia Alba
DC ni tumbuh liar di Indonesia.Uniknya cempaka putih ni,warnanya akan kekal
putih apabila sudah matang.Sebaliknya cempaka kuning pula akan bertukar rupa
menjadi oren setelah matang.Seperti yang tercatat dalam jurnal yang saya
berikan,banyak penyakit boleh disembuhkan dengan menggunakan bunga cempaka
bermula daripada biji,bunga,daun sampailah ke batangnya.Kamu boleh baca sendiri
apa yang dah tertulis.”
Adam terus menyelak helaian jurnal pemberian Salsabila.Matanya seolah-olah
terus melekat pada jurnal di tangan manakala Nafie’ pula sibuk membelek bunga Cempaka
dan Lily silih berganti.
Betapa kagumnya dengan bunga-bungaan liar ciptaan Tuhan dan betapa jahilnya
diri ini kerana masih tidak tahu hal-hal yang menakjubkan berkenaan dengan
bunga sedangkan spesis hidupan itu tumbuh liar di negara sendiri.
Betapa ruginya manusia yang tidak menggunakan kelebihan yang ada pada bunga
ini terutama dalam bidang rawatan dan penyembuhan.Malah lebih malang lagi
apabila ada manusia lain yang menuduh bukan-bukan pada manusia yang berniat
baik seperti Doktor Salsabila ini.
Tiba-tiba dia teringat akan kata-kata di dalam sebuah buku yang pernah
dibacanya dulu.Perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan kerana
boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan
permusuhan.
Firman Allah SWT :
“Dan fitnah itu
lebih besar (dosanya) daripada membunuh.”
( Al-Baqarah : Ayat
217)
p/s cerpen ini adalah sempena cabaran menulis cerpen Geng Urban bulan Julai 2013 dengan tema Bunga...happy reading...please drop a comment...peace..:D
Subscribe to:
Posts (Atom)
BLURB Di Situ Ada Cinta
Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...
-
Bunyi gigitan epal itu senada dengan suara Puan Mumtaz tatkala dia sedang elok menyusun pasu hiasan di atas almari berdekatan dengan rua...
-
Bagasi besar berwarna hitam itu sudah penuh dengan pakaian.Pelbagai barang dan pakaian yang disumbat ke dalamnya sehinggakan mahu...
-
Bum! Bunyi sesuatu di belakang kereta membuatkan Mirza cepat-cepat menarik brek tangan. Dia menjeling cermin pandang belakang. Terlihat ...