Mata helang kepunyaan Carl terus memanah tepat ke anak
mata Airis.Riak wajah Carl cukup jelas.Membuatkan Airis hilang kosa
kata.Sejurus kemudian,Airis terdiam untuk jangka masa yang lama.
“Aku tak nak tengok muka kau sebaik saja kaki aku
menjejak masuk ke dalam rumah,”ujar Carl dengan selamba tetapi dalam nada yang
tegas.
“Tapi...”
“Aku tak nak dengar apa-apa pun yang keluar dari mulut
kau.Kau faham kan apa yang aku cakap?” tangan Carl naik mengisyaratkan agar
Airis berhenti bersuara.
“Carl...”
“Keluar dari rumah ni atau aku akan malukan kau di
hadapan keluarga aku dan juga keluarga kau.”sambung Carl sambil menjungkit
sebelah keningnya.
Airis terdiam buat beberapa saat.Menekur roman wajah
Carl yang nampak tenang buat dia jadi sakit hati.Malah bertambah sakit hati
bila nampak lelaki itu melorekkan senyuman senget.
“Awak ugut saya?”
“Tak.Aku bagi pilihan pada kau.Jadi,kau pilihlah.Nak
keluar secara rela atau dimalukan.”
Airis benar-benar sakit hati.Rasa terbakar dadanya
mendengar kata-kata Carl yang cukup sinis dan tajam.Kalaulah bukan keluarganya
ada di dalam sedang makan malam bersama keluarga Carl,dah lama dia bagi
penampar ke muka lelaki ini.Tak guna!Cemuh hatinya tak sudah.
“Awak jangan menyesal!”tempelaknya geram.
“Aku takut kau
yang akan menyesal nanti.”
Senyuman sinis Carl membuatkan Airis terpaksa
mengangkat bendera putih.Tahu yang dia sedang kalah dengan lelaki ini,dia
terpaksa beralah.Kalau dia masih berdegil,dia yakin yang Carl pasti akan
kotakan apa yang telah dikatakan.Tak mahu meletakkan hidupnya dalam sebuah
risiko,Airis bergerak mendekati Carl.Wajah Carl ditenungnya sepuas hati.
“Okey,saya akan pergi.Puas hati?”
Usai saja Airis meninggalkan rumah bersama
keluarganya,Carl hanya duduk dengan tenang di hadapan meja makan sambil
menyumbatkan mulutnya dengan makanan.Tanpa menghiraukan pandangan ibu bapanya
yang seakan tidak puas hati dengan apa yang telah terjadi,dia meneruskan suapan
ke mulut.
“Carliff Andre!”pekik Sameera tiba-tiba.
Carl angkat muka memandang ibunya dengan muka
bersahaja.Mulutnya dikesat dengan tisu lantas bangkit.
“Tolong jelaskan apa yang sedang berlaku!”suara
halilintar Sameera membuatkan Carl menarik senyuman nipis.
“Carl,answer me!”pekik
Sameera bila Carl hanya mendiamkan diri.
“Carl,beritahu
kami apa sebenarnya yang sedang berlaku?Kenapa Airis balik macam tu aje?”aju
Lukman pula dengan nada tenang.
“Mama dengan ayah dah dengar kan tadi apa jawapan
dia?”poket seluar diseluk.Mata dihala ke hadapan tanpa memandang kedua ibu
bapanya cuba-cuba mengingatkan semula apa alasan Airis ketika dia meminta diri
untuk pulang tadi.
“Mama tak percaya Airis tiba-tiba saja nak balik sebab
tak sihat.Ini mesti Carl dah cakap apa-apa kat dia masa kat luar
tadi,kan?”tuduh Sameera lantang.
Carl mencebir dan mengangkat bahu.Malas mahu bertekak
dengan ibu bapanya kerana Airis,langsung dia atur langkah dengan berniat mahu
naik ke biliknya di tingkat atas banglo itu namun langkahnya terhenti sebaik
saja namanya dilaung.
“Okay,fine!Memang
Carl yang suruh dia tinggalkan rumah ni.”
“Mama tak percaya itu saja yang Carl cakap pada
dia.Mesti ada perkara lain yang Carl beritahu dia tadi.Betul tak?”dada Sameera
dah mula naik turun menahan amarah yang sedang mengasak dada manakala Lukman pula
cuba-cuba untuk menenangkan isterinya yang sudah habis sabar.
“Ya,memang Carl
minta dia tinggalkan rumah ni serta tinggalkan keluarga kita.Carl beritahu dia
yang Carl tak nak ada apa-apa hubungan dengan dia.”
“Maknanya Carl beritahu dia yang Carl tak nak dia jadi
calon pengantin Carl.Macam itu?”
Carl mengangguk yakin.
Sameera mengetap-ngetap bibir.Sungguh,dia terkilan
dengan sikap anak terunanya nan seorang ini.Setelah bersusah payah dia
mengaturkan majlis makan malam ini bersama keluarga Tan Sri Eusoff dan Puan Sri
Kamalia,senang-senang saja Carl musnahkannya dalam masa tak sampai sepuluh
minit.
“Carl memang betul-betul memalukan mama dengan
ayah!Kalau betul pun Carl tak nak pada Airis,kenapa kena berlaku biadap macam
ni?Mama tak pernah didik anak-anak mama kurang ajar dengan tetamu!”
“Carl rasa bukan Carl yang biadap tapi anak manja Tan
Sri Eusoff tu!”balas Carl membela diri.Hatinya sakit tiba-tiba bila ibunya
seolah mahu meletakkan kesalahan di bahunya sedang Airis yang patut
dipersalahkan.
“Carl!”tegur Lukman sehingga Carl terkejut.Disebabkan
hal tadi,dia tertinggi suara pada ibunya sendiri.Disebabkan hal ini dia terlupa
makna hormat terhadap kedua ibu bapanya.
“I’m
sorry...ayah...mama.Carl tak bermaksud nak kurang ajar tapi apa yang Carl
buat ni untuk diri Carl sendiri.”dia tertunduk ke lantai,cuba-cuba menghalau
rasa marah yang bergumpal di dalam hati.
“Carl buat untuk diri sendiri?Habis tu,apa yang Carl
buat untuk kami berdua?Mana kami nak
letak muka lepas ni?Carl memang sengaja nak memalukan kami,kan?”ujar Sameera
dalam nada sesal dan kecewa.
Wajah Sameera dan Lukman dipandang.Kemudian,dia
menggeleng.Kalau Sameera kata yang mereka berdua malu disebabkan kelakuan Carl
terhadap keluarga Tan Sri Eusoff,dia lebih malu lagi jika dia beristerikan Airis.
Bukannya baru sehari dua dia kenal dengan Airis Tan
Sri Eusoff.Sudah bertahun-tahun dia mengenali gadis itu malah dia sudah boleh
menghafal apa aktiviti gadis itu setiap malam.Keluar masuk disko,pub dan
kelab-kelab malam serta berpeleseran dengan lelaki-lelaki hidung belang cukup
sinonim dengan dirinya.Tidak cukup dengan itu,dia juga pernah terserempak
dengan gadis itu di sebuah hotel bersama seorang lelaki kaya.
Baginya,perempuan seperti Airis langsung tidak layak
berdampingan dengannya.Memang gadis itu berasal daripada keluarga kaya dan
terhormat tetapi kalau tidak pandai menjaga kehormatan,tidak ingin dia mahu
menjadikan Airis sebagai calon pengantinnya.Never!
“Carl tak nak bincang apa-apa pasal perempuan tu dan
keluarganya.Cukup Carl beritahu yang Carl tak nak ada apa-apa hubungan dengan
dia malah keluarga dia.Jangan pernah aturkan lagi pertemuan Carl dengan dia
selepas ni,mama...ayah.Carl tak nak terlibat apa-apa dengan dia.”
“Carl...”tangan Sameera yang naik menuding ke muka
Carl cepat saja ditarik oleh Lukman.Dia memberi isyarat agar Sameera tidak
meneruskan pertelagahan mereka.
“Suka hati Carl kalau macam tu.Buatlah apa pun yang
Carl suka!”ucap Sameera dengan rahang yang naik turun melawan rasa.Tanpa
berlengah-lengah,dia terus beredar begitu saja meninggalkan Carl dan Lukman
berdua di situ.
“Ayah rasa lebih baik kalau Carl balik dulu,”arahan
diberi sambil menepuk-nepuk bahu Carl.
“Hal mama tu nanti ayah selesaikan.Kamu jangan nak
ambil hati sangat dengan mama kamu tu,”nasihat diberi kerana dia cukup faham
dengan apa yang berada di fikiran isterinya dan juga anak lelakinya itu.
Terhenyak dengan arahan Lukman,Carl menurut.Sambil
melangkah keluar dia mengepal-ngepal penumbuknya sambil menahan rasa.
Airis
Tan Sri Eusoff,you will never be my bride.Never!
p.s bakal terbit