Tahun 2035…
Dia menyelusuri lorong-lorong kecil di tepi terusan yang agak sunyi.Langit yang sememangnya sudah berbalam-balam membuatkan dingin malam menggigit-gigit tubuhnya dengan rakus.Sesekali dia menggosok-gosok lengannya dengan tangan bagaikan memberikan rasa hangat kepada tubuh yang semakin menggigil.
Langkah kakinya agak perlahan,mungkin kerana perubahan suhu yang mendadak ketika ini iaitu mencecah hampir sifar darjah celsius.Nafas yang keluar dari mulutnya juga seakan berkepul ke udara.
Matanya meliar ke kiri kanan.Nyata keadaan di kawasan sekitarnya sememangnya lengang namun apabila semakin hampir melalui jambatan gantung yang menghubungkan pekan kecil dengan kawasan perumahan di situ,telinganya pantas menangkap suara muda mudi sedang bergelak ketawa.
Dia toleh ke belakang,sepantas kilat kelibat tiga orang anak muda sedang berjalan sambil bergurau senda sesama sendiri.Di tangan masing-masing ada botol-botol arak dan pastilah dia bahawa mereka mungkin baru saja pulang dari berparti.
Semakin muda mudi tersebut menghampiri,matanya semakin terbuka luas dan apabila muda mudi tersebut sudah menyaingi langkahnya dia segera menoleh ke arah mereka.
“Good night Madam…”ucap seorang anak muda lelaki berambut blonde,hidung mancung,dagu runcing dan bermata biru berjaket hitam sambil menjulang botol arak ke atas.Dia tersenyum gembira sambil disambut gelak ketawa teman-temannya yang lain.
Zehra hanya mengangguk sekali dan membiarkan anak-anak muda tersebut menjauh.
Tiba-tiba muncul pula dua orang gadis berjalan beriringan sambil berpeluk lengan sesama sendiri dari arah bertentangan.Dia mengerling keduanya dengan ekor mata sebelum gadis-gadis tersebut melirikkan senyuman kepadanya.
“Good night Madam…”ucap mereka serentak.Zehra menghantar kelibat mereka dengan pandangan tajam.Matanya seolah tidak berkedip memandang susuk tubuh dua gadis itu.
Dia rasa sesak nafas tiba-tiba.Kepalanya rasa berputar setelah kelibat kedua gadis tersebut menjauh.
Cepat-cepat digagaunya sesuatu di dalam kocek baju tebalnya dan apabila berada di tangan,Zehra segera mengeluarkan dua kapsul dari botol kecil itu lalu ditelan rakus.Nafas Zehra yang sesak tadi beransur pulih setelah beberapa minit kapsul tersebut melalui kerongkongnya.
Matanya rasa berpinar sedikit.Terpejam-pejam matanya cuba mengawal saluran pernafasannya yang mula lega. Tidak membuang masa Zehra segera mendekati sebatang pokok pine tidak jauh dari lorong yang dilaluinya lantas dia bersandar seketika di situ melepaskan lelah.
Umpama baru lepas berlari,nafasnya jadi tidak tentu hala dan tidak teratur semula.Dia memegang dadanya dan mula mendongak ke atas bagai mencari kekuatan.Sekejapan sahaja ilusi-ilusi itu datang bertandang di benaknya.Zehra pegang kuat kepalanya dan kali ini dia sudah tidak mampu menepis serangan ilusi itu lagi.
“Arghhh!!!” dia mengerang dengan kedua belah tangannya melekat kuat di kepala sebelum dia melurut jatuh berlutut di hadapan pokok pine tersebut.
+++++
“Dr Zehra,it’s your turn.Please get ready.”satu suara pantas menyapa Zehra saat dia masuk ke ruangan besar seperti auditorium tanpa kerusi.Zehra hanya mengangguk tanda faham dan terus berlalu mendekati satu ruang kaca yang lebih kecil yang terletak di hujung ruang tersebut.
Sepantas kilat tangannya menekan di atas keyboard lutsinar yang dinamakan Sixth Sense sebelum anak mata sebelah kanannya diimbas dua kali melalui sebuah alat pengimbas bernama Eagle Eye Security untuk mendapatkan pengesahan kata laluan bagi membolehkan dia masuk ke ruang kecil tersebut.
“Zehra Ahmad,you successfully access.”suara komputer automatik bergema di telinga serentak dengan pintu kaca lutsinar yang memisahkan ruangan kecil itu dengan kawasan luar terbuka luas.Zehra segera masuk ke situ,menghampiri surgery bed yang kosong.
Zehra duduk di kerusi kecil berdekatan dengan surgery bed tersebut dan menekan satu punat di kerusi itu.Hanya beberapa saat saja,surgery bed itu tenggelam ke dalam sebuah lubang khas di bawahnya dan berputar sehingga 180 darjah sebelum kembali semula ke tempat asal bersama dengan seorang pesakit 1 minit kemudian.Zehra tersenyum kecil kepada pesakit wanita yang sedang terbaring di situ.
“Hai,selamat datang ke ORIGINAL PROGRAM.Data-data peribadi anda telah tersimpan rapi dengan kami.Segala maklumat sulit berkenaan dengan data peribadi anda tidak akan dibocorkan ke pengetahuan pihak ketiga.Saya Dr Zehra,doktor yang bertanggungjawab untuk memberikan servis terbaik mengikut permintaan anda.” Ucap Zehra bersemangat.Seperti kebiasaannya kata-kata alu-aluan akan diberikan mengikut standard kepada para pesakit oleh setiap doktor yang bertugas.
Wanita berambut perang muda bermata bundar berwarna hazel tersebut hanya mengangguk.
“Peringkat pertama ORIGINAL PROGRAM telah anda lalui bersama teman sekerja saya di fasa pertama.Anda kini berada di fasa kedua.Adakah anda bersedia?”aju Zehra tenang kepada pesakitnya.Wanita itu hanya mengangguk,tiada langsung suara.
“Bagus.ORIGINAL PROGRAM fasa kedua akan bermula dalam masa 10 saat selepas bunyi beep.” Hanya seketika selepas Zehra berkata-kata bunyi beep terus bergema dan 10 saat selepas itu ORIGINAL PROGRAM terus bermula.
+++++
“Dr Zehra,congratulation!!”sapa Dr Adelaine ketika Zehra baru sahaja keluar dari auditorium.Tangan yang dihulurkan kepadanya terus disambut bersama dengan satu senyuman mekar.Nafas lega ditarik.
“Terima kasih,Dr Adelaine.”
“Seperti selalu,ORIGINAL PROGRAM awak berjaya sekali lagi.Selepas ini,berapa pesakit yang awak akan terima?” suara Dr Adelaine kedengaran ceria.Dia segera memegang sedikit lengan Zehra lalu merenung ke anak matanya.
“Jadual saya bulan ni dah padat Dr Adelaine.Cuma tinggal dua orang pesakit yang akan berada di bawah kendalian saya.Hujung bulan ni saya akan bersama-sama dengan Professor Gallius mengendalikan fasa terakhir ORIGINAL PROGRAM untuk 20 orang pesakit.Dan selepas itu saya fikir mahu bercuti panjang saja.”galak bercerita Zehra ketawa pula.
“Seronoklah awak.Jadual saya pula akan penuh sampai bulan depan.ORIGINAL PROGRAM bawah kendalian saya akan berterusan selama dua bulan tanpa henti.”kata-kata Dr Adelaine hanya disambut dengan anggukan.
“Jangan risau Dr Adelaine,lepas habis saja kerja awak…awak dah boleh minta cuti dengan Professor Gallius.”Dr Adelaine ketawa namun belum pun beberapa saat,mereka berdua terdengar satu sistem berbentuk amaran sedang berbunyi.
“EMERGENCY!EMERGENCY!” suara komputer yang bergema nyata membuatkan kedua-dua doktor tersebut segera bergerak menuju ke Emergency Room di mana kebiasaannya tempat para pekerja ORIGINAL Inc berkumpul sekiranya ada kecemasan.
“Ada apa Professor Gallius?Any emergency case?”soal Zehra kalut sejurus mereka berdua tiba di Emergency Room.Professor Gallius selaku pengasas ORIGINAL PROGRAM yang sedang duduk di satu kerusi besar memandang ke arah pekerja-pekerja yang sudah memenuhi ruang itu.
Tiba-tiba saja meletus ketawa Professor Gallius,lelaki keturunan Italy itu.
“Nothing you have to worry.I just want to make an announcement regarding our ORIGINAL PROGRAM.Saya telah menerima satu projek khas yang melibatkan agensi antarabangsa selama dua tahun di mana setiap dari kamu semua wajib melibatkan diri secara serius.And I just had the agreement.Setiap dari kamu perlu menandatangani perjanjian untuk projek khas ini.Any objection?”Mata Professor Gallius mencerun ke segenap ruang,melihat dan merenung para doktor dan pembantu doktor di depannya dengan wajah sedikit serius.
Mulalah terdengar suara hiruk pikuk seolah-olah sedang berbincang sesama sendiri di situ tanpa menghiraukan kehadiran Professor Gallius.
“Silent!!Silent!!Ada sesiapa yang tidak bersetuju?”
Diam.
“Baiklah jika tiada bantahan.” Professor Gallius terus memberikan isyarat agar setiap doktor dan pembantu doktor untuk masuk ke sebuah ruang kecil di dalam Emergency Room untuk membaca dan menandatangani perjanjian.
“Errmm,excuse me Professor Gallius.I have one question.”tiba-tiba Zehra bersuara.Semua mata tertumpu padanya kini,begitu juga dengan Professor Gallius.
“Yes,Zehra…”ucapnya bagaikan memberi laluan kepada Zehra untuk bersuara.Zehra mengetap bibirnya,memandang ke arah kiri dan kanan.Matanya jatuh kepada wajah-wajah rakan sekerjanya sebelum mendarat tepat ke wajah Professor Gallius.Beberapa saat dinantikan dengan penuh sabar oleh mereka semua.
“Ya Zehra,apa soalan awak?” soal Professor Gallius semula mengangkat kening tebal berwarna putih miliknya.Jambang yang juga berwarna putih di wajahnya dilurut perlahan menantikan soalan Zehra.Manakala tangan kanannya terus diselukkan ke dalam kocek jubah putih yang dipakai sedari tadi.
“Err…nothing Prof.Just forget it.”akhirnya Zehra membalas sambil menggigit hujung bibirnya,membiarkan persoalannya tergantung tanpa sempat meminta jawapan sebelum mengeluh deras.
+++++
Pada tahun 2013,ketika umat manusia sekalian dilanda demam gadget dan teknologi.Jauh di bumi Russia,Jepun,Korea dan Amerika Syarikat hadirnya beberapa orang gadis pelik yang terlalu obses pada kecantikan dirinya.Sehinggalah timbul satu fenomena yang dinamakan Doll Cosmetic Surgery Obsession di mana gadis-gadis terbabit mempunyai tahap obsesi untuk mengubah rupa bentuk tubuh dan wajah supaya kelihatan seperti patung hidup.Dan fenomena tersebut telah berjaya merebak ke serata pelusuk dunia dengan pantas seperti virus.
Pada tahun yang sama juga,sebuah organisasi yang membangunkan program perkhidmatan kecantikan telah diasaskan oleh seorang pakar bedah yang berpengalaman dalam bidang kosmetik.Program tersebut merupakan perintis kepada dunia kecantikan yang digabungkan dengan sains dan teknologi untuk menghasilkan servis terhebat di dunia.Organisasi tersebut adalah ORIGINAL Inc dengan pengasasnya adalah Professor Gallius!!
++++++
“Apalah gunanya cantik andai ia menyakitkan.Apalah gunanya cantik andai ia menyukarkan.Aku rasa berdosa dengan mereka semua.Aku rasa bersalah kerana melibatkan diri dengan perkara ini.Aku rasa tangan aku sangat jijik malah diri aku sendiri aku rasa kotor atas segala perlakuan aku.Bagaimana harus aku menghadap masyarakat luar sedangkan tangan inilah yang telah merosakkan mereka.Bagaimana aku mahu hadapi masa depan jika tangan ini jugalah yang sering merosakkan masa depan orang lain.” Luah Zehra dengan tangan kanannya menekup dahi.Tubuhnya masih seperti tadi,tersandar di batang pokok pine.Kedinginan malam sudah tidak dihiraukannya.Apa yang dirasakan di hatinya kini lebih penting dari rasa luaran.
Anaqi,teman baiknya yang bekerja sebagai perekacipta gadget sudah terpacak di hadapannya.Bimbang dengan keadaan Zehra sewaktu wanita itu menelefonnya tadi dengan suara lain macam,kelam kabut dia datang ke situ.Risau jika Zehra melakukan sesuatu yang drastik kerana sejak akhir-akhir ini dia dapat lihat ketidaktenangan yang terpamer di wajah wanita itu.
Anaqi duduk bersila di atas tar berturap berwarna kelabu di hadapan Zehra dan mula menjadi pendengar setia.Keluhan demi keluhan dia dapat dengar dari bibir Zehra dan tahulah bahawa wanita itu menyimpan satu masalah.Dia mahu mendengar,manalah tahu kalau-kalau dia mampu membantu.
“Memang aku rasa bahagia apabila aku berjaya dalam misi aku tapi lama kelamaan,apabila kesan maha dahsyat sudah aku lihat depan mata aku jadi takut.Aku bimbang andai ianya memakan diri aku.Bagaimana aku mahu menjawab pada Tuhan nanti selepas aku merosakkan masyarakat??Ya Allah,aku buntu.” Rintih Zehra bersama air mata.Anaqi jatuh simpati.Dia tahu Zehra seorang yang cekal dan kuat orangnya namun dia sendiri tidak bersetuju dengan pekerjaan yang Zehra ceburi selama ini.Dia rasakan inilah peluang yang sesuai baginya untuk menyedarkan Zehra akan hakikat sebenar.
“Bertaubat Zehra.Kau masih punya waktu untuk berbuat demikian.Selagi ada ruang,selagi ada nafas kau masih sempat Zehra asalkan kau sudah sedar dari kesilapan itu.”jujur dan tulus ucapan Anaqi.
“Apa aku boleh buat sedangkan sudah banyak wajah manusia aku ‘cantikkan’ dengan tangan kotor ni?”
“Batalkan perjanjian kau dengan ORIGINAL PROGRAM.”suara keras Anaqi kini bergema.
“Tapi aku sudah terikat dengan Professor!!”pangkah Zehra jelas dan keras.Wajahnya sememangnya keruh.
“Professor Gallius dah mati…sudah setahun dia mati Zehra.Kau dah bebas dari cengkaman dia.Kau hanya perlu lepaskan diri kau dari ORIGINAL PROGRAM.Tak usah menjadi hamba ORIGINAL Inc lagi.Semua tu bukan untuk kau lagi dah…. “tegas Anaqi,sedikit memujuk.Lelaki itu menghela nafas berat sambil-sambil cuba mencari anak mata milik Zehra yang hilang dari pandangannya.
Zehra pula terus menekupkan kepalanya dan hanya menekur tanah tempat dia berpijak.
“Selagi kau hidup,kau punya waktu untuk hentikan ORIGINAL PROGRAM yang memudaratkan tu.Kau masih ada masa untuk hentikan wabak Doll Cosmetic Surgery Obsession.Walau sekotor mana pun tangan kau,masih belum terlambat untuk kau betulkan segalanya.Aku tahu kau tahu caranya mahu melumpuhkan ORIGINAL PROGRAM daripada terus memusnahkan komuniti manusia.Aku yakin kau mampu lakukannya,Zehra.“
“Walaupun aku boleh melumpuhkan program tu,aku tetap tak dapat ubah apa yang aku dah lakukan terhadap mereka.Aku rosakkan wajah dan tubuh badan mereka dengan teknologi canggih yang aku pelajari di universiti dulu.Aku dah salahguna kemahiran,kecekapan serta ilmu aku pada jalan yang salah Anaqi.” Suara Zehra kedengaran tersekat-sekat.
“Wajah asli mereka telah aku rosakkan dengan memberi wajah dan identiti baru kepada mereka.Atas ketaksuban aku sendiri untuk menjadi pakar bedah plastik hebat,aku ketepikan soal kemanusiaan.Apalah gunanya ada ilmu sedangkan aku tak ada bezanya dengan mereka yang telah mendapatkan perkhidmatan ORIGINAL Inc.Aku takkan mampu nak mengubah apa-apa…”sambungnya lagi.
“Tapi kau kena sedar,setiap manusia melakukan kesilapan.Dan kesilapan akan terus menjadi kesilapan sekiranya kau tak cuba untuk mengubah dan menghentikannya.Ingat Zehra,manusia yang bodoh adalah manusia yang masih melakukan kesilapan yang sama tanpa cuba berubah.Kau nak jadi manusia bodoh ke?”
Zehra terdiam tetapi melurut-lurut rambutnya yang mula serabai beberapa kali.Dengusan demi dengusan terhambur keluar dari bibirnya.Ada benarnya apa yang Anaqi perkatakan.Sampai bila dia mahu terus hidup dengan membuat kesilapan?
“Beranikan diri kau Zehra.Sebelum segala-galanya terlambat,kau masih ada peluang untuk memperbaiki keadaan.Aku sokong kau dari belakang tapi kau mesti janji dengan aku untuk lumpuhkan ORIGINAL PROGRAM.”tekan Anaqi lagi dan kali ini lebih serius berbanding tadi.
+++++
“Apa yang awak mahu buat dengan ORIGINAL PROGRAM,Dr Zehra?“suara lantang Dr Adelaine nyata mengejutkan Zehra.Wajahnya bertukar sedikit pucat apabila susuk tubuh Dr Adelaine sudah berada di depan matanya.
Sewaktu dia memboloskan diri ke sini tadi dia tidak nampak kelibat sesiapa pun di situ. Sudah beberapa kali dia memeriksa kawasan sekitar.Awal-awal lagi dia sudah menggodam sistem keselamatan ke bilik kebal yang sedang dia masuki itu dan sangat yakin tidak ada sesiapa yang sedar akan kehadirannya di situ. Dari mana datangnya Dr Adelaine dia sendiri tidak dapat meneka.
“Saya…saya mahu musnahkannya.“akhirnya terlontar jua kata-kata itu dengan berani dari mulut Zehra.Dia sudah tidak bimbang kiranya Dr Adelaine mahu berkata apa-apa tentang keinginannya.Apa yang dia tahu misinya perlu diselesaikan hari ini juga.
“Awak dah gila?Ini adalah pelan pembangunan ORIGINAL Inc yang ditinggalkan oleh Professor Gallius.“jerit Dr Adelain kuat,bagaikan tidak bersetuju dengan kemahuan Zehra.
“ORIGINAL PROGRAM tak perlu wujud lagi.Sudah banyak kemusnahan yang telah kita buat melaluinya.Saya tak mahu ada lebih banyak manusia yang menjadi mangsa ORIGINAL PROGRAM selepas ni.“balas Zehra bersahaja dengan suara keras.Dia tahu,melihat dari cara Dr Adelaine dia yakin wanita itu tidak akan bersetuju dengannya.Dia juga tahu bahawa Dr Adelaine adalah salah seorang doktor kepercayaan Professor Gallius sejak dia mula bekerja di ORIGINAL Inc 12 tahun dulu.Mana mungkin dia akan membiarkan seseorang memusnahkannya.
“Awak jangan buat kerja gila.Kalau Professor Gallius masih hidup,dah tentu dia akan menghalangnya.“ Kata-kata Dr Adelaine hanya dibalas dengan senyuman senget Zehra.
“Professor Gallius dah mati dan sepatutnya ORIGINAL PROGRAM ni turut sama mati.“
Dr Adelaine tidak betah mendengar ucapan Zehra yang dirasakan melampau lantas dia segera menghampirinya.Bertentang mata umpama mahu berperang saja.
“Awak memang melampau Zehra!!“pekiknya.
“Memang saya melampau!!Kita semua ni yang melampau.Berapa banyak manusia dah kita jadikan tikus putih?Berapa banyak manusia dah melalui program di bawah ORIGINAL Inc dan berapa banyak manusia yang akan menjahanamkan diri mereka untuk menyertai ORIGINAL PROGRAM selepas ini?“
“Awak dah lupa agaknya bagaimana Professor Gallius membangunkan ORIGINAL Inc bertahun-tahun lamanya sehingga dikenali seluruh dunia?Dia dah berbakti dan menghambakan diri pada organisasi ni demi sains dan teknologi yang belum manusia lain terokai….“
“Tapi dengan sains dan teknologi yang Professor Gallius bangunkan itulah menghasilkan manusia-manusia yang taksub dan melanggar fitrah semulajadi.Awak tengok apa jadi dengan Karen James yang merubah rupanya kepada selebriti Hollywood kesukaannya?Lillya Atnakova yang memperbesarkan payudaranya?Jared Bekhterev yang menukar jantina?Jameela Adi Sukma yang menukarkan bentuk tubuhnya serta warna kulitnya?Dan Anna Galerkin yang mencantikkan wajahnya seperti puteri dogengan?“ Zehra menghamburkan nafasnya keras dan kasar sebelum menyambung lagi kata-katanya.
“22 tahun dulu, Valeria Lukyanova, Olga Dominica Oleynik ,Vanilla Chamu dan Anastasiya Shpagina telah menyertai ORIGINAL PROGRAM dan apa yang telah terjadi pada mereka semua sekarang?Mereka hilang identiti asal mereka dan yang paling teruk sekali adalah nyawa mereka terancam kesan daripada pembedahan plastik awak tahu tak?Inikah yang dikatakan sains dan teknologi andai nyawa manusia yang menjadi taruhan?“ Zehra mula membuka lembaran sejarah 22 tahun dulu semata-mata mahu Dr Adelaine mengingatinya semula.Apakah kebaikan yang mereka semua lalui sedangkan semuanya palsu belaka.Apalah bezanya wajah cantik persis patung sedangkan mereka hanya kelihatan sama antara satu sama lain.Tiada identiti asli.Palsu!
“Tapi mereka mahu cantik dan kita ada teknologi untuk mengubah mereka seperti apa yang mereka mahukan.“
“Tapi itu tak membenarkan kita merampas masa depan mereka.Masih banyak lagi caranya untuk kelihatan cantik.Pembedahan kosmetik sepatutnya digunakan bagi mereka yang benar-benar memerlukan seperti orang yang kehilangan rupa bentuk wajah akibat kemalangan.Tapi kita sendiri dah galakkan masyarakat untuk mengubah wajah dan rupa fizikal dengan cara paling pantas tanpa menghiraukan kesan sampingan.Saya tak mahu membiarkan lebih ramai masyarakat menjadi mangsa.Keputusan saya muktamad.Saya akan hapuskan ORIGINAL PROGRAM!!“
“Saya tak akan benarkan!!“ sepantas kilat Zehra berlari ke arah kabel utama pengendali ORIGINAL PROGRAM tanpa menghiraukan amaran Dr Adelaine.Dia menekan sesuatu di keyboard Sixth Sense dan cuba memusnahkan pengkalan datanya.Peluh renek mula muncul di dahi tetapi Dr Adelaine lebih cepat bertindak apabila menarik tubuh Zehra dan menolaknya kuat ke belakang.Kemudian,berlaku pergelutan antara keduanya.
Zehra rasa tubuhnya sakit tetapi dia kuatkan semangat dan cuba menentang Adelaine yang dirasakan sudah melebih.
Apabila tubuh Adelaine berjaya dihumban ke lantai,Zehra segera berlari kembali ke kabel pengendali.Kemahiran programmingnya segera dipraktiskan secepat mungkin.
“Zehra,no!!!“jerit Adelaine lantang.Zehra memandang Adelaine yang masih terduduk di lantai dengan senyuman senget.Dia kembali merenung ke hadapannya dan menekan satu butang di keyboard.
ORIGINAL PROGRAM abolished!!
p/s cerpen ini adalah sempena penyertaan dalam Cabaran Geng Urban Bulan Jun 2013 dengan tema Sains Fiksyen....thank you for reading,drop a comment...peace :)