Tuesday, 1 May 2012

Cerpen : Selamat Kembali Encik Pembuli !!




Bagasi besar berwarna hitam itu sudah penuh dengan pakaian.Pelbagai barang dan pakaian yang disumbat ke dalamnya sehinggakan mahu menutup zip pun susah.Hmmm…nasib baik muat!! Kalau tidak parah juga dia mahu menyediakan satu lagi beg!

Rizal menguntum senyuman lalu meletakkan bagasi besar itu di tepi pintu biliknya.Beratnya usah dikata,mungkin mencapai tahap berkilo-kilo.Tersenget-senget badannya mengalihkan beg itu ke tepi pintu bilik.Fuhh….selesai satu masalah!!

 Kini ada perkara yang perlu diperiksa lagi.Kalut saja dia menuju ke meja komputernya.Laci di situ ditarik lalu dia mengeluarkan beberapa dokumen penting termasuklah passport.Kesemua barang-barang penting itu sengaja diletakkan di atas meja komputer supaya senang dilihat.Takut kalau-kalau tertinggal.

Badannya cepat-cepat dilemparkan ke katil empuknya lalu kedua-dua tangannya di letakkan di bawah kepala.Dia senyum lagi sambil memerhati ke siling.

Ah,tidak sangka akhirnya bumi asing ini bakal ditinggalkan tidak berapa lama lagi.Hanya tinggal 10 jam saja dia bakal kembali ke Malaysia.Dia bakal meninggalkan segala-galanya yang pernah dia miliki dan kecapi selama tinggal di sini.Tidak sangka,selepas 15 tahun menghuni negara asing,dia bakal menjejakkan semula kakinya ke tanah air tercinta.Tercinta?Rizal senyum lagi.

Hatinya berasa sedikit sedih untuk meninggalkan bumi Birmingham.Dia juga akan tinggalkan kawan-kawannya,keluarga angkatnya,jiran-jiran yang peramah dan baik hati iaitu Aunt Marie,Aunt Janet,Uncle Tommy,Brenda,Victor,Kenny,Simon dan beberapa lagi nama yang sudah melekat dalam hatinya.Biar pun ada kesedihan di hati,dia masih punya keterujaan.

Ya,keterujaan untuk berjumpa dengan sanak saudara yang sudah lama tidak bertemu.Dia rindu pada mereka.Dia tersangat ingin bertemu dengan seluruh keluarga yang berada di Malaysia.Entah apalah yang mereka buat sekarang ini.Rizal sengih memikirkan semua orang-orang yang pernah hadir dalam hidupnya yang telah lama ditinggalkan.
Tiba-tiba saja fikirannya menerawang kepada peristiwa 15 tahun dulu….

+++++++

“Cepat!! Aku kira sampai 10.Kau mesti lari,kalau kau tak lari,aku humban kau dalam tali air tu!!” Jerit Rizal tidak langsung mahu bertolak ansur dengan gadis kecil molek itu.Gadis itu memandang wajah Rizal dengan takut-takut.Badannya menggeletar,tangannya menggigil.Dia hanya mampu mengangguk namun bibirnya kelu tidak terkata apa.

“Apa tunggu lagi?Cepatlah!” herdik Rizal garang.Matanya mencerlung memandang gadis itu tanpa belas.
“Ce..cepatlah..kira.” ucap gadis itu takut-takut.Sungguh dia terasa kepala lututnya lemah longlai mendengar jerkahan dari budak lelaki berusia 10 tahun yang mempunyai saiz fizikal yang jauh berbeza darinya.Memandangnya sahaja sudah membuatkan gadis itu kecut perut apatah lagi mendengarkan suaranya yang bagaikan halilintar.Ah,dia tidak punya pilihan.

“Cepat!Aku kira,kau mesti lari! Kalau tak lari tahulah apa nasib kau!” ucap Rizal sekali lagi mengulang ayat yang sama terhadap si gadis.Memang tidak punya perasaan bersalah langsung malah dia berasa seronok mengawal dan mengarah-arah gadis itu.”Satu…dua…tiga…” Sofea cepat-cepat mengatur langkah seribunya,berlari seperti yang diarahkan oleh Rizal.

Itulah yang terpaksa dia hadapi apabila Rizal sudah muncul di depan mukanya.Dia tahu,Rizal memang suka main sorok-sorok.Sebab itulah budak lelaki itu sengaja menyuruhnya melarikan diri dari situ dan menyorok di mana-mana tempat yang dirasakan selamat supaya Rizal dapat meneruskan misi memburu ‘mangsa’.
Sofea benar-benar tidak tahu mahu berbuat apa apabila Rizal sering datang ke rumah neneknya terutama pada musim cuti sekolah bersama-sama keluarganya.Maka,ibu bapa mereka pasti menyuruh Sofea mengajak Rizal bermain bersama-sama.Huh,kalaulah semua orang tahu bahawa Rizal selalu membulinya sudah pasti dia tidak dibenarkan bermain di luar.

Tercungap-cungap nafas gadis kecil itu.Dia segera mengambil tempat yang agak selamat di belakang satu pondok kecil berdekatan dengan perigi yang terletak di belakang rumah kayu milik neneknya yang sudah disewakan untuk orang kampung.Dia dapat merasakan bahawa tempat itu agak selamat dari dikesan oleh ‘si monster’ bernama Rizal.

“Warghhhh!!” jerkah Rizal sambil tunjuk senyum nakal.Sofea menjerit nyaring lantas dadanya diurut.Terkejut!!
“Hahaha…yes!! Aku dapat jumpa kau!! Bangun cepat!” Arah Rizal lagi sambil menarik kasar lengan Sofea.Sofea menggeleng,takut benar dengan Rizal yang kuat membuli.Entah ilmu apa yang dipakainya sehingga mahu melawan pun dia tidak mampu.

Rizal…bukannya kuat mana pun.Mahu kata gergasi macam Big Foot tak juga apatah lagi macam Godzilla.Oh,mungkin macam Doraemon saja cuma  perangai nakal itu semakin menjadi-jadi dari hari ke hari.Mentang-mentanglah badannya kecil dan comel senang-senang saja si Doraemon ini mahu membulinya.Doraemon tembam!!

“Hoi! Bangun! Bangunlah…degil sangat kenapa?” marah Rizal.Mulutnya yang penuh dengan gula-gula sempat lagi mengherdik Sofea.Sofea pandang wajah Rizal sekali lalu namun dia gagahkan jua dirinya untuk berdiri.Kalau tak mengikut arahan nanti,sahih dirinya akan diikat di pohon rambutan macam minggu lepas akibat kalah dengan Rizal dalam permainan congkak.Kalau tak pun sudah tentu mulutnya akan disumbat dengan pasir sungai.Ceh,bikin sakit hati saja!

“Awak nak suruh saya…bu..buat apa,Rizal?”
“Kau jangan banyak tanya! Jom ikut aku!” tanpa membuang masa Rizal segera mengheret tangan Sofea mendekati perigi.Hati Sofea sudah cuak melihat perigi sudah dekat dengan mereka.Dalam fikirannya,pelbagai perkara bakal berlaku hari ini.Sah,aku bakal kena tolak dalam perigi!!Oh,tidak!! Esok mesti cerita aku masuk berita muka surat depan!!

“Janganlah Rizal! Awak nak bawa saya pergi mana?” suara Sofea kendur.Air matanya sudah merembes cuba meronta-ronta minta tangannya dilepaskan namun Rizal tidak menghiraukannya.Budak nakal itu masih setia menggenggam erat lengan Sofea malah makin dieratkan pegangannya sambil menarik kasar menghampiri perigi itu.

“Rizal!!” jerit Sofea lagi.Hampir meraung dibuatnya.
Rizal sengih.Gula-gula dalam mulutnya digigit sehingga hancur.
“Kau duduk sini!” arahnya lagi.Sofea tiada pilihan.Dia terpaksa akur sekiranya tidak mahu diapa-apakan.
‘Hmmm…aku ikut cakap dia pun aku tetap kena!’
“Duduklah,kau pekak ke?Degil betul!” marah Rizal sambil menolak kepala Sofea.
“Kalau kau tak nak sakit,kau duduk diam-diam di sini.Tunggu aku datang!” ucap Rizal.Sofea sudah duduk mencangkung di tepi perigi sambil matanya tidak lekang menatap susuk tubuh Rizal yang tembam itu mengelilingi perigi.Dia hairan.Apa yang mahu Rizal buat?

Rizal sengih lagi sambil keningnya terangkat-angkat.Idea nakalnya muncul lagi.
Pantas tali timba yang sedia tergantung di palang kayu di tengah-tengah muka perigi itu ditarik lalu dihumbankan ke bawah.Pap! Air perigi terpercik ke dindingnya.Rizal terkial-kial menarik semula timba itu setelah pasti air perigi sudah penuh terisi.Bunyi kocakan air deras kedengaran.

Sofea yang masih mencangkung hanya membatu.Tidak berani langsung mahu bergerak apatah lagi untuk bersuara.Dia hanya mampu berserah.Entah apalah nasibnya kelak.
Bunyi derapan tapak kaki ‘si monster’ a.k.a Doraemon sudah semakin jelas di pendengarannya.Dia pejam mata rapat-rapat lalu berdoa dalam hati.

“Ya Allah,kau selamatkanlah aku dari menjadi mangsa budak tembam ini.Lindungilah aku.Amin.”
Derap tapak kaki Rizal tidak berbunyi lagi.Sofea hairan lalu dia membuka matanya perlahan-lahan untuk memastikan bahawa Rizal tidak berada berdekatan dengannya.
Prrrrr..Bunyi simbahan air serta merta membuatkan wajah Sofea berubah.Dia terjerit-jerit lalu bangun dari cangkungannya.Tubuhnya dipeluk dan sesekali dia menggosok-gosok wajahnya yang sudah basah dek siraman air perigi.Rizal ketawa besar!

“Hahaha…padan muka!” Rizal jelir lidah.
“Kenapa awak buat saya macam ini?” tanya Sofea lirih.Dia mahukan jawapan dari perbuatan Rizal yang tidak bertimbang rasa.Namun budak lelaki itu terus ketawa berdekah-dekah sambil menekan perutnya.Geli hati!
“Itu untuk hukuman kau!”
“Hukuman apa?”
“Hukuman sebab aku dapat jumpa kau!“
“Hah?

“Bodohlah kau ni! Lain kali kalau nak menyorok,pilihlah tempat yang aku tak dapat cari!Contohnya kau menyorok dalam tanah ke,atas pokok yang paling tinggi macam pokok durian ke atau pun kau menyorok je dalam perigi tu! Mesti aku tak dapat cari kau!“

Sofea garu kepala.Menyorok dalam tanah?Kubur ke?Hmm…ada ke orang menyorok atas pokok durian?Tingginya!Mata Sofea menoleh memandang ke arah perigi yang dimaksudkan oleh Rizal.Eee…ini lagi gila.Nak suruh aku mati bunuh diri semata-mata nak menyorok dalam perigi tu dari dikesan oleh ‘si monster‘ ini?Mesti mak marah dengan aku nanti!! Huwaaa….

Rizal ketawa lagi.Sofea menjeling dengan gelagat tidak bertamadun dari Rizal.Bencinya dengan budak tembam ni!! Nasib baiklah badan aku ni kurus kering,kalau badan aku satu paten macam dia tahulah nasib dia! Gerutu Sofea dalam hati.

Rizal segera mengeluarkan bungkusan lolipop dari dalam koceknya.Dia pantas mengulum lolipop itu sementara kertas balutannya di buang ke wajah Sofea.Sofea menunduk.
Rizal sengih lagi.“Kau nak?Kau nak tak?“ jerit Rizal apabila sedikit demi sedikit dia menghampiri Sofea.Sofea diam.“Hoi,pekak! Aku tanya kaulah! Kau nak tak lolipop ni?“

Sofea angguk perlahan.Hatinya penuh dengan perasaan sebal tetapi demi rasa takutnya yang menjadi juara hati saat itu,dia hanya mampu berdiam diri.
“Kau nak?Nah!!“ ucap Rizal sambil membaling baki lolipop yang sudah dimakannya itu ke wajah Sofea.Sofea terkedu.Lolipop milik Rizal itu sudah jatuh bergolek di kaki Sofea.

”Cepat ambil lolipop tu!“ arah Rizal menyinga.
”Pekak!Ambillah cepat! Kau cakap kau nak,sekarang aku dah bagi! Ambil cepat!”
Sofea menggigil.Tubuhnya yang masih basah sudah menggeletar kesejukan dan ditambah dengan jerkahan Rizal yang mampu membuatkan bulu romanya meremang.Rizal memang benar-benar keterlaluan!!
“Eee…pantang betullah bila aku cakap orang buat tak tahu! Pekak! Bodoh!” herdik Rizal lagi.Dia mendegus.Marah benar apabila Sofea masih membatukan diri tidak menurut arahannya.Dia geram lalu tubuh kecil itu ditolaknya sekuat hati.Terduduk Sofea di atas lantai berdekatan perigi itu.Gadis itu segera meraung.Air matanya tak henti-henti mengalir.Rizal sengih lagi.Dia ketawa besar melihat gadis itu menangis.Ceh,lembik!!

“Padan muka kau!”
Sofea menggosok matanya dan tidak berupaya untuk bangun dari jatuh.Dia terasa punggungnya begitu sakit malah kakinya terasa kebas.
“Sofea!!Sofea!!!” jerit satu suara.Rizal segera berhenti ketawa.Dia menoleh ke belakang dan dapat melihat kelibat seorang wanita kian menghampiri.Kalut saja langkahnya diatur ke arah Sofea lalu pura-pura membantunya bangun dari jatuh.”Hei,diamlah! Berhenti menangis!”bisiknya keras.

“Sofea…Ya Allah,Sofea,Jai…kenapa ni?Apa dah berlaku?” separuh menjerit suara Lia Sari apabila terlihatkan keadaan dua orang kanak-kanak itu.”Err..Sofea jatuh tadi.Jai cuba bantu dia bangun!” tipu Rizal.Sofea masih tidak berhenti menangis.Dia pandang wajah Rizal dengan penuh perasaan dendam.

‘Kurang ajar kau! Pandai betul kau berlakon! Mak,si monster ini yang tolak Sofea tadi!Mak karate dia mak!!‘ jerit hati Sofea.Suaranya tidak mampu keluar.
“Macam mana kau boleh jatuh ni Sofea?Cuai betul! Baju ni,macam mana boleh basah?”
“Tadi Sofea…”
“Err….Auntie tadi Sofea terjatuh masa nak ambil air dari perigi tu.Air perigi tu dah terjatuh atas badan Sofea.Sebab tu basah!” Potong Rizal cepat-cepat.Lia Sari mendengus.Sofea tidak mampu meneruskan kata-katanya.

“Itulah,kan mak dah pesan jangan main kat perigi ni! Bahaya! Tapi kau ni degil! Sudah,cepat bangun!” marah Lia Sari sambil menarik tangan Sofea.Lia Sari segera menepis-nepis kotoran yang sudah melekat di belakang seluar Sofea.Basah dan kotor! Lia Sari menggeleng-geleng lagi.
“Sudah,Sofea,Jai.Jom kita balik!”
Rizal sengih sambil kenyit mata pada Sofea.Sofea menjeling tajam.Urghh,benci dengan kau encik pembuli!!!


++++++++++++++

Ketukan di pintu biliknya membuatkan dia cepat-cepat tersedar dari tidur lenanya.Rizal menguap besar lalu menggeliat.Kalut saja tangannya memulas tombol pintu yang diketuk bertalu-talu dari arah luar.“Jai,siap cepat.Sekejap lagi kita dah nak bertolak.“ Rizal mengangguk apabila Arfa emaknya mengarahkannya bersiap.Jarum jam di dinding dikerling sekilas.Huh,patutlah.Dah pukul 4 pagi waktu UK.Dia sengih lalu kakinya segera diatur ke bilik mandi.

Rumah Inggeris itu ditinggalkan jauh ke belakang.Sayu pula rasa hatinya mahu meninggalkan dunia yang sudah sebahagian menjadi dirinya.‘Tak apalah,nanti ada masa aku boleh kembali ke sini!‘ tekadnya dalam hati.

Rizal lihat Rania di sebelah.Gadis itu masih terliuk lentok kepalanya melayan kantuk.“Mama,pukul berapa kita sampai di Malaysia?“ ucapnya memandang kepada Arfa yang berada di bahagian belakang pemandu teksi.“Lebih kurang pukul 8 malam waktu Malaysia.Kenapa?“

“Kita nak balik ke mana?“
Arfa senyum.
“Jai takkan dah lupa?Kan kita terus ke rumah Tok Saif.Tok Saif ada buat majlis sambutan untuk kita sekeluarga.“
Mata Rizal terlopong.Hah,biar betul?Ada majlis sambutan?Wow,dah macam orang penting je! Ini yang tak sabar rasanya nak sampai ke Malaysia!!

++++++++++++

Boeing 747 sudah lama mendarat di landasannya.Mereka sekeluarga segera mengatur langkah menuju ke balai ketibaan KLIA sambil masing-masing menolak troli berisi bagasi.Suasana yang sibuk membuatkan Rizal memerhati sekeliling.Hatinya begitu kagum.Sungguh dia tidak menyangka terlalu ketara perubahan yang berlaku sepanjang ketiadaannya di Malaysia.Kekagumannya makin menjadi-jadi apabila ternampak kelibat seorang lelaki yang sedang memegang poster besar berwarna putih tertera nama ARFARINA & MOKHTAR.

“Assalamualaikum.“ Sapa Arfa mendekati lelaki berusia 40-an yang memegang poster tersebut.“Waalaikummussalam.Puan Arfarina?“ Arfa mengangguk.
“Saya Ramli,pemandu Tuan Saifuddin.Jemput naik Puan,Encik.“ Ramah Ramli mempelawa mereka menaiki BMW berwarna hitam itu lalu segera mengambil bagasi-bagasi untuk diletakkan di bonet belakang.

Perjalanan dari KLIA ke rumah Tok Saif hanya memakan masa selama setengah jam.Rania sudah mula mengipas-ngipas wajahnya dengan topi besar miliknya yang diselitkan di dalam beg nya.
“Mama,Papa…kenapa panas sangat?Malam-malam pun panas !“ rungutnya tidak bertapis.Mokhtar jeling anak daranya di kerusi belakang.

“ Mana ada panas,Nia.Sejuk je papa rasa.“
“Eee..tengok ni Nia dah berpeluh dah.Errr…uncle,Malaysia memang selalu panas ke?” tanya Rania kepada Ramli yang masih fokus memandu.Ramli sengih sambil pandang cermin pandang belakang.”Tak adalah selalu.Kadang-kadang tu hujan jugak.Rasa-rasanya mungkin malam nanti hujan,sebab tu sekarang terasa bahangnya.”

Rania sudah tergaru-garu lehernya.Topi besar ala-ala Paris Hilton itu digunakan lagi untuk mengipas wajahnya.
“Uncle,boleh tak kuatkan sikit aircond tu.Seriously,I’m sweating!!” arahnya lagi.Rizal tergeleng-geleng melihat tingkah laku kakaknya.Huh,sikit-sikit panas! Bilanya yang tak panas?

“Sis,ini Malaysia okey.Kenalah ajar sistem perpeluhan tu untuk mengawal peluh-peluh sis dari keluar berlebihan!” Rizal berlawak.Dia sengih tayang gigi apabila Rania sudah berkerut dahi memandangnya.
“Yeah right!! Not funny,okay!!” balas Rania lagi sambil mencebir.

Mata Rania sedikit terbuntang apabila kereta mereka tiba di pintu masuk banglo mewah milik Tok Saif merangkap bapa saudara ibu mereka Arfa.Dia benar-benar tidak sangka datuk saudaranya yang sudah lama tidak ketemu itu seorang orang berada.Dia masih ingat,mamanya pernah bercerita tentang lelaki tua warga emas itu yang sudah bergelar hartawan yang terkenal di Malaysia.Sungguh dia memang tidak sangka bahawa lelaki itu kaya sebegini rupa.Ini baru saja rumahnya,belum masuk lagi aset-asetnya yang entah bernilai berapa juta dia sendiri tidak pasti.Setahunya,sewaktu meninggalkan tanah air 15 tahun dulu,lelaki itu hanyalah usahawan kecil-kecilan.

“Wow,this is amazing!” ucap Rania apabila kereta melalui taman mini buatan berserta air pancut dan kolam kecil yang mempunyai lanskap menarik.Ada cahaya lampu bersinar-sinar menghiasi taman mini tersebut malah ada juga beberapa ekor angsa putih sedang berenang-renang di dalam kolam itu.

“Sis,sudah-sudahlah tu! Kejap lagi boleh sambung melopong tu.Jom,kita dah sampai.Turun.” siku Rizal di sebelahnya.
Rizal turun dari BMW dengan penuh gaya ala-ala lelaki urban.Jaket kulit hitamnya jenama Calvin Klein di tanggalkan lalu diletakkan di atas bahu.Kaca matanya yang masih dipakai tidak sedikit pun disentuh.Dia segera mendekati Arfa.

Dalam hatinya,dia berdoa semoga dia dapat berjumpa dengan gadis comel itu.Dia terlalu lama memendam rasa dan menjelang hari-hari keberangkatanya pulang ke Malaysia,dia sentiasa berdoa semoga dia dapat bertemu dengan gadis comel yang pernah menjadi mangsa bulinya sejak dulu.Dia tahu,mungkin gadis itu masih marahkannya dan membenci dirinya namun dia kuatkan hati agar apabila dia bertemu gadis itu,dia mahu meminta maaf.Biarpun peristiwa itu sudah lama berlalu,dia mahu menebus kesalahannya biarpun dirinya bakal dibenci.

"Lupa pula nak kenalkan anak auntie.Ni Rania dan ini pula Rizal.Ingat tak lagi pada Nia dan Jai?" Kata-kata Arfa benar-benar mematikan lamunannya.Dia senyum nipis lalu menanggalkan kaca mata hitamnya.
Huluran tangan Sofea terus disambutnya lalu dia sengaja mendekatkan bibirnya ke telinga Sofea.”Hai honey.Masih ingat I lagi?” Rizal sengih,sengaja menunggu reaksi gadis itu.Tangannya yang masih dalam genggaman Sofea segera dilepaskan oleh gadis itu setelah beberapa kali berdehem halus.Rizal kemudian sengaja mengenyit mata nakal.Alahai,comelnya dia!! Tetap comel sewaktu aku tinggalkan bumi Malaysia.Dan dia tetap comel seperti masa aku menjadikannya mangsa buli aku dulu!!

Rizal dan Rania berjalan lambat-lambat masuk ke dalam banglo mewah.Mata Rizal masih sempat menangkap gelagat kakaknya yang masih setia mengipas-ngipas wajahnya dengan topi Paris Hilton.
Sepanjang perjalanan majlis menyambut ketibaan mereka sekeluarga,mata Rizal tercari-cari kelibat Sofea yang sudah menghilangkan diri namun apabila gadis itu duduk berhadapan dengannya,dia jadi lega.Senyumnya bertambah lebar malah matanya merenung dalam wajah gadis itu.Ah,kenapa perasaan aku jadi begini?Adakah aku sudah jatuh cinta?

++++++++

Dia beria-ia meminta alamat rumah Lia Sari daripada Tok Saif.Tidak tahan rasanya menahan perasaan andai tidak melihat wajah Sofea.Perasaannya semakin hari semakin besar untuk gadis itu.Dia benar-benar sudah jatuh cinta pandang pertama.Bunyinya macam kelakar apabila jatuh cinta pada saudara sendiri namun itulah hakikat yang Rizal terpaksa terima saat ini apabila hatinya penuh dengan lagu-lagu irama serta bunga-bunga cinta.

Dia tidak betah duduk diam tidak berbuat apa-apa.Dia menanam tekad untuk menawan hati gadis itu walaupun dia sedar Sofea sudah jauh berubah.Dia masih ingat bagaimana layanan yang diterima dari gadis itu sewaktu di rumah Tok Saif.Urghh…dingin!! Tak apa…ini Rizal! Aku pasti akan dapatkan apa yang aku nak walaupun terpaksa meredah lautan api,mendaki gunung tinggi atau menyusur hutan belantara.
Setelah memastikan alamat yang tertera di atas kertas putih dalam tangannya sama dengan alamat di dinding tepi pagar sebuah rumah teres,dia segera memakirkan keretanya.Setelah salam diberi,dia disambut oleh Lia Sari.

"Sorry ya Auntie,pagi-pagi lagi dah ganggu." ucap Rizal sambil mengekor Lia Sari masuk ke dalam."Lah,tak payahlah nak minta maaf.Tak ada apa pun.Tak adalah pagi mana pun.Dah dekat pukul 10.Dah nak masuk tengah hari dah." Rizal mengangguk.Dia cepat-cepat membuka kasut dan masuk ke dalam.Lia Sari segera menjemputnya duduk.”Eh,tahu pula jalan nak ke rumah auntie ni?Tak sesat ke?”Tanya Lia Sari.Rizal senyum.

”GPS kan ada auntie.Senang je nak cari rumah auntie bila adanya GPS.”Rizal sengih.Lia Sari mengangguk.Lupa pula dia dunia sekarang ada GPS yang diibaratkan macam peta mencari lokasi.
"Duduklah Jai.Minta maaflah Jai rumah Auntie ni berselerak sikit.Nak harapkan anak dara sorang tu,hmmm....sampai ke tua lah dok macam tu juga.Eh,Jai dah sarapan belum?Kalau belum jomlah sarapan kat sini.Auntie masak bihun goreng hari ni." Lia Sari beria ajak Rizal namun Rizal menolak dengan lembut."Tak apalah auntie,tak payah susah-susah.Jai dah makan dah tadi.Err..auntie,Sofea mana?Keluar ke?" Lia Sari sudah mencebik apabila Rizal bertanya tentang anak gadisnya yang pemalas itu.

"Keluar apanya,Jai?Ada kat atas tu hah,tengah berkubang.Dia tu selagi belum tengah hari jangan harap nak nampak batang hidung.Harapan kalau nak bangun awal-awal!" Sudah,Lia Sari sudah memulakan mukadimahnya.

Rizal tersengih lagi."Oh,yeke? Hari ini cadang nak ajak Sofea teman Jai jalan-jalan.Maklumlah auntie,Jai dah lama tak balik sini.Jalan-jalan pun dah banyak yang berubah.Takut sesat tak jumpa jalan balik nanti." seloroh Jai cuba meyakinkan Lia Sari.”Apa susahnya Jai,kan ada GPS?” Lia Sari memulang paku buah keras.Rizal garu kepala.Alamak,terkena balik!

“Hah,betul jugak! Ada GPS!” Rizal ketawa,sekadar menutup malu.Lia Sari juga turut ketawa.
 ‘‘Sekejap auntie kejutkan dia.Susah betul kalau ada anak dara macam dia tu.Bukan main liat nak bangun pagi,kalah budak kecil.Duduk dulu ye Jai.Kejap lagi auntie buatkan minuman.’’ ucap Lia Sari terus bangun menuju ke tingkat atas.Rizal angguk.Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan gadis itu.Dia sengih lagi.

Rizal segera mengambil alat kawalan jauh televisyen lantas mengalih siaran rancangan.Hmm…nampaknya tiada rancangan pun yang menarik minatnya.Tiba-tiba saja matanya lekas tertancap pada beberapa album gambar yang elok tersusun di celah meja kopi di hadapannya.Sepantas kilat dia menarik keluar album gambar itu.Album berwarna biru tua yang agak besar diselak satu per satu sehingga sampai kepada satu keping gambar yang membuatkannya benar-benar tertarik.Rizal pandang ke arah tangga untuk memastikan Lia Sari belum muncul di situ.Tiba-tiba timbul idea nakalnya untuk menarik keluar gambar itu dari album.Dia sengih lagi.

+++++++++++++++

Lia Sari menolak perlahan-lahan pintu bilik Sofea yang tidak berkunci.Dari pintu lagi dia sudah dapat mendengar dengan jelas dengkuran Sofea yang seperti seladang bunting itu.Lia Sari menggeleng-geleng kepala sambil bercekak pinggang.Dia lantas masuk ke dalam bilik Sofea dan menutup separuh pintu biliknya.Dia mendekati Sofea yang sedang berselubung satu badan dengan selimut.Mahu saja wanita  itu menghamburkan amarahnya apabila melihat Sofea begitu enak menikmati tidur di bawah kain tebal itu tetapi apabila mengingatkan Rizal berada di bawah dimatikan saja niatnya itu.Jika tidak,sahih bergegar satu rumah mendengar suaranya.Lia Sari  segera memanggil nama Sofea perlahan tetapi memandangkan tiada respon positif dari gadis itu,dia terus  menarik selimut tebal dari tubuh Sofea.Dia lihat Sofea memeluk bantal kecil.Sekali pandang nampak macam beruang koala sedang tidur.Dia tidak membiar lama keadaan Sofea sebegitu lalu dia menarik hidung kecil Sofea.Gadis itu mendengus kasar dan menggaru-garu hidungnya.Mungkin rasa terganggu dengan tindakan Lia Sari.Lia Sari merengus kasar. ‘’Isyh,budak bertuah ni.Aku cuit pun dia buat bodoh.Ini kalau letak bom mesti tak sedar.Sofea…Sofea….Nak kena ni !’’

Lia Sari memanggil lagi anak gadisnya dengan suara lemah lembut.Kalau dipanggil kasar-kasar terbang pula semangat anaknya.Tak pasal-pasal roh dia tak kembali ke badan.
Sofea merengus.Dia berkalih sedikit cuma namun dalam masa seminit dia tersedar kerana terasa badannya yang sudah tidak berselimut.Dia pandang bawah dan nampak selimutnya sudah berada di kaki.Dia menarik selimut tebal itu ke badannya dan menutupnya seluruh badan termasuk muka seperti tadi.Dia sedikit pun tidak perasan akan kehadiran Lia Sari di situ. 

‘’Selamat pagi Tuan Puteri!" ucap Lia Sari dalam suara yang agak kuat.Sofea terkejut namun masih dalam keadaan mamai dan dia masih tidak dapat mengecam suara Lia Sari.Dia menarik selimut tebalnya semula menjauhi muka.Tiba-tiba dia bangun dan menjerit.Mahunya tak menjerit,tiba-tiba saja dia nampak ada seorang wanita tua bertongkat yang masuk ke dalam biliknya.Dia cuba mencapai apa saja barangan yang berada berhampiran dengannya untuk dibaling ke arah wanita tersebut.Usahanya agak sia-sia apabila dia terpijak kain selimut yang sudah melorot ke bawah lalu jatuh tergolek di hadapan emaknya.

 ‘’Hah,dah habis dah mimpi putera katak ?’’ Sofea terpisat-pisat.Matanya digosok-gosok.”Aduh,sakitnya punggung aku! Nasib baik tak ada baby dalam perut aku kalau tidak boleh keguguran ni!” Sofea berceloteh sendiri.Kemudiannya dia pandang ke arah sosok tubuh Lia Sari yang menunjukkan muka seperti singa. ‘’Mak,buat apa kat sini ?’’ ‘’Buat apa kau tanya ?Kejutkan tuan puteri ni bangunlah ! Tengok jam dah pukul berapa ? Punyalah payah nak kejut dia.Kalau meletup bom kat tepi telinga pun tak dengar ! Sudah,bangun !’’

Sofea garu kepalanya sambil buat muka bengang.Isyh,baru je sedap-sedap dia bermimpi berjumpa dengan putera raja tiba-tiba saja wajah mak tiri Rapunzel muncul.Mahu tak terkejut beruk dibuatnya.Patutlah dia rasakan jalan cerita dalam mimpinya tadi tak berapa seronok rupanya mak tiri Rapunzel sudah terpacak di tepi katil dan bertukar menjadi Lia Sari.Sofea sengih.

’’ Hah,sengih je kerja kau Sofea.Ini mesti kes mimpi putera raja.Kali ini mimpi putera raja dari negeri mana pula?Zimbabwe ? ‘’perli Lia Sari.Sofea mencebik lantas bangun dari duduknya.Dia segera melemparkan diri ke atas katil semula dalam gaya kuak lentang dan tidak mempedulikan Lia Sari.Wanita itu geram lalu ditariknya kaki Sofea.

‘’Mak,janganlah kacau orang nak tidur ! Mengantuklah !’’
‘’ Sofea ! Bangun ! Tidur apanya kalau dah pukul 10 pagi.Bangun...bangun…bangun !!’’ jerit Lia Sari lantang.Memang itu kebiasaannya kalau mahu memanggil Sofea yang degil ini.Serupa budak-budak saja perangainya.Sudah hilang kesabarannya melihat perilaku anak daranya yang seorang ini.Nasiblah jika Rizal di bawah sudah mendengar jeritan halilintarnya.

Sofea berdecit halus lalu pura-pura malas. ‘’Mak,awal lagi.Nak buat apa bangun pagi-pagi ni?”
‘’Jangan nak bagi alasan,Sofea.Bangun,Jai ada di bawah tu.Turun lekas !’’ arah Lia Sari lagi.
Apabila mendengarkan nama Rizal disebut,matanya terus terbuka besar.

‘’ Hah,Rizal ?Dia buat apa kat sini ?’’
“Kalau nak tahu,turun cepat.Kesian dia tunggu lama-lama di bawah.Cepat!Pergi mandi dulu!”
Sofea mengeluh panjang.Emaknya ini kalau hal keluarga Arfa,laju saja.Tak pasal-pasal paksa aku  turun ke bawah.Eee….bencilah!

Tak habis-habis hal si Rizal ni.Apa yang dia buat kat sini pagi-pagi ni?Kacau betul!
Sofea melihat sekilas jam loceng yang berada di meja tepi katilnya.Baru 10.10 pagi.Huh,kacau daun saja! Belum sampai masanya untuk aku bangunlah,wahai mamat poyoku sayang!
"Hisyh,buat apa dia datang pagi-pagi ni?Dia nak apa?Sofea mengantuklah,nanti-nantilah Sofea turun bawah.Sofea nak sambung tidur ni!" Sofea sudah menggosok-gosok kepalanya.Rambutnya juga sudah berserabai.

‘’Hei,banyak betul soalannya.Sudah,mak tak kira.Lebih baik kau bangun sekarang sebelum mak simbah air kat muka kau.Cepat !’’ arah Lia Sari sambil berlalu ke pintu.Sofea bangun mengikut emaknya ke situ sehingga kelibat Lia Sari menghilang.Isyh,buatnya Lia Sari mengotakan janjinya,naya saja ! Basah pula katil !
 Sofea mendengus geram sambil menutup pintu biliknya kasar.Arghh!!!!

Sofea turun ke tingkat bawah setelah selesai mandi.Dia menjengah ke dapur dan lihat mamat poyo itu masih berada di rumahnya dan Lia Sari pula sibuk melayan Rizal dengan sebaik-baik mungkin.Sofea buat muka kayu lantas mendekati peti sejuk yang terletak berhampiran meja tempat Lia Sari dan Rizal duduk.
Dia buka peti sejuk dan mengambil susu segar dalam kotak.Dia lantas menuangkan susu ke dalam gelas yang baru dicapai di rak cawan."Hah,anak dara ni baru nak bangun.Nasib baik Jai datang,kalau tak sampai tengah hari baru nak nampak muka." Bebel Lia Sari.Sofea berasa rimas.Telinganya digosok beberapa kali dengan kasar,saja nak tunjuk protes.Awal-awal pagi lagi sudah mendengar bebelan emaknya.Hai,bilalah agaknya emaknya itu nak berhenti berleter.Tak penat ke mak oi?

"Biasalah mak,selalu buat full time.Hari ni je Sofea buat part time.Terpaksa punch card awal." selamba jawapan yang keluar dari mulutnya sebelum meneguk susu dari gelasnya.Dia mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Lia Sari.Sofea masih tayang muka kayu.Lia Sari sudah mencebik."Banyaklah kau punya part time.Kerja pun tak,nak buat part time pulak.Hei,sudah-sudahlah berangan Sofea oi.Ni Jai kat depan mata pun boleh buat tak reti je." marah Lia Sari seolah-olah tidak memahami bahasa sindiran yang digunakan oleh Sofea.Sofea menjeling tanda protes.Hisyh,apsal entah maknya asyik sibuk dengan si Jaiho budak poyo ni."Oh,Sofea memang suka berangan ye auntie?" ucap Rizal sambil sengih.Nah,sekarang dah kantoi perangai Sofea.Sofea ketap gigi.Marah pula dia bila mendengar ucapan Rizal yang seolah-olah menyindirnya.

"Hah,Jaiho !Kenapa datang pagi-pagi ni?Tiba-tiba saja muncul." tanya Sofea kasar.Lia Sari di sebelah sudah buat muka."Tengok tu,ada ke patut cakap macam tu dengan tetamu?"
"Alah mak,memang patut pun cakap macam tu.Pagi-pagi lagi dah sibuk tayang muka kat sini.’’ Sofea sudah tunjuk muka bengang.Mahunya tak geram,orang yang dia tak berkenan sejak dulu dengan selamba menjadi alasan dia perlu bangun awal.

“Isyh,mulut tu.Cili baru tau! Jai jangan dengar sangat cakap Sofea ni.Sindrom mamai dia belum hilang lagilah tu.Ni,auntie nak tanya.Nia mana ? Kenapa tak datang sini sekali ?’’ Rizal yang baru saja meneguk air dalam gelas segera meletakkan semula gelasnya sebelum menjawab pertanyaan Lia Sari. ‘‘Kakak kurang sihat sikit auntie.Sebab tu dia tak ikut Jai datang sini.‘‘

‘‘Lah,tak sihat?Ni mesti sebab perubahan cuaca.Maklumlah duduk kat England tu,sejuk.Cuaca kat Malaysia ni kejap panas kejap hujan.Sebab tulah tak sihat agaknya.“
“Lebih kurang macam tu lah auntie.“
Sofea di hadapan masih buat muka selamba.Dia segera menghabiskan sisa minuman dalam gelasnya sebelum bangun menuju ke singki lalu membasuh gelasnya.Dia kemudiannya terus menghilangkan diri dari dapur meninggalkan Lia Sari dan Rizal.Lia Sari menggeleng kepala beberapa kali.Hisyh! Bertuah punya budak! Boleh pulak dia buat tak reti pada Rizal.Kesian Rizal!

“Jai,jangan ambil hati sangat dengan Sofea tu.Dia memang macam tu terutama kalau terpaksa bangun tidur awal.Dah Jai,jomlah kita ke depan tu.” Terang Lia Sari apabila perasan riak wajah Rizal yang sedikit berubah terhadap perbuatan Sofea yang selamba meninggalkan mereka di dapur.

 ‘Jaiho?’ Dah macam nama lagu.Sampai hati dia bahasakan nama aku dengan panggilan Jaiho! Isyh,tak boleh jadi ni.Ganas sungguh dia.Tak apa…masa masih panjang.Aku pasti akan dapatkan kau Sofea! Tekad Rizal dalam hati.Ternyata,perasaannya terhadap gadis itu seratus peratus sudah berubah.

+++++++++

Rizal menyumpah-nyumpah dalam hati apabila Sofea dengan sewenang-wenangnya mengajaknya menaiki skuter kecil milik gadis itu setelah ajakannya untuk keluar bersiar-siar telah disokong oleh Lia Sari.Oh no!! Matilah aku!! Sudahlah aku fobia dengan kenderaan ni,lagi nak suruh aku membonceng pula?Aduh,mana aku nak letak muka aku yang kacak dan macho ni kalau pengguna-pengguna jalan raya lain nampak aku membonceng skuter sambil ditunggang oleh seorang gadis?Jatuh saham!!

‘Itulah Jai,siapa suruh kau buat helah semata-mata nak ajak Sofea keluar??Kan dah terkena batang hidung sendiri! Padan muka kau!!’
Rizal terpaksa tahan fobianya semasa berada di atas skuter comel itu.Sofea pula sengaja memulas minyak dan membiarkan skuter miliknya itu menderu laju di jalanan.Jantung Rizal bagai mahu pecah.Sungguh,dia tidak sanggup membuka matanya melihat sekeliling.Tangannya erat-erat diletakkan atas bahu Sofea sambil berdoa semoga mereka berdua selamat sampai ke destinasi.

Sofea terasa tangan Rizal mencengkam kejap di bahunya.Dia pantas menepis.
“Hoi,Jaiho! Tepilah sikit tangan kau tu! Ganggu saja!“
“Sofea,you janganlah bawa laju-laju! Nanti accident! Bahayalah!“ jerit Rizal.Dia terpaksa meninggikan suaranya melawan kebisingan kenderaan lain di kiri kanan jalan.Sofea pandang cermin sisinya melihat wajah Rizal.Dia ketawa kecil.“Apa punya penakutlah kau ni! Mana ada laju ! 80km per jam saja !’’balas Sofea sambil menolak kasar tangan Rizal dari bahunya.

Selepas setengah jam berada di atas skuter,Sofea memberhentikan skuter kuningnya di hadapan Plaza Low Yat. Dia menggesa Rizal mengikutnya masuk ke situ untuk meninjau-ninjau barangan komputer.Namun,setelah beberapa ketika mereka menuju ke Berjaya Times Square pula.Setelah penat berpusing-pusing dalam bangunan itu,Rizal segera mengajak Sofea ke Pavillion.Teringin benar mahu ke sana.Sudah banyak cerita yang dia tahu mengenai Pavillion semenjak dia di UK lagi.Kata orang,kalau ke Kuala Lumpur tidak sah jika tidak singgah di Pavillon.

Dia berusaha mengelak menaiki skuter milik Sofea maka dia memberi alasan supaya mereka dapat menaiki monorail.Sumpah tak sanggup nak hadapi skuter comel itu!!
Sofea tidak membantah malah hanya mengikut Rizal menuju ke stesen monorail di Berjaya Times Square.Suasana yang agak sesak menjelang tengah hari itu memaksa Sofea dan Rizal berhimpit-himpit di dalam gerabak monorail yang kecil itu.Rizal senyum.Wajahnya sangat dekat dengan wajah Sofea.’Mamat poyo ni kenapa tersenyum ? Ada bendalah tu yang nak menyakitkan hati aku !’

Rizal sengih lagi apabila dia menangkap garis-garis kecil mula terbentuk di dahi Sofea.
‘’Kau ni kenapa ?’’ Rizal geleng lalu membuang pandang ke luar monorail.Dia lantas tidak mengendahkan pertanyaan Sofea.Sofea kerut kening.Dalam hati tuhan saja yang tahu bagaimana rasanya perasaan Sofea apabila mamat poyo di depannya suka benar memberi tanda tanya.Apa-apa sajalah Jaiho !

Monorail sampai di stesen Bukit Bintang.Langkah Sofea cepat-cepat diatur keluar dari gerabak sempit itu.Rizal hanya mengikut.Mereka berdua meredah kesesakan orang ramai yang berpusu-pusu ke Bukit Bintang.Sesampai saja mereka berdua di Pavillion,Rizal segera mengajak Sofea menuju ke outlet jam tangan Tag Heuer yang terletak di tingkat 3.Agak lama Rizal membelek jam-jam tangan yang terdapat di situ sehingga membuatkan Sofea berasa bosan.Dia sudah menguap menahan kantuk.’Hmm,mesti ribu-ribu harga jam kat sini.’ Fikir Sofea tanpa berminat mahu mengambil pusing harga sebenar jam di kedai Tag Heuer.’Agak-agak,kalau aku nak beli jam kat sini pasti kena ikat perut untuk kumpul duit.’ Fikir Sofea lagi.

Dia duduk di kerusi bulat di situ.Rizal pula sudah mengelilingi meja kaca yang menempatkan jam.Matanya terpaku pada sebuah jam tangan berwarna hitam.Dia meminta pekerja di situ mengambil jam Grand Carerra dengan penuh teruja.Dia senyum sendirian sebelum mengalih pandang pada Sofea.Rizal menggamit Sofea supaya gadis itu datang kepadanya.Sofea mengeluh berat namun tidak membantah.

 ‘’Cantik tak jam ni ? ‘’ Sofea angguk. ‘’Okey kak.Saya nak jam ni.’’ Pekerja di hadapannya mengangguk lalu mengambil jam dari tangan Rizal sebelum berlalu untuk membungkusnya.Sofea hantar pandangan ke arah luar.Dia diam.Malas mahu berbicara.Matanya benar-benar sudah mengantuk.Rizal berasa kasihan melihat keadaan Sofea yang sudah beberapa kali menguap.’’Sofea,you pergilah basuh muka you.Bagi segar sikit.’’

 ‘’Kau tunggu sini.’’ Arah Sofea.Rizal angguk.
Matanya yang letih kembali bercahaya.Hah,baru ada mood ! Sofea mengatur langkah kakinya menuju ke kedai jam tangan tadi namun kelibat Rizal tiada.Dia tidak mengambil masa lama apabila dia berpusing-pusing di sekitar situ mencari Rizal tetapi tidak berjumpa.’Hisyh,mana pula si Jaiho ni ? Aku dah suruh tunggu kat sini tapi dia pergi melencong tempat lain pula ! Urghhh,aku tinggal nanti baru padan muka !’ bentak Sofea sendirian.Baru saja moodnya mahu pulih,Rizal pula hilang.

Sofea mengeluh panjang.Penat betul mencari Rizal.Umpama mencari budak kecil saja lagaknya.Macam manalah mamat England ni boleh duduk kat England tu selama berbelas tahun ? Sedangkan kat Malaysia ni pun dia boleh hilang tiba-tiba ? Takkan aku nak pergi kaunter pertanyaan pulak kot ? Nak buat pengumuman tentang kehilangan encik pembuli ? Isyh,susahlah !

Sofea berdiri macam orang bodoh memandang keliling.Harap-harap matanya dapat menangkap kelibat Rizal.Kalau masih tidak nampak,dia bertekad mahu pulang saja.Soal Rizal,biarkan.Pandai-pandailah nak balik.

‘’Sofea,you ke mana ?’’ ucap Rizal tiba-tiba sudah terpacak di sebelah Sofea.Sofea pandang wajah Rizal dengan penuh geram.’’Kau tu yang pergi mana?Puas aku cari macam orang bodoh.Kan aku suruh kau tunggu aku kat kedai jam tadi ?Menyusahkan betul !’’ marah Sofea tidak berdalih.Rizal tersenyum.Macam suka saja kena marah dengan Sofea.Sofea pula sudah menjeling tajam lalu meninggalkan Rizal sendirian.
‘Mamat ni tak habis-habis nak menyusahkan aku ! Dari pagi sampai petang ada saja benda yang menyakitkan hati! Aku lepak dengan Era lagi bagus dari lepak dengan budak poyo ni!‘

‘‘Sofea,tunggulah sekejap.Laju betul you jalan.Tak penat ke?‘‘ Rizal cuba menyaingi langkah Sofea.Sofea tidak bersuara.‘‘Sofea,you dengar tak?‘‘ tutur Rizal lembut.‘‘Dengarlah!‘‘
‘‘Okay,I’m sorry.I tahu you marahkan I.Tapi I bukan sengaja.I pun pergi washroom lepas beli jam.‘‘ Rizal menayangkan beg yang mengandungi jam tangan yang baru dibelinya.

Sofea berhenti berjalan.Dia menghadap wajah Rizal sambil mencekak pinggang.‘‘Lain kali,kalau aku kata tunggu maknanya tunggu.Jangan bagi aku cari kau! Menyusahkan orang saja!‘‘ Sofea mahu berlalu namun lengannya pantas ditangkap oleh Rizal.Wajah Sofea berubah garang.Rizal pula sudah mengangkat kedua-dua tangannya dan menjauhi Sofea.‘‘Sofea,I minta maaf.‘‘ Sofea mendengus.‘Kau ingat bila kau minta maaf,hati aku ni boleh cool down ke?‘ marah Sofea dalam hati.

‘‘Sofea?‘‘ ucap Rizal sambil angkat kening.
‘‘Yelah-yelah! Maaf diterima.Lain kali jangan buat lagi!‘‘
‘‘Promise!‘‘ 
Sofea mengeluh lagi.Penat betul bercakap dengan Rizal.Ada saja perkara yang dibuatnya sehingga Sofea sakit hati namun lelaki itu memang pandai melembutkan hati Sofea yang keras.Rizal memang bijak membuatkan Sofea mengalah.

‘‘Sofea…‘‘
“Ada apa lagi?‘‘
‘‘Hmm…boleh I tumpang barang dalam beg you?‘‘ tunjuk Rizal pada beg Tag Heuer.Sofea tiada pilihan lantas mengambil beg jam tangan itu dari Rizal dan memasukkannya ke dalam beg sandangnya.Rizal tersenyum lega.

++++++++++++

Alarm clock di telefon bimbitnya berbunyi nyaring.Sofea yang berselubung dengan selimut satu badan menyelak selimut di wajahnya lalu dicapai telefon bimbit di meja sebelah katil.Dia pantas menutup alarm clock,namun apabila terpandangkan ada SMS yang masuk,dia terus membuka mata.Satu per satu SMS di telefon bimbitnya itu dibaca.Sofea bangun dan duduk atas katil itu sambil buat muka mamai. 

‘’Hello,Era ! Kau nak jumpa aku pukul berapa ?’’ aju Sofea setelah teman baiknya Era menjawab panggilan telefonnya.Sofea angguk.Talian telefon itu dimatikan.Pantas saja kakinya mengatur langkah ke bilik mandi yang terletak bersebelahan dengan bilik tidurnya.Selepas bersiap-siap,dia mencapai beg sandangnya yang disangkut pada almari baju tidak jauh dari katil.

‘Aik,kenapa lain macam je beg aku ni ?Berat je ?’
Sofea hairan.Seingatnya,dia tidak mengisi apa-apa barang yang berat-berat di dalam beg sandangnya melainkan…

‘Alamak ! Jam tangan Rizal tertinggal !’
Sofea tepuk dahi.Dia cepat-cepat mengeluarkan beg jam tangan Grand Carrera itu.Dia membeleknya namun hati kecilnya yang nakal itu segera menyuruh untuk membuka kotak jam tersebut.Sofea senyum nakal !
“Hmmm…berapa ribulah agaknya jam si Jaiho ni ?Banyak duit betul ! Eh,tak mustahillah kan sebab dia anak orang kaya.Apa yang nak dikira sangat setakat jam harga beribu macam ni !“
Tangan Sofea lekas-lekas membuka kotak jam.Apabila kotak jam dibuka,matanya terbeliak.’’Cantiknya !’’ ucap Sofea singkat.

‘’ Tapi kenapa tak sama dengan jam yang aku tengok semalam ? Jam yang si Jaiho tunjukkan pada aku,lain.Ini lain.Kenapa jam ni halus,macam jam tangan perempuan ? Tapi nampak sporty !’’ Sofea tertanya-tanya sendiri.Dia sengih !

‘’Aduh,lawak betullah kau ni Jaiho ! Kau beli jam tangan perempuan rupanya ! Memang berjiwa perempuanlah kau Jaiho ! Tak mungkin kau salah beli,kan ? Hah,dah memang sah kau memang nak beli jam untuk diri sendiri.Takkan kau nak beli untuk mak kau pula ? Tak kena langsung.Jam ni kan untuk perempuan muda.Tak mungkin juga untuk Rania sebab minah tu kan minah pink ! Ah,lantaklah untuk sesiapa pun ! Aku peduli apa !’’ Sofea gelak besar.Dia menyarungkan jam tangan itu ke tangannya lalu digayakan di hadapan mata sendiri.Dia sengih.’’Hmm..cantiknya bila aku yang pakai !’’ dia syok sendiri.Tiba-tiba saja melintas satu idea dibenaknya.Dia mengambil telefon bimbitnya lalu ditujukan ke arah jam yang masih ditangan.

Klik ! Klik ! Klik !

Sofea mengambil gambar-gambar jam tangan milik Rizal.Dia seronok.Nak juga merasa pakai jam tangan beribu-ribu.Boleh buat kenang-kenangan kalau ambil gambar banyak-banyak !
Sofea segera meletakkan semula jam tangan itu di dalam kotaknya.’’Nantilah aku pulangkan.Hmm…mesti si Jaiho tengah tercari-cari di mana jam yang dia beli semalam !’’

Tuk ! Tuk ! Tuk !
Sofea pandang pintu biliknya yang bertutup rapat.’’Ye mak,kenapa ?’’ tanya Sofea sambil mendekati pintu biliknya.Dia membuka pintu bilik.Lia Sari sudah terjengul di muka pintu.

‘’Hah,kau dah bangun Sofea ?Ingatkan kau masih buat tahi mata.‘’
‘’Mak ni,cubalah fikir baik-baik pasal Sofea.’’
‘’Hmmm…turun ke bawah cepat.Jai ada kat bawah tu.’’
‘’Hah,dia ada di bawah?Apa lagi yang dia buat di sini?’’ terjegil mata Sofea.
‘Dia datang nak jumpa kau.Cepat turun.’’
‘’Mak…biarlah dia kat bawah.Mak cakap je Sofea masih tidur.Boleh ye mak?’’
Sofea cuba pujuk Lia Sari supaya dia dapat mengelak berjumpa dengan Rizal.
‘’Tak habis-habis nak mengelak.Apa nak jadi kau ni Sofea?’’
‘’Err…sebelum tu,boleh tak mak tolong kasi barang ni pada Jai?Dia tertinggal dalam beg Sofea semalam.’’ Sofea menghulurkan kotak jam yang berada dalam beg Tag Heuer.Lia Sari kerut kening.”Barang apa?Eh,kau bagilah sendiri pada dia! ‘’
‘’Alah,mak.Tolonglah!”
“Kau ingat mak ni posmen ke?Sudah,jangan nak buat muka kesian.Pergi bagi sendiri.Jangan malas.” Sembur Lia Sari dengan wajah garang.
“Mak….”
“Sudah Sofea.Cepat turun bawah!” arah Lia Sari lagi dan berlalu dari situ.Sofea gosok kepala.’Isyh,sedaya upaya aku mengelak nak bertemu muka dengan encik pembuli,mak pula paksa turun jumpa dia!Huh,sia-sia saja usaha aku!’

Rizal tersenyum senang hati apabila kelibat Sofea sudah muncul di hadapan mata.Dia sengih.”Selamat tengah hari tuan puteri!’’
Sofea mencebik.Dia duduk di sofa tidak jauh dari Rizal.”Nah,barang kau tertinggal dalam beg aku semalam!’’ Sofea meletakkan beg Tag Heuer itu di atas meja hadapannya.Rizal pandang Sofea.Masih lagi sengih.Sofea buat muka bengang.

“Apa hal kau ni? Tersengih-sengih macam kerang busuk!”
“Saja.“
“Ambillah barang kau balik.Nanti tertinggal lagi.“
“Mesti you tak perasan,kan?“
“Perasan apa?”
Sofea hairan.Apa maksud Rizal?

“Cuba you tengok belakang kotak jam tu.” Sofea segera mendapatkan semula kotak jam dan melihat di belakangnya seperti yang disuruh.Matanya dikecilkan.Keningnya bertaut.

UNTUK SOFEA KU SAYANG SEBAGAI TANDA MINTA MAAF
Ikhlas,
Rizal Macho


Tiba-tiba perut Sofea terasa sebu.Tekaknya meloya selepas membaca ayat tulisan Rizal.“Apa maksud kau?”
“Maksudnya,I hadiahkan you jam tangan ni sebagai tanda minta maaf.”
“Hah,biar betul kau ni!” tanya Sofea seolah tidak percaya.Boleh percaya ke Rizal ni?Takkan jam beribu-ribu nak bagi pada aku? Tak sayang duit ke?

“Apa tunggu lagi?Pakailah.I memang benar-benar ikhlas nak bagi pada you.I harap you sudi terima jam tangan yang tak seberapa ni.” Ucap Rizal merendah diri.
“Lain macam saja bunyinya!” Sofea masih tidak percaya.”Kenapa?”
“Siap sayang-sayang ni kenapa?Geli tahu!!” Rizal senyum lagi.Matanya masih tidak lepas memandang wajah Sofea.

“Sofea,I betul-betul bagi pada you.”
“Kalau betul kau nak bagi jam ni kat aku,kenapa kau cakap nak tumpangkan jam ni dalam beg aku semalam?Kenapa kau tak bagi terus je pada aku?Kan senang?” tanya Sofea masih mahukan kepastian.Dia terasa dirinya dipermainkan.Mentang-mentanglah dia asyik mengutuk Rizal secara terang-terang sebelum ini.
Rizal senyum.”Saja nak surprise kan you.Kalau I bagi terus pada you,tak  surprise lah.Entah-entah you campak jam ni ke muka I.’’ seloroh  Rizal.Dia ketawa kecil.
“Gila nak campak jam semahal ini kat muka kau! Jam mahal-mahal,cantik-cantik macam ni takkan nak baling pulak,kan?” Sofea sengih.Matanya dialihkan kepada jam yang berada dalam genggamannya.

“Hmm…kau kata kau ikhlas bagi jam ni pada aku kan?” Rizal angguk.
“Kau tak ambil balik jam ni kan?“
“Buruk sikulah kalau I ambil semula jam yang I dah bagi pada orang.“
“Hmm…merasalah juga aku pakai jam tangan mahal!” riang Sofea berbicara.Matanya masih tidak lekang membelek jam jenama Tag Heuer itu.
“Eh,bila masa kau beli jam ni?Semalam kan kau nak beli jam yang lagi satu?”
“Memanglah,tapi tak jadi.Tiba-tiba rasa tak berkenan pula.”
Sofea angkat kening.Huh,orang kaya! Macam inilah gayanya.Senang-senang boleh keluarkan duit beribu-ribu bila-bila masa yang dia nak!

“Jadi,jam ni sebagai tanda minta maaf?” Rizal angguk dan senyum.
You dah terima kata maaf I tak?” lama soalan Rizal itu dibiarkan.Sofea sibuk membelek jam yang dihadiahkan untuknya.
Sofea mencebik lalu meletakkan semula jam ke dalam kotaknya.”Kau rasuah aku ke?” tuduh Sofea.Mata Rizal buntang!

‘Kenapalah dia masih tak faham-faham?Susah sangat ke nak maafkan aku? Banyak tuduhan pula tu!’
“Tak baik tau you tuduh I rasuah you.Rasuah kan satu perkara yang haram.Takkan I nak buat macam tu pulak.I betul-betul ikhlas bagi pada you.Tapi tak apalah,kalau you tak sudi nak maafkan I.” Rizal pura-pura sedih.Hmm…kalau dengan Sofea mesti pandai bermain kata dan emosi.Kalau tersalah cakap,kata-kata setajam pedang yang akan menampar muka!
“Tengoklah macam mana!” ucap Sofea lalu bangun menghilangkan diri dari ruang tamu.Rizal terpinga-pinga.

++++++++++++++++++++++++++++

Rizal sudah bersiap sedia dengan segala kemungkinan.Hatinya sudah terlalu parah menanggung rindu.Sarat! Hari-hari dia seperti orang sasau menatap gambar milik Sofea yang dicuri dari album gambar di rumah Lia Sari tempoh hari.Jika dibiarkan makin melarat pula jadinya.Dia menarik nafas sedalam yang boleh sebelum kakinya melangkah ke taman mini yang indah itu.Awal-awal lagi dia sudah menempah meja semata-mata untuk candle light dinner bersama Sofea.Dia sudah merancang agenda ini awal-awal bersama Lia Sari.Puas sudah dia menerangkan hal sebenar kepada wanita itu berkenaan isi hatinya.Sungguh dia sudah tidak mampu menanggungnya seorang diri.Hari ini dia perlu luahkan semuanya kepada gadis kepala batu itu.Gadis yang pernah menjadi mangsa bulinya.

Lia Sari cepat-cepat menarik tangan Sofea dan memaksanya masuk ke dalam taman mini di Sendayu Cafe.Sofea masih lagi meminta pengertian kenapa dia diperlakukan seperti itu.Dia sendiri tidak tahu hujung pangkal kenapa emaknya beria-ia menyuruhnya memakai cantik-cantik,bermekap tebal-tebal dan membawanya ke situ.Dia bingung!

Namun persoalannya terurai juga setelah dia ternampak susuk tubuh Rizal segak mengenakan kemeja ungu,berjaket kulit dan berseluar jeans.Walaupun sedikit kasual,dia tetap nampak segak.Hati Sofea tiba-tiba berdebar-debar.Bahang panas menyerbu wajahnya.

“Sudah,pergilah sana!” arah Lia Sari menolak sedikit tubuh Sofea mendekati meja yang disediakan oleh Rizal.Belum sempat Sofea memanggil Lia Sari semula,wanita itu sudah menghilangkan diri dengan seribu senyuman.

“Hai…”  ucap Rizal pendek.Dia menghadiahkan senyuman paling menawan untuk gadis pujaannya.Dia mendekati Sofea lalu menarik tangannya untuk duduk.Sofea kaku malah dia turut mengikut Rizal.Hilang sudah ‘keganasan’ dan ‘kebrutalan’ dalam melayan kerenah Rizal.Lidahnya menjadi kelu.
Rizal segera berlutut di hadapan Sofea lalu mengeluarkan sekuntum bunga mawar ungu dan dihulurkan kepada Sofea.

Sofea kaku.Dia tidak menyambut mawar dari Rizal malah matanya memandang anak mata Rizal meminta penjelasan.
“Oh,sorry.Mesti you tertanya-tanya kenapa I beri mawar ungu.Mawar ungu ni maknanya,I terpesona dengan kecantikan yang you miliki.” Sofea kelu lagi.Lantas Rizal mengeluarkan pula sekuntum mawar berwarna merah.Ah,ini pasti dia tahu apa maknanya!

“Ini maknanya…”
“Stop it Rizal! Aku rasa ada salah faham!” tinggi suara Sofea.Dia bangun dari duduknya malah segera menjauhi lelaki itu.Rizal terpana.”Sofea…”

“Cukup! Aku tak nak dengar!Kau jangan merepek malam-malam ni dengan bagi aku bunga.Mawar ungu lah,merahlah! Hah,candle light dinner lagi! Apa semua ni Rizal?Apa yang kau rancangkan sebenarnya?”
“Sofea…I sebenarnya…”

“Cukuplah Rizal! Aku dah muak dengan kerenah kau! Tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku! Kau memang sengaja menyusahkan aku sejak dulu lagi! Tak puas lagi ke kau main-mainkan aku?“ marah Sofea.Hatinya menjadi panas.Dia tahu encik pembuli masih mahu membulinya dan bikin bukan-bukan.Jika tidak,takkan munculnya candle light dinner semua ni.Entah apa-apa!!

“Wait,Sofea! I tak habis cakap lagi!“ potong Rizal.Wajahnya berkerut seribu.Kalut!
“Ah,tak ada apa yang kau perlu cakap lagi.Semuanya sudah terang dan nyata.Kau memang sengaja nak buli aku lagi! Sejak dulu perangai kaki buli kau ni tak pernah berubah!! Kau memang dengki dengan aku,kan? Kau sengaja tunjukkan keprihatinan kau depan mak aku,depan keluarga aku sedangkan hakikatnya kau tetap Rizal yang dulu! Kaki buli!! Monster hijau yang tak pernah puas nak menyusahkan hidup aku siang malam! Memang aku akui dulu aku bodoh,tak kuat dan tak pandai melawan.Tapi tidak sekarang.Jangan harap kau nak buli aku macam dulu-dulu sebab aku bukan Sofea gadis lembik yang naif!! Aku Sofea yang tahu mempertahankan diri dan sekarang aku mempertahankan diri aku dari lelaki hipokrit macam kau,Jaiho!!“

Luah Sofea puas.Lega hatinya selepas menghamburkan kemarahan yang ditahan sejak sekian lama terhadap encik pembuli.Rizal raup wajahnya.Tidak dia sangka Sofea mempunyai hati sekeras ini.Sangkanya,gadis itu sudah lupakan kisah ‘kejam‘ yang dilaluinya dulu setelah mereka keluar bersama-sama tempoh hari namun peristiwa itu masih menebal dalam dirinya.

“You masih berdendam?“
“Ya,aku masih berdendam dengan kau malah kalau kau nak tahu aku benci dengan kau! Kau lelaki hipokrit!! Depan keluarga aku kau tunjuk baik tapi hakikatnya kau ni lebih teruk dari Godzilla!!Err…Godzilla yang dah kurus!!“ Rizal ketawa berdekah-dekah setelah mendengar tutur bicara Sofea.Dia malah mendekati Sofea namun gadis itu segera berundur ke belakang.

“Kau jangan datang dekat dengan aku!!“ marah Sofea.
“Sofea…cakaplah apa saja.Tapi dengar dulu penjelasan I.“pinta Rizal berhati-hati.Dia tidak mahu rancangannya gagal gara-gara amukan Sofea yang tiba-tiba itu.Dia tahu,mungkin dia tersalah perhitungan dan menganggap Sofea sudah melupakan semuanya namun hatinya yang meronta-ronta itu perlu dipujuk.Dan untuk memujuknya dia perlu berterus terang dengan Sofea tentang perasaan sebenarnya.

“Aku tak nak dengar penjelasan kaki buli macam kau!Kau jangan fikir kau dah kurus kau nak berlagak dengan aku yang kau takkan membuli aku lagi!“
“Sofea,I love you!“
“Ah,boleh blah dengan perkataan cinta kau tu! Aku tak perlukannya.Selagi dalam fikiran aku ni masih terbayang-bayang perbuatan kau pada aku dulu,selagi itu aku takkan terima kau dalam hidup aku!“
“Sofea,I tahu I banyak salah dengan you.Tapi itu dulu.Sewaktu kita sama-sama masih kecil.Dan waktu itu,fikiran kita masing-masing belum matang.Takkan you masih menyimpan dendam terhadap I? Okey,I tahu I salah.I kejam sebab buli you teruk-teruk tapi I tak berniat macam tu.I minta maaf pada you.I benar-benar maksudkannya!“

“Sudah,simpan saja kata-kata bodoh kau tu sebab aku tak mungkin percaya!!“ Belum sempat Rizal membalas kata-kata Sofea gadis itu segera berlari meninggalkan taman mini.Hati Rizal sangat kecewa dengan respon Sofea.Sungguh,dia benar-benar kecewa.

“Oh ya,aku lupa satu perkara!“ jerit Sofea tiba-tiba.Dia kembali semula ke meja dan menghampiri Rizal yang sudah berteleku di situ.Rizal angkat muka.Wajahnya sedikit ceria.
“Apa?“
“Nah,jam kau! Ambil balik! Aku tak perlukannya!“ Sofea menarik kasar tangan Rizal lalu diletakkan jam hadiah dari lelaki itu di situ.Dia cepat-cepat atur langkah keluar dari situ tanpa mahu menoleh ke belakang lagi.
Rizal mengeluh panjang…..

+++++++++++++
Hatinya betul-betul sakit.Entah untuk kali yang keberapa dia menangis teresak-esak menahan sebal.Sebal sangat! Geram,marah,benci semuanya menjadi satu.Dia sendiri tidak tahu mengapa sejak dulu lagi Rizal sering menyusahkan hidupnya malah lelaki itu terlalu suka mempermainkan perasaannya.Dia akui dia cuba memujuk hati degilnya supaya menerima Rizal dalam hidup.Sekurang-kurangnya menerimanya sebagai saudara namun puas dicuba dan dia tetap gagal.

Dia buntu mengenangkan hubungannya dengan Rizal seolah-olah tidak mampu menjadi jernih.Malah pengakuan Rizal sebentar tadi bagaikan terkena tamparan hebat di wajah.Rizal benar-benar melampau! Rizal melampau atau akukah yang terlampau??

Dia berusaha melarikan diri dari Cafe Cendana itu semampu yang boleh.Dress labuh yang dipakainya sudah diselak ke paras lutut.Wah,dah ala-ala macam cinderella melarikan diri saja lagaknya! Eh,ini bukan cinderella lagi.Tapi cinta tak rela kot!!

Mata-mata orang yang berkunjung di Cafe Cendana mula meligat memandang kepadanya namun dia terpaksa tebalkan muka meloloskan diri keluar dari situ.Apabila sampai di hadapan pintu utama,Sofea segera mengatur langkahnya cepat-cepat ke stesen bas berhampiran.Dia tidak kira,apa nak jadi pun jadilah yang penting dia perlu segera balik.Dia baru teringat bahawa semasa ke Cafe Cendana tadi,dia menaiki kereta bersama Lia Sari.

Nasiblah! Orang nak gelakkan aku ke,atau nak pandang aku banyak kali disebabkan oleh dress ini aku sudah tidak peduli asalkan aku cepat sampai ke rumah!
Rizal melihat jam tangan di tangannya.Retak hatinya apabila Sofea memulangkan semula jam tangan hadiahnya kepada gadis itu.Nampaknya hati Sofea benar-benar keras.Gadis itu masih tidak mampu menerimanya dalam hidup apatah lagi cintanya.Isyh,kenapalah aku meluahkan perasaan aku terlalu cepat sebegini?Sepatutnya aku berikan ruang dan masa supaya Sofea tidak terkejut.Ini tidak sampai sebulan aku kembali ke Malaysia semuanya sudah diluahkan.Rizal tepuk dahi.Dia segera berlari keluar dan berharap sempat mengejar Sofea.Dia tahu Sofea pasti tidak pergi jauh dari sini.

Berderau darah Sofea apabila namanya dilaung kuat.Dia berpaling ke belakang dan melihat Rizal sudah tersenyum-senyum mendekatinya.Dia menjeling tajam.Stesen bas itu kelihatan agak lengang waktu ini.Aduh,kenapalah tak ada orang?Jika tidak,sudah pasti aku akan katakan bahawa Rizal itu orang gila yang cuba kacau aku!!

“Sofea!”
“Kau nak apa lagi?”
“I minta maaf…”
“Kau tak penat ke asyik minta maaf dari aku,hah?”
“Tak…err..bukan itu maksud I.Sebenarnya,I betul-betul rasa bersalah dengan apa yang berlaku tadi.“
“Sudahlah Rizal.Pergi balik dan tinggalkan aku sendirian.Aku tak nak tengok muka kau lagi! Pergi balik!“
“Mari I hantarkan you balik!“ajak Rizal sambil menarik hujung lengan baju Sofea.Dia menepis kasar lantas menjauhi lelaki itu.

“Sofea,please!!“
“Kau masih tak faham bahasa ke?Aku cakap tak nak! Aku ada kaki ada tangan!Aku boleh balik sendiri! Tak ingin aku nak balik dengan orang macam kau!”
“You nak balik dengan apa?Kan dah malam ni?“
“Hei,aku tahulah nak balik macam mana! Bas dan teksi berlambak di sini.Kau ingat aku tak pandai nak cari jalan untuk balik ke rumah ke?“ marah Sofea lagi.Berombak dadanya.Dia hairan dengan dirinya sendiri.Beria benar dia memarahi Rizal.Perasaan menyampah telah menyelirat dalam hatinya yang keras itu.Kakinya terus menjauhi Rizal sekali lagi dan kali ini dia sudah berdiri di hujung stesen bas berdekatan dengan pondok telefon yang telah robek akibat vandalisme.

Rizal menggeleng-geleng kepala melihat sikap degil Sofea.Tidak disangka hati gadis ini benar-benar keras umpama kerikil.Sungguh,sedikit pun dia tidak menduga Sofea akan memberikan tindak balas sebegitu rupa.Adakah ini kerana kisah lampau yang menghantui gadis ini??

“Sofea,jom balik! I hantar you balik ke rumah.Nanti auntie Lia risau you balik seorang diri.I dah janji dengan auntie untuk hantar you balik.“
“Oh,jadi kau dah berpakat dengan mak akulah ni?!“ nyaring suara Sofea.Matanya merah menahan bara malah perasaan geram sudah  bermaharajalela.
Rizal geleng kepalanya lalu dia menapak mendekati Sofea.

”You nak cakap apa you cakaplah Sofea tapi sekarang ni jom I hantar you balik!“ Rizal memegang erat lengan Sofea namun gadis itu meronta-ronta minta dilepaskan.Dia berusaha keras melepaskan dirinya dari Rizal.

Tangannya pantas menarik dari genggaman tetapi dia tersilap perhitungan apabila Rizal melepaskan tangannya.Dia terdorong ke belakang lalu jatuh terjelepuk ke tanah.
“Aduh,sakitnya!!”
“Sofea…you..you tak apa-apa?” risau wajah Rizal memegang kaki Sofea.Sofea pantas menepis tangan Rizal sambil menjeling.
“Kau pergi dari sini!! Aku benci kau encik pembuli!!”
Rizal tidak membalas ucapan Sofea tetapi dia segera mencempung tubuh Sofea dari situ.Sofea terpana.Urghhh!!! Beraninya dia!!

++++++++++

“Kaki kau tu terseliuh.Doktor dah periksa,tak cedera mana pun tapi kau tak boleh berjalan macam biasa selagi kaki tu berbalut.” Ucap Lia Sari apabila masuk ke bilik Sofea.
“Berapa lama?”
“Sampai sembuh.Lepas ni jangan berangan nak keluar ke mana-mana.Itulah,degil.Rizal layan kau baik-baik tapi tuba yang kau beri.Inilah balasannya untuk orang degil macam kau ni Sofea!” marah Lia Sari sambil meletakkan dulang makanan di atas meja sebelah katil Sofea.Dia diam membatu.Menyesal pula rasanya bertelingkah dengan Rizal malam tadi.Selepas saja Rizal mencempung tubuhnya masuk ke perut kereta,lelaki itu bersusah payah membawanya ke klinik kerana kakinya yang cedera itu agak serius.Dia langsung tak boleh berjalan macam biasa.

“Sofea minta maaf.“
Lia Sari mendengus.“Kau tak perlu minta maaf dengan mak.Kau wajib minta maaf dengan Jai.Dia yang lebih berhak memberikan kata-kata kemaafan pada kau! Puaslah hati kau sekarang ni kan?“
“Apa maksud mak?“
“Kau dah buat dia macam tu.Kau hancurkan hati dia,kau kutuk dia,kau marah dia pada hal dia beria-ia buat macam-macam semata-mata untuk meraih perhatian dan cinta kau! Kau saja yang buta,tak dapat menilai.“ Sofea mengalirkan air mata.Dia kesal!! Dia kesal dengan perbuatannya selama ini.Tidak patut dia melayan Rizal dengan sebegitu rupa pada hal lelaki itu terlalu baik padanya.Mungkin rasa dendam dan bencinya yang telah menjadi mangsa buli dulu membuatkannya bersifat protektif terhadap diri sendiri sampaikan perbuatan baik Rizal langsung dia tidak nampak.

“Kau menyesal pun dah tak guna sekarang Sofea.Kau takkan dapat jumpa Rizal lagi lepas ni.Kalau kau nak minta maaf sekali pun,kau minta maaf melalui telefon saja.“ Ucap Lia Sari serius.Sofea angkat wajah.Terkejut dia dengan berita yang baru disampaikan.

”Rizal nak pergi mana mak?“ Lia Sari diam.
“Mak,cakaplah Rizal nak pergi mana?Sofea nak jumpa dia.Sofea nak minta maaf.Sofea tahu Sofea dah banyak buat salah,Sofea juga dah banyak buat hati dia sakit.Sofea memang kejam! Mak,tolonglah beritahu Sofea ke mana Rizal pergi.Selagi Sofea tak berjumpa Rizal selagi itulah hati Sofea tetap akan rasa bersalah.” Rayunya sambil menggoncangkan bahu Lia Sari.Matanya berkaca.Dia menyesal!! Memang benar-benar menyesal.Ya Allah,ampunkanlah aku! Aku hambamu yang kerdil ini benar-benar berdosa dengan perbuatan ku.Atas sifat dendamku,Rizal menjadi mangsa.

Dalam diam Lia Sari menguntum senyum.
“Betul kau nak tahu dia mahu ke mana?” Sofea angguk laju.
“Dia mahu kembali ke UK.“
“Kenapa?“
“Tak ada apa yang tinggal untuknya lagi di sini.Yang ada cuma harapan kosong.Itu kata dialah! Bukan kata mak!“ Lia Sari masih sempat berlawak.

“Bila dia nak pergi?Sofea mahu jumpa Rizal mak.Tolong Sofea mak! Sofea mahu jumpa dia sebelum dia berangkat!”
“Pagi esok.Sepatutnya semalam dia dah cakap pada kau tentang hal ini.Tapi nak buat macam mana,belum apa-apa lagi kau dah cabut lari!” perli Lia Sari berapi.Sofea menunduk.Terasa terkena sekali lagi penampar di mukanya.
“Mak,tolong bawa Sofea jumpa dia mak! Please!”
“Kaki kau kan sakit,macam mana nak keluar?Mahu turun ke bawah pun susah,inikan nak keluar!”
“Sofea tak kira,Sofea nak pergi jumpa dia malam ini juga! “bentaknya sambil bangun dari katil.Hisyh,degil betul budak Sofea ni!!

Lia Sari kelam kabut membantu Sofea bangun apabila gadis itu telah jatuh di tepi katil.Kakinya yang sakit terasa berdenyut-denyut.Berkerut dahinya menahan sakit.
“Isyh,degil betullah!Tengok apa dah jadi!”
“Mak,tolonglah Sofea.Sofea mengaku Sofea memang degil dan disebabkan oleh kedegilan Sofea inilah Sofea terpaksa menanggung kesakitan ni tapi yang lebih membuatkan Sofea bertambah parah adalah apabila Sofea gagal berjumpa Rizal dan mendapatkan kemaafan darinya.Sofea mohon pada mak,bantulah Sofea berjumpa dengan Rizal walaupun sekejap.Tolonglah mak,Sofea merayu…” tersedu sedan dia bersuara.Air mata usah dicakap,bagai empangan pecah!

Lia Sari terasa bersalah saat ini.
“Tunggu sekejap.” Ucapnya selepas membantu Sofea duduk di birai katil.Dia atur langkah kakinya keluar dari bilik Sofea.Hati Sofea bagai dihiris-hiris.
Dalam hati dia berdoa semoga dia sempat bertemu dengan Rizal.
“Sofea….” Suara lelaki itu jelas kedengaran di pelupuk telinganya.Dia angkat wajahnya.Segaris senyuman sudah terukir.”Rizal….”

Rizal angguk.
“Rizal,saya betul-betul menyesal.Saya minta maaf atas perbuatan saya pada awak!! Saya minta maaf!!” rayunya.Hilang sudah panggilan kasar terhadap Rizal.’Aku’ dan ‘kau’ sudah digantikan dengan ‘saya’ dan ‘awak’.

“Syhhh…jangan cakap apa lagi.I tahu apa yang you mahu ucapkan.I maafkan you,dari hujung rambut sampai hujung kaki.I dah lupakan semuanya.”
“Betul?” Rizal anguk.
“Terima kasih.”
“I juga mahu minta maaf pada you.”
“Kenapa?”

“Atas keterlanjuran I membuli you masa kita masih kecil.I tahu disebabkan sikap nakal I pada you dulu telah mendorong you berlaku kasar.Selama hari ini I akui,I juga menyesal dengan perbuatan dulu tapi percayalah I benar-benar tidak maksudkannya.Sedikit pun.I tahu perbuatan I sewaktu dulu memang melampau.Memang selayaknya I terima hukuman dari you.I sedar tak semuanya yang kita ingin di dunia ini akan menjadi milik kita.Tak semua yang kita impikan akan kita perolehi sebegitu mudah tanpa ada usaha keras.I akui memang I tersilap.I menjadi kejam pada you sejak dulu dan rasa bersalah itu tetap ada.Sejak pulang ke sini,I sentiasa ingin memohon kata-kata maaf dari you tapi I tak berpeluang.Memang tepat jangkaan I,you memang bencikan diri I atas sikap I dulu.I redha sekiranya you masih tak dapat terima I.I faham dan you jangan salahkan diri you andai hati you belum mampu menerima I,Sofea.” Panjang lebar Rizal berkata.Dia duduk menghadap Sofea.Lega hatinya apabila semua isi hatinya diluahkan di hadapan gadis itu.
Sofea menggeleng.Air matanya dikesat.

“Boleh tak kalau kita lupakan semuanya?Kita buka buku baru dan jadi orang baru.”pintanya lagi.
Rizal senyum nipis lalu menggeleng kepala.
“Rasanya encik pembuli ni tetap akan kekal sebagai encik pembuli dalam hidup you.Dan…esok encik pembuli akan berangkat kembali ke UK.“
Hati Sofea terasa sebak.Ah,kenapa perasaan ini bersarang di hati sebegini pantas?? Bukankah sepatutnya aku berasa lega apabila mendapat kemaafan dan memberi kemaafan?Kenapa rasa sedih ini bertaut dalam jiwa aku?

“Rizal,tolong jangan pergi…” Sofea memegang tangan Rizal merayu supaya lelaki itu tidak pergi dari hidupnya.
“Rizal saya tahu disebabkan perbuatan dan kata-kata saya,membuatkan hati awak terluka tapi tolonglah jangan hukum diri sendiri sebegini.Saya dah minta maaf dari awak!!Dan awak juga dah minta maaf dari saya.Kita sama-sama memaafi dan dimaafi.Kenapa perlu pergi?”
Rizal senyum lagi.

“Wah,nampaknya you betul-betul tak kasi I pulang ke UK?” Sofea angguk.Matanya menatap tajam ke anak mata Rizal.
“Awak baru saja kembali ke sini.Kenapa awak dah nak pergi semula ke sana?Kenapa awak nak tinggalkan keluarga awak?”
“Sebenarnya….I tak pulang ke UK,tapi mahu pergi ke UK.”
Sofea hairan.Ayat apa yang sedang dituturkan oleh encik pembuli ini lagi?Matanya terpisat-pisat.Dia garu kepala yang tidak gatal.
“Apa maksud awak?”
Rizal ketawa sakan.

“Maksudnya cik Sofea sayang….I tak kembali ke UK sebab I memang akan stay sini.Tapi I akan pergi ke UK which mean….’Ulu Kelang’!” Rizal giat ketawa.Sofea membuntangkan matanya lalu menampar bahu Rizal.Lelaki itu mengelakkan diri dengan bangun.Ketawanya pecah berderai.

“Eee….awak ni!! Tak habis-habis nak buli saya!!”
“Okey,I minta maaf! I main-main je.Kalau you nak tahu,ini semua rancangan auntie Lia.I Cuma jadi pelakonnya saja!”
Sofea menggeleng kepala senang hati.Walaupun rasa tertipu,dia akur akhirnya kebahagiaan yang dia miliki kini.Ah,senangnya hati.

“Rizal…”ucapnya lembut.
“Ada apa?”
“Selamat kembali encik pembuliku!!Terima kasih atas semuanya.Sekarang ni saya nak semula jam tangan hadiah dari awak tu!”
“Aik,nak jam tangan semula?Bukan ke you kata tak perlukannya?”
“Itu cerita semalam tapi hari ini saya perlukannya.Mahal tu!! Bukan senang saya nak dapat jam semahal jam tangan yang awak bagi.Cepatlah,saya nak semula!!” Sofea menyuakan tangannya di hadapan Rizal.Rizal ketawa geli hati.

Cik mangsa buliku kini sudah boleh tersenyum girang di hadapanku.Syukur,alhamdulillah!! Tak sia-sia aku menunggu saat ini!!





 p/s dear readers and followers...thanks sudi membaca dan melawati blog HE...kalau mahu kesinambungan kisah Fea dan Rizal dalam versi novel...jemput baca Babak Terakhir...semoga anda semua terhibur...peace..:)


BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...