Sunday 15 February 2015

Mr Stalker...Saya Cintakan Awaklah! 5



NADINE TASYRIF bersandar pada pintu pagar rumah selepas menghantar Luthfia pulang.Sejak tadi lagi dia bercadang mahu ke rumah gadis itu saja namun disebabkan Puan Surina menegahnya keluar,dia terpaksa menelefon Luthfia dan meluahkan segala rasa hatinya kepada teman baiknya itu.Dalam masa kurang daripada setengah jam,Luthfia dah siap terpacak di depan rumahnya mahu berjumpa dan melawatnya.

Dia dongak kepalanya memandang pada dada langit yang semakin berbalam,namun di sebaliknya dia terlihat wajah bulan sedikit demi sedikit mulai muncul menunjukkan diri.Bagaikan tersenyum padanya.

Mata yang berair dibiarkan terus berair.Hati yang sakit dibiarkan terus terluka tetapi matanya tetap juga tertancap pada dada langit yang agak kelam.Perasaannya jadi lapang kala mendongak ke atas dan mulai menikmati alam ciptaan Tuhan.Indah! Hilang segala serabut.Sakit yang menghuni hati juga tiba-tiba melayang pergi.Fikirannya seakan sudah terlupa apa yang telah menimpanya siang tadi.

Dia melepaskan keluhan lalu perlahan-lahan masuk ke dalam Villa Four.Semasa melewati ruang makan sebelum menuju ke tangga,dia disapa oleh Puan Surina yang sedang duduk di hadapan meja makan.Lepas terpandang anak gadisnya dia terus kalut bangkit dari duduk dan mendekati Nadine Tasyrif dengan wajah pucat.

Lamanya berbual dengan Luthfia?Apsal tak ajak dia masuk?”
Dia tak nak.”jawab Nadine Tasyrif mendatar.
Mama,Nadine naik atas dululah.Penat.Nak berehat.”
Eh,tak nak makan sikit ke?Sejak tadi lagi Nadine tak makan.Perut tu kosong.”teguran Puan Surina hanya dipandang sepi.Dia pantas menggelengkan kepala memberi isyarat.

Tak apalah,mama.Tak ada selera.Mata pun dah mengantuk sangat ni.”spontan pipi Puan Surina dikucup mesra sebelum dia berlalu ke atas membawa hati yang lara.

Puan Surina yang sibuk menghantar kelibat Nadine Tasyrif ke atas terkejut bila tiba-tiba dia disapa dari arah belakang.Nak gugur jantung bila mendapati suaminya sedang tercegat di belakangnya sambil tayang muka pelik.

Isyh,abang ni.Buat terkejut ajelah.Tiba-tiba aje berdiri kat belakang saya.”
Awak tengok apa?”
Nadine.”
Tuan Irfan menjeling ke arah tangga.
Kenapa dengan Nadine?”
Lain macam aje.Tambah-tambah lepas jumpa Luthfia sekejap tadi.Abang rasa?”
Anak kita tu tak sihat,Suri.Memanglah nampak lain macam.”

Ini yang saya geram ni,bang.Anak kita tu tak sihat,tapi degilnya susah nak lebur.Dengan keadaan tak sihat,dia degil juga nak pergi kerja esok.Dengan appointment berderet-deret…hei,susah hatilah saya macam ni bang!”Tuan Irfan sudah menggeleng dengan ucapan Puan Surina.

Dah itu kerja dia,nak buat macam mana?Biar ajelah.Apa lagi yang tak kena?”

Masalahnya bang,Nadine tu kan tak sihat.Baru aje lepas kemalangan.Dah terpaksa selesaikan kerja-kerja tu.Ikutkan hati saya ni nak aje saya kurung dia dalam rumah ni tak bagi keluar tapi anak awak tu degil.Dibiarkan aje si Kila tu aturkan jadual dia sesuka hati sedangkan dia dapat MC dari doktor.Tak faham betullah saya!”

Sudahlah tu Suri oi…dari tadi membebel aje kerjanya.Tak puas hati memanjang.Nadine tu dah besar,dia tahulah buat keputusan sendiri.”

Saya risaulah bang…buatnya jadi apa-apa kat dia masa di luar tu macam mana?Hei,saya rasa nak pergi telefon si Kila tu suruh batalkan aje semua appointment Nadine esok.Kalau sampai syarikat atau agensi tu nak saman Nadine,saya dah tak peduli asalkan anak saya tu tak kerja.Saya nak dia berehat aje di rumah.”tambah Puan Surina berwajah keruh sehingga membuatkan Tuan Irfan menggeleng-geleng kepala.

Suka hati awaklah Suri.Buatlah apa saja asalkan awak bahagia.”tutur Tuan Irfan lagi sudah mulai hampir ketawa mendengar celoteh isterinya.Tahu sangat dah.Kalut hal anak-anak,risau memanjang!

Tak adalah bang,saya bukan apa.Saya risaukan dia.Itu aje.Dialah satu-satunya anak perempuan yang kita ada.”Puan Surina berjeda seketika.Fikirannya mula melayang seketika sebelum kembali berlabuh pada realiti.

Satu aje yang saya musykilkan sekarang ni.”
Apa lagi Suri?”
Saya peliklah bang.Sejak kat hospital tadi saya perasan.”
Apa yang awak perasan?”

Kali ini Puan Surina sudah pun melabuhkan duduknya di sofa dalam ruang tamu setelah mengheret tangan suaminya sekali sambil buat wajah curiga.Sesekali matanya mengerling memandang ke arah tangga seolah-olah Nadine Tasyrif masih berada di situ.

Nadine bang…”
Iyalah,saya tahu Nadine tapi kenapa dengan dia?”
Pelik sangat! Abang nak tahu sebab apa saya cakap pelik?”soal Puan Surina lagi bagaikan gaya penuh misteri pula.Tuan Irfan angkat kening tinggi sambil bersandar elok di sofa.

Fikiran dia nampak macam melayang-layang.Tak berpijak di bumi nyata.”
Kenapa pula?Eh,peninglah saya dengan andaian awak tu Suri.”
Tak…maksud saya Nadine tak macam biasa.Macam ada masalah aje.”
Hmm…perasaan awak aje tu Suri.Lagipun,mungkin dia masih terkejut sebab terlibat dengan kemalangan tadi.”

Bang,saya ni ibu dia.Saya kenal sangat perangai anak saya tu.Kalau bukan kerana kemalangan tadi,saya syak ada sesuatu yang dia pendamkan sendiri.Abang perasan tak masa Raziq datang tadi pun dia buat tak endah aje.Macam orang tu tak wujud kat depan dia.Agak-agak dia orang berdua tu bergaduh ke?”kali ini Tuan Irfan sudah menjeling kecil pada isterinya.

Hah,mulalah tu nak fikir macam-macam.Andaian bukan-bukan!

Suri…Suri…boleh tak awak hentikan sikit buat andaian bukan-bukan?Esok awak pergi aje tanya Nadine apa yang tak kenanya.”Puan Surina sudah mengerutkan kening dan mula merencana sesuatu dalam kepalanya.

Ni mesti dia sorokkan apa-apa kat belakang kita.Saya tahu bang,si Nadine ni mesti ada sorokkan sesuatu.”

Suri…”teguran Tuan Irfan serta-merta mematikan suara Puan Surina.Dia pantas pandang wajah suaminya di hadapan.

Saya tahu,bang.”ujarnya bersungguh-sungguh.
Dahlah,saya nak masuk bilik.Awak teruskanlah buat andaian-andaian awak tu.Esok pagi kalau dah dapat jawapan yang tepat awak cerita pada saya.Saya mengantuk dah ni.Good night!”Tuan Irfan menyengih dan bangkit mendadak.

Abang,tunggulah kejap.Saya tak habis cakap lagi ni.”panggilan Puan Surina langsung tak berbalas sebaliknya Tuan Irfan terus naik dan meninggalkan Puan Surina sendirian.


NADINE TASYRIF menghumbankan dirinya ke katil.Berkali-kali dia merengus melepas rasa.Kepalanya tiba-tiba menjadi pusing.Dia memicit-micit kepalanya yang terasa berdenyut.Dia baru teringat telefon bimbitnya yang dari tadi telah di letak mode ‘silent’.Dia tidak mahu diganggu tambah-tambah oleh Raziq.Dia tahu Raziq pasti akan berusaha mencarinya dan bercakap dengannya setelah lelaki itu tidak dilayan sejak di hospital lagi.

Nadine Tasyrif pandang skrin telefon bimbit.Dia lihat ada beberapa SMS baru yang telah masuk.Dia melihat satu per satu.SMS daripada Raziq.Dia mencebik namun dia membukanya dan membaca satu per satu.Hatinya jadi sakit.Raziq masih mahu menafikan kesalahannya yang sememangnya terang dan nyata.

Apa lagi yang mahu dia katakan?Dia tak bersalah? Jadi mengapa perlu meminta maaf andai sememangnya dirinya tidak bersalah?Kenapa di hospital tadi beria-ia meminta maaf?Kenapa?

Air mata Nadine Tasyrif jatuh lagi.Dia juga lihat ada lebih 50 miscall dari Raziq sejak petang tadi.Nadine Tasyrif jadi gelabah tiba-tiba apabila telefon bimbitnya berbunyi.Dia cepat-cepat tatap skrin telefon dan tekaannya tepat.Panggilan dari Raziq.Kali ini,Nadine Tasyrif bertekad mahu menjawab panggilan dari lelaki itu.Dia mahu mendengar penafian apa lagi yang mahu dibuatnya dan berapa lagi ucapan minta maaf yang mahu dibuat.

Hello,Nadine.Tolong jangan matikan handphone.Dengar dulu penjelasan I,Nadine.” Laju saja Raziq menutur kata setelah sedar panggilannya dijawab.Nadine Tasyrif diam.

Nadine,tolonglah percayakan I.I tak bersalah.Apa yang you nampak tadi semua salah faham saja.Bukan I yang minta jadi begini tapi I tak sedar.I tak tahu apa yang perempuan tu buat pada I sampai I tak sedarkan diri.I yakin perempuan tu ada letakkan sesuatu dalam minuman I waktu tu.Percayalah cakap I Nadine.”Nadine Tasyrif sudah semakin jijik mendengar penafian Raziq.Lelaki itu masih mahu memperbodohkannya namun dia bukanlah gadis yang senang ditipu.Bukti apa lagi yang mahu ditunjukkan Raziq bahawa dirinya tidak bersalah sedangkan kenyataannya sudah terang-terang di depan mata.Dia sudah lihat kecurangan tunangnya itu.

Dia masih ingat peristiwa yang berlaku tengah hari tadi.Walaupun dia telah mengalami kecelakaan jalanraya disebabkan itu, dia masih belum mampu melupakan perbuatan Raziq.Kecurangan dan penipuan Raziq belum lekang dari kotak mindanya.Dia tidak mungkin melupakan saat-saat dia dikhianati Raziq.Tidak mungkin walaupun seribu kali dia ditimpa kemalangan.

Nadine Tasyrif cuba sedaya upaya tahan getaran di bibirnya.Air matanya mengalir laju bagai empangan yang pecah.Nadine Tasyrif cuma diam.Raziq di talian semakin gelisah apabila Nadine Tasyrif tidak memberikan respon terhadapnya.

Nadine …you dengar tak apa I cakap ni?Nadine,please.Tolonglah cakap sesuatu.” Nadine Tasyrif diam lagi.

Nadine ….please Nadine jangan layan I macam ni!”suara Raziq kedengaran nyaring di talian.

Okey,I’m sorry sayang.I tahu I dah lukakan hati you tapi percayalah yang I sayangkan you.Apa yang jadi tadi bukan kehendak I.Semuanya berlaku sekelip mata.I sendiri tak tahu apa yang dah terjadi.I’m sorry sayang.Please forgive me.I sayang you.”

Nadine Tasyrif diam.Bagaikan memberi peluang kepada Raziq untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.Biarkan.Dia mahu mendengar penafian dan kata-kata bodoh yang keluar dari bibir lelaki itu.

Sayang,you dengar tak?Please forgive me.I tahu I dah banyak lukakan hati you tapi kali ni aje please,maafkan I.I sayangkan you dan cintakan you.Apa yang you nampak siang tadi hanya kesilapan semata-mata.Perempuan tu tak bermakna langsung dalam hidup I.Yang ada dalam hati I hanya you seorang Nadine.Tolonglah percaya.”

Rayu Raziq lagi.Nafasnya kedengaran mengah diatur di corong telefon.Melepas rasa yang sudah menjadi beban padanya sejak tadi.Menunggu reaksi dan respon dari Nadine Tasyrif benar-benar membuatkan hati lelakinya jadi radang.

Nadine,you dengar tak apa I cakap ni?Jangan layan I macam ni boleh tak?!”akhirnya satu tengkingan terlepas dari mulutnya.

Tersentak Nadine Tasyrif mendengar tengkingan Raziq.Baru saja dia nak memujuk diri supaya tidak melepaskan emosinya yang bukan-bukan pada Raziq tapi sekelip mata saja lelaki itu meranapkan segalanya.

Apa hal you tengking-tengking I,hah?You ingat I dah pekak ke?”
Tak,sayang.I’m sorry okay.I tak berniat nak tengking you pun.Dah berbuih-buih I cakap kat sini tapi satu pun you tak jawab.Please,maafkan I.I janji lepas ni I akan setia dengan you seorang.Percayalah.”

Nadine Tasyrif menggenggam penumbuknya.Bibir diketap rapat dan mata sudah mula mahu terbeliak.Cuping telinganya menjadi panas gara-gara kata-kata Raziq.Lalu satu nafas panjang diambil sebelum dihembus kasar.

Sayang?Setia?”tawa Nadine Tasyrif terlepas.Lebih kepada ketawa sinis.

You dengar sini Raziq!Selama ini I hormati you,I sanjung you dan I sayangkan you.Tapi I silap.Selama ini,sayang dan perhatian I hanya sia-sia kerana you langsung tak pernah cintakan I.You sanggup meniduri perempuan lain dan masih mahu menafikan kesalahan you?You ni lelaki jenis apa,Raziq?Sudah berapa banyak penipuan yang you lakukan di belakang I?!”tekaknya mula terasa perit setelah volume suaranya meninggi.Dadanya naik turun menahan rasa.

I cintakan you,Raz.I cintakan you sepenuh hati I dan I bersedia untuk menjadi isteri you tapi apa yang you buat?You curang pada I,you tipu I,you tipu diri sendiri dan you tipu semua orang termasuk keluarga I dan keluarga you!”sembur Nadine Tasyrif lagi tak mahu kalah.

You fikir bila I diam dan tak membalas kata-kata you,senang-senang aje you merayu dan memujuk I seolah-olah salah yang you buat tu terlalu kecil.”

Sayang,I’m sorry okay.I tak pedulilah kalau you nak marah I,maki hamun sekali pun I don’t even care.Tapi apa yang I nak sekarang ni,please maafkan I.I nak you tahu yang cinta I hanya pada you!”

Ketawa Nadine Tasyrif pecah lagi dan kali ini ketawanya ketawa mengejek.

Cinta?You gila Raziq!You betul-betul gila!Patutlah selama ini banyak betul alasan yang you bagi sampai majlis perkahwinan kita ditunda sebanyak lima kali.Lima kali Raz!You tahu tak apa maknanya?You ni memang jantan tak berguna,tahu tak!Get lost from my life!”puas Nadine Tasyrif menghamburkan amarahnya.

Kemudian tanpa membuang masa dia terus mematikan talian telefon.Dadanya berombak kencang.Puas hatinya meluah rasa pada lelaki itu.Biar Raziq tahu bahawa hatinya cukup sakit saat ini.Dan bertambah sakit apabila kesalahan yang dilakukan masih lagi dinafikan lalu cuba mempertahankan kesalahan itu dengan menyatakan cinta.Cinta dan kesetiaan jenis apakah ini andai sanggup menggadainya demi nafsu?

Rambutnya digosok banyak kali sehingga berserabut jadinya.Perlahan-lahan tubuh Nadine Tasyrif jatuh melurut berdekatan dengan dinding sambil menangis,menghamburkan segala rasa geramnya.Lantai pula ditumbuk dengan kasar dengan penumbuknya sehingga merah tangannya.Biar!Biar tangannya sakit dan pedih,dia dah tak peduli.

Tiba-Tiba telefon bimbitnya berbunyi lagi.Nadine Tasyrif cepat-cepat mematikan terus telefonnya itu lalu terus bersandar pada dinding.Lututnya segera dirapatkan ke dada,memeluk erat bagaikan mencari satu kekuatan buat dia terus tabah menongkah arus kehidupan.

Perlahan-lahan dia mengeluh panjang sebelum merebahkan diri di atas lantai nan sejuk itu ditemani air mata.Rambutnya ditolak menjauhi muka.Air mata mula dikesat perlahan walaupun ada lagi bunyi sedu sedan.Kepalanya tergeleng-geleng cuba menafikan hakikat namun dia tidak mampu sebaliknya dia terpaksa membiarkan hatinya dipagut pergi dengan kata-kata Raziq yang masih terngiang-ngiang di telinga.

I nak you tahu yang cinta I hanya pada you!’

Kau memang gila Raziq!Kau gila!Kau tipu aku!”tumbukan padu terus dilepaskan beberapa kali ke lantai.Kepalanya tergeleng-geleng lemah,menahan air mata dari terus gugur.

Tak…tak…aku kena kuat.Aku kena kuat.Aku tak boleh lemah macam ni.Aku tak boleh menangis untuk lelaki macam dia.Aku tak boleh!”

Nadine Tasyrif kesat air matanya.Dia tidak mahu menangis lagi.Dia tidak mahu menangis untuk lelaki seperti Raziq.

Pantas kaki diatur menuju ke bilik air,mengambil wuduk untuk bersolat.Biar hati yang sedang parah itu tenang.Dia mahu mengadu kepada Allah.Hanya kepada Allah tempat dia bergantung dan mengadu nasib.Akan diluahkan segala kesakitan ini dalam solatnya nanti.

Usai bersolat, Nadine Tasyrif duduk berteleku di atas tikar sejadah.Lama dia berzikir memuji Ilahi.Dia tahu dia sudah terlampau ikutkan perasan namun siapalah dia hendak menidakkan sedangkan hatinya terlalu rapuh.Sifat seorang manusia yang sering terlupa dan mudah mengalah dalam menghadapi cubaan.Hatinya baru saja tercuit sedikit dengan ujian ini dia sudah melatah.

Hampir sejam berada di atas tikar sejadah,dia terus mengiringkan badannya menghala wajah ke arah tingkap bilik yang terbuka separuh.Kepalanya terlentok rapat ke tikar sejadah sebelum matanya terkelip-kelip memandang ke luar.Fikiran mula melayang entah ke mana.Tanpa dia sedar,dia terus terlena di situ bertemankan angin malam yang menderu masuk melalui tingkap kaca biliknya serta bulan yang masih tergantung indah di dada langit bersama dengan telekung yang masih tersarung di tubuh.



p.s MSSCA sudah boleh di order dari penerbit Penulisan2u ;)

No comments:

Post a Comment

BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...