Friday 27 February 2015

Mr Stalker...Saya Cintakan Awaklah! 18



KAMERA DSLR jenama Canon dah lama tergantung dileher.Sejak pagi sebenarnya dia membiarkan kamera itu berpaut manja di batang leher sambil mencatat sesuatu di dalam buku notanya.

Usai mengambil sarapan yang agak lewat pagi itu,lebih kurang dalam pukul 11 pagi dia dah bersedia terpacak di sebuah bangunan dan mengambil pot di satu sudut yang dirasakan sangat baik untuk melakukan kerja-kerjanya.Sebelum ke situ tadi,sempat dia merayap seorang diri di dalam bangunan tiga tingkat itu mencuci mata melihat barang-barang jualan di kedai-kedai yang sejak awal pagi dibuka.Nak cari ilham bukannya senang.Kena ambil mood dan perasaan dulu.

Sudah dua bulan lebih projek foto seninya terbengkalai gara-gara kesibukan tugas yang menjadi tuntutan utamanya.Mujurlah sejak dua tiga hari ini dia agak lapang jadi sudah alang-alang,dia ambil saja cuti satu hari untuk selesaikan kerja persendiriannya.

Zein Asyraff dah bersedia dengan kamera di tangan.Lensa dihala ke satu sudut selepas dia meninjau kawasan yang mahu dia rakam.Arah luar bangunan yang agak havoc dan happening dengan orang ramai serta para pekedai yang membuka gerai di bawah bertentangan dengan bangunan itu membuatkan dia tertarik untuk menjadikan suasana itu salah satu dari projek seninya.

Baru nak menghalakan lensa kamera ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang berlari-larian di deretan kedai,dia terkedu.Bunyi seretan tayar kereta sebelum satu letupan kecil mengalihkan sebentar fokusnya.Di hujung simpang berdekatan,baru saja terjadi sebuah kemalangan kecil.

Tumpuannya kembali terarah pada kawasan deretan kedai.Baru nak adjust setting di kamera memandangkan cuaca semakin terik,tiba-tiba saja pandangannya terpaku pada seseorang.Lama dia renung si gadis bertudung berwarna kuning ala-ala gaya Hana Tajima dan bercermin mata yang sedang membeli buah di sebuah gerai yang terletak betul-betul di hadapannya.Walau kurang jelas wajah si gadis,tapi mata Zein Asyraff tidak berganjak walau seinci.

Cepat-cepat dia halakan lensa kameranya walaupun gadis itu bukan subjek utamanya.
Elok merakam beberapa keping gambar si gadis,dia melopong bila terlihat yang si gadis tadi kelam kabut mengutip buah-buah oren yang bergolek jatuh ke tanah setelah plastik dalam pegangannya bocor.Rasa lucu melihat gaya si gadis dengan aksi spontannya mengejar buah oren yang entah ke mana-mana itu.

Tanpa melengahkan masa,lensanya diarah terus kepada gadis itu lalu dia menekan butang zoom in.Matanya seolah tidak berkelip memandang kameranya dengan apa yang sedang terbentang di depan mata.

''Subhanallah,what a beautiful creature!''pujinya seikhlas hati.Wajah si gadis bertudung kuning tadi jelas terpampang melalui skrin kameranya.

Klik!Klik!Klik!

Entah berapa kali telah wajah si gadis tadi dia rakam,dia sendiri tak tahu tapi yang dia tahu hatinya dah terpaut melihat keindahan milik si gadis.Tak tunggu lama,Zein Asyraff berlari meredah anak-anak tangga dan meluru menuju ke gerai menjual buah yang disinggahi si gadis tadi semata-mata mahu mendekati dan menegurnya.Dia tidak kisah walau apa pandangan dan anggapan gadis itu nanti.Sungguh,dia sudah terpaut suka pada pandang pertama!Cinta pandang pertama mungkin?

Sekeliling gerai tadi dipandang.Mencari kelibat sang gadis namun hampa.Tak ada langsung bayangnya.Seperti jelmaan bidadari yang tiba-tiba menghilang tanpa jejak.

Kak,tumpang tanya.Akak tahu tak ke mana perempuan tadi pergi?”

Perempuan mana dik?”soal penjual buah dengan kening berkerut.Mata Zein Asyraff mula melilau sekeliling sambil menggaru tengkuknya.

Err…dia baru saja singgah di sini tadi.Pakai tudung ala-ala Hana Tajima,pakai cermin mata…err…lepas tu…dia pakai baju warna putih.Ada nampak tak?Yang buah oren dia jatuh dari plastik tadi.”gambaran yang Zein Asyraff cuba jelmakan dari mindanya nyata membuatkan wanita penjual buah itu tersengih-sengih.

Kenapa dik?Berkenan ke?”
Zein Asyraff hanya tayang senyuman malu.Tersipu-sipu jadinya.Muka dah nak panas dah ni.

Kalau tak silap akak,dia pergi ke sana.Cuba adik tengok tapi kalau tak betul maafkan akak ya.”jawabnya menuding jari ke satu arah sambil tersenyum simpul.

Kalut saja dia melangkah setelah mengucapkan terima kasih.Hati dah mula tak tentu arah.Mata meliar ke sana ke mari,tajam memerhati tapi masih tak jumpa.Bangunan tadi dia dekati dan mengukur kaki lima sambil mencari lagi.Rasa yang membuak-buak dalam dada tak mampu nak tepis.Tak kisahlah macam mana pun,gadis tadi mesti dia jejaki.

Kamera di leher ditarik lalu direnung.Gambar-gambar yang sempat dia rakam tadi dibelek satu per satu.Tersungging senyuman di bibir bila melihat wajah tadi.Senyum sampai ke telinga!

''Mana dia pergi?''keluh Zein Asyraff sendiri.
Satu keluhan kecewa mula dibuang.Frustnya!

Dalam berkira-kira nak menamatkan pencariannya,mata boleh terpaku pada satu susuk tubuh yang baru melangkah keluar dari sebuah kedai menjual aksesori.Hati dah dup dap dup dap semacam.Macam kena gendang berkali-kali.Sepantas kilat dia menuju ke sana dan cuba mendekati tapi nak menegur dia belum berani.Ada rasa ragu-ragu.Bimbang juga andai si gadis itu isteri orang.Dah satu hal nak kena menjawab nanti.

Zein Asyraff mengekori dalam jarak yang selamat.Sudah beberapa kali si gadis berhenti melangkah dan singgah di kedai sekadar membelek barang kemudian berlalu dan mengulang lagi perkara yang sama.Sampai saja di sebuah kedai menjual majalah,kaki Zein Asyraff terus terpaku dan berpura-pura pandang ke arah lain bila tersedar yang si gadis seakan perasan kehadirannya.Spontan,majalah dalam pegangannya ditinggalkan dan berlalu pergi dengan langkah yang kencang.

Zein Asyraff berpeluh-peluh.Mengejar macam paparazzi tapi dia sendiri dah hilang akal nak mencari kerana gadis tadi terlalu cekap berlari sehingga tak tinggal jejak.Tapi hati menderu kuat menyerunya masuk ke dalam sebuah butik.Seolah-olah satu klu yang mungkin dia akan bertemu dengan apa yang dicarinya.

Pintu kaca bertulis Butik Kencana ditolak.Mata mula ligat meliar sekeliling dengan harapan yang menggunung tinggi.Harapan agar si gadis manis bercermin mata dapat dijejaki tapi semuanya meleset bila suara seseorang menegur dari arah belakang.

Hai,selamat datang encik.Nak tengok baju atau nak tempah baju?“seorang lelaki berpakaian kemas tetapi agak lembut menyapa dengan begitu ramah.Dilempar satu senyuman mesra kepada Zein Asyraff yang terpinga-pinga.

Err…maaf encik.Tumpang tanya.Ada tak seorang perempuan muda pakai spect dan bertudung warna kuning masuk ke sini?”soalnya tak ada tapis-tapis.

Perempuan muda pakai cermin mata?”soal lelaki itu sambil mengetuk dagunya dengan jari jemari.

Maaf,kejap saya tunjuk gambar dia.”spontan Zein Asyraff suakan kamera yang ada gambar si gadis kepada lelaki di depannya.

You cuba tengok perempuan dalam gambar ni.Ada tak dia masuk ke sini?”

Sorry kalau I bertanya.Ada apa cari perempuan dalam gambar ni?Kekasih ke?”

Oh,bukan...bukan...err...susah nak jelaskan tapi I memang tengah cari dia.Penting sangat.”

Sebelum terlupa,nama I Lulu.Encik?”

Zein.”

Maaflah Encik Zein.I tak rasa perempuan dalam gambar ni masuk ke sini.Lagipun, I seorang yang ada dalam butik ini sebelum encik masuk tadi.Mungkin encik tersilap agaknya.”

Betul ke dia tak ada masuk ke sini?Are you sure,Encik Lulu?Err…cuba you periksa manalah tahu kalau-kalau dia ada menyorok kat mana-mana dalam butik ni.”

I'm so sorry,Encik Zein tapi memang perempuan ni tak masuk ke sini.”mata Zein Asyraff yang melingas ke sekitar butik terus terpaku pada Lulu.Muka dah kelat.Hampa.

Tak apalah kalau macam tu.Tapi,kalau perempuan dalam gambar ni ada datang ke sini...please contact me.Urgent!”semerta Zein Aysraff hulurkan kad namanya kepada Lulu tanpa berfikir panjang.

No problem,tapi lain kali kalau lalu lalang kat sini sudi-sudikanlah singgah ke sini.Kot-kot nak beli baju ke...tempah baju ke...” suara Lulu kedengaran ceria sebelum dia menghulurkan kad perniagaannya pula kepada Zein Asyraff sekadar mempromosi butik miliknya.

Ini kad I,kalau ada apa-apa contact aje.”

Thanks!

Lulu mengangguk sambil menghantar kelibat Zein Asyraff menghilang.

Nil…keluarlah.Dia dah pergi.”ucap Lulu sedikit terjerit dengan tangannya sudah pun terletak elok dipinggang.Ketawanya terus lepas ketika gadis itu keluar dari tempat persembunyiannya.

Betul ke dia dah blah?”ujarnya takut-takut.Mata masih tertinjau-tinjau ke arah pintu hadapan tetapi badan masih lagi sibuk menyorok di sebalik dinding fitting room yang menjadi kubunya tadi.Lulu pantas angguk sambil menunjuk isyarat ‘clear’.

Fuh,lega aku!”dadanya ditepuk perlahan.

Apa kes tu?Kau kenal ke lelaki tadi?”

Entah,aku tak tahu.”bahu diangkat sekali dengan cebikan halus tersungging di bibir kecilnya.

Habis tu,kenapa dia ikut kau?Entah-entah stalker tak?”

I've no idea.Tiba-tiba saja ikut aku,seramlah!”

Aku rasa peminat kau agaknya.Mana taknya,dia siap tunjukkan aku gambar kau yang dia curi-curi tangkap tau!”

Gulp!Air liur terasa pahit.Mahu menangis rasanya mendengar butir bicara Lulu.

Kau biar betul Lulu.Jangan takutkan aku.Macam nak tercabut kaki aku berlari tadi,sekarang kau nak cakap yang lelaki tu skodeng aku?”

Lulu ketawa dengan gelagat gadis itu.Dia menggeleng-geleng dengan telatah gadis bernama Nilla yang merupakan pembantu di butiknya.

Wah,kelas kau Nil.Ada peminat misteri.Urgent katanya.“Lulu gelak setan sambil tekan perut tapi wajah Nilla dah berubah semakin pucat.Seram!

Kau janganlah nak takutkan aku macam ni Lulu.Aku buat mogok tak datang kerja baru tahu!“

Alahai,gurau sikit aje nok.Sentap aje kerjanya!“Lulu jeling gedik pada si Nilla sebelum mencebik.

Dahlah,kalau kau rasa takut sangat kau pergi aje buat repot polis.Kalau polis tanya kenapa,kau cakaplah ada paparazzi skodeng kau.“Lulu sambung ketawa.

Eee,kau ni Lulu.Paparazzi jangan nak sebut eh.Seriau!“Nilla gosok lengannya yang dah mula nak meremang bulu roma.

Hmm…kalau dah itu kata kau,suka hatilah tapi nanti jangan menangis kat aku bila betul-betul kau kena skodeng tau!”cebik Lulu mula nak takut-takutkan Nilla.Jauh di dasar hati yang dia tahu lelaki tadi mungkin hanya nak berkenalan dengan Nilla.Mungkinlah!Kalau jenis stalker,dia no comment.

Hah,mana nasi bungkus aku?”ucap Lulu mendekati meja yang terletak di sudut paling hujung dalam butiknya.

Alamak,Lulu.Sorry,aku tak beli.Buah oren adalah.Nah!”bungkusan buah oren yang berada di atas meja terus disuakan ke hadapan Lulu.
Lulu buat muka bengang.

Hisyh,ni mesti singgah mana-mana kedai belek majalah,belek aksesori,belek kasut baju semua sampai lupa apa aku pesan.Cuailah kau ni Nil.So,apa yang kita nak makan tengah hari ni?Makan angin?”sembur Lulu dengan suara kepitnya.

Aku tak lupa,cuma tak ingat.Terkejut punya pasal.Kau tahu tak dari kedai depan sana mamat tu ikut aku.Mahunya aku tak buat pecutan ala-ala atlet negara.Itu yang terlupa nak singgah beli nasi untuk kau.Sorry darling!“Nilla senyum simpul sambil buat muka comel tapi disebabkan Lulu buat muka cemberut depan dia terus hilang rasa nak terus tayang muka comelnya.

Apa kata hari ni kita makan buah oren aje?Kau kata kau nak diet kan?So,hari ni makan oren ajelah.Untuk kecantikan dan kesihatan kulit muka kau juga.Lepas ni,tak payahlah kau nak susah-susah ambil kolagen dengan botoks bagai!“Nilla sindir Lulu sebelum tersengih-sengih.

Jahat mulut kau kan?“Lulu mengetap bibir.Geram!


STERENG kereta Mitsubishi Lancer Sportback diketuk sekali dua sambil pandangan dilempar ke kawasan bangunan berhampiran.Sudah hampir lima jam dia melepak di dalam keretanya sambil membelek beberapa gambar si tudung kuning atas skrin DSLR.Sesekali senyuman tersungging manis,hati bak kena landa tsunami.Kadang kala terasa seakan ada rama-rama berterbangan ke serata ceruk membantai dinding perutnya.

Wajah gadis bertudung yang dikejar dan dicarinya tadi ditekur lama sebelum perlahan-lahan dia mengusap gambar kaku itu.Wajahnya yang polos walaupun bercermin mata tetap nampak menarik.Biarpun kepalanya ditutupi dengan hijab,auranya tetap memikat.Memang menarik,ada aura tersendiri!

Hati Zein Asyraff dah tak enak.Tak selesa.Jiwa dah lain macam.Tandus macam padang pasir kering.Senak perut selagi dia tak dapat bersua muka dengan gadis itu dan berbual dengannya.Tapi fikiran mula kacau bila terfikir alasan apa yang mahu digunapakai sekiranya dia bertemu dengan gadis itu nanti?Nak beritahu yang dia nak berkenalan?Boleh terima ke alasan lapuk begitu?Atau nak cakap yang dia sedang mencari model untuk projek seninya dan mahu si gadis tampil sebagai modelnya?Begitu?Silap-silap dia kena kejar dengan parang.Paling tidak pun dia dituduh penjenayah.Uiks,masaklah dia kalau kena macam tu.

Sambil berkira-kira dengan alasan apa yang perlu diberi sekiranya dia berjumpa dengan gadis itu,cermin keretanya yang separuh terbuka diketuk.Zein Asyraff angkat wajahnya memandang seorang lelaki berpakaian putih berserta vest hijau terang dan topi lusuh.

Ya,ada apa?”soalnya sedikit blur.

Encik,dah lama encik kat sini.Tunggu orang ke?Atau kereta encik ada masalah?”

Err…tak ada apa-apa bang.Saya tunggu orang.Sekejap lagi dia datanglah!”balasnya penuh yakin sambil merenung wajah si lelaki tadi.Bila dah lama amati rupa lelaki itu,baru dia perasan yang itu adalah penjaga parkir di kawasan ini.

Lelaki penjaga parkir mengangguk dan berlalu meninggalkan Zein Asyraff terkebil-kebil sendiri.Zein Asyraff raup muka.Sekilas dia tenung jarum jam di tangan.Mahunya tak kena tegur?Dah lima jam dia bertapa dalam kereta sendiri.Kemaruk nak menanti kelibat si gadis!

Haih,apa aku nak buat ni?Nak tunggu lagi lima jam ke?“
Mata dihala ke kawasan bangunan,cuba meliar mencari kalau-kalau dia jumpa apa yang dia mahukan.Hampa.

Entah-entah dia memang tak ada kat butik tu?Aku aje yang silap pandang tak?“Rasa kecewa mula bermukim dalam hati.Semerta kad perniagaan pemberian Lulu dikeluarkan dari poket seluarnya sebelum merenungnya lama.

BUTIK KENCANA
Lukman Hakim (Lulu)
No Tel : 019-5672341
E-mel : lulu_hakim13@yahoo.com

Tiba-tiba tersungging satu senyuman di bibir Zein Asyraff.Comel juga nama pemilik butik ni!



No comments:

Post a Comment

BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...