Followers

Friday, 29 December 2017

9 Nota Part 1


'Tinggalkan dia!'
Nota di atas meja kopi aku renung lama. Sesekali, rengusan kasar terlepas keluar dari celah bibir aku. Sejak sepuluh minit yang lalu... nota yang diselitkan di dalam satu sampul putih aku pandang tak puas hati.
"Any clue?" tegur Puteri, teman serumahku yang secara tiba-tiba datang menghampiri aku. Di tangannya, ada dua muk kopi panas yang masih lagi berasap-asap. Salah satunya dihulurkan kepadaku sebelum dia melabuhkan duduknya di sebelah aku.
"Thanks," ujarku sambil tersenyum nipis padanya tanpa menjawab soalan tadi.
Kopi yang masih panas itu aku sisip ke bibir. Ah, nikmat! Senikmat minum di kafe-kafe hipster yang Puteri suka pergi. Hilang tekanan aku serta merta. Kalau bab buat air dan masak memasak, aku tabik pada Puteri. Memang dia handal sehandal cef yang bekerja di restoran lima bintang. Bezanya, Puteri tak kerja di restoran lima bintang tapi dia mengajar muzik dan bekerja di sebuah studio muzik di ibu kota.
"Dah kenapa mengelamun pula tu?" aku tersentak mendengar pertanyaan Puteri ketika fikiran aku menerawang entah ke mana.
"Mengelamun? No, I'm not!" aku menggeleng, cuba meyakinkan Puteri yang sedang merenung aku umpama mahu menelan aku hidup-hidup.
"So, what is the clue?"
"Clue?" Aku tayang muka blur.
"Yep. Clue. Cap jari... maybe?"
Aku gelak. Bukan apa. Cara Puteri cakap tu, dah macam kitorang berdua sedang berhadapan dengan kes besar aje.
"Kau tak payah nak gelak-gelak sangat, Sara. Masuk kali ni, aku rasa dah dekat sepuluh kali kau terima nota macam ni. Exactly the same. Bezanya, kata-kata yang tertulis kat atas nota tu." Puteri capai nota tadi lalu diteleknya lama.
"Sampul putih, tak ada alamat penerima, tak ada nama pengirim, tak ada setem. Tapi, bau dia... hmm... bau yang sama juga. Wangi. Bau lavender."
"Dan... ada nama aku. Kau jangan lupa part tu." Aku rampas nota tadi daripada Puteri lalu aku letak semula ke atas meja sambil mencebir.
Apa yang Puteri sebut satu per satu tadi, aku tak dapat menafikan. Memang ada benarnya kata-kata Puteri tu. Nota yang aku terima kali ni, sememangnya sama dengan yang pernah aku terima sebelum ini. Sekeping nota tanpa nama pengirim, tanpa alamat penerima, tanpa setem dan juga cop pejabat pos tetapi tertera nama aku sebagai penerima nota serta ada bau-bauan lavender.
Puteri maklumkan pada aku setengah jam tadi ketika kami sama-sama sedang makan malam. Kata Puteri, dia jumpa nota misteri ini berada di dalam peti surat kami lewat petang tadi.
"Kau tak nak buat laporan polis ke?" aku pandang Puteri sambil sebelah kening aku dah terangkat. Muk kat tangan aku lekas saja diletakkan ke atas meja kopi bersebelahan dengan nota tersebut.
"Laporan polis?"
"Iye. Laporan polis."
"Kau gila? Kalau aku pergi buat laporan, kau nak aku cakap apa pada pihak polis? Oh... polis... polis... saya ada terima nota bau lavender. Wangi tau. Boleh tolong siasat tak siapa pengirimnya? Macam itu?" aju aku dalam nada mengejek.
Aku rasa, cadangan Puteri ni tak berapa nak bijak. Bagi aku, ada banyak lagi kes berat dan lebih merumitkan yang pihak polis mahu selesaikan berbanding kes nota lavender yang aku terima ni. Entah-entah, masa aku pergi buat laporan kat balai polis nanti, pegawai kat sana terus menguap depan aku! Setakat aku terima nota macam ni, baik mereka suruh aku campak saja ke dalam tong sampah!
"Sengal!" Puteri pukul aku dengan bantal kecil di sofa sebelum menjeling geram.
"Apa, tak betul ke apa yang aku cakap?"
"Isk, Sara. Kau ni biar betul? Kau tak rasa ke nota ni satu ugutan? Kau tak rasa ke benda ni boleh mengancam keselamatan kau?"
"Kau jangan la risau sangat. Lagi pun... bukan baru pertama kali aku terima nota macam ni. Dah banyak kali, Put."
"Hah, tengok tu. Kau sendiri cakap bukan baru pertama kali. Apa maksudnya tu? Maksudnya, kau sedang diperhatikan. Everytime, everywhere..." Puteri terus memberi pendapatnya seolah mahu menakut-nakutkan aku.
"What? Everytime, everywhere? Tak payah nak merepek, boleh tak? Kau ingat aku ni ada stalker ke? Aku ni bukan selebriti tau sampai ada orang nak skodeng aku... nak perhati aku setiap masa."
"Stalker tak pilih siapa, Sara. Kalau kau menarik perhatian dia... tak kira la kau ni nobody pun. Dia tetap akan skodeng. Kau tak takut?" Puteri meleretkan suaranya, sekali lagi cuba menakut-nakutkan aku.
"Put... kau rasa pengirim nota ni betul-betul maksudkan dengan apa yang dia tulis tak?"
"Agaknya la."
"Maknanya... dia maksudkan supaya aku tinggalkan Syazwan? Macam tu?"
Puteri capai nota misteri itu dan tenung nota tersebut seperti hendak tembus gayanya. Kemudian, Puteri angkat kepala dan tenung muka aku semacam.
"Bila kali terakhir kau dapat nota yang serupa?"
"Err..." aku diam sejenak, berfikir bila terakhir kali aku menerima nota seperti ini.
"Hampir setahun yang lalu."
Baru aku teringat. Tahun lepas, masa aku tengah hangat bercinta dengan seorang lelaki bernama Farid... tiba-tiba saja aku terima nota macam ni. Dalam nota tersebut tertulis supaya aku berhati-hati dengan Farid.
Dua minggu kemudian, aku dapat tahu yang Farid ditangkap polis kerana disyaki memiliki dadah. Menurut apa yang aku dengar, Farid merancang untuk menjadikan aku sebagai 'tempat' untuk dia menyorokkan dadah yang dia miliki. Mujur sajalah apa yang dirancang oleh Farid itu tak menjadi kenyataan. Lepas beberapa ketika, aku terus memutuskan hubungan kami.
Namun, mimpi ngeri itu seolah berulang kembali apabila nota yang sama muncul lagi. Adakah pengirim nota ini cuba 'menasihati' aku agar aku meninggalkan Syazwan kerana dia juga memiliki dadah?
Aku garu kepala yang tidak gatal. Pening. Pening sungguh aku dibuatnya!

2 comments:

  1. Wowww menarik utk part 1.. suke lah kaq Hannah.. best best nakk lagii.. heheh

    ReplyDelete