Friday 28 October 2016

Calon Pengantin Untuk Dipilih 8

Pulang saja dari gim petang itu,Carl hanya tercongok di depan cermin di dalam bilik air merenung wajah sendiri.Merenung ke segenap tubuhnya yang hanya ditutupi sehelai tuala separas pinggang,dia membiarkan jiwanya terbang melayang teringatkan hal-hal yang sudah berlaku semasa dia di luar tadi.Memorinya mula tergamit tentang gadis yang dia nampak bersama Safa tadi.

Siapa perempuan itu?Kenapa dia terasa seperti pernah melihatnya?Betulkah perempuan tersebut merupakan kawan Safa yang dia sendiri tidak kenali?
Lama Carl cuba memikir-mikir akan kemungkinan sebelum dahinya yang berlapis-lapis tadi mula menghilang.Keningnya terjungkit sebelah sambil merenung mata sendiri di dalam cermin.

“Jangan-jangan itu Airis?”
Carl menggeleng.Apa kena pula nama Airis disebut-sebut?Tak logik rasanya jika yang ditemui Safa tadi adalah Airis.Apa kaitan mereka berdua?Setahu dia,Safa tidak pernah mengenali gadis itu.Malah Airis juga tidak pernah berkunjung ke The Zone.

“Jangan fikir bukan-bukanlah,Carl.”
Carl melepaskan dengusan berat.Mungkin saja kerana fikirannya sedikit kacau disebabkan hal keluarganya,dia jadi begini.

Dagunya yang sudah berkrim dicuci bersih lalu mengelapnya.Kemudian,dia melangkah keluar dari bilik air lalu menjawab telefonnya yang tiba-tiba saja berbunyi.

Hey,babe.What’s up?”ajunya sebaik mendengar suara Anggerik dari dalam talian.

“Hmm?Nak ajak I keluar malam ni?Sorry...I ada hal.”jeda.

“Tak.Bukan sebab kelas zumba.I nak balik rumah parents I.Well...you know...”Carl mengeluh deras saat tawa Anggerik berhamburan.Ceh,perli dia tak habis-habis walaupun dia tidak sempat menerangkan apa-apa kepada Anggerik.

 “Okay...see you later.Nanti I text you.Bye!
Talian mati sebelum Carl melemparkan telefonnya ke tengah katil.Bergerak menghampiri jendela,dia menyelak langsir dan membuang pandangannya jauh ke luar.

“Isk,calon pengantin!Calon pengantin!Calon pengantin!Letih aku macam ni.”bebel Carl melepas geram.

Namun dia berhenti membebel sebaik merasakan jantungnya lain macam.Tangannya cepat-cepat naik memegang dada.Muka pula sudah berkerut menahan rasa hairan.Kenapa dengan aku ni?Kenapa jantung aku rasa macam nak melompat keluar saja?Kenapa rasa macam berdebar lain macam?

Perhati semula telefon pintarnya,dia menggeleng cuba menafikan apa yang akalnya baru cetuskan.

“Tak mungkinlah Anggerik nak jadi calon pengantin aku.”

Lantas,memori terimbas semula kepada perbualannya dengan Akalil dulu.

 “Kau tahu kat mana nak cari perempuan serba sempurna yang menepati piawaian aku?

“Tahu.”

“Kat mana?”

“Dalam mimpi!”

Carl meraup wajah apabila menyedari yang dia masih lagi tersadai di dalam bilik tidurnya.Ah,memikir-mikir tentang calon pengantin buat hidupnya mula tak tentu arah.Tapi...selagi dia tidak bertemu dengan calon pengantinnya,mustahil semua ini akan berakhir.

“Calon pengantin...di mana kau?Aku yakin kau pasti wujud dalam realiti dan kau bukan fantasi aku semata-mata.”

Sekali lagi Carl mencapai telefon pintarnya sebaik ia berbunyi.Sangkanya itu adalah Anggerik tetapi yang nyata nama Samiha pula yang tertera di skrin.

“Ya,kak ngah.Sekejap lagi Carl sampai.Carl masih ada di rumah.Baru aje balik dari gim.See you later,okay.”

Talian mati.Jujur,dia malas mendengar omelan kakaknya itu berlama-lama melalui telefon.
“Huh...cik calon pengantin pilihan keluarga...kita tengoklah malam nanti.Sama ada kau memenuhi piawaian aku atau pun tidak.”sudahnya dia menggumam lalu bangkit menuju semula ke bilik air.
***

Wajah Carl bertukar pucat saat dia masuk ke ruang tamu sebaik sampai ke rumah keluarganya lewat maghrib itu.Jantungnya pula bagai terhenti denyut apabila berpandangan dengan sepasang mata itu.Sungguh,dia merasakan yang telapak kakinya bagai tidak menjejak bumi.

“Carl?”seru Lukman sambil menepuk bahunya.Carl terpinga-pinga.Beberapa saat dia terhumban ke dalam sebuah dimensi berbeza,dia kembali ke dunia nyata.Senyuman palsu dipamer lantas bergerak menghampiri sepasang suami isteri yang sedang duduk bersama keluarganya di ruang tamu itu.Usai bertukar salam dengan keduanya,Carl lalu mengambil tempat di sebelah Sameera.

Hanya membiarkan keluarga masing-masing berbual dan bercerita,mata Carl laju dilarikan daripada menatap wajah gadis itu.Panas rasanya keadaan ketika itu bagai dia sedang duduk di dalam ketuhar.Capai telefon dari celah poket,dia menghantar satu pesanan ringkas kepada Anggerik.

‘Babe,tolong call I dalam masa 10 minit.’

‘Kenapa 10 minit?’

‘Jangan banyak tanya.Just do it!’

Selesai,Carl simpan semula telefon ke dalam poket dan berpura-pura seperti dia mengikuti perbualan yang sedang berlangsung.Telefonnya berdering sebaik sepuluh minit berlalu.Kelam kabut Carl menjawabnya dengan nada kuat.

Urgent?Sekarang?Tak boleh hari lain ke?”
Mata Carl melirik pandang ke arah kedua-dua ibu bapanya sebelum tiba ke arah tetamu-tetamu yang hadir.

“Aku ada majlis makan malam dengan keluarga aku ni.Tak boleh ke kau orang settle sendiri?Hah...serius?Aduh...”

Talian telefon dimatikan dan ketika itu berpasang-pasang mata sedang memandangnya.

“Ada hal kecemasan ke?”aju Tuan Nazmudin.Carl mengangguk-angguk dan menayang muka pasrah.

“Kalau ada hal kecemasan,lebih baik pergi selesaikan.”sambungnya lagi.

“Eh,tapi uncle...tak elok kalau saya tinggalkan semua orang tergesa-gesa macam ni.”

“Tak apa,Carl.Kami faham.Kalau kamu ada hal,kami tak menghalang.Makan-makan ni,lain kali pun boleh buat lagi.Ya tak?”sampuk Puan Nora pula.

“Betul ke ni?”

Kedua-dua suami isteri itu hanya mengangguk.Carl memandang pula Lukman dan Sameera yang bagaikan tidak menyenangi keadaan itu.Dengan selambanya,Carl bangun dan bersalaman dengan mereka semua sebelum Lukman menarik tubuhnya agar merapat.

“Kali ni,ayah maafkan kamu.”

Carl mengangguk,mengucup tangan Lukman dan bergerak keluar namun sebelum itu sempat lagi dia berhenti dan mengerling ke arah si gadis yang hanya diam membatu di antara semua.

‘Nurin Halina...kenapa kau perlu muncul lagi di depan aku?’


***

Bertalu-talu mesej dan panggilan telefon yang masuk ke peti telefon Carl tetapi semuanya tidak dijawab dan dibalas.Stereng keretanya dipegang lalu mengetuk-ngetuknya dengan kasar melepas segala amarah yang terbuku di hatinya.Pedal minyak ditekan serapat yang mungkin sebelum kenderaan itu dipecutkan di atas jalan raya yang kian sesak malam itu.
Beberapa kali keretanya hampir berlaga dengan kenderaan lain namun cekapnya dia mengelak buat dia jadi makin kuat melepas marah.Berkali-kali hon ditekan-tekan mengisyaratkan agar laluannya tidak dihalang.Malah mulut ikut membebel tak tentu hala.

“Ah,Nurin Halina!Kenapa kau perlu muncul malam ni?Kenapa kau yang perlu dipertemukan dengan aku dan bukannya perempuan lain?Kenapa?!”jerit Carl melepas geram sebelum membelokkan keretanya di satu kawasan sunyi dan lapang.

Sreettttt!

Bunyi lagaan tayar dengan tanah memecahkan kesunyian.Carl menolak pintu keretanya sebelum melompat keluar.Bonet kereta dijadikan tempat dia bertenggek.Angin malam yang sejuk ternyata belum cukup untuk menyejukkan hatinya yang sedang berbahang.
Bayang wajah Nurin di rumah keluarganya tadi bagai mengembalikan Carl ke zaman remajanya.

 “Kenapa awak minta break?”pertanyaan pertama dari Carl di hadapan kolej kediaman siswa siswi lewat suatu petang membuatkan Nurin yang sedang membelakangkannya berkalih.Sambil bercekak pinggang,dia memandang Carl atas bawah dengan pandangan menghina.

“Masih nak bertanya?”

“Mestilah kena tanya.Saya nakkan jawapan.Kenapa awak nak minta putus?”

Nurin ketawa dan ketawa itu sangat meresahkan Carl.Ketika Nurin sedang berpusing tiga ratus enam puluh darjah di sekeliling Carl sambil menghantar pandangan benci,sudah ada beberapa pasang mata yang sedang menyaksikan drama sepetang mereka.

“Kau nak tahu kenapa?”

“Apa pasal awak kasar sangat ni?Sebelum ni awak tak pernah macam ni.Sekarang dah pandai berkau aku pula.Awak dah tak sayang saya ke?Atau awak ada lelaki lain?”
Nurin sambung gelak sambil menggeleng-geleng.Kesian melihat kepolosan Carl.

“Macam nilah.Aku berterus terang.Aku minta putus bukan sebab aku ada lelaki lain atau aku dah tak sayang kau.Hakikatnya,selama ni aku cuma bermain-main aje.Sekarang dah sampai masanya aku nak bebas.Aku nak bawa haluan aku sendiri dan aku rasa aku boleh hidup tanpa kau.”

“Apa dia?Bermain-main?Oh,jadi selama ni...yang awak cakap awak sayangkan saya tu semuanya bohong la?Semuanya main-main.Macam tu?”

“Memang aku sayangkan kau tapi...bukan diri kau sebaliknya duit kau.”

 “Nurin,awak jangan buat saya macam ni.Saya ikhlas sayangkan awak.Kalau pasal duit,saya tak kesah.Awak tak boleh tinggalkan saya macam ni!”teringat pada duit yang sering diberikan kepada Nurin setiap kali gadis itu meminta.Kadang-kadang tanpa gadis itu meminta-minta pun dia akan hulurkan juga sebagai perbelanjaan.Sayang punya pasal,dia sanggup beri berapa saja yang Nurin mahukan.

“Terpulanglah kau nak cakap apa pun.Apa yang aku tahu...aku dah mula muak dengan semua ni.Kau tak rasa ke apa perasaan aku setiap kali keluar dengan kau?Aku rasa malu!”

“Kenapa?Sebab fizikal saya?”
Nurin tergelak mengejek bagai memberitahu apa yang baru diperkatakan Carl itu adalah betul.

“Kalau kau dah sedar diri,tak apalah.Tak payah aku nak terangkan lebih-lebih.”

“Kenapa?Hina sangat ke orang macam saya?”

“Aku tak cakap kau hina cuma...kau tengok sendiri rupa kau tu.Aku tak rasa pun kita sepadan.”

Carl gelak dalam lelah sambil meraup wajahnya.Terasa seperti maruahnya dipijak lumat oleh gadis yang dia paling sayang.Tangan Nurin cuba-cuba diraihnya namun semuanya hanya sia-sia bila gadis itu menepis kasar dan menjauhkan diri.

“Sudahlah,Carl.Kau pergilah dari sini.Aku tak boleh teruskan hubungan dengan kau.Jangan cari aku lagi lepas ni.Anggap sajalah semua yang pernah terjadi antara kita tak ada apa-apa makna.Kau bawa haluan kau dan aku dengan haluan sendiri.”

“Senangnya awak cakap,kan?Selepas berbulan-bulan awak dengan saya...senang-senang saja awak nak buang saya dari hidup awak.Mana sayang yang awak selalu cakap pada saya tu?”

“Sudahlah,Carl.Kita putus.Hubungan kita sampai setakat ini saja.For your information,selama ni sayang aku hanya pada duit kau.Bukan diri kau.Kalau bukan sebab kau banyak duit,tak ingin aku nak berbaik-baik dengan kau.Lagi pun,perempuan mana yang nakkan kau yang badan penuh dengan lemak di sana sini?”

Terkilan dengan kata-kata berani mati Nurin,Carl merasakan yang dia hampir mahu rebah ke tanah.Jadi selama ini memang Nurin hanya mempergunakan dirinya sajalah?

“Sampai hati awak,Nurin!”jatuh air matanya tiba-tiba.Terasa hatinya bagai sedang disiat-siat.Pedihnya tak terkata sehingga dia jatuh melurut ke tanah menangisi nasib akibat ditinggalkan oleh perempuan yang dia sayang.

“Saya janji dengan awak...awak akan menyesal cakap macam ni.Awak akan menyesal!”gumam Carl bersama sisa air mata.

“Nurin Halina...disaster betul kau ni!”cemuh Carl sebaik saja dia kembali ke alam realiti.Pedihnya yang pernah dirasa kira-kira dua belas tahun dulu sudah pun sembuh namun sebaik dia bertentang mata dengan gadis itu beberapa minit tadi,luka yang sudah sembuh itu kembali terbuka dan berdarah.

“Kau fikir kau datang ke rumah keluarga aku bersama ibu bapa kau...aku akan terima kau jadi calon pengantin aku?Huh,never!Kau dengan perempuan-perempuan lain boleh blah!
Telefonnya yang berbunyi-bunyi sejak tadi menggamit Carl agar menghampiri.Melihat nama Anggerik yang tertera di skrin buat dia terus menekan skrin dan menjawab.

“Carl...kenapa dengan you?I call banyak kali...tapi you tak jawab.I text you pun you tak balas.What happened?Are you okay,darl?Ada yang tak kena ke?”bertalu-talu soalan Anggerik dari dalam talian.Sejak Carl keluar dari rumah keluarganya,sudah berpuluh kali Anggerik menghubungi tetapi satu pun tak berjawab.

Babe,I call you later.I promise I’ll explain everything.Bye!
Carl melepas nafas berat.Mungkinkah Anggerik adalah calon pengantin yang dia cari-cari selama ini?

No comments:

Post a Comment

BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...