Thursday 28 April 2016

Tolong Bagi Hati Awak 8

Merah curi-curi pandang wajah Adrian yang sedang memandu di sebelahnya.Sejak dia masuk ke dalam kereta lagi lelaki ini hanya diam membatu.Nak tegur tapi dia rasa takut,nak cakap pasal hal hari tu dia rasa serba salah.Sudahnya,dia sekadar main jeling-jeling saja.

“Ada apa-apa yang awak nak cakap?”ayat pertama yang keluar dari mulut Adrian langsung membuatkan Merah tak tentu hala.Mak aih,dia macam tahu-tahu saja apa dalam minda aku.

Tekak dicuci.Nafas ditarik perlahan.Lambat-lambat dia menggeleng seakan Adrian nampak perbuatannya.

“Saya minta maaf pasal hal hari tu,”sudahnya Adrian yang buka cerita dulu.

“Bukan awak yang patut minta maaf tapi saya yang kena minta maaf daripada awak sebab curiga dan syak bukan-bukan pada awak.Saya tahu saya tak patut cakap macam tu.I’m sorry.”ujar Merah dengan mata terkebil-kebil macam anak kucing sambil jari jemarinya dimain-mainkan.

It’s okay.Kalau saya kat tempat awak pun dah tentu saya akan buat tindakan macam tu.Anyway,kerja awak macam mana?Okey?Andhika ada buli awak tak?”

Merah rasa nak tergelak mendengarkan ayat terakhir Adrian.Andhika buli dia?Memang taklah.Selama dia kerja dengan Andhika,sikit pun dia tak rasa macam kena buli.Kecuali bila ada Amanda!Urgh!Sebut nama Amanda naik berbulu telinga sendiri.

“Mana ada.Encik Andhika tu baiklah.Cuma itulah...beberapa hari ni saya terpaksa ikut dia keluar.Jumpa klien,pergi event sana sini.”

“Baguslah.”Adrian senyum nipis bila mendengar penjelasan Merah.

“Adrian...sebenarnya apa mimpi awak datang jemput saya lepas waktu pejabat?”hairan juga dia bila Adrian yang dah menghilang selama dua minggu tiba-tiba boleh muncul di hadapannya lalu menjemput dia dan bawa dia entah ke mana.Mula-mula Adrian jemput tadi pun,cuak juga nak ikut lelaki itu tapi setelah diyakinkan yang keselamatannya akan terjamin baru dia bersetuju.Itu pun jenuh Adrian pujuk.

“Saja nak jumpa awak.Tak boleh?”

“Bukan tak boleh tapi pelik sebab awak tiba-tiba datang lepas menghilang.”
Perkataan menghilang yang keluar dari bibir Merah membuatkan Adrian tersenyum senget.

“Saya menghilang dua minggu tu sebab ada kerja sikit.Sekarang,urusan saya tu dah selesai sebab tu saya datang jumpa awak.”sekilas saja dia pandang Merah dan menukar gear kereta lantas menekan minyak sederas mungkin menghalakan kereta di jalanan.
Sebuah restoran dijejaki.Usai memesan makanan dan minuman,Merah dan Adrian hanya saling memandang sesama sendiri tanpa sepatah kata.Merah dah mula rasa tak selesa.Adrian tenungnya macam nak makan orang.Nasib baiklah mereka di kawasan umum.Jadi apa-apa,boleh dia menjerit.

“Ehem...”Merah cuci tekak lagi.Nak halau resah yang bermukim di hati.
“Tadi ada seorang perempuan cantik datang cari Encik Andhika kat pejabat.Katanya dia bakal isteri Encik Andhika.Mesti awak kenal,kan?”

Buat pertama kalinya,Merah selamba membuka cerita tentang Amanda di depan Adrian sehinggakan lelaki itu hampir saja lagi tersedak.

“Amanda?”duganya bersahaja.

“Ha’ah.Cik Amanda.Cantik orangnya.Elegan,bergaya,seksi.Tapi saya pelik sebab selama dua minggu saya bekerja,tak pernah nampak pula muka dia di pejabat.”

“Hmm…tu mesti baru balik dari Paris la tu.”juih Adrian seakan-akan kurang berminat mahu membicarakan hal Amanda.

“Dia duduk kat Paris?”

“Sebelum ni memang dia tinggal kat sana tapi sejak dua tiga tahun ni dia dah balik menetap kat sini.Cuma sejak dua bulan lepas rasanya dia sengaja balik ke sana melawat saudara mara.”

“Wow,patutlah bergaya lain macam.Padan la dengan Encik Andhika.Seorang tu kacak dan seorang lagi cantik jelita.Sesuai sangat.”

“Ada sesuatu yang dah terjadi kat pejabat ke?”soalan Adrian tu boleh buat Merah syak ada sesuatu yang tak kena.

“Eh,cara awak tanya tu macam ada yang tak kena aje?”

Nothing.”geleng.

“Lama tak dia melepak kat pejabat tu?”

“Lebih kurang dua jam.”

Adrian hanya mencebir bila mendengar jawapan Merah.

“Apsal awak buat muka macam tu?”

“Tak ada apa-apa.”Adrian geleng lagi.

“Bila dia orang nak kahwin eh?”

“Apsal?Awak nak tolong buat hantaran dan bunga telur ke?Atau pun awak berminat nak jadi pengapit Amanda?”Adrian punya sengih tu nampak sangat macam nak mengusik tapi Merah pula yang mencebik kepadanya.

“Tak nak la.Nanti tak pasal-pasal saya kena sound lagi…”mulut Merah yang laju macam peluru berpandu membuatkan dia tersedar yang dia telah terlepas kata sehingga memaksanya menekup mulut sambil menyumpah seranah diri sendiri.Matanya juga ikut terpejam.

“Dia sound awak?”kali ini mata Adrian dah membulat mungkin kerana terkejut dengan kenyataan yang keluar dari celah bibir Merah tadi.

“Ala,tak ada apa pun.”

“Haih,Amanda….Amanda…”gumam Adrian sambil menggeleng.

Let me guess...Amanda sound awak dan minta awak menjauhkan diri daripada Andhika,betul kan?”

“Macam mana awak tahu?”Merah kemam bibir bila sekali lagi dia terlepas cakap.Isyh,patutnya dia tak perlu mengaku pun yang Amanda minta dia jauhkan diri daripada Andhika.Rasa-rasanya tak ada kepentingan pun dia beritahu Adrian.Apa sangatlah yang boleh Amanda buat sedangkan dia sendiri tahu yang dia dan Andhika hanya pekerja dan bos.Takkanlah Amanda nak cucuk biji matanya macam Kassim Selamat sampai buta hanya sebab cemburukannya dengan Andhika?Lepas tu minta Adrian jadi penyelamatnya?Heh,memang tak patut!

“Dia sepupu saya,dah tentu-tentu saya cukup kenal dengan perangai dia.Untuk pengetahuan awak,dialah satu-satunya pewaris tunggal Rafee Holding yang dimiliki oleh Pak Long saya yang juga merupakan pemilik Bumi Emas tempat awak bekerja sekarang.Kalau awak boleh bayangkan bagaimana kehidupan Paris Hilton,dah tentu awak boleh agak bagaimana kehidupan Amanda,kan?”

Childish,spoiled,wealthy,famous and popular.Tapi dia seorang yang bercita-cita tinggi dan workaholic.Selain daripada mengimpikan untuk menjadi seorang jurusolek profesional bertaraf antarabangsa,dia juga mahu menjadikan Andhika sebagai suaminya dan tak mahu yang lain,”sambung Adrian lagi makin galak bercerita perihal Amanda.

“Wow,dia jurusolek profesional?”

“Hmm…dia juga bekerja sebagai make up effect artist.Pernah terlibat dengan beberapa projek filem dalam dan luar negara serta beberapa klip video penyanyi tempatan.Dalam bidang pekerjaan,saya sangat berbangga ada seorang sepupu macam dia tapi…”Adrian menggeleng.

“Hal dia dengan Andhika,saya pening kepala.”

“Kenapa?”

Pertanyaan Merah tu Adrian jawab dengan ketawa.Mencerun mata Merah memandang wajah Adrian.Ini yang dia rasa nak gumpalkan saja tisu dan campak ke muka lelaki ini.Orang bertanya serius,dia boleh gelak pula!

 “Dahlah,berhenti cakap pasal Amanda.Saya bawa awak datang sini nak makan dan bercakap hal awak.”

“Cakap hal saya?Kenapa?”

“Saya nak tahu pasal awak.Apa yang awak buat selama dua minggu ni.Macam mana tinggal kat kondo tu,selesa ke tidak?Dan macam mana dengan kerja awak.Okey atau pun tak?”
Celoteh Adrian tentang perihal dirinya langsung tidak menarik minat Merah sebaliknya dia lebih tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang gadis cantik bernama Amanda.Tentu kehidupan Amanda tu tersangatlah indah.Ada rupa,ada harta,ada kerjaya,dan ada lelaki dambaan hati.Kalau nak dibandingkan dengan dirinya,huh!Nan hado!

“Dah lama ke Cik Amanda tu bercinta dengan Encik Andhika?”

“Entah.”

“Eee…pelik la awak ni.Tadi cakap Cik Amanda tu sepupu awak.Encik Andhika tu pula abang awak tapi takkan awak tak tahu berapa lama dia orang bercinta?”

“Awak tanya-tanya saya macam ni,awak ada hati pada Andy ke?”Adrian menebak serius sehinggakan Merah melopong.

“Awak gila?Saya ni cuma PA dia aje,awak rasa patut atau tidak saya simpan perasaan pada bos sendiri?Huh,memang tak la!”

“Habis tu,kalau dia bukan bos awak…kiranya awak boleh la letak dia kat tempat teristimewa dalam hati awak.Gitu?”

“Awak ni betul-betul mengarut.Saya tak tahu kenapa,tapi setiap kali saya berbual dengan awak,mesti saya fikir macam-macam.Boleh tak awak tak buat saya fikir bukan-bukan pasal awak?”

Okay,I’m sorry.”Adrian mencantumkan kedua-dua tangannya lalu menayang ke hadapan Merah dengan muka serius.Kemudian,dia hanya membatu sebelum memain-mainkan nasi goreng yang baru dihantar oleh pelayan tadi dengan sudunya.Beberapa saat kemudian,dia menyumbat nasi goreng ke dalam mulutnya dan mengunyah perlahan sambil membiarkan Merah merenungnya sepuas hati.

“Hujung minggu depan saya nak awak ikut saya.”Adrian cakap ketika nasi goreng masih bersisa dalam mulutnya.

 “Nak ke mana?”

“Rumah family saya.”

“Err,nak buat apa?”

“Hilangkan sangkaan bukan-bukan dalam kepala awak.”


Spontan hati Merah rasa macam kena lastik.Mak oi,Adrian punya ayat ni boleh buat dia hilang selera makan selama sebulan ni!


No comments:

Post a Comment

BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...