Sunday 1 March 2015

Mr Stalker...Saya Cintakan Awaklah! 21 & 22

Bab 21


SUDAH banyak kali Ziyan mundar mandir di dalam bilik pejabatnya disaksikan oleh Bard,salah seorang jurufoto di Prima Kota.Lelaki berkepala botak yang sedang duduk merenung telefon bimbitnya dah mula naik rimas melihat keadaan Ziyan yang macam kucing hilang anak.

“Ziyan,boleh tak you duduk dulu.Relaks-relaks kan diri?”teguran Bard membuatkan Ziyan mendengus.Muka dah gelabah.

“Macam mana ni,Bard?Time is running out!”suara Ziyan dah nak meninggi sambil tunjuk jam di dinding.Bard menelan liur.Telefon bimbitnya segera diselit ke kocek seluar jeans sebelum bangkit.

“Kita tunggulah sekejap.Dia kata dia on the way.Rasa-rasanya dah tak lama dah tu.”
Mendengar tutur kata Bard buat Ziyan tarik nafas kelegaan untuk beberapa saat.Hati dah nak maki hamun tak tentu pasal tapi mengenangkan orang yang mahu dihamun itu ialah Zein Asyraff terus saja dia menukar fikiran.

“Dia ada cakap dia kat mana?I call dia tak reti nak jawab.Entah apa aje yang dia buat kat luar tu.”bebel Ziyan menahan marah.

Sejak pagi lagi Zein Asyraff tidak masuk ke pejabat.Katanya ada urusan di luar tapi tak beritahu urusan apa.Sememangnya Ziyan dah radang dengan sikap Zein Asyraff.Sesungguhnya dia sangat tidak suka pada mana-mana staf yang bekerjasama dengannya dalam satu team tetapi tidak komited pada tugas yang mahu dilaksanakan.Balik-balik dia juga yang akan kena nanti.

“Tak pasti tapi dia memang sedang dalam perjalanan ke sini.Mungkin dalam masa half an hour.

What?Dia gila ke apa?Tahu tak lama mana half an hour tu?Setengah jam!Tiga puluh minit!Seribu lapan ratus saat!What a waste!You call dia sekarang minta dia datang sini cepat!”bising Ziyan.Bard dah terkulat-kulat dengar arahan dari Ziyan.

Ziyan menghempaskan tangannya ke atas meja sebelum menarik buku notanya.Beberapa saat menekur buku nota yang dicatatkan segala macam benda di situ,dia berpaling kepada Bard yang masih cuba mendapatkan Zein Asyraff melalui panggilan telefon.

“You turun ke studio dulu.Pergi usha line sebelum Larissa dengan pengurus dia sampai.You pergi buat apa yang patut.Entah dah siap setting ke belum kat bawah tu.Pergi sekarang,Bard!”ujar Ziyan keras memberi arahan pada Bard.

Bard hanya mengangguk.Tak ada bantahan.Seketika,pintu bilik pejabat Ziyan berkatup rapat membiarkan dia melayan rasa amarah seorang diri.

Sepatutnya waktu-waktu begini mereka sudah ke studio di tingkat bawah pejabat mereka untuk sesi photoshoot dengan Larissa,bekas peserta Hot Girl musim lalu.Entah sudah sampai atau belum model bernama Larissa itu.Tak pasal-pasal jadi isu lain bila team Prima Kota yang ditugaskan untuk mengendalikan sesi photoshoot melengah-lengahkan masa.
Sebetulnya,dia terlalu angin dan bengang dengan Zein Asyraff kerana lelaki itu adalah ketua jurufoto untuk sesi dengan Larissa dan sepatutnya dia lebih bertanggungjawab dan tidak leka begini.

“Ziyan,Larissa dah sampai.”suara Bard di talian membuatkan Ziyan kalut sendiri.Bergegas dia turun ke studio tingkat bawah mendekati Larissa dan pengurusnya Elias.

Hello,good morning!”tegur Ziyan buat-buat ramah bila berdepan dengan Larissa dan Elias.Tangannya dihulur mahu berjabat tangan tapi Elias dah buat muka menyinga.

“Tak payah nak good morning sangatlah.Berapa lama nak kena tunggu manusia yang incharge kat sini?”Elias menyindir selamba.

Sorry,terlewat sikit.”jawab Ziyan nak menutup salah.

“Hei,lewat sikit?Come on,be professional!You tengok time you dah pukul berapa?Mekap artis mana?Muka Larissa tak touch up apa-apa ni.”Elias dah siap bercekak pinggang menahan marah terhadap team Ziyan.

Okay,I’m so sorry Mr Elias tapi kami ada sedikit masalah teknikal.Anak buah I semua on the way.Sekejap lagi mekap artis akan tiba.Sorry sangat.Boleh kita mulakan sekarang?”pujuk Ziyan lembut.Dia sengaja menghadiahkan senyuman untuk Elias.Moga-moga lelaki itu dapat bertenang.

“Macam mana nak mulakan?Muka Larissa belum mekap lagi.Rambut pun belum dirapikan.Mana make-up artist dengan hair stylist you ni,hah?Orang yang jaga wardrobe pun ke mana?Apsal lengang semacam kat studio ni?You all ni bekerja ke makan angin?You tahu tak berapa lama I dengan Larissa nak kena tempuh jam untuk datang ke sini?Dah banyak masa,tenaga dan wang ringgit yang dah lebur,you all senang-senang aje lengah-lengahkan masa.” hambur Elias lagi tidak dapat menahan marahnya.Pantang sungguh baginya kalau ada yang lewat.Dia cukup tidak suka apabila ada pihak yang sengaja langgar janji sesudah dibuat.Padanya,masa itu duit!

Ziyan sudah mengeluh panjang dengan kerenah Elias.Bukannya baru sekali dua dia berhadapan dengan pengurus yang banyak songeh begini.Sudah berkali-kali tetapi cara Elias itu seolah-olah seperti dia dan anak-anak buahnya tidak tahu melakukan kerja.Ya,mungkin silapnya tidak bertegas dengan seluruh team members yang akan mengendalikan photoshoot dengan Larissa tapi Elias tak berhak nak menengkingnya sebegitu rupa.Nak saja dia tutup mulut Elias dengan kasut.

“Kejap lagi diorang sampailah Mr Elias.Sekejap saja lagi.Maaflah kalau you dan Larissa tertunggu-tunggu.Hari ini memang kami semua agak kelam kabut sebab banyak benda perlu dibuat.Maaf ya?” Ziyan masih cuba berbasa basi.Dia tahu Elias memang bermulut agak celupar.Bukannya dia baru kenal lelaki itu sehari dua tapi sudah banyak tahun sejak dia terlibat dengan bidang ini.

“Oh,jadi sekarang ni you nak minta maaf atas kelewatan you?Macam tu?You fikir you seorang yang ada kerja?Larissa dan I pun ada kerja yang belum diselesaikan.Better you jaga time you kalau nak kita orang bekerjasama dengan Prima Kota.”kata-kata Elias yang berbaur amarah dan sedikit penyindiran itu mengakibatkan hati Ziyan jadi radang.

“Mr Elias…kan I dah minta maaf?I bukannya sengaja nak datang lambat.Just a few minutes yang I lewat.Janganlah nak berkira sangat.Kalau you pergi tempat lain pun tetap kena menunggu juga kan?”balas Ziyan sengaja.Hati dah mula rasa terbakar dengan keceluparan mulut Elias.Pantang dia mendengar tutur kata yang lemah lembut dibalas dengan suara tinggi.Kalau nak ajak gaduh,dia tak ada hal!Setakat pengurus cabuk yang baru jaga artis yang baru nak naik macam Larissa,dia tak hadap pun.

“Hello…apa masalah you Ziyan?You cakap you lambat beberapa minit aje?You tahu tak dengan masa yang hanya beberapa minit tu I dan Larissa boleh buat macam-macam tau.Kalau you nak lambat macam ni,lebih baik tak payah ada appointment.Baik datang aje sesuka hati bila-bila masa yang kami nak.Tak gitu?”jeda.Elias pandang Ziyan atas bawah macam nak telan orang.

“Macam kitorang ni dah tak ada kerja lain nak dibuat.Ingat sikit Ziyan,Larissa tu pemenang Hot Girl.Ramai produser,syarikat periklanan dan agensi berebutkannya.I ni dah malas nak bagi muka pada mana-mana syarikat dan produksi yang buat kerja sambil lewa macam ni.Langsung tak ada disiplin tentang masa.”sembur Elias selamba tanpa memandang kiri kanan.Hati dah terbakar bila kena menunggu lagi.Mahunya tak meletup!

“Mekap artis you pulak…kenapa lambat?Berat sangat ke barang mekap tu nak diangkat ke sini atau mekap jenama mahal dah habis stok?Wardrobe ke mana,lighting ke mana…entah apa-apa.Semuanya lembab!Macam manalah nak maju macam ni!”tambah Elias lagi.

Berdesing telinga Ziyan mendengar cercaan dari mulut Elias.Jika ikut hatinya,mahu pecah saja muka lelaki itu ditumbuknya.Cakap ikut sedap mulut,langsung tak berlapik.Berlagak!Kalaupun mereka di pihak yang salah,tutur katanya harus dijaga dan berpada-pada.Bukannya menghambur membabi buta begini.

Hair stylist you memang bersepakat dengan mekap artis untuk datang lambat ke?Rambut palsu tercicir tengah jalan eh?” sindir Elias lagi.

“Mr Elias…apa masalah you sampai nak kaitkan semua benda?Susah sangat ke kalau tunggu sekejap?”

No,masalahnya you all tak berdisiplin dan I tak suka bekerjasama dengan pihak yang tak ada disiplin!”

“Elias,I cakap elok-elok dengan you kan?I belum pekak sampai you nak kena tinggikan suara.You better watch your mouth eh.Tak perlu nak ada unsur sindir menyindir!” mata Ziyan tajam menatap mata Elias tanpa gentar.Pinggangnya kemudian dicekak sebelum menyambung bicaranya.

Elia dah nak mendekati Ziyan untuk berbalas kata tapi bahunya ditahan oleh Larissa yang nampak pucat di belakang.Ziyan pula dah siap silangkan tangan dan sandar ke dada sebelum tersenyum sinis.

“Hei,kalau dah rasa diri tu bagus sangat silalah keluar dari sini.Pergi saja pada mana-mana produser yang nakkan Larissa tu.But for your information,Mr Manager…kalau I tak letak muka Larissa pada muka hadapan majalah keluaran Prima Kota dulu…jangan harap Larissa nak menang dalam pertandingan Hot Girl dan takkan ada produser yang nak pada dia!”dada Ziyan dah berdetak detuk menahan bahang yang semakin menggila.Tapi rasa puas tetap terselit selepas berbalas kata dengan Elias.

Mentang-mentanglah Larissa sedang laku di pasaran,pengurus dia pula yang naik tocang.Dia ingat orang lain hadap sangat nak bekerjasama dengan orang macam dia?Demand lebih,macamlah dia menguruskan artis popular yang dah mengharumkan nama negara ke serata ceruk dunia.

Harus dia hantar laporan dan aduan pada Encik Haikal nanti meminta lelaki itu menyenarai hitamkan saja nama Larissa dan pengurusnya daripada Prima Kota.Tak kuasa nak berurusan dengan pengurus yang bermulut longkang macam Elias.

“Ziyan,you jangan fikir you dah cukup bagus!Kalau you tak letak muka Larissa pada muka hadapan majalah Prima Kota pun dia tetap boleh menang sebab bakat yang ada pada dia dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang berada dalam program Hot Girl tu.Jangan nak salahkan orang lain kalau diri sendiri dah melakukan kesalahan.Mengaku sajalah yang you memang tak komited pada kerja.Kalau beginilah cara kerja you dan anak-anak buah you…huh,jangan haraplah we all nak berurusan di sini lagi.Buang masa!”balas Elias lagi dengan agak keterlaluan.Sudah seperti budak-budak saja.Memang tak matang langsung!Bergaduh macam berebutkan barang mainan sedangkan masing-masing dah besar panjang dan sudah boleh berfikir dengan rasional.

“Hei,apa masalah kau ni Elias?Kau tak puas hati dengan aku,cakap aje terus terang.Tak perlu nak sindir-sindir aku!”

Elias seakan mahu mara mendekati Ziyan tetapi Larissa sempat menarik tangan lelaki itu dan menjauhinya.Terdengar perbualan kecil antara Larissa dan Elias di satu sudut yang agak tersorok dari semua krew yang ada.

“Gila!''cemuh Ziyan sebelum berlalu menuju ke dalam bilik wardrobe.
Beberapa orang krew dan pekerja yang melihat pertengkaran antara Elias dan Ziyan hanya mampu menggeleng kepala.Masing-masing sudah faham dengan kerenah Ziyan yang kepala angin itu.Memang kenalah dengan mulut celupar Elias!




Bab 22


“KAU pergi mana,Zein?Kau tahu tak sepanjang kau tak ada tadi,satu pejabat dengan studio bergegar dengar suara Ziyan.”ujar Bard ketika mereka sama-sama melepak di kafeteria lewat tengah hari itu.Zein Asyraff yang baru duduk dan meletakkan pinggan berisi nasi ke atas meja sekadar tersenyum simpul.

“Ada hal.”

“Kot ya pun ada hal,kau jawablah panggilan Ziyan.Ini tidak.Kau buat derk aje.Mahunya dia tak mengamuk.Dahlah kat studio tadi dah jadi tragedi oktober.”

“Apsal?”

“Ziyan bertekak dengan Elias pengurus si Larissa tu macam nak ajak tomoi.Gerun aku tengok weh!Rugi kau datang lambat tadi.”Bard dah menyengih sambil sisip air teh o ais ke bibir.Wajah tenang Zein Asyraff dipandang sekilas lalu dia sumbat nasi ke mulut.
Penat tak terkata apa sejak dia berada di studio.Penat mendengar bebelan dan sumpah seranah yang keluar dari mulut Ziyan serta menadah keceluparan mulut Elias.Masing-masing tak mahu kalah.Sudahnya dia terpaksa jadi patung cendana dan dengar semuanya apa yang mereka berdua gaduhkan.Nak cakap apa pun tak boleh.Silap-silap dia yang kena sembur.

“Bertekak sebab apa pula?Teruk ke?”
Bard mencebik.

“Boleh tahanlah juga.Segala macam ayat ekstrem keluar dari mulut dia orang.Ziyan tu...macamlah kau tak kenal macam mana.Elias tu pula tak mahu mengalah.Hah,eloklah.Jadilah drama swasta sekejap.”

Zein Asyraff menggeleng perlahan.

So,siapa yang menang?”Zein Asyraff dah sengih-sengih.

“Kau rasa?Heh,kau jaga-jaga sikit dengan Ziyan tu.Singa betina dalam belantara tu!Dah lama dia aim kau.Tadi pun dah bising masa kau lambat datang.Itu belum masuk dengan kes kau tak jawab telefon dia.Berbulu telinga aku dengar dia sumpah seranah.”amaran Bard hanya didengar begitu saja.Tidak langsung sampai ke hati.Kepala masih lagi terkenang Nilla di butik.

“Hoi,kau dengar ke tidak apa aku cakap?Dari tadi kepala macam weng aje.Kau stim eh,Zein?Kau ada ambik dadah ke apa?”Bard sembur tak bertapis.Celupar.Kemudian dia ketawa kecil tengok muka Zein Asyraff dah berubah corak.

“Agak-agak sikit,bro.Muka hensem-hensem gini nak ambik dadah buat apa?Tak cool,bro!”cebik Zein Asyraff melepas rasa.

Haih,kepala melayang-layang bukan sebab ambik dadah tapi sebab teringat pada si budak garang bernama Nilla.Tiba-tiba hati dah mula merindu.Apakah petandanya?


ZEIN ASYRAFF menolak pintu kereta sebelum ke arah hadapan lalu membuka boot.Beberapa minit membelek sesuatu di situ,dia kembali ke tempat duduk pemandu dan cuba menghidupkan enjin namun tak berjaya.Stereng diketuk dua kali melepas rasa.Waktu-waktu begini jugalah kereta nak buat hal.Tak mahu hidup langsung!

Telefon bimbit dicapai dan menelefon seseorang.Selesai bercakap,dia keluar dari kereta dan duduk bersandar di tepi pintu sambil menanti.Sedang melayan perasaan sendiri,Zein Asyraff disapa dari arah belakang.

“You tak balik lagi?”soal Ziyan sambil tayang muka ceria.Satu senyuman terlempar ke arah Zein Asyraff membuatkan lelaki itu sedikit terkedu.

'Uiks,singa betina dah tayang senyuman!'

“Belum.”

“Tunggu siapa?”

“Kawan.”balas Zein Asyraff biasa-biasa.

“Apsal dengan kereta you?Rosak ke?”mata Ziyan melingas ke arah hadapan boot.Jelas yang kenderaan Zein Asyraff tak boleh dihidupkan.

“Enjin ada masalah sikit.Kejap lagi ada member I datang tengok.”

“Err...you perlukan apa-apa pertolongan ke?Ni,you nak balik macam mana?”

“Tak apa.Tengok dulu macam mana,kalau lepas member I betulkan kereta ni dan tak ada apa-apa masalah,I baliklah tapi kalau tak okey I balik aje dengan teksi.”Zein Asyraff senyum singkat.

Ziyan dah mendekati dan akhirnya duduk bersandar di tepi Zein Asyraff,sekadar mahu menemani.

“You buat apa kat sini?Tak balik lagi?”soal Zein Asyraff semula.
Ziyan menggeleng.

“I temankan youlah.Kesian pula you tunggu kawan you sorang-sorang.”
Zein Asyraff dah garu belakang kepala.Tak terkata apa,dia membiarkan saja Ziyan menemaninya sambil berceloteh macam-macam hal.Langsung sikap panas baran yang biasa ditonjolkan di pejabat dah hilang.

“Macam mana kereta aku,bro?”soalan pertama yang Zein Asyraff lontarkan pada temannya yang bekerja sebagai seorang mekanik membuatkan lelaki itu menggeleng dan mencebik.

“Kena bawa pergi workshop.”

So,macam mana ni?”

“Aku call lori minta datang sini.Biar aku settle ajelah.”jawab lelaki itu sambil menepuk-nepuk bahu Zein Asyraff.

“Berapa hari nak kena tahan kat workshop ni?”

“Tak pastilah.Mungkin dua ke tiga hari.”

“Hmm...lama juga tu.Tak apalah,kau settle kan ajelah mana yang patut.Kunci aku bagi kau pegang.Aku balik dululah,bro.Apa-apa hal aku roger kau nanti.Thanks!”bahu temannya ditepuk-tepuk sebelum berlalu.Ziyan di belakang dah berkejaran mengekori.

“Zein,I tumpangkan you baliklah.Lagipun I tak ada buat apa-apa lepas ni.”suara mengharap Ziyan benar-benar membuatkan Zein Asyraff tak ada alasan mahu menolak.Orang dah nak buat baik,jangan cari pasal!Terima ajelah dengan hati yang ikhlas!


LAMUNAN Ziyan langsung mati bila dia terdengar cermin kereta sebelah pemandu diketuk dari arah luar.Spontan wajah tampan Zein Asyraff terlayarng di ruang mata sambil memberikan isyarat agar dia menurunkan sekejap cermin tingkap.

“Ada apa?”

Thanks,Ziyan.Susah-susah aje hantarkan I ke sini.” balas Zein Asyraff separa ceria.

No problem.Anything just call me okay.Tapi you sure tak nak singgah mana-mana restoran untuk makan?I boleh temankan.”

Sure.Masih kenyang.I gerak dulu,Ziyan.”

“Okey.”

Tubuh lampai itu terus berlalu masuk ke sebuah bangunan berdekatan tanpa dia tahu tujuan yang sebenar lelaki itu singgah di sini.Sejak tadi dia menyoal tapi Zein Asyraff lagsung tak beri jawapan.

Lama dia menekur tubuh itu sehingga menghilang sebelum tersenyum nipis.Hati dah rasa berdebar lain macam.Seakan-akan dia sedang diletakkan di atas sebuah roller coaster paling ekstrem di dunia.

“Jual mahal ya,Zein?Tak apa...kita tengok nanti.”Ziyan ketawa nyaring bagai manusia psiko.
Tombol gear pantas ditolak setelah hati terasa lapang dan ketawa mula nak reda.Baru separuh jalan,ketawa Ziyan mati apabila keretanya telah dihadang oleh sebuah kereta lain.Dia menghentak stereng sambil membunyikan hon dengan panjang.Berkerut-kerut dahinya menahan perasaan amarah yang secara tiba-tiba menyerangnya.Baru saja dia mahu melayan perasaan selepas kelibat Zein Asyraff menghilang kini kemunculan kereta di hadapannya menggamit rasa geram.

Beberapa saat membiarkan tangannya rakus menekan hon dengan kuat,kelibat Andhika keluar dari perut kertea di depan dengan penuh gaya.Kaca mata jenama mewah ditanggalkan lalu berjalan mendekati cermin tingkap kereta Ziyan.

Ziyan dah nak keluarkan sumpah seranah tapi masih berjaya dikawal.Wajah Andhika yang berdiri di sebelah pintu pemandu dibuat tak endah.Malas nak membuang pandang ke wajah lelaki itu.Andhika dah mengetuk-ngetuk cermin tingkap sambil beri isyarat supaya Ziyan menurunkan saja cermin tingkapnya tapi Ziyan hanya mematungkan diri sambil menahan perasaan yang mula kucar kacir.

“Ziyan,turunkan sekejap cermin ni.I nak cakap dengan you!”
Ziyan hentak stereng.Wajah Andhika dipandang dengan pandangan tajam sebelum cermin tingkap diturunkan.

“You nak apa?”herdiknya selamba.Sedikit pun tiada basa basi mahupun adab sopan.Tidak ingin rasanya berlemah lembut dengan lelaki yang telah merobek hatinya suatu ketika dulu.

“Siapa lelaki yang ada dengan you dalam kereta tadi?”tanya Andhika lembut biarpun dalam getar suaranya ada nada cemburu dan sedikit tegas.

“You nak tahu buat apa?Tak ada kena mengena dengan hidup you!”
“Ziyan,siapa lelaki tadi?”desak Andhika lagi.Dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diterimanya dari Ziyan.Baginya,dia berhak tahu.Sudah lama sebenarnya dia memerhatikan gerak geri Ziyan dan ternyata hatinya kuat mendorong dia agar mengikuti Ziyan sejak dari pejabat sehingga ke sini.

“Hei,apa masalah you ni Andy?Siapa pun lelaki tu…bukan urusan you lah!”
“I cemburu tahu tak?”kata-kata Andhika itu sedikit sebanyak telah mengundang rasa jelek di hati Ziyan.Dia sengaja tayang senyum sinisnya.Andhika terlalu jujur untuk meluahkan semua itu.Cemburu konon!

“Cemburu?Nak buat apa you cemburu.You bukan sesiapa pada I.”herdik Ziyan tidak berlapik.

“Sayang…kenapa you buat I macam ni?”tiba-tiba saja Andhika merayu.Mendayu-dayu saja suaranya.Namun di hati Ziyan,benci tetap benci.

“Hei,Andy!You dengar baik-baik apa yang I nak cakap.Tak ada siaran ulangan jadi I nak you dengar betul-betul dan sematkan dalam hati dan minda.”Ziyan berjeda.Menarik nafas sebelum menyambung bicara.

“I dah tak nak jumpa you.Tak nak tengok muka you pun.Dah muak,meluat!Faham?”

“Tapi I tetap nak jumpa you.”

“Untuk apa?Dah tak ada apa-apa urusan antara kita!”

“Tapi kita masih ada urusan hati.I care for you Ziyan.I sayang you.You kena ingat tu!”

“You tak payah nak buat drama sepetang kat sini.Nak termuntah dengar ayat romeo yang dah tak laku tu.You boleh blah pergi pada mana-mana perempuan yang you nak dan jangan patah balik pada I.”hamun Ziyan sambil menahan ombak di dada.

“Ziyan,sampai hati you cakap macam tu.Okey,I tahu dulu I salah sebab dumped you tapi sekarang ni bagilah peluang pada I.I nak kita balik macam dulu-dulu.I rindu pada you.”

“Tak payah nak rindu sangat!Meluat dengar!You tahu tak Andy you ni macam apa?You ni macam sampah tau?Can you just get out from my life?!”Maki Ziyan lalu menaikkan tingkap keretanya tapi belum apa-apa tangannya dah dicapai dan ditarik oleh Andhika.Berlaku pergelutan sekejap namun tak lama setelah Ziyan berjaya melepaskan tangannya dari cengkaman Andhika.

“Gilalah kau ni Andy!”cebik Ziyan melepas kemarahan.Tubuh Andy yang sedang membongkok serta tangan yang masih cuba nak tarik tangan Ziyan ditolak menjauh sebelum pedal minyak ditekan kuat.Semerta,Ziyan menghalakan keretanya kembali di jalanan meninggalkan Andhika terpinga-pinga seorang diri.





No comments:

Post a Comment

BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...