Followers

Wednesday, 10 January 2018

9 Nota Part 3



Tengah hari itu, aku telah berjanji dengan Syazwan untuk bertemu di sebuah restoran yang berada di sekitar pejabat aku. Sejak duduk berhadapan dengan Syazwan di restoran itu, aku hanya mampu menggigit-gigit straw. Sambil-sambil itu, sempat juga aku mengerling pada Syazwan yang sedang menjamu selera.
Sesekali, suapannya terhenti apabila dia terpaksa menjawab panggilan telefon. Sejak kami sama-sama masuk ke sini, dah tak terkira berapa banyak panggilan telefon yang diterimanya. Sesekali, dia jawab mesej-mesej yang bertalu-talu masuk ke peti telefonnya. Mungkin saja ada urusan penting yang perlu diselesaikan agaknya.
"You okey ke?" suara garau milik Syazwan menyapa gegendang telingaku. Entah ke mana saja fikiranku melayang tadi. Aku angkat muka dan merenung Syazwan. Seketika, pandangan mata kami bertemu. Dengan jelas aku nampak kening Syazwan terjongket seolah-olah menanti dengan sabar akan jawapanku.
"Hmm?"
"I tanya... you okey ke?"
"Err... okey... okey..." aku menyengih dan menayang gigi padanya. Terpaksalah aku menipu sunat dan mengatakan yang aku okey. Kalau aku cakap yang aku tak okey, mesti akan panjang cerita. Bukannya aku tak tahu Syazwan tu macam mana orangnya.
"Betul ni?"
"Hmm." Aku angguk cuba meyakinkan dia. Entahlah. Sejak aku terima nota misteri, hati aku mula tidak tenang. Pada mulanya, aku cuba mengabaikan nota itu tetapi bila teman-teman serumahku seringkali bercakap perihalnya, aku dah mula tak boleh melupakan hal tersebut.
Malah, kerana terlalu memikirkan perihal nota tersebut... fikiran aku senang melayang. Dan aku juga sering hilang fokus termasuklah ketika aku berjanji temu dengan kekasih hati aku ni.
"Sejak tadi lagi you busy jawab call. Daripada siapa?" aku alihkan topik.
"Client."
"Obviously." Aku membalas dalam nada perlahan seolah bercakap dengan diri sendiri. Memang la Syazwan menjawab panggilan daripada klien. Aku sendiri dengar perbualannya.
"Dua hari lagi I nak fly pergi Perth."
"Hmm." Aku membalas malas-malas. Straw terus aku gigit-gigit tanpa memandang Syazwan.
"You nak kirim apa-apa tak?" sekali lagi aku terdengar suara Syazwan dan spontan aku menggeleng. Antara dengar dan tidak saja kata-kata Syazwan itu lalu di gegendang telingaku.
"Betul ni? Souvenirs? T-shirt? Perfume? Handbag?" aju Syazwan lagi.
Aku geleng.
"Betul ke ni?"
Hah, apa yang betul? Semerta aku mengangkat muka merenung dia dalam keadaan terpinga-pinga.
"Sorry, you cakap apa?"
"Kat mana you sorok telinga you, Sara?"
Aku sentuh telinga aku tanpa sengaja. Masa tu aku nampak bibir Syazwan dah menyenget. Oh, kenakan aku?
"Sorry la... I..."
"Sara, you ada masalah ke? I tengok sejak tadi lagi you macam ni. Termenung aje. Makanan kat depan pun tak bersentuh."
Aku kerling pada pinggan makanku. Memang betul kata Syazwan. Nasi di dalam pinggan masih tidak disentuh. Cuma air saja yang mampu masuk ke rengkung aku sejak tadi.
"Tak ada apa-apa. I okey. Mungkin I penat sikit kot." Aku beralasan walau hakikatnya alasan aku tu sedikit tidak logik.
"You lied."
"No, I'm not!"
"Come on, Sara. I kenal you tau. I tahu macam mana muka penat you. I tahu macam mana muka you bila ada masalah. Ada bezanya. Now, tell me. What's going on?"
Aku geleng, masih lagi tidak mahu bercerita apa-apa pada Syazwan.
"Sara... you tahu I sayang you, kan? Kalau you ada masalah, kongsilah dengan I. Jangan tanggung sorang-sorang. Tak guna kalau I ada dengan you tapi I tak boleh nak tolong. Kan?"
Alahai, suara Syazwan masa ni boleh buatkan hati aku tergolek-golek menahan debar. Hati aku yang boleh dikatakan keras ni, boleh cair dan melebur dalam masa satu saat bila mendengar suaranya. Malah, perasaan terharu aku jadi berganda bila Syazwan cuba berkongsi masalah dengan aku yang aku kira sangat... sweet!
"Sebenarnya..." aku ketap bibir.
Aku mula tercampak di satu simpang. Ada dua saja jalan kat depan aku ni. Jalan ke kanan, suruh aku cakap terus terang saja tentang apa yang tengah aku fikir. Jalan ke kiri pula, suruh aku bohong dan tutup segala rahsia pasal nota misteri tu daripada pengetahuan Syazwan.
"Syazwan... kalau tiba-tiba I tinggalkan you... apa yang you rasa?" akhirnya aku pilih jalan tengah apabila secara tak semena-mena terkeluar pertanyaan itu daripada mulut aku.
"Tak. You takkan tinggalkan I, kan?" Syazwan dah mula tergelak-gelak. Agaknya, dia fikir aku bergurau sedang hakikatnya aku sedang menduga apa yang dia akan rasa sekiranya aku menurut arahan nota misteri itu.
Tawa Syazwan mati bila menyedari aku merenung dia dengan lama.
"Sara... apa ni? Kenapa tiba-tiba cakap pasal ni? I ada buat salah kat you ke? Atau you dah ada orang lain?" bertalu-talu soalan yang Syazwan hulur padaku. Mukanya berubah. Riaknya nampak jelas seperti orang menggelabah.
"No, just answer my question. "
"Kaisara Hakim... please... just tell me. I ada buat salah apa dengan you?"
Tudia... tak pasal-pasal Syazwan dah sebut nama penuh aku. Kalau dah terkeluar nama penuhku daripada mulut dia, tak lain tak bukan mesti dia tengah beremosi la tu.
"Syazwan... relaks. You tak ada buat salah apa-apa pun dengan I. "
"Habis tu... you ada orang lain?"
"Tak. I tak ada sesiapa selain you. I just tanya aje." Aku gelak palsu.
"Just tanya? Kalau tak ada angin, pokok pun takkan bergoyang."
"Syazwan... betul. I tak tipu. I cuma ada you seorang aje. I cuma nak tahu apa yang you rasa kalau ditakdirkan I tinggalkan you. I bukan apa... I..." aku gigit bibir. Aduh, aku ni pun satu. Gatal sangat tanya macam tu dah kenapa? Tak pasal-pasal Syazwan naik angin.
"I fikir pasal kawan pejabat I. Dia..." ah, Kaisara! Cepat cari alasan!
"Dia baru aje putus tunang. Kena tinggal macam itu aje dengan tunang dia. Kesian I tengok dia. I... I... asyik fikir tentang nasib dia."
"Putus tunang? Kena tinggal dengan tunang dia? Mesti ada sebab la tu, kan?"
"Tak. Tak ada sebab. Cuma..."
"Cuma?"
"Errr... tak ada apa-apalah. Kita tak payah la bercerita hal peribadi orang lain." Sudahnya aku tayang muka bersahaja depan dia. Aku tak nak, semakin aku bercakap semakin banyak benda merepek yang keluar daripada mulut aku. Pasal kawan pejabat aku yang putus tunang tu, hanya rekaan aku semata-mata. Tak ada sesiapa pun yang putus tunang.
"Are you sure?" aku tengok Syazwan punya pandangan tu macam tak yakin dengan kata-kataku. 
Aku tahu dia ni memang spesis yang cepat hidu kalau-kalau aku berbohong pada dia. Tapi, hal nota misteri ni aku rasa elok saja kalau aku tak ceritakan pada dia. Aku bukan tak nak kongsi tapi benda ni aku rasa macam sensitif sikit. Dan menakutkan. Macam mana kalau Syazwan naik angin bila dia dapat tahu pasal nota misteri tu? Dah la pengirim nota tu suruh aku tinggalkan dia. Tak pasal-pasal nanti aku dengan Syazwan bergaduh pasal benda ni.
"Sure. 100% sure."
"Kalau dah tu kata you... okey. Tapi, kalau you ada apa-apa masalah... tolong kongsi dengan I. I tak suka tengok muka ketat you macam ni. You buat I susah hati."
Hati aku masa tu dah kembang setaman dah. Syazwan susah hati bermakna dia ambil berat pasal aku. Tapi, patut ke aku terus sorokkan perihal nota misteri tu daripada pengetahuan dia?
"One more thing, Sara. Please, jangan buat I macam ni. Bila you tanya apa perasaan I kalau you tinggalkan I... I rasa yang I boleh mati kot."
Mata aku terpaku kat mata dia. Ohmai!
Betul ke apa yang dia kata tu? Tapi, macam mana kalau aku betul-betul terpaksa tinggalkan dia? Apa akan jadi pada Syazwan? Dan apa yang akan jadi pada aku pula?

No comments:

Post a Comment