Followers

Monday, 10 July 2017

Aurora 3

Bunyi hon yang memekakkan telinga dibuat tak endah. Cepat-cepat Aurora melangkah menuju ke stesen bas. Namun, baru separuh jalan dia terdengar lagi bunyi hon yang membingitkan. Kali ini, bukan takat hon saja yang bunyi sekali dengan enjin kereta yang mengaum-ngaum kuat macam harimau kelaparan. Aurora julingkan mata ke atas. Ah, kenapa dia ni kena menyusahkan hidup aku? Tak boleh ke biarkan aku sendiri?
Aurora menoleh. Serentak, Zafrin menurunkan cermin tingkap di sebelah penumpang sambil menempik memanggil nama Aurora.

“Masuk!”

“Hisyh, berapa kali aku nak kena cakap kat kau… mind your own business?
“Berapa kali juga aku kena cakap kat kau yang aku akan ambil dan hantar kau balik dari kolej? Kau tak faham atau kau memang tak nak faham?” bising suara Zafrin di tepi jalan membuatkan Aurora rasa macam nak mencampakkan saja buku teks tebal di dalam pegangannya ini ke kepala Zafrin. Mamat ni, apa masalah entah. Dia ni sejenis tak faham bahasa atau memang slow learner?

“Tunggu apa lagi? Masuk!” jerkahan Zafrin itu mampu membuatkan jantung Aurora berguguran. Memang dia manusia kering hati dan sejenis yang tak ada perasaan. Tapi kalau dah dijerkah-jerkah kat tepi jalan macam ni, dia ada juga rasa malu. Yalah, sebab sekarang ni… bila dia pandang ke kiri dan kanannya, dah ada yang memandang kepadanya.

Terpaksa mengangkat bendera putih, akhirnya dengan muka tebal Aurora masuk ke perut Ferrari merah si Zafrin. Tali pinggang keledar segera ditarik lalu dipasang ke tubuh. Dilemparkan saja pandangna ke luar tingkap. Eloklah begitu daripada dia pandang muka Zafrin yang menyakitkan hati.

“Kau dah makan?” soalan Zafrin tu memang bunyinya macam mengambil berat tapi nadanya pula bunyi macam nak cari gaduh.

“Kau sibuk apsal?”

“Ewah… ewah… sekarang ni, kau nak tuduh aku penyibuk ke apa?”

“Memanglah. Kau memang penyibuk. Pergi mana mesti nampak muka kau.”

“Aku tak tahulah apa malang daddy Carl dengan mommy Alisa ada anak kerek macam kau. Dah cukup baik aku nak tolong hantar kau balik tau. Kalau tidak, aku tinggal aje kau kat tepi jalan.”

“Dah tu, apsal tak buat?”

“Kau cabar aku ke?”

“Kau rasa tercabar?” kini, Aurora dan Zafrin bertentangan mata. Gaya macam nak bergaduh dan bertumbuk. Namun, tiba-tiba saja Zafrin ketawa mengejek.

“Cukup-cukuplah lengan kau tu merah dan lebam. Tak pasal-pasal, dengan otak kau lebam kejap lagi kalau aku tinggalkan kau kat tepi jalan.”

Aurora lekas-lekas mengerling pada pergelangan tangannya yang masih merah. Ada sedikit kesam lebam di situ. Cis, macam manalah mamat ni boleh perasan pula?

“Mangkuk hayun kat kelas kau punya kerja ke?” lama Zafrin berdiam diri, baru dia berani bertanya. Aurora gosok-gosok pergelangan tangannya yang merah dan segera menyembunyikannya di sebalik lengan bajunya.
Aurora mendengus, sebagai jawapan atas pertanyaan Zafrin.

“Kau tak pernah mengadu kat HOP kau ke? Atau mana-mana lecturer?

“Nak buat apa mengadu kat orang? Aku bukannya nazak sampai tahap nak hilang nyawa.”
“Ek eleh. Berlagak nak mampus. Dah tu… asyik kena buli aje, lama-lama boleh jadi hilang nyawa. Takkan waktu tu baru nak mengadu kat orang lain?”

“Suka hati akulah!” sebal dek soalan Zafrin, Aurora pulangkan jawapan yang menjadi kebiasaannya.

“Tak nak mengadu kat daddy Carl dengan mommy Alisa?”

“Aku bukan budak kecil sampai nak kena mengadu kat parents aku. Aku tahu jaga dirilah!”

Then, kalau macam tu… biar aku ajelah beritahu diorang. Aku cakap yang kau selalu kena buli dengan budak-budak kat kelas kau.”

“Kau jangan berani, Zafrin!”

Zafrin hanya tergelak-gelak melihatkan wajah cuak bercampur garang milik Aurora. Tahu pun takut!

“Dah la… kau ingat aku ni kaki mengadu ke? Jangan risau, aku takkan cakap hal ni kat sesiapa. Cuma…”

“Cuma apa?” tangkas Aurora memintas.

“Kau kena temankan aku pergi makan.”
***

Pergi makan dah. Jalan-jalan dalam mall pun. Sekarang ni Aurora tak tahu si Zafrin nak bawa dia ke mana pula. Dah dekat pukul 9 malam. Tadi beria-ia Zafrin kata nak terus hantar Aurora balik ke rumah sewa selesai saja makan tapi sampai sekarnag macam tak nampak tanda-tanda yang mereka akan balik.

“Kau nak pergi mana ni?” akhirnya Aurora bersuara setelah tidka tahan berteka teki seorang diri.

“Kau rasa?” eh, mamat ni. Ada juga kena hempuk kejap lagi.

“Jangan main-main boleh tak? Cakap betul-betul, kau nak pergi? Dah lewat ni. Aku nak balik.”

“Alah, macam tak biasa keluar merayap malam-malam. Baru pukul Sembilan. Awal lagi.”

“Tengkorak kau punya awal. Dah lewatlah. Aku kena balik. Aku nak siapkan assignment.”

“Kejap-kejap lagi pun kau boleh siapkan assignment. Bukannya kau kena hantar esok, kan?”
Aurora mengecilkan matanya memandang Zafrin. Haih, apa malang sangat nasibnya. Kalau dia tahu Zafrin nak merayap sampai malam, tak ingin dia naik kereta Zafrin dan tumpang lelaki itu. Kalau dia ikut naluri hati dan keras kepalanya petang tadi, mesti sekarang dia dah sedap berguling atas katil empuknya.

“Kau berhenti.” Tiba-tiba Aurora memberi arahan.

“Kenapa?”

“Aku nak turun.”

“Nak buat apa?”

“Aku nak ambil teksi. Aku nak balik.”

“Gila! Malam-malam macam ni mana nak dapat teksi.”

“Dah tu… hantar ajelah aku balik!”

“Fine!”

Bengang dijerkah Aurora, Zafrin menyerah kalah. Penat juga hari-hari bergaduh dengan minah hati kering ni. Buat hilang suara saja. Kononnya dia nak ambil angin sambil pusing-pusing bandar tapi si Aurora ni buat moodnya melayang.

Sesampai saja di hadapan pagar rumah sewa Aurora, Zafrin bersandar ke kerusinya. Sengaja tak nak keluar dan tolong bukakan pin untuk gadis itu. Dia bukan mamat gentleman yang acah-acah baik hati kat depan awek. Lagi pun, Aurora bukan kekasihnya. Agak lama berdiam diri, Zafrin menoleh ke sebelah memandang Aurora. Keningnya berkerut sebaik melihat Aurora hanya kaku di kerusi penumpang sambil kepala menunduk. Bibirnya seperti terkumat kamit membaca sesuatu.

“Kau apa hal? Tadi kata nak balik. Sekarang dah sampai depan rumah. Keluarlah!” Zafrin menepis bahu Aurora tetapi Aurora hanya diam membatu.

“Weh, Aurora!”

“Syhh…. Diamlah!” Aurora memberikan isyarat agar Zafrin tidak menguatkan suaranya sementara dia terus terkumat kamit seperti membaca doa.

Mata Zafrin meliar ke sekeliling. Tak ada apa-apa yang dilihatnya. Entah apa yang Aurora buat, dia sendiri kurang mengerti.

Aurora mengangkat wajah. Matanya memerhati ke luar dan meninjau keadaan di luar rumah sewanya. Setelah pasti tidak ada apa-apa yang mencurigakan, Aurora pantas keluar dan menghempas pintu kereta Zafrin. Dengan sepantas kilat, dia bergegas masuk ke rumah meninggalkan Zafrin terpinga-pinga.

“Ucapan terima kasih pun tak ada, ucapan selamat malam pun tak ada… tahu-tahu aje blah macam tu. Huh, dasar tak ada perasaan!” bebel Zafrin sambil menggeleng kepala.

Sebaik kereta Zafrin berlalu, tong sampah besar berwarna hijau yang terletak di luar pagar tiba-tiba saja tumbang tanpa ada sesiapa yang menolaknya. 

No comments:

Post a Comment